Sinopsis Seindah Sabarmu, TV9

Sinopsis Seindah Sabarmu

Seindah Sabarmu mengisahkan ketabahan seorang gadis yang disisihkan oleh bapanya setelah kematian ibunya.

Kebencian Fuad terhadap anak kecil itu bermula apabila Fiqa dikatakan menjadi punca kematian Ayu yang sedang sarat mengandungkan anak kedua mereka. Fuad terlalu menyayangi Ayu dan kerana mengikutkan perasaannya, Fuad mula bersikap berang dengan Fiqa. Fiqa dipukul dan dibiarkan kelaparan. Sehinggalah Fuad mendapat tawaran daripada rakannya untuk ke Dubai untuk memulakan hidup baru, Fiqa telah ditinggalkan bersama Pak Yob dan Mak Senah dengan alasan mahu mengambil Fiqa semula setelah keadaanya di sana stabil.

Namun semua itu hanyalah alasan untuk melepaskan Fiqa kerana di hatinya, dia tidak mahu Fiqa wujud dalam hidupnya lagi. Semenjak itu, Fuad tidak pernah kembali dan tinggallah Fiqa dibela oleh Pak Yob dan Mak Senah. Dalam usia sekecil Fiqa, hidupnya sekali lagi diuji apabila mereka bertiga terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa Pak Yob dan Mak Senah. Ekoran daripada kejadian itu, Fiqa tidak dapat mengingati apa-apa kejadian sebelum dia ditimpa kemalangan. Kerana kasihankan Fiqa yang masih kecil, Ummi, adik kepada arwah Mak Senah telah membawa Fiqa pulang untuk tinggal bersamanya di Madrasah yang diusahakannya.



Walaupun agak sukar pada permulaannya kerana akibat daripada kemalangan itu, Fiqa tidak mengingati apa yang terjadi padanya sebelum itu, lama-kelamaan Fiqa berjaya menyesuaikan diri dan berkawan baik dengan Anissa.

Fiqa mengabdikan dirinya di Madrasah itu dan setelah dewasa dia menjadi rebutan Firman dan Adam. Kecantikkan dan keistimewaan yang Fiqa miliki membuatkan dia dicemburui oleh pelajar-pelajar perempuan yang lain. Mungkinkah hidup Fiqa kembali teruji dengan kehadiran dua jejaka yang menagih cintanya? Adakah Fiqa akan berpeluang untuk kembali menemui bapanya yang pergi meninggalkannya tanpa khabar berita?

Saksikan sebuah drama yang menyayat hati ini setiap Selasa & Rabu jam 8.30 malam dalam slot Ratu mulai 16 Oktober 2013

Lakonan hebat Nad Zainal, Shah Iskandar, Ika Nabila, Hanis Kamal dan Shahronizam.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Sinopsis Seindah Sabarmu, TV9

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Sinopsis Seindah Sabarmu, TV9

Home | Disclaimer | Contact