Adam Corrie pelakon utama JB Pailang

JB Pailang

Filem aksi JB Pailang terbitan ANA Production Sdn Bhd yang menampilkan 80 peratus bakat baru dari Johor, akan menemui penonton di pawagam tahun depan selepas menjalani penggambaran 30 hari di sekitar negeri ini bermula bulan depan.

Filem arahan Adam Malik Wahab yang menelan kos RM1.2 juta itu turut dibarisi pelakon utama Adam Corrie, Amran Ismail dan beberapa bakat baru terdiri daripada anak jati Johor.

Adam Malik yang menimba pengalaman daripada pengarah tersohor, Kabir Bhatia sebelum ini berkata, keputusan pihaknya kembali ke kampung halaman di Johor tidak sia-sia kerana banyak pihak memberi sokongan kepada syarikat itu untuk berkarya.

"Buat julung kalinya, Adam Corrie yang sebelum ini banyak memegang watak pembantu diberi tanggungjawab sebagai peneraju utama JB Pailang.

"Pemilihannya kerana watak utama dalam filem ini memerlukan perwatakan yang berat," katanya pada majlis suai kenal pelakon JB Pailang di Restoran Six Corner, Senibong.

Hadir sama, Penerbit Noraini Remeng, Penerbit Bersama Mohd Isa Ibrahim, Penulis Skrip Wan Izman Shah Ismail, Adam Corrie, Amran Ismail dan beberapa bakat baru.

Sementara itu, Adam Corrie mengharapkan sokongan daripada penonton berikutan diberi tanggungjawab memegang watak utama iaitu Addy Pailang selepas membintangi lebih 20 filem sebagai watak pembantu.

"Doakan saya. Tanggungjawab ini berat kerana ia memerlukan penghayatan dan pemahaman mendalam bagi memastikan watak Addy hidup.

"Saya akan melakukan yang terbaik di atas kepercayaan ini. Saya juga berharap penggambaran berjalan lancar dan harapan saya penonton menerima watak saya," katanya.

Bagi bakat baru dari Kluang, Azimah Zainuddin, 24, berkata, dia tidak menyangka terpilih pada sesi uji bakat yang berlangsung September lalu.

"Saya hadir pada saat akhir selepas membaca mengenainya di Harian Metro.

"Syukur, berkat doa keluarga, saya boleh melakonkan babak sedih, marah, ketawa dan berdendam menerusi skrip ringkas. Saya anggap pemilihan ini akan dijadikan landasan untuk saya menceburi bidang lakonan," katanya.

JB Pailang mengisahkan seorang perompak, Addy, memeluk Islam selepas mendapat hidayah ketika koma.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Adam Corrie pelakon utama JB Pailang

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Adam Corrie pelakon utama JB Pailang

Home | Disclaimer | Contact