Sinopsis Annisa, slot Sinetron TV3

Sinopsis drama Annisa
Annisa mengisahkan Annisa (6 tahun) yang ditinggalkan ayahnya, Irsyad di rumah anak yatim selepas ibunya, Shafa meninggal dunia.

Sejak itu, Annisa membesar di bawah kasih sayang Ustazah Aisyah yang dianggap sebagai ibunya. Selepas beberapa tahun, Irsyad kembali dalam hidup Annisa.

Ketika Annisa baru ingin mengenali ayahnya itu, Renata yang juga kekasih ayahnya melakukan pelbagai cara untuk menjauhkan Irsyad dengan anaknya itu.

Renata tidak ikhlas mencintai Irsyad dan hanya mahukan harta lelaki itu membuatkan Annisa tidak menyukainya.

Annisa berusaha menyatukan ayahnya dengan Ustazah Aisyah kerana dia menganggap wanita itu lebih layak menjadi ibunya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Annisa mengisi slot Sinetron di TV3 bermula 29 Mei 2013, setiap Isnin hingga Khamis jam 2 petang.

Sinetron 41 episod ini membariskan pelakon popular seperti Shireen Sungkar, Octane Allagia, Bayu Septi Virguna dan Eva Anindhita.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Sinopsis Annisa, slot Sinetron TV3

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Sinopsis Annisa, slot Sinetron TV3

Home | Disclaimer | Contact