Kahwin Lagi, Ashraf Muslim Kunci Mulut


Tersebar gossip yang mengatakan pelakon Ashraf Muslim ingin berkahwin lagi!

Di petik daripada portal online gua.com.my, khabar angin mengenai Ashraf Muslim ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin lagi dengan kelulusan isterinya, Noor Dayana Lokman.

Menurut laporan itu lagi, keputusan untuk berkahwin lagi adalah disebabkan ketiadaan zuriat selepas tiga tahun berumah tangga.

Akhbar Kosmo! juga melaporkan ada menghubungi Ashraf untuk mengesahkan berita itu, dan pelakon tersebut mengaku telah ke mahkamah syariah tetapi, tidak menjelaskan sebab beliau ke sana.

Apabila ditanya mengenai pergolakan yang berlaku dalam perkahwinannya dengan Dayana, Ashraf hanya memberitahu rumahtangganya kini memang ada isu, tetapi tidak boleh menceritakan tentang perkara itu buat masa ini.

Ashraf  bagaimanapun sempat berkongsi kehidupan bersama keluarga berjalan lancar dan tiada sebarang masalah.



Dia dan isteri ada berikhtiar untuk mendapatkan cahayamata menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional namun belum dikurniakan rezeki.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Kahwin Lagi, Ashraf Muslim Kunci Mulut

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Kahwin Lagi, Ashraf Muslim Kunci Mulut

Home | Disclaimer | Contact