Shaheizy Sam berlakon dalam Kisah Cinta bersama Fazura


Shaheizy Sam akan berlakon dalam drama bersiri Kisah Cinta terbitan BZ2121 yang bakal mengisi slot Lestary di TV3 tidak lama lagi. Sam akan digandingkan dengan pelakon cantik Nur Fazura.

Buat pertama kali itu juga Sam bertindak selaku produser dan bekerjasama dengan syarikat produksi kakaknya, Zizie Ezette.

Kali terakhir Sam beraksi dalam drama di kaca TV adalah menerusi drama bersiri Asmaradana bersama Tiz Zaqyah.



“Ia memang satu kerja yang mencabar namun dari sudut lain, kerjasama saya dengan syarikat kakak memudahkan tanggungjawab saya sebagai produser dan pelakon.

“Lama tidak berlakon drama TV membuatkan saya terlintas untuk berlakon drama terbitan sendiri kerana mahu mencari pengalaman baru dalam bidang seni. Lebih penting, skrip drama ini begitu menarik untuk dipersembahkan kepada penonton.

“Saya sendiri belum pernah bergandingan dengan Fazura dan berasa teruja dengan produksi ini. Saya harap lakonan kami akan disukai penonton,” katanya.

Sam berkata sudah sampai masanya dia muncul semula dalam drama selepas beberapa tahun lalu sibuk berlakon filem cereka.

“Tidak dinafikan sebelum ini saya lebih banyak berlakon filem sehingga tidak ada masa menerima tawaran berlakon drama TV.

Saya lebih suka fokus dan memberikan komitmen kepada satu-satu perkara dalam satu masa. Kebetulan saya mendapat cerita yang sesuai dan sekarang saya mahu kembali semula ke drama.

“Berlakon drama apatah lagi menerbitkannya ada banyak cabarannya. Selain mengambil masa yang lama kita juga akan berdepan dengan banyak perkara baru setiap hari,” katanya.

Sembilan bulan bercuti tanpa sebarang tawaran berlakon filem yang disukainya turut memberi peluang kepada Sam merencanakan karier beliau seterusnya.

“Selama ini saya hanya kerja dan kerja dengan bertungkus lumus, siang dan malam. Saya terharu kerana ia juga memberikan rezeki untuk saya mendapat trofi Bintang Paling Popular pada 2010.

“Bukan populariti yang saya kejar selama ini, sebaliknya kepuasan berlakon. Justeru apabila sampai pada satu tahap seperti sekarang, saya terasa ingin berehat dan tempoh sembilan bulan lalu saya gunakan dengan sebaiknya untuk bercuti di merata tempat di seluruh Malaysia bersama ibu dan kawan-kawan.

“Saya sebenarnya ada perancangan seterusnya.

Apabila sudah sudah terbabit dalam penerbitan mungkin satu hari nanti kalau sudah bersedia, saya mahu jadi pengarah pula,” katanya.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Shaheizy Sam berlakon dalam Kisah Cinta bersama Fazura

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Shaheizy Sam berlakon dalam Kisah Cinta bersama Fazura

Home | Disclaimer | Contact