Hari-Hariku, single terbaru Awi Rafael


Penyanyi Awi Rafael telah keluar dengan single terbaru ciptaannya bertajuk Hari-Hariku. Lagu ini dipetik daripada album kedua yang dilancarkan pertengahan tahun lalu.

Sebagai promosi, Awi akan bertemu peminat pada majlis showcase dan sidang media di Dewan Orkestra di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, pada jam 3 petang, Jumaat ini.



Pada sesi istimewa itu, peminat boleh menyaksikan Awi mengalunkan lagu Hari-Hariku, selain dihiburkan dengan persembahan khas pelajar ASWARA.

Menurut penganjur, pas masuk boleh didapati melalui pembelian album Awi di lokasi showcase atau membawa bukti pembelian jika album sudah diperoleh. Namun, kelebihan membeli album di lokasi showcase membolehkan peminat beramah mesra dengan Awi pada sesi bertemu peminat.

Selari dengan imej Awi yang sentiasa ranggi, lagu Hari-Hariku persis sebahagian jiwa Awi yang disampaikan dalam genre rock.

Lagu itu mengisahkan harihari yang dilalui dengan rasa cinta yang indah dan melengkapi diri. Lagu ini juga menyentuh rasa kesyukuran yang tidak terhingga dianugerah kekasih hati yang sanggup menerima diri seadanya.

Daki tangga populariti

Biarpun baru dua tahun bergelar penyanyi, Awi meraih beberapa pencalonan dalam majlis anugerah terulung sebaris dengan artis ternama lain.

Mengimbau detik awal pembabitannya pada 2011, populariti Awi menerusi single Pulanglah melayakkan dia dicalonkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke25.

Awi juga terpilih membuat persembahan pembukaan pada konsert dua artis antarabangsa di Malaysia iaitu Dashboard Confessional dan Jason Mraz.

Populariti Awi tidak hanya tertumpu di negara ini, malah dia tersenarai dalam beberapa kategori pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2012. Awi tersenarai dalam empat kategori iaitu Artis Baru Terbaik, Artis Lelaki Paling Popular, Vokal Terbaik dan Lagu Terbaik. Malah, Awi berjaya meraih trofi Lagu Terbaik menerusi single Pulanglah.


Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Hari-Hariku, single terbaru Awi Rafael

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Hari-Hariku, single terbaru Awi Rafael

Home | Disclaimer | Contact