Sinopsis drama XoXo lakonan Remy Ishak & Tiz Zaqyah

Sinopsis telefilem XoXo

Drama XoXo mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.

Sinopsis drama XoXo

Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!

Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.

Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakanAleesha.

Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.

Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.

Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik.

Sejak itu pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai konflik di antara mereka.

Untuk mengetahui apa yang terjadi di antara mereka jangan lupa untuk menyaksikan XoXo.

Telefilem berjudul XoXo arahan pengarah Kabir Bhatia menemui penonton di TV9 menerusi slot Skrin  pada 30 Januari ini pada pukul 8.30 malam di TV9.

Pelakon  XoXo: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Nadiya Nissa, Josiah Hogan dan Afida Es sebagai pendukung utama.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Sinopsis drama XoXo lakonan Remy Ishak & Tiz Zaqyah

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Sinopsis drama XoXo lakonan Remy Ishak & Tiz Zaqyah

Home | Disclaimer | Contact