Hantu Kapcai Sinopsis Filem

Sinopsis Filem Hantu Kapcai
Hantu Kapcai mengisahkan Ajib, mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy).

Demi memenangi wang pertaruhan, Tiger mensabotaj perlumbaan itu hingga berlaku kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

Roh Ajib yang terperangkap di antara alam nyata dan ghaib, terkejut melihat jenazahnya berada di tengah ruang tamu rumah dan dikelilingi keluarga serta jiran tetangga. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan Ibrahim, calon Imam Muda di kampungnya.

Dalam usaha membantu Ajib, Ibrahim terpaksa mencari jalan meyakinkan keluarga Ajib, malah dalam masa sama, membantu menyelesaikan perkara yang belum sempat disempurnakan mat rempit itu.

Hantu Kapcai Sinopsis Filem


 Trailer Hantu Kapcai
 Pelakon Hantu Kapcai: Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Izzue Islam dalam filem terbitan Showbiz Productions

Sinopsis Ku Petik Dosa, drama TV3 (Anugerah Skrin 2012)

Sinopsis Ku Petik Dosa
Aina dan Haris berkahwin di usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Qaseh. Qaseh menjadi anak yang lincah dan manja malah disenangi oleh jiran-jiran termasuklah Kak Sal sekeluarga. Namun apabila usia Qaseh meningkat, Aina dan Haris tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan Qaseh pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta. Aina mengambil keputusan untuk kembali berkerja. Mujur mereka mempunyai jiran yang baik. Setelah mendapat persetujuan dari suaminya, Khalid, Kak Sal mula mengasuh Qaseh. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk berkerja siang dan malam.

Drama Kupetik Dosa

Malang tak berbau Khalid diberhentikan kerja dan mula cepat naik angin apabila Kak Sal selalu berleter suruh dia cari kerja. Hubungan mereka menjadi dingin. Kak Sal membuat kerja sampingan menjual kuih muih. Qaseh kini lebih rapat dengan Khalid. Khalid memanjakan Qaseh hingga Qaseh nak ditidurkan dan dimandikan oleh Khalid. Namun Khalid terlalu mengikut nafsunya sehingga sanggup menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Sehingga satu hari Kak Sal ternampak Khalid dalam keadaan yang mencurigakan ketika menidurkan Nia. Khalid cuba menafikan perkara itu tetapi Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa. Aina dan Haris ternampak kesan lebam yang terdapat pada Qaseh namun Kak Sal memberitahu dia terjatuh, alasan biasa untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Kini, Aina disahkan mengandung anak kedua. Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam malah cepat mencebik seolah dirinya menahan kesakitan yang amat sangat. Perubahan Qaseh itu pada anggapan Aina dan Haris kerana merasakan dirinya tidak disayangi... Selalu bila ibunya mengandung kononnya anak akan membawa diri dan mudah merajuk. Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga Qaseh selalu demam dan selalu menjerit dalam tidurnya. Satu hari Qaseh merengek-rengek, muntah darah dan pengsan. Panik dengan keadaan tersebut Aina yang kebetulan cuti ketika itu membawa Qaseh ke hospital.

Sementara Kak Sal dan Khalid dalam ketakutan kerana perbuatan mereka. Menyesal sekarang tiada gunanya. Khalid menyalahkan Kak Sal yang pentingkan duit dari dirinya. Qaseh disahkan didera dan dirogol. Aina separuh pengsan apabila berdepan dengan Kak Sal. Aina juga diberitahu tentang banyak pendarahan di dalam tubuh Qaseh. Qaseh masih tidak sedarkan diri. Kak Sal dan Khalid ditangkap untuk disoal siasat. Kak Sal pada mulanya tidak mengaku menuduh suaminya yang melakukan perkara tersebut hingga tahap sanggup merogol Qaseh. Qaseh sempat membuka mata dan melihat kali terakhir kedua ibu bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya disisi ibu dan ayahnya. Aina terlalu sedih kerana Qaseh meninggalkannya dengan seribu kesakitan yang ditanggung. Aina dan Harris rasa bersalah yang amat sangat kerana gagal menjalankan tanggungjawab terhadap anugerah Allah untuk mereka..

Shila Amzah bergelar juara Asian Wave walau berhijab


Shila Amzah bergelar juara pertandingan nyanyian untuk mencari bintang Asia baharu iaitu Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China. Kejayaan ini  merupakan pencapaian terbesar oleh gadis berusia 22 tahun itu.

Kata Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah yang mula memakai hijab sejak 1 Ramadan lalu, kerja kerasnya selama ini berbaloi.

Keputusan nekadnya untuk memakai hijab mempunyai hikmah sebaliknya apabila dia dinobatkan sebagai juara pertandingan berprestij itu.

"Saya mula masuk pertandingan nyanyian sejak umur lapan tahun lagi. Sejak itu, saya tidak pernah berhenti bekerja keras untuk mengukir nama supaya dikenali sebagai penyanyi. Namun, sebesar mana pengorbanan dan usaha yang dibuat sebelum ini, hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

"Bagaimanapun, sebaik sahaja saya memakai hijab, keyakinan diri semakin bertambah dan pelbagai rezeki datang tanpa diduga. Sebelum ini sukar untuk membuat semua orang memberi fokus kepada saya seorang.

"Mungkin ini adalah nikmat serta hikmah yang diberi Allah di sebalik keputusan saya untuk berhijab. Saya bersyukur dengan rezeki yang diberi dan berjanji pada diri untuk melakukan sesuatu yang lebih baik," ujarnya sewaktu ditemui di KLIA.

Shila merupakan satu-satunya peserta yang memakai hijab dalam pertandingan itu. Akuinya, pada mulanya dia berasa sedikit bimbang dengan penerimaan masyarakat di sana tentang imejnya.

Layanan kelas pertama

Namun, sangkaannya meleset kerana dia lebih mudah dikenali berbanding peserta negara lain. Semuanya kerana hijabnya itu.

"Memakai hijab membataskan genre lagu yang boleh saya bawakan. Saya tidak boleh menari jika hendak dibandingkan dengan peserta negara lain. Saya juga mempunyai kebimbangan pada peringkat awal berhubung penerimaan masyarakat di sana dengan imej saya.

"Bagaimanapun sangkaan saya meleset apabila mereka menerima imej berhijab dengan baik, malah memberi layanan kelas pertama terhadap saya. Tidak wujud langsung perasaan seperti disisihkan kerana saya rasa seperti berada di Malaysia.

"Disebabkan hijab saya yang berwarna-warni, ia memudahkan penonton mengenali saya dengan mudah. Selepas pertandingan, sewaktu bersiar-siar, orang di sana kenal dan tahu nama saya kerana di sana jarang untuk melihat wanita berhijab berwarna-warni seperti saya," tutur anak penyanyi ND Lala itu lagi.

Sambung Shila, ramai juga orang di sana mempersoalkan mengapa dia perlu memakai hijab sedangkan mereka telah menonton videonya tanpa hijab di laman perkongsian video YouTube sebelum itu.

"Selepas saya terangkan sebabnya dan kenapa perlu memakai hijab, mereka faham dan menerima kehadiran saya sama seperti peserta negara lain. Sebulan sebelum masuk bertanding, saya tanya kepada penasihat pertandingan, Ong Peng Chu, bolehkah saya masuk kerana saya telah bertukar imej.

"Jawapannya cukup mudah, katanya, juri serta penonton yang hadir hanya ingin dengar suara dan persembahan saya bukannya untuk melihat rambut saya.

"Selepas mendengar penjelasannya, saya berkeyakinan untuk bertanding tetapi tiada langsung perasaan yang saya akan menjadi juara," ucapnya yang ditemani ibu bapa dan Ong Peng Chu sepanjang pertandingan itu berlangsung.

Pengalaman manis

Bercakap mengenai pertandingan itu, Shila yang menewaskan 12 peserta di peringkat akhir selepas berjaya memukau sembilan orang juri daripada sembilan buah negara yang berbeza memberitahu, kemenangan tiada langsung dalam fikirannya.

Ini kerana pihak media di China menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada peserta negara berkenaan Chang Shilei yang mendapat tempat kedua.

"Memang tidak jangka langsung sebab bila semua orang kata Chang Shilei sangat bagus dan bakal menjadi juara, secara automatik saya tahu yang saya tidak akan menang.

"Setiap kali sebelum membuat persembahan, bapa saya akan pesan, jangan fikir untuk menang tetapi fikir seperti saya sedang lakukan persembahan untuk penonton.

"Jadi, saya tidak tertekan sangat. Mungkin itu faktor yang menyebabkan saya memang, sebab saya tiada tekanan. Selain itu pengalaman menyertai pelbagai pertandingan sebelum ini juga banyak membantu saya menguatkan mental," katanya yang melakukan persiapan selama sebulan.

Bercakap mengenai pemilihan lagu pula, Shila yang sudah lama menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi antarabangsa memberitahu, setiap lagu merupakan pilihannya bersama bapanya dan Ong Peng Chu.

Menyanyikan lima buah lagu secara keseluruhannya iaitu Set Fire To The Rain (lagu dendangan asal Adele) dan Forever Love (Wang Lee Hom) untuk peringkat saringan pertama dan kedua.


PENGALAMAN memasuki pertandingan sejak berusia lapan tahun lagi memberi impak kuat terhadap kejayaan Shila untuk meraih juara Asian Wave 2012.

Sementara untuk peringkat akhir Shila memukau juri dengan menyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan lagu popular penyanyi terkenal di China, Na Ying yang berjudul Zheng Fu.

"Asian Wave boleh dikatakan seperti Olimpik dunia muzik. Semua peserta yang bertanding bukannya penyanyi amatur sebaliknya sudah mempunyai kejayaan di negara masing-masing. Penting untuk peserta menyanyikan lagu yang terbaik pada setiap peringkat.

"Jika gagal memuaskan hati juri, anda akan terus disingkirkan. Saya pilih lagu yang saya sudah biasa dan suka tetapi lagu Zheng Fu merupakan lagu yang dicadangkan oleh Ong Peng Chu.

"Lagu itu merupakan lagu paling popular di sana, kalau saya tidak menyanyi dengan baik kesannya pasti buruk tetapi selepas latihan selama sebulan, saya berjaya menyebut setiap perkataan dengan tepat," luahnya yang belajar bahasa Mandarin sejak tadika sehingga usia lapan tahun.

Impak kemenangannya sebagai juara, Shila ditawarkan kontrak dana pembangunan kerjaya di China oleh Shanghai Media Group (SMG) sebuah syarikat media terbesar di China sebanyak RM5 juta yang akan dikongsikan bersama pemenang tempat kedua Chang Shilei (China) dan ketiga, Huo Jun (China).

Selepas kontrak itu ditandatangani, Shila akan melebarkan sayapnya ke China kerana antara perancangan yang telah dirancang pihak SMG seperti penerbitan album, konsert jelajah dan sesi promosi ke seluruh China.

"Tawaran yang diterima daripada pelbagai pihak di sana memang banyak tetapi saya harus memilih dengan bijak.

"Selepas saya tandatangani kontrak, saya akan terbang ke China untuk majlis tandatangan kontrak dan pada 17 November depan saya diundang sebagai penyanyi jemputan untuk konsert jelajah penyanyi Eric Moo di Beijing. Eric Moo merupakan penyanyi kelahiran Malaysia tetapi terkenal di China," tutur Shila.

Namun ujar Shila: "Nampaknya saya akan semakin sibuk dan banyak menghabiskan masa di China selepas ini. Namun, Malaysia tetap di hati saya kerana untuk pasaran China, mereka hanya akan menerbitkan album dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris sahaja.

"Album bahasa Melayu, sudah tentu saya akan rakamkan di Malaysia tidak mungkin saya akan tinggalkan Malaysia. Saya pasti akan berulang-alik.



Kejayaan Shila itu telah menutup mulut segelintir pihak yang meragui dengan bakatnya sebelum ini. Ungkap Shila: "Memang sebelum ini ada pihak yang pandang sebelah mata dengan bakat saya tetapi bapa saya pesan supaya jangan membalas dengan lisan sebaliknya saya harus balas dengan kejayaan.

"Saya pegang kata-kata bapa saya dan bekerja keras, Alhamdulillah, jika tidak kerana pengalaman perit pada masa lalu, saya tidak akan menjadi kuat serta berdiri seperti hari ini," tuturnya.

Disoal bagaimana pula dengan cinta hatinya, pelakon Sharnaaz Ahmad yang akan ditinggalkan di Malaysia sementara dirinya akan terbang ke China.

Tersenyum dan terdiam sebentar, kata Shila: "Saya dan Sharnaaz baik-baik sahaja, malah ketika pertandingan berlangsung, saya selalu menghubunginya ketika di belakang pentas. Dia seorang yang sangat menyokong kerjaya saya, begitu juga dengan keluarganya.

"Sokongan keluarga dan Sharnaaz yang membuatkan saya terharu dan cukup tenang. Saya tahu, Sharnaaz antara orang paling gembira dengan kejayaan saya.

"Walaupun selepas ini kami akan sibuk dengan kerjaya masing-masing, saya harap semua orang dapat doakan yang terbaik buat kami."

Sinopsis drama Salji Untuk Mabel

Sinopsis telefilem Salji Untuk Mabel 

Salji Untuk Mabel  mengisahkan Mabel yang cacat dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Walaupun berstatus OKU, dia tidak pernah dibezakan oleh ibu bapanya, Melissa (Janet Khoo) serta Mark (Kenji Sawahi) dengan abangnya Miller (Mike Ho).


Keluarga berkenaan tinggal di perkampungan Tionghua dan mereka satu-satu keluarga Tionghua yang beragama Kristian di kampung itu, tetapi masyarakat tidak pernah meminggirkan mereka walaupun berlainan pegangan.

Mabel mempunyai rakan karib seusianya yang tinggal sekampung dengannya iaitu Yuen (Eva Emmanyna) dan Yuen menjadi peneman setia untuk menemani ke mana saja mereka pergi.

Bagi memberi perangsang supaya dia dapat menyambung pengajian ke Eropah, Mabel menyimpan keratan akhbar dan majalah mengenai sambutan Krismas di luar negara.

Buat pertama kalinya sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mabel berkongsi jurnalnya itu bersama Yuen dan menyebabkan kedua-dua mereka lebih gigih untuk belajar sehingga mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan itu.

Di atas dasar persahabatan, sebelum menjelangnya Krismas, Yuen merancang satu kejutan kepada Mabel dan keluarganya. Pada pagi Krismas itu, dia dibawa ke balai raya kampung dengan diberikan kejutan salji diperbuat daripada polistren.

Pada pagi itu juga, satu lagi kejutan dilakukan apabila Santa Claus yang menaiki kereta lembu dengan haiwan berkenaan dihiasi menyerupai rusa untuk menyamakan dengan ciri kenderaan dinaiki Santa Claus.

Kejutan itu juga rupa-rupanya kepulangan abangnya Miller yang sebelum itu memberitahu tidak dapat pulang bercuti kerana tuntutan kerja.

Info Salji Untuk Mabel 


Telefilem Salji Untuk Mabel  arahan pelakon popular, Zul Huzaimy bakal memecah rekod menjadi satu-satunya terbitan tempatan berbahasa Melayu ceritanya mengenai sambutan perayaan Krismas.

Telefilem yang bakal disiarkan di stesen televisyen tempatan pada 25 November ini mengisahkan mengenai gadis Tionghua berusia 17 tahun beragama Kristian bernama Mabel yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) dengan kedua-dua kakinya cacat sejak dilahirkan, bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Eropah dan menyambut Krismas sambil bermain salji.

Skrip hasil tulisan Marini Md Zain itu bakal membawa kelainan untuk tontonan masyarakat negara ini yang mempunyai pelbagai bangsa dan latar belakang agama.


Barisan pelakon Salji Untuk Mabel :

1. Mabel - Ixora Chern

2. Yuen - Eva Emmanyna

3. Melissa - Janet Khoo

4. Mark - Kenji Sawahi

5. Miller - Mike Ho

6. Mabel (50 tahun) - Angeline Tan

Pengarah: Zul Huzaimy

Penerbit: Syarizan Md Isa

Penerbit Eksekutif: Zizan Nin

Penulis Skrip: Marini Mat Zain

Idea Asal: Areed Razman / Syarizan Md Isa

Terbitan: Aquila Emas Sdn Bhd

Senarai Anugerah Blokbuster : Finalis


Senarai Finalis Anugerah Blokbuster

ANUGERAH FILEM TERHEBAT

1  Ombak Rindu
2  KL Gangster
3  Hikayat Merong Mahawangsa
4  Hantu Bonceng
5  Sekali Lagi
6  Karak
7  Bini-Biniku Gangster
8  Cun
9  Nur Kasih The Movie
10  Papa I Love You

ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT

1  Syamsul Yusof (Kl Gangster)
2 Yusry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
3 Fracis Foo, Kabir Bhatia & Mira Mustaffa
4 Yusry Abdul Halim (Karak)
5 Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Hantu Bonceng)
6 Osman Ali (Ombak Rindu)
7 Syamsul Yusof (Khurafat)
8 Afdlin Shauki
9 Hashim Rejab (Sekali Lagi)
10 Syamsul Yusof (Aku Bukan Tomboy)

ANUGERAH DIREKTOR BARU TERHEBAT

1 Ernie Chen
2 Woo Ming Jin
3 M.Suurya (Sumpahan Puaka)
4 Jeffrey Chiang

ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT

1  Hikayat Merong Mahawangsa
2  KL Gangster
3  Kongsi
4  Karak
5  Songlap
6  Senario The Movie Ops Pocot
7  Klip 3GP

ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT

1  Bini-Biniku Gangster
2  Hantu Bonceng
3  Sekali Lagi
4  Raya Tak Jadi
5  Aku Bukan Tomboy
6  Suatu Malam Kubur Berasap
7  Senario The Movie Ops Pocot
8  Alamak Toyol
9  Kembar Siang
10 Karipap-Karipap Cinta

ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT

1  Khurafat
2  Flat 3A
3  Senjakala
4  Sini Ada Hantu
5  Suatu Malam Kubur Berasap
6  Penunggu Istana
7  Seru
8  Sumpahan Puaka
9  Rasuk
10 Di Larang Masuk

ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT

1  Sekali Lagi
2  Nur Kasih The Movie
3  Papa I Love You
4  3,2,1 Cinta
5  Apa Tengok-Tengok

ANUGERAH HERO TERHEBAT

1  Zizan Razak
2  Aaron Aziz (Ombak Rindu)
3  Aaron Aziz (KL Gangster)
4  Johan Raja Lawak
5  Shahir
6  Shaheizy Sam (Bini -Bini Ku Gangster)
7  Remy Ishak (Nur Kasih The Movie)
8  Shaheizy Sam (Sekali Lagi)
9  Syamsul Yusof
10 Sharnaaz Ahmad

ANUGERAH HEROIN TERHEBAT

1  Yana Samsudin
2  Lisa Surihani (Sekali Lagi)
3  Scha Al Yahya
4  Lisa Surihani (Papa I Love You)
5  Maya Karin (Ombak Rindu)
6  Tiz Zaqyah
7  Juliana Evans
8  Maya Karin (CUN)
9  Diana Amir (3,2,1 Cinta)
10 Intan Ladyana (Kembar Siang)

ANUGERAH WATAK PENYANGAK TERHEBAT

1  Khir Rahman
2  Jehan Miskin (Cun)
3  Afdlin Shauki (Misteri Jalan Lama)
4  Ning Baizura (Cun)
5  Hasnul Rahmat
6  Rashidi Ishak
7  Dewa Sapri
8  Fikri Bakar
9  Namron (Misteri Jalan Lama)
10 Esma Daniel

ANUGERAH LAGU FILEM TERHEBAT

1  Ombak Rindu
2  Sedetik Lebih
3  Ku Syok Kat Dia
4  Nur Kasih
5  Kerek
6  Cun Selalu
7  Menjelang Aidilfitri
8  Psiko (Klip 3GP)
9  Hanya
10 Jelita

ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT

1  Shahir
2  Syafie Naswip
3  Angah Raja Lawak
4  Taiyuddin Bakar
5  Zalif Sidek
6  Tengku Iedil Putra
7  Adey Syafrien
8  Sabhi Saddi
9  Azlee Khaii
10 Azlee Jaafar

ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT

1  Mia Sara Nasuha
2  Nadiya Nisa
3  Tasha Shilla (Ratu The Movie)
4  Shera Aiyob (Karak)
5  Sara Ali (Nur Kasih The Movie)
6  Kilafairy (Karak)
7  Jazzy Rashid (Ratu The Movie)
8  Adeline Tsen
9  Mimie One Nation Emcee
10  Sara Ali (Penunggu Istana)

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mengundi artis-artis pilihan anda menerusi Online dan SMS, sila layari website rasmi di www.anugerahblokbuster.com.my .

Maafkan Aku : Mojo Lirik


Lirik Lagu Maafkan Aku : Mojo

Izinkan untukku membicara
Untuk menjelaskan segalanya
Apa yang telah ku lakukan
Terhadap dirimu dulu

Ku tahu semuanya salahku
Membiarkan cintamu dulu
Dan kini aku ingin kembali
Setelah dirimu aku lukai

Maafkan diriku
Kerana meninggalkanmu
Salahkanku
Kesal ku buntu

Beribu penyesalan
Yang ku rasa dalam jiwaku
Maafkan aku

Betapa teguhnya cintamu
Terhadap diriku ini
Sanggup kau ‘tuk menerimanya
Memaksa melihatku dari jauh

Kini ku baru menyedari
Sucinya cintamu terhadapku
Maafkan segala kealpaanku
Seandainya masih ada cintamu

Hukumlah diriku
Ku rela menanggung dosa-dosaku
Maafkan aku, oh

Ku tahu salahku
Berilah ku peluang
Untuk bersama
Bersama denganmu semula

Aidil Zafuan Gagal Dpt Hak Lawatan, Bermalam dgn Anak


Aidil Zafuan Abdul Radzak pada Selasa gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan hak lawatan serta bermalam bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan untuk menolak permohonan Mohd Aidil, 24, selepas menerima bantahan awal yang difailkan Rita, 36.

Mohamed Fouzi juga mengarahkan Mohd Aidil membayar RM3,000 kepada Rita sebagai kos mahkamah.

Pemain bola sepak itu hadir di mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari.

Aidil Zafuan

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Mohd Aidil selaku plaintif memfailkan permohonan hak lawatan serta bermalam pada 20 Jun lepas dan afidavit telah diserahkan kepada Rita, pada 27 Jun lalu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, bagaimanapun mengemukakan bantahan melalui peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai “locus standi” atau bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.

Ini kerana, Mohd Aidil membuat permohonan menggunakan alamat pemastautin di rumah yang turut diduduki Rita dan anak-anaknya di Damansara dekat sini.

Mohd Zaidi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir menjelaskan isu dibangkitkan anak guamnya dalam bantahan itu membabitkan alamat tempat tinggal Mohd Aidil.

Beliau berkata ketika memfailkan permohonan hak penjagaan anak, Mohd Aidil menggunakan alamat rumah yang didiami Rita di Damansara sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah itu, sejak Januari lepas.

"Beliau (Mohd Aidil) kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ1, Subang Jaya, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa memberikan alamat rumahnya di USJ1 dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding mahkamah," katanya.

Sementara itu, Rita ketika ditemui melahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan mahkamah itu.

"Jika beliau maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya. - BERNAMA

Pembentangan Bajet 2013 di TV3


Bajet 2013 di TV3

Spekulasi dan persoalan mengenai Bajet 2013 bakal terjawab menerusi sebuah program bual bicara, Pembentangan Bajet 2013 yang akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini.

Ia akan disiarkan menerusi TV3 pada pukul 3 petang.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa berkata, Program yang diterbitkan khas oleh Jabatan Berita Dan Ehwal Semasa TV3 itu menampilkan gandingan penyampai berita Saiful Nizam Ismail dan Gan Ai Leng selaku pengantara program.

Bual bicara tersebut turut menjemput panel khas iaitu Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk D. Noor Azlan Ghazali.


Secara dasarnya, program bual bicara ini akan membincangkan harapan, jangkaan dan insentif yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah mengambil kira pandangan orang ramai mengenai isu Bajet 2013.

Menampilkan Norliza Mohd Zain selaku penerbit, program selama tiga jam setengah itu turut membawakan lintas langsung dari Parlimen sebelum dan sewaktu pembentangan belanjawan sehingga selesai sesi Bajet 2013.

Bajet 2013 bakal menjadi satu topik yang hangat diperdebatkan oleh semua rakyat pelbagai peringkat umur dan bangsa itu dan antara topik yang akan dibicarakan ialah spekulasi yang menyatakan adanya kenaikan gaji kakitangan awam atau bonus buat mereka.

Selain itu, isu cadangan syarikat pemaju yang meminta kerajaan melonggarkan syarat pinjaman khususnya untuk pembelian rumah bagi merangsang pertumbuhan sektor hartanah Negara juga akan dibincangkan.

Para penonton juga dialu-alukan untuk berkongsi pandangan dan komen mengenai isu Bajet 2013 menerusi emel bajet2013@tv3.com.my.

Sinopsis filem Hantu Kapcai + trailer

Sinopsis filem Hantu Kapcai 

Filem Hantu Kapcai mengisahkan Ajib (lakonan Zizan), seorang mat despatch yang mati dalam lumba haram ketika berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy). Dia perlu melunaskan hutang untuk `duniawi' membebaskannya daripada terus terperangkap antara alam nyata dan ghaib.

Keadaan menjadi huruhara apabila rohnya hanya dapat dilihat Ibrahim (Fizz). Ajib pula mencari ketenangan dan cuba menyelesaikan masalah dihadapi keluarganya?

Trailer filem Hantu Kapcai 

Hantu Kapcai adalah filem pertama diterbitkan di bawah label Showbiz Production menerusi arahan Ghaz Abu Bakar. Ia menampilkan lakonan Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen dan Riza Amin itu akan ditayangkan bermula 27 September ini.

Ulasan filem Aji Noh Motor


Ulasan filem Aji Noh Motor

Sesiapa yang meminati cerita komedi ringan, bolehlah menonton filem ini. Walaupun santai, suntikan moral yang ingin disampaikan mudah difahami dan bukan sekadar hiburan semata-mata.

Namun, harus diperbaiki dari segi momentum cerita yang ada turun naiknya. Sepatutnya, 10 minit pertama adalah masa untuk menarik penonton tetapi dalam filem ini, permulaan cerita agak perlahan hingga menimbulkan rasa bosan.



Bagaimanapun, keadaan berubah pada babak seterusnya. Boleh dikatakan, kehadiran Noh (Zalif Sidek) yang khusyuk mendengar ceramah agama mula menarik perhatian dan membuat penonton ketawa.

Tidak ada masalah dari segi skrip kerana bahasa dan ayat yang digunakan sesuai dengan keadaan dalam filem itu seperti komunikasi antara adik beradik, dengan sahabat dan rakan-rakan rempit.

Pengarah yang peka dengan norma masyarakat yang kurang senang apabila agama seolah-olah dipersendakan, cukup dipuji. Dalam setiap perilaku yang boleh dianggap bakal menimbulkan kontroversi, Razif bijak mengatasinya dengan satu keadaan menunjukkan balasan Tuhan.

Babak itu boleh dilihat ketika dua rakan Aji, Eijal dan Sadam cuba membantu Aji yang ingin menunaikan impian Noh menunaikan haji. Kerana tidak berkemampuan, Eijal dan Sadan membina kaabah namun Aji membantah. Pada masa sama, dua orang sahabatnya itu dipanah petir sebagai balasan atas kesalahan mereka.

Keserasian antara Alex dan Zalif sebagai adik-beradik juga kelihatan 'natural'. Tidak rasa janggal apabila Noh mencium dahi adiknya ketika Aji menghantar adiknya ke surau kerana pada awal cerita, sudah menunjukkan ikatan mereka sangat kuat.

Razis juga cuba menampilkan realiti sebenar dalam masyarakat menerusi watak Haji Rodhi (Imuda) yang berkali-kali ke Makkah menunaikan Umrah dan Haji namun masih memandang rendah pada orang lain terutama Noh yang dianggap hanya tahu melakukan kerja haram.

Filem mengisahkan Aji yang sanggup melakukan apa saja demi adiknya mungkin bukan filem yang sangat menarik tetapi boleh dianggap satu kejayaan buat Razis yang pertama kali mengarah filem.

Ulasan Hellinie Sina

FILEM: Aji Noh Motor

ARAHAN: Muhamad Razif Abdul Rashid (Ajiboi)

PELAKON: Zalif Sidek, Alex Yanz, Wawa Zainal, Eizlan Yusof, Nadia Mustapa, Imuda, Boy Iman, Shafiez, Eddy Rauf

GENRE: Islamik Komedi

TAYANGAN: 20 September 2012

Sinopsis drama Ikatan TV2 lakonan Iqram Dinzly/Ayu Raudah

Sinopsis drama Ikatan lakonan Iqram Dinzly/Ayu Raudah

Ikatan mengisahkan persahabatan yang terjalin antara Noraini dan Fariz yang bersahabat sejak kecil patahlagi kedua ibu bapa mereka juga bersahabat baik. Namun takdir memisahkan mereka apabila bapa Fariz dihantar bertugas ke tempat kerja baru. Sebagai kenangan perpisahan, Noraini memberikan hadiah kepada Fariz. Fariz yang tidak memberikan hadiah semasa perpisahan tersebut berjanji untuk membalas hadiah Noraini apabila mereka bertemu semula. Perpisahan dan janji-janji tersebut diabadikan dalam sebuah portrait oleh bapa Fariz.

Noraini dan Fariz tidak pernah bertemu semula selepas itu sehinggalah 22 tahun kemudian. Ketika itu kehidupan Noraini penuh cabaran dan rintangan setelah dipisahkan keluarga kerana berkahwin tanpa restu ibubapa. Noraini yang bekerja sebagai penyelia kilang juga telah berpisah dengan suaminya, Rostam apabila suaminya dipenjara kerana menyamun.

Fariz pula menjadi seorang akitek yang berjaya dan memiliki cinta hatinya sendiri bernama Suraya. Fariz sibuk melayan kekasihnya dan ketika melihat gambar-gambar lama bersama-sama Suraya, Suraya terjumpa sekeping gambar Fariz semasa zaman kanak-kanak bersama seorang kanak-kanak perempuan. Ibu Fariz menceritakan kepada Suraya dan Fariz kisah di sebalik potret tersebut. Fariz menyimpan gambar tersebut, bertujuan untuk mencari dan menunaikan janjinya kepada ‘Baby’.

Kehidupan Noraini nampak cerah apabila ia ditawarkan bekerja sebagai pembantu kerani akaun oleh syarikat tempat ia bekerja, namun kesihatan anaknya Azam yang disahkan mengidap penyakit buah pinggang membantutkan usaha tersebut. Dia terpaksa kerap meminta cuti dari majikannya. Lebih mendesak, kos rawatan yang tinggi juga memaksa Noraini meminjam wang dari rakan sekerja.

Sinopsis drama Ikatan, TV2


Rakan sekerja Noraini membantu mengumpul dana di kilang tempat mereka bekerja, namun jumlah kutipan terlalu sedikit. Bagi membantu Noraini, pihak kilang mencadangkan Noraini mendapatkan bantuan akhbar. Walaupun agak keberatan, namun demi kesihatan anaknya Noraini bersetuju. Apabila cerita Noraini keluar diakhbar, ia mendapat reaksi baik dari orang ramai. Ramai yang tampil menderma termasuk Fariz. Fariz tidak mengenali Noraini tetapi mengecam muka Noraini yang dilanggarnya di laluan pejalan kaki hospital, ketika Azam pertama kali dikejarkan ke hospital. Ketika itu Fariz berada di hospital untuk bertemu rakan baiknya Dr. Daud.

Ibu Noraini yang telah berpisah dengan anaknya semenjak Noraini berkahwin lari dengan Rostam turut membaca cerita Noraini di dalam akhbar. Kasihan terhadap nasib Noraini, Radziyah telah menghubungi dan membantu Noraini tanpa pengetahuan suaminya.

Konflik berlaku bila Rostam yang baru sahaja keluar dari penjara juga terbaca cerita Noraini. Dia mahu membalas dendam kerana Noraini melarikan diri bersama anaknya 3 tahun lalu. Rostam mula mengintip segala pergerakan Noraini. Ketika Noraini baru sahaja keluar dari bank, begnya telah diragut. Rostam datang membantu Noraini dan cuba berbaik-baik semula dengan Noraini. Noraini tidak tahu bahawa Rostamlah perancang semua itu dengan rakan-rakannya.

Lalu apakah penyudahnya? Dapatkah Noraini mengharungi cabaran hidup yang merintang di hadapannya? Bagaimana pula kesudahan episod cinta antara Fariz dan Suraya akibat salah faham yang tidak dapat dielakkan?

Sumber: Budiey

Lokasi Ujibakat Idola Kecil Musim Ke 5


Senarai Lokasi Ujibakat Idola Kecil 5

Rancangan realiti kanak-kanak Nombor Satu Malaysia, Idola Kecil, kini kembali dengan musim kelima. Idola Kecil musim kelima (IK5) terbitan TV9 ini sangat ditunggu-tunggukan oleh adik-adik yang mempunyai minat dalam bidang nyanyian.

Siapa yang ingin menjadi seperti Wada (juara IK1), yang kini sudah mempunyai album sendiri? Atau ingin mencipta nama seperti juara-juara Idola Kecil yang lain seperti Dayana (juara IK2), Harris (juara IK3) dan Fifa  (juara IK4)?

Luahkan bakat terpendam adik-adik dan beraksikah di sesi ujibakat yang bakal diadakan di Pulau Pinang, Joihor Bharu, Kuala Terengganu dan juga Alamanda, Putrajaya bermula 22 September ini. Program yang pernah mencecah hingga 1.5 juta penonton ini bukan sahaja menggilap bakat kanak-kanak berusia antara 9 hingga 12 tahun, malahan dapat membina jatidiri mereka supaya lebih berani dan yakin pada diri sendiri.

Idola Kecil Musim ke-5 masih lagi mengekalkan Alif Satar sebagai hos yang sudah sinonim dengan panggilan Abang Long bagi setiap peserta Idola Kecil sejak dari musim pertama hingga kini.

Idola Kecil merupakan satu inisiatif TV9 untuk menyediakan platform bagi kanak-kanak menyerlahkan bakat nyanyian atau lakonan untuk mencipata nama diusia muda.

Pada musim ini, satu kelainan akan ditampilkan bagi memberi nafas baru untuk lebih menggalakkan adik-adik untuk mempelajari nilai-nilai murni serta memahami budaya 1Malaysia yang akan diselitkan dari segi nyanyian, tarian dan lakonan.

Uji Bakat Idola Kecil Musim Ke-5 (IK5) akan dijalankan di empat buah lokasi bermula pada jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Tentunya kehadiran Cikgu Delly dan Dafi di Pulau Pinang akan menyemarakkan lagi semangat adik-adik kelak. Berikut adalah senarai tarikh dan lokasi sesi ujibakat bagi IK5.

1 Holiday Inn Resort Penang, Batu Ferringhi, Pulau Pinang 22 & 23 September 2012
2 The Zone Regency Hotel By The Sea, Johor Bharu 29 & 30 September 2012
3 Permai Hotel, Kuala Lumpur 6 & 7 Oktober 2012
4 Alamanda, Putrajaya 13 & 14 Oktober 2012

Kalau berminat, adik-adik perlu mengikut syarat-syarat untuk sesi ujibakat:

1. Peserta-peserta ujibakat hendaklah berumur sekitar 9-12 tahun
2. Warganegara Malaysia
3. Berbangsa Melayu, Cina, India atau sebagainya
4. Sila bawa salinan Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan berserta sekeping gambar berukuran passport.

Jangan lupa pula untuk menghafal salah-satu daripada lagu-lagu yang disediakan seperti :

1. Cari Jodoh – Wali Band
2. Carta Hati – Najwa Latif
3. Tanpa Mu – Amir Jauhari
4. Aku Skandal – Hujan
5. Lelaki Seperti Aku – Alif Satar
6. Patah Seribu – Shila Amzah

Bagi mereka yang ingin mencuba nasib untuk ujibakat di Alamanda, Nantikan kemunculan juara-juara Idola Kecil kami seperti Wada, Dayana, Haris, Fifa dan beberapa peserta daripada musim lalu membuat persembahan istimewa mereka khas buat pengunjung di sana.

Biodata Profil Amy Erni

Biodata Profil Amy Erni


Profil Amy Erni

Nama Penuh : Surkirni Sikandar Batcha
Tarikh Lahir : 26 September 1976
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Hobi : Menyanyi, Berenang dan Menjahit
Idola : Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Siti Nurhaliza
Menetap : Bukit Jalil

Amy Erni berimej muslimah tetap perjuang irama dangdut


Amy Erni, mungkin nama itu tidak segah penyanyi dangdut seangkatannya, Sheeda, Haiza dan Shikin.

Namun, ia bukanlah halangan besar untuk pemilik nama sebenar, Surkirni Sikandar Batcha, 36, untuk terus memperjuangkan karier seninya.

Berkecimpung dalam industri seni sejak era 90-an sebagai penyanyi dangdut, langkah Amy tidak pernah terhenti walaupun sudah bertudung.

Bagi Amy, imej Muslimah yang dibawanya kini bukanlah ‘penamat’ dunia seninya.

“Alhamdulillah, kini saya semakin selesa dengan penampilan bertudung dan menutup aurat. Pun begitu, minat saya dalam seni nyanyian masih belum pudar.

“Saya masih menerima tawaran persembahan daripada pelbagai pihak. Namun, dalam masa yang sama, saya harus menjaga tata tertib sebagai orang Islam.

“Bagi saya, tidak salah untuk terus menyanyi asalkan kita tahu membezakan antara baik dan buruk. Saya masih lagi mengekalkan irama dangdut, namun cara lebih sopan dan beradab,” katanya yang pernah popular dengan lagu Terlena.

Ramah orangnya, Amy turut berkongsi peristiwa yang menimpa dirinya baru-baru ini sehingga dia membuat keputusan untuk berhijrah.

“Dalam dua bulan lalu, saya didatangi mimpi dan bayangan mengenai seksaan ALLAH SWT di akhirat. Dalam pada itu, datang pula cahaya terang di sebelahnya.

“Saya keliru untuk memilih mana satu yang harus saya pergi, akhirnya saya lari ke cahaya itu. Sebelum itu, saya didatangi dua makhluk yang berbeza, satu makhluk berwarna hitam dan satu lagi seorang ulama.

“Akhirnya, saya membuat keputusan untuk berhijrah kerana sudah tiba masanya untuk saya berubah. Saya bersyukur kerana diberi petunjuk dan hidayah seperti itu daripada ALLAH SWT,” katanya.

Mengimbau sejarah penglibatannya dalam industri, Amy memberitahu dia mula berjinak dalam seni suara sejak di bangku sekolah lagi.

Apabila tamat persekolahan, Amy mula mengasah bakatnya secara serius di sebuah kelab malam di ibu kota.

“Pada tahun 1993, saya ditawarkan untuk merakam album pertama yang berbentuk kompilasi. Dalam album Amy Surkirni, saya masih belum ada lagu sendiri.

“Sebelum berpeluang menghasilkan album, saya banyak menimba pengalaman dengan merantau di beberapa kelab malam yang lain.

“Pada tahun 1999, saya tampil dengan album kedua, Terlena Gebyar Dangdut, yang memuatkan 11 lagu. Sejak itulah rezeki saya mula bertambah dan semakin dikenali,” katanya.

Album itu turut memuatkan lagu seperti Jangan Tinggalkan Daku, Gebyar Dangdut, Terlena, Twiss Dangdut, Serba OK, Disko Dangdut, Restui Cinta, Pengubat Rindu, Curang dan Apa Khabar.

Namun, nasib tidak menyebelahi dirinya apabila beberapa tahun selepas itu, dia diserang sakit misteri sehingga terpaksa berhenti daripada bidang nyanyian.

“Setelah sembuh, saya kembali bekerja di kelab malam di Wilayah Kompleks dan pada tahun 2009, saya ditawarkan bekerja di Club 8 sebagai pengurus di sana.

“Pada 2011, saya beralih angin ke Wawa Club dan tidak lama selepas itu, saya berhenti sehinggalah sekarang. Kini, saya hanya menumpukan perhatian pada undangan persembahan sahaja,” katanya.

Walaupun lebih 10 tahun tidak menghasilkan album, namun kemunculan semula Amy turut disertakan dengan dua single terbaru.

Jelas Amy, single itu dihasilkan sebelum dia berhijrah.

“Dua single saya, Itu Pasal dan Hangatnya Cinta, telah siap dan kini dalam proses untuk mencari  pihak edaran untuk menerbitkan single itu.

“Walaupun masih mengekalkan irama dangdut, ia masih boleh dibawakan dengan cara lain. Walaupun tanpa gelek, saya yakin, melodinya mampu menarik minat pendengar,” katanya.

Dua single terbaru itu mendapat sentuhan daripada tiga komposer, Ajim, Logan dan Oja.


Lady Gaga dah gemuk dan berisi

Lady Gaga yang dikenali sebagai penyanyi berimej pelik, baru-baru ini mengakui berat badannya kini semakin bertambah. 

Menurut pakar pemakanannya, Majid Ali, pertambahan berat badan lebih kurang 13 kilogram yang dimiliki Gaga itu dipercayai berpunca daripada pengambilan minuman yang tidak berkhasiat. 

"Selain pemakanan, minuman juga boleh mengakibatkan penambahan berat badan dengan ketara. "Walaupun Gaga telah menjalani diet pemakanan, namun ianya tidak akan berhasil sekiranya dia tidak memilih minuman yang berkhasiat," katanya. 

Lady Gaga fat

Filem Bait

Filem Bait in 3D mula ditayangkan di pawagam Malaysia mulai hari ini (20 September). Rasa cemas memang dan dirasai ketika menyaksikan sesi previu filem terbabit di GSC, One Utama, Damansara, baru-baru ini.

Ada unsur lucu dan sesekali kedengaran orang tergamam dan menyumpah! Untuk menceritakannya sekali gus tidak sama seperti menontonnya, jadi lebih baik ke pawagam dan rasai sendiri pengalaman baru bersama jerung.

Filem selama 90 minit terbitan syarikat produksi Australia, Darclight dan Blackmagic Design Production, arahan Kimble Rendall, mengenengahkan garapan baru tidak pernah difikirkan selepas tragedi tsunami melanda.

Garapan Bait dibangunkan oleh Russell Mulcahy dan Gary Hamilton bagi filem genre berkonsep tinggi menceritakan serangan jerung. Apa menariknya, Bait berkisar mengenai cara kehidupan semula jadi manusia untuk survival apabila berdepan cabaran yang mengancam nyawa.

Visual jerung dalam Bait juga menarik dan kelihatan hidup terutamanya aksi jerung membuat serangan ganas dengan barisan gigi menggerunkan.

Filem ini pula membariskan pelakon berpengalaman, berkarakter matang dan nada percakapan tegas. Ia membariskan lakonan Xavier Samuel yang pernah membintangi The Twilight Saga serta Julian McMahon, Sharni Vinson, Phoebe Tonkin dan ramai lagi.

Ketua Produksi Frekuensi Sangat Tinggi (VHF) Blackmagic, Mike Parsons berkata, cabaran terbesar produksi adalah menyiapkan filem ini memberi karakter terhadap jerung.

"Bagi kesan visual, Bait perlu menggambarkan tindakan, animasi dan ekspresi semula jadi jerung. Binatang ini perlu beraksi sepanjang masa dan dalam realiti, mereka hanya akan mencari mangsa selepas mengelilingi atau bergerak melepasi 30 atau 40 orang. Kami cuba menepati karakter realiti sebenar jerung mencari mangsa," katanya.

Tugasan mengarah diberi kepada Rendall kerana beliau pernah bekerjasama menghasilkan filem terbesar Australia seperti The Matrix Trilogy, The Knowing, Ghost Rider dan Underworld: Rise Of The Lycans.

Rendall sebaik menerima tugasan itu, baru menyiapkan filem The Killer Elite di Melbourne.

"Saya berminat dengan genre ini. Saya suka membuat filem yang sudah ada penonton. Sejak 10 tahun lalu, saya banyak bekerja dengan sistem Hollywood yang mengkhusus dalam kesan khas. Jadi, saya mahu membawa balik kepakaran itu dan dimanfaatkan di Australia," katanya.

Katanya, dia tidak berminat mengarahkan filem seram.

"Saya tertarik dengan garapan dan teknologi Bait. Filem ini ada 13 watak utama, mereka perlu membawa filem ini ke tahap perasaan bersifat antarabangsa. Pelakon mesti sempurna. Saya mementingkan pereka produksi berkualiti tinggi memandangkan Bait berkisar dalam pasar raya dan tempat letak kereta dilanda banjir.

"Kesimpulannya, kami perlu mendapatkan jalan cerita bagus, pelakon yang bagus dan mendapatkan kru bekerja yang betul. Sewaktu berbincang dengan produksi, ada bertanya bagaimana hendak buat semua itu memandangkan keseluruhan filem ini dirakam dalam bentuk 3D? Kita ambil satu demi satu dan fokus," katanya.

Bait mengisahkan mengenai peristiwa dilalui oleh pengunjung pusat beli-belah bawah tanah di sebuah bandar di tepi pantai yang dilanda tsunami.

Mereka terperangkap dalam pasar raya tanpa menyedari mereka diburu binatang 'gila' mencari mangsa untuk dibaham. Bukan saja terpaksa berdepan risiko lemas, tetapi juga bertentang dengan gigi dan nafsu dahagakan darah.

Bangsawan Tragedi Merong Mahawangsa

Bersempena Program Siri Semarak Bangsawan 2012, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menyahut cabaran dengan mementaskan Bangsawan Tragedi Merong Mahawangsa yang bakal berlangsung di Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 September ini.

Berskala kecil dan tidak setara untuk dibandingkan dengan filem, pun begitu JKKN menjanjikan sebuah pementasan hebat dan meninggalkan kesan di hati penonton.

Dibintangi Kumpulan Bangsawan Seri Kedah, Bangsawan Tragedi Merong Mahawangsa digarap berbeza daripada apa yang pernah dipertontonkan kepada umum sebelum ini.

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli berkata, Bangsawan Tragedi Merong Mahawangsa diarahkan oleh seorang pengarah yang juga tokoh bangsawan yang terkenal di utara tanah air, Morad Ibrahim dan iamengisahkan pengembaraan Baginda Merong Mahawangsa mencari Putera anak Raja Rom.

"Morad Ibrahim namanya cukup terkenal di kalangan penggiat teater bangsawan dan apabila tahun ini beliau mementaskan kisah epik Bangsawan Tragedi Merong Mahawangsa, pasti hasilnya cukup menarik.

"Selain bangsawan Tragedi Merong Mahawangsa, terdapat beberapa lagi karya yang dipentaskan oleh pengarah teater bangsawan yang tidak kurang hebat.

"Kesemua teater yang dipentaskan kali ini, menjadi pengisian juga kesinambungan kepada program Siri Semarak Bangsawan yang mula diperkenalkan pada 2007. Usaha ini terus diperkasakan kerana kami mendapati sejak 2007 sampai sekarang kini hampir 50,000 orang penonton membanjiri Panggung Bandaraya bagi menyaksikan pementasan bangsawan.

"Manakala sebanyak 26 kumpulan berpeluang mementaskan 46 naskhah bangsawan. Rentetan daripada itu, program ini juga dilihat berjaya mengembalikan era kegemilangan seni bangsawan melalui kewujudan banyak kumpulan baru.Apa yang membanggakan adalah kebanyakannya dipelopori oleh generasi muda.

"JKKN percaya perkembangan ini adalah satu kejayaan kepada program penyemarakan bangsawan ini. Program Semarak Bangsawan 2012 berkonsepkan persembahan bangsawan oleh kumpulan teater yang masih aktif yang dipilih seluruh Malaysia," katanya.

Kembara Musim Haji di TV AlHijrah

TV AlHijrah mengambil langkah menyeluruh dalam menyediakan laporan kepada penontonnya untuk mengikuti perkembangan secara lebih dekat di Makkah dan Arafah menerusi Kembara Suci.

Kempen Kembara Suci tahun ini bersiaran secara langsung setiap hari mulai 12 hingga 29 Oktober 2012 melalui program Labaikallah pada setiap malam. Rancangan setengah jam ini akan menyediakan liputan bagi semua laporan berita dikemas kini setiap 24 jam.

Penonton TV AlHijrah akan dapat mengikuti liputan harian Kembara Suci yang dijangka membabitkan pergerakan 28,000 umat Islam dari Malaysia menyertai kira-kira empat jemaah berwukuf di Arafah pada 26 Oktober 2012.

Sebagai persiapan bagi memastikan kempen Kembara Suci lancar, TV AlHijrah menghantar sembilan krew termasuk tiga hos popular untuk melaksanakan kerja penyediaan dan penyampaian liputan secara langsung setiap hari.

" Kami akan memberikan yang terbaik, lengkap dan menyeluruh supaya penonton tidak tercicir sebarang maklumat penting berhubung musim haji tahun ini," kata, Pengurus Hal Ehwal Semasa dan Penerbit Eksekutif TV AlHijrah, Syirfan Indra Mitra Surya.

Menerusi gabungan teknologi hasil kerjasama dengan Gulf International Office (GIO) serta kesan kerjasama antara TV AlHijrah dan semua televisyen rasmi milik Arab Saudi, Kembara Suci akan menjadi laporan berteknologi tinggi, bermaklumat dan terkini.

"Tahun lalu TV AlHijrah menjadi saluran pertama menyiarkan khutbah haji secara langsung di Arafah dan, insyaAllah kami akan meneruskan liputan ini sebagai tradisi musim haji di saluran kami," kata Syirfan lagi.

Program Labbaikallah akan dihoskan oleh pengacara popular, Ustaz Don Danial Don Biyajid, dengan fokus menyampaikan perkembangan semasa aktiviti mengerjakan haji.

Selain Don Danial pengacara program, Isu Akidah iaitu Ustaz Syahrul Faiezi akan turut membantu dengan menyediakan kapsul jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.

"Kapsul hari ini bersiaran selama tiga dan akan disiarkan secara langsung antara tiga hingga lima kali sehari," tambah Syirfan lagi.

Kapsul ini akan menjadi kemas kini dari awal pagi hingga tengah malam bagi membolehkan penonton melihat semua laporan terkini di Tanah Suci.

Krew TV AlHijrah berangkat ke Makkah pada 15 September dan akan berada selama 60 hari di sana.

- Telefilem Aku Bukan Haji

Menampilkan Asyraf Muslim sebagai pelakon utama dibawakan istimewa oleh TV AlHijrah sempena Aidiladha tahun ini. Kebanyakan daripada penggambaran di Makkah. Aku Bukan Haji mengisahkan pemuda yang terdesak untuk menyelamatkan nyawa bapanya sehingga sanggup mencuri duit simpanan seorang bakal haji hingga bakal haji itu meninggal dunia akibat serangan jantung. Pemuda itu cuba menebus dosanya kerana menyebabkan mangsa meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan haji.

Selain Ashraf Muslim sebagai watak utama telefilem ini juga turut dijayakan oleh Fauziah Nawi, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. Telefilem ini diarahkan oleh Mohd Hitler Zami dan skrip pula hasil karya Zabidi Mohamed.

- BERITA AlHijrah

Kempen Kembara Suci turut bersiaran dalam berita AlHijrah melalui laporan wartawan, Adi Akmal Sehrom yang berada di Makkah selama dua bulan. Adi Akmal akan menyediakan berita terperinci, terkini, serta lengkap sesuai dengan matlamat berita TV AlHijrah menjadi pemangkin kepada kempen Kembara Suci tahun ini.

Berita AlHijrah bersiaran setiap hari jam 8 malam dan jangan lupa bersama Adi Akmal dan ikuti pakej yang disediakan setiap hari dari Makkah.

- Kapsul Kembara Suci

Ustaz Shahrul Faiezi akan aktif bergerak disekitar Kota Makkah untuk mendapatkan laporan terkini 28,000 jemaah Malaysia di Tanah Suci.

Kapsul berdurasi 3 hingga 5 minit ini akan mula bersiaran seawal 6 pagi hingga 12 tengah malam dengan purata 3 hingga 5 laporan sehari.

Kapsul ini akan mula bersiaran sebaik sahaja jemaah Malaysia tiba di Arab Saudi dan laporan kapsul ini akan berakhir pada 26 Oktober nanti.

Sinopsis Teater Cinta Julia lakonan Fauziah Nawi,15 - 16 September 2012

Sinopsis Teater Cinta Julia

Cinta Julia mengisahkan kehidupan Julia yang terasing untuk meneruskan kelangsungan hidup yang dibayangi kehinaan daripada masyarakat. Ayahnya bekerja di kilang dan ibunya buta huruf. Meneruskan hidupnya, Julia mencari nilai cinta yang sebenar seperti yang dipamerkan ibu dan ayahnya. Keteguhan cinta si ibu dan ayah hingga ke akhir hayat. Keterasingan hidup ini juga membuatkan Julia menyerahkan diri kepada cinta dan kasih hakiki kepada yang Maha Kasih.

Sinopsis Teater Cinta Julia

Ayah kerja di kilang arak..pangkat tinggi..dapat anak dari hasil duit arak..Ibu tak tau baca .. buta huruf..tapi mengerti nilai hidup.. dari keterasingan ini, Julia berjuang meneruskan keberlangsungan hidup walau dibayangi kehinaan dari sebahagian masyarakat .. dari keterasingan ini juga ,Julia mencari nilai sebenar cinta seperti apa yang dipamerkan oleh ayah dan ibunya..terutama sekali sang Ibu yang hingga keakhir hayat teguh memeluk cinta sang suami ... dari keterasingan ini juga Julia akhirnya menyerahkan diri kepada cinta hakiki...dari yang dikasihi untuk yang Maha kasih.

Persembahan 75 minit itu nanti bakal menyentuh perasaan setiap penonton bukan saja melalui mesej yang kuat dan penulisan naskhah yang bagus tetapi juga melalui persembahan solo primadona Malaysia, Fauziah Nawi yang begitu mantap, bertenaga dan versatile. Cinta Julia memaparkan epilog seorang primadona dalam mempertahankan cinta, kasih, kepercayaan dan maruah.

Tajuk : Cinta Julia
Tempat : Lambang Sari, Istana Budaya
Tarikh : 15 - 16 September 2012
Masa : 8.30 malam
Pelakon: : Fauziah Nawi
Tema Persembahan : Cinta

Teater Rebab Berbisik akan dipentaskan di Malay Heritage Centre Singapore

Teater Rebab Berbisik yang menobatkan Rosnan Abdul Rahman, sebagai penerima 'Best Actor In Leading Role Theatre' di Boh Cameronian Arts Awards 2012, baru-baru ini, akan dipentaskan di Malay Heritage Centre Singapore, Istana Kampung Gelam, Singapura pada 20 hingga 22 September ini, jam 8 malam.

Undangan yang diterima daripada National Heritage Board (NHB) itu, ternyata satu penghormatan buat Rosnan selaku peneraju utama teater berkenaan apatah lagi kali pertama membuat persembahan di negara berkenaan.

"Buat pertama kali saya mengadakan persembahan di Singapura. Sangat terharu dan tidak sangka bakat saya dipandang penggiat seni dan peminat di Singapura.

"Program ini anjuran Malay Heritage Centre yang bernaung di bawah NHB Singapore. Rebab Berbisik dijemput mengadakan persembahan selama tiga malam berturut-turut sempena program Malay Cultural Festival 2012 yang berlangsung sepanjang bulan September 2012.

"Saya difahamkan mereka memilih Rebab Berbisik selepas tertarik menyaksikan pementasannya di Istana Budaya (IB) pada April tahun lalu.

"Keberangkatan dan persembahan saya ke sana nanti, turut diiringi pemuzik tradisional dan artis tari IB. Termasuk saya, seramai 23 orang terbabit dan kami berangkat pada 17 September," katanya ditemui di Balai Berita, Ahad lalu.

Rebab Berbisik, mengisahkan kepiluan seorang tokoh makyung iaitu Paksu Mat yang dilupakan akan sumbangan dan pengorbanannya terhadap seni warisan bangsa.

Tiada pewaris yang sanggup menerima dan menjadi penerus kepada kesenian ini termasuklah anak-anaknya sendiri iaitu Mimi dan Azri. Mimi dan Azri mempunyai latar peribadi yang berbeza. Kedua-dua mereka membawa haluan masing-masing.

Sebagaimana pernah ditonton pencinta teater di Malaysia, naskah Rebab Berbisik ini menggunakan dialek Kelantan justeru, untuk memudahkan penonton di Singapura memahami jalan ceritanya beberapa perubahan dilakukan.

"Saya juga akan berdialog sedikit dalam bahasa Inggeris untuk beberapa babak yang bersesuaian untuk memudahkan penonton faham.

"Persembahan kali ini mencabar buat saya kerana membuat persembahan secara berseorangan selama 75 minit atau satu jam 15 minit tanpa bantuan pelakon lain. Saya kena mengingati setiap dialog saya dengan sempurna selain perlu mengekalkan stamina.

"Seperkara yang menarik, setiap kali selesai sesi pementasan Rebab Berbisik, penonton yang hadir terbuka untuk bertanyakan soalan kepada saya mengenai apa juga yang ingin mereka ketahui.

"Sebelum saya terlupa juga, tidak sekadar membuat persembahan saya turut terbabit dalam bengkel yang terhad kepada 20 peserta pada hari terakhir aktiviti iaitu pada 22 September nanti. Bengkel berkenaan diadakan jam 3 petang," katanya

Rosnan mengharapkan, melalui program ini akan dapat menjalinkan hubungan perkongsian budaya Melayu dan kesenian antara Malaysia serta Singapura di samping dapat memperkenalkan kesenian Malaysia di Singapura.

"Pemergian saya ke Singapura bukan satu persembahan bersifat peribadi sebaliknya membawa misi besar kerana sebagai seorang aktivis seni, saya turut membawa matlamat Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Istana Budaya yang menyokong padu kepermergian saya untuk memastikan kelangsungan seni budaya terus semarak di serata dunia," katanya.

Bagi rakyat Singapura mahupun di Johor Bahru yang ingin menyaksikan pementasan Rebab Berbisik, tiket dijual pada kadar harga $30 (dewasa) dan $25 (pelajar dan warga emas).

Sekembalinya ke sini, aktivis seni berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina, Universiti Sains Malaysia dan berasal dari Pokok Sena, ini akan mementaskan pula Rebab Berbisik di Auditorium DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) pada 29 September, jam 8.30 malam bersempena Festival Teater Malaysia 2012.

Astro First dan Astro Best : Tonton filem terbaru di rumah

World of Movies Dibawakan Oleh Astro

Saksikan koleksi filem terbaru menerusi Astro First dan Astro Best bersama pustaka filem yang menarik melalui Astro B.yond VOD.

Helakan nafas dan duduk bersandarlah pada sofa empuk anda di rumah. Lalu bertanya pada hati anda: "Apakah filem yang mahu ditonton hari ini?

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, menunjukkan tiga langkah mudah untuk melanggan Astro Best.

Usah gusar kerana jawapan itu ada pada Astro Best dan Astro B.yond VOD yang kini boleh dinikmati pada hujung jari anda.

Cukup membanggakan kerana Astro kini melancarkan Astro Best yang menawarkan 3.1 million pelanggannya untuk menikmati filem-filem Hollywood dan Asia menerusi satelit DTH (Direct-To-Home) dan platform IPTV (Internet Protocol Television).

Astro First

Dengan Astro Best, anda mampu menonton judul-judul filem Hollywood dan Asia seawal 3 bulan selepas ia ditayangkan di pawagam dalam bentuk Definisi Tinggi (HD) yang berkualiti di rumah.

Sebagai contoh, anda boleh menyaksikan filem seperti The Avengers, The Hunger Games dan filem hit Korea yang menaikkan nama bintang-bintang K-Pop, I AM: SM Town Live Tour in Madison Square di saluran Astro 481, pada harga RM10 untuk setiap filem, bagi tempoh 48 jam selepas tempahan dibuat.

Judul akan datang bagi Astro Best termasuklah What to Expect When You’re Expecting dan The Cabin in The Woods.

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, Astro Best dilancarkan selepas kejayaan Astro First yang mencetuskan fenomena baru di Malaysia.

Pelanggan boleh membeli filem Astro Best melalui SMS di Astro Channel 481 pada harga RM10 untuk setiap filem dalam tempoh 48 jam selepas menempah.

Untuk pakej ini, Astro bekerjasama dengan studio filem antarabangsa seperti Walt Disney Company, Lionsgate, Sundance Channel, Animax, Fortune Star, CJ Media dan Unitel Classica agar peminat di Malaysia boleh mendapatkan akses yang hebat kepada pustaka filem-filem Hollywood dan Asia.

Amit Malhotra, Pengurus Besar Jualan & Pengedaran Media bagi The Walt Disney Company (Asia Tenggara) pula berkata: “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro dengan menawarkan karya Disney, Pixar dan Marvel terus kepada penonton di rumah yang berada di Malaysia."

Ujar Wendy Reeds, Timbalan Presiden Eksekutif Kandungan Jualan & Pengedaran Celestial Tiger Entertainment (CTE) pula pihaknya sangat berbangga dapat bergabung dengan Astro untuk melancarkan The Hunger Games, filem blockbuster pertama dalam bentuk francais dan filem akan datang, Cabin in The Woods serta What to Expect When You’re Expecting.

“Astro adalah rakan kongsi kami yang penting dan kami yakin kerjasama ini akan mencipta satu jalinan baru ke arah hiburan komersial yang menarik termasuk yang ditawarkan oleh Lionsgate."

Mengulas mengenai pembabitan SPT Networks, Ricky Ow, Timbalan Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Sony Pictures Television Asia berkata, kerjasama stratregik dengan Astro memberi peluang kepada pihaknya memperkenalkan Animax video kepada peminat di Malaysia.

"Ini memberi peluang kepada peminat untuk menonton anime terbaru dari Jepun mahupun seleksi siri anime yang popular dari studio-studio animasi ternama. Ia lengkap dengan sarikata bahasa Malaysia," katanya.

Tidak ketinggalan gembira menjalinkan usahasama dengan Astro adalah Bruce Tuchman, Presiden AMC/Sundance Channel Global.

“Kami di Sundance Channel, berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan Astro. Dengan ini penonton Astro akan dapat menonton karya berkualiti daripada pembikin filem bebas yang mana filem-filem mereka ada yang masih lagi ditayangkan di pawagam di Amerika Syarikat.

Antara judul filem terbaru yang ditawarkan kepada Astro B.yond VOD adalah seperti 50/50, Man On A Ledge, Abduction, Here, Teddy Bear dan karya dari Asia dan Bollywood termasuk Nightmare, Ghost On Air, Ashoka, Chalte Chalte, Penny Pinchers dan pelbagai lagi.

Judul bagi Catch Up TV termasuklah Oh My English, drama Korea dan China seperti City Hunter, Palace II dan The Other Truth, tidak ketinggalan karya Disney seperti Phineas and Ferb serta Upin & Ipin dan banyak lagi setiap hari.

Di samping itu, kandungan VOD terpilih juga disediakan secara online dan mobile melalui perkhidmatan Astro On-The-Go untuk semua pelanggan.

Untuk informasi lanjut mengenai Astro Best dan Astro B.yond VOD, sila layari https://www.facebook.com/Astroworldofmovies.

Rosyam Nor dianugerah Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif)

Rosyam Nor membuktikan kerja kerasnya selama 26 tahun dalam bidang seni diiktiraf ahli akademik apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Rosyam juga berharap pengiktirafan itu akan menjadi iktibar kepada khalayak umum terutamanya generasi muda agar rajin berusaha dalam apa jua lapangan kerja walaupun tanpa kelulusan yang tinggi.

“Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan (ijazah kehormat) ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.

“Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya. Saya harap ia menjadi iktibar kepada golongan muda untuk bekerja keras,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad.

Ijazah tersebut disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan bersempena Majlis Konvokesyen kali kedua UMK, pada Sabtu lalu.

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 itu berkata, penganugerahan itu juga membawa perubahan besar pada landskap dunia seni tanah air yang selama ini dianggap sinis dan tidak mempunyai masa depan oleh segelintir pihak.


“Penganugerahan sebegini kepada anak seni membawa perubahan besar kepada dunia hiburan. Jika dulu, dunia seni tanah air kita kecil dan dipandang remeh tetapi pada hari ini ia semakin berkembang dan mendapat pengiktirafan golongan profesional dan akademik.

“Ia adalah perkembangan yang baik untuk anak-anak seni kerana cabang industri ini. Yang penting, kita pelu bekerja keras dan tidak kenal erti mengalah,” katanya.

Pelakon yang kini bergelar usahawan itu berkata, dia berharap penganugerahan tersebut akan mengukuhkan kepercayaan badan profesional dan kerajaan dalam memberikan peluang untuk dia menyampaikan ceramah berkaitan bidang keusahawan.

“Memang saya kerap dijemput untuk menyampaikan ceramah dan taklimat sebagai anak seni dan usahawan pada acara-acara badan kerajaan dan swasta kebelakangan ini.

“Saya berharap penganugerahan ini akan lebih meyakinkan khalayak agar dapat saya berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada selama 26 tahun dalam bidang seni,” katanya.

Drama rantaian popular lakonan dan terbitannya berjudul Trilogi Cinta 2 kini ditayangkan pada setiap Khamis dan Jumaat pukul 10 malam di TV1.

Miera Liyana dah matang

Ada insan enggan berbicara kisah lampau yang menyakitkan hati. Tapi bagi Miera Liyana Kasmi, ia bukan alasan untuk melihat kembali kisah silamnya dengan kekasih hati, Shahrizal Jazle, malah berterima kasih.

Berkali-kali ucapan itu terpacul dari bibirnya kerana putus cinta membawa perubahan positif dalam hidup untuk menjadi gadis matang. Daripada riak wajah Miera melafazkan ucapan itu, jelas terpancar keikhlasan dan kesyukuran kerana pernah dipertemukan dengan pelakon itu.

"Saya tidak pernah kesal dengan apa yang pernah dilalui. Sejarah mengajar untuk menjadikan siapa kita hari ini. Saya berterima kasih kepada Shah. Kalau dia tak ada, saya tak akan menjadi Miera hari ini.


"Bukan saya nak `propa' atau sengaja nak bikin kontroversi tapi secara jujur, dia banyak bagi semangat kepada saya untuk menjadi matang pada hari ini. Kalau orang tanya masihkah ada rasa benci atau kecewa, saya jawab semua itu sudah saya buang jauh-jauh dan saya sudah tutup buku.

"Saya tak nak komen banyak pasal kehidupannya dan saya doakan yang terbaik. Manusia berubah, dia berubah dan saya pun sudah berubah," kata Miera penuh ceria.

Miera tanpa berselindung akui ucapan terima kasih dituju kerana sebelum ini dia buta cinta, malah usianya ketika hangat bercinta dengan aktor itu baru mencecah 19 tahun.

"Ketika itu saya masih muda dan kemaruk fikirkan soal cinta. Sejak saya fokus pada kerjaya, tawaran berlakon tidak pernah berhenti. Saya masih muda dan nak berseronok dengan kehidupan dilalui.

"Saya mahu berkawan dengan semua orang. Bukan tiada yang cuba nak cucuk jarum tapi saya tak ambil serius. Saya cakap saya sibuk dan nak tumpu kerjaya lakonan," katanya.

Miera juga akui, sejak itu dia sudah mula memilih kawan kerana tersalah memilih, nama akan busuk lagi. Dek kerana tersalah pilih kawan jugalah dia dilabel gadis sosial.

"Saya kena cari kawan yang sesuai kerana elok mereka, maka eloklah saya. Perkara itu memang realiti, memang tidak boleh dinafikan. Masalah orang kita ialah cepat labelkan orang lain dengan perkara buruk bila melihat sesuatu yang dianggap tak sesuai.

"Kalau seksi itu jahat, suka bersosial. Sebelum ini, saya memakai skirt sebab saya nak cuba sesuatu yang lain. Ketika itu saya masih muda, malah akui tidak sempurna. Sekarang bila sudah sedar, baru saya tahu dan belajar dari kesilapan itu," jelasnya.

Sejak namanya mula dikenali di khalayak seni, kontroversi dan gosip liar tidak pernah putus. Ada saja cerita kurang enak hinggap sehingga ada yang melabelnya Puteri Kontroversi.

Selain kisah cinta yang kini tinggal sejarah, Miera juga tak lekang dengan isu berpakaian seksi tak bertempat. Kemudian timbul pula isu bersosial di kelab malam dan berpesta liar.

"Setakat ini saya dah penat dengan macam-macam kontroversi. Sikit-sikit pasal seksi, putus cinta, liar, sosial. Kini saya gunakan semua pengalaman itu untuk matangkan diri sendiri. Saya kena buktikan saya bangkit bukan sekadar publisiti murahan tetapi saya seorang aktres.

"Seperti Umie Aida, Erra Fazira, Nasha Aziz, mereka juga pernah dilanda kontroversi tapi mereka tahu untuk `twist' hingga akhirnya disayangi peminat. Saya nak jadi macam mereka.

"Sekarang tempoh untuk mengelak kontroversi. Sebagai artis, memang tidak boleh lari tapi saya percaya kontroversi membantu artis," jelas Miera.

Kata Miera, dia bersyukur kerana kontroversi juga orang mula mengenalinya. Bukan melihat pada sudut negatif, sebaliknya dia optimis dengan kontroversi dan percaya menerusi bakat yang ditonjolkan, orang akan mula nampak kebolehan dirinya yang sebenar.

Miera yang kini beraksi dalam drama Kau Yang Terindah di TV3, baru selesai penggambaran filem Dendam Orang Mati dan Pencinta. Malah bakal masuk set penggambaran drama rantaian Putera Rayyan bergandingan bersama Nad Zainal dan Kamal Adli.

"Saya buka pilihan lebih besar bekerjasama dengan ramai pengarah. Tahun depan ada tiga filem menanti dan saya sangat teruja," katanya.

Oleh Amirul Haswendy Ashari
Sumber: Metro Ahad

Aktres Sharifah Shahora masih bertahan lama dalam industri

Sharifah Shahora antara penggiat seni yang berjaya bertahan hingga ke hari ini. Meskipun bukan dalam senarai pelakon kelas A, aktres ini mampu tersenyum bangga apabila tawaran berlakon tidak pernah putus.

Sering diberi kepercayaan menghidupkan watak komedi, dia yang mesra disapa Shora juga mampu mempelbagaikan penjiwaan, termasuk watak berat dan air mata.

Melangsungkan perkahwinan dengan pengarah sinematografi, Raja Mukhriz pada 26 Oktober 2008, pasangan romantik ini saling menyokong, bahkan sama-sama membangunkan syarikat produksi, Eleven Field.

Ikuti wawancara SELEBRITI bersama aktres ini yang rancak berkongsi perkembangan terbaru kanvas seninya selain mengupas rahsia mampu bertahan lama dalam industri, tanggapan segelintir pihak dia artis rasmi Cube Film serta penerimaannya terhadap kemunculan pendatang baru yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Anda antara aktres senior yang masih laris, malah wajah anda tak putus-putus muncul di kaca TV. Bagaimana anda mengekalkan prestasi itu?

Alhamdulillah. Saya bersyukur, pada usia begini, saya masih ada dalam industri dan kerja tak putus-putus. Berada dalam bidang ini, naik turun itu perkara biasa.

Saya sudah lama dalam industri dan pernah melalui pelbagai kesukaran, lebih-lebih lagi ketika zaman kemelesetan ekonomi. Ketika itu, susah sungguh nak cari makan.

Bagaimanapun, berkat kesabaran dan tidak kenal erti jemu, saya kini boleh tarik nafas lega. Biarpun bukan kategori popular, tapi kerja tak pernah putus. Itu paling penting bagi saya.

Bila ada kerja, adalah pendapatan. Untuk bertahan dalam bidang ini, kena tingkatkan usaha dan berani cuba sesuatu yang baru. Jangan statik dan kita juga kena jujur.

Saya berterima kasih dengan Michael Ang kerana naikkan nama saya. Dia korek bakat saya dengan mempelbagaikan watak saya. Sejak itu, ada peningkatan dalam karier. Saya juga berterima kasih dengan teman penerbit dan pengarah lain yang percayakan bakat saya.

Aktres Sharifah Shahora

Sebut Micheal Ang, ramai melabelkan anda `kroni' penerbit dan pengarah itu. Mungkin kerana kebanyakan drama dan telefilem terbitannya pasti ada wajah anda. Komen?

Bukan kroni atau artis rasmi, tapi kami serasi. Kami mula rapat sejak saya menjayakan telefilem Pontianak Kampung Batu dan Prebet Jamilah.

Dia pengarah dan sahabat yang baik. Kalau ada projek baru, dia akan cakap awal, malah minta saya masukkan dalam jadual walaupun projek itu lambat lagi.

Kalau sudah ada ketetapan, tidak ada alasan untuk saya tolak. Bagi saya, itu rezeki. Dengan dia, saya boleh cakap apa saja, malah dia sangat terbuka dalam menerima pendapat.

Jujur, kalau ditawarkan satu babak sekali pun, saya akan ambil sebab dia sentiasa ingat kawan. Pun begitu, tak bermakna saya tidak berminat bekerja dengan pengarah lain.

Kalau ada tawaran dan ketika itu tidak terikat dengan mana-mana penggambaran, pasti saya terima. Berlakon itu kerja saya, malah saya tiada masalah bekerja dengan mana-mana pengarah, waima orangnya masih hijau dalam industri.

Apa projek terbaru anda?

Saya menjayakan penggambaran drama 13 episod terbitan Suhan Movies, Mimpi Sinderella. Drama yang bakal menghiasi slot Lestari TV3 ini diarahkan Azmi Hatta.

Seperti biasa, saya bawa watak hitam sebagai ibu tiri yang menggunakan anak tiri untuk hidup mewah. Drama ini turut dibintangi Zarina Zainoordin, Mahmud Ali Basha, Aida Khalida dan beberapa pelakon muda.

Ada beberapa projek lagi, tapi tidak manis untuk saya ulas kerana belum ada hitam putih.

Dalam masa sama, saya membantu suami membangunkan semula syarikat produksi kami, Eleven Field. Sebelum ini, kami lebih fokuskan perhatian menerbitkan video korporat untuk syarikat dan universiti.

Bukan tidak teringin menghasilkan drama atau telefilem, tetapi setakat ini belum ada rezeki. Banyak kertas cadangan kami usulkan kepada stesen TV, tetapi belum ada rezeki.

Sedih juga bila tidak diberi peluang, walhal kami sudah lama dalam industri, sedangkan orang luar senang-senang saja dapat. Sepatutnya, peluang lebih diberikan kepada mereka yang sudah ada dalam bidang ini.

Sebelum ini, anda dan suami pernah suarakan keinginan menerbitkan filem Rangsang, tetapi hingga kini projek sulung itu belum bermula. Apa sudah jadi?

Hajat itu tidak kesampaian tetapi selepas skripnya dirombak, Tayangan Unggul berminat menerbitkan filem itu yang judulnya ditukar kepada Naga.

Suami memang teruja mengarah filem pertamanya dan sebagai isteri, saya berkongsi rasa itu. Ia filem fiksyen komik. Saya mahu berlakon dalam filem ini, tetapi suami tidak izinkan kerana mahu cari muka baru dan saya membantunya di belakang tabir.

Biarpun teringin, saya tidak kecil hati. Saya tahu dia mahukan yang terbaik dan saya akan terus menyokong usaha kerasnya.

Saya tidak sabar-sabar mahu melihat hasil kerja Mukhriz dan berharap percubaan ini membuka mata banyak pihak terhadap kemampuannya. Mudah-mudahan projek ini berjalan lancar.

Bagaimana dengan bisnes Fiedra Shahora yang anda usahakan?

Alhamdulillah, sudah setahun kedai saya beroperasi di pusat beli-belah Axis Atrium, Ampang. Setakat ini, saya ada pelanggan tetap dan ramai pelanggan baru. Kedai saya menawarkan pakaian dalam berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan.

Sebelum ini, saya pernah usahakan pelbagai bisnes, malah pernah buka salun, tetapi yang ini nampaknya lebih diterima. Kalau nak ikutkan, ramai artis berniaga dan saya kena cari kelainan jika mahu pergi jauh dalam bidang ini.

Oleh itu, saya memilih bisnes yang jarang orang usahakan iaitu kedai pakaian dalam. Selain datang ke kedai, pelanggan boleh membeli pakaian dalam di laman sosial facebook milik saya iaitu www.facebook/sharifah shahora.

Apa pandangan anda terhadap pelakon baru dan bagaimana penerimaan anda?

Bagi saya, mereka bertuah kerana pada era ini ada banyak pilihan stesen TV yang menawarkan pelbagai slot. Peluang mereka lebih banyak, tidak hairan mereka cepat naik dan dikenali.

Saya seronok dengan kehadiran wajah baru. Makin ramai pelakon, makin meriahlah industri. Dulu saya panggil pelakon senior kakak, sekarang orang panggil saya kakak, malah ada yang panggil saya `auntie'.

Peralihan itu memberi dimensi baru dalam kerjaya saya. Kalau dulu jadi orang muda, sekarang pegang watak matang, termasuk ibu, janda dan anak dara tua.

Saya tidak kisah dan terima dengan hati terbuka. Bukan selama-lamanya kita muda, kelakar pula kalau pada usia begini bawa watak anak remaja. Memang tak kena langsung... (ketawa).

Oleh Shakilawati Abd Rahman
Sumber: Metro Ahad

Belasungkawa - Raja Hamidah Raja Saat (1931-2012)

Belasungkawa - Raja Hamidah Raja Saat (1931-2012)

Seniwati veteran Raja Hamidah Raja Saat, 81, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Klang Gate Baru pada Sep 12, 2012

Seniwati yang juga balu kepada seniman serta pengarah filem 1940-an hingga 1980-an, Allahyarham Salleh Ghani itu meninggal dunia jam 7.05 malam selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat kesan penyakit kanser dihidapinya.

Dilahirkan pada 9 Disember, 1932, Raja Hamidah yang berasal dari Johor Bahru, Johor, menceburi bidang lakonan pada 1948 melalui filem Kampung Sentosa arahan B Reaves E Elliot terbitan Sound Master Of New York Ins.

Selain berlakon, Raja Hamidah juga pernah menjadi penari dan penyanyi latar di Shaw Brothers serta pemimpin kumpulan muzik Seni Wanita.

Raja Hamidah berkahwin dengan Salleh Ghani di Singapura pada 1955.

Hasil perkongsian hidup Raja Hamidah dengan Salleh Ghani, mereka dikurniakan lapan anak lelaki dan empat anak perempuan iaitu Normala, 56, Zulkifli, 55, Norasyikin, 54, Lukmanul Hakim, 53, Norshidah, 52, Mohd Noor, 51, Adam, 47, Mariam, 45, Mohd Effendi, 44, Ahmad, 42, Abdullah dan Taib, 39.

Raja Hamidah Raja Saat

Anak seni yang berasal dari Johor Bharu, Johor itu mula menceburi bidang lakonan seawal usia 18 tahun iaitu pada 1948 apabila membintangi filem Kampung Sentosa arahan B Reaves E Elliot terbitan Sound Master of New York Ins.

Raja Hamidah yang bekerja di Shaw Brothers dengan gaji bulanan RM150, mula menyemai bakat lakonannya dalam filem-filem terbitan Shaw Brothers arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee seperti Musang Berjanggut, Orang Minyak dan Hang Tuah.

Dalam filem yang amat popular itu, dia berlakon sebagai anak gadis Udo Omar, salah seorang pembesar negeri yang mahu menjodohkan anak mereka dengan P Ramlee.

Imbas kembali kenangan lamanya, pada zaman mudanya Raja Hamidah jarang diundang berlakon oleh Allahyarham suaminya. Hanya selepas lama berkahwin, barulah Salleh Ghani mengambilnya berlakon dalam filem arahannya seperti Jalak Lenteng, Ibu Ayam dan Anak Manja.

Selepas mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur, Salleh mengambilnya pula berlakon sebagai pelakon pembantu dan berwatak antaranya dalam filem Ribut Barat dan Pertentangan.

Ketika hayatnya, Raja Hamidah pernah menyuarakan rasa terkilannya apabila filem arahan arwah suaminya bagaikan tidak mendapat tempat di stesen televisyen hari ini.

Keistimewaan lain Raja Hamidah, dia yang sememangnya meminati bidang lakonan dan nyanyian sejak kecil boleh memetik gitar dan pernah menyanyi bersama Allahyarham Wak Jasni (suami seniwati Neng Yatimah) serta menganggotai kumpulan Seni Wanita. Selain berlakon, dia adalah penari dan penyanyi latar di Shaw Brothers.

Kini, wanita peramah dan penuh keibuan itu tiada lagi di dunia ini. Ramadan dan Syawal lalu adalah yang terakhir diraikan bersama 12 anak, 24 cucu dan saudara maranya. Meskipun dia tidak berdaya lagi untuk membuat persiapan Syawal kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot namun dia tetap gembira kerana dikelilingi keluarga.

Pelakon watak Mak Lenggang dalam drama Tragedi Sri Mersing ini, meninggalkan 12 anak termasuklah Pengarang Rencana Metro Ahad, Adam Salleh, 48. Anak-anaknya yang lain, Normala, 56, Zulkifli, 55, Norasyikin, 54, Lukmarul Hakim, 53, Norshidah, 52, Mohd Nor, 51, Mariam, 45, Mohd Effendi, 44, Ahmad, 42, Abdullah, 40 dan Taib, 39.

Dia mendirikan rumah tangga dengan Salleh Ghani pada 1955. Bagaimanapun di kala anak-anak semakin menuju usia dewasa, Salleh terlebih dulu meninggalkan keluarga besar mereka pada 28 Ogos 1986.

Jenazah Allahyarham Raja Hamidah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Klang Gate Hulu Kelang, tengah hari semalam.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir adalah seniwati Latifah Omar, Aspelela Abdullah, M Daud, Bahyah Mahmood, Fazlina Ahmad Daud, Haleeda, Aznah Hamid, Sheera Iskandar, A Galak dan Raja Azmi. Al-Fatihah.

Facebook Rozita Che Wan (RCW)

Pelakon cantik dan awet muda Rozita Che Wan telah mendaftar akaun rasmi di laman Facebook (FB) untuk para peminatnya selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Pertanyaan yang berterusan daripada peminat mengenai aktiviti dan perkembangannya menjadi faktor dia mendaftarkan akaun FB bernama 'Rozita Che Wan (RCW)' di laman itu.

Facebook Rozita Che Wan (RCW)
http://www.facebook.com/RozitaCheWanRCW

Facebook Rozita Che Wan

"Saya buat akaun FB kerana mahu mendekati dan berkomunikasi dengan peminat.

Sebenarnya sudah lama mereka bertanya bila saya akan mempunyai akaun FB sendiri.

"Selama lima tahun menjadi pelakon, saya memang tidak pernah ada apa-apa akaun di laman sosial tidak kira FB, Twitter atau Instagram. Sejak tiga hari akaun itu dibuka, saya sudah mempunyai 400 kenalan," katanya.

Rozita berkata, idea untuk menubuhkan akaun rasmi itu tercetus sejak dia memeterai perjanjian pengurusan artis dengan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment milik penyanyi Dafi, pada awal bulan ini.


"Akaun FB ini bukan sahaja sebagai platform untuk saya berkomunikasi dengan peminat, malah saya dapat berkongsi aktiviti terbaru dan mempromosikan drama televisyen yang saya bintangi.

"Sejak bernaung di bawah pengurusan LOL Entertainment pada awal bulan ini, kami merasakan penubuhan akaun FB ini idea yang baik untuk mendekati peminat dan tujuan kerja.

"Selama ini, saya uruskan hal ehwal kerja sendirian dan tidak berkesempatan untuk mempunyai akaun sosial.

"Bila sudah ada pengurusan ini tentu saya ada waktu terluang sikit untuk berinteraksi dengan peminat di laman itu," katanya.

Pementasan teater bangsawan Sumpahan Lantara Bijaya, 12 - 14 Oktober

Grup teater Kelab Teja yang diasaskan oleh pasangan suami isteri, Zazly Baginda dan Adira Wahinnur akan mementaskan teater bangsawan berjudul Sumpahan Lantara Bijaya pada 12 hingga 14 Oktober di Panggung Bandaraya DBKL, pada jam 8.30 malam.

Barisan pelakon teater ini antaranya ialah Qhaud AF sebagai Putera Herma Alam, Zazly Baginda (Raja Sultan Thaqif), Roydi Rokidy (Putera Muda Amsyar Malik), Puteri Noor Faten Farah Aroha Ibrahim (Puteri Sahira), Joomiah Abu Bakar (Ratu Raja Latifah) dan Salman Al Farisi (Raja Kenchala Puru).

"Genre bangsawan bukan asing buat saya kerana pernah mementaskannya di Kuantan. Bagaimanapun di Kuala Lumpur ia kali pertama diadakan dan membariskan ramai mula baru termasuk bekas pelajar Akademi Fantasia (AF).Pembabitan mereka berlaku secara kebetulan kerana saya sebenarnya buka penyertaan kepada semua individu terutama bakat-bakat baru yang berminat dengan dunia teater.Bagaimanapun apabila sesi 'casting' diadakan, bekas pelajar AF juga datang dan kami tak boleh menolak hasrat mereka untuk menambah ilmu dalam lakonan dan menjadikan teater sebagai 'platform' awal sebelum melangkah ke peringkat seterusnya," kata Adira yang turut bertindak sebagai pengarah teater ini.

Tambah Adira, cerita ini adalah naskhah baru dan skripnya digarap oleh Roydy Anuar Eddy Sauly dan diolah semula oleh dia sendiri agar lebih menarik. Sesi latihan sudah dimulakan sejak awal Ogos dan dia percaya mereka dapat memberikan lakonan terbaik.

"Cabaran yang saya hadapi hanyalah dari segi komitmen pelakon kerana ada di antara mereka masih belajar, bekerja dan terbabit dengan penggambaran drama. Justeru saya terpaksa pilih masa yang sesuai dan latihan dibuat di Taman Budaya Kuala Lumpur pada Jumaat hingga Ahad dari petang hingga tengah malam.

"Saya nampak kesungguhan mereka ketika ini dan tahu mereka takkan mengecewakan semua yang hadir. Cabaran lain yang dihadapi ialah dari segi bajet yang diperuntukkan oleh kementerian.

"Jumlahnya tak besar. Jadi kami kena pandai agihkan untuk bayaran pelakon, props, kostum, pemuzik, tenaga produksi dan lain-lain. Namun saya beruntung kerana kebanyakan pelakon saya berlakon kerana minat mendalam dalam teater dan bukannya melihat kepada bayaran. Matlamat mereka sebenarnya lebih kepada mengasah bakat lakonan.

"Saya berharap peminat teater bangsawan hadir menyaksikan Sumpahan Lantara Bijaya nanti. Saya percaya mereka takkan menyesal datang dan akan terhibur dengan persembahan semua artis. Tiket yang dikenakan juga sangat berpatutan iaitu cuma RM5.00," katanya.


Sinopsis Supersquad The Movie ,filem animasi 3D

Sinopsis Supersquad The Movie

Kisah Supersquad The Movie bermula sekitar tahun 2413 yang mana Supersquad merentas masa ke tahun 2013 apabila sebuah armada makhluk asing menyerang bumi. Walaupun pasukan tentera bumi yang diketuai Laksamana Aaron pada mulanya berjaya menumpaskan armada itu, namun ratu makhluk asing sudah menukar taktik dengan membuka portal ke zaman kini menyebabkan pasukan tentera bumi dihapuskan oleh tsunami masa.


Pasukan Supersquad berjaya merentas masa ke tahun 2013 sebelum sempat dimusnahkan oleh tsunami masa. Pada zaman kini, mereka terhempas di pinggir sebuah kampung dan terpaksa menyamar sebagai sebuah kumpulan rock kapak yang tersesat ke kampung sambil menunggu kapal dibaiki oleh robot mereka. Di sini, Supersquad berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah mereka jangka iaitu hidup cara kampung.

Supersquad bertemu dengan Mat yang menceritakan kepada mereka mengenai satu ramalan purbakala empayar Nagasakti iaitu apabila langit menjadi hitam, makhluk dari kegelapan angkasa akan memusnahkan bumi.

Pada masa sama, ratu makhluk asing membuat persiapan terakhir untuk menetaskan berjutajuta telur yang mengandungi askarnya. Apabila Mat diculik oleh makhluk asing, Supersquad bergegas ke KLCC dan menyaksikan kapal induk makhluk asing sedang turun dari langit.

Apakah kaitan Mat dengan ramalan purba itu? Dapatkah Supersquad menyelamatkan bumi dan ayah mereka daripada kemusnahan makhluk terbabit? Saksikan filem animasi ini kelak.

-------------
Selain Dafi dan Diana, personaliti lain yang turut menyumbang suara ialah Marina Tan sebagai Alan; Elza Irdawati (Sasha); Megat Shahrizal (Zeeboz); Maya Arissa (Ratu) dan Naa Murad (Mat).

Supersquad The Movie diarah Rashdan Ramlee, manakala skrip diolah Rush Ramlee dengan bantuan Naa Murad serta Aziz Salim.

Sinopsis Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Sofazr The Movie Jiwa Kacau Sinopsis

Sofazr The Movie Jiwa Kacau mengisahkan kumpulan anak muda bernama Sofazr yang menjadi pujaan ramai. Mereka terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehinggakan mereka mengadu kepada pengurus mereka, Zack (Zul 2by2) yang mereka kepenatan.

Zack membeli ubat tradisional daripada Pak Mastur (Hamdan) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka. Tetapi malangnya Zack tersilap mendengar arahan yang diberikan.

Selepas minum ubat ini, mereka hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan dihantar ke pusat pemulihan. Di sini mereka berjumpa dengan Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Senario), Remy (Tauke Jambu), Bob (Jepp Sepahtu), AR Badul (Dr Bada), Pak Abu (Hamid Gurkha), Atendan Kulai (Mamat Sepah), Atendan Ilya (Ilya Senario), Wak Herman (Herman Tino) dan ramai lagi.

Sofazr The Movie Jiwa Kacau

--------------

Inilah sedikit sebanyak intipati cerita filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau lakonan kumpulan Sofazr yang dianggotai oleh Shah (gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass), Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua) dan Rodie (keyboard).

Filem terbitan Nusanbakti Corporation Sdn Bhd dan arahan bersama Isma Ismail dan Tauke Jambu ini adalah lakonan pertama anggota Sofazr yang membabitkan mereka bersama.

Aspirasi Hati, album baru Ramlah Ram 2012

Ramlah Ram bakal muncul dengan album terbaru berjudul 'Aspirasi Hati' yang akan mula menjengah pasaran pada Oktober ini.

Album yang diterbitkan oleh kelab peminat yang dinamakan ‘Ramlah Ram Group” (RRG) ini telah memulakan proses rakaman sejak tahun 2010 dan apabila album ini dilancarkan, ia bakal menjadi album pertama artis Malaysia yang diterbitkan oleh kelab peminat yang berdaftar.


“Album kali ini memperlihatkan stratergi kami untuk menguasai pasaran meliputi lapisan umur dan bangsa. Lagu-lagu yang dihasilkan adalah mengikut selera anak-anak muda masa kini serta tidak melupakan peminat setia yang membesar dengan lagu-lagu Ramlah. Album ini merupakan sebuah hadiah serta pengorbanan dari peminat," ujar Mifzal selaku President RRG dan juga komposer lagu dalam album ini.

'Aspirasi Hati' mengandungi 10 buah lagu dan 2 buah lagu bonus. Antara lagu-lagu yang terkandung adalah '5 minit', 'Takdir Cinta', 'Sejadah Cinta', 'Sesaat Kau datang', 'Hati', 'Benar mencintai', 'Seandainya', 'Cinta Gila', 'Aspirasi' dan lain-lain. Lebih menarik, album ini turut mengundang beberapa penyanyi muda berbakat besar seperti Caprice, Ana Syuhada, Faris Awanband dan SleeQ untuk bergandingan dalam beberapa buah lagu.

Pada peminat setia Ramlah Ram, nantikan album ini di pasaran pada Oktober 2012 ini!

Ning Baizura sudah mengandung anak sulung

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Ning Baizura yang mengakui diri telah hamil.

Dipetik daripada portal hiburan Murai, Ning Baizura nyata tidak berselindung apabila ditanya tentang berita kehamilannya ini. Namun, Ning masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut tentang perkhabaran ini.


Ning ditemui agak berisi daripada biasa ketika majlis gala tayangan filem Untuk 3 Hari. Turut hadir barisan pelakon Untuk 3 hari seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ayu Raudhah dan Afdlin Shauki.

Ning dan suami, Omar Sharif telah diijabkabulkan dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada 31 Januari 2008.

Lirik Wanita - KRU

Lirik Wanita - KRU

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita


Nabil join kumpulan lawak Boboi, digelar Boboi nge

Nabil Sertai Boboi

Afdlin telah mengesahkan yang Ahmad Nabil Ahmad adalah merupakan ahli baru mereka dalam kumpulan Boboi.

Afdlin berseloroh dan memberikan gelaran kepada Nabil dengan nama “boboi nge’ (Boboi telinga).


“Jika saya dikenali dengan gelaran Boboyot, Harun pula Boboi we jadi tidak kami memberikan nama Boboi nge kepada Nabil kerana telinganya yang capang. Kami mengharapkan agar dapat memberikan yang terbaik kepada penonton melalui gabungan tiga generasi,” kata Afdlin di Istana Budaya semalam.

Penggabungan ini bukan hanya untuk persembahan komedi Lawak Ke, Der?2 tetapi Nabil bakal menjadi ahli tetap Boboi. Penyertaan Nabil dirasakan mampu memberikan jenaka yang lebih kreatif untuk diberikan kepada para peminat Boboi.

Nabil sudah lama menyimpan hasrat untuk sama-sama beraksi bersama rakan-rakannya namun hanya memendam hasrat tersebut kerana tidak begitu yakin untuk membuat persembahan secara solo. Kesempatan yang diberikan oleh Afdlin terus diterima oleh Nabil kerana sudah lama dinanti olehnya. ~ GUA

Konsert Tentang Bahtera,16 September 2012

Konsert Tentang Bahtera

Kumpulan NOAH ialah nama baru bagi kumpulan PeterPan yang dianggotai oleh Ariel, Uki, Reza dan Lukman.

Bukan itu saja, kumpulan NOAH bakal turun ke Malaysia pada bulan ini sekaligus mempromosikan lagu terbaru mereka yang berjudul Separuh Aku yang telah dihasilkan oleh David. Lagu yang menceritakan mengenai perasaan simpati terhadap orang yang dikasihi ini dikatakan bakal mencipta kembali fenomena lagu Mungkin Nanti yang pernah popular pada tahun 2007.


Turut menjayakan konsert Tentang Bahtera ini ialah kumpulan Sixth Sense, The Malayan and trio Gamaliel Audrey Chantika. Bagi yang tidak mengenali trio Gamaliel Audrey Chantika, mereka sebenarnya lebih popular di YouTube dengan menyanyikan semula lagu pop popular seperti Hungover, Turn It Off, Telephone dan banyak lagi.

Konsert Tentang Bahtera ini bakal berlangsung pada 16 September ini bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh Livescape. Jadi kepada semua peminat band tidak kira Malaysia & Indonesia anda semua bolehlah mendapatkan tiket yang bermula pada harga RM55 atau di ticketpro.com
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact