Sheila Majid disaman PRISM

Selepas memberi peluang kepada Datuk Sheila Majid selama seminggu, Badan Pengutip Royalti, Hak Pelaku Dan Persembahan Artis (PRISM) semalam mengambil keputusan menyaman ratu jazz negara itu sebanyak RM6 juta selepas gagal mengemukakan permohonan maaf.

Ahli Lembaga Pengarah yang juga Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian selepas tiada permohonan maaf daripada Sheila selepas tempoh seminggu dari 24 hingga 31 Julai lalu tamat.

Beliau berkata, imej dan reputasi PRISM tercemar dan sehingga semalam, pihaknya tidak dibenarkan membuat kutipan disebabkan dakwaan Sheila, sedangkan bayaran royalti perlu dijelaskan kepada ahli yang masih ada bagi tahun hadapan.

Isu ini timbul selepas penyanyi itu dalam kenyataan akhbar berbahasa Inggeris pada 22 Julai lalu mendakwa hanya dibayar royalti sekali iaitu RM5,000 pada tahun lalu, itu pun selepas dia meninggalkan persatuan dan menubuhkan badan pemungut royalti baru, Recording Performance Malaysia (RPM).

M Daud berkata, pihaknya tidak mahu berkompromi lagi kerana banyak kesan diterima pihaknya daripada kenyataan Sheila.

Sheila Majid

“Kesan dakwaan Sheila menyebabkan keahlian PRISM merudum daripada 1,306 ahli kepada hanya 600 orang dalam tempoh sebulan selepas kenyataan berkenaan,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam jam 5 petang, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memanjangkan perkara itu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana isu itu juga membuatkan pembayar royalti tidak lagi percaya kepada persatuan.

M Daud berkata, surat saman akan dikirimkan kepada Sheila dalam masa terdekat, selain akan berbincang memecat keahlian penyanyi itu.

Sementara itu, Sheila gagal dihubungi dan suaminya, Acis memberitahu, kedua-dua mereka kini di Jakarta, Indonesia.

Oleh Elrafei Sapi dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
hmetro.com.my

Kumpulan Twelf Note perjuang funk fusion jazz

Kumpulan Twelf Note 
Hasrat murni lapan anak muda ghairah dengan semangat `universal cabang seni' itu sungguh tulus apabila cuba mengetengahkan konsep `funk fusion jazz' yang jarang kedengaran.

Dalam erti kata lain, genre muzik itu tidak popular di kalangan pendengar muzik tempatan, sebaliknya hanya ada penggemar dalam kelompok tertentu.

Dominasi elemen indie dan kontemporari pop di kalangan pendengar muzik tempatan memerlukan usaha bukan sedikit daripada anak muda itu supaya muzik yang mereka perjuangkan ada ruang untuk bernafas.

Cabaran digalas mereka memang getir apabila perlu meyakinkan peminat muzik tempatan mengenai karya muzik mereka yang sebenar.

Pengasas kumpulan dinamakan Twelf Note sempena ton muzik dalam sistem 12 kromatik meliputi tangga 'key' pada kekunci piano hitam dan putih, Muhammad Hakimi Abdul Aziz, menyifatkan muzik jazz sebagai eksklusif dan pendengarnya tergolong dalam kelas tersendiri.

"Jazz jarang dimainkan oleh anak muda. Mungkin rentaknya yang perlahan dan mendayu-dayu menyebabkan ia sukar menarik golongan berkenaan mendekati muzik itu.

"Oleh itu, pendengarnya tergolong dalam kumpulan elit selain membuatkan anak muda kekok apabila cuba kekal dalam kelompok muzik jenis ini.

"Kemudian, satu elemen dinamakan 'funk' menjadi eksperimen buat segelintir pemuzik jazz yang cuba menggabungkannya ke dalam genre jazz.

"Ia dilihat sebagai gerakan positif apabila usaha itu menjadikan peminatnya lebih pelbagai. Golongan muda turut berpeluang menikmati sisi unik jazz dicampurkan bersama funk," katanya yang mesra dengan panggilan Kimie di kalangan rakannya.

Wawasan Kimie ketika awal penubuhan Twelf Note tahun lalu tidak lain tidak bukan untuk membina platform dan merencana hala tuju dirinya sebagai pemuzik profesional.

Dia bersikap positif apabila mengatakan genre tidak popular itu pasti kedengaran segar dan mampu menarik menerusi susunan muzik yang menarik.

"Di Barat, jazz sudah lama berkembang kerana asal usul muzik itu sendiri dari sana. Tidak hairan, jazz di luar negara mempunyai kriteria sendiri.

"Malah, jazz di Indonesia juga disuntik unsur tradisional seperti java jazz yang mempunyai bunyi tersendiri. Oleh itu, bagi usaha kami generasi baru ini, mungkin funk fusion jazz lebih sesuai," katanya yang juga pemain dram kumpulan itu.

Pemain trompet, Mohd Asyraff Adnan berkata, kebaikan menganggotai kumpulan muzik itu ialah dia lebih terdedah dengan persembahan luar dan ada sokongan kuat untuk pergi lebih jauh.

"Pendedahan dalam kelas tidak mencukupi untuk membantu saya bergelar pemuzik baik. Oleh itu, pendekatan terbaik supaya dapat menilai potensi diri ialah dengan mengadakan persembahan di khalayak ramai.

"Maklum balas dan kritikan pendengar membantu saya memperbaiki kekurangan. Malah, perasaan membuat persembahan di luar tidak serupa berbanding bermain trompet di dalam kelas.

"Debarnya hanya Allah tahu, gugup dan ketara saya menggigil. Lama-kelamaan, saya dapat mengatasinya dan permainan saya bertambah baik," katanya yang meminati pemain trompet Cuba, Arturo Sandoval.

Rakan mereka, Rahmat Riza Alwi Aizhar, 22, berkata dia meminati hampir semua genre muzik, menyebabkan dia tidak kesah menyertai Twelf Note. Malah, genre muzik itu yang berbeza memberi ruang padanya serta rakan untuk lebih mudah dikenali.

"Apabila kita bermain jenis muzik yang jarang dimainkan, persaingan lebih kecil dan kita lebih mudah dikenali. Namun, sama ada eksperimen saya bersama anggota Twelf Note berjaya atau tidak masih belum boleh dinilai.

"Saya anggota bongsu kerana baru saja menyertainya berbanding orang lain dan masih banyak ruang perlu diteroka sebelum menghakimi potensi muzik itu," katanya yang bermain perkusi.

Rahmat turut berkata, fungsinya sebagai seksyen perkusi adalah membantu mewarnakan lagi persembahan muzik.

"Perkusi membuatkan sesebuah lagu itu tambah menarik. Tanpa perkusi, apa yang disifatkan sebagai 'fusion' mungkin kurang berjaya," katanya yang berasal dari Ipoh.

Buat Ahmad Ridhwan Ibrahim, 24, peranannya sebagai pemain gitar ialah menentukan kord (set harmonik dua atau lebih nota yang kedengaran seolah-olah dibunyikan serentak) dan permulaan supaya peranan instrumen lain teratur dan lancar.

"Gitar penting dalam jazz kerana ia mengawal kord dalam muzik. Andai saya gagal mengikut susunan betul, ia boleh membuatkan persembahan kedengaran sumbang," katanya.

Ditanya apa yang dibanggakan ketika bersama Twelf Note, dia berkata, dengan kumpulan berkenaan dia mempunyai peluang mengenali komuniti jazz yang sudah punya nama.

"Baru-baru ini kami dijemput membuat persembahan di World Youth Jazz 2012, Putrajaya sempena Hari Belia tahun ini.

"Berdiri dengan barisan senior memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan menjadi kenangan paling manis sepanjang pembabitan saya dalam bidang seni," katanya.

Kumpulan Twelf Note

INFO

* Twelf Note bermaksud skala mempunyai dua belas nota (kira kedua-dua kunci warna putih dan hitam di piano)

* Kumpulan pemuzik ini dianggotai lapan anak muda lulusan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)

* Konsep funk fusion jazz

* Menyertai World Youth Jazz 2012, Putrajaya

Profil

NAMA: Muhammad Hakimi Abdul Aziz

UMUR: 23 tahun ASAL: Kuala Lumpur

INSTRUMEN: Pemain dram, gitar klasik dan biola

LULUSAN: Ijazah Muzik, Kejuruteraan Audio Aswara

Profil

NAMA: Rahmat Riza Alwi Aizhar

UMUR: 22 tahun ASAL: Ipoh, Perak

INSTRUMEN: Perkusi

LULUSAN: Ijazah Muzik, UiTM

Profil

NAMA: Ahmad Ridhwan Ibrahim

UMUR: 24 tahun

ASAL: Kuala Terengganu

INSTRUMEN: Gitar

LULUSAN: Diploma Muzik, UiTM

FILEM: Chernobyl Diaries Sinopsis/Trailer

Chernobyl Diaries Sinopsis
6 pelancong muda mahu melalui laluan 'terlarang' dan mengupah seorang pemandu pelancong yang ekstrem. Selepas memberi amaran, dia membawa mereka ke Pripyat, sebuah pekan tinggal yang pernah didiami bekas pekerja tapak reaktor nuklear Chernobyl.

Chernobyl Diaries Trailer



FILEM: Chernobyl Diaries
ARAHAN: Bradley Parker
PELAKON: Jesse McCartney, Jonathan Sadowski, Devin Kelly dan Olivia Taylor Dudley
GENRE: Seram
TAYANGAN: 6 September 2012

Salam Cinta Sinopsis dan Trailer

Sinopsis filem Salam Cinta

Salam Cinta mengisahkan tentang Amirul, pelakon yang menerima tawaran memegang watak lelaki yang kuat pegangan agama. Oleh kerana dibesarkan dalam suasana moden, dia ke sebuah kampung untuk bertemu seorang imam untuk mengetahui cara hidupnya.

Di kampung itu Amirul bertemu Laila dan jatuh cinta dengannya selepas melihat kelembutan, sikap rendah diri dan berbudi pekerti kepada keluarganya. Walaupun 'playboy', Amirul mula berubah sikap untuk memenangi hati Laila.

Poster Salam Cinta

FILEM: Salam Cinta
ARAHAN: Azhari Mohd Zain
PELAKON: Kamal Adli dan Diana Amir
GENRE: Romantik
TAYANGAN: 6 September 2012

Salam Cinta Trailer

Kumpulan Forteen bukan gay

Kumpulan Forteen mohon masyarakat tak tersalah anggap menuduh mereka sebagai lelaki gay kerana penampilan yang kemas dan bergaya.

Anggotanya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22, (Izzue) berkata, imej dan fesyen yang mereka gayakan hanyalah penampilan luaran mengikut konsep muzik yang dipertaruhkan.

“Memang sudah banyak kali kami dengar mengenai tuduhan kononnya Forteen adalah kumpulan lelaki gay dan songsang kerana imej yang kami tonjolkan.

“Orang perlu tahu bahawa imej dan fesyen ini hanya luaran sahaja. Hakikatnya, kami adalah lelaki sejati,” katanya ketika ditemui di Menara Star di sini.

Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abd Hamid, 23, berkata, dakwaan itu tidak menjadi isu kerana ibu bapa mereka mengetahui siapa diri mereka yang sebenar.

“Sejak awal kemunculan perkara ini sudah timbul, jadi kami ambil pendekatan untuk tenang menghadapinya. Tiada apa perlu dirunsingkan kerana ia bukan perkara besar pun.

“Ibu bapa tahu siapa diri kami. Persepsi liar orang adalah harga yang perlu kami bayar kerana bergelar artis,” katanya.

Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau One, 23, yang lebih berpengalaman dalam bidang hiburan sejak 2006 pula berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai tuduhan itu sebaliknya mengambil pendekatan untuk memberi perangsang kepada tiga lagi rakannya agar tabah menghadapi dugaan itu.

“Bagi saya lebih mudah apabila kami tutup telinga sahaja daripada memikirkan dakwaan orang yang tidak tahu cerita sebenar.

Kumpulan Forteen

“Saya banyak menasihatkan rakan-rakan lain agar lebih kuat dan berani hadapi tuduhan ini kerana mereka tertekan ketika cerita ini mula-mula timbul,” katanya.

Seorang lagi anggota Ameer atau Mohammad Arif Ameerais Azhar, 22, berkata dia kecewa dengan persepsi masyarakat yang melabelkan seseorang tanpa usul periksa.

“Secara peribadi, saya kecewa dengan tuduhan begitu tetapi ia terpaksa ditelan kerana inilah harga yang perlu dibayar.

“Lagipun, saya perlu sematkan bahawa tanpa peminat kami tidak akan dikenali seperti hari ini,” katanya.

Sinopsis Filem: Paranorman, papar sisi gelap kampung dihantui zombi

Sinopsis Paranorman

Siapa sangka kanak-kanak yang dianggap pelik pada awalnya, bertukar menjadi wira menyelamatkan kampung halaman daripada serangan zombi, hantu dan ahli sihir.

Norman Babcock, budak lelaki berusia 11 tahun dari bandar Blithe Hollow mempunyai kuasa luar biasa. Dia boleh bercakap dengan makhluk yang sudah mati dan disebabkan keistimewaan itu, ramai yang menjauhkan diri daripadanya.

Sering dibuli dan diperlekehkan rakan sekolah, Norman yang menggunakan suara Kodi Smit-McPhee ini hanya rapat dengan neneknya yang sudah meninggal. Norman menghabiskan banyak masa dengan menonton filem hantu dan mengkaji tradisi roh, membuatkan dia lebih tampak pelik.

Tanpa disedari, pergerakan Norman diawasi bapa saudaranya, Prenderghast, yang mempunyai kebolehan sama, iaitu mampu berkomunikasi dengan roh. Selepas kematian Prenderghast, Norman terpaksa menggalas tanggungjawab pakciknya itu bagi memelihara keamanan Blithe Hollow.

Dengan kelebihan yang ada, Norman diamanahkan bapa saudaranya untuk menghapuskan sumpahan yang sekian lama menghantui bandar berkenaan. Bersama kakaknya, Courtney dan beberapa rakan - Alvin, Neil dan Mitch, Norman yang pada mulanya dilihat sebagai penakut, kemudian tampil berani mengharung pelbagai dugaan demi menyelamatkan tempat tinggalnya.

Paranorman mengambil lokasi Blithe Hollow, bandar kecil yang popular dengan aktiviti perlombongan sejak hampir 300 tahun lalu. Animasi yang dipersembahkan dalam bentuk tiga dimensi (3D) ini membawa penonton menyelami sisi gelap Blithe Hollow, yang sekian lama dihantui makhluk zombi, hantu dan ahli sihir. Dengan teknik 3D yang digunakan, paparan suasana bandar yang kelam dan diselubungi sihir itu tampak lebih realistik.

Walaupun jalan ceritanya agak biasa, tetapi dengan teknik sinematografi yang digunakan, filem ini tetap seronok untuk ditonton.

Tema semangat setia kawan yang diketengahkan pula sedikit sebanyak dapat dijadikan pedoman untuk kanak-kanak yang datang ke panggung.

Paranorman

Paranorman

Paranorman

Diarahkan secara bersama oleh Sam Fell dan Chris Butler, Paranorman ialah animasi kedua dihasilkan produksi Focus Features dan Laika dalam versi 3D selepas animasi Caroline yang pernah disenaraikan pada Anugerah Academy dalam kategori Filem Animasi Terbaik, tahun ini.

Malah, Butler juga pernah menghasilkan filem kartun seperti The Tale of Despereaux dan Flushed Away.

Pelakon (suara): Kodi Smit-McPhee, Casey Affleck, Tucker Albrizzi, Tempestt Bledsoe, Alex Borstein, Jodelle Ferland, Jeff Garlin, John Goodman, Bernard Hill, Anna Kendrick, Leslie Mann, Christopher Mintz-Plasse, Elaine Stritch.

My Hometown (Saluran 318) ,Kempen Negaraku Astro

My Hometown (Saluran 318)

Astro meraikan Best of 1Malaysia dengan tayangan lebih 160 program yang akan disiarkan menerusi pelbagai salurannya bagi meraikan Hari Kemerdekaan Ke-55.

Kempen Negaraku yang akan bermula daripada 15 Ogos lalu sehingga 17 September depan akan memperkenalkan satu saluran baru iaitu, My Hometown (Saluran 318) yang meraikan kampung halaman rakyat Malaysia melalui video-video yang dihantar menerusi pertandingan My Hometown.

My Hometown sebelum ini menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan perpaduan dalam kepelbagaian dengan menghantar video masing-masing yang mengetengahkan keunikan kampung halaman mereka menerusi saluran My Hometown (Saluran 318).

Astro juga memperkenalkan My Hometown Short Films iaitu projek yang menawarkan 14 filem pendek meliputi 14 negeri di Malaysia arahan 14 pengarah filem muda.

Naib Presiden Berita bagi Kumpulan Kandungan Astro, Vincent De Paul, berkata pada sambutan kemerdekaan kali ini, Astro membawakan yang terbaik menerusi kepelbagaian kandungan TV dan secara talian untuk menepati selera penontonnya.

"Sama ada tua ataupun muda, di bandar atau di desa, rakyat Malaysia dapat memilih program kegemaran mereka yang ditawarkan menerusi gandingan hebat rangkaian media global bersama saluran tempatan," katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Mulai 15 Ogos lalu sehingga 17 September ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton tayangan perdana program seperti Era Kegemilangan Sukan Negara (Era 50-an hingga 90-an) menerusi Astro Arena (Saluran 801), Agenda Awani - Banyak Etnik, Banyak Budaya & Satu Bangsa di Astro Awani (Saluran 501), Behind the Dialect Groups di Astro AEC (Saluran 301) dan The evolution of Music in Malaysian Tamil Films menerusi Astro Vellithirai (Saluran 211).

Tambah Vincent, kekayaan budaya dan variasi negara ini juga akan ditonjolkan menerusi saluran antarabangsa Astro.

Antara program yang disediakan, Inside: Istana Negara di National Geographic Channel (Saluran 553), Revealed: Malaysia's Majesty - Twice a King dan Eye on Malaysia 2: Royal Carver dalam Discovery Channel (Saluran 551), Passage to Malaysia: Feast in the East dan Art and About di TLC (Saluran 707), Siti Nurhaliza menerusi BIO (Saluran 731), Special Forces: Malaysia GGK dan Last Journey To Sarawak di History (Saluran 555).

Untuk maklumat lanjut mengenai program khas sempena Merdeka nanti, orang ramai boleh layari www.astro.com.my/Negaraku bermula 15 Ogos - 17 September ini. Bagi maklumat lanjut tentang My Hometown, sila layari www.astro.com.my/myhometown.

Tahniah! Ustaz Don selamat bernikah dengan gadis pilihan

Ustaz Don Daniyal (Ustaz Don) dinikahkan dengan Husna di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya selepas solat Asar.

Gambar Pernikahan Don Daniyal Don Biyajid

“Bagi saya tiada bezanya, apa yang pasangan lain rasakan itulah yang akan kami rasa, sama sahaja,” katanya.

Sementara itu bapa mertuanya, Mohd Zahry Shaikh Abdul Rahman berkata, Husna merupakan anak keempat daripada sembilan beradik dan masih belajar dalam bidang perubatan di Mesir.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga yang lain tidak menyangka anaknya itu akan berkahwin dengan Ustaz Don, seorang pendakwah terkenal.

“Walaupun Husna masih belum menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan, namun ahli keluarga saya sudah merestui kerana faham perubatan sememangnya bidang yang memerlukan tempoh yang lama.

“Pada Oktober ini Husna akan kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian tahun akhir,” katanya.

Bagi adik bongsu Ustaz Don, Don Asyraf, 24, hanya tersenyum manis ketika diajukan soalan tentang perkahwinan abangnya.

Katanya ringkas, dia berbangga kerana akhirnya ada wanita yang berjaya mendampingi abang sulungnya itu.

Sementara itu, salah seorang rakan terdekat kepada keluarga mertua Ustaz Don memberitahu dia sendiri tidak menyangka rakan rapatnya itu akan bermenantukan Ustaz Don.

Bersempena majlis bersejarah itu juga, kedai kek terkemuka dari Pulau Pinang, Melting Bites mencipta khas figurin wajah Ustaz Don bersama isterinya, Husna Zahry.

Pemilik Melting Bites, Khairul Mimi Mohd Kamil berkata, walaupun sudah hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang pembuatan kek, cabaran untuk membentuk wajah Ustaz Don agak sukar.

Menurutnya, ia termasuk membentuk serban menggunakan 'fondant'.

“Biasanya figurin yang saya buat wajahnya bulat-bulat, tetapi berbeza dengan Ustaz Don kerana wajahnya agak panjang dan saya perlu tiruskan figurin berkenaan.

“Menariknya lagi bentuk figurin ini sama seperti wajah Ustaz Don dan isterinya, Husna berpakaian ala-ala Timur Tengah,” katanya.

Idea untuk membuat kek tiga tingkat tersebut datang sendiri daripada isteri Ustaz Don.

Kek yang turut dihiasi dengan bunga-bungaan segar berkenaan mempunyai perasa coklat lembap dan juga ‘butter cream’.

Melting Bites yang sebelum ini pernah menghasilkan kek perkahwinan buat selebriti popular Farah AF juga memaklumkan tema kek perkahwinan Ustaz Don berwarna ungu lembut dan merah jambu.

Sementara jurugambar rasmi perkahwinan penceramah popular ini, Artmosphere Photography menganggap detik perkahwinan Ustaz Don begitu mudah dan tenang.

Pemilik dan jurugambarnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff berkata, dia dan rakannya, Nadia Zahari Photography begitu seronok merakamkan detik manis penceramah popular berkenaan.

“Berbeza ketika majlis perkahwinan seorang pelakon popular yang mana lebih ramai jurugambar yang datang dan kami terpaksa berasak dengan media yang begitu ramai walaupun menjadi jurugambar perkahwinannya.

“Ketika majlis akad nikah Ustaz Don, yang ada hanyalah rakan-rakannya dan juga sanak-saudara, memang kerja mudah,” katanya.

Artmosphere Photography bersama dengan Nadia adalah jurugambar rasmi bagi majlis akad nikah dan juga majlis resepsi bagi pengantin perempuan di Balik Pulau.

Tema ‘Garden Fairytale’ pilihan keluarga pengantin perempuan

Bertemakan ‘Garden Fairytale’, Pengarah Kreatif The House of Red Gincu, Surianie Samsudin berkata, warna-warna lembut menjadi pilihan pengubahsuaian bilik pengantin dan juga pelamin.

Menurutnya, antara warna lain ialah ungu lembut dan merah jambu.

“Kami bertanggungjawab untuk mengubah pelamin bersanding dan juga pelamin untuk akad nikah, antara lain yang turut disediakan kami ialah gubahan meja makan tetamu kehormat, henna, serta tidak ketinggalan ialah bunga tangan semasa bersanding.

“Sementara bagi busana akad nikah, Ustaz Don dan Husna mengenakan pakaian mereka sendiri,” katanya.

Mempunyai butik di Air Itam, Surianie berkata, dia seronok berurusan dengan keluarga mertua Ustaz Don.

“Ini pertama kali saya berurusan dengan keluarga selebriti dan bagi saya ia adalah pengalaman yang manis,” katanya.

Ratu Cantik Dunia 2012 milik Yu Wenxia dari China

Yu Wenxia, peserta ratu cantik dari China dinamakan sebagai Ratu Cantik Dunia 2012, sekali gus menjadikannya rakyat China kedua yang memenangi gelaran itu.

Kali terakhir ratu cantik China memenangi gelaran tersebut ialah pada 2007 menerusi Zhang Zilin.

Peserta dari Wales, Sophie Elizabeth Moulds pula menduduki kedudukan kedua, manakala tempat ketiga milik ratu cantik dari Australia, Jessica Michelle Kahawaty.

Wenxia, 23, yang merupakan seorang pelajar jurusan muzik berkata, dia bercita-cita mahu menjadi guru muzik.


Pertandingan Ratu Cantik Dunia kali ini juga buat pertama kalinya diadakan di bandar Ordos, Mongolia, sebuah wilayah yang kaya dengan sumber asli.

Pertandingan berprestij itu diharap dapat meningkatkan pembangunan ekonomi dan pelancongan di wilayah tersebut. - Agensi

Intisari Rancangan TV3, Ahad 19 Ogos 2012

Intisari Rancangan TV3, Ahad 19 Ogos 2012

Intisari Rancangan TV3

6.30 Takbir Raya

7.00 Malaysia Hari Ini

10.00 TV3 Kids

10.02 Barbie In A Mermaid Tale 2

11.30 Dua Dalam Satu

12.30 Melodi Raya

1.30 Buletin 1.30

2.00 Skrin Raya - Senario Beach Boys

4.02 Telemovie Raya - From London With Almond

6.02 Dialah Juara

7.00 BoBoiBoy

7.30 Baba‘s Cubits

8.00 Buletin Utama

9.00 Movie Raya - Mael Lambong

11.00 Ziana, Amy & Erra

12.00 Nightline

12.30 Telemovie Raya - Kuih Makmur

2.30 Majalah 3

3.30 Cinta Antara Kita

4.30 Al Kuliyyah

5.30 Jejak Rasul

Ally Iskandar sedia timang cahayamata lepas isteri tamat belajar

Ally Iskandar Mohd Mardzi hanya akan sedia menimang cahaya mata selepas isterinya iaitu Nurfarahin Romli atau Farah Lee tamat pengajiannya di luar negara.

Ally, 36, berkata, dia tidak mahu tumpuan isterinya yang sedang menuntut dalam bidang keputeraan mekanikal di Universiti In Ha, Korea Selatan itu terganggu tambahan pula mereka berjauhan.

"Buat masa ini kami memang merancang dan membiarkan isteri tamat pengajian terlebih dahulu sebelum membina keluarga. Bukan apa kami berdua berjauhan dan jika dia mengandung tiada siapa pula yang dapat tengok dia di Korea,"



Ally berkata, Farah Lee masih mempunyai baki satu semester dan dijangka akan menamatkan pengajiannya pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Ally berkata, dia tidak berasa kekok terpaksa tinggal bersendirian di Kuala Lumpur kerana sepanjang ketiadaan isteri dia akan menyibukkan diri dengan kerja.

Ally memberitahu, isterinya akan kembali ke tanah air pada setiap kali cuti semester dan ada kalanya Ally sendiri akan terbang ke negara itu untuk bertemu Farah Lee.


Ally dan Farah Lee akan menyambut lebaran di Kuala Terengganu, Terengganu selama seminggu.
"Rindu memang rindu tetapi saya harus bersabar dan berkorban buat ketika ini dan biarkan dia menghabiskan pengajiannya terlebih dahulu.

Bakal berhari raya bersama isteri di Kuala Terengganu selepas hampir sepuluh tahun tidak berbuat demikian, Ally berkata dia sangat teruja untuk menyambut kedatangan Aidilfitri bersama keluarga dan isteri.

Ally bernasib baik kerana rumahnya dan keluarga isteri terletak tidak jauh bagi membolehkan kedua-dua belah pihak bertemu.

"Alhamdulillah raya tahun ni isteri pun balik bercuti selama tiga bulan dan dapatlah menyambut Hari Raya bersama-sama sebagai pasangan suami isteri," katanya.

Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Penyanyi baru Kelly Azman

Penyanyi baru Kelly Azman mengakui dia bersikap syok sendiri apabila cuba menonjolkan diri dalam industri muzik tempatan tanpa mempedulikan penerimaan masyarakat terhadap kerjanya.

Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob berkata, dia yang dikenali sebagai pengacara dan pelakon mahu digelar penghibur serba boleh.

Justeru itu, dia kini berusaha menonjolkan diri sebagai penyanyi pula yang merupakan bidang terakhir untuk mendapatkan status tersebut.

Kelly Azman

"Benar, saya memang syok sendiri dan tidak salah bukan untuk kita mengejar sesuatu yang kita suka? Saya mahu dikenali sebagai seorang penghibur dan sekarang ini saya mahu kuasai bidang muzik pula.

"Walaupun diakui suara saya tak sedap, tapi saya belajar untuk menjadikannya sedap dengan masuk ke kelas vokal untuk mempelajari teknik-teknik vokal. Dah alang-alang ada bakat, rugi kalau kita persiakan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Sementara itu, bersempena dengan kehadiran bulan Syawal ini, Kelly muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul Kepulangan Di Hari Raya ciptaan Awang BPR dan Mastura Marzuki.

Menurutnya, lagu tersebut sudah pun disiapkan sejak tiga tahun lalu dan bersyukur ia sudah pun diputarkan di stesen-stesen radio tempatan.

"Tak sangka pula lagu ini diterima pendengar, Alhamdulillah. Bagaimanapun saya juga menerima kritikan daripada segelintir golongan yang tidak menyukai saya, tidak apa.

"Saya terima dengan segala persepsi masyarakat terhadap saya dan lagu ini. Dan ya, lagu ini juga saya buat mengikut citarasa saya sendiri.

"InsyaAllah, saya akan muncul dengan single seterusnya pula," ujarnya.

Dalam pada itu, menceritakan pengalamannya dalam industri seni tanah air sejak empat tahun lalu, Kelly telah melalui pelbagai dugaan dalam mengejar cita-citanya sebagai seorang penyanyi.

"Saya dah biasa dengan kritikan orang tentang diri sejak dulu lagi. pernah sekali apabila saya naik ke pentas untuk menyanyi, penonton terus beredar dan kemudian apabila penyanyi lain membuat persembahan, kawasan penonton itu kembali penuh.

"Memang sedih, tetapi saya anggap ia lumrah kehidupan sebagai seorang artis," tuturnya.

Program menarik Hari Raya, TV3

TV3 menyediakan program menarik sempena Hari Raya, antaranya ialah program diberi nama Ziana, Amy & Erra yang menggabungkan tiga bintang ternama tanah air. Ia bakal disiarkan jam 6 petang, pada Hari Raya pertama.

Program selama sejam terbitan Nurhul Huda Khalid itu dipersembahkan dalam bentuk santai. Bukan bercirikan konsert semata-mata, sebaliknya ia diselitkan dengan pelbagai permainan menarik.

Selain Ziana Zain, Amy Search dan Erra Fazira, ia turut menampilkan tiga artis undangan iaitu Ezlynn, Azlan & The Typewriter dan Jaclyn Victor.

Tiga peminat tegar Ziana, Amy dan Erra turut diundang ke studio dan diberi peluang berduet dengan artis kesayangan masing-masing.

Antara lagu yang dipersembahkan dalam program ini ialah Sangkar Cinta, Pertemuan, Kerja Gila, Hanya Di Mata, Cinta Diam-Diam, Saat Ku Idamkan, Rozana, Berpisah Jua dan Menadah Gerimis.

Manakala Jac, Ezlynn dan Lan pula membawakan lagu milik Ziana, Amy dan Erra iaitu Pawana, Jendela Hati serta Kekal, dengan susunan muzik reggae, dangdut dan juga irama Malaysia, di bawah pimpinan Faizal Uzir atau Lok U.

Mentor Raya

Mentor Raya 6 pula disiarkan pada 26 Ogos, jam 9 malam.

Penerbit Eksekutifnya, Muhamad Sufian Isa memberitahu, program ringan berbentuk permainan itu dirancang bagi memberi keseronokan bukan saja kepada peserta malah penonton setiap program itu.

"Sebelum ini Ally Iskandar dan Nas Ahmad menjadi pengacaranya, namun kali ini ia berbeza apabila mereka akan menjadi ketua dan bersaing sesama sendiri. Mereka akan memilih mentor dan protege untuk menjadi ahli kumpulan masing-masing, manakala pengacaranya pula ialah Mas Idayu bersama Black," katanya.

Nas memilih Faizal, Ferhad, Adam, Ana Syuhada dan Tisha untuk menjadi ahli kumpulannya. Manakala, Ally pula memilih Ramlah Ram, Ella, Anas, KJ dan Puteri Caroline. Penonton juga tidak kering gusi apabila melihat telatah Ogy yang menjadi `subjek' untuk kumpulan Nas yang mana mereka perlu menukar lirik asal lagu Hari Raya berdasarkan perlakuan `subjek' mengikut kreativiti sendiri.

Penonton yang terlepas menyaksikan Mentor Raya 6 juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di alamat www.tonton.com.my.

Konsert eksklusif Sharifah Aini

TV1 turut menyediakan program hiburan istimewa buat penontonnya iaitu Pesona Aidilfitri dan Konsert Eksklusif Orkestra RTM Bersama Datuk Sharifah Aini.

Siri konsert ini antara lain memperlihatkan usaha Orkestra RTM dalam menghargai bakat artis berpengalaman serta bintang kelahiran RTM yang menjadi inspirasi kepada peminat muzik.

Berkonsepkan tiga diva, saksikan Pesona Aidilfitri pada 22 Ogos, jam 9 malam, yang menyatukan persembahan penyanyi wanita ternama iaitu Dayang Nurfaizah (Golden Teen Search 1997), Misha Omar (Bintang RTM 2001) dan Alyah (Bintang HMI 2000). Turut diundang ialah Aisha Safia dan Shazia Rozaini, juara dan finalis Bintang RTM 2012.

Konsert Sharifah Aini pula disiarkan pada 24 Ogos, jam 9 malam. Bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, ia menyaksikan biduanita negara mendendangkan hampir 18 lagu malar segar dengan iringan 40 pemuzik profesional Orkestra RTM di bawah pimpinan Jimmy Ali.

TV2 pula menghidangkan program muzikal Raya Sama-Sama, Fenomena Raya, Aktif 5 Raya dan Sri Pantun Aidilfitri untuk hiburan penonton setianya.

Tampil tahun ini dengan tema Meriah Lebaran, TV2 menampilkan pelbagai konsep dalam memberikan kepuasan kepada penonton berhibur bermula dengan tayangan waktu malam raya, program Raya Sama-Sama (18 Ogos, jam 9.30 malam) dan diikuti Fenomena Raya (19 Ogos, jam 10 malam), Aktif 5 Raya (19 Ogos, jam 4 petang) juga dua episod Sri Pantun Aidilfitri (21 dan 28 Ogos).

Antara artis yang terbabit dalam program berkenaan ialah Linda Onn, Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Saiful Apek, Didie Alias, Azlan & The Typewriter, Mus May, Jac, Ramlah Ram, Tomok, Ali Terra Rossa, Mawi, Izara Aishah, Zoey Rahman, Lan Kristal, Ezad Lazim, Ernie Zakri, Ahdan Salleh, Azrul Zaidi Raja Lawak dan Muaz.

Aznil, Aaron gamatkan raya Astro

Astro tidak ketinggalan menyediakan rancangan menarik untuk tontonan seisi keluarga pada musim raya ini. Antara program khas disediakan termasuk Mega Raya 2012 yang disiarkan pada 18 Ogos, 9 malam di Astro Ria dan Mustika HD, Raya Rayau Aznil (Ria/Mustika HD, 19 Ogos, 6.30 petang), Warna Raya (Warna, 24 Ogos, 3 petang) dan Lawak Ker Der (Warna, 25 Ogos, 9 malam).

Turut disiarkan ialah filem KL Gangster (Ria, 19 Ogos, 9 malam), Aaron & Zizan... Beraya Sampai Pengsan (Ria, 20 Ogos, 5 petang & Mustika, 20 Ogos, 8.30 malam), Takde Lembu Takde Raya (Ria, 19 Ogos, 10 malam), Rumah Terbuka Erra Fazira (Prima, 20 Ogos, 10 malam), Opocot! Latahnya Raya (Ria, 21 Ogos, 1 tengah hari), Randy Balik Malaysia Raya Ni (Ria, 21 Ogos, 5 petang), Spagetti Kuah Lodeh (Prima, 22 Ogos, 12 tengah hari), Daging Batang Pinang (Warna, 22 Ogos, 10 malam) dan K-Popnya Raya (Ria, 20 Ogos, 4 petang).

Tokoh seni Dondang Sayang, Nyonya Tan Abdullah meninggal dunia

Tokoh seni Dondang Sayang, Nyonya Tan Abdullah meninggal dunia awal pagi ini selepas bertarung dengan penyakit.

Menurut kenyataan Jabatan Warisan Negara, tokoh seni itu meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka pada usia 62 tahun.

Berketurunan peranakan baba nyonya, Nyonya Tan bergiat aktif dalam seni Dondang Sayang selama lebih 40 tahun dan pernah merakamkan tiga buah album.

Nyonya Tan Abdullah



Beliau juga pernah membuat persembahan di Paris di bawah panji Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) sempena pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

Kegigihannya memperjuangkan seni budaya telah diberi penghormatan dan diangkat sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup pada 10 Mei lepas.

Antara anugerah yang pernah beliau peroleh adalah Johan Pesta Dendang Rakyat 1976, Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M), Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), Tokoh Penggerak Budaya Negeri Melaka dan Anugerah Artis Sepanjang Zaman bagi kategori Dondang Sayang pada 2006 oleh Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air (Papita). - BERNAMA

Rancangan khas raya Aidilfitri 1433H/2012 di IKIMfm

Rancangan khas Aidilfitri 1433H/2012 di IKIMfm

1. Segmen Warna Aidilfitri bersama Siti Rohani Surani dan Pyan

Siaran : Hari Raya Pertama (19/8/2012) hingga Ketiga (21/8/2012)
Masa : 6.00 pagi hingga 12.00 tengahhari
Penerbit : Siti Rohani Surani / Suffian Amrin
Sinopsis : Penyampai Warna Pagi IKIMfm Dj Siti Rohani Surani dan Dj Pyan akan menemani anda sempena Hari Raya ini menerusi segmen Warna Aidilfitri dari raya pertama hingga ketiga dengan pengisian-pengisian yang menarik.

2. Tazkirah Aidilfitri oleh Ustaz Ghazali Ibrahim

Siaran : Hari Raya Pertama (19/8/2012)
Masa : 7.30 pagi
Penerbit : Siti Rohani Surani
Sinopsis : Tazkiran yang bakal disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Ghazali Ibrahim sebelum umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri.

3. Siaran Langsung Solat Sunat Aidilfitri

Siaran : Hari Raya Pertama (19/8/2012)
Masa : 8.30 pagi
Penerbit : Siti Rohani Surani
Sinopsis : Siaran langsung solat sunat Aidilfitri akan dibawakan dari Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

4. Salam Aidilfitri

Siaran : Sabtu (18/8/2012) hingga Ahad (26/8/2012)
Masa : Segmen Warna Aidilfitri, Destinasi Aidilfitri, Ekspresi Aidilfitri dan Dinihari Aidilfitri.
Penerbit : Semua Penyampai
Sinopsis : Menerusi segmen ‘Salam Aidilfitri’ ini, penyampai bertugas akan membuka peluang kepada para pendengar untuk menyampaikan ucapan
Aidilfitri secara langsung melalui talian telefon, sistem pesanan ringkas (SMS) dan di laman Facebook IKIMfm. Bagi perantau yang merayakan di luar negeri pula, mereka boleh menghantarkan ucapan mereka samada dalam bentuk MP3 ke perantau@ikimfm.my dan akan dibacakan disiarkan pada hari raya.

5. Konsert Alunan Kalbu Ramli Sarip dan Iwan Shahman

Siaran : Hari Raya Pertama (19/8/2012)
Masa : 10.00 malam
Penerbit : Mazlina Ismail
Sinopsis : Rakaman Konsert Kalbu yang diadakan sempena sambutan 20 Tahun IKIM di Dewan Besar IKIM menampilkan artis terkenal Ramli Sarip dan Iwan Shahman tampil menyampaikan lagu-lagu ketuhanan.

6. Maulid @ Johor Bahru

Siaran : Hari Raya Kedua (20/8/2012)
Masa : 10.00 malam
Penerbit : Fairuz Hj. Noordin
Sinopsis : Rakaman persembahan ‘Maulid @ Johor Bahru’ sempena Karnival
Mahabbah IKIMfm Johor 2012 yang diadakan di Bandar Dato’ Onn,
Johor Bahru pada 31 Mac 2012. Antara artis yang bersama-sama
membuat persembahan tendangan selawat ialah kumpulan Rabbani, Far East, Amrain dan Muaz disamping pentazkirah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang.

7. Konsert Mahabbah IKIMfm

Siaran : Hari Raya Ketiga (21/8/2012)
Masa : 10.00 malam
Penerbit : Fairuz Hj. Noordin
Sinopsis : Rakaman ‘Konsert Mahabbah IKIMfm’ sempena Karnival Mahabbah IKIMfm Perak 2012 yang diadakan di Dewan Censelor Universiti Teknologi Petronas pada 30 Jun 2012. Antara artis yang persembahan ialah Kumpulan Far East, Mirwana, dan Frenz.

8. Nostalgia Aidilfitri

Siaran : Hari Raya Keempat (22/8/2012)
Masa : 10.00 malam
Penerbit : Syafiq Zulakifli dan Mohd Faiz Othman
Sinopsis : Segmen interaktif bersama pendengar yang berpeluang membuat
permintaan lagu-lagu raya digemaran mereka disamping berkongsi
nostalgia mereka dengan lagu tersebut.

9. Islam Agamaku Khas Aidilfitri

Siaran : Hari Raya Kelima (23/8/2012)
Masa : 5.15 petang
Penerbit : Norhayati Paradi
Sinopsis : Rancangan ‘Islam Agamaku’ khas Aidilfitri ini bakal menampilkansaudara muslim yang akan ditemubual untuk berkongsi pengalaman
suka duka mereka memeluk Islam serta pengalaman mereka menyambut Aidilfitri.

10. Topik Jumaat Khas Aidilfitri

Siaran : Hari Raya Keenam (24/8/2012)
Masa : 9.00 pagi
Penerbit : Syafiq Zulakifli
Sinopsis : Sebuah rancangan yang akan menemubual tetamu dari kalangan pendakwah terkenal berkaitan topik semasa. Topik Jumaat khas
Aidilfitri kali ini akan menampilkan Y.Bhg. Ustaz Muhammad bin Abdullah Al-Amin yang akan membicarakan tajuk “Keberkatan Syawal”.

SUMBER: INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
TEL : 03-6204 6329 / 6331

- Bernama

Fasha Sanda dan suami beraya di trek lumba luar negara

Buat pertama kali, pelakon Fasha Sandha akan beraya dan menyambut Syawal di luar negara bersama suami tercinta, Rizal Ashram.

“Saya akan menemani Rizal dalam perlumbaan The Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia pada raya pertama ini di Ordos, China kerana dia mewakili negara dalam kejohanan itu. Inilah pertama kali saya beraya di luar negara dan jauh dari keluarga namun sisi lainnya, saya akan bersama suami tersayang di sana.


“Rizal akan berlumba pada Sabtu dan Ahad nanti. Jadi kiranya, raya pertama saya adalah di trek lumba bersamanya. Rasanya ini akan menjadi satu pengalaman manis buat kami berdua kerana pertama kali menyambut Syawal sebagai suami isteri di luar negara. Namun raya kami di sana bukanlah langsung tidak dirasa kerana kami masih dibekalkan dengan pelbagai juadah raya oleh keluarga.

“Mama membekalkan rendang dan lauk-pauk untuk kami di sana dan mummy (ibu Rizal) pula akan membawakan kami juadah lain pula. Sekurang-kurangnya kami masih lagi menyambut raya berdua walaupun tidak meriah seperti di sini. Namun saya tidak merungut kerana apa yang penting dan menjadi keutamaan adalah suami.
Saya akan sokong dan setia menemaninya.

“Memang sedih jika difikirkan kerana terpaksa berjauhan dari keluarga lebih-lebih lagi saya tidak pernah berenggang dengan mereka ketika raya, namun dilihat dari perspektif lain, inilah erti sebuah perkahwinan. Saya menyokong suami dan sudah tentu kedudukan saya adalah setia di sisinya,” katanya.

Usik Rizal yang memahami perasaan si isteri sekelumit timbul rasa sedih meninggalkan keluarga, apa yang penting mereka berdua sentiasa bersama. Walau tiada keluarga dan jauh dari kemeriahan Syawal di tempat sendiri, kelibat isteri di sisi menemaninya penting bagi memberikan semangat.

“Soal berjauhan dengan keluarga dan menyambut raya di luar negara bukanlah asing bagi saya. Tiga tahun ketika belajar di Amerika Syarikat dan kemudiannya empat tahun lagi ketika di England, saya memang tidak menyambutnya. Hanya berpeluang bersembahyang di pagi raya di Malaysian Hall dan kemudiannya menjalankan rutin harian seperti biasa.

“Namun saya faham akan situasi Fasha. Pasti dia rasa kekok kerana pertama kali namun saya bersyukur kerana dia sendiri yang ingin menemani saya selama seminggu di sana. Saya percaya, raya kami akan tetap meriah kerana apa yang penting, kami masih bersama berdua dan menyambutnya secara sederhana.

“Lagipun keluarga Fasha dan ibu saya sendiri banyak mengirimkan kami juadah istimewa raya buat kami berdua. Sekurang-kurangnya ada juga rasa raya di sana nanti,” katanya berseloroh dan meletak sepenuh tumpuan kepada kejohanan itu.

Rizal yang sebelum ini berjaya mencatatkan kedudukan cemerlang di tempat kedua dalam perlumbaan di Fuji, Jepun akan meneruskan lagi kejohanan itu ke Zhuhai, China pada awal September depan sebelum ke Pan Bay, Taiwan pada Oktober dan pusingan terakhirnya di Shanghai pada 10 dan 11 November depan.

Sinopsis drama Ampun Untukmu lakonan Zamarulhisham

Sinopsis drama Ampun Untukmu

Ampun Untukmu lakonan Zamarulhisham, Eira Syazira, Sofi Jikan, Afzan A Rahman dan Maimon Mutalib mengisahkan Liana yang masih bersekolah, memilih untuk kahwin lari di Selatan Siam dengan kekasihnya Faris.

Liana sudah tidak sanggup dikongkong ibunya Saleha dan ayahnya, Razak. Dia nekad lari bersama Faris sehingga sanggup mengenepikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia juga sakit hati apabila ayahnya selalu membandingkannya dengan adiknya, Haikal yang mendapat 9A dalam PMR dan berjaya ke sekolah berasrama penuh.

Mereka menetap di Kuala Lumpur dan Liana sudah tidak ambil tahu apa yang berlaku pada keluarganya di kampung. Faris hanya bekerja di bengkel kereta dan perhubungan mereka jadi hambar akibat masalah kewangan. Apatah lagi Liana tidak bekerja kerana terpaksa menjaga dua anak yang masih kecil.

Impian indah untuk hidup bahagia bersama Faris menjadi sebaliknya dan makin terhimpit apabila Faris cedera parah akibat terbabit dalam kemalangan dan lumpuh sebahagian badan ke kaki. Mujurlah Mail, kawan sekerja Faris banyak membantu dari segi tenaga dan kewangan tetapi mempunyai niat tersendiri.

Sejak itu, Liana terpaksa bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pejabat. Dia serba salah dan takut apabila diintip oleh pemuda yang akhirnya memperkenalkan dirinya Haikal iaitu adiknya sendiri. Haikal akui mencari Liana tanpa putus ada dan cuba memujuknya untuk balik kampung sempena Ramadan yang mulia.

Liana sedar dosa yang dilakukannya dan enggan pulang walaupun teringin merayakan Aidilfitri bersama ibu bapa. Haikal terus memujuknya tanpa jemu. Seminggu sebelum Aidilfitri, Mail datang meminta sebahagian hutangnya daripada Faris namun Faris tidak dapat membayar. Mail sebenarnya sedang dikejar 'along'.

Dia ternampak Liana pulang dari kerja dan bersiap untuk berbuka puasa lalu meminta wang darinya. Liana meminta tangguh dan Mail yang sudah lama mahu memikat Liana segera mengheretnya masuk ke dalam bilik dan melepaskan nafsunya. Selepas itu Mail mencuri wang simpanan dan merentap rantai leher Liana lalu beredar.

Disebabkan tiada pilihan lain, mereka pulang ke kampung. Bagaimanapun , ibunya Saleha kecewa dengan tindakan yang dilakukan Liana sebelum ini. Padanya Liana bukan saja memalukan keluarga, tetapi juga menjadi penyebab kematian suaminya.

Pelbagai konflik yang mengesankan tercetus dalam drama arahan Murali Abdullah ini. Semua persoalan akan terjawab apabila penonton mengikuti Ampun Untukmu.

Produsernya, Zainuddin Mohd Ismail berkata, dia sentiasa menampilkan pengajaran dalam setiap drama terbitannya dan tidak mahu memberikan hiburan kosong.

TV3 bakal terbit program realiti Pencarian Pendakwah Muda

Nama seperti Ustaz Don dan Ustaz Azhar Idrus kini meniti di bibir anak muda, kehebatannya berhujah dengan gaya tersendiri menyampaikan seruan Islam berjaya menarik minat golongan muda mendalami ilmu agama.

Jika sebelum ini golongan muda `takut' menghadiri majlis ilmu, namun dua tokoh ini berjaya mencetuskan fenomena baru melahirkan keghairahan dalam kalangan anak muda untuk mendekatkan diri dengan majlis agama tanpa mengira tempat.

Situasi kini sudah berubah, orang ramai lebih tertarik kepada ustaz ataupun ustazah yang bukan saja mempunyai personaliti menarik, malah mampu menyampaikan kuliah agama dengan penampilan mengikut selera golongan muda.

Bukan itu saja, sempena Ramadan ini juga majoriti masjid akan memanggil imam atau ustaz yang masih muda daripada mana-mana pusat tahfiz untuk mengimamkan solat sunat tarawih.

Menyedari keperluan itu, TV3 dalam usaha melahirkan lebih ramai pendakwah muda berkaliber untuk menyebarkan syiar Islam mengadakan satu program realiti Pencarian Pendakwah Muda yang dijangka memulakan siaran Oktober depan.

Penyelaras Kandungan Islam TV3, Ahmad Noor Sulaiman, (gambar) berkata program realiti sebanyak 14 episod itu adalah bukti serta komitmen syarikat penyiaran berkenaan menyemarakkan dunia dakwah di negara ini supaya ilmu agama dapat disebarkan dengan berkesan.

"Program ini bertujuan mencungkil pendakwah muda. Aspek yang diberi perhatian ialah dari segi cara menyampaikan sesuatu dakwah, kita mahu menampilkan teknik berdakwah yang lebih berkesan sesuai dengan masa kini.

"Kebanyakan pendakwah masih lagi menggunakan cara ataupun pendekatan bersifat konvensional, sedangkan cara menyampaikan dakwah kini perlu lebih kreatif bagi menarik lebih ramai khalayak untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama," katanya.

Katanya, Pencarian Pendakwah Muda menjadi medan terbaik buat anak muda yang mempunyai idea baru, segar dan bernas menjadi pendakwah bagi menyebarkan ajaran Islam khususnya kepada anak muda.

Kejayaan pendakwah sekarang menarik ramai khalayak terutama golongan muda mendalami ilmu agama bukan saja terletak pada ilmu agamanya semata-mata, sebaliknya kemahiran dan kreativiti ketika berdepan masyarakat.

Hari ini untuk menyebarkan dakwah Islam kita tidak semestinya memakai serban ataupun jubah, sebaliknya orang muda kini lebih tertarik kepada pendakwah yang tampil dengan imej lebih segar sesuai kehendak golongan itu.

Jika kumpulan sasar adalah orang muda, pastinya pendekatan mengikut gaya mereka ketika menyampaikan kuliah lebih sesuai.

Islam itu indah, mudah dihayati serta difahami, tetapi ia memerlukan gaya penyampaian dakwah yang lebih berkesan dan kreatif supaya kumpulan mendengarnya tidak jemu atau mengantuk hingga menggagalkan mereka menerima ilmu agama disampaikan.

Ziana Zain sambut raya di Merlimau

Ziana Zain sambut raya di Merlimau

Ziana Zain, ibu kepada Muhammad Aiman, 12, Muhammad Ammar, 9, serta pasangan kembar Muhammad Ariel Armin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin, 1 tahun 5 bulan ceria berkongsi cerita mengenai sambutan raya.

Hampir dua dekad tidak menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Merlimau, tahun ini mereka sekeluarga sepakat meraikan 1 Syawal di situ.

“Ia permintaan abah untuk menanti kedatangan Aidilfitri di sana. Sejak bergelar artis, saya jarang dapat bercuti lama di kampung terutama ketika Aidilfitri. Kebetulan dulu, abah masih terikat dengan tugas membuatkan pagi raya kami cuma di Shah Alam.

Ziana Zain

“Tahun ini, Insya-Allah, dua hari sebelum lebaran kami akan memandu pulang dan membuat persiapan di sana. Saya rindu suasana kecoh itu, apatah lagi keluarga kami besar.

“Teringat kenangan ketika kanak-kanak dulu. Ini juga masanya untuk anak-anak mengenali saudara mara. Biarpun membawa nama Ziana Zain tetapi saya langsung tidak rasa glamor kerana tetap berperang di dapur.

“Lumrah pada setiap 1 Syawal, saya menjadi manusia paling sibuk kerana perlu menguruskan kelengkapan keluarga,” katanya.

Mek telah berkahwin kali ke-2 sebagai isteri ke-2

Mek (Nik Sayyidah Fatiha Yazib) yang terkenal sebagai pengacara dan pelakon Salam Pantai Timur mengaku sudah bercerai dengan suaminya awal tahun lalu dan kini hidup bermadu sebagai isteri kedua selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Mei lalu.

Nik Sayyidah yang mesra dengan panggilan Mek berkata, walaupun perkahwinan keduanya itu tidak dilangsungkan dengan meriah namun statusnya yang kembali bersuami, disifatkannya bukan perkara rahsia.


Katanya, perkenalan dengan suami barunya itu hanya bermula sekitar April lalu sehingga mereka membuat keputusan untuk bernikah sebulan kemudian.

"Saya akui saya sudah bercerai awal tahun lalu dan kini berumah tangga semula. Sebenarnya, saya mengenali suami ketika ingin membuat urusan membeli rumah dan selepas itu dia sering bertanya mengenai kedudukan saya, sama ada masih terbuka hati untuk berkahwin lagi.

"Ketika itu, saya tahu dia sudah berkahwin selama sembilan tahun, tetapi tidak dikurniakan sebarang zuriat. Saya juga tidak pernah terfikir akan hidup bermadu namun dia minta saya menganggapnya sebagai jodoh," katanya di sini, semalam.

Mek yang muncul dalam program bual bicara Salih Yaacob Show, I Follow, berkahwin dengan Mohd Hariff Ghazali yang ketika itu berusia 34 tahun pada 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki kini berusia setahun.

Menurutnya, majlis perkahwinan keduanya diadakan secara ringkas di rumahnya dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Katanya, dia tetap merancang ingin mengadakan majlis kesyukuran selepas rumah dibelinya siap dibina nanti.

"Bagi saya, benda ini bukan rahsia dan saya langsung tidak menyembunyikan status diri. Malah, kami sering keluar bersama dan ada juga yang bertanya namun saya berterus terang saja," katanya.

Sementara itu, sumber mendakwa, perkahwinan mereka tidak diketahui isteri pertama lelaki terbabit disebabkan majlis itu dilakukan secara senyap-senyap pada 24 Mei lalu.

Mek bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu, tetapi hanya menjelaskan dia sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri.

Katanya, perkahwinannya sudah diketahui isteri pertama namun ia sukar diterima.

"Suami seorang yang kuat agama dan berkali-kali dia menyatakan ingin berkahwin kerana zuriat. Saya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan apa yang berlaku antara mereka (suami dan isteri pertama) saya tidak mahu tahu," katanya.

Oleh Siti Fatimah Hassan; Paya Linda Yahya

~ Harian Metro

Biodata Eyka Farhana, Gambar Eyka Farhana

Biodata Eyka Farhana

Nama sebenar: Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Sekolah Perempuan Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur
Adik beradik: 4 adik beradik

Telefilem/drama: Bunga Bunga Syurga, Gemilang, Juvana, Sejadah Kaabah, Cinta Pontianak Gua Musang, Puteri Pulau Tuba, Miang Buluh Keladi Birah, Ramadan Terakhir, Nur Ain, Naik Lif Turun Tangga, Jatuh Cinta dan Mencari Atirah






Trivia Eyka Farhana

Bahagian tubuh atau muka disukai anda: Perut.

Aktor atau aktres yang diminati: Saya suka lihat muka Nora Danish sebab dia comel tetapi belum pernah bertemu dengannya.

Tabiat buruk Eyka: Gigit kuku, terutama sedang cemas atau ketakutan.

Mudah menangis apabila....: Kalau orang mengutuk atau menghina Eyka berlebih-lebihan

Perkataan wajib disebut setiap hari: Laparrrrr!!!!

Lagu yang diminati: Kesemua lagu Adele tetapi tiga yang paling suka Someone Like You, Rolling In The Deep dan Set Fire To The Rain.

Sudah berpunya atau belum: Sudah tetapi namanya biarlah rahsia lagipun kami terlalu muda untuk memperkatakan hal ini.

Jelaskan siapakah Eyka secara ringkas: Seorang yang banyak cakap, suka ketawa namun sangat mudah berubah `mood'.

Mudah tertarik pada lelaki....: Yang tinggi, mengambil berat, tidak terlalu manja, faham kerja Eyka serta menghormati keluarga Eyka.

Mahu berjaya seperti: Datuk Siti Nurhaliza.

Drama Citra Juwita Sinopsis, TV9

Sinopsis Citra Juwita

Kisah bermula apabila Citra (Jasmin Hamid) yang datang dari keluarga kaya-raya jatuh cinta dengan Ehsan (Azhar Sulaiman), seorang pemain bola sepak negara. Ibu bapa Citra telah membuangnya dari keluarga setelah mengetahui tentang perhubungan mereka. Bermulalah hidup Citra dengan Ehsan tanpa wang yang melimpah-ruah sebagaimana dia dapati ketika hidup bersama ibu bapanya.

Citra Juwita

Walaupun disekat kemewahan, mereka tetap gembira apabila dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Juwita (Eyka Farhana). Namun, kegembiraan mereka haya seketika, apabila Citra dan Ehsan membuat keputusan untuk bercerai ketika Juwita berumur 5 tahun. Juwita yang masih kecil ketika itu menyatakan hasratnya untuk tinggal bersama bapanya dan oleh kerana kecewa dengan keputusan anaknya, Citra telah membawa diri dan tidak mahu menghubungi anak dan bekas suaminya itu lagi.

Hari berganti hari dan kini Juwita sudah pun berumur 23 tahun. Sepanjang hidup Juwita, dia amat rapat dengan Wira (Shahrol Nizam), kawan baik kepada bapanya. Wira mempunyai seorang anak lelaki, Ilham (Addy Ashraf) yang amat mengambil berat tentang hidup Juwita. Dalam diam, Ilham memang mempunyai perasaan terhadap Juwita tetapi terpaksa memendamnya kerana Juwita sudah pun mempunyai teman lelaki bernama Arjuna (Azuan Mazlan).

Tidak lama kemudian, Ehsan jatuh sakit dan sebelum nafas terakhirnya, dia meminta Juwita berjanji untuk mencari dan tinggal bersama ibunya, Citra. Walaupun berat hati, Juwita tetap nekad untuk mengotakan janjinya kepada bapa tersayang. Setelah begitu lama berjauhan, kini Citra dan Juwita disatukan semula.

Gaya hidup Citra dan Juwita telah membuatkan mereka sukar untuk hidup bersama tetapi kerana janji kepada Ehsan, mereka mencuba sedaya upaya untuk berbaik semula. Hidup menjadi semakin sukar apabila Juwita mula mempunyai perasaan terhadap Ilham, dan pada masa yang sama, Citra juga sudah jatuh cinta dengan Wira!

Suatu ketika dahulu, Citra telah melukakan hati Juwita apabila dia melangkah pergi dari hidup anaknya itu. Adakah Juwita sekali lagi akan terluka dengan perhubungan cinta di antara Citra dan Wira? Atau apakah Juwita akan mengorbankan cintanya semata-mata untuk kebahagiaan ibunya?

Drama Citra Juwita bermula pada 26 Julai ini pada setiap hari Khamis jam 8.30 malam hanya melalui slot Aurora, eksklusif di TV9 (Saluran 119).

Citra Juwita menggandingkan pelakon lama dan baru iaitu Eyka Farhana, Jasmin Hamid, Azhar Sulaiman, Addy Ashraf, Shahrol Nizam dan Azuan Mazlan untuk menghidupkan watak-wataknya.

Sinopsis Sirrun, drama TV9 lakonan Beto Kusyairy, Anzalna

Sinopsis Sirrun

Sirrun mengisahkan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja. Dia juga begitu rajin belajar di sekolah dan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Sinopsis Sirrun

Hidup Laila pula menjadi amat sukar apabila bapanya, seorang tabligh yang jarang berada di rumah, membuat keputusan untuk berkahwin buat kali ketiga. Laila marah terhadap bapanya dan juga kepada ibunya kerana merelakan perkara ini berlaku. Laila menjadi tidak terurus dan terpaksa berhenti sekolah ketika umurnya 16 tahun untuk menyara ibu dan adik-beradiknya.

Setelah berhenti dari sekolah, Laila berkerja sebagai seorang guru di sebuah Tadika Islam. Di sana, dia telah bertemu dengan Khalid (Hairul Azreen) dan telah jatuh cinta pandang pertama. Laila memperkenalkan Khalid dengan rakan baiknya, telah menjadi marah dan cemburu apabila Khalid jatuh cinta dengan Surina pula. Kerana Khalid, Laila dan Surina bergaduh dan tidak bertegur sapa.

Sepuluh tahun telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak. Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.

Kisah seakan-akan sama yang berlaku sepuluh tahun lalu kini berulang kembali. Kebahagiaan Laila dan Surina kini berada di tangan seorang lelaki. Apakah nasib dua insan yang pernah bergelar rakan baik ini?

Saksikan Sirrun mulai 7 Ogos, setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam hanya menerusi slot Ratu, eksklusif di TV9 (Saluran 119).

Drama bersiri Sirrun 14 episod ini dibarisi dengan pelakon-pelakon hebat dan popular masa kini iaitu Beto Kusyairy, Anzalna Nasir dan Zarina Zainoordin.

Persembahan Teater Rajuk, Dramatis Kuala Lumpur (DKL),25 - 26 Ogos 2012

Kumpulan teater Dramatis Kuala Lumpur (DKL) akan muncul dengan teater terbaru berjudul Rajuk yang dirancang dipentaskan di Stor Teater Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) pada 25 dan 26 Ogos 2012.

Penerajunya, Rosli Rahman Adam berkata, sesi latihan giat dijalankan di Balai Tun Syed Nasir (DBP) setiap Sabtu dan Ahad bermula jam dua hingga lima petang.


"Saya pilih buat latihan hanya pada sebelah petang kerana mahu mereka menumpukan perhatian kepada amal ibadat dan mengerjakan solat Tarawih pada sebelah malam. Lagipun kesempatan bertarawih hanya berlaku sebulan sekali dalam setahun.

"Rajuk adalah naskhah karya isteri saya, Liza Tan. Sebelum ini, anak saya Zayrul Iqwan bertindak sebagai pengarah untuk teater DKL. Bagaimanapun, dia kini sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Skrin di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.

"Justeru, tugas pengarah diambil alih oleh saya semula. Memang tiada masalah kerana sebelum ini pun saya sering bergandingan dengan isteri dalam setiap teater terbitan DKL. Setiap masa kami berbincang untuk mendapatkan hasil terbaik.

"Rajuk diterajui enam pelakon penting dan dibantu empat hingga lima pelakon tambahan. Mereka yang terbabit ialah Hasliza Ali, Bee Jay, Puteri Izan, Rizuan, Juwita Rosli dan Nurul Nabila.

"Kebanyakan mereka sememangnya aktif dalam DKL dan sering terbabit dengan pementasan teater. Secara tak langsung, saya tak berdepan dengan masalah mementaskannya kepada peminat nanti," katanya.

Rosli yang juga pelakon dan pernah membintangi filem Jimmy Asmara dan terbaru, Man Sewel Datang KL menambah, kebanyakan cerita yang dipentaskan oleh DKL berkisarkan kisah yang berlaku di kampung.

"Memandangkan jiwa saya dekat dengan kehidupan desa, tiada salahnya saya ambil kisah masyarakat kampung dan jadikan iktibar kepada penonton. Kebanyakannya adalah kisah benar yang berlaku berdasarkan pengalaman saya dan saudara-mara.

"Intipati Rajuk memaparkan konflik keluarga yang berlaku di sebuah kampung. Ia mengisahkan Zana (Hasliza), seorang gadis 18 tahun yang periang, namun jatuh hati dengan seorang bujang terlajak bernama Razlan (Bee Jay).

"Mereka bercinta secara sembunyi tanpa pengetahuan emak Zana, Kak Yam (Puteri Izan) yang sangat memandang kebendaan. Dia juga sering membayangkan nak kahwinkan Zana dengan orang berada.

"Namun, jiran sebelah rumah Zana, Lela dan Kak Nor tahu perkara ini dan menghebahkannya kepada orang kampung. Ini membuatkan Kak Yam naik hantu dan mencari Razlan. Kak Yam menghina Razlan sebaik berjumpa pemuda itu.

"Razlan yang kecewa kerana percintaannya terhalang, membawa diri ke Kuala Lumpur dan akhirnya bergelar usahawan berjaya. Selepas itu dia pulang ke kampung dan bertekad meminang Zana.

"Bagaimanapun dia terkejut kerana pada hari yang sama juga, Zana bersanding dengan orang lain. Razlan kecewa dan akhirnya membuat keputusan meninggalkan kampung dan tak mahu berkahwin buat selama-lamanya.

"Sebenarnya memang ada peminat yang suka cerita sebegini. Bagaimanapun, skripnya perlu diberi perhatian kerana tak boleh terlalu ringkas ataupun berbunga-bunga. Paling penting ialah kandungan cerita perlu kuat," katanya.

Di sebalik berkarya, Rosli tidak melupakan tanggungjawab sebagai umat Islam apabila menyelitkan unsur Islamik di dalamnya. Dia tidak berminat menghasilkan teater muzikal seperti yang dibuat segelintir penggiat teater lain kerana tidak mahu masyarakat terlalu disogokkan dengan hiburan tanpa had.

Drama TVi sempena Hari Raya 2012

Sempena Hari Raya, TVi akan menyiarkan sembilan drama menarik sepanjang sambutan Aidilfitri ini yang mengetengahkan variasi plot kisah drama kasih sayang, kekeluargaan dan tidak ketinggalan berlatarkan sambutan perayaan yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Semua drama itu akan disiarkan menjelang 1 Syawal sehingga 8 Syawal (26 Ogos), jam 12.00 tengahari yang dibarisi pelakon terkenal yang lama dan baru antaranya, Harun Salim Bachik, Aznah Hamid, Fauziah Nawi, Azza Elite, Liza Abdulah, Zaibo, Maimun Mutalib, Faizal Hussein, Zizan Nin, Sidek Hussein dan Dian P.Ramlee.

Watak mereka 'disatukan' dengan pelakon muda antaranya Julia Ziegler, Danny, Ikram Dinzly, Intan Ladyana, Talha Harith, Siti Fazurina, Juliana Ibrahim dan Emelda Rosmila.

Drama itu, Hero Desa (siaran 18 Ogos), Raya Yang Paling Raya (19 Ogos), Shah Rukh Khan Malaysia (20 Ogos), Kamar 5 Bintang (21 Ogos), Menantu Raya (22 Ogos), Selamat Hari Raya Bapak (23 Ogos), Bertemu Kasih (24 Ogos), Bahulu Celup (25 Ogos) dan Angan Si Nonong (26 Ogos).

Hero Desa mengisahkan pasukan produksi filem yang ingin mengadakan penggambaran di sebuah kampung. Pelakon lelaki utama menarik diri dan uji bakat terpaksa dibuat bagi mencari pengganti. Ramli seorang yang lurus, pergi menghadiri uji bakat itu dan dia terpilih. Ini menyebabkan hubungan dengan Ramlah terjejas dengan kehadiran seorang pelakon popular yang sama-sama berlakon berlakon dengannya,

Raya Yang Paling Raya pula menceritakan Iwan dan Hadi berhijrah ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat mencapai impian tetapi selepas tiga tahun nasib mereka masih tidak berubah. Apabila tiba hari raya, Adi mengajak Iwan memecah masuk rumah untuk mencari tambang balik ke kampung. Telefilem ini dijayakan oleh Jehan Miskin, Nubhan, Arash Mohamad, Abby Abadi dan Ayu Raudhah.

Shah Rukh Khan Malaysia adalah kisah mengenai anak muda bernama Shah yang sangat fanatik dengan pelakon terkenal Shah Rukh Khan sehingga sering menganggap dirinya sebagai Shah Rukh Khan Malaysia. Lakonan Ikram Dinzly, Intan Ladyana, Afzan Abd Rahman, Saiful Nizen, Mohd Yusman, Midyanti dan Mohd Zaiden.

Kamar 5 Bintang pula mengenai tiga beradik yang berebut bilik di kampung apabila balik menyambut Hari Raya bersama keluarga di kampung halaman dan dilakonkan oleh Fauziah Nawi, Azza Elite, Liza Abdulah, Bakhtiar Bolak, Hasli Bakar dan Talha Harith.

Menantu Raya memaparkan kisah Lisa yang ingin menyatukan ibu bapanya yang sudah pun berpisah sebelum dia terikat dalam hubungan perkahwinan. Kisah menarik ini turut dijayakan Zaibo, Maimun Mutalib, Siti Fazurina, Ghani Ahmad, Mark Loo dan Kanchana Devi.

Selamat Hari Raya Bapak adalah kisah tiga sekawan yatim piatu yang dibesarkan oleh seorang cikgu sejak kecil dan apabila dewasa salah seorang daripada mereka ditemukan dengan bapa kandung semasa Hari Raya Aidilfitri. Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Jeff Omar, Collan Koo, Shree, Yus Edo dan Roslan Salleh.

Bertemu Kasih mengutarakan kisah Shukri yang menyamar sebagai penuntut universiti bagi menyiasat sindiket penculikan dan penyeludupan bayi di perkampungan orang asli Sukun. Ia dibintangi oleh Faizal Hussein, Zizan Nin, Sidek Hussein dan Juliana Ibrahim.

Bahulu Celup berkenaan Aina yang selalu dimanjakan oleh ibunya sehingga dia tidak mampu berdikari. Namun Aina cuba mengubah kehidupannya selepas dibandingkan dengan kakaknya, Aini.

Manakala Angan Si Nonong mengetengahkan cerita seorang gadis tomboi yang bercita-cita untuk memasuki pertandingan Unduk Ngadau dan dia dicabar oleh anak Tok Penghulu yang cantik. Berjayakah Nonong menjadi Ratu? Semuanya bakal terjawab pada 26 Ogos nanti.

Azmir Arif - Pulang Ke Desa Lirik dan Video



Lirik Lagu Pulang Ke Desa - Azmir Arif

Ayam Itik bertempiaran
untuk korban di buat sajian
datuk nenek riang dilaman
menunggu pulang nya kami semua

Walaupun jauh di rantauan
bila rindu pastikan pulang
bertemu dengan sanak saudara
riuh rendah menyambut hari raya

Tak terasa cepatnya berlalu
masa tidak akan menunggu
pasti terpahat dalam jiwaku
mengamit rasa rindu ku selalu....

Sinopsis drama Anak Tengi, TVAlHijrah

Sinopsis telefilem Anak Tengi

Anak Tengi mengisahkan pengorbanan kasih seorang pemuda desa, Fitri yang memiliki kerjaya hebat di ibu kota terpaksa melepaskan jawatannya dan pulang ke kampung halaman di Felda Tengi demi memenuhi impian bapa tersayang supaya mengusahakan ladang kelapa sawit mereka. Bahkan, bapanya meyakinkan bahawa Fitri takkan menyesal.

Dihimpit perasaan berbelah bahagi antara kasih sayang dan karier, akhirnya Fitri nekad melepaskan salah satu daripadanya. Akur kehendak bapanya, dia mengambil keputusan berhenti kerja dan menetap semula di Felda Tengi. Pun begitu, bapanya meninggal dunia selepas dua minggu Fitri pulang ke pangkuan keluarga.

Bermulalah episod kesusahan dilalui Fitri yang baru mengusahakan ladang kelapa sawit peninggalan arwah bapanya. Berpegang pada prinsip berbakti pada tanah pasti akan membuahkan hasil tak terhingga, tindakan Fitri mendapat sokongan positif orang kampungnya.

Bahkan, dalam diam seorang gadis Felda, Dira sangat kagum dengan Fitri. Bahkan, Dira turut menyimpan perasaan kasih terhadap Fitri tanpa dikdetahuinya. Demi menambat hati jejaka idamannya, Dira menjalin hubungan rapat dengan ibu Fitri.

Namun, Fitri sekadar menganggap Dira sebagai teman biasa. Suatu hari, ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Fitri berkenalan dengan Nasha, seorang gadis anak orang kaya yang bersikap merendah diri. Mereka saling menyenangi antara satu sama lain.

Apakah pintu hati Fitri yang tertutup untuk cinta selama ini mampu dibuka oleh Nasha? Bagaimana pula dengan Dira yang menaruh perasaan pada Fitri dalam diam? Malah, bagaimanakah penerimaan keluarga Nasha terhadap anak Felda seperti Fitri?

Segala jawapannya ada dalam perjalanan kisah Anak Tengi, arahan pengarah muda berbakat, Izzman Hafiz Izzauddin, 28, yang mesra dengan panggilan Hafiz.

Anak Tengi terbitan produksi Sazawan Supply Sdn Bhd sempena Syawal nanti di saluran TVAlHijrah (TVAH - saluran 114) pada raya keempat.

Cahaya kumpulan AlMawlid

Dulu Pot Amir berbangga dengan kumpulan Innuendo yang mencipta pelbagai kejayaan dalam industri muzik tanah air. Rakaman kejayaannya menyaksikan Innuendo pernah memecah rekod Anugerah Industri Muzik (AIM 1998) apabila membolot enam anugerah iaitu Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik (Belaian Jiwa) dan Lagu Terbaik (Selamanya) menerusi album sulung mereka.

Sementara Amer Munawer dan Azan Addin berbangga dengan Ruffedge yang menjadi kegilaan remaja menerusi barisan lagu popular antaranya Tipah Tertipu dan Khayalan. Manakala Zaff dan Lah pula menyinar bersama VE dengan lagu yang diingati ramai iaitu Party Like This dan Pop Ye Ye. Kedua-duanya muncul pada era 2000 dengan keistimewaan tersendiri.

Bagaimanapun itu kisah lama kerana segala-galanya kini berubah. Siapa sangka artis dua era ini akhirnya bergabung dan membentuk kumpulan dinamakan AlMawlid. Bertambah manis apabila kumpulan ini ditubuhkan pada 1 Muharram 1432H (7 Disember 2010) sempena pelancaran TV AlHijrah oleh Perdana Menteri.

Menariknya, kalau dulu mereka tampil dengan pelbagai fesyen terkini yang menjadi ikutan para remaja, kali ini mereka lebih selesa mengenakan pakaian yang ringkas dan sedap mata memandang. Bahkan ada kalanya mereka berjubah dan berketayap sekali gus menunjukkan kesederhanaan yang diamalkan dalam kehidupan terkini.

Melihatkan penampilan ini, sudah tentulah muzik yang dibawakan bukan lagi berentak hip hop yang pada setengah orang menyakitkan telinga, sebaliknya ia diisi dengan lagu positif yang memuji keagungan Allah dan keperibadian junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Sebenarnya anggota AlMawlid ramai tak terkira namun yang muncul ke depan hanya kami berlima. Kebetulan pula kami pernah bersama Innuendo, Ruffedge dan VE, jadi cepatlah kami dikenali ramai. Hasil perbincangan bersama, kami akhirnya tampil dengan album berjudul AlMawlid yang menampilkan bacaan al-Quran & selawat, qasidah, doa dan lagu antaranya Cahaya Seluruh Alam.

"Ini adalah album rasmi kami yang pertama kerana lagu Cahaya Seluruh Alam dulunya dihasilkan dalam bentuk single untuk dimainkan di radio bukannya dijual. Kami hanya menyanyikan lagu ini dalam persembahan AlMawlid. Kelahiran album ini juga tanpa dirancang tapi hajat kami dulu nak dipasarkan ketika Maulidur Rasul.

"Namun ia melihat juga pada masa dan keadaan kerana kami tak nak terlalu tertekan menyiapkannya. Justeru, kami anggap prosesnya berjalan sangat tenang. Selepas siap, kami berjumpa Inteam Records pada bulan Rejab untuk berbincang dan pada Syaaban pula memeterai perjanjian dengan mereka. Akhirnya pada 7 Ramadan lalu, album ini mula menemui peminat. Ia sesuatu yang indah.

"Proses rakaman dan susunan muziknya dibuat sejak setahun lalu di Platinum Records yang sememangnya digunakan kami sejak bersama kumpulan lama," kata Azan mewakili mereka ketika tampil di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Pot memberitahu perubahan yang dilakukan mendapat reaksi positif daripada peminat yang mendoakan kejayaan AlMawlid sekali gus menyaksikan mereka terus menjadi sebutan dan mengukir nama di persada seni tanah air.

"Kami lihat peminat banyak berdoa untuk kejayaan AlMawlid. Tak kira peminat baru atau lama, semuanya mendoakan yang terbaik. Doa adalah senjata orang mukmin dan berkat doa inilah kami berjaya menghasilkan album pertama. Sebelum ini memang kami mensasarkan album ini untuk peminat lama tapi tak sangka golongan peminat baru pun mula meminati AlMawlid.

"Bayangkan tiga kumpulan yang mempunyai ramai peminat suatu ketika dulu bergabung membentuk AlMawlid, sudah tentulah ia menghasilkan produk yang terbaik. Kami berharap sangat peminat memiliki album ini kerana ia dihasilkan khas buat mereka. Alhamdulillah sekarang ramai juga mereka yang mengikuti kelas pengajian agama seperti kami.

"Sekarang ramai pelajar universiti yang terbabit dengan pengajian. Paling menarik lebih 10 peminat yang melayan lagu-lagu kami sejak dulu, turut sama berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti pengajian. Ini yang kami tahu sahaja, tapi mungkin bilangannya lebih lagi. Alhamdulillah kami tampil bukan sekadar sebagai kumpulan muzik tapi untuk membawa mesej cintakan Rasulullah.

kumpulan AlMawlid

"Tema album kami mengenai Rasulullah, cara hidup baginda dan khas diterbitkan buat baginda. Bahkan dalam masa sama, Inteam Records mengadakan kempen Jom Cinta Rasul yang membawakan mesej sama. Kita perlu sentiasa berselawat, berqasidah dan memuji Rasulullah. Kita juga perlu satu hati hidupkan Rasulullah kerana ramai yang anggap baginda sudah tiada. Kena ingat Rasulullah sentiasa bersama kita," katanya.

Selain lagu Cahaya Seluruh Alam, album ini turut memuatkan lagu Mahalul Qiyam, Tholama, Menuju Ke Madinah, Ingin Bersamamu dan Cahaya Seluruh Alam (minus one).

"Kami bagi aura sendiri dalam lagu Mahalul Qiyam dan Tholama. Menuju Madinah pula disampaikan dalam bentuk R&B. Kami cuba terapkan unsur harmoni dalam kebanyakan lagu termasuk selawat dan ini menimbulkan kekaguman kepada yang mendengar. Apapun sebelum buat begini kami akan merujuk kepada guru kami iaitu al-Habib 'Ali Zaenal 'Abidin al-Hamid dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza," tambah mereka yang akan berada di Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa setiap Jumaat untuk mengikuti kelas pengajian.

Jika dahulu penampilan mereka di atas pentas hanya untuk mencari pendapatan, kini matlamat utama ialah mahu berselawat dan berkongsi ilmu. Undangan untuk mengadakan persembahan bermakna membuka peluang buat mereka untuk berselawat.

"Kami seronok dapat mengajak ramai orang untuk berselawat. Menerusi genre ini juga kami berpeluang buat persembahan depan ulama. Kami nak genre ini terus berkembang. Malah kami berhasrat menjadikan album ini sebagai wasilah (penghubung) bagi menanam perasaan cinta kepada Rasulullah.

"Dulu mungkin kami merendah diri untuk berselawat tapi sekarang kami berbangga nak berselawat.

"Ia patut diangkat ke tahap tertinggi kerana siapa yang membantu menyebarkannya diumpamakan khadam Rasulullah.

"Bahkan Allah sendiri menyuruh umatnya berselawat.

"Ia wajib dan mustahil seseorang hanya kenal Allah tanpa kenal Rasulullah," jelas Amer yang memberitahu kesemua mereka tidak menyesali masa silam yang dilalui sebelum ini.

Sebelum mengakhiri perbualan, kesemua mereka sepakat memberitahu pentingnya menanamkan sikap istiqamah agar kehidupan yang dilalui menjadi lebih bermakna.

Ini terbukti apabila kehidupan rumah tangga mereka sendiri berjalan dalam suasana harmoni.

Amer diceriakan dengan kehadiran anak lelaki dinamakan Ibrahim yang kini berusia setahun tujuh bulan.

Pot pula gembira dengan kehadiran dua anak perempuan iaitu Iman Putri, 12, dan Hana Maya, 2 tahun.

Lah pula dikurniakan Amira Zaharah, 3 tahun dan Muhammad Adam Zikry, 7 bulan.

Azan pula memiliki empat anak iaitu Sulaiman Amal Addin, 8, Sorfina Az-Zahra Addin, 6, Syadiah al-Maryam Addin, 5, dan Muhammad Syams Addin, 2.

Zaf memiliki tiga anak iaitu Khayra Hannah,4, Khayra Amani, 3, dan Aisyah Humaira, 6 bulan.

Facebook AlMawlid: http://www.facebook.com/almawlid

Program Merdeka saluran TLC

Saluran antarabangsa gaya hidup popular, TLC tampil dan membentangkan program istimewa bagi meraikan simbolik kebebasan buat Malaysia sempena hari merdeka.

Mengakui negara indah ini penuh dengan khazanah yang tiada tandingannya, TLC yakin dua program istimewanya, Now Boarding: Malaysia dan Passage To Malaysia akan berjaya mengembalikan nostalgia tersendiri.

Menariknya lagi, dua program siri yang turut diselitkan di bawah tema Negaraku Special ini akan dikendalikan oleh lapan pengacaranya yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu K.F Seetoh, Jamie Aditya, Bobby Chin, Anita Kapoor, Samantha Brown, Anthony Bourdain, Janet Hsieh dan Ian Wright. Negaraku Special menemui penonton sepanjang Ogos.

Passage To Malaysia yang mana satu material bersejarah yang dilakukan produksi penerbitan TLC sendiri berpeluang meneroka bumi eksotik di Sarawak. Bukan saja menyelami beberapa lokasi indahnya seperti gua-gua dan pedalaman sebaliknya TLC mendekati gaya hidup dan budaya masyarakat setempat di sana.

Dikendalikan pengacara popularnya, Denise Keller, Passage To Malaysia menerusi episod pertamanya ini, Feast in The East menyusuri geografi Sarawak termasuk jenis makanan dan juadah penduduk tempatan yang begitu unik dan lazat.

Malah, persepsi ramai pemikir Barat yang menyifatkan Sarawak dan bumi Malaysia masih lagi tamadun manusia yang tinggal di atas pokok, Feast in The East sendiri berpeluang melihat sendiri suku kaum di sana dan gaya hidup mereka bagi membandingkan ia adalah sejarah dan peninggalan khazanah dan bukannya seperti yang digambarkan.

Feast in The East yang turut menampilkan karnival menuai padi di Sabah akan bertemu penonton pada 21 Ogos ini jam 10 malam dan ulangannya pada keesokan hari, jam 9 pagi dan 28 Ogos jam 4 petang.

Kemudiannya, TLC menerusi Passage To Malaysia akan turut menampilkan episod khas, Art and About yang akan ditayangkan pada 28 Ogos jam 10 malam yang mana Denise Keller meninjau keunikan seni dan budaya Malaysia secara menyeluruh pula.

Kali ini, Denise bersama produksi TLC mengembara ke Kuala Lumpur hingga ke Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu untuk melihat sendiri beberapa acara seni tempatan serta pembuatan seni di Malaysia.

Manakala menerusi Now Boarding: Malaysia, TLC lebih awal membariskan beberapa program istimewa sepanjang Ogos bermula dengan pengembaraan dan perjalanan penuh warna Ian Wright dalam program Globe Trekker musim ke-11 yang meninjau keistimewaan Pulau Pinang, Melaka dan Borneo yang akan disiarkan pada 10 Ogos jam 9 malam.

Samantha Brown's Asia pula akan menyusul selepas itu pada jam 10 malam pula dengan melihat lebih dekat makanan dan menu istimewa Malaysia bersama penyampainya, Samantha.

17 Ogos jam 9 malam pula, TLC akan membawakan program khas, Anthony Bourdain: No Reservations yang akan melihat keunikan budaya kaum Cina dan Nyonya di Malaysia yang berjaya mempengaruhi hampir keseluruhan masyarakat setempat terutamanya di Melaka dan Pulau Pinang.

Fun Asia 3 bersama penerokaan bumi Malaysia pula akan ditayangkan pada hari yang sama selepasnya pada jam 10 malam dengan memaparkan dokumentari santai mengenai hidupan liar Orang Utan dan keindahan Gunung Kinabalu.

Pengacara TLC yang bijak berjenaka, Bobby Chin pula akan membawa penonton melihat keunikan masakan di Malaysia yang menggabungkan tiga bangsa utamanya - Melayu, Cina dan India menerusi programnya, World Cafe Asia di Pulau Pinang. Bobby Chin akan tampil menghiburkan penonton pada 24 Ogos jam 9 malam sebelum digantikan pula pada jam 9.30 malam oleh program The Food Suprise bersama K.F Seetoh yang mencuba makanan istimewa Johor.

Exotic Escapades yang menampilkan pengacaranya yang jelita, Anita Kapoor pula akan ke Kota Kinabalu untuk meneroka sisi berbeza bandar raya itu. Anita yang turut mengacarakan program Go Asia with Anita Kapoor akan menemui penonton pada 24 Ogos jam 10 malam selama setengah jam.

Jam 10.30 malam pula, pengacaranya yang kacak dengan kacukan Indonesia, Jamie Aditya akan melihat pembangunan kota Kuala Lumpur dan kemeriahannya menerusi program After 12.

Pada hari kemerdekaan, 31 Ogos pula, TLC akan membawa penonton untuk menyaksikan dua lagi program istimewanya iaitu World Cafe Asia yang mencuba pelbagai makanan menarik di Kuala Lumpur pada jam 9 malam dan diikuti dengan The Food Suprise pada jam 9.30 malam.

TLC menjanjikan sebuah bulan kemerdekaan yang penuh dengan cerita dan keunikan pelbagai programnya yang hanya mengangkat simbolik kebebasan buat Malaysia sepanjang Ogos.

Pastikan anda tidak terlepas untuk mengikutinya dan menyaksikan sendiri produksi TLC dalam menyusuri pelbagai keindahan Malaysia dengan budaya dan elemen adatnya.

Sinopsis drama Runtun Qalbu, slot Zehra TV3 lakonan Fasha Sandha

Sinopsis drama Runtun Qalbu

RUNTUN QALBU menceritakan Qalbu yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Sinopsis drama Runtun Qalbu

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah.

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

Pelakon drama Runtun Qalbu:Shah Iskandar,Fasha Sandha, Kamal Adli

Filem Raya 2012 di TV2

RTM menerusi saluran TV2 menjelang lebaran ini akan menyiarkan filem Tipu Kanan Tipu Kiri pada 18 Ogos, jam 2 petang dan diikuti Ahmad Albab (20 Ogos, 10 malam), Laila Isabella (22 Ogos, 1.30 tengah hari), Cinta U-Turn (23 Ogos, 1 tengah hari), Gila-Gila Pengantin Remaja (24 Ogos, 2.30 petang), Transformers (24 Ogos, 10 malam), Transformers 2: Revenge of The Fallen (25 Ogos, 10 malam) dan Anak Halal (25 Ogos, 2 petang).

Tipu Kanan Tipu Kiri yang berkongsi kisah pasangan suami isteri, Rudy (Christian Sugiono) dan Wulan (Titi Kamal) yang terpaksa menyembunyikan status perkahwinan mereka kerana terikat dengan syarat kontrak syarikat rakamannya yang tidak membenarkan mereka berkahwin. Mereka kemudiannya berpindah ke Malaysia dan ketika itu berlakulah adegan mencuit hati. Berhibur kemudiannya dengan filem klasik kegemilangan Tan Sri P Ramlee, Ahmad Albab yang mengisahkan seorang gembala kambing iaitu Syawal terjumpa harta karun.

Apabila hendak mengambil harta berkenaan, muncullah Jin yang menjaga harta itu lalu memberitahunya yang harta itu adalah kepunyaan Ahmad Albab. Syawal sangat bingung memikirkan siapakah dia Ahmad Albab? Selain Tan Sri P Ramlee filem ini turut dilakonkan oleh Saloma, AR Tompel, Mariani, Mimi Loma dan Karim Latif.

Cinta U-Turn pula yang dibintangi Awie, Fasha Sandha, Mazlan Pet Pet, Abu Bakar Omar dan Datuk Jalaluddin Hassan mengisahkan kekeliruan identiti antara Faiz dan Hafiz berlaku apabila Datuk Shuib, ayah Hafiz memaksanya mengahwini Juliana, anak sahabatnya, Datuk Jamal.

Sebaliknya Juliana juga tidak menyenangi tindakan keluarganya dan dia mengubah penampilan menjadi gadis kurang disenangi Faiz. Faiz melarikan diri dan bekerja di bengkel selain bersahabat dengan Hafiz.

Teladan kepada yang berhasrat mendirikan rumah tangga dalam usia muda menerusi filem Gila-Gila Pengantin Remaja mengisahkan pada hari perkahwinan Mastura, dia dilarikan Amir ke selatan Thailand. Dari sinilah bermulanya kekecohan dalam filem arahan Aziz M Osman itu.

Dua sekuel filem hebat Transformers dan Transformers 2: Revenge of The Fallen akan menyusul lakonan Shia Labeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Rachael Taylor dan Anthony Anderson. Ia mengisahkan perang robot dari angkasa lepas yang berlaku di bumi kerana merebut benda yang sangat berharga daripada jatuh ke tangan robot jahat.

Filem lain adalah Anak Halal yang mengisahkan kepincangan remaja yang berlaku di tengah kota. Ia bermula dengan Hisham seorang penjenayah dalam keadaan terdesak, menyerahkan bayi lelakinya kepada seorang wanita, Mariam.

Dia kemudiannya ditangkap, dipenjara dan lenyap. Mariam membesarkan bayi berkenaan, Indraputra dalam serba sederhana. Mereka tinggal di kawasan daif dan berjiran dengan Leha yang ada anak perempuannya, Johanna, seorang gadis tomboy yang dalam diam menyukai Putra. Seterusnya mereka berdepan dengan ancaman gangsterism.

Jadi jangan lepaskan peluang pada musim perayaan ini untuk berhibur dengan filem tempatan dan import khas buat anda di TV2.

Pengalaman Sharifah Sofia dihalau dari pusat hiburan

Pelakon Sharifah Sofia melalui pengalaman telah dihalau keluar oleh pemilik sebuah disko di sini kerana kehadirannya ke pusat hiburan berkenaan dalam keadaan berhijab.

Sofia atau nama sebenarnya Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, yang bertudung sejak 1 Julai lalu berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia mahu menghabiskan masa di pusat hiburan yang menjadi aktivitinya selama ini.

“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya.

“Masa itu saya tertanya-tanya kenapa kehadiran saya dipersoalkan kerana saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?” katanya.

Jelasnya, selepas kejadian itu, dia berkongsi pengalaman tersebut dengan para peminat menerusi Twitter miliknya serta membaca buku-buku panduan agama Islam, barulah dia memahami kewajaran untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat tersebut jika mahu berhijrah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun tambah Sofia, penghijrahan yang dilakukannya ini dianggap sebagai melengkapi tuntutan syarak yang wajib dilakukan seseorang wanita Muslimah.

Kata Sofia, dia mula mendalami Islam sejak mengandung anak sulungnya iaitu Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah melalui pembacaan buku dan juga mendapatkan panduan di Internet.


"Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini 'kosong' tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib.

"Tindakan ini ditambahkan lagi ketika suami menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu dan tibalah masanya untuk saya melakukan tanggungjawab sebagai isteri bagi menjaga nama baiknya.

"Alhamdulillah, kini saya sudah berhijrah. Mungkin inilah masanya untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri," ujarnya.

OST Dejavu Di Kinabalu- Sang Rasa - Adeff - Lirik dan Video

Lirik lagu tema OST Dejavu Di Kinabalu: Sang Rasa - Adeff

Izinkan aku beri petua cinta
bagi semua yang dilanda asmara membara
mulut dan hati selalu bicara beda
selalu….

Izinkan aku bicara apa adanya
bahwa cinta pasti kalah oleh rasa di dada
yang terpenting dari semua yang ada hanyalah
rasa…

Bila rasa itu
ada pasti akan abadi
sampai mati rasa itu ikut
rasa dihati
tak bisa dusta dan didustai
percayalah kepada sang rasa

Bila rasa itu
ada pasti akan abadi
sampai mati rasa itu ikut
rasa dihati
tak bisa dusta dan didustai
percayalah kepada sang rasa

Izinkan aku bicara apa adanya
bahwa cinta pasti kalah oleh rasa di dada
yang terpenting dari semua yang ada hanyalah
rasa

OST Takdir Qismah :Lirik Lagu Diciptanya Hawa - Shanel Shanty James

OST Lagu Tema Takdir Qismah : Lirik Lagu Diciptanya Hawa - Shanel Shanty James

Di kala kau rebah kecewa
Dan lemas di lautan airmata
Hanya dia yang tahu mendakapmu
Membelai jiwa pilu

Di kala dirinya didusta
Hidup perit kerna diduga duga
Tak pernah sinar di matanya pudar
Bibirnya tetap tersenyum...

Di sebalik kelembutannya
Terselit kekuatannya...
Yang tak terbanding jua begitu waja
Diciptanya setiap hawa

Di hatinya adanya kasih
Seluasnya samudera...
Yang tak terbanding jua hujung dasarnya
Itulah cinta dari syurga...

Di kala dirinya didusta...
Hidup perit kerna diduga duga
Tak pernah sinar di matanya pudar
Bibirnya tetap tersenyum
Sembunyi duka...



Download :
CELCOM - 145382
DIGI - 0143850
MAXIS - 246135

Ramadan ke-2 pasangan Ayu Raudhah - Zaquan

Sejak bernikah dengan pemain bola sepak terkenal Zaquan Adha Abd. Radzak, 25, pada Januari tahun lalu, sudah menjadi tradisi buat aktres popular Ayu Raudhah Che Wan, 28, bercuti selama sebulan setiap kali tiba bulan Ramadan.

Bagaimanapun, pada tahun ini ia sedikit berbeza apabila aktres berasal dari Kedah itu bercuti selama dua bulan, sebulan sebelum Ramadan dan sebulan lagi sepanjang Ramadan.

Kata Ayu yang baru dilantik sebagai duta produk Sumber Ayu bersama suaminya, dia memperuntukkan cuti selama dua bulan untuk menghabiskan masa bersama suaminya memandangkan sepanjang tahun dia sibuk di lokasi penggambaran dan suaminya pula sibuk di padang bola.


"Saya memang bercuti sepanjang Ramadan sejak berkahwin kerana selalunya saya sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk teman suami yang juga sangat sibuk.

"Jadi, bulan Ramadan ini sahaja masa untuk saya duduk di rumah, masak dan tunggu suami balik rumah. Zaquan jenis yang tidak suka makan di luar dan lebih suka saya masak, jadi saya jadi suri rumah sepenuhnya selama sebulan sehingga Aidilfitri," ceritanya yang ditemui pada sesi fotografi produk Sumber Ayu bersama suaminya baru-baru ini.

Tutur Ayu, tidak sukar untuk menjaga suaminya terutama soal makan kerana Zaquan bukan jenis lelaki yang cerewet.

"Zaquan makan apa sahaja tetapi mesti ada ayam. Kalau tidak, maknanya tiada lauk baginya, jadi setiap hari saya mesti masak lauk berasaskan ayam," katanya sambil menjeling manja terhadap Zaquan.

Jika Ayu bercuti sebulan, lain pula halnya dengan Zaquan yang menjalani latihan bola sepak seperti biasa. Kata Zaquan yang kini mengganggotai pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia bersama kembarnya Aidil Zafuan, sepanjang bulan Ramadan kali ini dia menjalani latihan pada sebelah malam sahaja.

"Sepanjang Ramadan memang saya berehat daripada sebarang perlawanan, tetapi latihan tetap diteruskan pada sebelah malam sebagai persediaan Piala Malaysia yang akan bermula pada raya ketiga," jelasnya.

Umrah bersama suami

Ayu dan Zaquan yang baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah secara bersama buat kali kedua pada 4 Ogos lalu cukup seronok apabila dapat berpuasa di Mekah.

Kata Ayu, meskipun ini merupakan umrah kali ketiganya dan yang kedua bersama suami, perasaannya hiba dan terharu setiap kali menjejakkan kaki di tanah suci kota Mekah.

"Alhamdulillah, saya pergi menunaikan umrah selama 13 hari bersama suami, kakak Zaquan dan suaminya, semuanya berjalan lancar dan saya mendoakan semua yang terbaik untuk kami sekeluarga.

"Suasana berpuasa di sana memang berbeza, apabila pulang ke Malaysia terasa rindu untuk ke sana semula. Insya-Allah jika diizinkan Allah, saya ingin ke Mekah setiap kali tibanya bulan Ramadan," ujar Ayu.

Tambah Ayu yang pernah mengalami keguguran pada Oktober lalu ketika kehamilan mencecah enam minggu, dia juga tidak ketinggalan berdoa untuk dikurniakan cahaya mata.


AYU dan Zaquan pertama kali digandingkan dalam iklan komersial produk kecantikan wanita, Sari Ayu.

"Saya tidak boleh cakap apa yang saya doakan, memang ada tentang cahaya mata, siapa yang tidak mahu anak, saya cukup suka dengan kanak-kanak tetapi sebagai manusia saya hanya mampu berdoa selebihnya terpulang kepada rezeki Allah," luah Ayu sedikit sayu.

Zaquan turut memberitahu, mereka tidak pernah merancang soal penambahan ahli keluarga kerana percaya kepada ketentuan Allah.

Pernah teruja seperti suami yang lain saat diberitakan tentang kehamilan isteri, namun dia pasrah apabila kegembiraan itu tidak berpanjangan.

"Mungkin belum ada rezeki lagi, sekarang ini saya bermanja dengan anak buah yang ramai," luahnya sambil tersenyum.

Aidilfitri kali ini sedikit berbeza buat Ayu buat pertama kalinya akan meraikan satu Syawal di rumah keluarga mertuanya di Seremban, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Ayu terpaksa mengikut giliran sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

"Tahun lepas sudah beraya di Kedah pada raya pertama, jadi tahun ini tiba giliran beraya di rumah keluarga mertua pula.

"Berdebar-debar juga sebab ini kali pertama tetapi dalam masa yang sama seronok dapat melihat perbezaan raya antara keluarga saya dan keluarga mertua. Biasanya kami akan bergotong-royong menyediakan juadah," ujarnya.

Walaupun meraikan Aidilfitri di rumah keluarga mertua, persiapan tetap dilakukan seperti biasa, malah Ayu awal-awal lagi sebelum Ramadan sudah menempah lima pasang baju sedondon bersama suaminya.

Meskipun sibuk, kata Ayu suaminya sempat membantunya membuat kuih raya terutamanya tart nanas dan biskut yang menjadi kegemaran Ayu.

"Memang saya ada tolong dia buat kuih raya tahun lepas dan buktinya kuih itu masih tersimpan di dalam balang untuk dimakan sehingga ke tahun ini. Mungkin kuih tahun ini juga akan dibawa sehingga ke tahun depan sebab yang makan hanya kami berdua sahaja," kata Zaquan sambil disambut hilai tawa Ayu.

Kebiasaannya orang akan bercuti panjang ketika Aidilfitri tetapi Zaquan sudah menjalani latihan bola sepak pada hari raya kedua.

Ini kerana pada hari raya ketiga, Zaquan akan menyertai barisan pemain Angkatan Tentera Malaysia dalam perlawanan menentang Kedah bersempena kejohanan Piala Malaysia.

"Jadi, saya akan terbang ke Kedah pada hari raya ketiga bersama Zaquan, sambil dia bekerja, saya akan beraya sekali dengan keluarga saya di Alor Setar.

"Biasanya keluarga Ayu akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga, rumah saya sendiri belum tentu lagi bergantung kepada jadual kerana selepas cuti raya saya akan kembali sibuk di set penggambaran," luah Ayu yang akan muncul dengan dua buah drama raya iaitu Fajar Syawal dan Raya Yang Paling Raya yang akan bersiaran di RTM. ~ Kosmo
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact