Biodata Profil Karl Shafek

Biodata Profil Karl Shafek



Nama sebenar: Khairul Shafek Ibrahim
Nama komersial: Karl Shafek
Kerjaya: Pengacara, pelakon, model iklan
Umur: 32 tahun (2012)
Asal: Pekan, Pahang
Pendidikan:  Diploma Multimedia TV3
Adik-beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
Karier sebelum popular: Pramugara Penerbangan Malaysia (MAS)
Program: Hits1(RTM), Hip TV, Chopp! (TV9), Tiga Hari Dua Malam (3H2M), Diari On Air
Drama/Telefilem: Boona Booni, Aalia, Anakku Artis, Hotel Mania (TV3),Tekno Fobia, Lemang Sebatang
Program realiti: Masterchef Selebriti
Filem:  Zaiton Ceritaku
Teater: 1 Plastik Hitam


Gambar Karl Shafek

Biodata Profil Karl Shafek


Trivia Karl Shafek


Insan ingin ditemui: Ryan Seacrest dan Jason Mraz

Buku sedang dibaca: One Summer (David Baldacchi)

Gajet yang digunakan: iPhone, iPad2 dan Nikon D5100

Kereta impian: BMW X6

Sinopsis drama Renungan Ajal, Astro Oasis

Sinopsis Renungan Ajal

Renungan Ajal berkisar tentang Yusof (Hafidzuddin Fadzil), seorang lelaki yang warak dan sentiasa beramal soleh sesuai dengan tugasnya sebagai seorang guru agama berpangkat Mejar di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Dia mempunyai didikan dan pelajaran sempurna di dalam agama Islam. Tugas Mejar Yusof sememangnya mencabar setiap ruang minda dan kesabarannya. Keazamannya untuk mendidik anak bangsa seagama itulah yang menguatkan semangat beliau untuk menerima segala cabaran.

Setiap sesuatu yang dilakukan oleh Yusof adalah dengan penuh hikmah dan sabar. Sebagai seorang suami dan bapa, dia seorang yang bertanggungjawab dan amat menyayangi isterinya, Umie (Marisa Yasmin) dan anaknya, Ain (Sari Yanti).

Biarpun tegas di sebalik kariernya sebagai pegawai tentera, dia sentiasa beralah dengan pujukan terutama isterinya kerana kasih sayang. Namun, dia sedaya upaya mendidik anak dan isteri dengan memberikan tunjuk ajar ke arah kehidupan yang diredai Allah.

Dia dihormati di kalangan jiran tetangga dan menjadi rujukan penduduk setempat. Ketika bertugas pula, dia mentarbiah dan mendidik anggota-anggota tentera yang datang dari pelbagai latar belakang pendidikan agama, karakter dan kerenah.

Kerana tanggungjawabnya, dia dianggap seperti seorang bapa kepada tentera di bawah penyeliaannya, tidak kira yang berbangsa Melayu, Cina atau India atau daripada apa jua suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Beberapa anggota yang rapat dengan Yusof ialah Sarjan Damit (Buzen), Sarjan Chong, Koperal Devan, Koperal Kassim, Prebet Luqman. Kerenah dan gelagat mereka memeningkan kepala Yusof dengan segala macam konflik yang ditimbulkan mereka.

Segala-galanya berubah apabila dia dianugerahkan oleh Allah SWT dengan tanda kematian di mana tanda yang pertama bermula pada suatu hari selepas beliau mendirikan solat Asar, iaitu tanda kematian yang akan terjadi di dalam 100 hari.

Tanda waktu 100 hari usia yang tersisa sebelum pergi mengadap Allah buat selama-lamanya meletakkan jiwanya di dalam keadaan berbelah bagi.

Sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, warak dan sentiasa beramal soleh serta berusaha mendekatkan diri kepada Penciptanya, sudah tentu kerinduan untuk mengadap Allah dan Rasulullah sentiasa ada, tetapi pada masa yang sama beliau juga seorang suami dan ayah yang amat menyayangi keluarga.

Kebingungan yang dialami oleh Yusof membawa dia merujuk kepada gurunya, Tuan Haji Bakhtiar. Dengan waktu 100 hari yang tersisa itu, dia menanti dengan penuh gusar akan tanda-tanda yang seterusnya pada 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari.

Saksikan drama menarik ini untuk mengetahui kesudahannya. Turut berlakon ialah Khairil Anwar, Azrul Hizar, Nasrul Anuar, Zulaika AF, Norlia Ghani, Tamam Idris, Kuna dan Nurzahira Natasha.

Info drama Renungan Ajal


Telefilem Renungan Ajal terbitan Global Network Entertainment Sdn Bhd.

Daripada karya Nasharuddin Mohd Nasir, telefilem arahan Haris Kadir daripada idea asal Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini mengisahkan mengenai tarikh kematian yang telah diketahui akan tiba.

Bukan disebabkan hukuman mati oleh mahkamah kerana jenayah yang dilakukan, tetapi anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya yang terpilih berdasarkan amalan-amalan soleh dan ketakwaan masing-masing.

Bersandarkan hukum logik, tanda-tanda kematian mengikut pandangan ulamak adalah benar dan wujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita saja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Penerbitnya, Zaharudin Abd Wahab atau Den Wahab berkata, Renungan Ajal yang akan menemui peminat menerusi saluran Astro Oasis pada 29 Julai ini, jam 10.30 malam berkonsepkan sebuah drama keluarga tentera yang berunsur Islam.

"Kami menghasilkan drama ini dengan pelbagai tujuan iaitu untuk memberi hiburan yang membina sahsiah para penonton, mendedahkan aktiviti keagamaan di dalam Angkatan Tentera Malaysia, khususnya tentera darat dan menyebarkan dakwah secara tidak langsung.

"Selain itu, ia juga bermaksud memberi kefahaman mengenai konsep amal maaruf nahi mungkar dan memberi keinsafan kepada mereka yang tersasar dan semoga menemui jalan kembali kepada-Nya.

"Semua cerita ini digarap dengan menarik agar menimbulkan kesan kepada penonton. Pelbagai karakter yang dekat dengan masyarakat ditampilkan dan saya percaya selain berhibur, penonton akan dapat mengambil pengajaran yang diselitkan di dalamnya," katanya.



Namewee hasil filem semangat Malaysia

"Saya bukan suka mencipta kontroversi dan saya tidak rasa saya melakukan perkara negatif. Apa yang timbul selama ini mungkin kerana masyarakat salah faham terhadap karya saya," tegas pengarah sensasi, Weng Mee Chee atau Namewee. Menurut pemuda ini, sebagai pengarah, dia berusaha menghasilkan filem yang hakikatnya menyentuh budaya dan semangat Malaysia. "Bagi saya, bahasa tidak penting dalam sesebuah filem. Paling utama ialah paparan budaya masyarakat dan semangat perpaduan itu sendiri. Itulah sebabnya filem saya memaparkan pelbagai bahasa kerana ia boleh dituturkan oleh sesiapa saja, tetapi tidak pada budaya," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem terbarunya, Hantu Gangster. Tahun lalu, pengarah muda ini menghasilkan filem pertamanya, Nasi Lemak 2.0, yang mencatat pungutan kasar kirakira RM7 juta. Namewee yang pernah menambat hati juri di Osaka, Jepun, dengan memenangi anugerah Pengarah Muda Terbaik Asia, berkata setiap filem arahannya ialah paparan realiti masyarakat menerusi budaya, penyatuan kaum dan semangat cintakan negara. "Untuk filem ini, saya mendapat idea daripada datuk yang tinggal di Muar, Johor. Di sana, dia membuka kedai kopi. Walaupun berbangsa Cina, dia turut menjual makanan untuk masyarakat Melayu dan kedainya dikunjungi pelbagai bangsa. "Dia juga menjelaskan kepada saya, generasi lalu menjadi gangster untuk membantu antara satu sama lain, tetapi generasi kini sudah salah menggunakan maksud itu," katanya. Namewee juga memberitahu, gangster dalam filemnya itu sekadar tajuk, sedangkan isinya lebih kepada mesej menyentuh soal perpaduan bangsa dan budaya. "Sebenarnya, ketika menghasilkan filem, saya langsung tidak terfikir untuk menarik bangsa apa untuk menontonnya di pawagam. Matlamat saya hanyalah menghasilkan filem Malaysia. "Saya lihat, filem di negara ini suka meniru jalan cerita filem Inggeris. Saya tidak suka melihat perkara ini terus terjadi. Justeru, filem saya ialah paparan masyarakat kita, sehingga lagunya juga lagu Malaysia," katanya yang juga seorang pemuzik. Sementara itu, pada sesi sidang media selepas tayangan, pengarah ini sekali lagi dilihat agak lantang bersuara sebaik saja ditanya mengenai pemilihan Klang sebagai lokasi penggambaran. "Ini juga bukan kontroversi. Saya bukan ahli politik, sebaliknya karyawan seni. Jadi sudut pandang saya ialah seni semata-mata. "Ketika menulis skrip, saya sudah membayangkan lokasi ini sebagai kawasan samseng yang sesuai. Saya mahu betul-betul jujur dalam berkarya," katanya. Namewee juga menegaskan, dia belum mencapai kepuasan sepenuhnya ketika mengarahkan filem lakonannya itu. Selain dirinya turut ditampilkan ialah Farid Kamil, Diana Danielle, Amber Chia, Mizz Nina, Taiyuddin Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk David Arumugam. Filem yang menelan belanja sekitar RM2 juta itu akan ditayangkan pada 9 Ogos nanti. "Kepuasannya mungkin pada kadar 65 peratus. Bakinya adalah kekurangan dari segi lakonan dan pengalaman saya sendiri sebagai pengarah apabila terlepas pandang beberapa perkara. Selepas ini saya akan berusaha menghasilkan filem yang lebih baik," katanya. Semangat muhibah Sebuah persembahan aksi lawak yang cukup menggeletek jiwa, Hantu Gangster pada hakikatnya filem yang penuh dengan unsur satira. Filem yang menggunakan bahasa Melayu, Mandarin, Hokkien dan Tamil ini juga cukup berkesan dari segi lakonan. Pelakon seperti Farid memberikan lakonan cukup berbeza, sebagai penjahat yang tidak begitu kelihatan sisi hitamnya. Begitu juga dengan Diana, yang tampak sesuai menjayakan watak komedi. Seperti biasa, lakonan Taiyuddin tidak pernah menghampakan. Kali ini dia muncul dengan lawak lebih segar, menjadikan filem ini tambah menarik. Berlatar belakang tahun 90-an, ia mengisahkan perbalahan antara tiga kaum. Elemen mistik, iaitu hantu, diserapkan secara bersahaja bagi memaparkan sentuhan budaya negara kita. Kelebihan filem ini bagaimanapun terletak pada permuafakatan dan semangat muhibah ditonjolkan menerusi dialog dan keseluruhan jalan cerita. Ringkasnya, ia bercerita mengenai Te Sai, bapa seorang anak berusia 12 tahun yang hidup melarat. Akibat terdesak, pada satu upacara pengebumian, dia mencuri sebentuk cincin milik si mati yang dihantui tiga roh ketua samseng. Roh terbabit meminta bantuannya dalam menghentikan sengketa anak mereka. Hantu Gangster * Genre: Aksi, Komedi * Pengarah: Namewee * Pelakon: Namewee, Farid Kamil, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Mizz Nina, Amber Chia, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk David Arumugam * Tayangan: Mulai 9 Ogos 2012 * Kos: RM2 juta * Terbitan: Prodigee Media Entertainment

Filem Jalan Pintas ke Festival Filem Antarabangsa


Filem Jalan Pintas bertema realistik drama kehidupan sosial yang diarahkan pelakon dan aktivis teater, Nam Ron dijemput untuk mengadakan tayangan perdana antarabangsanya bersempena dengan Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon (Pifan) ke-16 yang berprestij sejak 19 hingga 29 Julai ini.

Menurut Nam Ron yang sebelum ini pernah membintangi filem Gubra dan drama Sanggul Beracun, Jalan Pintas sebuah naskhah yang berbeza dan mencerminkan kelainan berbanding filem arus perdana yang sering dipertontonkan.

"Realiti dan kehidupan sebenar adalah elemen yang cuba kami terjemahkan menerusi filem ini. Menerusi konsep dan pengarahannya, Jalan Pintas mampu menyerlahkan bakat dan pesona kesemua barisan pelakonnya dalam menghidupkan setiap watak yang diberikan. Apa yang dipaparkan adalah lain dan sukar untuk dilihat dalam mana-mana filem arus perdana," katanya.

Jalan Pintas ditulis Ayam Fared dan dipaparkan di dalam seksyen Vision Express. Selari dengan objektif penganjuran Pifan yang bermula pada tahun 1997 bagi simbol kepada bandar Bucheon yang dikenali sebagai pusat budaya yang menggabungkan animasi, kartun, permainan dan filem, filem yang diterbitkan Rumah Anak Teater ini dilihat naskhah terbaik sentuhan anak tempatan.

Meletak nama besar sebagai sandaran pelakonnya termasuk Sharifah Amani, Beto Kusyairy, Bront Palarae dan Auf Razak, filem ini mengisahkan perjalanan Bakar, seorang graduan jurusan kejuruteraan yang juga memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki sulung dalam keluarganya.

Bakar berdepan dengan komitmen dalam membantu keluarga terutamanya ibu dan adik perempuannya selepas ketiadaan ayah dan desakan itu membuatkan anak muda ini berhijrah ke Kuala Lumpur dari kampung halamannya untuk mencari penyelesaiannya.

Meskipun sinopsis filem ini ringkas dan perjalanannya tampak bersahaja, Jalan Pintas sebenarnya menyelongkar di sebalik Bakar yang luarannya hanya pemuda biasa namun dengan menelusuri perjalanannya dari pagi hinggalah ke petang dalam percubaannya mencari pekerjaan, Bakar adalah mangsa delusi Kuala Lumpur yang terperangkap antara harapan dan beban hingga akhirnya angan-angan dan impiannya berubah menjadi dendam.

Sementara itu, Faisal Mustaffa selaku penerbit menambah yang kesemua tenaga produksi bersyukur dengan peluang yang diberikan untuk meletak Jalan Pintas jauh ke depan.

"Saya bersyukur kerana filem ini diterima di peringkat antarabangsa sungguhpun ia adalah filem pertama terbitan saya dan Rumah Anak Teater. Saya juga berharap agar filem ini dapat diterima oleh penonton tempatan sekiranya ia ditayangkan di pawagam kelak," katanya yang turut mengakui Jalan Pintas bakal ditayangkan di Festival Filem Torino, Itali tidak lama lagi.

Album Kerohanian 6ixth Sense : Tentang Kita


Kumpulan 6ixth Sense mengangkat tema kemanusiaan dan kerohanian dalam album terbaru mereka berjudul 'Tentang Kita' sempena bulan suci, Ramadan.

Berhasrat menumpukan kepada elemen kemanusiaan dan ketuhanan, vokalisnya, Adi berkata, lagu-lagu yang terdapat dalam album tersebut berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian.

“Sebelum ini kami ada juga menonjolkan lagu kemanusiaan dan juga kecintaan kepada Tuhan. Namun, album kali ini kesemua lagu dibuat mengangkat nilai kemanusiaan dan kerohanian. Pelancaran album juga mengambil keberkatan Ramadan tahun ini,” katanya.


Single terbaru kumpulan ini berjudul 'Altar Cinta' ciptaan sepenuhnya oleh Adi telah diperdengarkan di semua stesen radio utama sejak 18 Julai lalu.

Terdapat enam lagu yang terkandung dalam album ini yang menggabungkan hasil tenaga kerja profesional. Antara lagu yang dimuatkan adalah  lagu diberi nafas baru yang pernah dipopularkan kumpulan nasyid tempatan iaitu 'Damai Yang Hilang' oleh Nowseeheart dan 'Rasulullah' oleh Hijjaz, selain tiga lagu lain iaitu 'Ayah Dan Ibu', 'Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat)', 'Penerang Hati' dan 'Altar Cinta'.

Hati sudah tepu untuk terus meratap - Rita Rudaini


Rita Rudaini kelihatan begitu kental menghadapi segala dugaan yang hadir dalam hidupnya. Tak kurang juga yang anggap Rita berpura-pura kelihatan tabah, sedangkan realitinya beban pergolakan rumah tangga begitu menghiris dirinya.

Bagi Rita Rudaini Mokhtar, bahagia yang dipaparkan bukannya satu lakonan.

Wajah tenang, tabah dan sesekali tersenyum mesra ketika muncul di mahkamah, adalah gambaran sebenar dari perasaannya sendiri, bukan olok-olok.

Tidak mahu berlakon mengenai perasaan, secara jujur Rita memberitahu bahawa dia lebih bahagia dalam keadaan sekarang.

"Hati saya sebenarnya sudah tepu untuk terus meratap. Hari ini, masalah rumah tangga yang kekal bergolak semenjak tahun lalu, tidak sedikitpun memberi beban perasaan kepada diri saya.

"Sebaliknya, di sebalik segala dugaan ini, Allah menghadiahkan saya dengan bahagia yang sangat hebat," kata Rita.

Menurut pelakon jelita ini, beberapa hikmah besar berlaku kepada dirinya sepanjang tempoh krisis rumah tangga berlaku. Jika selama berkahwin dia langsung tidak ambil peduli tentang diri sendiri, sekarang keadaan berubah. Dia berasa semakin kasih dan sayang kepada dirinya sendiri.

Rita Rudaini dan anak-anak
"Waktu yang ada saya gunakan dengan lebih baik untuk diri sendiri. Banyak yang saya buat untuk 'memanjakan' diri sendiri, selain dengan anak-anak," katanya.

Menurut Rita ketenangan menghadapi segala permasalahan ini kadang-kala menimbulkan kesangsian ahli keluarganya yang lain.

Mungkin wajah tanpa reaksi sewaktu hadir ke mahkamah juga menyebabkan banyak teman bertanya, bagaimana dia boleh setabah itu.

"Menghadapi waktu sukar dengan hati yang tenang, merupakan antara bahagia yang saya kecapi kini.

"Malah ada di antara keluarga menyoalkan perasaan saya ketika hadir ke mahkamah, namun secara jujurnya hari-hari yang memerlukan saya hadir ke mahkamah sedikitpun tidak mencuit rasa sedih atau pilu saya," katanya tenang.

Menolak untuk menyatakan dia tidak berusaha menyelamatkan rumah tangga sendiri, menurut Rita pemergian ke tanah suci Mekah baru-baru ini memberi peluang untuk dia lebih banyak mengadu soal rumah tangganya kepada Yang Maha Esa.

"Saya ada berdoa, jika benar suami merupakan yang terbaik untuk keluarga kami, maka dekatlah dia semula.

"Selain berdoa, saya juga sudah usaha untuk membahagiakan semula rumah tangga kami sebelum ini. Dan sekarang, saya serahkan kepada Allah SWT untuk apa juga takdir kehidupan kami," katanya yakin.

Menurut Rita, sebagai seorang manusia biasa dia tahu kuasa agak terbatas untuk mengawal nasibnya di kemudian hari. Sama ada bercerai atau tidak dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak, segalanya masih samar untuk ditelah.

Dengan itu, usahanya kini hanya untuk menyelamatkan dirinya dan anak-anak dari dihimpit masalah kewangan.

"Saya kembali aktif berlakon bukan hanya untuk mencari populariti tetapi inilah punca rezeki. Ditambah tanpa suami, saya tahu saya perlu lebih kuat bekerja demi menyara anak-anak sendirian," katanya.

Tahu bukan selamanya bidang lakonan ini mampu menjadi periuk nasinya, Rita bakal menjengah ke dalam bidang perniagaan pula tidak lama lagi.

"Perancangannya sudah ada, sudah bermula pun. Tetapi masih awal untuk saya beritahu orang lain.

"Cukup kalau saya katakan perancangannya sudah ada. Malah melihat sendiri apa yang terjadi, kini saya tahu sebagai wanita kita perlu berfikiran lebih jauh demi masa depan.

"Buat masa ini saya masih lagi belajar dengan beberapa orang rakan lama. Seperti Rosyam Nor, melihat sendiri kejayaan dia kini, saya juga mahu menjadi sepertinya suatu hari nanti," katanya yang akan turut berlakon di samping Rosyam Nor di dalam filem Balistik.

Dicuit soal anak-anaknya yang menjadi nadi utama kehidupannya, kasih Rita terhadap dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin,3 dan Airit Rafiqa Arjuna,1, menjadikan dia seorang yang lebih bertanggungjawab. Dia tidak pernah berasa sendirian, diari kehidupan sentiasa sarat dengan agenda kerjaya dan peribadi.

"Syukurlah kedua-dua anak lebih rapat dengan saya. Jadi ia tidak menyukarkan mereka untuk memahami mengapa ayah mereka tidak bersama kami.

"Saya tidak mempunyai pembantu rumah. Kami cuma ada seorang penjaga yang akan datang setiap kali saya bekerja di luar. Selalunya paling lambat saya akan pulang kerumah adalah jam 10 malam.

"Dan jika saya terpaksa bekerja di luar, saya akan pastikan kedua mereka mengikut saya ke mana sahaja," katanya.

Sofia Vergara, dalam top Forbes

Sofia Vergara, pelakon dari Columbia telah berjaya tersenarai sebagai aktres televisyen yang mendapat pendapatan paling lumayan dalam senarai Forbes. Vergara telah memperolehi pendapatan sejumlah RM59.9 juta dalam tempoh setahun.

Sofia Vergara

Pendapatan Vergara diperolehi daripada peranannya sebagai bintang utama sitkom popular 'Modern Family' yang telah berjaya menambat hati penonton bangsa Hispanic dan juga Amerika.

Sofia Vergara mendapat pendapatan sampingan dengan memiliki butik pakaian sendiri, iaitu Sofia yang boleh didapati di kedai Kmart, di samping menjadi model bagi banyak jenama terkenal seperti Cover Girl, Pepsi dan Burger King. Dengan berada di tangga pertama dalam senarai Forbes telah membolehkannya mengatasi Kim Kardashian yang memperoleh pendapatan sebanyak RM56.8 juta, hampir keseluruhan pendapatannya diperoleh menerusi siri rancangan realiti 'Keeping Up With The Kardashians'.

Khloe hamil anak kembar, keluarga Kardashian bertambah meriah

Khloe dan suaminya, Lamar Odom terpaksa terima berita Khloe hamil anak kembar cepat tersebar. Mereka mulanya mahu merahsiakan dan tak mahu mengumumkan berita gembira itu terlalu awal.

 "Mereka pada mulanya mahu merahsiakan berita gembira itu kerana mahu semua pihak memberi perhatian kepada majlis perkahwinan Kim yang akan menyusul tidak lama lagi.


"Justeru mereka hanya memberitahu berita gembira itu kepada keluarga terdekat sahaja. Namun mereka terpaksa akur apabila berita itu tersebar meluas dan mereka amat teruja menanti kelahiran cahaya mata kembar itu," ujar sumber terdekat pasangan ini. 

 Pengakuan sumber tersebut sekali gus, mengiakan berita perkahwinan Kim dan Kanye West yang dijangka berlangsung Ogos depan.

 Nampaknya semakin meriah keluarga Kardashian selepas ini....

Adeline Tsen semakin menyerlah

Adeline Tsen nampaknya semakin menyerlah dan hampir mencapai impiannya. Tak pernah terdetik untuk memijak dunia lakon layar, pemilik nama penuh Adeline Anthony Primus Tsen, 26, ini sebaliknya menyimpan cita-cita besar menjadi penyanyi terkenal sejak zaman kanak-kanak. Namun rezekinya nyata memihak kepada bidang lakonan apabila berjaya dikesan beberapa produser dan kini cukup serasi dalam lapangan ini.
Bagaimanapun, anak jati Kota Belud, Sabah ini bertuah, dia beruntung mempunyai perwatakan yang cukup mesra serta berada di lingkungan rakan-rakan industri menyebabkan tidak sukar buatnya mengembangkan bakat nyanyian. Yang pasti, Adeline tidak lagi bermimpi pada saat ini kerana tidak lama lagi, gelaran penyanyi bakal menghiasi profil kerjaya seninya.

Jelas daripada butiran mengenai perancangan yang sudah diatur untuk kerjaya seninya, Adeline ternyata bukan suka-suka menceburi bidang ini. Dia ada matlamat tersendiri dan tidak akan pernah berputus-asa selagi ruang masih terbuka luas buatnya bernafas dalam lapangan ini. Terbaru, selama empat tahun menanti, gadis ini akan merealisasikan impiannya untuk bergelar penyanyi pula.

"Buat sesiapa yang kenal saya sebelum saya menceburi bidang lakonan, mereka akan tahu betapa seriusnya saya meminati bidang nyanyian. Memang inilah minat saya yang sebenarnya sejak dari kecil lagi namun tidak sangka tawaran berlakon datang lebih dulu. Meskipun, bermula saat itu saya mula sibuk dengan penggambaran namun tidak sesekali terlintas untuk mematikan impian menghasilkan lagu sendiri.

"Bagaimanapun, apa yang menjadi penghalang adalah apabila saya belum lagi berjumpa dengan genre paling sesuai untuk vokal saya. Jadi, saya tidak membuang masa dan bertanya dengan rakan-rakan penyanyi yang rapat mengenai nyanyian saya. Syukurlah, mereka sangat membantu dan mengatakan suara saya sesuai dengan genre R & B dan soul.

"Maka, proses mencari lagu yang paling sesuai pun bermula sejurus selepas itu. Agak lama juga mencari, akhirnya saya berjumpa dengan lagu yang sangat sesuai dengan jiwa saya. Mengisahkan percintaan jarak jauh, saya beruntung dapat bekerja dengan komposer lagu berkenaan, Rudy Halim yang sangat berbakat serta penulis liriknya, Mable Lew.


"Single yang akan dilancarkan pada November depan itu nanti berjudul Kau Bagiku dan konsep lagu itu saya tentukan sepenuhnya mengikut kesesuaian vokal saya. Istimewanya, lagu ini juga bakal menjadi lagu tema kepada sebuah drama yang juga berkisar percintaan jarak jauh lakonan saya nanti," kata Graduan bidang Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu.

Biarpun ramai yang mungkin belum tahu kehebatan nyanyian pelakon siri muzikal Hotel Mania ini, hakikatnya, Adeline sering mendapat undangan untuk membuat persembahan pentas bersama artis terkenal lain. Antaranya, baru-baru ini, Adeline tidak terkecuali mengisi slot persembahan di beberapa pentas di Hari Belia 2012 yang berlangsung di Putrajaya.

Namun melangkah setapak lagi dalam bidang lain bukan bermaksud gadis ini akan sedikit-sedikit mula meninggalkan kerjaya lakonannya. Akuinya, pada saat ini, lakonan masih keutamaan kerana di situlah periuk nasinya yang sebenar.

Apatah lagi kini namanya sudah mula menjadi sebutan sejak terbabit dalam siri Mana Hilangnya Juwita. Baginya, dia tidak pernah menyangka akan disenaraikan bersama pelakon-pelakon handalan termasuklah primadona Melayu, Erra Fazira.

"Ini memang benar-benar peluang keemasan yang sukar untuk saya gambarkan kerana akhirnya dapat bergandingan dengan Erra. Memang sangat gementar untuk bertegur-sapa dengannya apalagi dia sudah lama dalam bidang ini tapi walaupun sudah berada dalam kelas tersendiri, Erra tak pernah pun berlagak.

"Dia tidak sombong dan setiap kali bersembang dengannya, dia tidak kedekut untuk berkongsi pelbagai petua lakonan mahupun resipi kejayaannya sehingga ke hari ini. Saya akan sentiasa ingat pesannya iaitu apabila berada di atas suatu hari nanti, jangan jadi sombong kerana kita semua manusia biasa. Macam-macam boleh jadi," katanya.

Menyusul selepas ini pula, Adeline bakal pulang ke Sabah bersama beberapa pelakon termasuklah Sabhi Sadhi, Aiman Mentor, Nera AF, Fauziah Nawi, Seha dan Tony Eusoff untuk menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Cinta Antara Laut Cina Selatan.

Menceritakan perkembangan lain, pelakon 'versatile' ini juga tidak ketinggalan melebarkan sayapnya untuk turut mencuba bidang pengacaraan.

"Sekarang ini, saya hanya menanti siaran sebuah rancangan mengenai kesihatan dan kecantikan iaitu Rias Jelita yang bakal ke udara tidak lama lagi di TV2. Sebenarnya, sengit juga persaingan sebelum terpilih mengemudikan rancangan berkenaan kerana saya perlu bersaingan dengan seorang lagi peserta.

"Syukurlah, produser yakin dengan kebolehan saya dan banyak memberi tunjuk ajar memandangkan saya masih baru. Banyak juga perkara yang saya tidak tahu dan kena pelajari. Memang sukar pada awalnya, namun kini saya sudah semakin serasi.

"Saya menyedari bidang pengacaraan juga cukup sesuai pada jiwa saya dan selepas ini berharap tawaran yang lebih besar akan datang pula. Sebenarnya, saya sudah pernah ditawarkan menjadi hos kepada satu rancangan popular seluruh dunia tidak lama dulu, namun terpaksa melepaskannya kerana jadual tidak mengizinkan," ujarnya lagi yang menyimpan hajat untuk mengacarakan rancangan berbentuk 'travelog' pula suatu hari nanti.

Sinopsis filem ParaNorman (komedi animasi)

Sinopsis filem ParaNorman
ParaNorman merupakan filem komedi thriller yang mengisahkan sebuah pekan kecl diserang sekumpulan zombi yang hanya mampu berinteraksi dengan seorang budak lelaki iaitu Norman.

Untuk menyelamatkan pekannya daripada musnah, Norman mengumpulkan makhluk lain seperti hantu, ahli sihir dan orang gila di pekannya.

Bersama mereka bersatu padu menentang walaupun pada peringkat awal Norman terpaksa berdepan ejekan gila kerana suka bercakap dengan hantu.

Trailer Video Paranorman



FILEM: ParaNorman
ARAHAN: Chris Butler dan Sam Fell
PELAKON: Casey Affleck, Leslie Mann, Anna Kendrick, Christopher Charles Mintz-Plasse, Casey Affleck dan Kodi Smit-McPhee
GENRE: Komedi animasi
TAYANGAN: 16 Ogos 2012

Sinopsis filem Leftwings lakonan Aweera

Sinopsis filem Leftwings

Leftwings merupakan sebuah filem muzikal yang mengisahkan kehidupan empat anak muda (Ray, Dino, Rizal, Shah) yang telah menubuhkan sebuah band rock indie dengan menjadikan band rock WINGS sebagai idola mereka. Mereka bercita-cita ingin memperjuangkan jalur muzik Rock dan juga cuba mencipta nama di dalam industri mainstream.

Mereka juga memasang impian ingin menjadi pelapis kepada band pujaan mereka, WINGS dengan menamakan band mereka sebagai LEFTWINGS, iaitu band 'sayap kiri' kepada WINGS. Di samping itu, mereka juga menghadapi rintangan di dalam kehidupan peribadi mereka, konflik dalaman serta masalah cinta yang akan mempengaruhi hala tuju band mereka.

Dapatkah keempat-empat anak muda ini mengekalkan perjuangan band mereka disebalik konflik yang dihadapi oleh mereka?

Laman web Leftwings: http://leftwings2011.blogspot.com/





PELAKON: Aweera, Zouladeq, Wan Zaimie, Paly Rockstars, Ebi Kornelis dan Shiqin Kamal
ARAHAN: Faisal Chal Ahmad
GENRE: Muzikal
TAYANGAN: 30 Ogos 2012

Sinopsis Jidin Puasa Lagi (Cerekarama TV3)


Sinopsis Jidin Puasa Lagi

Kedatangan Ramadan sering kali menerbitkan rasa gembira kepada Jidin yang berusia 10 tahun dan ahli keluarganya termasuk ibu, kakak dan abangnya.

Mereka sekeluarga menganggap bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh dengan keuntungan dan kemewahan. Bagi Jidin, dia mempunyai tiga sebab mengapa dia menantikan Ramadan.

Pertama, Jidin akan mendapat upah RM 5 setiap kali dia dapat menghabiskan puasanya.

Kedua, dia dapat menikmati juadah yang disukai untuk berbuka puasa.

Ketiga, dia pastinya akan mendapat baju dan kasut raya. Bahkan, Jidin turut menyediakan pelan ‘B’ jika dia tidak dapat menghabiskan puasa.

Satu hari, Jidin telah ditangkap oleh Pak Ali, tukang sapu sekolahnya kerana mencuri makanan di belakang stor sekolah. Jidin merayu kepada Pak Ali supaya tidak memberitahu ibunya dan sedia menjalani hukuman dimana dia akan datang awal pagi untuk membantu Pak Ali menyapu sampah sebelum kelas bermula.  Sejak itu, Jidin dan Pak Ali menjadi rapat. Jidin banyak mempelajari perkara tentang hikmah bulan Ramadan daripada Pak Ali. Jidin mula berubah dan berdakwah secara halus memujuk ahli keluarganya untuk mengejarkan solat tawarih di surau setiap malam. Berjayakah Jidin?

Pelakon: Ahmad Daniel, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Syera Ayob, Izzue Islam, Harun Salim Bachik

CEREKARAMA RAMADAN: Jidin Puasa Lagi, 4 Ogos, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm

Pengarah: Azma Rizal Yusof
Penulis Skrip: Shida Zali
Penerbit: Radius One Sdn. Bhd

Sinopsis Pengawal Hatiku (Cerekarama TV3) lakonan Tasha Shilla



Sinopsis Pengawal Hatiku

Liza teruja untuk bekerja di ibu kota apabila kawan baiknya, Nita berjaya mendapatkan pekerjaan untuknya. Bapa Liza, Pak Dollah pada awalnya berat hati ingin membenarkan Liza berjauhan dengannya. Namun setelah dipujuk oleh Liza dan kasihan terhadapnya Pak Dollah akhirnya bersetuju. Harapan Liza meleset setelah diberitahu oleh Nita yang dia akan bekerja sebagai pengawal keselamatan. Liza terpaksa bersetuju kerana malu mahu pulang ke kampung.

Sebenarnya Nita mempunyai strategi kerana sudah 3 tahun dia tidak dapat pulang berhari raya. Kali ini dia akan meminta Liza bertugas supaya dia dapat bercuti. Liza terpaksa akur dan ditugaskan untuk mengawal sebuah banglo milik ahli perniagaan sehari sebelum raya sehingga raya ketiga.

Malam raya itu Liza meraung kesedihan ketika berbual dengan ayahnya. Tiba-tiba Liza terdengar bunyi yang mencurigakan dan mendapati ada dua orang perompak pecah masuk. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon: Tasha Shilla, Noorkhiriah, Shahrizal Jaszle, Dato’ Rahim Razali, Zain Saidin, Fahrin Ahmad, Hairi Safwan

Pengarah: Murali Abdullah

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

CEREKARAMA RAMADAN: Pengawal Hatiku, 11 Ogos, 10.00 mlm– 12.00 tghmlm

Ariel Peterpan akhirnya dibebas dari penjara dengan bersyarat

Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham akhirnya dibebaskan dari penjara pada hari ketiga umat Islam menyambut Ramadan semalam selepas bergelar banduan selama dua tahun akibat penglibatannya dalam kes pengedaran video lucah.

Pembebasan penyanyi berusia 31 tahun itu dari penjara Kebon Waru di sini pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) itu diputuskan selepas Ariel berkelakuan baik sepanjang dipenjarakan bermula 31 Januari tahun lalu serta selepas dia membayar denda sebanyak Rupiah 250 juta (RM84,000).


Pembebasan Ariel itu bagaimanapun secara bersyarat dengan peringatan dia tidak boleh mengulangi perbuatannya serta diwajibkan melapor diri ke penjara setiap bulan sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.

Mengikut hukuman sebenar, Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah oleh Mahkamah Daerah Bandùng.

Berita pembebasan Ariel mendapat reaksi luar biasa daripada ratusan peminatnya yang mengerumuni pekarangan penjara sehingga berlaku kesesakan teruk.

Dalam ucapan ringkas di hadapan peminat, Ariel berkata: "Terima kasih kerana terus menyokong saya sekalipun saya sudah bersalah. Tapi yang pastinya pembebasan ini bersyarat dan saya tahu akan ada laporan perlu dibuat setiap bulan dan prosedur lain."

Ariel juga dilarang terlibat dalam konsert di luar Indonesia sepanjang tempoh pembebasan bersyarat itu

Dari penjara Kebon Waru, Ariel kemudian dibawa ke pejabat Pendakwaraya Bandung untuk menandatangani dokumen serta mendengar syarat-syarat pembebasannya.

Kes pengedaran video lucah yang melibatkan Ariel dengan dua artis wanita popular republik itu, Luna Maya dan Cut Tari mencetuskan kegemparan apabila ia mula diedarkan sekitar Jun 2010.

Berikutan itu, Ariel ditahan pada 23 Jun 2010 dan menjalani sidang mahkamah sebanyak 14 kali.

Sepanjang persidangan mahkamah, dia tidak pernah mengaku melakukan perbuatan itu selain sering memberikan jawapan yang berbelit.

Kes pornografi pertama di Indonesia yang dibawa ke pengadilan itu mula dibicarakan di mahkamah pada 22 November 2010.

Pada 13 Disember tahun yang sama, Cut Tari yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan mengaku di mahkamah yang dia merupakan pasangan yang mengadakan hubungan seks dengan Ariel dalam video itu.

Luna Maya pula pada 20 Disember 2010 menafikan di mahkamah dia merupakan pasangan wanita dalam video tersebut.

~ Kosmo

Lirik Terus Teranglah - Soo Wincci ft Joe Flizzow + Video

Lirik Terus Teranglah ( Soo Wincci Featuring Joe Flizzow)


Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah apa yang ada
Dalam hati mu

Joe :
Yeah..... Ini cerita biasa
Mengenai cinta yang luar biasa
Mereka bercerita yeah itu biasa
Sebar berita dan fitnah tanpa siasat
Tapi sekarang hanya kita berdua
Ku rasa seperti lelaki paling bertuah
Ku hanya meminta dan perlu satu peluang
Cinta ku berikan masa dan ruang

Wincci:
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada
Dalam hatimu

Joe :
Ku terus terang
Kerja waktu malam tapi ku terus pulang
Perempuan melaram tapi ku tidak curang
Mereka datang rapat tapi aku kasi jurang
Ayat memang kurang Apa guna dusta
Ku nampak mereka tapi tidak pernah usha
Hubungan perlu usaha dan komunikasi
Jadi sayang dengarkan bisikan hati

Wincci :
Kau kata kau jaga diriku
Kau kata kau beri semua
Tegak mu berdiri untuk ku

Joe :
Setiap yang ku buat hanya untuk mu

Wincci :
Jadi apa yang kau tunggu lagi
Hampir semua kita lalui
Tegak mu berdiri untuk ku

Joe :
Daku kan sentiasa jadi laki itu

Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada Dalam hatimu

Wincci :
Tunjukkan pada ku
Jika benar benar kau cintai aku
Kau sayangi aku
Biar hati ku dengar
Bisikan cinta itu
Ku tunggu selama ini

Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada
Dalam hatimu

Joe :
Sayang sekarang kau hadir
Cinta pandang pertama untuk kali terakhir
Begitu indah cerita dan suratan takdir
Bangun untuk senyumanmu setiap pagi

Wincci :
Kau kata kau jaga diri ku
Kau kata kau beri semua
Tegak mu berdiri untuk ku

Joe :
Setiap yang ku buat hanya untuk mu

Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada Dalam hatimu

Joe :
Terus terang ku katakan sayang

Wincci :
Katakan lah
Apa yang ada Dalam hati mu

Composer, lyrics : Ajai


Soo Wincci Cabar Diri Puasa Penuh


Soo Wincci, penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia, berazam berpuasa penuh tahun ini bagi mendekatkan diri dengan peminat daripada komuniti Melayu beragama Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

Ini pertama kali dia ingin berpuasa dan memberitahu teruja dengan kedatangan Ramadan kerana ingin menyemarakkan lagi semangat bulan mulia itu bersama-sama para peminatnya.

"Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai daripada kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka.

"Selain itu, ia juga dapat mencabar diri saya membuat sesuatu perkara baru yang pertama kali ingin berpuasa," ujarnya.

Tambah Soo Wincci, walaupun sedar dengan cabaran yang bakal ditempuh sepanjang berpuasa, dia yakin dapat mengharunginya dengan dorongan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan dan peminat.

"Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini.

Populariti penyanyi itu meningkat secara mendadak selepas menyertai program masakan berkenaan dan Soo Wincci turut tampil dengan single pertamanya berjudul Terus Teranglah bersama Jow Flizzow.



Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia turut mendapatkan beberapa tips daripada rakan berbangsa Melayu dan yakin dapat melakukannya.

Katanya, rakan-rakan turut menasihatinya supaya jangan memaksa diri dan berpuasa mengikut kemampuan sebagai permulaan.

"Rakan-rakan banyak jadi pendorong dan semangat inilah yang ingin saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap dapat berpuasa selama 30 hari," katanya.

Sementara itu, Soo Wincci berkata, akaun Twitter miliknya telah meningkat sebanyak 2,000 pengikut dalam masa seminggu dan rata-rata daripada mereka adalah kaum Melayu.

Katanya, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu kerana ia adalah bukti dirinya semakin diterima dikalangan peminat bukan Cina.

"Saya harap dengan populariti yang dikecapi kini dapat memberikan manfaat kepada saya untuk melakukan sesuatu yang akan disukai oleh semua kaum di Malaysia," katanya.

Lirik AdaMU - Najwa Latif + Official Video

Najwa Latif - AdaMu Lirik

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Lagu:Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik:Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)

Laman Sosial Najwa Latif
Facebook Najwa Latif: http://www.facebook.com/OfficialNajwaLatif
Twitter Najwa Latif: http://www.twitter.com/NjwaLatif
Youtube Najwa Latif: http://www.youtube.com/najwa595


Biodata Profil Kamal Faridz

Biodata Profil Kamal Faridz

Nama sebenar: Kamal Faridz Bin Mohamad Noor
Tarikh lahir: 3 September 1985
Asal: Shah Alam, Selangor
Kerjaya: Pelakon, usahawan
Adik beradik: Anak sulung daripada lima adik beradik
Tinggi: 180cm 
Berat: 83kg
Hobi: Sukan dan Melancong
Duta: Activo
Majikan: Metrowealth Pictures (MIG) 

Facebook Kamal Faridz fanpage
http://www.facebook.com/pages/Kamal-Faridz/166719840077744

Twitter Kamal Faridz 
http://twitter.com/kamalfaridz

Drama: Epilog Syurga Cinta, Juvana,Suri, Adamaya, Suri Bakawali, Jangan Pandang Belakang Congkak The Series, KLIK, Zoo The Series, Ku Sangka 2 Rupanya 3, Cinta Buat Emelda, Takdir Qismah

Filem: HACKS, Aku Terima Nikahnya, Papa, I Love You, Bini-Biniku Gangster, 7 Petala Cinta, 3 Temujanji, Pada Suatu Cinta Dahulu

Telemovie: Silat Futsal, Kampungku Ada Hantu

Trivia Kamal Faridz
Kamal Faridz pernah mempunyai sebuah kumpulan rap yang dipanggil 40-G
Terbabit dalam Platun Seni Rejimen Askar Wataniah (RAW)


Kamal Faridz
Kamal Faridz
Kamal Faridz

 

Sinopsis Maafkan Aku (Cerekarama TV3)

CEREKARAMA RAMADAN: Maafkan Aku, 28 Julai, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm

Sinopsis Maafkan Aku

Maafkan Aku mengisahkan Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan mencuri di  Madrasah Murafah hingga seluruh warganya menjadi riuh rendah.

Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa. Pakaian Firdaus telah ditanggalkan, diikat dan dipukul dengan cemeti sebelum dibuang dari Madrasah Murafah. Ahli keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali adiknya, Amani. 

Kecewa dengan tindakan ahli keluarganya, Firdaus bertindak meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan. Akibat tertekan, Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri dompet. Satu hari, Firdaus telah mencuri beg kepunyaan Marya. 



Alangkah terkejutnya apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet tersebut. Rupa-rupanya Marya Khuraisha merupakan teman wanita Zahrul sedangkan Zahrul sudah bertunang dengan Natasya. Dendamnya terhadap Zahrul belum terbalas. 

Akhirnya Firdaus nekad ke rumah Marya di Villa Amrila berdasarkan alamat yang terdapat dalam dompet yang dicurinya. Insiden silap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar cucunya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Promo Maafkan Aku (Cerekarama TV3)


Pelakon Maafkan Aku: Syazwan Zulkifly, Zahiril Adzim, Datuk Rahim Razali, Rosnah Johari, Nora Danish, Hisham Ahmad Tajuddin, Maisarra Syahirah

Pengarah: Raja Ahmad Alauddin

Penerbit: Primeworks Studios

Insaf, rancangan temubual TV3 sempena Ramadan 2012

Insaf (4 episod) - Setiap Khamis, 5.30 ptg – 6.00 ptg, mulai 26 Julai

INSAF, rancangan temubual yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Erfino Johari mengangkat kisah benar kehidupan masa lampau empat individu dimana hidup mereka jauh dari pegangan agama.

Penonton akan mendengar, memahami dan mempelajari kisah hidup mereka dengan emosi yang menyentuh jiwa.

Antara topik-topik yang dipaparkan ialah Pusher, Benih Beracun, Bunga Khayal dan Hero Tapi Hancur. Mereka mencari sesuatu yang hilang iaitu Agama dan Tuhan.

Bagaimana kesemua mereka kembali insaf dan menemui titik perubahan dalam kehidupan?

Promo Insaf - Pusher (RAIKAN RAMADAN DENGAN KEINSAFAN)

Al-Fatihah! Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan


Jenazah pelakon veteran, Allahyarham Datuk Ismail Hutson, 73, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.13 pagi tadi akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya. Ismail dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk. 


Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran meninggalkan dua orang balu, Hafidzah Khasbullah dan Zaiton Osman serta tujuh orang anak. 

Antara filem yang pernah dilakonnya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984), Dayang Suhana (1978) dan Mr Cinderella (2003).                               

RTM sahkan Aisha Safia juara Bintang RTM 2012

Aisha Safia sah juara Bintang RTM 2012
Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini mengesahkan kemenangan Aisha Safia sebagai Juara Bintang RTM (BRTM) 2012 kerana tidak melanggar syarat pertandingan.
Aisya Safia

Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, berkata Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM melakukan soal selidik dan rujukan berikutan aduan bahawa Aisha Safia pernah merakam suara dalam bentuk 'single'.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata antara syarat penyertaan BRTM 2012 menyatakan bahawa peserta hendaklah belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.

 Justeru itu, Mokhzani berkata Aisha Safia tidak melanggar syarat kerana beliau tidak merakamkan album penuh kecuali hanya sebuah 'single'. "Rakaman 'single' itu dibuat bukan berlandaskan kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman serta dibiayai beliau sendiri," katanya. - BERNAMA

Sinopsis Perempuan Neraka (Cerekarama TV3)

Sinopsis Perempuan Neraka
Perempuan Neraka menceritakan tentang Intan, isteri kepada Hasyim yang sentiasa mengongkong hidupnya dan berbelanja di luar kemampuan. Hasyim hanya bekerja sebagai pemandu lori dan kesemua gajinya diberi kepada Intan. Malah kerja rumah yang sepatutnya dibereskan oleh seorang isteri juga terpaksa dilakukan demi kasih sayangnya kepada Intan.

Hasyim dan Intan memiliki seorang anak perempuan bernama Anis yang ditatang bagai minyak yang penuh. Intan juga mengajar Anis untuk memperbodohkan suami sepertimana yang dilakukan terhadap Hasyim.

Keadaan rumahtangga yang tidak terkawal menyebabkan Hasyim tertekan dan kesihatannya turut terjejas.

Apabila Hasyim meninggal dunia, Intan mengesyaki suaminya telah berkahwin dua dan mempunyai isteri bernama Zubaidah.

Apakah yang terjadi seterusnya? Benarkah Zubaidah isteri ke-2 Hasyim? Adakah rumahtangga Anis akan sama seperti ibunya?

  Promo Perempuan Neraka (Raikan Ramadan, Cerekarama TV3) (21/7/2012)
 Pelakon Perempuan Neraka: Fizz Fairuz, Sherry Merlis, Ika Nabila, Arash

Lagu Tema OST Perempuan Neraka
Ungu - Surgamu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Reff:
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

back to Reff:

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Sinopsis Lorong Cahaya (Cerekarama TV3) lakonan Shah Iskandar


Sinopsis Lorong Cahaya
21 Julai, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm

Nuh seorang peniaga tapai yang berjaya. Walaupun kaya, hidup Nuh sunyi kerana selalu gagal dalam percintaan.  Dia ingin mencari pasangan hidup lalu pergi menemui Tok Leh seorang guru agama yang disegani ramai. Tok Leh menjadi terkenal kerana sering berjaya mengubati penyakit rohaniah yang pelik-pelik.

Tok Leh mempunyai seorang cucu perempuan bernama Adawiyah. Dalam perjalanan ke rumah Tok Leh, Nuh menumpangkan Amin seorang pelukis yang sedang mencari ilham.

Nuh mengajak Amin turut serta berubat di rumah Tok Leh. Adawiyah ingin mencuba caranya tersendiri dalam mencari jodoh. Dia ingin menjadi seperti ‘Siti Muslihat’ moden. Dia sengaja menyamar jadi hodoh. Bagi Adawiyah, dia mahu bakal suaminya menerimanya dalam keadaan dirinya yang tidak seberapa. Siapakah antara mereka yang berjaya harungi rintangan di kediaman Tok Leh dan terpedaya dengan muslihat Adawiyah?

Pelakon Lorong Cahaya
Shah Iskandar, Aidil Aziz, Fathil Dani,Zuhairi Ibrahim, Miera Liyana

Penulis Skrip: Mahizan Hussein
Pengarah: Amy Maziah 
Penerbit: Global Station Sdn Bhd

Ditembak ketika menonton filem Batman, The Dark Knight Rises


Lebih kurang 12 orang terkorban manakala 40 lagi cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah panggung wayang di sini semalam.

Ketika kejadian, orang ramai sedang menyaksikan tayangan larut malam filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises di panggung wayang Century 16.

Seorang saksi berkata, suspek telah melemparkan beberapa jenis bahan letupan secara rawak terhadap penonton menyebabkan beberapa pengunjung cedera.

Rangkaian televisyen Amerika Syarikat mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai James Holmes yang merupakan seorang penduduk tempatan dan memetik FBI sebagai berkata, beliau tidak mempunyai kaitan dengan keganasan. - AFP

Abby Abadi ahli Pas seumur hidup


Pelakon Abby Abadi sah menyertai Pas dengan menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Abby dikatakan menyerahkan borang keahlian Pas di Nilam Puri dekat Kota Bharu, Kelantan

Abby Abadi dikenali dengan watak Inspektor Aliza ,siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan Pas kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak.

Abby Abadi sertai PAS

Sebelum ini, Abby berkata bahawa belum sampai masanya untuk mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas. Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya dipetik Harakah Daily.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

Bkay Nair Resources, syarikat perunding imej pelakon Bkay Nair


Pelakon Bkay Nair menubuhkan syarikat perunding imej Bkay Nair Resources. Untuk maklumat pakej dan harga kursus rundingan imej, boleh layari http://bkaynair.blogspot.com.

Penubuhan syarikat yang sudah beroperasi selama empat tahun itu adalah dipengaruhi minat dan kecenderungan pada cabang perniagaan.

“Perniagaan, bidang seni atau apa juga perkara saya ceburi adalah berdasarkan perancangan hidup yang saya sudah tetapkan. Sebenarnya, sejak remaja lagi saya minat pada perniagaan dan kecantikan cuma ketika itu saya kekurangan dana dan pengalaman.

Bkay Nair

“Bidang lakonan hanya batu loncatan dan saya menyertainya secara kebetulan, bukan kerana saya menyasarkan untuk menjadi pelakon. Minat pada lakonan masih ada cuma keutamaan pada waktu ini adalah perniagaan,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Sebelum ini, Bkay pernah membintangi tiga filem iaitu Ratu The Movie, Raya Tak Jadi dan Bujang Telajak.

Bekas peguam ini berkata, dakwaan yang mengatakan dia beralih kepada perniagaan kerana tidak menyerlah dalam dunia lakonan adalah tidak berasas kerana dia masih menerima pelbagai tawaran lakonan sehingga hari ini.

“Saya masih menerima tawaran lakonan sebenarnya. Cuma, saya banyak tolak kerana komitmen lakonan tinggi dan besar. Bukan bermaksud saya sudah berhenti sepenuhnya cuma memperlahankan rentak sahaja.

“Kalau pun saya bergiat dalam bidang hiburan, saya lebih cenderung pada pengacaraan atau penyampai radio seperti saya lakukan selama tiga bulan di Gaol FM sebelum ini kerana komitmen dan pengurusan waktunya lebih mudah,” katanya.

Mengenai Bkay Nair Resources, anak tunggal dalam keluarga ini berkata, dia sudah lama berhajat untuk mengembangkan minat dan pengetahuannya dalam aspek kecantikan kepada cabang perniagaan.

“Sejak usia 19 tahun lagi saya sudah cenderung pada ilmu penjagaan kecantikan dan penampilan diri. Berkat ilmu dan kemahiran daripada kursus yang saya ceburi serta pengalaman dalam bidang seni dan peragaan, saya nekad untuk fokus pada perniagaan tahun ini.

“Kalau diikutkan syarikat sudah beroperasi sejak empat tahun lalu, cuma pada penghujung tahun lepas baru saya benar-benar yakin untuk bergiat sepenuh masa,” katanya.


Awie sedih dikaitkan dengan 'gengsterisme'

Pelakon dan penyanyi Awie melahirkan rasa sedih terhadap segelintir masyarakat yang memandang serong terhadapnya selain dikaitkan dengan 'gengsterisme'. Awie terpaksa menerima pandangan negatif tersebut dengan tangan terbuka kerana percaya Allah lebih tahu kebenarannya.
Awie
"Sejak masuk dalam industri hiburan lagi, saya sering dipandang serong oleh segelintir pihak lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal gengsterisme. "Memang sudah lekat di fikiran orang, apabila ada berita artis bergaduh ia semestinya melibatkan saya. Agak sedih dengan tanggapan begitu, tetapi nak buat macam mana? Walaupun saya cuba mempertahankan diri daripada sekumpulan gengster, saya tetap dilihat sebagai punca sesebuah pergaduhan itu berlaku," katanya. Tambah Awie, sepanjang hampir 30 tahun bergelar penyanyi, sebanyak lima kali dia dibuli oleh sekumpulan gengster yang tidak berpuas hati dengannya. "Apabila berada di sebuah tempat yang kita tahu ramai kumpulan gengster, perlukah saya mencari gaduh? Itu namanya cari bahaya. Lima kali saya dibuli dan setiap kali diganggu, pasti saya akan pertahankan diri. Namun, masyarakat pula menganggap saya ini kaki pukul," ujarnya. Ditanya adakah penyakit gangguan makhluk halus yang dialaminya sebelum ini ada kaitan dengan isu pergaduhan yang pernah berlaku padanya, Awie enggan mengambil tahu tentang perkara tersebut. Beritahu Awie, sepanjang setahun lebih menjalani perubatan secara tradisional, dia tidak pernah meminta bantuan bomoh untuk melihat siapa yang cuba menganiayanya dengan cara syirik itu. "Rasanya, sepanjang hidup ini saya tidak pernah berlaku nakal atau cuba menganiaya orang. Melainkan saya pertahankan diri daripada dianiaya, itu benar. "Tak tahulah kalau penyakit misteri saya ini adalah angkara orang yang tak puas hati dengan saya. Cuma andai kata benar ada yang berkecil hati, maafkan saya, kerana saya seorang manusia biasa yang sering melakukan kesalahan," ujarnya. Bagaimanapun, Awie mengambil perkara yang telah berlaku padanya itu secara positif dengan menganggap ia mungkin satu penebusan dosa-dosa masa lampau yang mungkin tidak disedarinya. "Apa yang saya lihat, bermula dengan isu gengsterisme, kemudian terpaksa berada di bawah pemantauan polis selama dua tahun akibat bergaduh dengan pegawai polis. “Seterusnya diikuti pula dengan penyakit misteri yang dialami, saya anggap ia sebahagian daripada perjalanan kehidupan. "Ia adalah penebusan dosa-dosa saya. Alhamdulillah, kini saya bebas daripada penyakit misteri itu," katanya. ~Mstar

Datuk Fazley Yaacob mahu terbit buku resepi

Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob merancang menghasilkan sebuah buku resipi yang turut memuatkan tip motivasi bagi menjadikan naskhah itu lebih menarik.

Fazley mendedahkan, buku masakan itu turut memuatkan semua resipi yang dimasaknya sepanjang 13 minggu menyertai MasterChef Selebriti.

Datuk Fazley Yaacob dan isteri

"Ia bukan sahaja mengandungi resipi tetapi turut menyelitkan tip dan motivasi untuk suami isteri yang berkait rapat dengan makanan dan sebagainya," ujarnya.

Sementara itu, Fazley memberitahu dia akan muncul dalam dua program masakan terbitan Astro iaitu Chef Suprise dan Hello Bro yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Fazley juga berkata, bersempena Ramadan, beliau akan menjadi chef jemputan di Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya dan pengunjung berpeluang untuk menikmati menu yang dimasak semasa peringkat akhir MasterChef Selebriti di hotel berkenaan selama tiga bulan.

"Saya akan membuat penampilan khas di hotel berkenaan pada setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang Ramadan untuk memasak sendiri selain beramah mesra dengan peminat," katanya.

Sofian Bujang ambil masa untuk dikenali



Sofian Bujang yang pernah menyertai Pilih Kasih musim pertama sanggup menunggu empoh yang lama bagi meyakinkan penggiat industri dan masyarakat dengan bakat dan kebolehannya sebagai anak seni.

Minat yang mendalam terhadap bidang lakonan menjadi pendorong untuk dia terus berusaha menempatkan diri di persada hiburan tanah air.

“Tempoh tiga tahun bergelar selebriti adalah jangka waktu yang penuh dengan kesulitan. Saya perlu bersusah-payah setiap hari untuk mencari peluang di merata tempat.

“Namun, saya tidak pernah patah semangat kerana saya percaya dengan usaha yang berterusan, masa saya untuk dikenali dan diterima umum pasti akan tiba satu hari nanti,” katanya kepada mStar Online di sini.

Sofian berkata, senario industri hiburan yang cenderung dan memberikan keutamaan pada aspek fizikal artis berbanding bakat membakar semangatnya untuk membuktikan kepada khalayak bakat dan kebolehannya.

“Saya ambil apa sahaja peluang yang ditawarkan, asalkan sumber pendapatan itu halal. Sebab itu, sejak setahun kebelakangan ini saya mula berjinak-jinak sebagai pengacara di TVi (saluran Astro 180) dan majlis-majlis hiburan serta penyampai Radio Kenyalang (saluran Astro 868).

“Selera dan keutamaan khalayak di Malaysia adalah paras rupa selebriti dan bakat jatuh nombor dua sedangkan saya kurang pada paras rupa dan fizikal. Sebab itu, saya mahu buktikan bakat dan kemampuan saya dalam apa juga bidang,” katanya.


Bercerita mengenai perkembangan terbaru, lelaki dari Sarawak ini berkata, dia berasa bertuah dilantik sebagai salah seorang daripada sembilan ikon saluran TVi sejak setahun yang lalu.

Katanya, selain rezeki yang banyak berpihak kepada pengacaraan, dia juga masih menerima pelbagai tawaran lakonan termasuklah drama bersiri Opah musim baru untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Saya baru sahaja menamatkan penggambaran Opah musim baru untuk RTM. Kini saya kembali menumpukan komitmen pada TVi sebagai hos Jom Lumba yang akan ditayangkan bermula 27 Julai ini.

“Selain itu, saya bertugas sebagai penyampai Radio Kenyalang pada setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 4 petang,” katanya. ~ Mstar

Amanda Imani wakili Malaysia ke Universong: The Canary Island International Song Festival

Amanda Imani terpilih menerusi WAFA mewakili Malaysia ke Universong: The Canary Island International Song Festival di Sepanyol pertengahan Julai 2012.

"Saya bergelut untuk membuktikan kemampuan saya. Tapi saya tidak terdesak untuk dikenali dengan terlalu pantas. Saya sendiri tak menjangka diri ini boleh meletup pada tahun pertama. Soal untuk menyinar atau tuah itu semuanya berbalik kepada rezeki.

"Tempoh permulaan ini saya jadikan sebagai azimat dan pengalaman untuk menjadi lebih baik. Saya juga mahu buktikan diri ini bukan sekadar penyanyi tetapi sebagai penulis lagu. Jadi tempoh ini saya jadikan ruang untuk belajar menjadi lebih baik. Ia sebagai fasa saya melihat tahap progresif. Apa yang terjadi termasuk kontroversi lebih membuatkan saya jadi kuat dan matang. Ia sebagai cabaran untuk saya terus berusaha," katanya yang akan ke Sepanyol pada 18 hingga 22 Julai ini.

Amanda Imani


Pada pertandingan itu juga, Amanda akan bersaing dengan 20 lagi peserta dari serata negara. Hanya dua saja negara Asia yang bertanding. Selain Amanda, Asia turut mewakilkan Thailand. Amanda akan menyanyikan lagu Jatuh Cinta yang dimuatkan dalam album sulungnya.

"Saya berterima kasih atas sokongan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Malam kemuncak pertandingan pada 21 Julai dan saya turut mendapat tajaan pereka Ashley," katanya yang turut dikenali menerusi lagu Cemburu hasil sentuhan Malique.

Dalam perkembangan lain, Amanda dalam proses mengeluarkan single terbaru berentak balada berjudul Fobia Cinta. Lagu itu diciptanya sendiri. Setakat ini sudah 20 lagu diciptanya. Single berkenaan dijangka menemui peminat selepas Aidilfitri. Dia juga akan menamatkan pengajian di Kolej Segi dalam Ijazah Psikologi dan Komunikasi pada tahun ini.

Sinopsis filem Balistik lakonan Rita Rudaini, Rosyam Noor

Sinopsis filem Balistik

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga (Rosyam), seorang pembunuh upahan dan ahli kongsi gelap. Gaya hidupnya yang berisiko tinggi memaksa Saga berpisah dengan isterinya, Salina (Rita Rudaini).

Selepas enam tahun terpisah, Saga bertemu semula dengan Salina yang kini menjadi isteri kepada Inspektor Nizam (Adi) yang juga teman baik Saga ketika mereka dibesarkan di rumah kebajikan.

Dek terikat dengan undang-undang, Inspektor Nizam berbelah bahagi untuk menumpaskan teman baiknya itu, manakala Saga terpaksa menuruti arahan ketuanya untuk membunuh pegawai polis terbabit.

Filem Balistik arahan Silver Chung

Pelakon filem Balistik:  Rosyam Noor, Adi Putra, Rita Rudaini, Datuk Rahim Razali, Jack Lim, Gan Mei Yan, Susan Lankester, Jason Phang dan Jeff Chin

Filem ini ialah hasil kerjasama Suhan Movies dan Asia Tropical Films (ATF).

Sinopsis filem Balistik

Balistik Synopsis

SAGA (Rosyam Nor) is a hired killer. His wife is Salina (Rita Rudaini) and their son is Rykarl (Rykarl Iskandar).

Salina later leaves Saga and unknown to him, she marries his childhood friend Nizam (Adi Putra) who is one of the country’s top police officers.

Both Nizam and Saga grew up in the same orphanage. Saga’s closest friend is fellow killer Jack (Jack Lim) who is married to Yan (Gan Mei Yan). Both men live in constant danger, not only because the police are after them, but other criminals too.

Rykarl’s kindergarten teacher, Tania (Tania Hudson), cares about him. She is also in love with Saga.

Dejavu Di Kinabalu: Siapa pilihan Nadira? Anda tentukan!

Episod Akhir Dejavu Di Kinabalu

Drama bersiri Dejavu Di Kinabalu sedang hangat disiarkan menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam semakin mendekati kemuncaknya. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah kesudahan yang akan berlaku di penghujung kisah percintaan Nadira.

Dejavu Di Kinabalu

Adakah Nadira akan meneruskan hubungan bersama Ammar, lelaki yang mengajarnya erti sebenar kasih dan cinta ataupun pulang ke pangkuan Bazli iaitu lelaki yang banyak berkorban untuknya?

Bagi menghargai penonton setia drama bersiri ini, kini mereka diberi kuasa menentukan siapakah pilihan cinta hati Nadira di penghujung drama bersiri ini.

Mereka boleh mengundi A untuk watak Ammar atau B untuk watak Bazli menerusi mesej pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: DejavuA atau B dan hantar ke 33399 bermula 16 Julai ini jam malam sehingga 26 Julai jam 8 malam.

Penonton boleh mengetahui keputusan undian ini dengan menonton episod akhir drama bersiri ini pada 2 Ogos. Setiap SMS dikenakan caj 50 sen.

Cucu pengubat sunyi Datuk Yusof Haslam

Sebut saja siri Gerak Khas yang lebih sedekad menemani penonton di TV2, pasti nama Datuk Yusof Haslam akan terbayang di fikiran kita sehingga drama terbitan Skop Productions yang ditayangkan sejak 1999 itu dicatatkan dalam The Malaysia Book Of Records sebagai drama rantaian bercorak kepolisan paling lama disiarkan.

Yusof Haslam, 58, turut dianugerahkan pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) Kehormat sempena sambutan ulang tahun Hari Polis Ke-205, barubaru ini, atas usaha yang dilakukan dalam menerbitkan drama bersiri kepolisan sejak awal pembabitannya sebagai penerbit dan pengarah bermula 1985.

Datuk Yusof Haslam

Begitu juga anaknya, Syamsul Yusof sebagai legasi usaha beliau mengangkat martabat industri perfileman tempatan apabila menjadi pengarah termuda dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) dua tahun berturut-turut, sekali gus menjadi sutradara pertama berjaya menghasilkan kutipan filem paling tinggi setakat ini apabila KL Gangster memperoleh kutipan RM12 juta.

Tidak ketinggalan adik Syamsul, Syafiq Yusof yang menghasilkan filem sulungnya, S.A.M (Saya Amat Menyintaimu) lakonan Shahiezy Sam dan Lisa Surihani apabila diangkat sebagai pengarah termuda di rantau Asia Tenggara. Filem berkenaan akan menemui penonton bermula 18 Ogos ini.

Justeru, Yusof bersama anak-anaknya - Syamsul dan Syafiq adalah tiga ikon industri perfileman tanah air yang sewajarnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, manakala insan yang sentiasa berdiri di belakang kejayaan mereka selama ini ialah isteri, Datin Patimah Ismail, 57, dan ibu kesayangan yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada suami serta anak-anaknya.

Pun begitu, suasana dalam banglo mewah yang terletak di lereng bukit di Taman Melawati, Selangor itu semakin sunyi apabila anak-anak Yusof semakin hari terus sibuk dengan kerjaya masing-masing dan jarang berada di rumah. Mujurlah, cucu boleh dijadikan tempat penawar rindu Yusof bersama isteri mengisi kekosongan.

Anak-anak Faizal Senin bersama menantu, Nazariah Mohd Harun - Nor Diana Faizal, 10; Mohd Faris Faizal, 8; dan Nur Nadhirah Faizal, 7, kini menjadi sandaran kepada Yusof dan Patimah untuk bermanja bersama mereka.

"Syamsul dan Syafiq harihari sibuk dengan shooting. Sekarang tinggallah saya bersama isteri di rumah, mujurlah ada cucu-cucu yang boleh dijadikan tempat penawar rindu. Selepas pulang dari pejabat, cucu-cucu yang menyambut kepulangan saya. Lazimnya ketika hari bekerja, sebelah malam, masa saya bersama cucu. Tapi, pada cuti hari minggu, sepanjang hari saya dan isteri ditemani cucu-cucu.

"Diana, Faris dan Nadhirah suka bergurau, mereka panjat atas badan kita. Saya pula suka melayan kerenah mereka. Cuma saya rimas apabila cucu bergaduh sesama sendiri. Nama pun budak-budak. Tapi, kalau anak sendiri, kadang-kadang saya pukul juga nak meleraikan mereka, sekarang cucu, nak menjentik mereka sekalipun, saya dan isteri tak sampai hati," kata Yusof yang ditemui di kediamannya, baru-baru ini.

Yusof juga memberitahu, ketika ini Syamsul sedang sibuk berlakon filem Gangster Celop, arahan Ahmad Idham, terbitan bersama Skop Productions dan Excellent Pictures. Syafiq pula masih berada di set penggambaran drama, mengarahkan KL Drift The Series bersama Ryzal Asyraf sebanyak 26 episod untuk siaran RTM.

Ketika kunjungan penulis ke rumah produser popular itu, Yusof dan Patimah sedang bersiap membawa cucu mereka ke Pasar Malam Taman Melawati.

"Kalau berkunjung ke pasar malam ni, makanan kegemaran Datuk ialah kuetiau goreng, saya sendiri suka cendol. Cucu-cucu pula suka manisan, biasalah budak-budak," kata Datin mencelah yang jelas nampak rapat dan mesra dengan cucu perempuan bongsunya, Nadhirah.

Terdahulu, ketika Yusof menemani cucu mereka mandi kolam renang di rumah mereka, Yusof sempat memberitahu, filem S.A.M bakal menemui penonton sempena musim Aidilfitri ini, manakala KL Gangster 2 arahan Syamsul dijadual memasuki pawagam sekitar Februari 2013.

"Dulu wartawan datang ambil gambar saya dan Datuk bersama anak-anak, sekarang yang ada cucu-cucu saja," kata Datin melayan kerenah cucu yang sesekali kelihatan `membulinya' dengan gelagat masing-masing.

Info menarik Yusof Haslam

* Yusof Haslam masih membuat persiapan terperinci daripada segenap aspek sebelum membawa kembali kisah tragedi Bukit Kepong ke layar perak serta memastikan anaknya, Syamsul dipertanggungjawabkan mengarahkan filem itu sudah benar-benar bersedia. Filem Bukit Kepong versi re-make mungkin dianggap `projek mega' Skop Productions apabila ia memerlukan kajian mendalam dan kerjasama semua pihak terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta sokongan daripada agensi kerajaan apabila kos menerbitkan semula filem berkenaan dianggarkan sekitar RM6 juta.

* Skop Productions menempa sejarah baru industri perfileman tempatan apabila menghasilkan filem genre romantik thriller, S.A.M (Saya Amat Menyintaimu) yang pertama seumpamanya, sekali gus penerbitnya, Yusof mempertaruhkan anaknya sendiri, Syafiq, 19, sebagai pengarah filem cereka termuda di negara ini, malah di Asia Tenggara untuk duduk di kerusi sutradara bagi mengemudi pembikinan filem yang membabitkan kos RM1.7 juta.

* Antara bintang ternama yang pernah mendapat didikan awal Yusof sebagai pelakon dan masih mengekalkan kemasyhuran mereka sehingga hari ini termasuklah Erra Fazira, Ziana Zain, Awie, Nasha Aziz, Norman Hakim, Abby Abadi serta Datuk AC Mizal. Manakala nama-nama seperti A Galak, Deen Maideen, Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, Z Zamri dan Zulkifli Ismail boleh dianggap bintang senior serta paling lama berlakon menerusi drama kepolisan, Gerak Khas. Kini, siri berkenaan direhatkan dan digantikan drama kepolisan terbaru, Metro Skuad.

* Mengimbas cerita silam, Syafiq memberitahu, ketika ibunya (Datin Patimah Ismail) hendak melahirkannya, Yusof sedang menyiapkan drama polis trafik, Roda-Roda Kota Raya, sekali gus namanya ada perkataan `fiq' sempena nama trafik.

Oleh Zubir Mohd Yunus
Sumber: Berita Harian

Shaheizy Sam masih mencari-cari Miss Right

Apakah ciri-ciri gadis yang dicari-cari pelakon popular, Shaheizy Sam?

Sam yang menginjak dekad ketiga dalam usia hidupnya, September 2012, memberitahu, dirinya masih solo dan mencari-cari Miss Right.

"Mungkin disebabkan saya lelaki cerewet, jadi apa yang saya mahu tidak muncul lagi.

"Saya mahukan gadis manja, comel dan kelakar. Paling utama, menyenangkan hati saya,"


Sebelum ini, Sam pernah digosip menjalin hubungan intim bersama bakat baru, Wawa Zainal dan wartawan penyiaran sebuah stesen televisyen.

Bagaimanapun, gosip bersama Wawa itu disangkal kedua-dua pelakon terbabit yang kebetulan di bawah syarikat pengurusan sama. Sam dilaporkan berkata, gosip itu mungkin timbul kerana faktor nama gadis yang sama.

Ditanya apakah dia mungkin memilih artis sebagai teman hidup, Sam berkata, artis atau tidak, perkara itu tidak menjadi masalah.

"Mummy pun tidak menghalang soal jodoh saya," katanya.

Sam mengakui kali terakhir menjalin hubungan romantis ialah kira-kira tiga tahun lalu.

Sam mengakui dirinya cukup sensitif dan kadang kala sukar difahami.

Dia berkata, kadang kala dirinya sukar didekati, tetapi tidak menolak apabila masanya tiba, hatinya tentu terpaut dengan gadis idaman.

"Kadang-kadang hati saya mudah tersentuh biarpun ia membabitkan perkara kecil," katanya yang cukup menitik beratkan soal keserasian dalam perhubungan.

Diusik adakah dia tidak terdetik untuk menjadikan Ramadan ini bulan mulia terakhir zaman bujangnya, Sam berkata, semua itu terpulang kepada jodoh yang ditentukan Allah.

"Sebagai manusia, soal itu ditentukan Allah. Saya tidak kisah atau cuba menahan jodoh yang datang, cuma ia tidak hadir lagi," katanya.

Pelakon Azhan Rani kurang publisiti, pikat penonton dengan bakat

Pelakon Azhan Rani mengatakan kerjaya lakonannya selama 6 tahun masih gagal meraih populariti dan perhatian daripada pihak media terhadapnya.

Azhan, 36, berkata, atas kesedaran itu dia mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan aspek publisiti sebaliknya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai pelakon sebaik mungkin.

“Saya sedar diri dan di mana kedudukan saya dalam industri lakonan tanah air. Saya bukan kategori aktor popular yang sering mendapat perhatian media.

“Saya sudah terbiasa kurang mendapat perhatian dan publisiti kerana sering dipinggirkan di majlis atau acara hiburan. Maka, lebih baik saya tumpukan pada kerja dan pikat orang ramai dengan lakonan saya,” katanya.

Azhan Rani

Azhan ditemui pada pelancaran dua telefilem lakonannya berjudul Ego dan Meriahnya Raya terbitan Outloud Studios untuk siaran RTM pada Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Ditanya tidakkah dia melihat publisiti sebagai aspek penting yang membantu perkembangan kerjaya artis, Azhan berkata dia tidak mempunyai cerita-cerita sensasi atau gosip yang boleh menarik perhatian selain daripada kerjanya.

“Saya akui ramai yang kurang kenal pada pemilik nama Azhan Rani termasuklah pihak media tetapi berdasarkan respons umum, ramai yang kenal pada watak-watak lakonan saya sebenarnya.

“Mungkin sebab saya ini hanya ada produk (lakonan) dan tidak ada apa-apa yang sensasi untuk dikongsi, sebab itu publisiti susah hendak dekat,” luahnya.

Azhan berkata, walaupun kurang popular ia bagaimanapun tidak menggugat tawaran lakonan yang diterimanya sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini.

“Isu kurang popular tidak menjadi hal kerana selagi saya ada produk untuk dikongsi dengan khalayak, saya sudah cukup bertuah.

“Lagipun, tawaran kerja yang diterima sejak dua hingga tiga tahun ini stabil dan konsisten,” katanya.

Mengenai kerjaya, Azhan sibuk di lokasi penggambaran telefilem Spaghetti Masak Lodeh untuk siaran Aidilfitri di Astro Prima (saluran 105).

Aksinya juga boleh ditonton dalam drama bersiri Mana Hilangnya Juwita sejak 9 Julai lalu pada setiap Isnin pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Rahsia Fazley bergelar Juara MasterChef Selebriti

Fazley Juara MasterChef Selebriti

Penyanyi dan penceramah Fazley Yaacob tak pernah sangka akan bergelar juara MasterChef Selebriti Malaysia kerana berasakan dirinya tidak mahir memasak.

Fazley, 33, berkata, pada awalnya beliau hampir menarik diri selepas dimaklumkan namanya disenaraikan sebagai peserta dan bukannya pakar motivasi dalam program itu.

"Saya pada mulanya memang rasa tiada keyakinan untuk memasak kerana jarang ke dapur tetapi apabila mempertimbangkan objektif program ini yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik saya terus bersetuju.

"Sejujurnya saya menyertai program ini tanpa banyak ilmu masakan dan semua hidangan yang saya sediakan adalah pertama kali dan Alhamdulillahlah para juri menyukainya," katanya.

Sebelum itu, Fazley muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia menewaskan Angah (Raja Lawak) menerusi episod terakhir yang disiarkan pada malam Isnin.

Fazley menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.

Selain Fazley, artis lain yang turut menyertai program tersebut ialah Farouk Hussein, Jehan Miskin, Salamiah Hassan, Thanuja, Serina Redzuawan, Siti Sarah, Azwan Ali, Tomok, Raja Azmi, Karl Shafeq, Dr Faiz, dan Louisa Chong.

Dalam pada itu, ditanya mengenai rahsianya dalam menghasilkan masakan yang enak, Fazley memberitahu dia tidak mempunyai sebarang rahsia sebaliknya sering menjadi pemerhati apabila isteri dan ibunya memasak di dapur.

Fazley berkata, walaupun tidak pernah mencuba masakan yang dihasilkan oleh isteri atau ibunya, dia mengingati cara-cara dan bahan yang ingin digunakan untuk memasak sesuatu hidangan itu.

"Saya suka lihat dan mengingati perkara yang saya lihat dan begitu juga masakan. Setiap kali menjadi penyibuk di dapur saya akan memerhatikan bagaimana sesuatu hidangan itu dibuat.

"Alhamdulillahlah saya juga tidak menyangka semua percubaan pertama kali ketika menyediakan hidangan itu memenuhi kehendak juri," katanya.

Bagaimanapun kata Fazley, dia harus berterima kasih kepada barisan juri iaitu Chef Joe, Chef Adu, Chef Zubir serta Chef Mozart daripada Cyberview Lodge sebagai juri jemputan pada episod akhir yang menilai masakannya sehingga diumumkan sebagai juara.

Fazley Juara MasterChef Selebriti

Fazley berkata, dia terharu apabila peminat mula memanggilnya sebagai chef Fazley dan menganggap penghormatan itu sangat besar buat dirinya.

Fazley memberitahu, dia tidak kisah jika dikenali sebagai chef kerana ia sekali gus dapat mendekatkan dirinya dengan masyarakat dan peminat.

"Program ini benar-benar telah membuka satu dimensi buat diri saya sebagai seorang penyanyi, pakar motivasi dan tukang masak kerana ruang lingkup peminat juga semakin berkembang.

"Jika keluar ke mana-mana pasti ada peminat berbilang bangsa akan menegur bertanyakan tentang masakan dan motivasi. Ia sesuatu yang baru buat diri saya," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Fazley turut mengakui dia kini terpaksa melakukan dua kerja dalam masa sama iaitu diminta untuk menyelitkan demo masakan ketika memberikan ceramah motivasi.

Tahniah Fazley!

Biodata Profil Taiyuddin Bakar

Biodata Profil Taiyuddin Bakar

Nama sebenar: Sallehuddin Abu Bakar
Nama panggilan: Tai
Asal: Muar, Johor
Profesion: Pelakon drama, filem dan teater, pengarah teater
Pendidikan: Diploma Teater (Lakonan) Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Tagline: Apa Celop
Kelab: Kelab Teater Kota Kuala Lumpur, Sanggar Teater Fauziah Nawi dan Rumah Anak Teater

Portfolio Kerjaya

Drama: Pria, Suatu Ketika: Mahsuri, Sayangnya Khalid (2003), Daerah Permai (2004), Anjakan (2005), Selamat Hari jadi Abah (2006), Anak Pontianak (2007), Misteri Penarik Becha (2008) , Aca da Atuk (2009), Apa Celop, Misteri Parit Sonto, Buletin Cinta (TV3)

Filem: Lu Pikirlah Sendiri(2008), Punggok Rindukan Bulan (2008), 1957 Hati Malaya (2007), Mukhsin (2006), Sini Ada Hantu, Libas (2011), Jangan Pandang Pandang, Mael Lambong (2012), Cinta Atas Tar, Hantu Gangster, Hantu Bonceng (2011), Gila-Gila Remaja 2

Teater: Teater muzikal Gerimis Mengundang (2012), Tun Abdul Razak The Musical (2008), Jebat Menderhaka (2007), Mak Yong (2004) dan Perempuan Seorang Lt Inggeris (2002), Gelanggang dan Sirah Junjungan Tahajud Cinta.

Pencapaian:
Pengarah Terbaik menerusi teater Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan ,Festival Teater Kuala Lumpur 2005
Calon Pelakon Lelaki Terbaik di BOH Cameronian Awards.
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24

Facebook Taiyuddin Bakar :
http://www.facebook.com/pages/Taiyuddin-Bakar/160947687326365

Biodata Profil Taiyuddin Bakar

Sinopsis Gangster Celop lakonan Hanis Zalikha,Syamsul Yusof

Sinopsis filem Gangster Celop

Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.


Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.

Pelakon Gangster Celop: Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta blogger terkenal, Hanis Zalikha

Pengarah: Ahmad Idham

Produksi: Skop Productions dan Excellent Pictures

Sinopsis Gangster Celop

Hanis Zalikha pelakon utama Gangster Celop

Hanis Zalikha, blogger terkenal kini menjadi pelakon utama dalam filem arahan Ahmad Idham, Gangster Celop. Hanis begitu teruja untuk memulakan penggambaran filem tersebut.

“Sebelum ini saya pernah melakonkan watak bunian dalam Momok the Movie. Watak bunian tersebut hanya ada beberapa adegan. Jadi saya sangat teruja untuk memulakan penggambaran filem Gangster Celop kerana ini merupakan filem pertama saya memegang watak utama,” kata Hanis.

Hanis Zalikha pelakon utama Gangster Celop

Hanis Zalikha takut terkenal

“Saya takut untuk menjadi terkenal,” kata pendatang baru, Hanis Zalikha yang juga seorang blogger terkenal.

Hanis menyatakan dia lebih risau keselamatan dan privasi keluarganya setelah dia menjadi perhatian masyarakat.

“Saya tak risau diri sendiri sebab saya tahu jaga diri. Kalau saya buat silap, saya tanggung sendiri. Tapi saya risau privasi keluarga saya terganggu sebab mereka tak minta untuk jadi perhatian,” kata Hanis ketika ditemui di majlis pelancaran filem Gangster Celop di Finas baru-baru ini.

Hanis Zalikha lebih dikenali melalui penulisannya dalam blog peribadinya (http://inibelogsaya.blogspot.com/).

Selain berlakon dan ‘blogging’, Hanis juga merupakan seorang pengacara untuk program terbaru TV9, Mad Market yang akan ditayangkan pada September 2012.

Hanis tidak mahu masyarakat melabelkan dirinya sebagai seorang blogger ataupun pelakon.

“Saya ingin dikenali sebagai Hanis Zalikha. Bukan sebagai blogger semata-mata tapi juga sebagai pelakon, pengacara dan apa jua bidang yang saya ceburi,” tambahnya.

Biodata Profil Fahd Ezuan, penyanyi Balada

Biodata Profil Fahd Ezuan

Nama sebenar: Wan Mohd Izuwan Wan Omar
Tarikh lahir: 5 Jun 1989
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Pendidikan: Diploma Seni Kulinari di Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Terengganu
Lagu Single: Meniti Waktu (Lagu/lirik: Adnan Abu Hassan)
Artis kegemaran: Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Jaclyn Victor

Facebook Fahd Ezuan: http://www.facebook.com/fahdezuan

Pengalaman:
Idola Bandaraya Terengganu 2011
Penyanyi latar juara Akademi Fantasia 4, Faizal Ramly di Konsert Reunion Akademi Fantasia 4
Persembahan bersama kombo RTM Terengganu dan Kelab Kebudayaan Terengganu
Persembahan konsert Sultan Mizan Cup 2011

Gambar Fahd Ezuan
Foto Fahd Ezuan

Pesan ibu kunci bahagia - Ziana Zain

Penyanyi Ziana Zain akui sangat risau mendengar kisah rumahtangga artis dan selebriti yang goyang dan bercerai-berai. Ziana Zain sudah 14 tahun mengharungi kehidupan berumah tangga bersama suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri Armin.

“Bagi saya, gaduh dan bermasam muka adalah asam garam rumah tangga. Jika tidak bergaduh pun, tidak manis pula hubungan itu. Empat belas tahun jadi isteri, ia bukan perkara mudah untuk dilalui. Banyak dugaan yang perlu dihadapi suami isteri. Ini kerana selepas bergaduh, kita akan rasa lebih menyayangi dan memahami pasangan,” kata Ziana yang dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar hasil perkongsian hidupnya dengan suami.

Sepanjang menempuh hidup sebagai isteri dan ibu, tawakal serta reda sentiasa tersemat dalam doanya.

“Selain meminta rezeki dan dipanjangkan umur, saya sentiasa sematkan dalam hati dan panjatkan doa untuk belajar reda dengan keadaan,” katanya berterus terang.

Pesan ibu kunci bahagia
Ziana akui, dia sentiasa ingat pesan ibu tersayang, Robiah Abdul bahawa kunci kebahagiaan terletak kepada diri sendiri, bukan orang lain.

"Sampai sekarang, saya sentiasa ingat pesan emak. Kata emak, kita yang kayuh sampan, kita yang kemudi sampan, jika silap mendayung, padah akibatnya. Semua yang manis dan pahit terletak kepada diri sendiri untuk memilihnya.

“Itu yang saya pegang sampai hari ini dalam mengekalkan kebahagiaan berumah tangga. Lagi pun, kita yang memilih pasangan hidup kita. Jadi harungilah semuanya dengan sabar dan tabah,” katanya.

Ziana berkata, Armin Zaharin adalah lelaki pilihannya sendiri, bukan diatur keluarga.

“Jadi sikap tolak ansur, kesefahaman dan komunikasi adalah perkara yang perlu ada dalam hubungan suami dan isteri," katanya.

Ziana berkata, dia sentiasa belajar untuk menjadi isteri dan ibu yang baik.

"Kepercayaan itu penting. Kita perlu selalu bertanya kepada pasangan apa yang dia tidak puas hati terhadap kita. Jangan sesekali segan dan silu untuk meluahkan kekurangan pasangan.

"Bagi saya, artis atau tidak, semuanya sama saja. Seperti saya, ketika membuat keputusan untuk berkahwin, saya sentiasa berdoa dan tekad memilih lelaki yang sederhana dan sepadan dengan saya.

“Kehidupan saya adalah sederhana dan bukan kaya, jadi saya rasa lebih selamat memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri sederhana dari segala bentuk," katanya.



Rakan artis minta nasihat

Tak menafikan dunia artis bagai diancam isu perkahwinan tidak kekal, Ziana mengakui ada seorang dua rakan artis yang meminta dia memberi panduan hidup bahagia.

"Ada juga yang meminta nasihat dan apa yang boleh saya bantu, saya akan cuba kongsi. Namun, perkara ini berbalik kepada soal jodoh pertemuan. Jika bukan artis pun, jika sudah ditakdirkan bercerai, ia akan terjadi juga," katanya.

# Semoga Ziana Zain kekal berbahagia di samping suami dan anak-anak dan menjadi contoh yang baik kepada rakan artis yang lain.
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact