Sinopsis Filem Baik Giler lakonan Zizan Razak

Sinopsis Filem Baik Giler

Baik Giler mengisahkan Afik lakonan Zizan yang mengalami tekanan perasaan selepas adik angkatnya, Amy (Farhanna Qismina) meninggal dunia dalam kemalangan.

Afik yang masih trauma dimasukkan ke hospital selepas dikatakan cuba mencederakan rakan sepejabatnya, Kimi (Awie), namun dibenarkan pulang selepas disahkan dirinya sekadar mengalami tekanan.

Dia cuba melupakan segala kejadian, selain menjalin hubungan dengan gadis bernama Suraya (Farawahida). Hakikatnya dia masih dibelenggu tekanan apabila sering tersalah sangka apabila menganggap orang lain menuduhnya gila, hanya kerana mengatakan dirinya `Baik Giler'.

Poster filem Baik Giler

Pada anggapan Afik istilah `baik giler' bermakna seseorang yang baru baik daripada gila dan apabila istilah tersebut diucapkan padanya ia merupakan suatu penghinaan buat dirinya. Pada hal istilah `baik giler' merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud suatu pujian kepada seseorang yang terlalu baik sikapnya.

Pada masa sama, disebabkan hasutan Joe (Esma) yang mendakwa kemasukan semula Afik ke pejabat mereka akan memporak-perandakan keadaan, Kimi meminta kekasihnya, Diana (Fazurina), mengenakan Afik.

Dalam filem ini Kimi digambarkan sebagai watak yang sering memburuk-burukkan Afik sebagai orang yang masih gila.

Filem Baik Giler membariskan pelakon Zizan Razak,Awie, Esme Daniel, Farawahida, Sharifah Shahirah, Abon, dan Siti Fazurina.

Sinopsis Hanya Dengan Bismillah (drama bersiri RTM)

Sinopsis Hanya Dengan Bismillah

Hanya Dengan Bismillah mengisahkan kesukaran seorang wanita untuk menguruskan rumah tangga selepas kematian suami. Biarpun bermula dengan kepayahan tetapi dengan kecekalan segala kepayahan dapat diatasi.

Pun begitu, lumrah hidup manusia selalu melihat ada insan yang sanggup menangguk di air keruh dan menjadi gunting dalam lipatan. Walau pada dasarnya, dia adalah teman baik namun demi membolot harta, apa saja sanggup dilakukan termasuk mengkhianati sahabat sendiri.

Itulah yang terjadi pada nasib Alias lakonan Arash Mohd dan Hadi (Shahrol Nizam) yang berdepan musuh dalam selimut.

Segala konflik mula terbongkar selepas kematian mengejut Alias akibat diserang sakit jantung. Ketika itu juga rakan Alias, Hadi, bercerai dengan isterinya.

Selaku ketua keluarga menggantikan suaminya, Zulaikha (Marissa Yasmin) secara mutlak menjadi pemegang saham terbesar syarikat diusahakan Alias iaitu AZ Motor Sdn Bhd.

Namun disebabkan kurang arif mengenai selok-belok perniagaan secara tidak langsung memudahkan Hadi memanipulasi keadaan.

Apapun, menyedari bisnes yang dibina arwah Alias perlu dimajukan demi menjamin masa depannya dia dan anak mereka, Zulaikha nekad masuk ke pejabat serta nekad belajar dari bawah. Biar pada awalnya, dia terkial-kial menjalankan tugas, dengan bantuan Munir, salah seorang kakitangan pejabat itu, akhirnya memudahkan kerja Zulaikha.

Akhirnya Zulaikha mulai sedar bahawa Hadi banyak menyelewengkan wang syarikat. Tidak lekas melatah, Zulaikha memantau pergerakan Hadi dan pada masa sama, dia meningkatkan pengetahuannya mengenai perniagaan.

Mampukah Zulaikha bangkit menewaskan Hadi yang berniat buruk? Apakah juga tangan seorang wanita yang menghayun buaian sebelum itu berjaya menggoncang dunia?

Secara tidak langsung, jelas menunjukkan drama Hanya Dengan Bismillah yang memuatkan 13 episod ini cuba mengetengahkan semangat kental seorang wanita yang tabah.

Afiq Muiz Azman Shah

Pelakon drama Hanya Dengan Bismillah: Marissa Yasmin sebagai Zulaika, Shahrol Nizam (Hadi), Arash Mohd (Alias), Shenthy Feliziana Sudirman (Nusrah), Watie Sadali (Saerah), Fareth Rudy Agang (Tariq), Afiq Muiz Azman Shah (Munir), Muhammad Fadzrin Danial Abdul Jamil (Kabir), Puteri Balqish Azizi (Khalisha), Dian P Ramlee (Datin Marisa, Maimon Talib (Mak Salmah), Zaidi Omar (Tan Sri Johari) dan Fadhil Dani (Datuk Tarmizi)

TERBITAN: Global Station Sdn Bhd
PENERBIT: Datin Zaiton Muhd Jiwa
PENGARAH: Raja Ahmad Alauddin Raja Mohd

Sinopsis filem Hapuslah Air Matamu

Sinopsis Hapuslah Air Matamu

Filem Hapuslah Air Matamu menceritakan seorang penyanyi yang berasal dari kampung, Aini (Sharifah Aini) yang lupa daratan selepas terkenal sebagai artis rakaman.

Aini seorang gadis kampung yang bersopan santun serta berbudi tinggi. Atas galakan Adi (Latiff Ibrahim), kekasihnya yang menuntut di universiti, dia menjadi penyanyi diminati ramai.

Adi begitu menyokong cita-cita Aini dan sering membantunya dalam segala hal.

Sementara itu, pengurus syarikat piring hitam memberi peluang Aini berpadu suara dengan penyanyi terkenal Indonesia, Broery (Broery Marantika). Tanpa diduga, lagu yang menggabungkan mereka diterima ramai baik di Malaysia mahu pun di Indonesia.

Sejak itulah bermula titik kejayaan dalam kerjaya sebagai penyanyi yang menyebabkan namanya semakin terkenal dan menjadi rebutan syarikat piring hitam.

Ketika itu juga kelab malam menawarkannya membuat persembahan dengan bayaran yang tinggi. Sewaktu Aini dengan Broery di Indonesia, dia berubah menjadi angkuh dan sombong.

Aini berasakan dirinya hebat dan hanya layak di dampingi orang kaya dan terkenal. Kemuncaknya dia melupai janjinya yang lalu terutama kepada ibu dan kekasihnya.

Lebih menyedihkan apabila ibunya pergi ke kelab untuk menemuinya, dia memarahi serta menghina ibunya menyebabkan ibunya merajuk lalu jatuh sakit. Justeru, masih adakah ruang buat Aini kembali ke pangkal jalan?

Hapuslah Air Matamu dibintangi Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini, Broery Marantika,Latiff Ibrahim,seniwati Normadiah dan komposer Datuk Ahmad Nawab.

Maharku Untukmu Sinopsis (Cerekarama TV3) lakonan Adi Putra,Nabila

Sinopsis Drama Maharku Untukmu


Maharku Untukmu menceritakan pengorbanan seorang lelaki yang menjadi pak sanggup kepada wanita yang dicintainya.

Ceritanya, Tengku Aishah (Nabila Huda) diibaratkan dilahirkan dalam talam emas. Dia mempunyai segala-galanya dan membesar dikelilingi oleh golongan elit yang mementingkan status dan kasta. Ayah dan bondanya amat mementingkan status dan darjat. Aishah membesar sebagai gadis yang manja dan angkuh.

Dia mewarisi sikap hidung tinggi ibunya, Tengku Marina (Norish Karman). Aishah tidak pernah terfikir yang dia akan berhadapan dengan kemelut kehidupan kerana selama ini dia merasakan perjalanan hidupnya lancar dan hanya perlu 'petik jari' semua tersedia di depan mata. Kurangnya pendidikan agama dan jalan hidup yang kebaratan mengheret Aishah jauh ke lembah maksiat.

Sementara itu Putera (Adi Putra) adalah pemuda yang lurus dan bukanlah anak jutawan. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi dia tidak pernah berputus asa mencari rezeki yang halal. Dia berpegang kepada pesanan arwah ibunya bahawa maruah diri tiada nilainya dan sentiasa patuh kepada ajaran Islam. Kenaifan Putera disedari oleh Tengku Hamid (Rahim Jailani), iaitu ayah Aishah. Terlintas di fikirannya, pada zaman sekarang sukar mencari orang yang lurus seperti Putera. Sehubungan itu, Tengku Hamid mengambil Putera menjadi pemandunya.

Putera terkedu apabila kali pertama bertemu Aishah yang sombong, malah sebelah mata pun dia tidak memandang ke arahnya. Aishah bertunang dengan Tengku Ariff seperti yang dimahukan Marina.

Baginya Tengku Ariff (Iqram Dinzly) adalah calon terbaik meskipun lelaki itu gagal dalam perkahwinan sebanyak dua kali. Gaya hidup bebas membuatkan Aishah merelakan saja dirinya ditiduri Ariff. Malang tidak berbau apabila Ariff terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia. Kesedihan Aisyah bertambah parah apabila dia mendapati Ariff meninggalkan benih di dalam rahimnya.

Marina panik apabila mendapati anaknya mengandung. Dia menyuruh anaknya itu menggugurkan kandungan, namun Hamid membantah keras keputusan itu. Baginya dosa yang sedia ada amat besar, jangan ditambah dengan dosa yang lebih besar lagi.

Hamid mahu Aisyah berkahwin. Dia harus mencari seseorang yang mahu menjadi pak sanggup. Hamid teringatkan Putera dan dia menyedari pemandunya itu ada menaruh perasaan terhadap Aisyah. Hamid meminta Putera menikahi anaknya. Marina pengsan dengan keputusan itu manakala Aishah pasrah dalam tangisan.

Putera termangu, namun dia sememangnya mencintai Aishah. Dia tahu Aishah tidak pandang dirinya. Tetapi itu semua tidak penting. Putera tekad akan membahagiakan Aishah. Putera sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi dia tetap melakukan apa yang sepatutnya untuk memperisterikan Aishah. Dia masih ada maruah diri. Untuk itu dia menyediakan sendiri mahar untuk Aishah.

Tersenyum sinis Marina melihat cincin belah rotan dan al-Quran sebagai hantaran. Bermulalah kehidupan baru Putera sebagai menantu Hamid dan Marina. Mujur juga namanya Putera, kata Marina. Bolehlah mereka menipu mengenai latar sebenar menantu mereka. Aishah pula sangat bencikan Putera. Hatinya tidak boleh menerima kenyataan yang dia bersuamikan pemandunya sendiri. Akan tetapi Putera tak kisah, walaupun dimaki dan dihina, Aishah tetap isterinya. Aishah dicintai dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Drama Maharku Untukmu ini dibintangi oleh Adi Putra dan Nabila Huda sebagai teraju utama. Jangan lupa menonton drama menarik Maharku Untukmu di Slot Cerekarama , Sabtu, 30 Jun 2012 pukul 10 malam di TV3.

Maharku Untukmu Sinopsis

Maharku Untukmu Synopsis
Tengku Aishah is proud and arrogant. Her parents only care about preserving the family status and nothing more. Putera is a young man with a pious, no-nonsense attitude. When Tengku Aishah’s father, Tengku Hamid, notices Putera’s good traits, he hires him as the family driver. Starring Nabila Huda, Ady Putra, Norish Karman, Rahim Jalani, Iqram Dinzly.

Promo Maharku Untukmu

Irma Hasmie selamat bernikah

Irma Hasmie Kahwin

Pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer Mohd. Redzuan, 31, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahannya di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Irma Hasmie kahwin

Irma dinikahkan sendiri oleh bapa kandungnya, Hj Ibrahim Othman dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Redza Azhar, Pegawai Juru Nikah, Cerai dan Rujuk, JAWI, Putrajaya.

Pada majlis yang diadakan cukup sederhana tersebut, Irma menerima mas kahwin berjumlah RM 2,220 dan wang hantaran RM33,333.33.

Rombongan lelaki membawa 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang oleh pihak perempuan.

Majlis dihadiri hampir 500 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara dan sahabat handai.

Beberapa orang rakan artis hadir seperti Misha Omar, Diana Amir, Yatt Hamzah dan ramai lagi.

Di majlis itu juga, Irma anggun dengan busana hasil rekaan Hatta Dolmat sementara pengantin lelaki mengenakan baju Melayu hasil sentuhan Ezuwan Ismail.

Bintang Hollywood Tom Cruise - Katie Holmes bercerai

Tom Cruise dan Katie Holmes mengambil keputusan untuk bercerai setelah 5 tahun mendirikan rumah seta ada anak perempuan berusia enam tahun, Suri.

Peguam Holmes, Jonathan Wolfe semalam mengesahkan bahawa kedua-dua pasangan itu akan berpisah.

Cruise, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan Nicole Kidman pada 1990.

"Kate telah memfailkan permohonan mahu bercerai dan Tom amat sedih dan memberi tumpuan ke atas tiga anaknya," kata jurucakap Cruise, Amanda Lundberg dalam satu kenyataan kepada Newsday.

Tom Cruise - Katie Holmes divorce

Katie Holmes, 33, memfailkan permohonan cerai di Manhattan.

Dalam permohonan itu, Holmes memohon agar diberi kebenaran untuk menjaga Suri.

Cruise dan Holmes mendirikan rumah tangga pada 17 November 2006 di Los Angeles. Majlis perkahwinan mereka yang mewah telah diadakan di istana kurun ke-15 di Bracciano, Itali.

Cruise yang genap 50 tahun Selasa ini berkahwin dengan pelakon Mimi Rogers pada 1987 dan ketika berlakon dalam filem Days of Thunder pada 1990, dia rapat dengan Kidman. Tom Cruise dan Nicole Kidman bercerai pada 2001.

Sinopsis filem 29 Februari lakonan Remy Ishak

Sinopsis filem 29 Februari lakonan Remy Ishak

Filem 29 Februari merupakan sebuah filem muzikal sejarah mengenai seorang lelaki bernama Budi yang lahir pada 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akihirnya Malaysia yang bebas merdeka. Budi diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun pada 1941.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan.


Budi bertemu Lily pada 1957 dan jatuh cinta pada pertemuan pertama. Lily melarikan diri apabila dipaksa berkahwin dengan Alex, kenalan keluarganya. Budi menghabiskan seumur hidupnya menunggu Lily, cinta sejatinya dan menghabiskan masa selama 40 tahun mencari Lily.

Filem ini memaparkan transformasi Malaysia dari tahun 1896, penjajahan Jepun, pemerintahan British, kemerdekaan sehingga era kemodenan MALAYSIA.

Trailer filem 29 Februari


Filem 29 Februari lakonan Remy Ishak akan menemui peminat pada 30 Ogos 2012. 29 Februari terbitan KRU Studios Sdn Bhd.

Pelakon filem 29 Februari: Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Muniff Isa, Chew Kin Wah, Margaret Gan, Ramli Hassan, Dian P. Ramlee, Namron, Adleena Nordin

Filem Budak Pailang Official Trailer

Trailer Video Rasmi Budak Pailang



Filem Budak Pailang
Filem Budak Pailang diarahkan oleh pengarah Hashim Rejab. Budak Pailang dibarisi pelakon Aeril Zafrel, Wawa Zainal ,Zalif Sidek, ada jugak Epy Raja Lawak, Eddy Raub, Man Rahman, Zul Suphiaan dan Aren Yunos

Epy Raja Lawak Budak Pailang

Filem Budak Pailang

Sitkom Ana Enta, TV AlHijrah bermula 1 Julai 2012

Sinopsis Sitkom Ana Enta

Ana Enta mengisahkan sebuah kelas tuisyen yang diuruskan Ustazah Naimah dan ayahnya Haji Bashir. Pada hari pertama kelas bermula, lima orang pelajar hadir untuk memulakan pembelajaran. Kesemua mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk menguasai bahasa Arab tetapi atas sebab yang berbeza.

Watak-watak terdiri daripada Syukri, Idris, Ridwan, Vasantha dan Jenny. Idris ingin belajar bahasa arab kerana dia hendak menunjukkan kepada bapa bekas tunangnya bahawa dia boleh berbahasa arab dan Syukri hanya menemani beliau. Ridwan ingin mendalami bahasa arab. Vasantha dan Jenny pula mendapat peluang perkerjaan di tanah arab. Saksikan gelagat-gelagat mereka mempelajari bahasa arab.

Untuk episod pertama, penonton akan dapat menyaksikan keletah usik mengusik mereka tatkala pembelajaran kelas bahasa Arab bermula. Paling tidak dapat dilupakan gelagat mereka semua ketika mengunjungi sebuah restoran Arab selepas selesai kelas. Kesemua mereka cuba menggunakan beberapa perkataan Arab yang sudah dipelajari.


Sitkom Ana Enta arahan Sabri Yunus.

Sitkom yang akan menemui penonton bermula 1 Julai ini akan ke udara setiap Ahad, jam 8.30 malam yang membariskan pelakon hebat seperti Sabri Yunus, Betty Banafe, Munir, Kristina Vinokree, Angelina Tan, Along Eyzendy dan Khusairy Chua.

Sabri berkata, untuk mendapatkan hasil yang baik dia perlu mencari pelakon yang bukan pelawak tapi lebih kepada pelakon komedi. Walaupun perlu berlawak, pada masa sama, pelakon komedi masih boleh membawakan watak mereka dengan berkesan.

Teater Culik,6 - 8 Julai 2012

Luar Kotak Production akan akan mementaskan teater berjudul Culik dari 6 hingga 8 Julai 2012, jam 8.30 malam di Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

Penulis skripnya, Abdul Walid Ali berkata idea untuk menghasilkan skrip ini tercetus apabila menyaksikan kejadian culik yang berleluasa dalam masyarakat sekarang.


Sinopsis Teater Culik

Culik mengisahkan kehilangan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun, Puteri yang diculik ketika sedang pulang ke rumah. Penculiknya cuba mendapatkan wang tebusan daripada bapa Puteri, tetapi bapanya enggan membayar wang tebusan.

Puteri kemudian tinggal bersama penculik itu dan akhirnya ibu Puteri yang membayar wang tebusan yang diminta penculik.

Bayaran masuk untuk menonton adalah secara sumbangan sebanyak RM15. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi 019-2561869 (Walid) atau menerusi e-mel abdulwalidali@gmail.com.

Culik dibintangi tiga pelakon iaitu Sri Putri Mayangsari (Puteri), Hakimi Amin (Jai) dan Fathi Shafie (Mat) dan akan dipentaskan selama sejam.

Sinopsis X Janda-Jandaku Gangster (Filem 2012)

Sinopsis X Janda-Jandaku Gangster

X Janda-Jandaku Gangster mengisahkan Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan ’isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain, ’hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya.

Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh – berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki. Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali.

Sinopsis X Janda-Jandaku Gangster (Filem 2012)

Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya. Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa? Semuanya bakal terjawab dalam komedi romantik yang penuh bermesej ini.

Memey Suhaiza gembira disahkan hamil

Pelakon Memey Suhaiza kini hamil enam minggu oleh doktor. Memey melahirkan rasa syukur apabila dikurniakan anugerah terindah itu selepas sembilan bulan mendirikan rumahtangga dengan Norman Hakim.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya. Terus-terang pada awalnya Memey memang tak sangka Memey mengandung. Namun setelah melakukan ujian kehamilan kali kedua dan disahkan positif, Memey gembira sangat-sangat.


“Pada mulanya, Memey buat ujian kehamilan sendiri sebab lambat datang bulan. Memey tergerak hati nak lakukan ujian kehamilan. Masa buat itu, debaran dia lain macam saja. Tidak dinafikan, Memey rasa takut dan berdebar sangat. Bila positif, Memey beritahu abang Norman dan dia teruja sangat.

“Sejujurnya, bila keputusannya positif, Memey tak percaya dan bagi mendapatkan kepastian, kami pergi ke klinik dan doktor memang mengesahkan Memey hamil. Memey menangis kerana gembira sangat-sangat.

"Begitu juga dengan abang Norman, dia gembira sangat dengan berita ini. Anak-anak pun seronok sebab mereka nak dapat adik,” ujar Memey yang kini sibuk menjalani penggambaran drama 13 episod, ‘Jerangkap Cinta’.

“Sejak kebelakangan ini Memey sangat sibuk dengan penggambaran drama. Memey dah tandatangani kontrak dan mempunyai komitmen sehingga hujung Julai depan. Abang Norman risau juga dengan keadaan Memey dan dia selalu ingatkan Memey supaya makan ubat. Dia juga pesan kepada kru produksi supaya tolong jaga dan tengokkan Memey di set,” katanya.

Abby Abadi belum bersedia masuk PAS

Banyak artis sudah menyertai perjuangan PAS.

Namun, Abby Abadi berkata, belum sampai masanya lagi untuk menyertai Pas seperti yang dilakukan oleh beberapa selebriti sebelum ini. Abby lebih bersedia menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan saya tak nak (jadi ahli Pas) atau nak mengelakkan (menyertai Pas) tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

"Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan.

“Sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli Pas," katanya.

Tambah beliau: "Apabila saya betul-betul faham baru akan sertai. Bukan tak nak masuk… sabar ya."

Beliau berkata demikian sewaktu diasak pelbagai soalan bila akan masuk Pas semasa sesi dialog berkongsi pengalaman penghijrahan bersama Abby Abadi di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.

Hadir sama, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.

Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran Pas dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan.

“Bukan sahaja bergandingan bersama mereka tetapi juga pernah berkongsi pentas ilmu dengan selebriti seperti Bob Lokman. Saya bangga abang Bob (Bob Lokman) dan Kak Aishah (Wan Aishah Wan Ariffin) menyertai Pas selepas mereka faham apa yang diperjuangkan.

“Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang bercakap macam-macam mengenai mereka, cakap tak sedar diri dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah. Namun bila bersama mereka tidak pernah mereka memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian,” katanya.

Menurutnya, hasrat beliau kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.


Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

"Saya sendiri tidak suka melihat berlaku perpecahan antara orang Melayu serta sesama Islam," katanya.

Dalam majlis itu, Abby turut menerima senaskhah buku Munajat Pejuang yang disampaikan Mohd Nasir sebagai simbolik pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah. ~ SH

Raja Azmi - Jalani akhirnya bercerai talak satu

Raja Azmi Raja Sulaiman diceraikan oleh suaminya, Mohd. Jalani Mohd. Sidek dengan talak satu hari ini yang juga merupakan ulang tahun kelahiran wanita itu yang ke-53.

Lafaz cerai yang diucapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini turut disaksikan oleh anak kedua pasangan itu, Puteri Suaida, 23, dengan linangan air mata.

Mohd. Jalani, 49, mengucapkan lafaz tersebut selepas Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin berpuas hati bahawa tiada lagi kasih sayang di antara pasangan itu dan sering berlaku syiqah (konflik) berterusan sehingga perkahwinan yang dibina sejak 28 tahun itu tidak boleh diselamatkan lagi.

Walaupun berat untuk Jalani melafazkan perkataan itu, namun demi kebahagiaan isterinya, bekas jaguh badminton itu akhirnya merelakan ikatan perkahwinan mereka diputuskan dengan cara sah. Ditemui selepas selesai prosiding, Jalani berkata, keputusan untuk bercerai dibuat atas persetujuan bersama selain tidak mahu melihat Raja Azmi menderita akibat fitnah yang tidak henti-henti.

“Apa yang saya lakukan ini semata-mata kerana mahu melihat kebahagiaannya. Saya tidak mahu dia sengsara akibat tekanan fitnah daripada mereka yang tidak senang dengan kebahagiaan rumah tangga kami. Mungkin perceraian ialah jalan terbaik serta mampu melenyapkan semua cerita tidak benar yang membelenggu hidupnya selama ini.

“Saya reda dengan perpisahan ini dan inilah pengorbanan saya untuknya,” kata Jalani yang kelihatan cukup tenang walaupun berdepan saat genting membabitkan perkahwinan mereka.

Ditanya kemungkinan perceraian berpunca orang ketiga, Jalani berkata: “Perceraian ini tiada kena mengena dengan orang ketiga. Seperti yang saya katakan tadi, keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama serta bukan atas paksaan mana-mana pihak.

“Walaupun bercerai, tapi kami berjanji akan menjadi sahabat baik. Kami masih ada anak dan kami tak mahu perceraian ini memberi kesan tidak baik pada mereka,” kata Jalani sambil memberitahu, anak-anak memahami dan merestui keputusan itu.

Mengulas soal harta sepencarian, Jalani menjelaskan, perkara itu sudah pun dibincangkan sebelum ini dan mereka berpuas hati dengan keputusannya.

Jika orang lain menyambut ketibaan hari ulang tahun dengan hati gembira, namun situasi itu cukup berbeza buat penerbit filem ...Dalam Botol, Cinta 200 Ela dan Black Widow... Wajah Ayu ini. Mana tidaknya, hari jadinya yang ke-53, semalam, disambut di mahkamah dengan ‘hadiah’ gelaran janda yang amat ditakuti kebanyakan wanita.

“Saya sendiri tidak sedar tarikh yang kami pilih hari ini kebetulan jatuh pada hari lahir saya. Saya anggap ini hukuman yang dihadiahkan kepada saya. Saya anggap dengan hukuman di dunia ini, saya tidak akan dihukum di akhirat nanti,” ujarnya dalam deraian air mata.

Bagaimanapun, menurut wanita berjiwa kental ini, malam sebelumnya dia sempat meraikan ulang tahunnya itu bersama suami dan anak-anak.

Bukan calang-calang wanita mampu memikul gelaran janda. Apatah lagi apabila terpaksa memikirkan cabaran yang bakal terbentang di depan mata. Namun situasi itu tidak pernah melemahkan bekas pramugari ini.

“Saya memang sudah bersedia untuk memikul gelaran janda. Selepas ini, saya mahu melupakan semua peristiwa pahit dan membina hidup baru serta terus berkarya,” katanya menutup bicara.

Sementara itu, ketika prosiding, Shaiful Azli mengesahkan perceraian pasangan itu selepas membenarkan Jalani atau nama sebenarnya, Mohd Jalani Mohd Sidek, 49, selaku defendan melafazkan cerai dengan talak satu iaitu talak rajie terhadap Raja Azmi (plaintif) yang kebetulan jatuh pada hari lahirnya yang ke-53.

Sebelum ucapan cerai dilafazkan, Shaiful Azli meminta pasangan itu bermaaf-maafan sebelum Raja Azmi yang memakai baju kurung bercorak batik dan bertudung hitam sambil menangis menuju ke arah Jalani untuk bersalaman dan mencium tangan lelaki itu. Manakala Jalani dalam keadaan sebak memeluk serta mengucup pipi isterinya.

Dalam penghakimannya, Shaiful Azli berkata, selepas meneliti permohonan dan mendengar keterangan bersumpah dibacakan peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili Raja Azmi, mahkamah membenarkan perceraian atas alasan perkahwinan itu sudah tidak wujud kasih sayang dan berlaku shiqaq’ (perbalahan berpanjangan).

“Mahkamah memuji pasangan ini yang akan terus berkawan walaupun sudah bercerai nanti, jangan menjadikan perceraian oleh pihak-pihak untuk bermusuh kerana kamu berdua sudah berkahwin hampir 30 tahun tetapi sayang hubungan ini tidak dapat diselamatkan.

“Perlu ambil iktibar, pasti ada bahagian dalam perkahwinan yang tidak sempurna yang memerlukan kedua-dua pihak muhasabah diri semula dan hidup aman damai selepas ini,” katanya.

Berikutan itu, Shaiful Azli mensabitkan perceraian antara plaintif dan defendan dengan talak satu iaitu talak rajie pada jam 3.30 petang dan plaintif diarahkan untuk beriddah selama tiga bulan bermula semalam.

Terdahulu, Roslizam yang membacakan fakta kes memaklumkan, anak guamnya memfailkan permohonan bercerai itu selepas pelbagai spekulasi melanda perhubungan mereka menyebabkan tiada persefahaman sehingga wujud shiqaq antara satu sama lain.

Roslizam berkata, plaintif dan defendan sudah berbincang dan mengambil masa lama untuk memutuskan mengenai perkara itu malah mereka bermuafakat boleh meneruskan kasih sayang sebagai kawan, bukannya sebagai pasangan suami isteri. Kesemua fakta kes itu dipersetujui Jalani yang tidak diwakili peguam dan tidak membantah atau meminda sebarang kenyataan apabila ditanya hakim syarie.

Raja Azmi memfailkan permohonan untuk bercerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, dua hari lalu dan Jalani menerima surat sumpah terbabit pada jam 2 petang, semalam dan bersetuju dengan tuntutan isterinya itu.

Pasangan itu hadir bersama dan tiba di mahkamah kira-kira jam 3 petang, ditemani anak kedua mereka, Puteri Suaida, 23, dan selepas tamat prosiding setengah jam kemudian, mereka meninggalkan perkarangan mahkamah menaiki sebuah kereta pacuan empat roda.

Jalani dan Raja Azmi bernikah di Kamunting, Perak pada 22 Disember 1984 dan dikurniakan tiga anak iaitu, Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23 dan Megat Deli, 18. Mereka juga memiliki seorang cucu berusia setahun, Muhammad Akid Mohd Shadan.

Raja Azmi - Jalani fail perceraian

Produser terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dan suaminya, Jalani Sidek, 48, hari ini telah bersepakat untuk memfailkan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro, Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama. Malah, mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.

Keputusan tersebut dibuat selepas peserta MasterChef Selebriti Malaysia ini kerana tidak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suaminya sebagai lelaki dayus.

Kontroversi juga tidak putus-putus melanda rumah tangga mereka hingga hubungan kami suami isteri yang terjalin tidak lagi seperti dulu.

Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua tetapi turut membabitkan keluarga.

Antara kontroversi tersebut ialah tuduhan bahawa Raja Azmi mempunyai skandal dengan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim sedangkan menurut produser itu, ia adalah tidak benar sama sekali.

Sejak kontroversi itu tersebar terutama di internet, Jalani dilabel sebagai lelaki dayus dan takut isteri.

"Tuduhan itu sangat keterlaluan dan saya tak sanggup membiarkan orang terus mencemuh Jalani. Selama ini ramai saudara-mara dan sahabat karib tahu Roslin sudah macam ahli keluarga kami," jelas Raja Azmi.

Raja Azmi turut berkata semua tuduhan itu menimbulkan tekanan yang sangat berat buat dirinya dan Jalani.

Keadaan bertambah rumit apabila awal tahun ini, tersebar pula berita bahawa Jalani dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain dan berikutan kontroversi itu, ikatan suami isteri antara mereka mula masuk ke tahap dingin.


"Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh. Jalani suami yang sangat penyayang dan ayah yang baik. Jadi saya tak rela lagi melihat reputasi Jalani terjejas dengan kemelut kontroversi yang melanda," tambah penerbit filem ... Dalam Botol itu lagi.

Raja Azmi dan Jalani bernikah di Taiping, Perak pada 23 Disember 1984. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.

Sitkom drama komedi Keluarga Iskandar, Astro Prima

Drama komedi 15 episod Keluarga Iskandar

Sitkom Keluarga Iskandar berkisar mengenai Mak Jah (Kismah Johar) seorang ibu yang tegas tetapi penyayang serta nenek yang bertindak menyatukan anak-anak, menantu dan cucunya walaupun terdapat perbezaan di kalangan mereka.

Keluarga Iskandar diarahkan oleh Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin. Buat kali pertama juga, sitkom itu dipersembahkan dengan cara terbaru apabila disisipkan elemen 'mockumentari'. Elemen itu memaparkan setiap watak bercerita dan menjelaskan apa yang berlaku kepada keluarga mereka.

Barangkali, pada episod awal ia kelihatan janggal kepada penonton namun ia sebenarnya amat menarik. Keluarga Iskandar mengisahkan kehidupan sebuah keluarga Melayu yang diketuai oleh Mak Jah dan menetap di Iskandar, Johor.

Menurut Khairul, dalam keluarga itu ada Abang Long yang bernama Aziz Iskandar (Hilal Azman) dan dia ada seorang anak, diikuti oleh Azman Iskandar (Sobri Anuar) yang berkahwin dengan Kamariah Abdullah (Susan Lankaster) dan Azura (Anita Baharum) yang bersuamikan Kamal (Azhar Sulaiman). Tiga lagi anak Mak Jah ialah Uda berada di luar negara, Azlan (Zain Ruffedge) yang beristerikan Nur (Kuni) dan si bongsu Adibah (Hiera Hassan).

"Ia mengisahkan pergolakan dalam keluarga Iskandar dan apa yang dipaparkan dalam sitkom adalah perkara seharian yang berlaku dalam rumah tangga dan keluarga kita sendiri. Bagaimana Mak Jah yang sangat mengambil berat mengenai anak dan cucunya. Antaranya kisah Azlan yang ingin mengahwini Nur tetapi dia tak mahu bersanding.

"Abang Long yang menduda pula selalu beralah dan dia sanggup berkorban tinggal bersama Mak Jah kerana adik-adiknya yang lain mempunyai keluarga sendiri. Kamal pula baru saja berhenti kerja tetapi dia beritahu kepada isterinya.

"Dia berlagak seperti biasa apabila dia keluar awal pagi dan balik petang kononnya sibuk bekerja. Menjelang hari raya, Kamal juga takut bermain bunga api kerana tragedi yang menimpanya ketika kecil.

"Memandangkan IMIC sebuah bandar moden dan terkini serta untuk menonjolkan kecanggihan hidup masyarakat sekarang, saya selitkan juga penggunaan gajet seperti telefon bimbit pintar dan laman sosial facebook (FB). Suatu hari Mak Jah mendapat hadiah telefon pintar daripada salah seorang anaknya demi memudahkan mereka berhubungan.

"Malangnya pemberian hadiah itu menyusahkan semua anaknya kerana Mak Jah selalu mengirim SMS kepada mereka untuk bertanya apa yang mereka lakukan dan di mana mereka berada. Mak Jah juga sudah pandai menggunakan FB dan perkembangan terbaru itu membuatkan anak-anaknya berasa rimas," katanya.

Tambah Khairul, dia sedaya upaya menyampaikan sitkom itu dalam keadaan santai dan bersahaja.

"Azura ditampilkan sebagai suri rumah yang sibuk menguruskan dua anaknya, tanpa solekan tebal dan rambut bertocang. Saya mahu 'lari' daripada klise di mana duduk di rumah pun masih bersolek mampan. Saya yakin penonton akan menyukai sitkom ini kerana itulah yang berlaku dalam kehidupan sehari kita," katanya.

Konsep sitkom itu adalah idea penerbit KL Motion, Wan Hasliza Wan Hassan.

Keseluruhan penggambaran mengambil masa 36 hari di mana 70 peratus dirakamkan di IMIC dan selebihnya di Kuala Lumpur. Lokasi yang menjadi tarikan dia sekitar bandar raya Johor Bharu, Kota Iskandar, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Danga Bay, Puteri Harbour, Horizon Hills dan Port Tanjung Pelepas.

Keluarga Iskandar akan disiarkan di Astro Prima mulai 3 Julai selama sejam setiap episod.

OST Bukan Bidadari : Babak Cinta -Tengku Adil (Lirik Lagu Tema)



Lirik Lagu Babak Cinta - Tengku Adil

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka

Sinopsis Miss Octopus lakonan Rozita Che Wan (drama TV3)

Sinopsis Miss Octopus

Miss Octopus menceritakan permusuhan di antara Oktober dan Asmira yang berpunca daripada sebuah insiden kecil yang berlarutan menjadi konflik besar. Kisah bermula apabila Cik Oktober, seorang wanita berumur lingkungan 35 tahun yang juga pensyarah Asmira, sering kali mencari kesalahannya sehinggakan gadis itu hilang sabar dan menggelarkan Oktober sebagai Miss Octopus.

Miss Octopus TV3

Persengketaan mereka menjadi semakin kelam kabut apabila seorang pensyarah tampan, Dr Shah Reza mula mengajar di fakulti mereka. Cik Oktober yang sebelum ini terkenal dengan sikap panas baran dan tidak percayakan cinta hanya kerana takut untuk melahirkan bayi, mula berubah setelah jatuh hati pada Dr Shah Reza. Sikap Cik Oktober kini tidak ubah seperti perigi mencari timba. Malahan, penampilan dan perangainya juga berubah secara mendadak sehingga kelihatan seperti seorang perempuan yang gedik. Bahkan, setiap peluang yang ada digunakan Cik Oktober untuk berkepit dengan Dr Shah Reza sehinggakan beliau sanggup memasak dan menyediakan bekalan sematamata untuk diberikan kepada jejaka pujaan hatinya.

Namun begitu, Dr Shah Reza yang sememangnya sedar akan minat Cik Oktober terhadap dirinya, tidak begitu selesa dengan sikapnya. Dia sering melarikan diri bagi mengelak bertemu dengan Cik Oktober. Hakikatnya, Dr Shah Reza lebih tertarik dengan Asmira yang tidak kecoh dan serius dalam pelajaran. Baginya wajah Asmira seakan-akan seseorang yang pernah dikenalinya dulu.

Malangnya, Cik Oktober mula perasan akan kemesraan di antara Dr Shah Reza dan Asmira. Ini membuatkan perasaan benci dalam diri Cik Oktober terhadap Asmira semakin membuak-buak. Apabila Asmira diundang untuk makan malam bersama Dr Shah Reza, tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju menerima pelawaan itu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr Shah Reza atau dia sengaja ingin menyakitkan hati Cik Oktober?

Drama bersiri menarik Miss Octopus diarahkan Jamal Khan dan skrip Azlina Pa'Wan. Pelakon drama Miss Octopus hebat seperti Rozita Che Wan, Nabila Daly, Fahrin Ahmad, Nas T, Talha Harith, Dottie, Faralyna Idris, Sophie Hana, Usop Wilcha, Rizz Amin dan Maimon Mutalib.

Jangan ketinggalan untuk menonton drama lucu Miss Octopus mulai 24 Jun 2012, setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan Miss Octopus boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Teaser Miss Octopus

Biodata Profil Nuremy Nadia Ramli (Pelakon HACKS)

Biodata Profil Nuremy Ramli

Nuremy Ramli

NAMA: Noreminadiya Ramli
TARIKH LAHIR: 7 April 1986
ASAL: Sungkai, Perak
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) FILEM: Castello, Maut, Senjakala, Cinta Ekstra, Halimunan, 3 Temu Janji, Nongkrong, X dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang
ANTARA DRAMA: Rambong, Impian Raya Emelyn, Ana Lulu, Dendam Orang Minyak, Gerak Khas, Delima Wanita, Bola Cinta, Atas Nama Cinta, Janji Kekasih & Cinta Buat Emelda

Program Rasa Halal Antarabangsa musim ke-4, dihos Heliza Helmi

Program Rasa Halal Antarabangsa Astro Oasis musim yang keempat dihoskan oleh Heliza Helmi

Program terbaru selama 26 episod itu bertujuan untuk memudahkan rakyat negara ini yang ingin melancong ke lima negara iaitu Turki, United Kingdom, Perancis, Australia dan Korea Selatan serta mendapatkan informasi berhubung lokasi yang menyediakan makanan halal serta kemudahan beribadah.

Heliza Helmi

Berdasarkan kepada kajian Astro Oasis, rakyat Malaysia gemar melancong ke lima negara berkenaan dan tentu sekali mereka tercari-cari di manakah lokasi makanan halal.

Heliza berkata, bergelar pengacara bagi rancangan Rasa Halal Antarabangsa siaran Astro Oasis merupakan satu peluang luar biasa apabila dia dapat meneroka pelbagai jenis makanan di lima buah negara.

Pengalaman berada di Turki, United Kingdom, Perancis, Australia dan Korea Selatan itu amat menarik kerana dia juga dapat melihat perkembangan Islam di negara berkenaan.

“Ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga dan bernilai buat saya. Bukan mudah untuk saya merasai kepelbagaian makanan halal yang terdapat di tempat orang. Ia amat menakjubkan,” katanya

Rasa Halal Antarabangsa terbitan syarikat produksi E-Style Sdn Bhd ini bakal menemui penonton pada setiap Khamis bermula 28 Jun ini di Astro Oasis (saluran 106) pukul 7.30 malam.

Datuk Aziz Sattar dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU)

Datuk Aziz Sattar mengalami masalah sesak nafas dan dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Ampang sejak Sabtu lalu.

Anaknya, Fandakiah, 44, berkata, Aziz Sattar atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Ajis terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang setelah mengadu sesak nafas.



"Pada mulanya dia mengadu penat, selepas itu nafasnya mula tidak teratur dan kami menghantar ayah ke hospital. Ayah sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang penyakit.

"Setakat ini, keadaannya masih stabil. Namun masih dalam pengawasan pihak hospital. Buat masa ini, dia tidak mahu menerima sebarang pelawat daripada pihak media dan ingin berehat," katanya lagi.

Berita mengenai keadaan kesihatan beliau diketahui menerusi Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon veteran, Osman Kering, 57, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada organ.

Biodata Profil Jefrydin (penyanyi 60-an)

Biodata Jefrydin

Nama sebenar: Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman

Asal: Jalan Sophia, Singapura

Keluarga: Anak sulung daripada dua beradik

Isteri: Rashidah Abdullah

Anak-anak: Raden Arjuna Mirko,(pramugara), Raden Wira Sukma, (mahasiswa di Universiti Selangor) dan Raden Ratna Sari Dewi.

Antara albumnya: Seruling Anak Gembala, Kenanganku, Seruling Bambu, Sendiri, Jessi 10 Pujaanku (1979), Mas Mona 1 (1993), Pertemuan (1994), Tiada Bayangan Cinta (1997), Nostalgia Hari Raya Bersama Artis Legenda (1999) dan Mas Mona II (1999)

Filem: Aksi Kucing (1966), Kisah Seorang Biduan (1980) dan Penagih Dadah (1980)

Anugerah: Separuh Akhir Bintang Radio 1964, Anugerah Seniman Veteran di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006

Penghargaan: Ahli Mahkota Perak (AMP) dari Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2002





Jefrydin adalah penyanyi 60-an yang terkenal dengan lagu Kenanganku, Mengapa Termenung dan Seruling Anak Gembala.

Lagu-lagu dendangannya, baik yang dirakam bersama kumpulan The Siglap Five mahupun secara solo tetap segar hingga kini.

Jessica Simpson Semakin Gemuk

Jessica Simpson Makin Gemuk

Berat badan jessica Simpson naik dengan mendadak setelah melahirkan anak sulungnya, Maxwell Drew Johnson pada awal Mei 2011 sehingga membuatkan penyanyi berusia 31 tahun itu gelisah.

Menurut laopran Dailymail, Jessica nekad untuk menurunkan berat badannya sebanyak 23 kilogram dalam tempoh lima bulan.



"Saya mahu berat badan kembali normal seperti dahulu iaitu 58 kg sebelum Disember ini," katanya.

Hal itu membuatkan Jessica kerap menghabiskan masanya di gim, malah tunangnya, Eric Johnson sanggup membiayai sebanyak RM17 ribu untuk mengupah seorang jurulatih peribadi, khas untuk penyanyi itu.

Baru-baru ini, foto terbaru Jessica yang berada di Harley Pasternak, Hollywood telah menunjukkan tubuh badannya tidak secantik dahulu.

Erra Fazira enggan komen kenyataan suami

“Saya enggan memberi sebarang komen mengenai rumah tangga kerana ia terlalu peribadi. Setiap bait jawapan saya kelak, bimbang disalah erti dan memberi kesan buruk. Harap semua pihak faham,” kata aktres dan penyanyi popular, Fazira Wan Chek, 38, atau Erra Fazira.

Erra meluahkan rasa hatinya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan Berita Minggu yang cuba mendapatkan reaksi bintang popular itu susulan pengakuan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang menafikan berkahwin lain, tersiar dalam akhbar tempatan.

Dalam SMS itu, Erra mempertahankan pendirian untuk tidak mengulas lanjut isu rumah tangganya serta berharap semua pihak memahami situasi dihadapinya.

Berita Harian semalam melaporkan, Emran menafikan berkahwin lagi seperti yang dihebohkan.

Emran menjelaskan, selama ini, beliau enggan bersuara kerana tidak mahu membesarkan isu yang tidak benar.

Bagaimanapun, katanya, beliau terpaksa membuat ulasan selepas melihat isu rumah tangganya makin hebat diperkatakan.

Emran mendakwa, beliau dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil, malah beliau pulang ke rumah setiap hari.

Ini kali pertama Emran mengulas isu rumah tangganya selepas lama berdiam diri.

Spekulasi pergolakan rumah tangga Erra yang mula dikenali menerusi filem Sembilu timbul selepas ada pihak mendakwa Emran berkahwin lain. Bagaimanapun, gosip itu disangkal Erra sambil meminta semua pihak mendoakan yang terbaik kepada mereka.

Erra dan Emran bernikah pada 10 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, berusia tiga tahun.

OST Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS)

Lirik Lagu Hanya Aku Cintakan Kau Seorang - Farique Nadzir

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu



OST Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS)

Hairie Othman masuk Pas

Hairie Othman sertai Pas

Selepas Amy Search dan beberapa rakan artis menjadi ahli Barisan Nasional (BN) tidak lama dulu, kini tiba giliran Hairie Othman mengikut jejak langkah mereka.

Bezanya parti politik yang menjadi pilihan pelakon drama Waris itu ialah Pas. Penyertaan Hairie dan seorang lagi aktor, Zulkifly Ismail disahkan dalam Harakah Daily.

Hairie Othman masuk Pas

Kedua-dua pelakon itu akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 Julai.

Cinta Akhir - Iz Sulaini Official Music Video + Lirik

MTV Cinta Akhir - Iz Sulaini



Lirik Lagu Cinta Akhir - Iz Sulaini


Verse:

Melangkah pergi

Tiada pasti

Ku kan berani mencari erti hidup

Ketika aku

Mengenangkan mu

Masih terkurung

Sekian lama

Walau telah kau lepaskan aku pergi

Takkan ku tunggu, kan cinta mu yang telah hapus

Pre- Chorus:

Ku coba untuk, melupakan mu,

Bayanganmu makin menjauh

Chorus:

Cinta, tak akan ada nya

Cinta, yang sama cinta pertama,

Ku cari ku rela

Sepanjang hidup ku

Oh Cinta, tak akan kembali

Kisah, yang pernah kau beri pada ku,

Telah terkubur

Semua, telah berakhir

Bridge:

Selamat tinggal kekasih

Kerna kini ku telah mengerti

Bahawa semua, cerita,

Telah berakhir

Chorus:

Cinta, tak akan ada nya

Cinta, yang sama cinta pertama,

Ku cari ku rela

Sepanjang hidup ku

Oh Cinta, takkan kembali nya

Kisah, yang pernah kau beri pada ku,

Telah terkubur

Semua,

Segalanya,

Derita, telah berakhir

Teater Super Kam & The League of Extraordinary Femmes,28 Jun - 1 Julai

Daphnie Iking akan berlakon dalam pementasan Super Kam & The League of Extraordinary Femmes.

Teater komedi itu bakal dipentaskan di Black Box @ MAPS KL, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur bermula dari 28 Jun hingga 1 Julai depan, pukul 8.30 malam.

Teater Super Kam & The League of Extraordinary Femmes

Ia mengambil ilham daripada kes mahkamah Daphnie Iking yang membabitkan bekas suaminya dan seorang tokoh korporat yang didakwa menggoda Daphne.

Pementasan itu turut diterajui oleh pelawak handalan iaitu Joanne Kam Poh Poh, Jo Kukathas, Joanna Bassey, Maya Tan dan Shamaine Othman.

Dalam pementasan itu beliau akan memegang watak wanita idaman lelaki (wet dream girl) yang akan diterjemahkan dalam sebuah komedi spontan.

Sementara itu Joanne mengakui turut simpati dengan tohmahan yang terpaksa ditanggung oleh teman rapatnya itu sehinggalah dia terpanggil untuk menjadikan kisah tersebut sebagai bahan jenaka melalui pementasan terbabit.

"Saya suka menggunakan kisah peribadi sebagai bahan jenaka. Sebagai sahabat, saya banyak menggunakan Daphne sebagai 'mangsa' lawak jenaka saya.

"Untuk pementasan kami kali ini, saya mahu Daphne menjadi gadis GRO yang dilanggan bekas suaminya," ujarnya sambil ketawa.

Diterbitkan oleh ToniQ Creative, Super Kam & The League of Extraordinary Femmes turut memaparkan sketsa yang menyentuh isu-isu politik dan sosial semasa.

Tiket-tiket berharga RM58 dan RM68 boleh diperoleh dengan menghubungi TicketPro hotline di talian 03-7880-7999, atau layari www.ticketpro.com.my

Dibah Lori Sinopsis, Cerekarama TV3 lakonan Neelofa

Sinopsis Dibah Lori

Dibah Lori berkisar tentang Dibah, anak perempuan tunggal Cik Gayah. Mereka anak-beranak bekerja bersama-sama di ladang sayur-sayuran. Dibah yang memandu lori kecil milik bapanya untuk menghantar sayur-sayuran ke pasar.

Tanpa pengetahuan ibunya, Dibah memang sedari dulu bercita-cita untuk menjadi pemandu lori seperti arwah bapanya. Dibah berimpian untuk menyimpan wang yang mencukupi bagi masa depan keluarganya.

Suatu hari, Bob seorang pemuda yang suka membuli Dibah, telah cuba merogol Dibah tetapi Dibah bernasib baik kerana diselamatkan seorang pemuda kampung yang baik hati.



Apa yang terjadi seterusnya? Saksikan Dibah Lori di TV3!



Drama Dibah Lori dibintangi Qushairy Razali (Qi), Neelofa, Intan Ladyana, Wan Maimunah dan Idzham Ismail.



CEREKARAMA DIBAH LORI (TV3, 10PM)
Dibah is Cik Gayah’s only daughter and they both work in their vegetable farm. Dibah drives her father’s small lorry to transport their produce to the market.

Unknown to her mother, Dibah has always wanted to be a lorry driver just like her late father. Her big plan is to be able to earn enough money for the family.

One day, Bob, who always teases Dibah, tries to molest her but the village nerd saves her. Dibah then challenges Said to make something of himself.

Starring Qushairy Razali (Qi), Neelofa, Intan Ladyana, Wan Maimunah and Idzham Ismail.

OST Naziha : Terlalu Mencintaimu - Suki Low (Lagu Tema)



Lagu Tema Drama Bersiri Naziha di TV3

Lirik Lagu Terlalu Mencintaimu - Suki Low

Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa menitiskan air mata
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkanku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulusku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut ke dalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat... Sayang

Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa menitiskan air mata
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkanku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulusku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat.. Sayang

Jom baca sinopsis Naziha di sini

Sinopsis Naziha, drama TV3, slot Zehra

Sinopsis Naziha

Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.

Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.

Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.

Naziha

Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?

Drama Naziha bermula pada 15 Jun 2012, setiap hari Jumaat jam 9 malam di TV3

Drama bersiri Naziha 13 episod terbitan OrangeTree Production yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Zarihah Hassan membariskan pelakon berbakat seperti Izara Aishah (Naziha), Ryzal Jaafar (Adam), Erry Putra (Farouk), Zain Saidin (Amri), Amar Baharin (Akmal), Nik Zaris Nellydya (Vina), Nadia Kesumawati (Fauziah), Dilla Ahmad (Latifah) dan Mustapha Kamal (Cikgu Nordin).

Pelakon Aeril Zafrel kini dalami ilmu agama

Pelakon Aeril Zafrel mengaku dalam proses membersihkan hati serta mendalami ilmu agama.

Aeril Zafel berkata, keputusan itu dibuat selepas mimpi malamnya sering didatangi oleh arwah ibunya yang menegur kesilapan yang dilakukan.

"Sebelum ini saya sudah beberapa kali didatangi oleh arwah ibu saya dalam mimpi.

Aeril Zafrel dalami ilmu agama

"Dalam mimpi itu, dia sering menegur kelakukan saya yang banyak membuat silap supaya tidak terus hanyut.

"Saya pun sedar jika saya tidak berubah dari sekarang, mungkin saya akan lebih tersasar jauh.

"Jadi kini saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan serta mendoakan yang terbaik buat arwah supaya kuburnya tidak akan gelap dan sempit.

"Namun penghijrahan saya bukan sahaja kerana mimpi itu tetapi kerana keinsfan diri saya yang mengenangkan atas kesilapan yang lalu," katanya.

Sudah tiga bulan Aeril Zafrel mempelajari dan menghadiri kelas agama di beberapa tempat pusat pembelajaran agama di dalam Malaysia.

Namun, Aeril Zafrel berkata dia masih lagi boleh terima jika perlu bersentuhan dengan bukan muhrim kerana tidak mahu terlalu drastik menunjukan penghijrahnnya.

"Saya akui banyak lagi kesilapan yang perlu saya perbaiki dan ramai yang sudah mengenali siapa saya sebenarnya dahulu.

"Jadi saya tidak mahu nampak terlalu poyo apabila mengambil keputusan untuk berhijrah.

"Biarlah ianya berlaku secara perlahan kerana saya juga perlu memenuhi beberapa tuntutan kerja sebagai seorang pelakon," luahnya lagi.

Uji bakat pencarian Bintang Klasik 2012

Ujibakat Bintang Klasik 2012

Memasuki tahun keenam penganjurannya, uji bakat pencarian Bintang Klasik 2012 bakal bermula di seluruh negara.

Program dwitahunan yang diselangselikan penganjurannya dengan Pertandingan Bintang Nostalgia diadakan sejak 2007 lalu itu kini membuka penyertaan kepada warga negara Malaysia berusia 16 hingga 35 tahun. Peserta juga diminta mendendangkan lagu-lagu ciptaan tempatan kategori malar segar yang dirakam sekitar era 50-an, 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an saja.

Bakal menjadi lokasi pertama uji bakat, RTM akan menjelajah ke bahagian utara terlebih dulu iaitu bertempat di RTM Perlis pada 23 Jun ini. Juga berlaku serentak, uji bakat pada hari sama akan diadakan di RTM Kota Kinabalu, Sabah dan dilanjutkan pada hari esoknya, 24 Jun, untuk lokasi Kota Kinabalu. Manakala, lokasi lain termasuklah RTM Pulau Pinang (24 Jun), manakala uji bakat akan diadakan serentak pada 30 Jun ini untuk lokasi RTM Kedah, RTM Perak, RTM Negeri Sembilan dan RTM Melaka.

Sekiranya terlepas peluang untuk ke uji bakat di lokasi-lokasi yang dinyatakan, peluang masih dibuka menerusi uji bakat pada 1 Julai di RTM Kelantan dan Auditorium P Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Uji bakat seterusnya pula berlangsung di RTM Terengganu pada 7 Julai dan di RTM Pahang (8 Julai).

Buat penduduk di selatan tanah air pula, uji bakat akan diadakan pula pada 14 Julai ini di RTM Johor. Tirai uji bakat akan ditutup dengan pencarian di lokasi iaitu RTM sekitar negeri Sarawak pada 15 Julai. Uji bakat akan bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

Untuk pertandingan akhir pada tahun ini, habuan lumayan menanti finalis yang dijangkakan berlangsung sekitar September nanti. Hadiah tempat pertama menawarkan wang tunai berjumlah RM10,000 serta trofi, tempat kedua RM7,000 serta trofi manakala tempat ketiga RM5,000 serta trofi. Tidak ketinggalan, sembilan hadiah sagu hati bernilai RM1,500 serta trofi disediakan kepada finalis.

Biarpun arus modenisasi semakin rancak, penganjuran program ini diharapkan mampu menyegar semangat dan menyemai kecintaan terhadap lagu-lagu malar segar terutamanya kepada generasi muda. Program seperti ini seharusnya perlu sentiasa dianjurkan dari semasa ke semasa agar budaya dan tradisi lama tidak luntur ditelan zaman.

Kebelakangan ini, golongan remaja dan belia terutamanya semakin melupakan lagu-lagu berentak malar segar, klasik, asli dan juga tradisional. Mereka lebih gemar mende­ngar serta mendendangkan lagu-lagu berentak moden dan terkini yang pada firasat mereka, lebih dekat dan sesuai dengan cita rasa. Malah di corong-corong radio juga kita lebih kerap dialunkan dengan lagu-lagu moden berbanding lagu berentak ini.

Penyertaan kini dibuka dan borang sudah mula diedarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berhampiran anda. Jangan lupa bawa bersama gambar berukuran pasport sewaktu uji bakat diadakan nanti. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubu­ngi 03-22887836.

Program Rooftop di NTV7 mulai 6 September 2012

Program Rooftop menemui penonton setiap Khamis, jam 8.30 malam di ntv7 bertemakan santai dengan menggunakan muzik akustik.

Berbeza rancangan nyanyian lain, Rooftop akan mula bersiaran 6 September ini. Ia membawakan penonton melihat persembahan artis popular tanah air menyanyi atas bumbung bangunan berlatar-belakangkan keindahan panorama dan bangunan pencakar langit di tengah kota raya Kuala Lumpur. Rooftop menampilkan dimensi baru dan lama dunia nyanyian termasuk Aizat, Estranged, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Adira, Awi Rafael, Hafiz dan Bunkface OAG sepanjang 13 episod rancangan itu.

Penerbit program Rooftop, Khairul Anuar Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Susu berkata, konsep program Rooftop pertama direalisasikan di stesen TV di Malaysia.

"Sering kali kita melihat artis kita membuat persembahan mereka di acara pentas seperti konsert, majlis keramaian, pertandingan, pesta mahupun di karnival. Namun agak pelik jika mendengar mereka bakal melalak di atas bumbung. Benarlah kalau di namakan penyanyi berbakat campak ke mana pun mereka tetap akan menghiburkan peminat mereka. Itulah dimensi baru yang bakal penonton saksikan di dalam program Rooftop.

"Bagi saya, konsep nyanyian di atas bumbung sememangnya berbeza kerana ia seolah-olah menggambarkan kebebasan seseorang penyanyi. Bersiaran selama setengah jam untuk setiap episod, Rooftop bukan saja menyajikan persembahan penyanyi malah membawa penonton mendekati artis kesayangan mereka dengan genre dokumentari-muzikal. Rooftop dilihat mampu menarik ramai penonton kerana pendekatannya segar, lebih mesra dan menyeluruh melalui temubual artis bersifat peribadi dan kerjaya serta pilihan lagu hits yang dirakam secara live," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan di ntv7 sila layari laman sesawang www.ntv7.com.my dan tonton semula rancangan kegemaran di www.tonton.com.my serta ikuti perkembangan terbaru ntv7 melalui akaun Facebook dan Twitter.

Teater Primadona...Perahu Mimpi ( teater puisi tari),22 - 26 Jun 2012

Pementasan teater puisi tari, Primadona.. Perahu Mimpi karya teater naskhah Rahimah Muda arahan Zamri Pangat bakal menampilkan deretan pelakon hebat termasuk kemunculan semula Que Haidar yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk `bersara' daripada dunia lakonan.

Teater amal yang dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, bermula 22 hingga 26 Jun ini turut dibintangi Emelda Rosmila, Maulana AF, Emma AF, Hady Tahir selain penuntut kelas Linda Jasmine (LJ) Studio serta penari daripada Triple A Entertainment.

Teater ini berkisar seorang wanita bernama Primadona yang membuka sebuah rumah hiburan. Dia seorang janda yang mahu menyelamatkan perempuan yang menjadi mangsa rogol atau wanita yang ditolak masyarakat. Bagaimanapun, rumah hiburan berkenaan disalah erti sebagai rumah maksiat.

Pementasan itu direalisasikan dengan kerjasama Pride Foundation, Malaysia Tourism Centre, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara selain penaja lain seperti Avon, Aviva-Active, Sari Ayu, Necafe, Flora Etc dan Veritas Architects Sdn Bhd.

Pas menonton persembahan ini dijual dengan dua harga berbeza iaitu RM80 dan layak mendapat diskaun 20 peratus untuk setiap barangan butik (untuk maklumat katalog sila layari www.aviva-active.com.my dan sah tiga bulan saja) dan RM100 berpeluang memenangi hadiah misteri di pintu masuk dewan.

Que berkata, pada mulanya, dia hanya menjadi jurulatih lakonan untuk teater ini, namun tanpa diduga pengurus studio milik Linda mencadangkan namanya sebagai pelakon.

Teater Primadona...Perahu Mimpi

"Melihat kepada semangat pelakon yang datang dari Johor, saya bertambah bersemangat dan merindui suasana berlakon teater," katanya.

Daripada hasil kutipan keseluruhan jualan pas menonton sebanyak RM10,000 akan didermakan kepada Pride Foundation.

Pas menonton seperti harga yang dimaklumkan boleh diperolehi dengan menghubungi LJ Studio (03-42701777) dan lokasi Butik Aviva-Active (03- 22881120, 03-56318304 dan 03-21417777).

Isteri Que yang juga koreografer tarian, Linda Jasmine turut bertindak sebagai pengarah artistik dan dibantu pengarah tari , Azura Abal Abas. Linda sebelum ini menerusi Linda Jasmine Performing Arts Studio pernah bekerjasama dengan DBKL bagi pementasan teater muzikal KL Energetik pada Mac lalu di Panggung Bandaraya.

Sinopsis filem 8 Jam lakonan Shaheizy Sam

Sinopsis filem 8 Jam

ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak – kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut.

Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak – anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan – rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus – putus cuba untuk berkawan dengannya.

Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya.

Poster filem 8 Jam

Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.

Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco – konco geng tersebut sering menghantui Alang. Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang.

Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’.

Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S) filem komedi romantis

H.A.C.K.S pilih komedi romantis
Kisah mengenai kisah persahabatan yang akhirnya bertukar menjadi percintaan sudah biasa diterjemahkan ke layar perak, cuma apa penting adalah cara suntikan atau garapan pengarah terhadap plot-plotnya.

Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S)

Tampil dengan sebuah filem terbaru berjudul Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S), Metroweatlh Pictures atau MIG mempertaruhkan sekali lagi kisah cinta romantis komedi yang akan ditayangkan mulai hari ini di pawagam.

Masih mengekalkan jalan cerita yang tidak berat dan bersifat santai, persahabatan menjadi tunjang kepada keseluruhan cerita di samping permainan emosi serta kisah sampingan beberapa watak.

Dibarisi wajah-wajah segar termasuklah Aeril Zafrel, Nuremy Ramli, Mon Ryanti, Shima Anuar, Helmy Moin, Kamal Faridz dan pelakon senior, Fezrul Khan, Hacks tidak lari banyak daripada filem-filem romantis komedi sebelum ini.

Namun pujian harus diberi kepada pengarahnya, Ahmad Rusli Khadri atau Ollynn yang cuba menonjolkan betapa cinta tanpa persahabatan mahupun persahabatan tanpa cinta tidak akan berjaya. Diberi peluang menonton H.A.C.K.S pada satu sesi pratonton Isnin lalu, ia percubaan yang cukup baik untuk menunjukkan sisi lain proses jatuh cinta antara dua insan.

Mungkin bunyinya klise tetapi daripada segi konsep kisah cinta tidak terungkap ini, H.A.C.K.S berjaya lari daripada kisah-kisah percintaan lain apabila hubungan Mukhlis (Aeril) dan Murni (Nuremy) berbentuk luar biasa. Keakraban yang terjalin sudah melangkaui tahap persahabatan biasa malah tahap kasih sayang mereka juga berbeza.

Bagaimanapun, bagi Murni, lelaki semua sama saja dan tidak percaya kepada cinta. Tambahan pula, ia berlaku di hadapan matanya di mana Felix (Kamal) menjalin hubungan sulit sehingga isterinya, Stacy (Mon) cuma berdiam saja walaupun baru mendirikan rumah tangga. Disebabkan itu, dia lebih selesa berkawan dengan lelaki sehinggalah satu hari dia mencadangkan kepada Mukhlis untuk mencarikan 'Mr Right' buatnya.

Dari situlah konflik bermula apabila Murni dipertemukan dengan lelaki budiman, Iqwal (Fezrul) dalam satu insiden yang dirancang adik Iqwal sendiri, Zizi (Shima). Tumpuan Murni mula beralih kepada Iqwal dan menjauhkannya sedikit daripada Mukhlis menyebabkan Mukhlis mula rasa seperti kehilangan.

Dalam diam, Mukhlis cemburu kerana Murni nampaknya semakin berbahagia dengan Iqwal dan akhirnya suatu hari dia bertindak melarikan diri daripada Murni serta rakan lain.

Keseluruhannya, kekuatan utama dapat dilihat pada konsep serta garapan idea yang segar dan begitu juga barisan pelakon barunya. Bagaimanapun, daripada segi teknikal, mungkin banyak yang perlu diperkemaskan kerana ada kala transisi babak ke babak sedikit membuatkan penonton agak kurang faham.

Selain itu, dari segi watak itu sendiri, ia sedikit longgar apabila karakter mereka tidak begitu kuat. Ada babak sepatutnya lebih berkesan jika diterjemahkan kepada bentuk monolog berbanding diucapkan sendiri oleh watak.

Menjadi filem keempatnya, Ollynn tidak gentar untuk mengetengahkan pelakon baru sebagai watak utama.

"Sejak uji bakat, saya memilih barisan pelakon itu. Mereka mempunyai kriteria dan potensi untuk setiap karakter, masing-masing mempunyai kekuatan.

"Pada asalnya, filem ini diberi judul Super Duper Lover namun untuk menyesuaikan dengan budaya kita, ia ditukar kepada H.A.C.K.S. Sama juga terhadap pengolahan idea itu sendiri di mana saya banyak menonton kembali cerita-cerita Hindustan kerana ia rujukan terbaik bagi kisah romantis komedi berserta permainan emosi sebegini," ujarnya.

Bagi hero filem ini, Aeril pula berkata inilah filem terakhir di mana dia tidak berbaju. Sedang mendalami bidang keagamaan pada ketika ini, keputusan itu diambil selepas mengambil nasihat daripada gurunya.

"Saya sedar pastinya babak-babak sebegini mengundang sesuatu yang tidak manis. Jadi, biarlah ini menjadi projek terakhir di mana saya tayang badan. Dalam filem ini, terdapat babak saya diminta untuk memakai tuala saja dan apabila difikir kembali, saya rasa kurang selesa.

"Digandingkan buat pertama kali dengan Nuremy dalam filem ini, juga antara cabaran terbesar apabila kami tidak pernah bertemu sebelum ini. Jadi, untuk mencipta keserasian itu, kami diminta keluar bersama secara berkumpulan bagi mengenali karakter masing-masing," jelasnya.

Sinopsis filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter (ALVH)

Abraham Lincoln: Vampire Hunter (ALVH)

Kisah misteri ini bermula apabila Lincoln mendapat tahu daripada ayahnya bahawa datuknya dulu mati dibunuh pontianak malah ibunya turut meninggal dunia dalam satu tragedi yang membabitkan makhluk hitam penghisap darah itu.

Sejak itu, Lincoln mula nekad membalas dendam dan mula mengatur strategi untuk menghapuskan pontianak di merata tempat. Ketika itu, kejadian pembunuhan oleh pontianak berlaku daripada Ohio, New York sehinggalah ke Washington.

Selain itu, sesuatu yang mengejutkan didedahkan apabila kegiatan perhambaan juga membabitkan golongan daripada spesies pontianak yang membunuh hamba-hamba abdi mereka.

Filem menarik ini membariskan pelakon seperti Benjamin Walker, Dominic Cooper, Rufus Sewell, Anthony Mackie dan Mary Elizabeth Winstead. Menariknya, filem ini juga dihasilkan dalam bentuk 3D.



Kisah menarik ini dipetik daripada novel tulisan Seth Grahame-Smith yang terkenal.

Jadi artis tak jamin masa depan - Ryzal Jaafar

Pelakon Ryzal Jaafar berpendapat seseorang artis di negara ini perlu melibatkan diri dalam bidang perniagaan kerana kerjaya sebagai pelakon atau penyanyi tidak mampu menjamin masa depan.

Ryzal atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaafar berkata, memandangkan industri seni di Malaysia tidak begitu besar, ia sedikit sebanyak mengehadkan kerjaya seseorang artis, lebih-lebih lagi apabila terlalu ramai bakat-bakat baru.



"Tidak kiralah sama ada perniagaan yang dijalankan itu kecil atau besar, asalkan ia dapat menjadi jaminan untuk masa depan. Sekurang-kurangnya seseorang artis itu sudah bersedia sekiranya mereka tidak diperlukan lagi dalam bidang seni.

"Lagipun, menjadi seorang artis tidak menjanjikan kemewahan. Saya pelik apabila ramai yang melihat kerjaya ini boleh menyebabkan seseorang menjadi kaya dengan mudah. Benar, ada yang berjaya, tetapi tak semua, bergantung kepada tuah dan rezeki," katanya.

Tambah Ryzal dia mengambil contoh seperti kumpulan adik beradik KRU yang begitu aktif dalam bidang perniagaan walaupun tidak lagi bergiat aktif dalam nyanyian.

Justeru itu, Ryzal bakal membuka perniagaan pakaian mengikut peredaran fesyen terkini dan sebagai permulaan, pelakon drama Naziha (TV3) ini bakal muncul dengan koleksi baju Melayu, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

"Tak sabar rasanya untuk memulakan perniagaan ini. Memandangkan jadual kerja agak padat, saya membuat keputusan untuk menjual baju-baju itu secara online pada bulan Ramadan nanti.

"Selain mengambil contoh KRU dalam cara mereka menguruskan perniagaan, saya turut belajar menerusi perniagaan keluarga saya di Alor Setar, Kedah, iaitu membuka homestay dan perusahaan menjual bantal kekabu.

"Moga apa yang dilakukan ini berjaya, untuk masa depan nanti, Insya-Allah," tuturnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjayanya, Ryzal gembira penglibatannya selama lapan tahun sebagai seorang pelakon memberi satu kepuasan buatnya kerana berjaya mengekalkan kedudukan diri walaupun tidak popular seperti pelakon-pelakon lain.

Malah Ryzal menganggap proses lapan tahun itu sebagai tempoh pembelajaran dan sedikit demi sedikit dia mula mendapat perhatian daripada kalangan penerbit drama.

"Rasa berbaloi sangat apabila penerbit-penerbit drama mula memerhatikan lakonan saya, walaupun harus diakui masih banyak kelemahan yang perlu diasah.

"Dan tempoh lapan tahun bergelar pelakon tanpa banyak publisiti membuatkan kerja saya menjadi lebih mudah tanpa memikirkan masalah kontroversi yang melanda.

"Sebaliknya saya hanya perlu perbaiki kualiti lakonan untuk bersaing secara sihat dengan pelakon-pelakon lain," tuturnya.

Rizal kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Sejadah Dari Mekah dan Hantu Susu yang akan disiarkan pada Aidilfitri nanti. ~ Mstar

Sang Enemy, Hujan album berbeza

Hujan muncul dengan Sang Enemy yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan album mereka sebelum ini menampilkan kolaborasi istimewa bersama penyanyi undangan, Joe dari band The Padangs serta DJ Souljah.

"Inilah kelainan yang kami bawakan dalam album Sang Enemy. Kami mahu mengenengahkan muzik metal dan post-hardcore kepada arus perdana. Kami mengenali The Padang dan ini peluang kami untuk bekerjasama dengan mereka." ujar Noh.

Sang Enemy Hujan

Mengulas lanjut pemilihan DJ Souljah dalam lagu Ke Selatan, Noh berkata "Semangat keakraban itu menjadi tunjang pemilihan mereka dalam album ini. Hubungan itu sangat utuh. Contohnya DJ 1 2, Wise (Teriyaki Boyz & Urbanslice) dan Tarantula (Spontania & Urbanslice) dari Jepun sanggup menyumbangkan kerja seni mereka demi semangat Asia. Ia yang buat kami sangat terharu."

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Janji Kita yang mengetengahkan Yuna yang sedang mencipta nama di Amerika. Elemen rock berat dari lagu tersebut diserikan dengan dendangan merdu dari Yuna.

Tidak dinafikan album keempat yang dihasilkan Hujan ini mengambil masa yang agak lama dan begitu teliti prosesnya. Lagu - lagu seperti Rumah Kita, Mana Mungkin, Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur, DBS, Ke Selatan dan Kembara.

Mereka turut menegaskan yang ini risiko yang perlu diambil oleh kumpulan Hujan kerana sebagai pemuzik, mereka bukan membuat album mengikut kehendak penonton tetapi berharap agar Raingers akan terus menyokong kerjaya mereka.

Pada masa yang sama mereka juga ingin membuktikan muzik keras juga mampu menyampaikan mesej positif seperti elemen keamanan dan perpaduan. Hanya lagu DBS atau Dia Bukan Segalanya yang lebih cenderung bertemakan cinta jika dibandingkan dengan lagu-lagu lain.

Ketika ditanya mengapa Sang Enemy dipilih, Noh menjawab dengan penuh keyakinan bahawa ia mewakili mereka yang tertindas dan kini bangkit untuk melawan balik. Hujan juga turut merancang untuk mengadakan jelajah bagi menghargai para peminat mereka.

Maya Karin sakit mental dalam filem Jwanita

Maya Karin bakal berlakon filem arahan Osman Ali berjudul Jwanita. Memegang watak utama sebagai Jwanita, Maya bakal tampil dengan sisi lakonan yang berbeza apabila menjadi wanita psiko atau penghidap sakit mental dalam filem terbaru terbitan Nuansa Sdn Bhd dan Ehsan Production Sdn Bhd ini.

“Saya memang tak sabar dan teruja nak memulakan penggambaran kerana filem ini memang menarik sekali. Buat masa ini, saya masih lagi mempersiapkan diri dalam mencari watak sebenar Jwanita. Namun, pada masa yang sama, saya tidak sabar nak berlakon watak gila.

Maya Karin cantik

“Saya sendiri sudah mempunyai idea bagaimana nak bawa watak Jwanita dalam filem ini. Apa yang pasti, saya tak suka buat rujukan kerana akhirnya akan tertiru dengan yang asal. Jadi, saya akan mengikut naluri dan kefahaman saya nanti. InsyaAllah, saya akan jadikan plot filem ini menarik,” ujar Maya.

“Watak ini banyak melibatkan babak secara fizikal seperti aksi, pergerakan dan juga banyak menjerit.Justeru, saya pasti watak ini akan memenatkan saya, jadi saya dah mula buat persediaan dari segi mental dan juga fizikal. Saya tak risau mengenai cabaran kerana saya dah mempersiapkan diri dengan kesulitan jiwa Jwanita.Walau bagaimanapun, saya pasti apa yang lebih menarik ialah permainan halus yang bakal saya lakukan dalam filem ini di mana saya perlu menjadi pendiam bagi berselindung dan menutup kejahatan Jwanita,” kata Maya.

Filem Jwanita akan memulakan penggambarannya pada 30 Jun ini.

Bangun Harimau Bangun OST Jangan Ambil Padang Kami Official Video

MTV Bangun Harimau Bangun OST Jangan Ambil Padang Kami



Lirik Bangun Harimau Bangun

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

Korus
Bangun, bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Sfera pun berpusing, musim demi musim
Di padang bertuah ini ku masih bermukim
Bumi yang ku huni ini baktinya keramat
Sakti dan keramat, ku pastikan selamat
Di sinilah duniaku tempat berhabitat
Tempat terbentuknya peribadi juga sifat
Hubungan diikat, minat ligat dipergiat
Tempat belajar memikat dan tendangan lipat
Harimau sekawan aku chill tidak porak
Pemain, penyokong tak lupa pasukan sorak
Kita mungkin tiada darjat, tapi banyak bakat
Budak flat juga mampu ‘tuk berjasa pada rakyat
Jadi harimau sekalian, bulatan, perhatian
Kapitan bisikkan titipan unit perisikan
Asah kuku taring kerna sikit lepas Isyak
Musuh mahu datang rompak bumi yang dipijak
(Bangun harimau bangun)

Ulang Korus

Rombongan mereka besar lengkap bomoh pawang
Datang ‘tuk mencemar rumput dan meroboh gawang
Lagak bersahaja, berjenaka dan ketawa
Seolah-olah harimau malaya tidak bahaya
Ini padanag kami tiada siapa boleh ambil
Yang mencabar sedia ‘tuk dicakar dan dicarik
Susun yang terbaik, sebelas, mulakan randik
Siapa menang dabik, kalah tabik, balik, tiada timbal balik
Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta
Tiada wang bertaruh, bertarungnya demi maruah
Demi aspirasi warga tanah tumpah darah
Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur
Dari mati dalam tidur baik dalam tempur
(Bangun harimau bangun)

Ulang Korus

Yang di hadapan pastikan terus maju
Yang di belakang pastikan terus kukuh
Mereka datang macam tamu, kita jamu
Mereka datang macam musuh kita …

Ulang Korus

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Bangun Harimau Bangun
OST: Jangan Ambil Padang Kami! (Astro Ria, Monday 9pm)
Produced by: Malique for Measat Broadcasting Network Services
Ringtone codes (Maxis only)
Caller ringtone: Dial *131*260803# & send (chorus)
Caller ringtone: Dial *131*260804# & send (verses)

Biodata Profil Erma Fatima (Pengarah,pelakon)

Biodata Profil Erma Fatima

Nama sebenar: Fatimah Rahmad
Tarikh lahir: 14 Mac 1968
Kerjaya: Pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis

Profil Erma Fatima

Anugerah:
- Festival Filem Malaysia ke 11

- Pelakon Wanita Terbaik (1994)

- Festival Filem Malaysia ke-10

- Pelakon Wanita Terbaik (Watak Pembantu) (1992)

- Festival Filem Malaysia ke-9

- Pelakon wanita Terbaik (1991)

- Festival Filem Malaysia ke-7

- Pelakon Pembantu Wanita terbaik (1987)

Status: Berkahwin

Suami: Badaruddin Azmi

Filem (Lakonan): Rozana Cinta 87; Kolej 56; Hantu Siang; Bintang Malam; Fantasia dan Hati Bukan Kristal

Filem (Arahan): Jimi Asmara; Perempuan Melayu Terakhir; Embun dan Diva Popular

Drama TV/Telefilem (Lakonan): Hello, Jangan, Sumaiyah, Haryati dan Daerah Syafiqah

Drama TV/Telefilem (Arahan): Aku Anak Siapa; Mat Pizza; Selamat Pengantin Baru Datuk; Cinta SMS; Antara; Hanya Dikau; Ratu Jamu dan Pengantin Popular

Teater: Hulu Melaka, Lantai T Pinkie, Mencari Juita, Mambo Horse

Pencapaian:

- Pengarah Terbaik Festival Filem Pyongyang (2001)

- Perempuan Melayu Terakhir

- Pelakon Wanita Terbaik FFM11 (Femina) - 1994,

- Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular BH/RTM

- 1993,

- Pelakon Pembantu Terbaik FFM10 - 1992,

- Pelakon Wanita Popular BH / RTM - 1991,

- Pelakon Wanita Terbaik FFM9 (Hati Bukan Kristal) - 1991,

- Pelakon Pembantu Wanita Popular BH/RTM - 1989,

- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM7 (Puteri) - 1987

Biodata Erma Fatima

MTV Seperti Dulu - Forteen + Lirik (Official Video) OST 29 Februari



Lirik Lagu Seperti Dulu – Forteen

Sehari terasa bagai seminggu
Sebulan terasa bagai setahun
Mencari cinta yang gugur
Dari genggamanku

Sejengkal terasa bagai sebatu
Saujana bagai tiada penghujung
Namunku tak putus harapan
Untuk berdampingan lagi

Korus
Seandainya nanti
Kita bertemu kembali
Masihkah kau akan mengenali
Diriku seperti dulu
Dan ketika itu
Mungkinkah dihati sudi
Izinkan ku mencintai
Ataupun perasaanmu tak seperti dulu

Setiap langkah ku makin percaya
Dirimu menanti ku akhirnya
Walaupun jalan berliku
Terbentang menunggu

Ulang Korus

Seperti Dulu - Forteen
OST '29 Februari'
Song / Lyric: Edry Abdul Halim
KRU Music
---
MAXIS CRT
Verse: 266366
Chorus: 266364
---
DIGI CT
Verse: 0160947
Chorus: 0160946
---
CELCOM CMT
Verse: 160570
Chorus: 160569
---
U MOBILE CT
Verse: 378076
Chorus: 378072
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact