Minggu pertama Super Spontan dimenangi Angsa Ganas

Kumpulan Angsa Ganas menang dalam persembahan minggu pertama Super Spontan, Studio Finas, Hulu Klang.

Angsa Ganas yang dianggotai oleh Zizan, Suhaimi, Tauke, Rahim R2, Rizman, Zahid dan Nana Mahzan serta diuruskan oleh Rashid Salleh telah berjaya menewaskan kumpulan Beruang Comel dengan undian SMS, sekali gus dihadiahkan wang tunai RM5000. Hadiah kemenangan itu kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga Allahyarham Din Beramboi, seorang individu yang tidak asing lagi dalam persembahan spontannya.

Daphne Iking yang sepatutnya menjadi anggota Angsa Ganas pula tidak dapat beraksi dan kelibatnya telah digantikan oleh Nana Mahzan

Beruang Comel yang dianggotai oleh Johan, Bell Ngasri, Ropie, Shahrul Shiro, Sathiya, Cat Farish dan Yasmin Hani pula tewas pada minggu ini dan terpaksa memilih salah seorang dari mereka untuk disingkirkan. Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana penyingkiran dilakukan pada minggu ini dan kesemua peserta diberi peluang kedua pada minggu hadapan. Beruang comel diuruskan oleh Reza Zainal.

Super Spontan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Prima (saluran 105, hanya untuk minggu ini) dan program spontan ini telah dihoskan oleh Adibah Noor. Kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pula bertindak selaku pengulas bersama Amir Raja Lawak.

Lima pusingan permainan telah dijalankan untuk minggu ini untuk menguji kebijaksanaan para peserta. Pusingan pertama ialah Penterjemahan yang memerlukan peserta menterjemahkan bahasa makhluk asing. Pusingan kedua dinamakan Beku dan peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain.


Pusingan ketiga ialah Pemberita Berkepala Tiga di mana tiga peserta akan membacakan berita secara bergilir-gilir nama hanya dibenarkan menyebut sepatah perkataan sahaja setiap seorang. Soal Menyoal pula adalah permainan di pusingan keempat dan peserta harus berinteraksi dengan menjawab soalan dengan soalan. Pusingan terakhir dinamakan Demonstrasi dan seorang peserta akan diikat tangannya dan peserta lain akan bertindak menjadi tangan kepada peserta tersebut untuk melakukan sesuatu.

Minggu pertama Super Spontan nyata berjaya menarik perhatian dengan telatah para pesertanya sehingga ramai tidak kering gusi melihat aksi mereka melakukan setiap tugas dengan spontan.

Kredit: Murai

Sinopsis Alamak 7 Hari Lagi (Cerekarama TV3) lakonan Izara Aishah

Sinopsis drama Alamak 7 Hari Lagi

Alamak 7 Hari Lagi mengisahkan tentang konflik pasangan Harris dan Diana ketika merancang perkahwinan mereka.

Diana lebih serius dan bersungguh-sungguh manakala Harris seperti acuh tidak acuh memberikan kerjasama untuk perkahwinan mereka. Sebagai sahabat rapat, Andi menasihati Harris supaya menghargai kesungguhan Diana.

Suatu hari, Diana memperkenalkan perancang perkahwinan mereka iaitu Huda kepada Harris. Harris terkejut kerana sebelum ini dia dengan Huda bergaduh sepanjang dua pertemuan mereka.

Diana menerima panggilan dari Andi yang memberitahunya bahawa dia dan Diana harus ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan pelabur.

Diana mengarahkan Harris untuk bekerjasama dengan Huda untuk memastikan perancangan majlis mereka berjalan lancar. Apakah yang berlaku seterusnya?

Cerekarama Alamak 7 Hari Lagi lakonan Izara Aishah dan Kamal Adli.

Klip Video Rasmi Cinta Bersatu - Liyana Jasmay + Lirik

Klip Video Rasmi Cinta Bersatu - Liyana Jasmay


Video muzik Cinta Bersatu adalah arahan Ghaz Abu Bakar dan merupakan kerjasama yang ke-3 antara Liyana Jasmay dan Ghaz Abu Bakar selepas lagu Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta.

Ghaz Abu Bakar juga adalah pengarah bagi telemovie terbitan Mermaid Studio’s milik Liyana Jasmay sendiri iaitu Cik Paris Diva Kampung. Lagu Cinta Bersatu dibuat khusus untuk telemovie tersebut yang akan ditayangkan di Astro Prima pada awal April ini.

Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Lagu & Lirik : Tilu

Mylaunchpad (MLP) website ke-3 paling popular di Malaysia

Mylaunchpad (MLP) telah dinobat website ketiga paling popular di Malaysia berdasarkan satu kajian internet.

Mylaunchpad (MLP) diasaskan pada 30 Julai 2010 milik Maxis  merupakan salah satu portal yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk mengetahui info-info menarik tentang hiburan, sukan serta gaya hidup dan trend terkini.

Statistik terbaru menunjukkan dari segi laman sengsawang tempatan, kedudukan ketiga yang dicapai oleh MLP adalah hasil tumpuan yang diberikan kepada sudut sukan yang meliputi rangkuman berita sukan dalam dan luar negara serta rangkuman eksklusif dunia hiburan tempatan yang melibat berita dan gosip terkini.

Mylaunchpad (MLP


MLP juga mencatat populariti yang memuaskan dari segi laman sosial apabila menerima jumlah LIKE sebanyak 16,000 di Facebook dan diikuti seramai 4500 pengikut di Twitter.

Kejayaan ini adalah sumbangan gabungan-gabungan portal yang bernaung di bawah MLP iaitu:

Murai (www.murai.com.my) - Portal hiburan bahasa Melayu MLP membawakan berita dan gosip sensasi dunia hiburan sama ada tempatan atau antarabangsa. Juga menjadi pilihan untuk anda mengetahui trend fesyen terkini, muzik, rancangan TV serta filem terbaru dalam dan luar negara.

Xuan (www.xuan.com.my) - Portal hiburan bahasa Cina dengan kandungan unik dan member fokus kepada berita hiburan Cina (tempatan/antarabangsa) serta perkembangan terkini dunia hiburan K-Pop dan J-Pop. Tidak ketinggalan rangkuman tentang perlancongan serta makanan dan pelbagai lagi.

Sukan (sports.mylaunchpad.com.my) - Selain membawakan anda perkembangan sukan dalam dan luar negara, pelbagai rangkaian interaktif lain seperti permainan MyFantasy yang membolehkan anda memenangi hadiah lumayan serta pendapat eksklusfi dari sidang redaksi sukan kami juga membolehkan anda mengetahu pelbagai info unik.

News (news. mylaunchpad.com.my) - Politik, gaya hidup, teknologi, gajet, bisnes dan pelbagai info lain boleh didapati di sini yang membawakan anda perkembangan terkini dan semasa. Juga tidak ketinggalan blog-blog editor yang bercerita tentang pelbagai pengalaman mereka. Semuanya ada di MLP.

Berdasarkan kajian Malaysian Digital Association (MDA), lebih dua juta pelawat telah direkodkan melayari MLP pada Januari 2012. Percapaian tertinggi direkodkan pada 9 Januari 2012 iaitu seramai 2.8 juta pelawat direkodkan manakala jumlah terendah ialah pada 23 Januari 2012 iaitu seramai 1.7 juta.

Kiraan jumlah pelawat ini termasuklah penggunaan komputer, telefon bimbit, dan tablet yang yang memilih untuk melayari MLP melalui sistem operasi yang ada.

MLP kini telah memasuki tahun ketiga, dan dengan semangat, sokongan dan wawasan yang baru, MLP mensasarkan untuk memintas mudah.com.my dan thestar.com.my, dua laman sengsawang tempatan terunggul negara yang kini mendominasi carta dari kategori yang sama.

Syabas Maxis dan Mylaunchpad (MLP)!

Konsert The Cranberries LIVE IN MALAYSIA 2012, April 2012 di Stadium Negara

The Cranberries Live In Malaysia 2012


Ingat tak lagu Zombie, Dreams, Ode To My Family, Salvation, Linger dan Animal Instinct? Dengan jualan album melebihi 30 juta unit di seluruh dunia, menduduki carta Top 20 Billboard menerusi empat lagu, serta lebih daripada lapan lagu mereka mengungguli carta lagu popular membuatkan kumpulan The Cranberries menjadi satu fenomena dalam dunia hiburan antarabangsa sekitar penghujung 90an.

Kini selepas sekian lama dihiburkan dengan lantunan vokal unik penyanyi utamanya, Dolores O'Riordan, kumpulan dari Ireland ini bakal mengadakan persembahan di Malaysia sempena konsert jelajah dunia yang bakal diadakan 4 April ini, bertempat di Stadium Negara, jam 8.30 malam.

Diuruskan bersama oleh The WonderLand+ dan Sevent Media, The Cranberries Live In Malaysia 2012 sememangnya konsert kemunculan semula salah satu daripada band terbesar dunia dan tidak harus dilepaskan peminat mereka.

Khusus untuk peminat kumpulan yang dianggotai empat anggota ini, tiket menyaksikan konsert itu dibahagikan mengikut kategori iaitu RM110 dan RM170 untuk tempat duduk bebas, tempat tiket bernombor pula dijual pada harga RM230 dan RM280 (VIP). Manakala harga RM220 dan RM300 pula masingmasing adalah untuk kategori Rock Zone dan juga The Pit.

Tiket boleh didapati menerusi online di www.ticketcharge.com.my dan melalui tempahan telefon di talian 039222881

Shaheizy Sam berlakon filem Kisah Paling Gangster

Shaheizy Sam selalu membawa watak gangster atau budak nakal. Terbaru Sam akan berlakon dalam filem baru, Kisah Paling Gangster arahan Brando Lee.

Masih diberi kepercayaan membawa peranan utama, Sam bergandingan pula dengan bakat baru yang semakin meningkat populariti, Wawa Zainal.

Filem terbitan B & L Kreatif ini menampilkan genre aksi mengisahkan Remy Asmara lakonan Sam yang terjebak dalam aktiviti kongsi gelap.

Menurut Sam, watak baru yang bakal dilakonkannya kali ini memberi tarikan berbeza sehingga dianggap paling menarik setakat ini.

"Dari aspek pembangunan karakter itu sendiri peranan saya ada lapisan corak hidup untuk ditunjukkan. Filem ini adalah kisah hidupnya melalui bermacam cabaran. Ia bukan sebarangan gangster.Berbanding Evolusi KL Drift 2 dan Kongsi, wataknya hanya ada satu lapisan cerita dan tujuan. Sebaliknya kali ini, saya perlu bermain dengan banyak emosi dan fizikal.Watak ini seolah digambarkan ketika dia menyelamatkan nyawa, dia juga sanggup mengambil nyawa orang lain. Saya sendiri seronok apabila berpeluang melakukan babak lagak ngeri sendiri," ~Shaheizy Sam
Masih di peringkat praproduksi, Sam berpandangan Brando lebih memahami penceritaan yang mahu disampaikan. Merujuk sesi pembacaan skrip dijalankan sebelum ini, Sam menyukai perkembangan watak yang dibuat secara mendalam.

Shaheizy Sam

"Saya rasa dia seorang pengarah yang bagus berdasarkan skrip tetapi teknikal belum tahu. Sebagai pelakon, saya suka membawakan watak gangster tapi ia bergantung kepada watak yang ditawarkan.Seperti filem ini, saya melihat aksi gangster yang ditunjukkan lebih asli ditambah aksi pergaduhan jalanan," katanya.

Brando pula yang pernah menerbitkan filem Love Matters (2009) dan Aku Tak Bodoh, mengambil strategi baru apabila bekerjasama dengan MIG dari aspek pengedaran dan pemasaran.

Katanya, David memberi galakan kepadanya membuat pinjaman perfileman pertama kali untuk projek filem ini dan menggunakan hampir kesemua pelakon utama MIG.

"Memang pada mula saya terfikir Sam untuk melakonkan watak utama ini. Ketika saya menonton Jangan Pandang Belakang Congkak, saya lihat Sam ada kelainan dan 'versatile'.

Apa yang ingin disampaikan, Brando menyatakan kisah gangster kali ini tiada kena mengena dengan sekuel gangster yang pernah dilakonkan Sam dalam filem lain.

Filem Kisah Paling Gangster dijangka membelanja kos antara RM1.3 sehingga RM1.5 juta ini memulakan penggambaran di sekitar Lembag Klang bermula 27 Mac ini. Ia turut dijayakan Wan Hanafi Su, Razib Salimin, Shajiry, Zul Suphian, Fyza Kader, Epy Raja Lawak, Alex Yanz dan Mikael Andre.

Bagi peminat Shaheizy Sam, kita nantikan filem terbaru lakonan Shaheizy Sam ini!

Bilik 7 NTV7 mulai 5 April 2012 dedah pengakuan jujur artis

Program Bilik 7 mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan.
Sebanyak 13 selebriti yang bakal dipaparkan dalam program tersebut. Bilik 7 yang bersiaran sebanyak 13 episod itu akan mula ditayangkan pada 5 April depan pada setiap Khamis bermula pukul 9 malam di ntv7.

Episod mingguan Bilik 7 juga boleh ditonton di laman www.tonton.com.my, bagi yang terlepas tayangan di televisyen.

Menurut pelakon kontroversi Zarina Anjoulie yang terlibat, dia tidak melihat konsep program itu sebagai sesuatu yang mengaibkan golongan artis, sebaliknya ia adalah ruang terbaik untuk membuat pendedahan daripada mulut artis itu sendiri.

"Ia bukan membuka pekung atau memburukkan nama artis. Bagi saya, Bilik 7 memberikan pengalaman dan peluang yang baik kepada artis untuk meluahkan sesuatu kebenaran terhadap kontroversi yang tercetus.

"Saya melihat program ini sebagai platform yang telus dan berani buat artis mendedahkan kebenaran bagi sesuatu kontroversi itu daripada mulut kami secara rela dan ikhlas," katanya.


Dalam pada itu, penerbitnya Engku Azmin Engku Zaini berkata program tersebut mampu menarik minat dan tumpuan penonton kerana kelainan pada konsep dan paparannya.

"Kami bukan mahu mengambil kesempatan daripada golongan artis dengan menjadikan kontroversi mereka untuk tarik penonton.

"Sebaliknya, Bilik 7 wajar dilihat sebagai pengajaran dan mesej kepada penonton daripada kisah atau kesilapan yang didedahkan oleh artis itu sendiri," katanya.

Selain Zarina, 12 lagi selebriti yang bakal berkongsi pendedahan mereka bersama hos Richie Rachman adalah Azwan Ali, Radhi OAG, Lisdawati, Raja Azmi, Pian (Cecupak), Johan Asa'ri, Melia Aimiellia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.

Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR - Berita Harian

Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian kembali dengan menampilkan 20 calon akhir bagi karya dalam Bahasa Melayu laris di pasaran sepanjang 2011 dan pembaca berpeluang memilih karya fiksyen dan bukan fiksyen pilihan mereka melalui undian dijadualkan bermula 1 Jun hingga 1 Julai 2012

Kategori fiksyen menyenaraikan 7 Hari Mencintaku (Siti Rosmizah), M.A.I.D (Suri Ryana), Cinta Kontrak (Nurul Ain Syuhada), Uda & Dara (Aisya Sofea), Doktor Cinta (Dyadila), Yes Boss! (Areila Sahimi), Tuan Rumah Punya Pembantu Rumah (Orkid Edyliyne), Akulah Cinderella (Nozi Danisya), Hati Bila Cinta (Lynn Allyna) dan BisikBisik Gelora (Fauziah Ashari).

Kategori Bukan Fiksyen ialah Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa (Azhar Idrus), Nikmatkah MaksiatMembedah Dosa 10 Anggota (Drs Hanafi Mohamed dan Siti Zaimah Ab. Rahman), Khutbah Rasulullah : Wasiat Agung Buat Umat (Rohidzir Rais), Oi!Bangunlah Oi! (Dr HM Tuah Iskandar al-Haj), Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat (Rohidzir Rais), Allah is Calling: Himpunan Hidayah Allah dan Menyebarkannya (Zainudin Hashim), Khutbah Terakhir Rasulullah (Ibnu Rijal), MencariRedhaMu( NoorHishamIsmail), Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum (Rohidzir Rais) dan 100 Pesanan Terakhir Rasulullah (Muhd Nasruddin Dasuki).

Acara gilang-gemilang yang mula diadakan sejak tahun 2008 hasil kerjasama POPULAR dan BH bertujuan menghargai penulis yang tidak jemu menyumbangkan idea dan kreativiti demi kelangsungan industri buku tanah air.

Anugerah yang memberi sepenuhnya hak penjurian kepada pembaca itu memerlukan pembaca mengisi borang undian yang boleh didapati menerusi halaman Dunia Buku, Sastera, Berita Harian yang diterbitkan setiap Jumaat dan borang edaran yang boleh didapati di 64 cawangan Kedai Buku Popular di seluruh negara, bermula tarikh yang akan dihebahkan kelak.

Anugerah Seni BOH Cameronian ke9, 10 April 2012

Anugerah Seni BOH Cameronian ke9 akan berlangsung pada 10 April ini bagi kategori teknikal, manakala bagi kategori lain ia akan diadakan pada 29 April.

Anugerah tahunan yang mula diperkenalkan pada 2002 itu, dengan tujuan menghargai penggiat seni persembahan tempatan, bagaimanapun dihentikan seketika dua tahun lalu.

Anugerah yang mempertandingkan 36 kategori itu diadili 20 juri bebas profesional dalam bidang tarian, muzik, teater muzikal dan teater, yang dilantik jawatankuasa penganjur. Selain kategori terbabit, kategori pilihan peminat turut diadakan melalui undian, yang membolehkan orang ramai memilih tarian, muzik, teater dan teater muzikal kegemaran masing-masing di dalam laman sesawang awards.kakiseni.com, bermula 26 April ini.

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal menunjukkan taringnya pada Anugerah Seni BOH Cameraman ke-9 apabila dicalonkan dalam kesemua 12 kategori dipertandingkan bagi teater muzikal, bersaing hebat dengan The Secret Life Of Nora yang cemerlang dengan pencalonannya dalam 11 kategori.

Selain kategori rekaan tari, keaslian muzik, keaslian lirik, arahan muzik, persembahan, arahan, rekaan set, rekaan kostum dan solekan, rekaan bunyi serta rekaan cahaya, Kampung Boy yang diterbitkan Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Tall Order Production turut dicalonkan dalam kategori Persembahan Peranan Utama Terbaik dan Persembahan Peranan Pembantu Terbaik.

Nora pula mencatat kejayaan peribadi apabila dua pelakonnya, Adibah Nor dan Stephanie Van Driesen, dicalonkan dalam kategori lakonan pembantu, sementara bintang utama Kampung Boy, Awie, dicabar Ryan Silverman daripada teater muzikal terbitan Datin Seri Tiara Jacquelina itu dalam kategori lakonan utama.

Selain dua teater muzikal berkenaan, Terima Kasih Cinta turut memberikan cabaran apabila dicalonkan dalam lapan kategori.

Bagi segmen teater pula, Short Eyes menerima lima pencalonan daripada sembilan kategori dipertandingkan, termasuk kategori Peranan Pelakon Utama Terbaik menerusi Zahiril Adzim dan Khairuadzwan Rodzy serta Peranan Pelakon Pembantu Terbaik melalui Nam Ron dan Ayam Fared.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah persembahan berkumpulan, arahan, keaslian skrip bahasa Inggeris, rekaan cahaya, rekaan set, rekaan muzik dan bunyi serta rekaan kostum.

Selain teater dan teater muzikal, segmen tarian yang turut dipertandingkan kali ini mempertaruhkan lapan kategori, manakala muzik pula tujuh. Semua kategori yang dipertandingkan menawarkan hadiah RM1,000.

Yuna - Bintang Di Langit mulai 27 Mac 2012, Astro Ria

Yuna - Bintang Di Langit

Saksikan Yuna - Bintang Di Langit episod pertama, mulai 27 Mac 2012, 10 malam di Astro Ria (104) dan akan bersiaran setiap Selasa.

Kenali lebih dekat dengan pemilik nama sebenar Yunalis Mat Zara’ai, bagaimana laman media sosial digunakan oleh Yuna untuk mengembangkan bakatnya? Ketahui juga bagaimana bakat Yuna dikesan oleh pemilik syarikat rakaman di Amerika Syarikat.

Yuna - Bintang Di Langit bakal merungkai persoalan, salah satunya...adakah Yuna merupakan sebuah kumpulan muzik atau penyanyi solo?

Jangan lupa tonton!

Video bulan madu honeymoon Yusry dan Lisa Surihani

Video bulan madu honeymoon Yusry dan Lisa Surihani ini kredit kepada Astro & Propaganza.



Pasangan selebriti romantis Yusry dan Lisa nampak begitu santai berbulan madu.
Semoga tempoh perkahwinan seperti bulan madu anda selama-lamanya!

Sinopsis filem Untuk Tiga Hari lakonan Afdlin Shauki

Sinopsis Untuk Tiga Hari

Untuk Tiga Hari bukan memaparkan kisah cinta biasa tetapi ia memaparkan kisah yang sedikit pelik. Untuk Tiga Hari mengisahkan dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin dengan pilihan orang tua dan memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.

Dalam tempoh tiga hari itu juga, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Filem Untuk Tiga Hari

Filem Untuk Tiga Hari
Filem Untuk Tiga Hari merupakan sebuah kisah yang diadaptasi daripada salah sebuah novel terlaris tulisan Ahadiat Akashah yang juga penulis bagi novel Lagenda Budak Setan.

Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki,Rashidi Ishak, Vanidah Imran dan Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.

FILEM: Untuk Tiga Hari
ARAHAN: Afdlin Shauki
PELAKON: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran dan Ayu Raudhah
GENRE: Drama romantis
TAYANGAN: 12 April 2012

Ulasan Filem The Vow

Ulasan Filem The Vow
Ada satu cetusan rasa yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata tatkala menonton babak ini - dalam sebuah studio rakaman, Leo (lakonan Channing Tatum) memetik gitar bagai sedang bermeditasi. Dalam nada sedih dia berkata, wanita itu tidak lagi menyintainya. Wanita itu ialah Paige (Rachel McAdams), yang hilang ingatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Ulasan Filem The Vow

Buat pasangan bercinta terutamanya suami isteri, situasi yang dilalui Leo dan Paige ibarat antara dugaan paling besar dalam hidup. The Vow diangkat daripada kisah benar sepasang suami isteri yang mana si isteri mengalami masalah hilang ingatan akibat kemalangan.

Menariknya, hari ini, pasangan berkenaan masih kekal bahagia selepas si suami tidak pernah berputus asa berusaha mencari jalan mengembalikan semula rasa cinta dan sayang si isteri.

Walaupun plotnya tidak ubah seperti filem '50 First Date' (2004) lakonan Adam Sandler dan Drew Barrymore, The Vow sebenarnya menyuntik lebih banyak unsur romantis meruntun jiwa sekali gus memberi impak berbeza daripada genre komedi romantis yang sering dihidangkan kepada penonton panggung.

Penulis tertarik dengan cetusan rasa yang dilontar Channing, jujurnya lebih baik berbanding Rachel. Ia mungkin disebabkan naratif kisah yang lebih menjurus kepada permainan perasaan dan dugaan yang dilalui Leo, membuatkan Channing menyerlah.

Bagaimanapun sentuhan paling menakjubkan dan berjaya mengusik hati penulis ialah keserasian yang wujud di antara mereka. Sekalung tahniah kepada Michael Sucsy kerana berjaya menggarap sub-plot yang sangat indah buat tatapan penonton.

Momen paling jelas ketika mereka bertukar akujanji perkahwinan. Leo berjanji tidak akan melupakan saat cinta sekali seumur hidup. Kemudian apabila Leo mengajak Paige keluar 'berdating.' Alasan Leo dalam ringkas tapi mendalam, dia mahu isterinya jatuh cinta padanya sekali lagi!

Penulis tidak mahu bercerita panjang mengenai apa yang akan berlaku seterusnya kerana mahu anda merasai 'magis' cinta Leo dan Paige itu sendiri.

Daripada segi sinematografi dan kerja kamera, tidak banyak yang boleh diperkatakan kerana apa yang penting jalan cerita filem ini yang berjaya mengusik hati dan perasaan penulis untuk 'melekat' di kerusi panggung.

Mungkin ada beranggapan The Vow hanya sebuah filem tangkap leleh dan sesuai untuk mereka berjiwa sensitif, tapi percayalah, The Vow bukan sekadar itu. Selain mengangkat tema cinta, lebih penting mengisahkan pengorbanan, nilai sebuah janji dan kesanggupan pasangan bersabar dengan dugaan yang menimpa.

Filem ini sangat berbaloi buat tontonan pasangan baru berkahwin yang tercari-cari ruang sendiri malah sangat sesuai buat mereka yang sudah lama berkahwin dan mula 'hilang' rasa cinta.

Ulasan Amirul Haswendy Ashari



FILEM: The Vow
ARAHAN: Michael Sucsy
PELAKON: Rachel McAdams, Channing Tatum and Sam Neill
GENRE: Romantik Drama
TAYANGAN: 22 Mac 2012
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Program Menarik Skrin Di 9, TV9 April 2012

Program Menarik Skrin Di 9, TV9 April 2012

Slot Skrin Di 9 yang ke udara setiap Rabu, jam 8.30 malam bakal menghiburkan seisi keluarga dengan telefilem menarik sepanjang April ini. Menerusi paparan kisah kekeluargaan berjudul Bila Joyah Masuk TV, Skizo dan Secangkir Keredhaan yang dibarisi pelakon berpengalaman serta berkebolehan seperti Jasmin Hamid, Dottie, Bell Ngasri, Norman Hakim, Memey, Aziz Satar, Ungku Ismail, Nabila Huda, Yasmin Hani dan ramai lagi masa senggang anda pasti terisi.

Bila Joyah Masuk TV yang akan bersiaran pada 11 April depan, menyaksikan Jasmin Hamid melakonkan watak Joyah yang kuat membebel. Cerita bermula dengan Joyah diceraikan suaminya dan perlu membesarkan dua anak, Syak (Bell Ngasri) dan Wawa (Dottie).

Selain kuat membebel, Joyah juga terkenal dengan kerepek ubinya yang sedap. Hidupnya berubah apabila syarikat produksi drama menjalankan penggambaran telefilem Syurga di Hati, Neraka di Jauhi di kampungnya. Kebetulan watak utama drama berkenaan tidak hadir dan untuk mengurangkan kos bayaran artis, produksi memujuk Joyah berlakon.

Telefilem itu mendapat maklum balas positif masyarakat, lalu pihak penerbitan menyambungnya kepada drama bersiri. Joyah ditawarkan watak utama bergandingan dengan Norman Hakim.

Rezeki terpijak itu menukar kehidupan Joyah daripada seorang janda yang menjual kerepek ubi kepada pelakon terkenal. Namun, apabila semakin popular, Joyah mula lupa daratan. Dia cerewet soal bayaran hingga tidak ada siapa berani mengambilnya berlakon.

Minggu berikutnya (18 April), Skizo yang dibintangi Ungku Ismail, Nabila Huda, Jashuke dan Yasmin Hani menghiasi slot Skrin di 9. Mengisahkan Aisyah, lakonan Yasmin Hani berkahwin dengan Azlan (Ungku Ismail). Aisyah pewaris tunggal harta Datuk Zamani yang meninggal dunia akibat kapal terbang terhempas. Aisyah menyerahkan segala urusan perniagaan peninggalan arwah bapanya kepada Azlan.

Meskipun lima tahun bergelar isteri, dia belum dikurniakan cahaya mata dan bercadang untuk mengambil anak angkat tetapi Azlan tidak bersetuju. Azlan terpaksa meninggalkan Aisyah selama setahun untuk menguruskan perniagaan di luar negara.

Ketika pulang dari lapangan terbang, Aisyah terkejut apabila ada seorang wanita pengsan di depan pagar rumahnya. Apabila sedar, wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Suzana dan mengaku dirinya hamil. Suzana melarikan diri daripada kekasihnya yang zalim iaitu Sahul (Jashuke). Suzana mahu menggugurkan kandungannya tetapi Aisyah menghalang.

Memandangkan Aisyah sangat inginkan anak, Suzana mencadangkan supaya Aisyah menipu Azlan kononnya dia hamil. Suzana berjanji akan menyerahkan bayinya kepada Aisyah.

Rancangan itu bagaimanapun dapat dihidu Sahul dan menyebabkan Aisyah sering diugut lelaki tidak bertimbang rasa itu. Satu hari Aisyah bergelut dengan Sahul dan secara tidak sengaja tertikam Sahul. Aisyah panik lalu dia dan Suzana mencampakkan mayat Sahul ke dalam gaung.

Secangkir Keredhaan lakonan Ako Mustafa, Fadhilah Mansor, Sofie Jikan, Abu Bakar Juah, Abu Bakar Omar serta dua pelakon cilik, Daniel Zulkifli dan Sarah Nadia Zulkifle bakal menemui penonton pada 25 April depan, jam 8.30 malam.

Telefilem ini membawa penonton menyelami emosi Fariz (Ako Mustafa) yang mencari bapa kandungnya yang sudah lama terpisah. Faiz berdendam apabila mendapat tahu bapanya menjualnya kepada Saleha (Fadhilah Mansor) dengan harga RM5,000.

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mencari bapanya, kereta Fariz terkena batu yang dibaling Syuqran. Fariz memberhentikan kereta dalam keadaan marah tetapi hatinya tersentuh apabila mendapat tahu Syuqran terpaksa buat begitu untuk menyelamatkan adiknya, Suriani, yang cedera.

Selepas menghantar Syuqran dan adiknya ke klinik, Fariz menghulurkan wang RM50 kepada kanak-kanak itu. Walaupun sudah dua minggu peristiwa itu berlalu, Fariz masih tidak dapat melupakan wajah dua anak miskin itu. Masih terngiang-ngiang di telinga doa Syuqran semoga Fariz dimurahkan rezeki. Ternyata doa anak kecil itu termakbul apabila Fariz mendapat projek besar.

Siapakah Syuqran dan Suriani sebenarnya? Berjayakah Fariz bertemu dengan bapanya yang lama menghilang? Ikuti jawapannya dalam Secangkir Keredhaan.

Azza dan Azlan Zulaily bernikah 1 April 2012

Azza bakal melangsungkan pernikahannya di Masjid Bukit Antarabangsa pada Ahad, 1 April 2012 selepas solat Zuhur sementara majlis resepsinya pula akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak. Tarikh belum ditentukan.

Azza dan Azlan Zulaily

Perkenalan Azza dengan Azlan bermula pada perayaan tahun baru 2011 dan dia telah dilamar pada 1 November lalu dengan menerima mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet.

"Pertama kali saya berkenalan dengan Azlan, saya dapat rasakan bahawa dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Keikhlasan dan kejujurannya membuatkan saya tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.

"Lebih bermakna lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan kami," ujarnya.

Namun begitu, Azza membuat keputusan untuk berkahwin tanpa sebarang ikatan pertunangan kerana enggan melalui cabaran yang tidak diduga itu.

Sama ada bertunang atau tidak, ia bukanlah satu persoalan atau isu yang besar, sebaliknya lebih mudah untuk dirinya dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga terus.

"Rasanya, perkara baik (berkahwin) tidak perlu dilengah-lengahkan. Dan saya rasa, kami tidak perlu melalui fasa pertunangan.

"Nanti banyak pula cabarannya. Sudahlah kerja penuh dengan cabaran, sebelum kahwin pun nak ada cabaran pula. Saya tidak mahu melalui itu," katanya yang dihubungi mStar Online , di sini, Ahad.
Azza dilamar dengan menerima mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet.

Bercerita mengenai persiapan perkahwinannya, Azza berkata, dia belum merasai debaran untuk menjadi isteri orang tetapi mengakui, semakin dekat tarikh pernikahannya, semakin banyak pula tawaran lakonan yang diterima.

"Mungkin inilah dia dikatakan rezeki nak kahwin agaknya. Memang sejak kebelakangan ini saya terpaksa tolak pelbagai tawaran lakonan, demi membuat persiapan diri pada majlis pernikahan nanti.

"Apa yang saya berlaku sekarang, sama seperti perkahwinan terdahulu saya. Bila nak kahwin saja, tiba-tiba kerja datang selonggok. Alhamdulillah, saya bekerja macam biasa dan mengambil kerja-kerja lakonan mengikut kemampuan diri, sampai badan rasa nak demam dibuatnya.

"Dan setakat sudah 70 peratus persiapan yang dilakukan. Saya bersyukur kerana mempunyai teman-teman yang membantu, terutamanya, teman baik saya bernama Sam," kata Azza.

Mania : Ahmad Dhani suka vokal Alyah

Konsert Mania minggu kedua pada 24 Mac lalu menyaksikan penyanyi lagu Kisah Hati, Alyah dipilih produser Aubrey Suwito untuk berada di empayarnya.

Ahmad Dhani mengakui berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat memilih Alyah untuk berada dalam empayarnya dan terpaksa akur dengan konsep program yang hanya memberi peluang seorang komposer memilih empat bintang dan seorang lagi bintang yang diserap masuk menerusi undian hot seat.

Alyah Mania

"Pada malam ini, saya suka dengan persembahan Alyah. Saya sukakan vokal Alyah. Namun, saya tidak bisa untuk memilihnya lagi kerana ruang kosong untuk saya tiada lagi.

"Selepas dua minggu konsert diadakan, minggu lalu saya merasakan persembahan Stacy paling bagus. Untuk minggu ini pula, saya meletakkan persembahan Alyah yang paling bagus. Saya rasa bagus kerana mereka mengikuti peredaran masa muzik.

"Terus-terang, saya merasa sedikit menyesal kerana tidak dapat memilih Alyah. Bagaimanapun, saya akan sunting Alyah untuk projek sebuah album yang melibatkan artis Malaysia dan Indonesia," katanya.

Menjelaskan tentang album itu, Ahmad Dhani memberitahu Stacy antara nama penyanyi dari Malaysia yang telah mengesahkan melibatkan diri.

"Untuk album ini, ada lima orang penyanyi Malaysia yang terlibat. Penyanyi yang sudah sah terlibat adalah Stacy. Dia pun sudah merakamkan lagu untuk album itu.

"Memandangkan saya tidak dapat memilih Alyah, saya akan mempelawa dirinya untuk terlibat dalam album ini. Nama penyanyi lain yang terlibat masih belum sah lagi kerana saya masih lagi mencari.

"Sejujurnya, setakat ini saya masih belum lihat bintang Mania yang mana betul-betul menonjol. Saya masih belum dapat klasifikan lagi," jelasnya.

Wanie tak puas hati digugurkan Mentor 6

"Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi", ujar protege kepada Ferhad, Salwani Sawi atau Wanie mengulas mengenai isu penyingkirannya dalam program Mentor 6 baru-baru ini.

"Saya akui saya pengsan dua kali tapi saya dah okay. Saya pengsan bukan sebab tekanan darah rendah tapi kerana saya demam ketika itu. Saya demam kerana masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan cuaca di Semenanjung. Jika mereka dah tahu saya ada penyakit, kenapa mereka masih ambil saya masuk awal-awal dulu," ujar Wanie mengakui kesal dengan tindakan pihak Mentor 6.

Ditanya adakah mungkin ini salah satu gimik program tersebut, Wanie menjawab. "Saya tak nak komen, saya tak layak bersuara. Saya tak tahu apa-apa. Saya juga tak tahu yang saya disingkirkan. Tiba-tiba penerbit jumpa saya dan beritahu mereka tidak mahu ambil risiko dengan keadaan kesihatan saya. Saya faham mereka tak nak ambil risiko, tapi sekurang-kurangnya berilah saya satu lagi peluang.

"Saya dah cuba sedaya-upaya minta untuk kekal tapi pihak Mentor tak bagi juga saya peluang. Keputusan ini dibuat tanpa pengetahuan saya, jadi saya tak puas hati. Bagi saya ini tidak adil. Keluarga saya juga tak puas hati mengenai perkara ini. Tapi tak apalah, saya terima keputusan ini",ujar Wanie .

"Saya baru sahaja terima keputusan SPM dan Alhamdulillah keputusan saya okay, semua subjek lulus. Mungkin selepas ini saya akan sambung pelajaran saya. Kepada pihak Mentor, terima kasih kerana bagi saya peluang walaupun saya tak sempat untuk tunjukkan kepada semua.


"Buat Abang Ferhad, saya harap dia dapat berkerjasama dengan protege baru dan harap dia dapat apa yang dia mahukan. Manakala buat protege baru, saya harap dia kuatkan mental supaya sejarah sama tak mungkin berulang", ujar Wanie penuh mendalam.

Sebelum mengakhiri perbualan, peserta dari Wilayah Persekutuan Labuan ini turut berkongsi yang beliau menghidapi penyakit 'Facial Palsy' sejak berusia 12 tahun.

"Penyakit ini lebih kurang stroke, di mana beberapa bahagian muka di sebelah kiri seperti mata, hidung dan mulut saya tak boleh bergerak. Disebabkan itulah saya nak ikut program Mentor ini di mana saya nak cabar diri saya untuk lawan penyakit ini. Tapi apakan daya, rezeki saya bukan di sini. " ~ Gua

Trisha Mentor 6, protege baru Ferhad (dulu dikenali Shanor)

Tisha adalah pengganti untuk menjadi protege Ferhad selepas Mentor 6 terpaksa menggugurkan Wanie.

Nama sebenar Tisha adalah Shanorbiah bt Shamsir Alam. Tisha dahulu dikenali sebagai Shanordan pernah menempa nama melalui program realiti Audition,ntv7 pada tahun 2004.

Semangat Tisha untuk merealisasikan impiannya bergelar penyanyi menyebabkan pelbagai pertandingan nyanyian disertai seperti One In A Million.


"Saya mendapat panggilan dari krew TV3 pada hari Khamis, sekitar tengah malam. Saya ditanya dalam masa terdekat ini 'free' tak. Tak sampai 30 minit selepas itu, mereka telefon saya balik dan minta saya ke KL esok," katanya yang ketika itu tidak dimaklumkan tentang apa telah yang berlaku pada Wanie.

Amat bersyukur diberi peluang kali kedua ini, Tisha memberitahu akan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Tambahnya, dia tidak kisah menjadi pilihan kedua Ferhad.

"Sikit pun tidak terkilan. Sama ada saya ini pilihan pertama atau kedua, ia tidak menjadi isu. Asalkan kita mendapat peluang ini dan gunakannya sebaik mungkin."

Ditanya jika merasakan dirinya berada dalam keadaan 'disadvantage' berbanding protege lain yang sudah mempunyai lebih banyak masa berlatih dengan mentor masing-masing, jawab Tisha,"Saya redah je-lah. Saya anggap ia sebagai satu cabaran. Tisha berharap dengan peluang ini, Tisha dapat satu platform untuk terus maju."

Meskipun hanya mempunyai tempoh masa 48 jam untuk menyiapkan diri bagi konsert pertama Kumpulan A malam tadi, ternyata Tisha tidak sia-siakan kepercayaan yang diberi Ferhad.

Bersandarkan dua buah lagu, "Kaulah Segalanya" (persembahan solo) dan "Rindu Bayangan" (duet bersama Ferhad), Tisha berjaya memikat hati juri tetap Dato' Sharifah Aini dan Edry Abdul Halim (menggantikan Dato' Ramli MS). Kedua-duanya memuji persembahan Tisha dan sekaligus memberinya 33 markah membawa jumlah markahnya ke 55 (14 markah dari juri awam dan 8 markah dari undian SMS).

# berdasarkan persembahan Ahad, Tisha memang bagus, mungkin pengalaman yang banyak ditimba dari pertandingan realiti yang dimasukinya sebelum ini.

Anas Ridzuan (Mentor 6) Markah Tertinggi Minggu Pertama

Anas Ridzuan, protege Faizal Tahir membuat persembahan mantap dan berjaya mendapat jumlah kutipan markah tertinggi iaitu 79 markah pada konsert pertama Mentor 6, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ).

Setelah dihitung undian SMS dan markah yang dipungut dari Juri Professional dan Juri Awam, kedudukan adalah seperti berikut:

Ana - 51
Anas - 79
Tisha - 55

Dengan ini Anas muncul sebagai Juara untuk pusingan pertama.

Menurut juri, Datuk Sharifah Aini, Anas yang membawakan lagu Kau Di Hatiku, nyanyian Zainal Abidin dan InsyaAllah (Maher Zain) bersama mentornya sememangnya layak mendapat markah tinggi kerana berjaya menghayati kedua-dua buah lagu dengan baik.


"Ketika hendak memberi komen kepada Anas, saya dah tak tahu nak cakap apa.

"Dia berjaya menyampaikan kedua-dua buah lagu itu dengan baik, sehingga membuatkan saya menangis," katanya yang ditemui selepas konsert tersebut.

Bagaimanapun tambah Sharifah Aini yang menjadi juri bersama Edry Abdul Halim, markah tinggi yang diberikan kepada Anas tiada kaitan dengan sorakan penonton yang kebanyakannya menyokong peserta kelahiran Ipoh, Perak itu.

Sementara itu, Ferhad yang mempunyai masa hanya dua hari sahaja untuk melatih protege barunya, Tisha, bersyukur kerana Tisha berjaya membawakan lagu Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Sahanaya dan Rindu Bayangan (Jay Jay) bersamanya dengan baik.

"Walaupun protege lama saya, Wanie, terpaksa dikeluarkan daripada pertandingan kerana masalah kesihatan, ia tidak mematahkan semangat saya untuk melatih Tisha untuk menjadi penyanyi yang bagus.

"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengannya, walaupun terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan di atas pentas," ujarnya.

Ramlah Ram pula berkata, markah rendah yang diperoleh Ana bukanlah satu halangan untuk mereka menaikkan semula markah pada konsert seterusnya nanti.

Ana membawakan lagu Terbang Ke Awan, nyanyian Atilia dan lagu Ramlah sendiri, Diam-Diam serta Apa Khabarmu Di Sana bersamanya.

Battle Pertama untuk Kumpulan B bakal berlangsung pada 1 April 2012.

Rumah Mawi Kena Rompak Perompak Bertopeng

Banglo mewah Mawi kena rompak lagi dengan perompak bertopeng. Kediaman Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dulu pernah dirompak.

Semasa kejadian rompakan itu, Mawi dan Ekin yang masih berpantang, sedang berada di rumah bersama anak, nenek serta ibu mertuanya yang tinggal bersama mereka untuk menjaga Ekin dan baby, Cahaya Malaika.


Menurut Eein (kembar Ekin), semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.

“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya.

Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.

Mawi dan Ekin tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit dan sekeluarga masih trauma dengan kejadian tersebut.

Kasihan Mawi!

Trivia Kaka (Nor Atiqa Noor Azraff)

Penyanyi Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, berusia 23 tahun, berbintang Taurus dan berasal dari Klang, Selangor. Kaka dan penyanyi rock Ella adalah saudara mara kerana Ella adalah ibu saudara kepada Kaka. Kaka bernaung di bawah pengurusan, Wire Fame Sdn Bhd. dan mula dikenali apabila lagu Bawaku Pergi kolaborasi duet dengan Zizan mendapat perhatian ramai.

Penyanyi Kaka

Trivia Kaka

Dari mana datangnya nama Kaka...Kaka adalah panggilan ibu untuk Kaka sejak kecil lagi

Tabiat buruk anda...Suka cabut rambut

Mudah tertarik dengan lelaki yang bagaimana...Hmmmm, berkening lebat

Warna kegemaran dan mengapa...Kaka suka warna kelabu kerana ia buat sejuk mata memandang. Entahlah, bagi orang lain mungkin biru tapi bagi Kaka kelabu sangat mendamaikan.

Barangan paling berharga...Album Whitesnake pemberian ayah ketika Kaka berusia tiga tahun yang masih disimpan.

Perkataan yang disebut setiap hari? You niiiiiii...

Individu yang memberi inspirasi...Emak kerana dia ibu tunggal yang membesarkan empat anaknya dengan gigih sejak kematian ayah.

Nyatakan diri anda secara ringkas...Kelakar, suka buat lawak dan suka gelak.

Soul2Soul with Ras Adiba Radzi at Tapis Rouge,30th & 31st March 2012

Ras Adiba Radzi will be performing in SOUL2SOUL at Tapis Rouge, Red Carpet Avenue, Encorp Strand, Kota Damansara this 30th & 31st March at 9.00pm.

“I would sing about 16 songs from the international hits like from Chaka Khan, Roberta Flack, Sting, Selena Jones, also from Broery Marantika and M.Nasir." said Ras Adiba.

Soul2Soul with Ras Adiba Radzi

If you're fan of soul, funk, folk and bossa, this is something you really don't want to miss. Ticket prices are at RM60. Tickets can be purchase at the door before the show starts (cash only!) and for seats reservation, please call 03-61422686.

Hot Seat Mania yang ke-2 ialah Chaq

Chaq diumumkan sebagai peserta kedua Hot Seat Mania selepas Ebi dimasukkan dalam minggu terdahulu. Nama sebenar Chaq ialah Camellus De'lelli Anam.

Di bawah produser manakah Chaq akan bernaung, ditangguhkan sehingga minggu depan namun berkemungkinan akan diserahkan sama ada kepada Ahmad Dhani atau Aubrey Suwito beserta seorang lagi peserta Hot Seat yang akan diumumkan pada minggu hadapan.

Terdahulu, empat lagi peserta Mania telah membuat persembahan pada minggu ini. Dimulakan dengan kumpulan Kristal yang mendendangkan lagu Opera Hidup nyanyian asal Wings. Kristal telah dipilih oleh Datuk M.Nasir untuk bernaung dibawahnya.

Chaq,Camellus De'lelli Anam

Naib juara Akademi Fantasia 8, Adira muncul dengan lagu Pulangkan nyanyian asal Misha Omar. Aubrey Suwito membuat pilihannya yang pertama dengan memilih Adira. Alyah yang muncul dengan lagu Russian Roulette nyanyian asal Rihanna juga turut menjadi pilihan pengarah muzik terkenal itu.

Hafiz pula menjadi pilihan Ahmad Dhani. Hafiz tampil dengan lagu Permintaan Hati nyanyian asal Letto.

Minggu depan, 4 lagi peserta akan mengetahui nasib mereka iaitu Shila Amzah, Awi Rafael, Jaclyn Victor dan Hazama berserta pengumuman siapakah peserta Hot Seat Mania?

Jadi, saksikan episod akhir permilihan produser muzik Mania minggu depan!

Lamaran di set Propaganza ( Kisah Awal-Scha)

Awal Ashaari membuat kejutan dengan melamar Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri dalam set Propaganza yang disiarkan secara langsung.

Ketika melamar Scha Al-Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.


Scha Al-Yahya yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari sesuai untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya merupakan tarikh ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh pertunangan dan kahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.

Sama sekali tidak dirancang, pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan berkenaan sebagai tetamu jemputan.

Dikemudikan oleh Reza Mohamad dan Marsha Milan Londoh, Propaganza merupakan program hiburan yang memaparkan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tanah air.

Classmates - Primadunia Lirik

Lirik Lagu Primadunia – Classmates

Andai kau masih di sini,
Terus berlari mencari erti,
Semakin laju dunia,
Pastikan ada sesuatu yang kau cipta….

Primadunia…
Kau idola,
Walaupun kau telah pergi selamanya,
Oh Primadunia….

Telah ku cuba segala,
Tidak berdaya mencari cita,
Semakin laju dunia pastikan,
Ada sesuatu yang kau cipta….

Primadunia…
Kau idola,
Walaupun kau telah pergi selamanya,
Oh Primadunia….

Primadunia 2x

Primadunia…
Kau idola,
Walaupun kau telah pergi selamanya,
Oh Primadunia….

Composer: Ucop Classmates
Lyric: Elham Classmates

Desperate Housewives musim kelapan adalah penamat

Drama bersiri Desperate Housewives sentiasa mendapat sambutan penonton terutama wanita.

Namun begitu kisah Wisteria Lane itu sudah pun memasuki ke musim kelapan, sekali gus musim terakhirnya.

Drama bersiri yang ditanda sebagai rutin wajib dalam kalangan peminatnya itu memaparkan kehidupan dan nasib Susan Mayer, Lynette Scavo, Bree Van de Kamp dan Gabrielle Solis (Gaby). Musim terbaharu dimulakan dengan kemunculan Susan, Gaby, Bree, Lynette dan Carlos. Mereka cuba mengkebumikan mayat bapa tiri Gaby secara rahsia, bagaimanapun, perasaan bersalah menyelubungi setiap individu dengan cara yang berbeza.

Desperate Housewives musim kelapan

Susan mula mengasingkan diri daripada kawan-kawan dan keluarganya, sementara Gaby cuba menenangkan Carlos yang dihantui perasaan bersalah.

Pada masa yang sama, Lynette dan Tom menghadapi kesukaran melayari bahtera perkahwinan. Berbeza dengan Bree yang seolah-olah mendapat hikmah daripada kejadian itu, dia menemui jejaka idaman bernama Detektif Chuck Vance.

Saat musim kelapan diumumkan sebagai penamat segala kisah dalam Desperate Housewives, salah seorang pelakon utama siri yang bermula sejak tahun 2004 itu, Marcia Cross berasa amat sedih kerana sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada watak yang dijunjungnya, Bree Hodge.

Jika bukan kerana Desperate Housewives dan watak Bree itu sendiri, tidak mungkin untuk dia merasai nikmat kejayaan yang dia sendiri tidak pernah bayangkan. Siri itu dianggap kemuncak karier buat Marcia yang bergelar pelakon sejak 1984.

"Ia sesuatu yang mengejutkan. Sebelum mendapat pengesahan daripada stesen, memang ada terdengar tentang spekulasi penamatan Desperate Housewives. Mahu atau tidak, ia adalah realiti yang harus diterima. Ia sungguh menyedihkan dan saya akan pastikan musim terakhir ini meninggalkan impak," kata Marcia yang genap usia 50 tahun hari ini.

Siri popular itu turut dibintangi Teri Hatcher, Felicity Huffman, Eva Longoria, Vanessa Williams, Ricardo Antonio Chavira, Doug Savant, Jonathan Cake, Brenda Strong, Charles Mesure, Madison de la Garza dan James Denton.

Kesudahan siri popular itu boleh disaksikan setiap Selasa pukul 10.30 malam bermula 20 Mac lalu di saluran 8TV.

Isu Kes Video 'Lucah' Melia Selesai

Dunia hiburan heboh dengan isu video lucah yang didakwa milik pelakon Karipap-karipap Cinta, Melia. Namun Melia menafikan sekeras-kerasnya dan bertindak membuat laporan polis.

Jumaat lalu, menerusi bantuan biro seniman muda, Persatuan Seniman Malaysia, Melia tampil dalam satu sidang akhbar khas bagi membersihkan namanya sekaligus menyelesaikan masalah serta spekulasi yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

"Alhamdulillah, dari segi siasatan pihak Seniman melalui penasihat undang-undangnya, terbukti video itu bukan saya. Keluarga saya juga lega video itu bukan saya," ujar Melia ketika ditemui di Saloma Bistro, baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar tersebut, pihak Rotikaya.com turut hadir bagi membuat permohonan maf secara terbuka kepada Melia sambil disaksikan ahli Seniman dan media yang hadir. Enggan memanjangkan kes, pelakon berusia 19 tahun itu turut memaafkan blog tersebut.

Melia Karipap Cinta

"Bagi Melia, isu ini salah faham. Mereka sepatutnya menghubungi Melia terlebih dahulu untuk bertanyakan soalan sebelum mengeluarkan gambar dan video tersebut. Melia ada bertanyakan kepada mereka dari mana dapat video tersebut dan mereka cakap dari pihak yang tidak diketahui.

"Walau bagaimanapun, Melia maafkan mereka namun yang lain terserah antara urusan mereka dengan Allah. Melia masih belum lega tapi agak puas hati dengan perkara ini yang dapat diselesaikan juga akhirnya. Melia sendiri dah pergi ke balai polis dan tarik balik kes ini."

Pihak Rotikaya juga berterima kasih kepada semua pihak terutama Melia yang akhirnya dapat mengakhiri isu video ini sekaligus melegakan banyak pihak.

OST Didi Tikus : Lirik Kecil Tapi Hebat - Project Pop

Lirik Lagu Kecil Tapi Hebat (OST Didi Tikus) – Project Pop

Oh yeah! Yeah boy! Ahaaa are you ready?
Here we go! Here we go! Here we go!
Hei kawan dengarkanlah
Come on everybody, everybody come on
Ayo ayo kita sama-sama bermain dan bergembira
Walau aku ini kecil, memang aku ini mungil
Kadang-kadang suka ngusil, tapi hatiku tidaklah kerdil

Jangan meremehkan aku, jangan meremehkan aku
Jangan meremehkan aku, ku kecil tapi hebat

Aku kecil tapi hebat, aku kecil tapi hebat
Aku kecil tapi hebat, aku kecil tapi hebat

Ayo bergandengan tangan bersama berpetualangan
Jangan jalan sendirian, perbedaan bukanlah halangan
Yo everybody boleh ikut, kurus gemuk atau gendut
Besar kecil atau imut yang penting everybody go go

Jangan meremehkan aku, jangan meremehkan aku
Jangan meremehkan aku, ku kecil tapi hebat

Aku kecil tapi hebat, aku kecil tapi hebat
Aku kecil tapi hebat, aku kecil tapi hebat

Jangan meremehkan aku, jangan meremehkan aku
Jangan meremehkan aku, jangan meremehkan aku
Jangan meremehkan aku, jangan meremehkan aku
Jangan meremehkan aku, ku kecil tapi hebat

Aku kecil tapi hebat, aku kecil tapi hebat
Aku kecil tapi hebat, aku kecil tapi hebat

Come on everybody (everybody come on)
Come on everybody (everybody come on)
Come on everybody (everybody come on)
Come on everybody come on!

Punca sebenar kematian Whitney Houston diketahui

Punca sebenar kematian Whitney Houston yang ditemui mati lemas di dalam tab mandi di hotel telah didedahkan. Ujian toksilogi mendapati Whitney sebelum kematiannya telah mengambil dadah jenis marijuana, Xanax, ubat penenang otot (Flexeril) dan ubat alergik (Benadryl).

Whitney hanya berumur 48 tahun di hari kematiannya.

Perkara berkenaan terkandung dalam laporan bedah siasat yang diumumkan oleh pakar forensik yang diketuai oleh koroner, Craig Harvey.

Akibat pengambilan pelbagai jenis dadah dan ubat-ubatan penenang, Whitney dilaporkan telah mengalami serangan jantung sebelum tersemban ke dalam tab mandi tersebut.

Penggunaan ubat berkenaan menyebabkan Houston mengalami serangan jantung,.

Pendedahan itu menamatkan spekulasi mengenai punca sebenar kematian penyanyi tersebut pada 11 Februari lepas, iaitu pada malam menjelang anugerah Grammy Awards.

Whitney Houston

Bagaimanapun jumlah kandungan dadah dalam badannya itu tidak didedahkan sebaliknya laporan penuh autopsi akan dikeluarkan dalam masa dua minggu.

Keluarga dan rakan-rakan penyanyi yang popular dengan lagu I Will Always Love You itu sebelum ini tidak percaya dadah sebagai punca utama kematiannya malah mereka tidak yakin Whitney mengambil dadah.

Mendiang telah dikebumikan di tanah perkuburan New Jersey, bersebelahan dengan kubur bapanya pada satu majlis pengkebumian yang turut dihadiri oleh keluarga, rakan dan selebriti termasuk Oprah Winfrey, Tyler Perry, Alicia Keys, Mariah Carey, Mary J. Blige, Jennifer Hudson dan Roberta Flack.

Tentang Sam Kuman

Sam Kuman

Sam Kuman merupakan seorang penulis lirik, penerbit dan komposer untuk lagu-lagu beliau. Muzik Sam Kuman boleh dikategorikan sebagai 'Pop Rock' tetapi beliau lebih gemar memanggilnya sebagai 'Kuman Pop Rock'. Beliau merupakan seorang penyanyi berbangsa cina tapi menerbitkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Single Melayu beliau yang pertama iaitu 'Aku Seekor Kuman' kerap diputarkan di corong radio sekitar tahun 2008. Kemudian, single lagu Inggeris Sam Kuman - Crazy turut mendapat sambutan yang di radio tempatan seperti Fly FM, XFM dan Hot FM. Malah lagu tersebut turut dicalonkan untuk Lagu Pop Terbaik di Anugerah VIMA. Sam Kuman turut membintangi satu siri drama 10 episod yang bergerak secara bebas - Cerita Seekor Kuman.

Sam Kuman

Selepas mengeluarkan single 'Aku Seekor Kuman', Sam Kuman membuat persembahan di seluruh Malaysia dalam 'Elevate Nationwide Tour' dan kini kembali dengan single terbarunya berjudul 'Infestasi'.

Facebook Sam Kuman
FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/Sam-Kuman/148244329781

MySpace Sam Kuman
MYSPACE: http://www.myspace.com/sammusicsam

TAHUN AKTIF: 2008 - Kini
GENRE: Pop / Rock
SYARIKAT RAKAMAN: Dirty Rat Music

Uji Bakat Bintang RTM 2012 (BRTM 2012)

Uji Bakat Bintang RTM 2012

Uji bakat Bintang RTM 2012 berlangsung selama 4 minggu berturut-turut pada setiap hujung minggu mulai 10 dan 11 Mac hingga 31 Mac dan 1 April 2012 ( Sabtu & Ahad ).

Bagi meneruskan tradisi gemilang , jenama Bintang RTM dikekalkan sebagai medan terbaik pencungkilan bakat baru dalam bidang seni suara tanah air.

Bersesuaian dengan penganjurannya tahun ini, nama Bintang RTM 2012 ( BRTM 2012) adalah menjadi kesinambungan sebuah pertandingan yang unggul, klasik dan berkualiti.

BRTM 2012 kini tampil membawa nafas baru dalam penganjurannya iaitu terbuka kepada masyarakat umum pelbagai kaum. Ia sekaligus membuktikan kesungguhan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk terus melahirkan seorang penghibur yang berpotensi dan versatil.

Penyertaan bagi uji bakat BRTM 2012 kali ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun sahaja, berstatus bujang, amatur dan belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.

Konsep BRTM 2012 kali ini melibatkan peserta solo tempatan dan mengutamakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan, terbuka kepada semua kaum rakyat Malaysia dengan lagu ciptaan tempatan dalam Bahasa Malaysia atau lagu dari apa-apa bahasa. Genre lagu yang dibenarkan adalah Pop Komersial, Balada, Rock, R&B, Jazz, Dangdut dan Etnik / World Music dalam pelbagai bahasa.

Bintang RTM 2012

Sesi ujibakat akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :

Minggu 1

Tarikh : 10 & 11 Mac 2012

( Sabtu & Ahad )

Lokasi : - Jabatan Penyiaran RTM Kota Kinabalu , Sabah

- Jabatan Penyiaran RTM Kuching Sarawak

- Auditorium P.Ramlee , Angkasapuri Kuala Lumpur

Masa : dari 9.00 Pagi – 5.00 ptg

Minggu 2

Tarikh : 17 & 18 Mac 2012

( Sabtu & Ahad)

Lokasi : - Jabatan Penyiaran RTM, Kuantan Pahang

- Jotel Lodge , Butterworth Pulau Pinang

Masa : dari 9.00 pagi – 5.00 ptg


Minggu 3


Tarikh : 24 & 25 Mac 2012

( Sabtu & Ahad )

Lokasi : - Jabatan Penyiaran RTM Johor Bahru

- Jabatan Penyiaran RTM, Kelantan

- Dewan Sebaguna, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Batu 12 Gombak ,

Selangor

Masa : dari 9.00 pagi – 5.00 ptg

Minggu 4

Tarikh : 31 Mac & 1 April 2012

( Sabtu & Ahad )

Lokasi : - Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri Kuala Lumpur

Masa : dari 9.00 pagi – 5.00 ptg


Uji bakat BRTM 2012 dijalankan secara serentak di beberapa lokasi terpilih. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai BRTM, jangan lepaskan peluang untuk ke lokasi uji bakat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, gambar berukuran poskad ( 4R ) dan sila bawa minus one sendiri. Mari ke sesi ujibakat Bintang RTM 2012.

Sinopsis 3 Janji lakonan Liyana Jasmay, TV3 ( slot Lestary)

Sinopsis drama 3 Janji
3 Janji mengisahkan kehidupan di sebuah kampung yang berjauhan dari bandar. Dalia (Liyana Jasmay) dan Khursyi (Shahrizal Jaszle) berkawan baik sejak kanak-kanak. Mereka hidup berjiran dan hubungan kedua-dua keluarga juga akrab.

Dalia dan Khursyi saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai seorang doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi seorang kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila sampai masa nanti.

Malang tidak berbau... Dalam perjalanan mereka ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tidak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Khursyi bersyukur yang dia sudah berjaya menjadi sahabat terbaik buat Dalia, dan kemudian menjadi kekasih yang terbaik dan berazam untuk menjadi suami terbaik buat Dalia. Dalia terharu dan bahagia kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh pula, dia mahu Dalia mencari lelaki yang boleh melaksanakan 3 perkara itu juga. Itulah 3 Janji yang harus dipegang Dalia.

Drama 3 Janji

Namun, tidak lama kemudian Khursyi meninggal dunia. Bagaikan kehilangan sesuatu dalam dirinya, Dalia pasrah tetapi cuba menguatkan diri untuk meneruskan hidupnya., Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentiasa teringat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi.

Keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia kerana keadaan Dalia yang sentiasa murung. Selepas 5 tahun, Dalia pulang ke Malaysia dan tinggal bersama makciknya, Adila (Hanez Suraya). Dalia mengambil jurusan perubatan seperti yang dijangka oleh arwah Khursyi dahulu tetapi masih menari ketika lapang untuk mengubat hatinya yang luka.

Yassin (Shah Iskandar) terpikat dengan tarian Dalia ketika mengambil gambusnya di studio latihan. Tanpa disedari, Yassin turut mengiringi tarian Dalia dengan alunan gambusnya berentak zapin. Dalia terkejut dengan kehadiran Yassin dan terus berhenti menari sebelum meninggalkan bilik itu.

Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Yassin menjadi teman setianya semasa membuat ulang kaji dan menari. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia tentang 3 Janji tersebut kerana Yassin sudah menepati janji pertama yang telah menjadi sahabat terbaik buat Dalia. Tanpa disedari, Sufi (Ana Dahlia) yang mencemburui hubungan mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah bersubahat dengan Elias untuk mendapatkan Yassin.

Hati Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang mirip wajah arwah Khursyi. Kerinduannya terhadap arwah Khursyi menjadikan Dalia hilang dalam angannya dan mengejar cinta daripada Kamil. Pada mulanya Kamil rimas dengan obsesi Dalia. Namun, Kamil mula berkawan dengan Dalia kerana mempunyai agenda tersembunyi.

Di antara Yassin dan Kamil, siapakah cinta sejati Dalia yang merupakan sahabat, kekasih dan suami terbaik?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 3 Janji lakonan hebat Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar, Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Zalfie, Rosnah Johari, Zara Zya, Ainina Ahmad dan Mubarak Majid mulai 20 Mac 2012, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Penonton yang terlepas menyaksikan 3 Janji boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

MasterChef Selebriti Malaysia disertai 15 selebriti terkenal

Program realiti MasterChef Selebriti Malaysia ,Astro Ria (saluran 104) akan disertai oleh 15 selebriti terkenal tanah air dan memulakan penggambaran 27 Mac 2012.

Ia menggunakan konsep yang serupa dengan konsep MasterChef Malaysia

Antara selebriti yang bakal terlibat ialah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Louisa Chong.

Sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia pertama akan diadakan di Dapur Masterchef yang terletak di Industrila Park, Shah Alam pada Selasa depan.

MasterChef Selebriti Malaysia diinspirasi daripada kejayaan MasterChef Malaysia yang telah berjaya menobatkan Dr Izani Farhana Md Monoto sebagai juara.

Program Super Spontan (SS) Astro Warna (Saluran 132)

Program Super Spontan (SS) disiarkan oleh Astro Warna (Saluran 132) mulai 30 Mac 2012 menggantikan slot Raja Lawak 6 pada setiap Jumaat, jam 10 malam.

Program Super Spontan (SS) menampilkan 14 peserta yang bukan saja lahir dalam bidang lakonan komedi, tetapi turut disertai peserta yang terdiri daripada penyanyi, pengacara, penyampai radio dan pelakon.

Antara peserta SS ialah Johan, Zizan, Tauke, Daphne Iking, Cat Farish, Zahid, Rahim R2, Riezman Khuzaimi, Ropi Cecupak, Yasmin Hani, Sathiya, Bell Ngasri dan peserta tunggal dari Singapura iaitu Suhaimi Yusof. Kesemua peserta terbabit dibahagikan kepada dua kumpulan yang diberi nama Beruang Comel dan Angsa Ganas.

Menerusi kumpulan yang diwujudkan itu, dua pengurus atau pengatur strategi telah dilantik iaitu Rashid Salleh dan Reza Zainal.

Kumpulan Beruang Comel yang diuruskan Reza dianggotai Johan, Bell Ngasri, Yasmin Hani, Sathiya, Cat Farish, Ropie dan Sharul dari kumpulan Shiro.

Manakala Angsa Ganas yang dikepalai Rashid Salleh akan disertai oleh Zizan, Daphne Iking, Suhaimi Yusof, Riezman Khuzaimi, Zahid, Tauke dan Rahim R2.

Pembahagian peserta untuk kedua-dua kumpulan itu telah dibuat secara undian pada sesi boot camp yang telah dijalankan pada 8 Mac lalu.

Super Spontan (SS)

Penerbit Eksekutif SS iaitu Afdlin Shauki bakal berganding bahu bersama Harun Salim Bachik untuk menjadi pengkritik tetap.Pelawak yang terkenal dengan tag line I'm Sorry, Amir turut sama dilantik sebagai pengkritik tetap dan Adibah Noor sebagai hos.

Setiap minggu, SS bakal menampilkan tema permainan berbeza yang mana kebanyakan peserta tidak mengetahui tugasan yang perlu dilakukan pada minggu berkenaan.

Penjurian SS dibuat berpandukan SMS seratus peratus tetapi ia hanya untuk memilih kumpulan yang layak menang pada setiap minggu.

Penyingkiran peserta pula akan dibuat bersandarkan suara ramai ahli kumpulan.

SS turut memberi kepercayaan kepada portal murai.com.my sebagai portal hiburan rasmi program ini bersama program Apa Kata M? yang akan menjadi program rasmi di sebalik tabir SS.

Sumber: Murai

Protege Ferhad, Wanie tarik diri atas nasihat doktor

Protege Ferhad Wanie terpaksa menarik diri dari Mentor 6 kerana masalah kesihatan iaitu tekanan darah rendah.

Wanie dikhabarkan pengsan masa latihan, Selasa lalu.

"Semalam, dia pengsan sekali lagi ketika sesi latihan dengan Ferhad. Dia dibawa ke klinik dan doktor memberitahu dia ada 'low blood pressure'," kata penerbit eksekutif Mentor 6, Muhamad Sufian Isa.

"Doktor menasihatkan supaya dia tarik diri kerana bila-bila masa saja dia boleh pengsan sekali lagi bila tertekan. Jadi, Ferhad dan juga pihak produksi membuat keputusan untuk menarik dia keluar dari pertandingan atas masalah kesihatan sebab kami bimbang jika ada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya.Sebenarnya, semasa 'medical check-up' yang kami aturkan untuk para protege, kami sudah dapati dia ada 'low blood pressure'. Cuma masa itu dia yakinkan kami dia boleh mengawalnya. 'High or low blood pressure' jika boleh dikawal, tiada apa-apa. Tetapi nampaknya dia tidak boleh 'control' ditambah pula dengan 'stress' dan 'pressure' dari pertandingan."

Wanie Mentor 6

Cerita Sufian lagi, bila disampaikan berita itu kepada Wanie, gadis berusia 18 tahun itu meminta untuk diberikan peluang kedua.

"Dia sedih kerana terpaksa dikeluarkan. Dia tidak dapat menerima keputusan itu tetapi seperti yang kami jelaskan padanya, apa yang kami lakukan ini adalah atas kepentingan bersama. Kami tidak mahu apa-apa berlaku padanya. Kami juga tidak mahu mengambil risiko itu. Kami harap dia faham."

Tempat Wanie akan digantikan oleh Tisha. Menurut Sufian, setiap mentor mempunyai seorang protege simpanan. Tisha dijangka akan tiba dari Kelantan jam 4 petang ini, dimana dia akan terus memulakan latihannya dengan Ferhad, penasihat vokal Ajai dan pengarah muzik, Lok U.

Mampukah Tisha mengisi ruang yang ditinggalkan Wanie, jangan lupa saksikan Mentor 6 Ahad ini, 9 malam di TV3.

Ujibakat Imam Muda 3 secara online 19 Mac - 31 Mac 2012

Imam Muda musim ketiga mencipta kelainan apabila semua peserta yang ingin menyertai ujibakat Imam Muda 3 diberi peluang untuk menyertai program tersebut secara online.

Penyertaan terbuka pada lelaki Islam berumur 18 hingga 30 tahun dan peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mempunyai latar belakang agama Islam yang baik. Kepada yang berminat bolehlah melayari www.imammuda.com.my untuk memuat turun borang.

Bagi yang ingin mencuba secara online pula, anda dikehendaki merakam dengan video kamera iaitu dua bacaan di dalam Al-Quran seperti yang ditetapkan. Rakaman yang telah lengkap hendaklah dimuat naik ke laman Youtube melalui akaun yang dibuka oleh peserta uji bakat sendiri. Borang yang lengkap berserta pautan video di Youtube hendaklah di emailkan menerusi imammuda@astro.com.my.


Ujibakat Imam Muda 3 secara online
Peserta dikehendaki melayari www.imammuda.com.my untuk memuat turun borang untuk diisi. Kemudian peserta dikehendaki merakam dengan video kamera 2 bacaan dalam Al-Quran seperti yang ditetapkan dibawah.

Bacaan Pertama • Surah al-Fatihah
Bacaan Kedua: Surah Lazim (Salah satu)
• Surah al-Humaza
• Surah al-Zalzala
• Surah al-Qaria
• Surah al-Takathur
• Surah al-Inshirah
• Surah al-Shams
• Surah al-Dhuha
• Surah al-Maun
• Surah al-Quraish
• Surah al-Adiyat

Rakaman yang telah lengkap hendaklah dimuat naik ke laman Youtube melalui akaun yang dicipta oleh peserta ujibakat sendiri.

Borang yang lengkap beserta pautan video di Youtube hendaklah dihantar ke email imammuda@astro.com.my

Ujibakat ini akan berlangsung mulai 19 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012

Untuk keterangan lanjut, sila ke http://www.astro.com.my/imammuda/

Internet dan jaringan sosial memberi impak yang besar terhadap populariti program Imam Muda sejak dari musim pertama lagi. Tambahan pula, golongan muda pada masa kini gemar melayari internet. Perkara ini memudahkan lagi peserta untuk mengambil peluang dalam menyertai program tersebut.

Ia terbukti apabila laman Facebook rasmi Imam Muda mempunyai peminat yang berjumlah hampir 500,000 orang sejak ia ditubuhkan pada 3 tahun lepas. Selain itu, pihak produksi juga sentiasa memantau komen atau cadangan peminat di laman web tersebut dan juga video di Youtube serta jaringan sosial berkaitan untuk memberi yang terbaik buat peminat-peminat.

Sinopsis Akele Hum Akele Tum (Panggung Sabtu TV3)

Sinopsis Akele Hum Akele Tum

Akele Hum Akele Tum mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Rohit Kumar dan Kiran yang mempunyai karier sama, namun, perkahwinan mereka tidak mendapat restu daripada ibubapa Kiran. Seperti ibu lain, Kiran juga sibuk melakukan kerja rumah dan menjaga anak mereka, Adil.

Ini membuat Kiran kecewa dan memilih untuk memulakan hidup baru. Sejak itu, Rohit dan Kiran hidup berasingan, kes penceraian mereka mula dibicarakan di makhamah.


Promo Video Akele Hum Akele Tum

Sinopsis Usin Bunga (Cerekarama TV3)

Sinopsis Cerekarama Usin Bunga

Usin Bunga mengisahkan tentang Usin, seorang anak yatim yang tinggal bersama ibu saudaranya merupakan penganggur dan peragut tegar.

Pada suatu hari, dia nekad untuk meragut 10 mangsa dengan harapan dapat mengumpul RM1,000 untuk membayar sewa tapak pasar malam. Dia meragut bersama rakannya, Sahak Sekinchan.

Mereka berdua berjaya meragut dengan cemerlang 9 mangsa tetapi masih kekurangan RM300. Usin dan Sahak menuju ke sebuah kilang untuk meragut mangsa terakhir.

Mereka berdua ternampak seorang makcik berjalan pulang dan dengan tangkas Usin dan Sahak meragut beg tangan makcik tersebut. Selepas meragut, Usin memeriksa beg makcik itu dan telah jatuh hati terhadap anaknya bernama Ju. Apa yang bakal dilakukan oleh Usin seterusnya?

Promo Video Usin Bunga (Cerekarama) @ Tv3! (24/3/2012)

Misi 12 : Muhammad Shubky, Muhibah juara Misi 12

Program Misi 12 yang membantu memperkasa serta membina kerjaya remaja akhirnya mengumumkan Muhammad Subky Halib, 23, sebagai peserta terbaik rancangan Misi 12.

Muhammad Subky yang menganggotai kumpulan Awas di bawah bimbingan Pengurus Besar Hap Seng Star Sdn Bhd (Mercedes Benz Malaysia), Datuk Soke Clement Soo, menerima wang tunai RM12,000 serta trofi. Manakala kumpulan Muhibah yang dianggotai empat remaja, Mohd Hazmin Zamri, 19; Raja Mohd Azlan Raja Jafar, 23; Syahirah Saad, 22; dan Nadia Rahmat, 23; berjaya memperoleh Insentif Program Micro Franchise Bangi Kopitiam bernilai RM50,000 serta trofi sebagai kumpulan terbaik.


Program Misi 12 diterbitkan khusus untuk membantu dan merubah masa depan sekumpulan remaja bermasalah. Sepanjang program ini, remaja yang berjaya dipilih diberikan latihan kemahiran yang intensif dan bersepadu dalam bidang automotif, perfileman dan juga makanan bagi membangunkan potensi mereka. Selain itu, mereka juga diterapkan dengan nilai murni seperti aspek intelek, rohani dan jasmani.

Tiada sebarang penyingkiran dibuat sepanjang program ini berlangsung. Markah diberikan secara individu dan mengikut kumpulan berdasarkan kemampuan mereka menyelesaikan tugasan dan cabaran diberikan.

Program yang dihoskan Fahrin Ahmad ini menyaksikan penyertaan 12 remaja terpilih yang dibahagikan kepada tiga kumpulan berserta seorang ikon yang dipertanggungjawabkan memberi inspirasi kepada anak didik masing-masing.

Selain kumpulan Muhibah yang mendapat bimbingan daripada Pengarah Coffee Scene Sdn Bhd (Bangi Kopitiam), Ooi Kim Chong, kumpulan Apokalips yang terdiri daripada Muhammad Indera Mulia Muhammad, 24; Mohammad Anaz Mat Lasim, 19; Fatin Azira Rohaizad, 21; dan Nur Atiqah Sarimbi, 23; mendapat bimbingan Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn. Bhd, Gayatri Su-Lin Pillain.

Kumpulan Awas, selain Muhammad Shubky, turut dianggotai Mohamad Shafwan Abdul Saleem, 19; Nur Syukree Arif Sazali, 19; dan Nor Ain Amin Nudin, 19.

Kutipan Adnan Sempit 2 RM6.8 juta (2 Minggu)

Kutipan filem Adnan Sempit 2 terbitan MIG berjaya mengatasi filem pertamanya dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM6.8 juta dalam masa dua minggu di pawagam.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mejar David Teo berkata ia merupakan sejarah pertama dalam industri perfileman apabila filem sekuel berkenaan berjaya mengatasi kutipan filem asalnya.

"Memang dalam senarai kutipan Finas, filem Adnan Sempit yang pertama dicatatkan sebanyak RM7.6 juta iaitu lebih banyak dari kutipan sekuelnya sekarang. Tetapi itu untuk jangka masa lebih sebulan di pawagam.


"Berbanding sekuelnya kali ini, hanya dalam masa dua minggu saja ianya telah mencecah RM6.8 juta.

"Malah telah mengatasi kutipan Adnan Sempit di pawagam yang hanya mencecah RM5.8 juta dalam masa dua minggu tayangannya.

"Ini bermakna, buat pertama kalinya dalam sejarah perfileman, filem sekuel Adnan Sempit lebih berjaya daripada filem asalnya," katanya dalam majlis kesyukuran meraikan filem Adnan Sempit 2, yang berlangsung di Kelantan Delights, Subang Jaya, baru-baru ini.

Adnan Sempit 2 yang masih diterjui oleh bintang asalnya iaitu Shahezy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Raja Lawak dan Angah Raja Lawak telah tamat tayangannya di pawagam, bagaimanapun memasuki tayangan untuk Astro First sejak 8 Mac lalu.

Dengan kejayaan serta sambutan yang menggalakkan itu, David Teo berkata Adnan Sempit akan terus menjadi jenama tetap MIG bagi meneruskan sekuel seterusnya selepas tamat penggambaran sekuelnya yang berjudul Wawa Semput.

"Kami tidak berhenti dengan sekuel Wawa Semput sahaja kerana saya yakin jenama Adnan Sempit masih boleh diteruskan untuk sekuel keempatnya selepas sambutan dan penerimaan yang menggalakan daripada filem ini.

"Jadi pada 17 April ini, saya tidak teragak-agak menetapkan sekuel Adnan Sempit 3 pula akan memulakan penggambarannya bersama pengarah yang masih dikekalkan iaitu Ismail Bob Hashim.

"Bagi saya Adnan Sempit sama seperti filem hero lain seperti di peringkat antarabangsa kita ada Batman, Superman dan Spiderman. Tidak mustahil saya akan teruskan sehingga 10 sekuel kesemuanya,"jelasnya lagi.

Wawa Semput merupkan filem sekuel ketiga yang lebih mengisahkan mengenai watak Wawa yang dilakonkan oleh Yana Samsudin.

10 peserta Pilih Kasih terus bersaing

Sepuluh artis Pilih Kasih 3 (PK3) yang masih terus bersaing termasuk Fareth Agang, Heri Aszmo, Hakim Yazid, Jalius Jaibin, Reen Rahim, Theera Alias, Sura Sojangi, Naqia Nasution, Nizen Ayob dan Marina Jose.

Ahad lalu penampilan mereka dalam drama Konspirasi Cinta arahan Eirma Fatima mendapat pujian kedua-dua pengkritik tetap, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Fauziah Nawi.

Pilih Kasih 3

Penampilan istimewa Datuk Jalaluddin Hassan memeriah dan menyerikan lagi persembahan mereka. Kemunculan Datuk Jalaluddin juga untuk memberikan mereka peluang merasakan perasaan sebenar bergandingan dengan pelakon hebat itu.

“Bukan setakat berlakon bersama tetapi saya mahu mereka belajar berlakon dengan Datuk Jalaluddin. Saya mahu mereka merasai pengalaman bekerja dengan pelakon sehebat Datuk Jalaluddin. Sehebat mana pun lakonan kita, kita mesti terus belajar dan berguru dengan mereka yang lebih senior dalam bidang lakonan.

“Barulah kita tahu kedudukan kita di mana. Jangan cepat berpuas hati kerana ramai lagi yang akan muncul untuk menyaingi kita. Artis lama terus kekal kerana mereka bekerja dengan setulus hati, ikhlas menjadi anak seni dan paling penting mesti berdisiplin,” kata Eirma.

Pementasan teater kali ini juga mendapat perhatian kerana ia berkisar mengenai industri perfileman dan kali ini mereka dapat memberikan yang terbaik mungkin kerana lebih memahami naskhah yang diberikan.

Satu kejutan besar apabila, pelakon berbakat besar, Zul Huzaimy muncul di pentas teater demi salah seorang artis Pilih Kasih, Naqia Nasution, yang amat meminatinya.

Penampilan istimewa Farah Ahmad dengan monolog khasnya untuk Fauziah Nawi sangat menyentuh hati.

Apakah yang akan menimpa nasib 10 lagi artis yang bakal beraksi minggu ini? Rosyam masih mempunyai kuasa untuk menyingkirkan empat lagi artis PK3 sebelum mereka layak ke peringkat akhir. Pentas PK3 bersiaran secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Senawang, Negeri Sembilan, menerusi TV2, setiap Ahad, jam 9 malam.

Kumpulan Round Robin

Kumpulan Round Robin

Kumpulan Round Robin dianggotai Syahmi Rawi atau Bob (pemain synthesizer), Asraf Raiz atau Ashley Gibson (pemain gitar), Ezzad Ezzuddin atau Ezzad (pemain bass), Syafizul Izzat atau Ejat (vokalis) dan Aizad Mohammad Yusof atau Annico (pemain keyboard).

Bercerita tentang kumpulan yang ditubuhkan pada 2006 itu, Sehar memberitahu perjuangan Round Robin pada hari ini adalah kesinambungan legasi muzik yang ditinggalkan pengasasnya, Allahyarham Pax Paco.

Kumpulan Round Robin

“Perjuangan kumpulan ini adalah amanah Allahyarham yang tidak kesampaian. Dia meninggal dunia pada tahun lalu akibat komplikasi jantung sebelum album ini sempat siap dan dikeluarkan.

“Ia menjadi impian kami untuk meneruskan Round Robin,” katanya.

Album sulung Round Robbin berjudul The Philophobic yang menampilkan 10 lagu termasuk Omashita!, Helah, Philophobic dan Lukha kini berada di pasaran edaran InterGlobal Music Sdn Bhd.


Edisi Khas 2 lebih kelakar

Edisi Khas adalah program TV yang berjaya menambat hati penonton TV3 dengan genre `spoof news' yang membincangkan isu semasa dengan penuh drama.

Edisi Khas 2 memperkenalkan Azad Jasmin, Noorkhiriah, Bell Ngasri, Ebby Yus, Azlee Jaafar yang akan beraksi di samping Saiful Apek, Sharifah Shahira dan Ropie Cecupak.

Jom ikuti episod kedua yang mula ditayangkan 20 Mac 2012 jam 10 malam bersama pengacara, Azad Jasmin Luvie yang melaporkan tiga isu berkaitan kehidupan seharian masyarakat seperti `sakit jantung pembunuh nombor satu negara, kerana mulut binasa badan dan kepentingan sikap bertolak-ansur.

Menerusi sketsa yang mencuit hati dan lawak menyindir, Ramli (Ropie Cecupak), Ya (Saiful Apek) dan Kutty (Ebby Yus) menyesal apabila tidak mengendahkan nasihat selepas disahkan menghidap sakit jantung. Ramli menyesal kerana mengamalkan tabiat menghisap rokok, selain tidak melakukan senaman dan asyik makan saja.

Kutty pula menyesal kerana terlalu tertekan atas beban kerja yang dihadapinya. Antara topik menarik menerusi Edisi Khas 2 seperti ulat tiket, cemburu, biar lambat asalkan selamat, kenaikan harga barang, bahaya merokok, jangan suka berjanji dan banyak lagi isu semasa yang menarik.

Yuna dilantik duta Galaxy Note

Rezeki Yuna sebagai duta produk nampaknya semakin luas.

Kini, Yuna dilantik pula sebagai duta produk Samsung Galaxy Note.


Pengumuman dilakukan Ketua Telefon Mudah Alih Samsung Malaysia, Lee Jui Siang.

Malah, video klip lagu baru Yuna, Sparkle menjalani penggambaran sepenuhnya menggunakan Galaxy Note. Ia dinamakan Projek Sparkle.

Tahniah Yuna kerana berjaya menambat hati Samsung!

YouTube Malaysia dilancar, Malaysia pengguna Youtube aktif

Berita baik buat penonton Youtube tegar Malaysia! YouTube kini bertapak di Malaysia apabila ia kini mempunyai domain tempatan dan mula menyokong Bahasa Malaysia.

YouTube Malaysia telah dilancar secara rasmi oleh Pengarah Pembangunan Produk Asia Pasifik YouTube, Adam Smith.

Menurut Smith, Malaysia pengguna YouTube yang sangat aktif dan menonton berjuta video setiap hari. Beliau mengambil contoh fenomena Cikgu Shida serta artis popular Yuna dan ZeeAvi sebagai pencetus YouTube di Malaysia.

YouTube Malaysia

Dengan adanya YouTube Malaysia, pindah naik video akan lebih lancar dan cepat.

Aplikasi YouTube Malaysia juga diaktifkan secara rasmi terutama kepada pengguna Malaysia.

Perkembangan ini dianggap sebagai sesuatu yang baik bagi industri muzik tanah air kerana secara rasminya ia merupakan salah satu media untuk menyebarkan kandungan digital hasil karya dan ciptaan anak tempatan.

YouTube telah menandatangani sebuah perjanjian dengan Music Author's Copyright Protection (MACP) bagi membolehkan pemuzik dan artis di Malaysia menjana pendapatan melalui perkongsian hasil iklan di rangkaian sosial tersebut.

Adam Smith selaku Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik YouTube berkata ia merupakan kali pertama pemuzik dan artis di Malaysia bakal menerima hasil dan menjana pendapatan melalui iklan di YouTube dengan karya-karya yang dihasilkan oleh mereka.

Sejauh mana hubungan mereka Anne - Aliff Aziz ?

Hubungan Anne bersama Aliff Aziz dikatakan semakin hangat dan diibaratkan seperti pasangan yang sedang bercinta.

“Saya akui kami memang serasi dan juga senang untuk dibawa berbincang.

“Lagipun jika Aliff ada sebarang masalah atau ada apa yang ingin dia luahkan, dia akan beritahu saya.

“Kami memang kawan rapat dan buat masa sekarang saya tidak mahu meletakkan apa-apa status dalam hubungan kami.

“Apa yang penting, kami tidak hipokrit dan andainya hubungan ini nanti bakal membawa ke gerbang perkahwinan, kami akan beritahu,” kata Anne sambil mengukir senyuman manis.

Sebagai insan yang terlebih dahulu makan garam, Anne banyak menasihati Aliff dalam setiap perkara yang ingin dilakukannya.


“Saya beritahu dia agar fokus kepada kerjaya dia dan saya pula fokus terhadap kerja saya.

“Kadang-kala jika dia ada masalah, kalau saya boleh tolong, saya tolong,” jelas Anne ketika ditemui di Titiwangsa ketika menghadiri majlis sumbangan wang bantuan kepada Rumah Titian Kasih Titiwangsa, baru-baru ini.

Selain itu, Anne memberitahu buat masa ini, dia masih lagi mampu untuk menguruskan tiga cahaya matanya malah dalam masa yang sama turut mendapat sokongan penuh daripada keluarganya.

~ Utusan

Jermaine Jones disingkir dari American Idol musim ke-11

Program realiti paling popular, American Idol musim ke-11 terpalit dengan kontroversi apabila salah seorang peserta, Jermaine Jones disingkirkan oleh pihak produksi, minggu lalu.

Semuanya terbongkar apabila Jones didapati mempunyai rekod waran tangkap yang belum selesai selain menipu dengan menggunakan pelbagai nama bagi mengelakkan dirinya daripada ditangkap.

Barangkali Jones menyangkakan dengan menyertai American Idol segala-galanya akan selesai.

Tetapi sebenarnya lelaki yang digelar 'gentle giant' dalam pertandingan itu sudah tersilap langkah. Mungkin dia terlupa populariti American Idol itu sebenarnya membuka pekung dirinya sendiri.

Memang sayang seribu kali sayang apabila Jones disingkirkan kerana dia memiliki suara yang begitu enak didengar dan antara peserta yang berpotensi untuk pergi jauh.

Tetapi kerana kisah silamnya, dia dihukum untuk meninggalkan program yang mempunyai jutaan pengikut setia itu.

"Saya tidak lagi bersama dengan rancangan itu selepas ini," kata Jones ringkas menerusi akaun Twitter selepas dia diarahkan berbuat demikian sebaik sahaja dokumen waran tangkapnya dimuat naik dalam laman web, The Smoking Gun.

Ekoran daripada itu, akaun Twitter rasminya juga telah dipadamkan dan pengumuman itu telah diumumkan oleh pengacara American Idol, Ryan Seacrest pada episod persembahan minggu lalu.

Penyingkiran Jones juga mendapat reaksi pelbagai daripada peserta lain yang memberitahu mereka langsung tidak tahu-menahu tentang hal tersebut sehinggalah pada hari mereka membuat persembahan.

Seperti mana kata Penerbit Eksekutifnya, Nigel Lythgoe, pihaknya bukan bersikap prejudis tetapi mereka tidak mahu prestij program berkenaan tercalar dengan cerita yang mampu meninggalkan impak kurang baik.

"Kalau ada yang membuat kesalahan melibatkan jenayah berat dan seumpamanya, kami tidak akan sesekali memberi peluang. Mereka harus bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan.

"Dalam kes Jermaine, dia telah membuat kesilapan besar dengan menukar nama dan identitinya. Siapa tahu mungkin banyak lagi rekod jenayahnya yang barangkali tidak diketahui oleh pihak kami," katanya dalam satu temu ramah dengan program TMZ.

Rekod Jones termasuklah pernah ditahan kerana jenayah narkotik pada tahun 2006 dan dua tahun selepas itu pula, dia didakwa atas tuduhan menawarkan alkohol secara terbuka di tempat larangan.

Kemudiannya, pada tahun 2009 dan 2011, sekali lagi dia ditahan sebanyak tiga kali dan setiap kali dia akan memberikan identiti palsu kepada pihak polis.

Kontroversi terbaru ini hakikatnya bukanlah sesuatu yang pelik kerana sepanjang 11 musim American Idol bersiaran, ia telah melalui pelbagai insiden serupa apabila membabitkan kesalahan silam para pesertanya.

Siapa yang dapat lupa pada tahun 2003 apabila salah seorang pesertanya, Corey Clark dibuang daripada program itu selepas pihak produksi mendapati Clark di dalam perbicaraan kerana memukul adik perempuannya.

Begitu juga dengan salah seorang peserta separuh akhir musim kedua, Frenchie Davis yang diminta untuk meninggalkan program tersebut selepas gambar separuh bogelnya tersebar.

Seorang lagi peserta separuh akhir, Jaered Andrews yang terpaksa disingkirkan kerana terlibat dalam pergaduhan ketika meraikan kejayaannya sehingga menyebabkan kematian salah seorang pengunjung bar ketika itu.

Reda dengan keputusan

Bagai dijangka, peserta berusia 16 tahun, Shannon Magrane menjadi mangsa kedua selepas Jeremy Rosado apabila gagal mendapat undian tertinggi untuk terus mara ke peringkat seterusnya.

Membawakan lagu One Sweet Day nyanyian asal Mariah Carey dan Boyz II Men, lagu popular itu tidak mampu untuk menyelamatkan Magrane.

Malah, salah seorang jurinya, Randy Jackson menyifatkan gadis tinggi lampai itu silap percaturan dengan memilih lagu yang dianggap bukan sembarangan itu.

Dengan penyingkiran itu, secara automatik Magrane tidak akan dapat menyertai konsert jelajah American Idol pada musim panas nanti.

"Saya memang sedih dengan keputusan ini kerana inilah peluang yang saya nantikan sejak kecil. American Idol begitu dekat dengan jiwa saya.

"Namun, apabila difikirkan kembali, saya reda dengan segala-galanya. Malah, saya menganggap saya bertuah kerana bukan semua berpeluang menyertai American Idol dan mencapai ke tahap seperti ini," katanya dalam satu temu ramah bersama USA Today.

Walaupun baru berusia 16 tahun, namun Magrane suka mencabar dirinya dengan memilih lagu-lagu yang dilihat sukar untuk dinyanyikan.

Jika minggu lepas, dia memilih lagu One Sweet Day, persembahannya pada minggu pertama menerusi lagu I Have Nothing nyanyian asal Whitney Houston juga mendapat kritikan pelbagai daripada juri.

Lalu, apakah yang membuatkannya berfikir untuk memilih lagu-lagu daripada dua diva unggul itu sedangkan dia sendiri tahu bukan mudah untuk menyanyikan lagu-lagu nyanyian Houston dan Carey.

"Saya tidak rasa dengan memilih lagu-lagu Whitney dan Mariah adalah untuk menunjuk-nunjuk saya mampu menjadi sehebat mereka.

"Sebaliknya, ia adalah satu penghormatan untuk dua penyanyi hebat itu dan saya menyampaikannya dalam gaya tersendiri. Saya bangga melakukannya," ujar anak kelahiran Tampa, Florida, Amerika Syarikat ini lagi.

Untuk persembahan minggu ini, pihak produksi telah memilih tema lagu-lagu daripada penghibur terkenal, Billy Joel dengan dibantu oleh mentor minggu ini, Huey Lewis.
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact