Rosyam Nor penat dengan Pilih Kasih

Pilih Kasih 3 yang terakhir

"Saya sudah penat sebenarnya. Lagi pun kalau buat terlalu banyak musim, saya risau ia akan menjadi lebih teruk."

Itu yang diucapkan oleh Rosyam Nor apabila mengulas mengenai rancangan Pilih Kasih yang akan ditamatkan penganjurannya selepas musim ketiga (PK3) nanti.

Musim terakhir rancangan yang mencari bakat dalam dunia lakonan itu akan mula bersiaran mulai 5 Februari ini di TV2.

Mengambil iktibar daripada beberapa rancangan realiti televisyen yang semakin tidak menjadi apabila musim bertambah, Rosyam mengambil langkah selamat dengan menamatkan rancangan yang turut mendapat tajaan Telekom Malaysia (TM).

"Saya tidak mahu jika ia diteruskan, hasilnya tidak memuaskan dan jadi 'hancur' pula.

"Selain itu, faktor masa turut mempengaruhi keputusan saya. Bukan mudah untuk buat rancangan seperti ini," ujarnya yang kini turut sibuk menjalani penggambaran KL Gangster 2.

Ditebak mengenai segelintir peserta rancangan tersebut yang cuba menyertai rancangan realiti televisyen lain, Rosyam berkata, dia terbuka dengan perkara tersebut.

"Bagi saya, ia bukanlah satu masalah kerana rezeki terdapat di mana-mana.

"Pentas Pilih Kasih merupakan platform kepada para peserta untuk belajar dan dalam masa yang sama mencungkil bakat yang sedia ada dalam diri mereka.

"Jika mereka pandai untuk membawa diri selepas rancangan ini tamat, maka mereka akan berjaya.

"Saya tidak boleh berjanji dan memberi jaminan kesemua peserta yang menyertai pertandingan bakal menjadi popular," jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar di Subang Jaya baru-baru ini.

Selain itu, menurut Rosyam, rancangan yang mencungkil bakat peserta dalam bidang lakonan itu juga tidak akan menyingkirkan peserta untuk dua minggu pertama.

Pendekatan yang di ambil ini adalah untuk memberi peluang kepada para peserta menyesuaikan diri dengan pentas.

"Malah ini juga merupakan pengajaran yang kami pelajari daripada musim sebelumnya.

"Tetapi janganlah pula berasa terlalu selesa. Yang pasti, saya akan tetap bagi tekanan kepada mereka yang berada di tangga paling bawah," katanya.

Mengharapkan yang terbaik untuk musim ini, Rosyam juga mahukan setiap peserta mempunyai karakter tersendiri dan tidak dibayangi oleh pelakon-pelakon sedia ada.

"Saya tidak mahu ada Rosyam Nor yang kedua, klon Erra Fazira atau Umie Aida.

"Mereka harus ada karakter sendiri dan mampu menyerlah. Gunakanlah sebaik-baiknya peluang yang sedia ada dan manfaatkanlah latihan yang mereka pelajari," tegas pelakon dan penerbit serba boleh itu.

PK3 juga masih mengekalkan Dr. Abu Hassan Hasbollah dan Fauziah Nawi sebagai pengkritik tetap.

Menariknya kali ini apabila ia turut menampilkan Erra Fazira dan Umie Aida selaku penasihat kepada Rosyam terutama untuk sesi penyingkiran peserta sewaktu siaran langsung Pentas Pilih Kasih.

Pilih Kasih bersiaran secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan dan masih mengekalkan Reza Mohammed sebagai pengacara.

Kisah Pilih Kasih yang disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis telah mula disiarkan pada 25 Januari lalu di TV2, pada pukul 9 malam.

Pilih Kasih 3

Manakala program baru, Zooom Pilih Kasih yang disiarkan setiap hari Sabtu juga sudah bersiaran pada 28 Januari lalu pada waktu dan saluran yang sama.

Selain Ai Iqmal, 18 yang berasal dari Negeri Sembilan sebagai peserta paling muda, peserta lain ialah Naqia Nasution, Sura Sojangi, Hiera Hasan, Reen Rahim, Miza Azura dan Theera Alias.

Turut terpilih Yizee Ariff, Nizen Ayob, Aada Zara serta Airil Reffa.

Selain itu, peserta daripada Borneo diwakili oleh Fareth Agang, Jalius Jaibin, Heri Aszmo dan Marina Jose.

Raja Farah urus kafe Snogurt di Kajang

Raja Farah yang mesra disapa Farah mengakui dirinya bahagia dengan kerjaya baru yang semakin diminati iaitu menguruskan kafe Snogurt bagi membantu bapanya menguruskan bisnes.

Mendengar nama kafenya sahaja, sudah terdetik di fikiran pastilah ia mempunyai kaitan dengan trend pema-kanan sekarang iaitu yogurt sejuk beku ataupun frozen yogurt (froyo).

Menurut Farah, kafe Snogurtnya itu menyediakan froyo sebagai sajian utama sesuai dengan kehendak pasaran sekarang yang gemar menjadikan yogurt sebagai makanan sampingan.

Teruja bercerita mengenai karier barunya itu, Farah memberitahu telah lama memendam hasrat untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

Umpama pucuk di cita ulam mendatang, impian Farah itu terlaksana apabila pada pertengahan tahun lalu, ayahnya menyuarakan ingin mencari satu perniagaan untuk dibuka.

“Peluang itu tidak saya lepaskan apabila ayah memberitahu ingin membuka satu bisnes keluarga sebaik sahaja dia bersara Julai tahun lalu.

“Justeru itu, saya mula mencari perniagaan bersesuaian dengan kehendak pasaran sekarang sekali gus menepati modal yang kami peruntuk,” katanya yang mengambil masa lebih dua bulan untuk membuat keputusan memilih Snogurt.

Sedar dirinya kurang pengalaman dalam menguruskan bisnes, Farah mengambil keputusan memulakan perniagaan francaisi.

Setelah mengambil kira beberapa faktor, akhirnya Farah mencadangkan bisnes Snogurt kepada ahli keluarganya.

“Sebaik sahaja ayah memberitahu untuk membuka perniagaan, saya telah meninjau beberapa bisnes francais yang ada di negara ini. Saya rasa lebih selamat untuk kami memulakan perniagaan francais memandangkan francaisor kami boleh memberi tunjuk ajar menjalankan bisnes ini.

“Alhamdulillah, setelah menimbang kira beberapa perkara, kami sekeluarga bersetuju unmembuka Snogurt kerana saya rasa mudah dan senang menguruskan perniagaan makanan ini. Lagi pula, saya belum ada keyakinan membina tapak perniagaan sendiri,” katanya.

Mengambil masa tiga minggu untuk melakukan pengubahsuaian kedai, kafe Snogurt milik Raja Farah dan keluarga dibuka pada 30 Disember tahun lalu.

Belum pun cukup sebulan beroperasi, kafenya itu menerima sambutan menggalakkan biarpun brand Snogurt masih baru di negara ini.

“Ada juga di kalangan pelanggan yang datang tidak pernah mencuba froyo. Jadi inilah masanya untuk saya memperkenalkan froyo kepada mereka kerana seperti kita tahu yogurt rasanya masam.

“Saya akan mencadangkan perasa manis atau masam mengikut apa yang mereka mahukan,” katanya yang menerima kunjungan pelanggan berbangsa Melayu, Cina dan India.

Menurut Farah, hampir setiap hari dia berada di kafe tersebut bagi memudahkan peminat yang ingin berjumpa dengannya.

“Ada juga di kalangan pelanggan datang ingin bergambar dan berbual-bual dengan saya. Jadi, saya rasa tiada salahnya untuk meluangkan masa dengan mereka.

“Pada pendapat saya, inilah masanya untuk saya meminta komen daripada mereka mengenai perniagaan saya ini,” katanya lagi.


Lebih setahun mendirikan rumah tangga bersama Megat Bashirun Qayyum Datuk Zakaria, Farah bersyukur dikurniakan suami yang begitu memahami minatnya.

Tambah pelakon yang berusia 24 tahun ini, minatnya kepada bidang perniagaan sedikit sebanyak didorong oleh suaminya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

“Sewaktu awal perkahwinan, saya sering mengikut suami berjumpa client dan kadangkala menghantar tender kepada pelanggan. Bermula dari situ, saya seronok bergiat dalam bidang ini.

“Tambahan pula, keluarga saya memang merancang membuka bisnes keluarga. Jadi, peluang yang ada tidak ingin kami sia-siakan,” katanya.

Mengulas mengenai kesukaran meluangkan masa dengan keluarga dan kerjaya, Farah berkata, tumpuannya kepada keluarga tidak pernah terganggu biarpun sibuk menguruskan perniagaan.

“Biasanya jika tiada penggambaran, saya akan pergi ke kafe pada awal pagi dan pulang sekejap ke rumah pada waktu tengah hari bagi menguruskan kerja-kerja rumah.

“Selepas selesai, saya akan datang balik ke kafe dan pulang semula ke rumah selepas Isyak untuk makan malam bersama suami. Kadangkala, suami akan datang ke kafe untuk menjenguk perjalanan bisnes di sini,” katanya yang kini mengurangkan aktiviti seni bagi memberi tumpuan kepada bisnes.

Bercerita mengenai lokasi kafenya yang terletak di Kajang, Farah berkata, dia dan suami sengaja memilih Kajang memandangkan lokasi tersebut berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Farah tidak menolak tanggapan statusnya sebagai selebriti membantu menaikkan nama perniagaannya terutama di kalangan peminatnya sendiri.

Menyedari pentingnya pelanggan untuk mengembangkan lagi perniagaannya itu, Farah menerapkan kepada kakitangannya untuk beramah mesra dengan pelanggan.

Perkara itu turut dipraktikkan oleh pelakon yang berasal dari Shah Alam ini sendiri apabila setiap kali ada pelanggan datang ke kafenya, dia mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan selamat datang kepada pelanggan.

“Pada saya, dengan beramah mesra dapat membuatkan mereka senang untuk datang ke kedai kita.

“Pengalaman sebagai pelanggan sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan ini membantu saya mengetahui apa kehendak pelanggan yang sebenar,” katanya.

Selain menerapkan amalan mesra, Farah turut mementingkan kebersihan kafe yang baginya merupakan teras utama untuk pelanggan berkunjung makan di situ.

“Saya juga kerap menasihatkan kakitangan saya untuk mengamalkan membaca selawat setiap kali memotong buah ataupun membuat bancuhan untuk froyo,” katanya.

Namun, Farah mengaku kadangkala dirinya terlepas pandang dengan beberapa aspek lain kerana sibuk menguruskan hal di dapur.

Mujurlah ada ibunya yang kadangkala turut datang ke kafe untuk membantu Farah menguruskan bisnes.

Seperti yang dikatakan oleh Farah, perniagaan yang diuruskan itu merupakan bisnes keluarga, jadi tidak hairanlah kadangkala, ayahnya juga akan turut berada di situ bagi memantau perjalanan bisnes tersebut.

Menurut Farah, sekiranya perniagaan yang satu ini menunjukkan perkembangan yang baik, dia berkemungkinan akan membuka satu lagi cawangan Snogurt yang lain.

Keputusan Penuh Intuned Music Awards 2011, Siti Nurhaliza paling seksi

Senarai Pemenang Intuned Music Awards 2011

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dinobatkan sebagai Penyanyi Solo Wanita Terbaik dalam Intuned Music Awards 2011.

Lebih membanggakan, menerusi kategori ini, Siti berjaya menewaskan nama-nama besar dari Indonesia, Agnes Monica termasuklah bintang Hollywood seperti Christina Aguilera dan Avril Lavigne. Tambah unik, anugerah yang dianjurkan portal yang menyampai cerita terkini artis seluruh dunia iaitu Ituned.com turut melayakan artis kegemaran rakyat Malaysia itu meraih anugerah Penyanyi Wanita Paling Seksi.


Selain menang dua kategori Penyanyi Wanita Seksi dan Penyanyi Solo Wanita Terbaik, Siti juga menyapu bersih empat kategori yang lain iaitu Artis/Band pilihan, Album Terbaik, Muzik Video Pilihan dan Penggunaan Media Sosial Terbaik.

Sungguhpun anugerah ini tidak berlangsung secara besar-besaran, pencapaian Siti amat membanggakan kerana dia mampu bersaing dengan nama-nama besar dari barat serta dari artis-artis K-Pop. Syabas dan tahniah diucapkan buat Siti Nurhaliza .

Keputusan Penuh Intuned Music Awards 2011

Artis Pilihan
Siti Nurhaliza

Artis Solo Lelaki Pilihan
Kazuya Kamenashi

Artis Solo Wanita Pilihan
Siti Nurhaliza

Lagu Single Terbaik 2011
Super Junior (Bonamana)

Album Terbaik 2011
Siti Nurhaliza (All Your Love)

Kumpulan Terbaik Lelaki
Super Junior

Kumpulan Terbaik Wanita
Girls Generation

Artis Terbaik
Siti Nurhaliza

Muzik Abiliti Terbaik
Agnes Monica

Muzik Video Terbaik
Falling In Love

Artis Penggunaan Sosial Media Terbaik
Siti Nurhaliza

Artis Baru Terbaik
Sexy Zone

Artis Lelaki Paling Seksi
Kazuya Kamenashi

Artis Wanita Paling Seksi
Siti Nurhaliza

AJL26 ditonton 6.5 juta penonton,cipta rekod baru

Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) berjaya melakar sejarah baru apabila acara yang disiarkan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil Ahad lalu, berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu sebanyak 6.5 juta.

Menurut kenyataan ringkas yang dihantar melalui emel oleh pihak TV3, kajian daripada Nielsen Audience Measurement itu sekaligus mencipta rekod baru untuk stesen penyiaran TV3.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, perancangan rapi acara tersebut ternyata membuahkan hasil lebih-lebih lagi, ramai yang memberikan respons positif mengenainya.

"Hasilnya bukanlah boleh dikira dengan wang ringgit sebaliknya melalui kepuasan menjadikannya satu acara di luar jangkaan.

"Bukan mudah untuk mencapai kadar jumlah tontonan keseluruhan mencecah lebih daripada 6.5 juta, segala keringat dan penat lelah tenaga kerja menjadi bukti bahawa tanggungjawab sebagai sebuah stesen TV dikongsi bersama menjadikannya sebuah acara gilang-gemilang.

”Maklum balas yang diterima daripada para penonton juga amat menggalakkan malah pihak kami juga menerima permintaan daripada penonton untuk menyiarkan ulangan AJL26. Ini jelas membuktikan kewibawaan anugerah ini seharusnya diberikan pujian dan semoga terus sukses di masa akan datang,” katanya.

Jumlah tontonan secara online mencecah 118,884, sekaligus memecahkan rekod AJL 25 tahun lepas iaitu 83,764 dengan peningkatan sebanyak 42 peratus.

Acara yang dimulakan tepat pada pukul 9 malam itu mencapai angka tertinggi 'live streaming' pada pukul 10.55 malam dengan 20,768 hits berbanding 8,334 pada jam 11.20 malam di AJL 25 menjadikan Malaysia sebagai penyumbang utama kepada jumlah tontonan sebanyak 106,514, diikuti negara-negara lain seperti Singapura (3,271), Brunei (1,998), United Kingdom (1,790) dan Indonesia (1,032).

AJL26 membawa dimensi baru dalam penganjurannya setelah memberi satu impak maksimum melalui persembahan pentas selain komitmen finalis yang membawakan lagu-lagu mereka dengan identiti, pemfokusan dan kreativiti masing-masing.

Tahun ini juga memperlihatkan antara penganjuran terbaik membawa konsep berlainan bersempena dengan ulangtahunnya yang ke-26, elemen air dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini.

Tuah kali ini berpihak kepada penghibur muda berbakat, Hafiz yang berjaya muncul sebagai juara menerusi lagu popular Awan Nano ciptaan komposer Datuk M.Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat.

Lisa Surihani Artis Malaysia Paling Popular di Facebook

Lisa Surihani Selebriti Paling Popular Di Facebook
Lisa Surihani masih kekal sebagai artis Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut yang paling ramai di Facebook iaitu sebanyak 1,902,487.

Angka pengikut di Facebook bintang filem Ombak Rindu itu menerima saingan sengit daripada pelakon Scha Al-Yahya yang menduduki tangga kedua iaitu sebanyak 1,339,837 pengikut sekaligus membuktikan keutuhan Lisa sebagai antara bintang muda yang paling popular.

Lisa Surihani

Lisa berkata, dia bersyukur kerana mempunyai pengikut yang ramai dan sebagai tanda penghargaannya, dia akan berinteraksi dan berkongsi perkembangannya sekerap yang mungkin untuk peminat.

“Lazimnya, laman Facebook adalah medium untuk saya berkongsi perkembangan kerjaya manakala Twitter pula lebih bersifat peribadi untuk berkongsi pandangan dan kehidupan.

“Saya pun tidak sangka akan diikuti dengan jumlah peminat seramai itu. Apa pun, saya bersyukur kerana ramai yang ingin mengikuti perkembangan kerjaya saya.

“Kesibukan dengan tugasan ada kalanya menghalang saya untuk sentiasa berinteraksi namun saya tetap akan cuba mengemas kini perkembangan sekerap yang mungkin,” katanya.

Bagaimanapun, perkembangan berleluasa media sosial ini juga tidak terkecuali daripada anasir-anasir negatif.Risiko menjadi orang popular, Lisa tidak lepas daripada menjadi mangsa pemalsuan identiti di medium itu.

Graduan Undang-Undang dari Aberystwyth University di Wales, United Kingdom ini boleh dikira sebagai salah seorang pelakon wanita tempatan yang paling popular sejak memulakan kariernya pada tahun 2007.

Selain Lisa dan Scha, pelakon Awal Ashaari menduduki di tangga ketiga dengan jumlah pengikut sebanyak 979,678 diikuti pula dengan Shaheizy Sam (932,412), Diana Danielle (862,557), Farid Kamil (658,595) dan Datuk Siti Nurhaliza (440,504).

Sementara itu, Lisa juga masih lagi menjadi selebriti paling ramai pengikut menerusi laman Twitter miliknya dengan jumlah sebanyak 507,813 diikuti dengan Scha (273,916), Awal (243,501), Sam (347,501), Siti (286,150) Diana (121,103) dan Farid Kamil (48,636).

Wah, Lisa nampaknya aktif sungguh di laman sosial dan rajin melayani peminat.

Lagu Aku Tak Mahu Bukan Pasal Zul Ariffin - Abby Abadi

Abby Abadi  menjelaskan lagu single terbarunya, Aku Tak Mahu bukan mengenai hubungan cintanya dengan Zul Ariffin.

Perkara itu adalah secara kebetulan dan  Abby memilih untuk merakamkan lagu tersebut kerana menyukai melodinya tetapi bukan liriknya.

"Tidak benar lagu berkenaan mengenai hubungan saya dengan Zul dan ia hanyalah kebetulan. Tambahan pula liriknya bukan dicipta oleh saya tetapi Edry.


"Sebelum merakamkan lagu tersebut, saya telah diberikan lima buah lagu dengan lirik bertemakan serupa tetapi memilih Aku Tak Mahu kerana sukakan melodinya yang berbeza daripada lagu yang sedia ada," ujar Abby.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza, Abby berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pasangan itu.

Abby berkata, dia sudah melupakan semua perkara yang telah berlaku di antara mereka tambahan pula dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi terhadap Norman.

"Itu semua cerita lama dan hubungan kami kini berada di tahap baik, semuanya demi anak-anak yang sedang membesar," ujarnya ringkas.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Memey, Abby memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan wanita itu tetapi mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

"Rasanya adalah lebih baik begitu kerana tidak mahu menimbulkan apa-apa masalah," katanya.

8 selebriti Bollywood gila yoga

8 selebriti gila yoga

Senaman yoga kini nampaknya semakin popular di kalangan selebriti Bollywood. Sudah semakin ramai yang mengamalkan senaman tersebut, termasuklah lapan orang selebriti terkenal yang antaranya mempunyai cakera padat (CD) khas senaman tersebut. Mereka terdiri daripada:

Neha Dhupia

Aktres ini kini dikatakan sedang semakin giat melakukan senaman yoga dan menjadikan senaman tersebut sebagai senaman utamanya kini. Dia juga selalu dilihat melakukan yoga di salah sebuah kawasan terkenal di Karnataka.

Sameera Reddy

Sameera Reddy juga dikatakan sedang jatuh cinta dengan senaman yoga. Dia giat melakukan senaman tersebut untuk mengekalkan tubuh badan langsing selain minda yang sihat.

Kangana Ranaut

Kemunculan Kangana dalam bikini baru-baru mengejutkan ramai peminat apabila melihat tubuh badannya yang semakin cantik. Ujar Kangana, rahsianya adalah senaman yoga dari jenis Pranayam yang sentiasa membuat dia rasa bertenaga.


Shilpa Shetty

Shilpa Shetty memang selalu dianggap sebagai pemilik badan terbaik selebriti Bollywood. Dia harus berterima kasih kepada senaman yoga yang menjadi amalannya. Shilpa kini muncul dengan DVD yoga yang diberi nama Shilpa's Yoga untuk dikongsi bersama peminat.

Geeta Basra

Semakin mendapat perhatian, Geeta Basra tahu cara bagaimana untuk membuat khalayak 'tidak lari' daripada terus memerhatikannya. Dia kini giat dengan rejim yoga untuk mendapatkan bentuk badan ideal sebelum muncul di dalam filem terkininya, Zila Ghaziabad.

Lara Dutta

Baru sahaja melahirkan anak, Lara Dutta tidak berselindung tentang rahsia kekal cantiknya. Dia memberitahu, senaman yoga yang diamalkannya banyak membantu dan sebab itu dia kini muncul dengan DVD Yoga Recovery and Rejuvenation.

Bipasha Basu

Seorang lagi selebriti yang dianggap sebagai penggila kesihatan, Bipasha Basu, baru sahaja dilantik menjadi duta bagi Sugar Free Natura. Dia sangat obses dengan senaman yoga jenis Suryanamaskar dan baru sahaja melancarkan CD Bipasha Basu Love Yourself.

Kareena Kapoor

Kareena Kapoor adalah seorang pengamal yoga yang setia. Dia menjalani rejim yoga yang berlainan untuk tubuh badannya. Untuk bahagian belakang badan, dia mengamalkan yoga jenis Bhujangasana, untuk kaki dia mengamalkan yoga Virabhadra dan Surya Namaskar untuk badan.

Biodata Livonia (Pilih Kasih 2 ) - Profil Livonia

Biodata Profil Livonia (Pilih Kasih)

Nama Penuh: Livonia Ricky Guing
Usia: 20 tahun
Tarikh Lahir: 19 Februari 1991
Asal: Kuching, Sarawak
Pencapaian: Ratu Cantik Borneo 2009, Juara Pilih Kasih 2
Drama: Melodi Perantauan, Antara Maghrib & Isyak, Inspirasi Varsiti, Mai Chek Mai

Livonia memecah tradisi keluarganya kerana menjadi satusatunya anak yang memilih kerjaya seni. Pada waktu lapang Livonia juga gemar menonton drama bersiri dari luar negara untuk mengukuhkan teknik lakonannya.

Biodata Livonia (Pilih Kasih 2 ) - Profil Livonia

Program Masakan Warisan bersama Chef Yang Jamil

Program Masakan Warisan... Bersama Chef Yang Jamil berkonsep santai dan kekeluargaan. Diterbitkan bersama Wan Zamri Wan Abdul Kadir, pakar masakan tradisional itu bertungkus lumus menyediakan resipi lama yang sudah dimamah usia.

Program Masakan Warisan... Bersama Chef Yang Jamil terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Program 13 episod itu bakal disiarkan RTM bulan depan. Menerusi program itu, Chef Yang Jamil tidak menampilkan selebriti popular seperti program masakan lain, sebaliknya beliau mengundang empat anak daranya, Puterry Haziqah, 19, Puterry Najihah, 18, Puterry Maya Sari, 15, dan Puterry Aisyatul, 13.

Mereka ditugaskan sebagai pembantu Chef Yang dalam program masakan yang akan bersiaran setiap Ahad, jam 11 pagi di TV2 selama setengah jam bermula penghujung Februari ini.

Nama Chef Yang Jamil mungkin tidaklah segah selebriti masakan lain yang popular seperti Chef Wan, Chef Ismail atau Chef Zam, namun Chef Yang mempunyai pengalaman dalam bidang masakan selama hampir 40 tahun. Sebelum ini, Chef Yang aktif sebagai pengacara, penari, pelawak, penyanyi latar, pelakon dan jurusolek, selain pakar masakan. Chef Yang pernah muncul dalam rancangan Apa-Apa Aje, Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini, Apa Kata Wanita. Bapa tunggal kepada empat cahaya mata itu juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan program masakan di ceruk kampung dan kawasan pedalaman.

Pada 1990-an, Chef Yang pernah diberi kepercayaan syarikat pengeluar alat solek terkemuka di dunia untuk menyolek Ratu Cantik Dunia (Miss World) di Amsterdam, Belanda. Dia juga anak Melayu pertama membuka restoran di Nigeria, yang diberi nama Restoran Ivory Malaysia.

Bagaimanapun, selepas sekian lama menunggu, akhirnya Chef Yang ditawarkan mengendalikan program masakan sendiri. Ibarat bulan jatuh ke riba, Chef Yang mahu berkongsi pengalaman, tip dan resipi turun temurun yang menjadi kepakarannya selama ini.

"Saya sedar bukan mudah mendapat peluang ini. Apabila diberikan kepercayaan selaku pengacara dan penerbit eksekutif program ini, saya akan gunakan peluang sebaik mungkin. Saya kumpul segala ilmu, petua, tips dan resipi turun-temurun yang kian dilupakan, saya mahu berkongsi dengan penonton. Saya perhatikan resipi tradisional dan masakan turun temurun semakin diabaikan. Kebanyakannya tahu makan, tetapi tidak tahu bagaimana membuatnya walaupun resipinya semudah pulut kuning.

"Program masakan ini lain daripada lain. Ia berkonsep santai dan kekeluargaan. Disebabkan itulah, saya tidak mengundang selebriti popular bersama saya, sebaliknya mengetengahkan anak-anak. Ia sekali gus akan membuka mata anak muda yang tidak suka ke dapur membantu ibu bapa mereka. Saya percaya ini adalah program masakan pertama yang mengetengahkan bapa dan anak di dapur.

"Apa yang diketengahkan boleh dijadikan panduan dan teladan, sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sebagai bapa tunggal, saya mempunyai banyak pengalaman dalam mendidik anak. Alhamdullilah, kini keempat-empat anak saya sudah dapat diharapkan ke dapur. Kerja rumah dan memasak, mereka yang melakukannya. Saya hanya mengarahkan apabila perlu. Saya percaya cara didikan akan membantu membuka mata keluarga lain. Kalau keluarga saya boleh buat, kenapa tidak keluarga mereka?

"Saya juga menyediakan peralatan tradisional seperti lesung batu, batu giling, lesung kaki, jala ikan, serkap ikan, pengukus lama dan banyak lagi. Saya juga akan mengajar penonton menggunakan dapur arang apabila membuat kuih tradisional. Bagaimanapun peralatan moden tidak diketepikan," katanya.

Ajar anak masak guna alat tradisional

CHEF Yang Jamil mengakui, sejak dulu lagi dia mengajar anak-anaknya memasak menggunakan peralatan tradisional, seperti memasak nasi menggunakan dapur lama dan menumbuk menggunakan lesung batu.

"Apabila mereka sudah mahir, barulah saya guna peralatan moden seperti dapur elektrik dan pengisar. Anak saya sudah dilatih ke dapur pada usia muda. Saya bukannya mahu mendera tapi saya mahu mendedahkan ilmu dan petua. Saya mahu mereka tahu cara gunakan dapur lama. Memang menyusahkan, api kena selalu jaga supaya nasi tidak hangit.

"Tapi, hasilnya anak-anak melakukan kerja dengan teliti, bukan buat asal boleh. Begitu juga kalau menumbuk, kalau mata terpercik cili, ada cara berkesan menghilangkannya. Itu adalah ilmu diperturunkan daripada nenek moyang. Saya banyak menyelitkan ilmu dan petua masakan dalam program Masakan Warisan... Bersama Chef Yang Jamil. Jujurnya, saya sudah ke dapur membantu arwah ibu sejak berusia 10 tahun.

"Program ini juga saya dedikasi buat arwah ibu yang mengajar saya selama ini. Alhamdullilah, ajaran ibu menjadikan saya sebagai insan serba boleh. Bukan hanya boleh memasak, mengemas dan mengandam, malah saya sudah terbabit dalam dunia tarian, pengacaraan, lakonan, lawak jenaka dan macam- macam lagi. Bagi saya, ia lengkap sebagai anak seni.

"Cuma, saya tidak menonjol seperti personaliti lain. Saya banyak terbabit dalam kerja di sebalik tabir dan kemasyarakatan. Saya mengajar orang kampung memasak, berkongsi resipi dengan peniaga. Saya mahu mereka boleh masak dan menghidangkan masakan yang sedap.

Sejak dulu saya tidak kisah jika saya tidak glamor dan kurang publisiti. Apa yang saya lakukan untuk kerja masyarakat, duit juga adalah nombor 10 buat saya. Bagi saya, kepuasan yang saya dapat apabila dapat berkongsi resipi dan bertemu dengan orang ramai," katanya.

Awan Nano (Hafiz) Juara Anugerah Juara Lagu 26 - Keputusan Penuh AJL26

JUARA AJL 26 | PEMENANG AJL 26
Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke 26 ialah Awan Nano nyanyian Hafiz . Komposer lagu  Awan Nano ialah M.Nasir dan penulis lirik ialah Buddhi Hikayat.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 26

JUARA LAGU KE 26
Awan Nano – Hafiz

NAIB JUARA LAGU KE 26
Beribu Sesalan – Tiga Suara(Ning/Jac/Shila)

TEMPAT KETIGA JUARA LAGU KE 26
Karma - Faizal Tahir

PERSEMBAHAN TERBAIK
Kisah Hati - Alyah

VOKAL TERBAIK
Hafiz - Awan Nano

Persembahan Terbaik AJL26

Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke 26 telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, 29 Januari 2012. 12 lagu telah berentap dan kesemua finalis telah membuat persembahan yang mantap dan terbaik. Boleh dikatakan AJL kali ini yang terhebat dan berprestij. Sangat menghiburkan persembahan yang diberikan oleh semua finalis.


Antara persembahan mantap ialah Karma, Sedetik Lebih, Awan Nano dan Beribu Sesalan.

Lagu dan finalis Anugerah Juara lagu 26

1. Wanita Seluruh Dunia – Project Pistol
2. Sedetik Lebih – Jaclyn Victor
3. Kekanda Adinda – Monoloque/Atilia
4. Penakut – Yuna
5. Kalau Berpacaran – Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan
6. Cinta Muka Buku – Najwa Latif
7. Karma – Faizal Tahir
8. Kisah Hati – Alyah
9. Sungai Lui – Aizat
10. Gadis Semasa – Yuna
11. Awan Nano – Hafiz
12. Beribu Sesalan – Tiga Suara(Ning/Jac/Shila)

Hadiah yang dimenangi dalam Anugerah Juara Lagu 26

JUARA LAGU KE 26
Trofi dan wang tunai RM 35,000

NAIB JUARA LAGU KE 26
Trofi dan wang tunai RM 15,000

TEMPAT KETIGA JUARA LAGU KE 26
Trofi dan wang tunai RM 12,000

PERSEMBAHAN TERBAIK
Trofi dan wang tunai RM 10,000

VOKAL TERBAIK
Trofi dan wang tunai RM 10,000

Tahniah buat semua pemenang AJL26! Anda memang hebat!

Lirik Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah + Official Video

Lirik Lagu Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah

Shila
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ning Baizura
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Hohoooooo

Jaclyn
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Ning Baizura
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

Shila
Kisah janji dimungkiri lagi
Hoooooooo

Semua
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Hohohoooooooooooo


Semua
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku

Beribu Sesalan (Official Music Video)


Tajuk Lagu:
Beribu Sesalan

Penyanyi :
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah

Anugerah Juara Mobile milik lagu Sedetik Lebih

Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) dicetuskan oleh Celcom sebagai penaja rasmi. Satu kategori baru iaitu anugerah ‘Juara Mobile’ untuk mengiktiraf lagu yang telah mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak melalui The Cube, yang menawarkan kandungan hiburan digital masakini yang penuh dengan pelbagai kandungan tempatan mahupun antarabangsa yang mudah di akses melalui telefon mudah alih.

Anugerah Juara Mobile telah dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih di mana lagu dan liriknya ditulis oleh komposer Edry Abd Halim.

Lirik Lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Lirik Lagu: EDRY ABDUL HALIM

Video Sedetik Lebih - Anuar Zain

Keputusan penuh Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012

Aaron Aziz memenangi dua kategori Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012.
Selain berjaya merangkul Anugerah Selebriti Kacak, Aaron juga memenangi Anugerah Hot Papa.

Ombak Rindu memberikan impak yang besar terhadap Aaron setelah mendapat undian tertinggi pembaca MH.

Majlis Anugerah serta konsert yang dihoskan Nabil dan Dira Abu Zahar itu turut menyaksikan, penyanyi Falling In Love, Datuk Siti Nurhaliza mengungguli anugerah utama PPMH 2011/2012 iaitu Anugerah Ikon yang julung kalinya diadakan pada tahun ini.


Penyanyi berbakat besar, Yunalis Zarai atau Yuna pula menerima Anugerah Harapan.

Sementara, pelakon popular, Shahizey Sam dinobatkan sebagai Selebriti Favourite.

Anugerah Selebriti Jelita pula menjadi milik pelakon yang sememangnya cukup jelita, Rozita Che Wan.

Manakala, gelaran Anugerah Seksi Lelaki dan Wanita menjadi milik Norman Hakim dan Fazura.

Anugerah Selebriti Stylo pula dimenangi Stacy dan Nora Danish pula berjaya membawa pulang trofi Anugerah Hot Mama.

Mendapat tajaan syarikat komunikasi Digi, majlis sempena meraikan ulang tahun ke-27 Majalah Hiburan No 1 tanah air, dihadiri hampir 10,000 pengunjung.

Malah turut diserikan hampir 100 selebriti popular tanah air, seperti Fazura, Shaheizy Sam, Neelofa, Rozita Che Wan, Norman, Memey, Izara Aishah dan Irma Hasmie.

Berikut adalah keputusan penuh PPMH 2011/2012 bagi setiap kategori:

1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza

2. Anugerah Harapan - Yuna

3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahizey Sam

4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi

5. Anugerah Duda Hot - Yusry KRU

6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish

7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz

8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan

9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz

10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain

11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy

12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah

13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fouziah Ghous

14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi

15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira

16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim

Busuk tagline Sheila Rusly dlm Raja Lawak 6

Busuk tagline Sheila Rusly

Perkataan busuk yang digunakan dalam RJL6 memang kontroversi. Ramai yang tidak boleh menerimanya kerana dianggap tidak sopan, apa komen Sheila?

Saya tahu. Bahkan saya dah boleh agak akan ada wartawan yang cari saya untuk tanya pasal isu ini. Tapi saya tak ambil peduli apa pun orang cakap. Yang saya tahu, saya buat kerja saya sahaja. Baik surat khabar atau blog di Internet yang tulis pasal isu ini, langsung saya tak tengok dan baca. Saya tak nak komen-komen negatif mereka ini mengganggu cara saya bekerja sebagai juri RJL6.

Kenapa mesti busuk? Tidak adakah perkataan lain yang lebih sesuai boleh digunakan?

Kalau tak busuk apa? Cuba bagi idea pada saya perkataan apa yang sesuai nak digantikan dengan perkataan busuk tu? Busuk itu bukan satu penghinaan atau kutukan malah ia juga bukan perkataan yang kotor. Tidak terniat di hati saya untuk menjatuhkan peserta-peserta dengan menyamakan persembahan yang tak menarik sebagai busuk.


Kalau begitu cuba huraikan apa definisi busuk yang dimaksudkan oleh Sheila. Mungkin orang lain tak faham apa yang Sheila cuba sampaikan melainkan Sheila seorang sahaja yang faham.

Bagi saya, busuk itu masih lagi bahasa berlapik yang saya gunakan. Cuba bayangkan kalau saya cakap persembahan mereka teruk, tak ada kualiti, apa perasaan para peserta? Saya kata busuk sebab tak mahu peserta RJL beri persembahan yang lapuk dan basi. Kita dah masuk era baru. Lawak kena ada kualiti. Kalau saya tak beri komen yang jujur dan ikhlas, adakah peserta akan berusaha untuk bangkit dan memberikan persembahan terbaik? Lagipun, saya sebut perkataan busuk itu dalam nada yang lembut. Bukan nada macam nak hentam peserta. Apa masalahnya?

Jadi untuk beri motivasi kepada peserta, Sheila kena guna perkataan busuk? Begitu?

Habis tu nak guna perkataan apa? Saya mahu semua orang faham apa yang saya buat ini adalah demi kebaikan. Kalau saya beri komen yang biasa-biasa sahaja, peserta tak akan tahu apa salah mereka yang perlu dibetulkan. Niat saya nak melahirkan pelawak yang bermutu dan berpotensi. Kalau saya asyik puji saja, nanti orang akan ‘membusukkan’ saya? Tak lawak dikata lawak. Tak patutlah kan. Saya tak mahu jadi hipokrit.

Tak rasa pelik ke bila orang pandang kesalahan Sheila sahaja selaku juri?

Ada juga rasa hairan. Rasanya, kalau David Teoh atau Sathia yang sebut perkataan busuk benda ini tak akan jadi isu bukan? Jadi kenapa bila Sheila Rusly sebut, orang jadikan ia isu? Padahal tujuan saya baik. Saya kena beri komen tegas pada peserta sebab banyak lagi yang mereka perlu belajar.

Sebelum ini, ada juri yang bergaduh kerana isu tak puas hati dalam laman sosial Facebook dan sebagainya. Ada juga yang kata tak mustahil Sheila Rusly juga akan buat perkara serupa. Komen?

Saya lain dan mereka lain. Lain cikgu, lain didikannya. Lain juri, lain komennya. Busuk itu tagline saya dan terpulang bagaimana cara saya komen. Tak perlu nak rujuk juri-juri terdahulu atau bagaimana. Bagi saya, apa jua komen yang saya beri, baik atau busuk, habis di situ, di situ saja. Tak payah nak bawa sampai ke Facebook dan sebagainya. Peserta RJL6 dah macam adik-adik saya. Jadi bila saya beri komen, mereka faham. Kalau ada penonton tak suka, saya minta maaf. Saya cuma jalankan tanggungjawab.

~ MM

Jasmin Hamid bahagia dengan kehidupan sekarang

Jasmin Hamid menolak untuk menjawab pertanyaan status perkahwinannya dengan bekas suami, Ian Rashid Macquistan, 38, walaupun timbul pelbagai versi gosip tentang mereka.

Terbaru, pasangan itu dikatakan sudah berbaik semula apabila melihat Ian Rashid membawa makanan untuk Jasmin ketika di set penggambaran. Kelakuan mereka yang sangat romantik dan mesra itu menimbulkan tanda tanya, benarkah Jasmin sudah kembali ke pangkuan Ian Rashid?

“Maaf, saya tak akan buka mulut soal personal termasuk rumah tangga saya,” ringkas Jasmin secara berhemah menempis gosip tersebut.

Jasmin Hamid

Ditanya mengapa dia berteka-teki dan berterusan menyembunyikan perkara tersebut, ada senyuman terpalit di wajah jelita pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

“Saya tak akan bercerita lagi soal (perkahwinan) itu secara terang-terangan, tidak mengiyakan atau menafikan. Biarlah ia menjadi tanda tanya sebab soal jodoh berada di luar lingkungan saya.

“Saya tak nak berbohong. Orang cakap, artis itu milik sepenuhnya masyarakat, tapi tak bermakna saya sewenang-wenangnya berkongsi soal peribadi kepada orang ramai.

“Saya tak mahu ‘jual’ cerita peribadi lagi. Lebih baik kalau kita henti bercerita soal lepas sebab benda itu merugikan bila mana kita berterusan mengungkit cerita lama.

“Kesan perbuatan itu tak baik bukan saja buat artis itu, malah kepada masyarakat. Mencerminkan betapa rendahnya moral penggiat industri seni kita,”

Sebelum ini, media melaporkan kes perceraian Jasmin dengan Ian Rashid yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 4 Februari 2008.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2000 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ian Haziq. Jasmin juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim yang dibela sejak wanita itu berusia 20 tahun.

Mengulas tentang pendirian pelakon teater Badai Semalam ini berhubung soal peribadi yang dikunci selamanya, Jasmin ada pandangan tersendiri.

“Saya hanya sedia bercerita (tentang personal) bila semuanya benar-benar jelas. Memang ada yang nak tahu siapa teman lelaki saya, bila nak kembali berumah tangga, tapi memang saya tak ada jawapan untuk semua itu.

“Buat apa nak canang benda yang tak ada faedah. Asalkan saya bahagia dengan kehidupan saya, itu yang lebih penting, bukan?” soalnya kembali.

Bujang Terlajak tak hina OKU

Filem Bujang Terlajak... Belum Terlanjur, arahan A. Razak Mohaideen, mencatat kutipan kasar sebanyak RM 2 juta setelah lima hari tayangannya. Namun ada yang menganggap filem itu menghina golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Bagi mereka yang telah menonton filem berkenaan, kehadiran tiga watak utama dalam filem itu yang sanggup buat apa sahaja dengan menyamar sebagai orang pekak, bisu dan buta semata-mata untuk memikat seorang gadis mampu menyinggung perasaan golongan OKU.

Betapa tidak, kerana ingin merebut hati seorang gadis, mereka sanggup buat apa sahaja perkara bodoh yang mereka anggap lucu tetapi sebenarnya secara tidak langsung memperkecilkan OKU.

Pengarah filem berkenaan, Prof. Razak Mohaideen ketika ditanya mengenai isu berkenaan menegaskan;

“Jika begitu pandangan mereka, mereka adalah golongan yang pandai bercakap tetapi mempunyai IQ yang rendah. Mereka tidak tahu nilai sebenar filem baru saya itu.”

Katanya, filem tersebut sebenarnya mengangkat dan mengagung-agungkan golongan tersebut dengan hadirnya watak ayah kepada Puteri yang buta lakonan Mustapha Kamal.

“Saya gambarkan watak ayah dalam filem ini sebagai bukti bahawa OKU adalah golongan yang sangat suci dan berwawasan.

“Meskipun hidup dalam serba kekurangan dan kecacatan namun dia mampu mendidik dan menjaga keluarganya sehingga berjaya.

“Disebabkan itulah, Puteri (Fazura) hanya mahu berkahwin dengan OKU kerana kekurangan ayahnya tidak menghalang dia berjaya.

Filem Bujang Terlajak... Belum Terlanjur

“Kalau ada orang cakap filem ini menghina golongan OKU, itu tidak benar sama sekali,” jelasnya .

Tambahnya, ketika ini sambutan terhadap filemnya itu amat membanggakan, ditambah dengan cuti sekolah baru-baru ini.

“Kutipan semakin meningkat, saya anggarkan secara kasarnya telah mencecah RM 2 juta, itu adalah angka yang cukup besar.

“Filem Melayu yang ditayangkan sebelum ini tidak mencapai angka itu dalam tempoh tayangan selama lima hari,” katanya.

Bujang Telajak...Belum Terlanjur merupakan sebuah filem komedi arahan Razak yang mengisahkan tentang tiga orang rakan karib Saiful, Nabil dan Johan. Ketika sedang menjalani penggambaran sebuah iklan, mereka telah terpesona dengan kecantikan model di dalam iklan tersebut iaitu Puteri (Fazura).

Tiga sekawan itu mengekori Puteri sehingga mereka mendapat tahu latar belakang dan pekerjaan Puteri yang merupakan seorang guru tadika dan model sambilan.

Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim.

Melalui bapa Puteri, mereka mendapat tahu Puteri hanya akan berkahwin dengan OKU kerana percaya dia akan mendapat cinta sejati sepertimana ibunya.

Bermula dari itulah, Saiful mula menyamar sebagai orang buta untuk memikat hati Puteri.

Program sitkom Bibik, TV1 (Sinopsis)

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia saluran itu bergelak ketawa dengan program sitkom terbaru, Bibik yang telah memulakan siaran pada 16 Januari lalu.

Penonton pasti terhibur dengan lawak bersahaja pelakon Daniel Syazriq, Amira Ayuni, Norman Hakim, Nonny Nadirah, Jessie Lim, Kathy Fauziah dan Kalpana Devi yang menyerikan siri 13 episod itu.

Disiarkan setiap Isnin, jam 2.05 petang, kisah Bibik bermula apabila pembantu rumah Hisham yang keenam melarikan diri dan keadaan menjadi kelam-kabut.

Meskipun menyedari segalanya berpunca daripada karenah yang ditimbulkan oleh anak-anak dan ibunya, Rogayah namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Ketika itu, Rogayah menerima panggilan yang memintanya pulang ke kampung segera. Dia lalu menawarkan pekerjaan kepada seorang pekerja Spa dengan memberi dua kali ganda dari gajinya sekarang.

Sheila dengan berat hati terpaksa menerima kerana tawaran lumayan yang berikan Rogayah.

Pada mulanya anak-anak Hisham membuli Sheila kerana mereka inginkannya berhenti kerja. Tetapi kerana Sheila perlukan duit, dia terpaksa bersabar.

Sementara pemandu peribadi Hisham, Calvin juga tertarik dengan kecantikkan Sheila.

Lama kelamaan Sheila dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Hisham walau pun terpaksa menghadapi kerenah anak-anak Hisham iaitu Amelia dan juga Aqil yang nakal.

Sementara itu Hisham yang kematian isteri itu selalu dipaksa oleh Rogayah supaya segera berkahwin lagi kerana telah lama menduda. Namun Hisham selalu memberi alasan yang dia belum bertemu lagi jodoh yang sesuai.

Walau pun anak-anak Hisham pada mulanya tidak dapat menerima akan kehadiran pembantu rumah yang baru, tetapi dengan kesabaran dan juga kebaikan yang dimiliki oleh Sheila lama kelamaan Amelia dan Aqil merasa selesa dengan kehadiran Sheila kerana cara dia menasihat dan menekankan disiplin kepada mereka.

Sementara itu Hisham pula sedikit demi sedikit ada menaruh hati terhadap pembantu rumahnya, Shiela. Namun bagaimanakah kesudahannya? Saksikan 13 episod drama bersiri Bibik ini hanya di TV1.

Gambar Peserta Pilih Kasih 3

Program realiti Pilih Kasih 3 (PK3) telah pun bermula secara rasmi apabila 16 finalis PK3 telah pun diperkenalkan. Program Pilih Kasih sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2. Diari Pilih Kasih disiarkan setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam di TV2.

Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini.

pilih kasih 3

Sementara itu Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak 24 episod. Pada kali ini, pengacara dan penyampai radio Nasional FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan untuk mengacarakan Kisah Pilih Kasih.

pilih kasih 3

16 peserta program Pilih Kasih 3


1. Yizee Ariff, 21 tahun, Pahang -untuk mengundi taip Pkundi Yizee 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

2. Ai Iqmal, 18 tahun, Negeri Sembilan -untuk mengundi taip Pkundi Ai 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

3. Fareth Agang, 21 tahun, Sabah -untuk mengundi taip Pkundi Fareth 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

4. Nizen Ayob, 27 tahun, Johor – untuk mengundi taip Pkundi Nizen 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

5. Heri Aszmo, 24 tahun, Sarawak – untuk mengundi taip Pkundi Heri 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

6. Hakim Yazid, 26 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Hakim 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

7. Airil Reffa, 26 tahun, Pulau Pinang- untuk mengundi taip Pkundi Airil 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

8. Jalius Jaibin, 26 tahun, Sabah – untuk mengundi taip Pkundi Jalius 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

9. Reen Rahim, 24 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Reen 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

10. Miza Azura, 27 tahun, Kuala Lumpur – untuk mengundi taip Pkundi Miza 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

11. Hiera Hasan, 26 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Hiera 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

12. Theera Alias , 22 tahun, Kedah – untuk mengundi taip Pkundi Theera 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

13. Aada Zara, 21 tahun, Kedah – untuk mengundi taip Pkundi Aada 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

14. Sura Sojangi, 22 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Sura 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

15. Naqia Nasution, 26 tahun, Selangor – untuk mengundi taip Pkundi Naqia 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

16. Marina Jose, 23 tahun, Sarawak – untuk mengundi taip Pkundi Marina 3/5/10 hantar ke 33199
pilih kasih 3

Jika pada dua musim terdahulu, Rosyam sebagai ikon Pilih Kasih mempunyai kuasa mutlak dalam memutuskan penyingkiran peserta pada setiap minggu. Namun keadaan itu sedikit berbeza pada kali ini apabila Erra Fazira dan Umie Aida turut mempunyai kuasa dalam menilai prestasi semasa peserta dan mempengaruhi keputusan Rosyam sebelum sebarang penyingkiran berlaku.

Sebagai penaja utama, TM akan mempromosikan Pilih Kasih secara dalam talian menerusi portal gaya hidupnya, EveryoneConnects (www.everyoneconnects.net), sekaligus menjadikan EveryoneConnects rakan dalam talian kepada Pilih Kasih. Selain siaran langsung dan siaran ulangan Pilih Kasih di saluran TV2 atau saluran 102 di HyppTV, portal gaya hidup TM EveryoneConnects pula akan menayangkan siaran ulangan secara eksklusif di ruangan Sini Maa.

Segala maklumat, profil peserta dan perkembangan semasa berkaitan Pilih Kasih akan dipaparkan menerusi www.everyoneconnects.net. Selain itu, orang ramai juga boleh menyertai peraduan yang dianjurkan di portal berkenaan.

Sebagai kesinambungan daripada Pilih Kasih tahun lalu, TM meneruskan penajaannya untuk Anugerah Khas TM iaitu Pelakon Terbaik TM yang akan dianugerahkan kepada peserta pilihan juri berdasarkan bakat, potensi, komitmen dan kesungguhan mereka sepanjang berada dalam Pilih Kasih musim ini. Pemenang anugerah ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan trofi sumbangan TM.

Kredit gambar: beautifulnara

Raja Lawak 6: Ketupat dan King disingkirkan stlh 2 minggu tiada penyingkiran

Selepas 2 minggu tiada penyingkiran dilakukan terhadap para peserta Raja Lawak 6 (RL6), Gelanggang RL6 menyaksikan dua peserta disingkirkan sekali gus iaitu kumpulan King dan Ketupat.

Pengumuman penyingkiran dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 6, penerbit popular David Teo, di minggu ketiga program RL6 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil.

Gelanggang Raja Lawak 6 minggu ketiga turut dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132).


Tiga peserta yang menduduki tangga terbawah ialah kumpulan Ketupat, kumpulan Albob dan kumpulan King. Bagaimanapun Albob terselamat dari penyingkiran minggu ini.

Tugasan untuk minggu ketiga ini bertemakan persekolahan dan rata-rata peserta telah menunjukkan peningkatan sehingga majoriti komen yang diberikan pihak juri pada minggu ini bernada positif.

Kumpulan King yang tersingkir dianggotai oleh Raje, Farid dan Kopi manakala Ketupat dianggotai Wak, Acai dan Aboy. Kedua-dua kumpulan yang tersingkir ini adalah dibawah CIf Kecil Angah.

Raja Lawak 6 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Sheila Rusly, Sathiya dan David Teo sendiri.

Dengan penyingkiran King dan Ketupat, maka tinggal 10 lagi peserta bakal meneruskan lagi cabaran Raja Lawak 6 di minggu hadapan.

AC Mizal dikatakan tak layak jadi duta pelancongan Tahun Melawat Perak (TMP) 2012

Pelantikan AC Mizal dipertikai kerana bukan anak jati Perak
Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

AC Mizal

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

“Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya.

# Emm..betul juga. Sepatutnya anak jati Perak le jadi duta pelancongan.

Pelakon Noorkhiriah tenang setelah bertudung

Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie berkata jiwanya amat tenang setelah bertudung. Malah, dalam aspek karier lakonan pun tak banyak yang berubah. Ujarnya, tawaran untuk membintangi drama, telefilem mahu pun sitkom masih tidak berkurangan dan syukur di atas segala rezeki ditentukan Tuhan.

“Apapun, saya tetap kena akur bahawa tawaran watak diterima cukup terhad sejak bertudung. Watak baik dan komedi masih banyak diterima, cuma antagonis sudah tiada lagi. Terasa rindu jugalah untuk melakonkan watak jahat kerana tak semestinya bertudung saya hanya sesuai dengan watak baik saja.

“Olahan watak bagi saya boleh dipelbagaikan. Bagaimanapun, saya cukup terjua menjayakan telefilem Amarah Hawa arahan Azma Aizal Yusof yang turut dibintangi Rusdi Ramli dan Sharifah Amani. Ia nyata watak mencabar kerana saya memikul peranan sebagai penceramah wanita yang disegani ramai. Bahkan, saya sering membicarakan perihal rumah tangga. Namun, di sebalik ceramah diungkap itu saya sebenarnya adalah mangsa keganasan rumah tangga.

Menyentuh soal filem pula, Noorkhiriah berkata, tawaran ada diterimanya tetapi sebaik memaklumkan dia kini sudah berhijrah menutup aurat, maka watak itu sudah tidak sesuai untuknya. Menurutnya, dia langsung tidak berasa ralat kerana yang penting baginya berlaku jujur pada diri dan bercakap benar.

Pelakon Noorkhiriah bertudung

“Rezeki ada di mana-mana asalkan terus berusaha. Justeru, tak dapat berlakon filem pun tidak mengapa. Ini kerana, saya juga tidak menyimpan harapan besar untuk beraksi di layar perak. Bagi saya, rezeki berlakon drama, telefilem dan sitkom sudah memadai. Jadi, tidak perlulah bersikap tamak.

“Apapun, saya sudah amat bersyukur kerana ketika belum bertudung dulu pernah juga membintangi beberapa filem. Cukuplah dan sekarang berlakon untuk siaran televisyen pun OK. Malah, saya juga nekad takkan membuka tudung ini semata-mata untuk melakonkan sesuatu watak itu,” katanya.

Sudah bertudung sejak beberapa bulan lalu, masih ramai yang tidak mengetahui penghijrahan Noorkhiriah itu. Kata pelakon air mata ini, masih ramai yang terkejut dengan penampilan barunya dan tak kurang juga memberikan maklum balas positif. Ujarnya, dia juga tak peduli pada pandangan orang.

Katanya, apa yang penting dia tahu tindakan penghijrahan itu sangat tepat. Usia makin meningkat dan sekarang pun sudah bergelar isteri dan ibu kepada dua anak. Jadi, sampai bila harus berada di takuk lama tanpa sebarang perubahan. Ini untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga juga.

Trivia Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)

Anugerah Juara Lagu (AJL) sememangnya menjadi majlis yang paling dinantikan baik dari kalangan selebriti sendiri mahupun peminat yang akan menonton dari ruang tamu rumah sendiri. Di sini disenaraikan beberapa trivia Anugerah Juara Lagu dan AJL26.

Trivia Anugerah Juara Lagu 26  (AJL26)

Trivia Anugerah Juara Lagu (AJL)

Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz dan ciptaan M.Nasir memenangi Anugerah Juara Lagu 26.

Jumlah penonton pada siaran langsung AJL dua tahun lalu mencatat jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.6 juta orang.

AJL sekali lagi adakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang mana seramai 8,500 penonton akan berpeluang untuk menyaksikan secara langsung.

Sesi latihan bersama barisan pemuzik dan orkestra akan mula dilakukan hari ini (25 Januari) sebelum latihan vokal dan kamera setiap hari selepas itu hingga menjelang hari keramat pada 29 Januari 2011.

Setiap penyanyi diberi kebebasan menterjemah kreativiti bagi menguatkan lagi bentuk persembahan masing-masing namun tidak kesemuanya berjaya direalisasikan oleh pihak penganjur, TV3.

AJL26 menyaksikan gandingan Faizal Ismail (FBI) dengan Cheryl Samad sebagai hos.

Penyanyi terkenal seperti Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid akan menyemarakkan persembahan pembuka tirai AJL26 manakala segmen interlude pula menampilkan gandingan tiga penyanyi muda yang kini hangat menempa nama - Black, Azlan The Typewriter dan Hazama.

Celcom adalah penaja rasmi AJL26 selain Silkygirl selaku penaja bersama, Hot FM selaku radio rasmi dan Bentley Music sebagai penaja lokasi sidang media.

Anugerah ‘Juara Mobile’ diperkenalkan untuk mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak melalui The Cube oleh Celcom, menawarkan kandungan hiburan digital masa kini yang penuh dengan pelbagai kandungan tempatan mahupun antarabangsa yang mudah diakses melalui telefon mudah alih.

Ikuti detik-detik persiapan AJL26 dan kemeriahan roadshow AJL26 menerusi program ‘Debaran AJL’ yang bersiaran pada 28 Januari 2012, jam 5.00 petang yang dihoskan oleh Ally Iskandar.

Hadiah Juara Lagu Ke-26 (Trofi dan wang tunai RM35,000), Naib Juara (Trofi dan RM15,000), Ketiga (Trofi dan RM12,000), Persembahan Terbaik (Trofi dan RM10,000) dan Vokal Terbaik (Trofi dan RM10,000).

Gambar promo finalis AJL26 bertemakan air

Beberapa keping foto montaj para peserta final AJL26 yang bertemakan air. Begitu cantik dan kreatif sekali gambar finalis ini. Jom kita tengok!

AJL26

Gambar promo finalis AJL26 bertemakan air

Gambar promo finalis AJL26 bertemakan air

Gambar promo finalis AJL26 bertemakan air

Gambar promo finalis AJL26 bertemakan air

Gambar promo finalis AJL26 bertemakan air

Gambar promo finalis AJL26 bertemakan air


Gambar promo finalis AJL26 bertemakan air

Gambar promo finalis AJL26 bertemakan air

Tema air untuk AJL26 mencerminkan simbolik yang menceritakan senario industri muzik hari ini yang mana ia mengalir kemas tanpa ada tanda untuk berhenti. Lihat saja muzik kita hari ini, ia berkembang baik dan mampu diterjemah dalam pelbagai bentuk dan rasa. Itulah yang cuba disuntik kali ini, bukannya semata-mata melihat air itu daripada mata kasar saja. Elemen air dipilih sebagai menerapkan perkembangan arus muzik tempatan di kemuncak acara gemilang ini.

Video promo AJL26:

Ulasan album pertama Diandra bertajuk Diandra Arjunaidi

Seorang lagi artis baru yang akan sama-sama memeriahkan industri seni Malaysia, Diandra Arjunaidi kini semakin rancak mencipta namanya sendiri. Dengan menandatagani kontrak sebagai artis bagi Yuna Rooms Record, Diandra kini sudah tampil dengan album yang pertama yang bertajuk Diandra Arjunaidi.


Gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini amat menggemari muzik dan darah seni yang sememangnya mengalir di dalam tubuhnya ini menyatakan bahawa ruang yang ada buat dirinya ini dipertaruhkan dengan albumnya yang pertama. Album sulung yang menampilkan tujuh buah lagu yang dicipta oleh Diandra sendiri ini merupakan sebuah album pengenalan buat peminat muzik yang belum pernah mengenali Diandra Arjunaidi.

Diandra Arjunaidi

Jika anda pernah mendengarkan lagu Angkasa, maka anda sudah pasti akan mengenali suaranya bukan? Diandra, bakat nyanyiannya berkaitan langsung dengan seorang anak seni yang giat menjalankan aktiviti seni, Reza Salleh ini sudah mula menyanyi seawal usia remaja lagi. Cuma, baru-baru ini setelah dilamar oleh Yuna Room Records, barulah Diandra aktif mencipta nama di arus perdana.

Angkasa, taruhan single Melayu pertamanya ini merupakan salah satu lagi hit yang sedang dimainkan di radio tempatan dan semakin rancak memanjat tangga carta. Lagunya yang mengisahkan tentang cinta, harapan dan juga impian seorang gadis ini amat diminati ramai kerana liriknya yang mudah untuk dihafal.

Suara merdu Diandra juga menjadikan setiap lagu yang dinyanyikannya kedengaran enak untuk didengar. Walaupun ada yang menyamakan nyanyiannya dan gayanya dengan Yuna, namun apabila anda mendengar lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini, pasti akan ada pendapat yang lain. Enam buah lagu Inggeris, gadis yang mempunyai citarasa yang tersendiri di dalam bidang muzik ini pastinya membuatkan anda dibuai perasaan dengan iramanya yang berentak perlahan. Namun ada juga yang rancak, cuma tidak keterlaluan rancaknya. Cukup untuk anda nikmati dengan penuh keasyikan.

Things We Don’t Say merupakan salah satu taruhan utama Diandra untuk menempah namanya di dalam industri seni tanah air. Lagunya ringan dan juga melodi yang senang untuk didengari ini memberikan satu kenyataan khas di dalam lagu-lagu Diandra. Santai dan bersahaja. Namun tidak kurang pula rasa originaliti dalam setiap bait lirik dan juga alunan melodinya.

Antara lagu-lagu lain yang akan membantu anda mengenali muzik Diandra adalah seperti Untitled, Remember, White Lines, You dan juga lagu rancak dan sememangnya riang gembira iaitu lagu Happy. Jangan lupa dapatkan album ini yang sudah pun berada di pasaran.

Ulasan Liza Ramli

Info Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL 26)

Info Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu ke 26
Siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL ke 26) yang akan diadakan pada 29 Januari 2012 di TV3.

Tarikh: 29 Januari 2012
Masa: 9.00 Malam – 11.30 Malam
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil
Pengacara: Faizal Ismail dan Cheryl Samad

 Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL 26)

Sebanyak 12 lagu yang bakal bertanding bagi merebut gelaran juara di Anugerah Juara Lagu 26. Malam anugerah berprestij itu bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 29 Januari ini dan akan disiarkan secara eksklusif di TV3.

Selain disiarkan di stesen televisyen nombor satu negara, AJL26 akan turut disiarkan ke seluruh dunia menerusi online streaming di www.tv3.com.my/ajl26. Acara Blue Carpet bakal bermula pada pukul 7.30 malam. Anda juga boleh menyertai kami di Parti Laman Sosial di http://www.facebook.com/TV3MALAYSIA. Sekiranya anda pengguna Twitter, pastikan tweet anda disertakan dengan hashtag #AJL26.

Antara lagu-lagu yang bertanding adalah:
1. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
2. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
3. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
4. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
8. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
9. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Harus diingat, populariti lagu tidak akan menjamin sesebuah lagu itu diangkat sebagai juara. Kriteria yang dicari juri adalah lagu tersebut terbaik dari segi kualiti lagu tersebut termasuk melodi, susunan lagu, lirik dan kredibiliti nyanyian setiap penyanyi lagu itu.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan AJL 26 dan saksikan siapa yang menjadi juara AJL26!

Amir Jahari wakil Malaysia di 4th Marketplace of Creative Arts

Amir Jahari telah terpilih mewakili Malaysia dalam kategori muzik di 4th Marketplace of Creative Arts anjuran World Islamic Economic Forum di Bandung, Indonesia pada 14 hingga 15 April 2012.

Marketplace of Creative Arts menghimpunkan pelbagai bentuk seni yang merangkumi muzik, tarian, puisi, komedi, filem, seni visual dan macam-macam lagi. Ia juga merupakan platform untuk seniman muda diseluruh dunia untuk menonjolkan kreativiti dan bakat mereka.

Menurut pihak pengurusan Amir – J Play, pemilihan Amir yang masih muda oleh pihak penganjur adalah satu penghormatan besar buat pelajar Aswara ini.

Selain itu, Amir juga telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama Kasi Gegar Entertainment milik penyanyi Aizat sebagai syarikat rakamannya baru-baru ini.

Single pertama Amir berjudul Tanpamu yang semakin mendapat perhatian kini telah menjadi lagu tema drama bersiri BFF yang bersiaran di TV3. Klip video lagu tersebut akan dirakam oleh warga Twitterjaya (pengguna Twitter Malaysia) bulan depan.

Amir kini muncul dengan single kedua berjudul Gelisah dan dijangka muncul dengan album sulung pada penghujung tahun ini.


Facebook: search Amir Jahari

Twitter: www.twitter.com/AmirJahari

Blog: http://amirjahari.blogspot.com/

Youtube : http://www.youtube.com/MrAmirullahnie

Pengurusan Amir – J Play: http://www.myjplay.com/

Tasha Shilla kecewa dituduh menari ghairah di kelab malam

Tasha Shilla (pelakon) kecewa dengan tuduhan dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

Tasha Shilla

"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam."Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.

Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan.

"Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact