Sinopsis Hanya Padamu,drama TV3 lakonan Zahiril Adzim,Beto Kusyairy


Sinopsis drama Hanya Padamu

Hanya Padamu menceritakan perit hidup dan liku perjalanan seorang gadis, namun masih cekal sebelum dilanda dilema perasaan.

Kisah bermula apabila seorang kanak-kanak bernama Adawiyah (Nazeera Sardi), anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya iaitu Sabariah dan Omar, namun dia dibenci Sabariah atas sebab tidak diketahui.

Suatu hari, Omar diserang strok dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Sejak itu, Sabariah menyeksa Adawiyah dan juga memberhentikan Adawiyah dari sekolah. Gurunya kecewa kerana Adawiyah adalah antara pelajar terbaik dan calon harapan sekolah untuk mendapat keputusan peperiksaan 5A.

Anak Sabariah, Bukhari (Zahiril Adzim) cuba menegur sikap ibunya tetapi tidak diendah Sabariah. Pada masa sama, Bukhari mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dua tahun kemudian, Bukhari berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Perikanan.

Selepas pemergian Bukhari, Sabariah menghantar Adawiyah ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Di sana, Adawiyah dibuli Sari yang dengki terhadapnya. Bukan itu saja, Adawiyah turut diugut seorang pekerja kantin di rumah berkenaan. Sejak itu, Adawiyah hidup dalam ketakutan.

Lapan tahun kemudian, Arman (Beto Kusyairy), berusia 35 tahun, kelihatan sangat tertekan dan tidak terurus wajahnya bertembung dengan Adawiyah, yang sudah berusia 21 tahun, kelihatan ayu, sopan, lembut di tepi pantai. Adawiyah kemudiannya ke sebuah banglo untuk memulakan hari pertama sebagai guru kepada anak tuan punya banglo.

Sebaik saja tiba, Adawiyah terkejut melihat Arman, tuan rumah di banglo berkenaan. Pada mulanya, Arman tidak yakin akan kemampuan Adawiyah untuk mendidik anaknya, Liliyana, sehinggalah Arman melihat perubahan pada anaknya.


Arman teringat, dia pernah menghadiahkan gelang kayu tasbih kepada kanak-kanak di Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Gelang itu masih dipakai oleh Adawiyah sehingga kini. Maka, terjalinlah hubungan antara Adawiyah dan Arman demi Liliyana.

Bukhari yang pulang dari Jepun mula menternak ikan dalam sangkar di kampung halamannya, Kampung Kuala Kubu. Ketika dia dan Adawiyah sedang berbual di telefon, muncul seseorang menjerut leher Adawiyah. Di kampung, Bukhari mendengar kekecohan itu melalui telefon, dia yakin Adawiyah berada dalam bahaya.

Pelakon drama Hanya Padamu: Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Nazeera Sardi, Emelda Rosmila dan Khayrisyah Kemal.

Drama Hanya Padamu 13 episod bersiaran setiap Jumaat di TV3 bermula 28 Disember ini jam 9 malam. Menerusi terbitan Filmscape Sdn Bhd, ia menghiasi slot Zehra. Drama ini diarahkan Faisal Ishak, manakala skripnya karya Maizurah Ederis.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Sinopsis Hanya Padamu,drama TV3 lakonan Zahiril Adzim,Beto Kusyairy

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Sinopsis Hanya Padamu,drama TV3 lakonan Zahiril Adzim,Beto Kusyairy

Home | Disclaimer | Contact