Sinopsis drama Darjat, TV3 lakonan Ika Nabila


<b>Sinopsis drama Darjat, slot Azalea TV3</b>

Drama Darjat mengisahkan remaja bernama Haziq (Syazwan Zulkifli) yang menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak. Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya dengan membawa teksi.

Berbeza dengan Karina (Ika Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada Mansor dan Rosmah. Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering ditemani oleh Maria dan Tini sahaja.

Apabila Maria dan Tini keluar bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi. Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika itu Haziq berada di situ. Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz.


Karina berasa terhutang budi dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya. Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu peribadi Karina.

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka. Di rumah Karina dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan Ghaz. Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah cuba menculik Karina sebelum ini? Siapakah Ghaz sebenarnya? Adakah kuasa cinta sejati Haziq cukup untuk membebaskan Karina daripada cengkaman bapanya? Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama drama terbitan Primeworks Studios ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang hanya di TV3 bermula 4 Oktober 2012.

Penonton yang terlepas menyaksikan ‘JULIA’ & ‘DARJAT’ boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Drama berjudul ‘Darjat’ menampilkan Syazwan Zulkifli, Talha Harith dan Ika Nabila sebagai tunggak utama di bawah arahan M.Nazir Juhan atau lebih dikenali sebagai Jet Lee dan skrip oleh Mufid Shuhaimi Bahaudin.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Sinopsis drama Darjat, TV3 lakonan Ika Nabila

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Sinopsis drama Darjat, TV3 lakonan Ika Nabila

Home | Disclaimer | Contact