Kumpulan Qalam Band 

Qalam Band mempunyai imej yang ceria. Dari Chemor dan Chepor, lima anak muda ini sebelumnya dikenali menerusi kumpulan C&C.

Bagaimanapun, selepas menyertai pertandingan Battle of the Band 2011 di Bandar Seri Iskandar, Ipoh, Perak, bakat mereka mula menyinar, lebih-lebih lagi setelah dipilih menjadi artis rakaman di bawah label komposer terkenal.



Terdiri daripada Faizwan Farman Farud Hasfardy (gitar), Muhammad Hanif Omar (keyboard), Muhammad Alias Mohd. Esa (drum), Wan Muhammad Mukhrizad Wan Mokhtar (bass) dan Muhammad Zainal Mohd. Nor (vokal), mereka kini menggelarkan diri sebagai Qalam Band.

Daripada konsep rock yang diminati, kelima-lima anak muda ini merasakan lebih mudah jika mereka membawa muzik berelemen pop rock yang lebih sesuai dengan jiwa muda mereka.

Bertuahnya mereka apabila single pertama mereka, Dilamun Rindu kini sering ke udara dan sekali gus mencuri perhatian ramai.

Walaupun lagu tersebut dihasilkan kembali dengan nafas baru, namun melodi asal lagu itu masih dikekalkan dengan hanya sedikit perubahan muzik dilakukan untuk menyesuaikannya dengan zaman moden.

Biarpun masih berusia setahun jagung, lagu-lagu mereka nyata matang dan sesuai didengari pelbagai peringkat umur.

Nantikan klip video dan single kedua mereka yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan Qalam Band, taip sahaja www.facebook.com/qalamband.

2 ulasan:

  1. saye minat qalam band

    BalasPadam
  2. i love QALAM BAND!!! you all the best......

    BalasPadam

Belajar Gitar


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top