Zul Ariffin Kurang Senang Tindakan Abby Abadi


Bekas kekasih Abby Abadi, pelakon Zul Ariffin agak kurang senang apabila Abby membuat tuduhan memburukkan pemerintah ketika ini iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN).

Zul berkata tindakan Abby bersuara mengenai hal-hal politik serta mengkritik kerajaan merupakan tindakan yang benar-benar kurang bijak apatah lagi ia dilakukan tanpa penyelidikan yang betul.



"Saya gembira melihat perubahannya dengan imej bertudung dan tidak salah untuk dia menyertai mana-mana parti politik kerana itu adalah haknya.

"Bagaimanapun apabila mendapat tahu tentang kelantangannya bersuara memburukkan kerajaan, rasanya dia perlu selidik dahulu dan bukannya bercakap berdasarkan cakap-cakap orang.

"Tambah pula dia baru sahaja menyertai dunia politik (PAS), tak mungkin dia dah selidik tentang semua hal. Apa yang dibuatnya sekarang ini terlalu ekstrem," katanya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi portal The Malaysia Insider pada 25 Julai lalu, mendakwa artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai pekerjaan sekiranya kerajaan yang sedia ada tidak lagi memerintah.

Dalam artikel yang bertajuk "Abby Abadi: Muslim artistes will work only after Pakatan takes power" (Abby Abadi: Artis Muslim Akan Bekerja Selepas Pakatan Ambil Alih Kuasa), pelakon tersebut antara lain mendakwa ruang individu sepertinya untuk berkarya menjadi sempit dan beliau mengharapkan golongan artis yang berhijrah dapat setia bersama PAS jika mahu melihat perubahan.

Tambah Zul, hasrat Abby untuk memperjuangkan Islam itu adalah baik tetapi dia hendaklah memahami rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama.

“Saya gembira dengan perubahan imejnya dengan bertudung tetapi Abby harus ingat, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.

Sementara itu ditanya adakan dia pernah menghubungi Abby, Zul memberitahu, dia enggan mengingati semula hal lama selain sudah membuat keputusan untuk tidak berhubung lagi.

"Saya mahu meneruskan kehidupan. Apabila kami saling berhubung ia membuatkan kita masih berada di kenangan silam.

"Bagaimanapun, Abby ada menghantar mesej mengucapkan selamat berpuasa kepada saya baru-baru ini," ujarnya.

Sumber: Mstar

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Zul Ariffin Kurang Senang Tindakan Abby Abadi

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Zul Ariffin Kurang Senang Tindakan Abby Abadi

Home | Disclaimer | Contact