Filem 2 Kalimah Sinopsis

Sinopsis Dua (2) Kalimah

Filem Dua Kalimah menceritakan sepasang kekasih Aiman (Sam) dan Selena (Nora) gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman, sepanjang perjalanan mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang yang berlainan dan melihat sendiri azab yang diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana semasa hayat si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Selena yang melihat sendiri kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat, malah dia sendiri berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawa Selena kembali ke jalan Allah namun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira, tidak mahu mengahwini Selena, namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman adalah anak kesayangan orang kampung oleh kerana akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya Aiman bertindak mengugut Selena.

Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas malah dia juga sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah untuk Aiman bertaubat atas segala dosa-dosanya? Adakah Selena masih setia untuk menanti Aiman menunaikan janjinya?

Nora Danish bertudung 2 Kalimah

Dua Kalimah merupakan filem Islamik arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures (MIG)

Pelakon 2 Kalimah: Shaheizy Sam ,Nora Danish,Wan Hanafi Su,Yana Samsudin,Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar dan Mikael Andre.



Filem 2 Kalimah merupakan filem terbitan Metrowelath (MIG) yang ke-80 itu mengambil sekali lagi Eyra Rahman sebagai pengarah dengan menggandingkan pelakon popular Shaheizy Sam dan Nora Danish sebagai watak utama.

Banyak mesej berkaitan percintaan ditonjolkan dalam filem ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa perhubungan tanpa ikatan yang sah boleh mendatangkan mudarat dan memberi kesan kepada orang sekeliling.

Malah, setiap dosa besar yang dilakukan tidak perlu menunggu hari kiamat ketika masih di dunia lagi Tuhan sudah memberikan pembalasan.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Filem 2 Kalimah Sinopsis

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Filem 2 Kalimah Sinopsis

Home | Disclaimer | Contact