Harun Salim Bachik tak mahu bertanding lagi utk Seniman

Harun Salim Bachik, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), mengumumkan untuk tidak bertanding dalam pemilihan ahli jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Seniman bagi penggal baru 26 Mei ini.


Harun berkata kepada sebuah portal berita, keputusan dibuat kerana merasakan dirinya tidak boleh memberi komitmen penuh terhadap persatuan kerana bebanan kerja dan mempunyai masalah kesihatan.

Pun begitu, Harun menegaskan pengundurannya tiada kaitan dengan pelbagai isu yang timbul bersama timbalan persatuan itu, Zed Zaidi yang dikatakan sering menjalankan aktiviti Seniman tanpa pengetahuannya.

Harun juga merasakan Zed Zaidi adalah individu yang layak untuk menggantikan tempatnya berdasarkan potensi besar dan dilihat cukup bersemangat dalam memperjuangkan hak artis-artis tempatan.

Sebelum ini, Harun dipilih menerajui Seniman pada 18 Disember 2010 setelah menang tipis sebanyak 78 undian berbanding Datuk Mustapha Maarof yang mendapat 74 undian pada pemilihan yang berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee, Kompleks Finas, Hulu Klang.

0 ulasan:

Sila komen Harun Salim Bachik tak mahu bertanding lagi utk Seniman

Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 
Harun Salim Bachik tak mahu bertanding lagi utk Seniman

Home | Disclaimer | Contact