Datuk Siti Nurhaliza Taruddin telah memenangi Anugerah Sri Perak di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25 yang berlangsung pada 8 April 2012 di Arena of Star, Genting Highland, Pahang.
Anugerah Seri Perak adalah kategori yang pertama kali diwujudkan. Untuk kategori ini, Siti menepati ramalan dan membuktikan bahawa namanya masih lagi popular di mata peminat hiburan tempatan.
Siti yang sebelum ini pernah merangkul anugerah Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali menewaskan nama besar lain seperti Datuk M Nasir, Datin Sofea Jane, Ziana Zain, Eman Manan, Nabil (Raja Lawak) dan Shahiezy Sam.
Tahniah ye Siti Nurhaliza.
Berikut adalah senarai calon Anugerah Seri Perak
1- Aishah
2- Zainal Abidin
3-Eman Manan
4-Sofea Jane
5-M.Nasir
6-Ziana Zain
7-Siti Nurhaliza
8-Rosyam Nor
9-Saiful Apek
10-Mawi
11-Nabil
12-Shaheizy Sham









0 ulasan:
Sila komen Siti Nurhaliza menang Anugerah Sri Perak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011),8 April 2012