Bintang Paling Popular Berita Harian dimenangi pelakon kacak bergaya Aaron Aziz. Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25 yang di diadakan pada 8 April 2012 di Arena of Star, Genting Highland, Pahang.

Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli kiraan undian tertinggi dengan undian sebanyak 87,669 undi.

Aaron turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada malam berprestij tersebut.

Kemenangan Aaron Aziz menepati ramalan peminat yang setia menyokong kerjaya pelakon hebat berbakat lagi kacak tetapi sudah berumahtangga ini.

Gambar Aaron Aziz dicium isteri

Aaron Aziz

Dengan kejayaan yang sudah dapat diramal ini, Aaron Aziz berjaya menjadi pemilik sah kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium) sebagai hadiah utama Bintang Paling Popular 2011 yang ditaja Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. Aaron turut membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlan RM25 ribu berserta barang kemas Rafflesia Mandalay bernilai RM25 ribu.

Kejayaan bertuah Aaron Aziz ini turut dikongsi bersama isterinya yang tidak jemu menyokong kariernya.

Tahniah ye Aaron Aziz.

Penaja hadiah ABPBH 2011

* EDARAN Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd (beroperasi di 6268, Jalan Ipoh, 52100 Kuala Lumpur) menaja hadiah utama untuk pembaca bertuah Berita Harian iaitu Nissan Livina XGear 1.6 L manakala untuk Bintang Paling Popular, Nissan Teana 250 XV V6 bakal menjadi rebutan calon artis bertanding.

* Holiday Villa Hotel & Suite Subang menjadi hotel rasmi untuk sidang media ABPBH 2011. (www.holidayvillahotelsubang.com )


Aaron Aziz dilahirkan di Singapura, Aaron Aziz turut mengembangkan bakat lakonannya di kedua-dua negara terpisah oleh Selat Tebrau.

Mula dikenali di Malaysia dari penampilannya dalam drama Haryati pada 2004, Aaron yang terlebih dulu popular di Singapura terus berlakon di negara ini menerusi drama Sumayyah, Janji Diana, Emil Emilda, Sadiq & Co, Bulan Bertemu Matahari, Cinta Gila, Rahsia Hati, Kasih Tercipta, Tangkal Besi, Akinabalu dan banyak lagi.

Pelakon ini juga muncul di layar perak menerusi filem Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Shhh... Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Dua Alam, Datin Ghairah, KL Gangster dan Endless Days, dan yang paling terkini, Ombak Rindu.

Facebook dan Twitter Aaron Aziz

https://www.facebook.com/aaronmustaphaaziz
http://www.aaronaziz.com
https://twitter.com/Aaron535Aziz

0 ulasan:

Catat Ulasan

Belajar Gitar


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top