Senarai pemenang Anugerah Astro Arena 2012

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Astro Arena 2012 bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan: Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)
Atlet Wanita Pilihan Berpasukan: Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
Atlet Muda Pilihan: Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)
Kebangkitan Pilihan: Lee Hup Wei (Olahraga)
Jurulatih Pilihan: Ong Kim Swee (Bola Sepak)
Blog Sukan Pilihan: Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)
Perlawanan Pilihan: Indonesia lawan Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)
Lagenda Sukan Negara: Sylvia Ng
Anugerah Khas Arena: Salam Sidik

Jasamu Dikenang: Razali Alias dan Khoo Beng Khai

Apex Khairul Fahmi Che Mat

Apex yang telah dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan di Anugerah Astro Arena 2012tak mahu dilihat sebagai seorang artis, tetap bersyukur kerana telah mendapat sokongan rakyat Malaysia sekaligus menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus mengharumkan nama negara ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Dalam pada masa yang sama Apex berharap agar semua peminat sukan mendoakan kesejahteraan dirinya serta cuba untuk menjadi yang terbaik di hati peminat. Ini kerana bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak dan dia berjanji akan membalas kepercayaan peminat dengan mempamerkan aksi cemerlang pada setiap perlawanan bola yang melibatkan skuad kebangsaan kelak.

Kerjasama sepasukan adalah amat diperlukan untuk memastikan ranking pasukan bola sepak negara akan meningkat sekaligus mempertahankan Piala Suzuki yang telah dimenangi skuad kebangsaan pada musim lalu. Apex juga mengharapkan agar semua peminat terus menyokong sukan bola sepak sama ada pasukan kebangsaan kita berada di kemuncak kejayaan ataupun tidak.

Tidak hanya tertumpu kepada penjaga gol skuad kebangsaan ini, rakannya juga iaitu Nazmi Faiz yang merupakan pemain bola sepak tempatan turut dipilih sebagai atlet muda pilihan. Dia yang tidak menyangka akan pengumuman tersebut berterima kasih kepada peminat yang menyokongnya dan berjanji akan terus mengharumkan nama negara suatu hari nanti.

Anugerah Astro Arena 2012 telah diacarakan oleh Akhbar Sahari dan Edleen Ismail. Bertemakan hitam merah, atlet-atlet negara dan tetamu telah dihiburkan oleh Jaclyn Victor, Azlan and The Typewriter dan kumpulan Jambu. Program yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Hj Ibrahim ini turut membuktikan bahawa perkembangan sukan di negara kita juga adalah cerah dan setanding dengan industri dan bidang-bidang lain.

Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo

Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi
Sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini?

Chorus
Andai ku bercinta lagi
Suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya
Yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir
Dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan
Semangatku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih?

(Ulang korus)

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

(Ulang korus)

Andai ku bercinta lagi

Filem Kisah Paling Gangster (KPG)

Perubahan yang berlaku dalam hidup seseorang kadang-kala ke arah kebaikan dan ada juga yang menjerumuskan seseorang itu ke arah kejahatan. Tidak semua orang yang berubah menjadi jahat itu atas kehendak sendiri, ada juga yang mengalami perubahan itu disebabkan desakan hidup.

Perubahan itulah yang berlaku dalam hidup Remy Asmara yang bekerja di hospital sebagai paramedik dan selalu dibuli namun tidak pernah melawan. Secara tidak sengaja dia menyelamatkan nyawa seorang gengster dan bermula dari situlah hidupnya berubah.

Inilah antara paparan menarik dalam filem Kisah Paling Gangster (KPG) terbitan B&L Kreatif Sdn Bhd arahan Brando Lee. Mempertaruhkan Shaheizy Sam sebagai tunjang utama, KPG yang juga filem aksi pertama produksi itu, menjanjikan debaran yang tinggi kerana menyelitkan banyak aksi ngeri.

Bagaimanapun, Brando yang juga produser bagi filem yang bakal diedarkan Metrowealth Pictures (MIG) ini, menafikan KPG adalah kisah sambungan bagi mana-mana filem aksi lakonan Sam yang pernah menjayakan filem Evolusi KL Dritf 2, Kongsi dan juga Bini-biniku Gangster.

Shaheizy Sam

Brando berharap, orang tidak salah sangka kerana jalan cerita dan watak yang dipegang Sam dalam filem ini berlainan dengan watak-wataknya sebelum ini.

Malah pengarah filem Aku tak Bodoh dan Chow Kit yang bakal ditayangkan di pawagam 3 Mei ini mengakui KPG lebih berat jika dibandingkan dengan filem yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Mendapat ilham daripada kisah gengster dan jalan cerita daripada filem-filem terbitan Jepun dan Korea, Brando cuba mencari kelainan dengan menggabungkan elemen aksi dari kedua-dua negara itu tetapi masih diadun dengan kesesuaian untuk penonton tempatan.

"Saya mengambil masa yang agak lama bagi menghasilkan filem ini kerana banyak berbincang dengan penulis skrip untuk dan melakukan banyak rombakan bagi memastikan jalan cerita benar-benar mantap. Sebelum memulakan penggambaran, sekali atau dua kali seminggu kami berbincang untuk mengembangkan cerita.

"Ketika proses menyiapkan skrip yang mengambil masa selama tiga bulan, saya juga sudah dapat melihat visual perjalanan ceritanya dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari kawasan bagi proses penggambaran," katanya yang mengambil masa 23 hari untuk penggambaran KPG.

Memilih lokasi di sekitar Lembah Klang, Sungai Buloh dan Bandar Puteri, Puchong, Brando mengakui ia sangat sesuai bagi menghidupkan lagi suasana dan memberikan impak menarik bagi beberapa babak aksi.

Katanya, ini juga kali pertama dia bekerjasama dengan Sam dan pelakon lain seperti Mikael Andre dan Wawa Zainal. Katanya, tiada masalah bekerja dengan mereka kerana semuanya sangat komited.

Penggambaran babak terakhir yang dilakukan antara deretan kedai di Bandar Puteri, Puchong. Membabitkan dua kereta BMW yang terbalik, babak itu sangat bahaya dan risiko kecederaan sangat tinggi apatah lagi lorong itu sangat sempit. Namun, kerana keyakinan pelakon lagak ngeri untuk membuatkan aksi itu sangat tinggi, Brando setuju untuk meneruskan babak itu.

"Selalunya, babak membabitkan keadaan seperti kereta terbalik dilakukan di kawasan lapang tetapi saya memilih untuk menjalankan penggambaran antara deretan kedai bagi memberikan kepuasan pada penggemar filem aksi.

"Pada mulanya, saya sendiri takut dan tidak yakin mampu melakukannya tetapi apabila pelagak ngeri menunjukkan keyakinan dan memberikan jaminan, saya pun bersetuju walaupun agak gementar kerana macam-macam perkara boleh terjadi," katanya.

Bagi pendatang baru, Nor Hafiezzah A Kadir atau Fyza Kader, filem ini agak berbeza dengan filem Seram Sejuk dan Nongkrong kerana terpaksa memberikan raut wajah dan perwatakan yang agak kasar.

Seorang yang lemah lembut, Fyza mengakui tiada masalah membawakan watak anak kepada ketua gengster. Walaupun mengalami kecederaan di bahagian dadanya, Fyza seronok menjalani penggambaran itu dan membuatkan semangatnya sangat berkobar-kobar.

"Memanglah sakit ketika jatuh tapi waktu sama puas sebab saya tidak pernah menjadi seorang yang lasak. Ini pertama kali saya bawa watak lasak sebab watak Sofea ini adalah anak gengster.

"Walaupun masih baru, pengarah dan Sam banyak membantu saya menjiwai watak Sofea apatah lagi melihat saya seorang yang agak lembut, mereka banyak memberi nasihat bagaimana untuk mempamerkan raut muka ganas," katanya.

Sam layan peminat walau penat di lokasi

BERILAH apa saja watak, Shaheizy Sam tidak pernah gagal memberi lakonan berbeza setiap kali kemunculannya sama ada drama atau filem. Kalau filem aksi, Sam mula dikenali melalui filem Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof dan menang Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23).

Walaupun namanya popular melalui wataknya dalam Adnan Sempit, filem Kongsi arahan Farid Kamil pula menjadikan dirinya antara pelakon lasak dan bakal muncul dalam filem aksi 8 Jam tidak lama lagi.

Kata Sam, dia menyukai wataknya sebagai Remy Asmara kerana karakternya cukup mencabar dan memerlukannya bermain dengan emosi dalaman yang lebih banyak. Karakter itu berkembang dan tidak hanya berpaksikan pada satu sikap dari awal cerita hingga akhir.

"Dari aspek perkembangan karakter itu sendiri, peranan saya ada lapisan corak hidup yang perlu ditunjukkan. Ia mengisahkan Remy melalui pelbagai cabaran. Ia bukan tipikal gengster seperti yang pernah saya lakonkan sebelum ini

"Berbanding Evolusi KL Drift 2 dan Kongsi, wataknya hanya ada satu lapisan cerita dan tujuan. Kali ini, saya perlu bermain dengan banyak emosi dan fizikal. Watak ini seolah digambarkan ketika dia menyelamatkan nyawa, dia juga sanggup mengambil nyawa orang lain. Saya sendiri seronok apabila berpeluang melakukan babak lagak ngeri sendiri," katanya.

Sudah biasa dengan kecederaan ringan ketika melakonkan babak aksi, Sam menjelaskan pelakon lebih menjiwai watak seseorang itu apabila merasai sendiri kesakitan itu. Bagaimanapun katanya, tidaklah sampai mencederakan diri sendiri.

Bakal muncul dalam filem Nongkrong tidak lama lagi, Sam tidak kisah berkongsi cerita dengan peminat mengenai dirinya tetapi apabila membabitkan kisah peribadi, Sam tegas tidak mahu berkongsi atau menceritakan apa-apa.

Katanya, dia juga begitu menghargai sokongan peminatnya dan sebagai tanda terima kasihnya dia melayan mereka yang mahu bergambar dan meminta tandatangannya sebagai kenangan walau-pun ketika sibuk di lokasi penggambaran.

Sam juga memberikan poskad yang sudah ditandatanganinya kepada peminat agar memudahkan mereka menyimpannya dan tetap melayan dengan baik walaupun penat setelah sehari suntuk menjalani penggambaran.

"Walaupun penat, saya mahu melayan mereka sebaik mungkin kerana merekalah yang sentiasa menyokong kerjaya seni dan juga menjadi penonton setia semua filem lakonan saya.

"Tanpa mereka, saya mungkin tidak berada di tahap seperti sekarang ini. Itu adalah salah satu cara saya untuk memberikan penghargaan pada mereka. Tidak susah pun menyediakan poskad yang sudah saya tandatangani, semuanya untuk peminat," katanya masih mampu tersenyum manis.

Mempunyai perancangan menerbitkan filem dengan kakaknya, Zizie Ezette, Sam mengakui buat masa ini masih belum ada masa untuk menjalankan projek itu.

Katanya, sudah beberapa kali kakaknya bertanyakan hal itu tetapi dia sendiri tidak mahu berjanji kerana sibuk dan terikat dengan komitmen kerjanya.

"Saya sendiri tidak tahu bila projek itu akan direalisasikan apatah lagi dengan kesibukan menjalani penggambaran yang sangat padat. Kakak selalu bertanya perkara itu, cuma saya tidak mahu memberikan jawapan dan berjanji kerana takut apabila tiba masanya, saya tidak dapat memberikan komitmen.

"Walaupun ahli keluarga sendiri, saya tidak mahu menggunakan pertalian darah itu sebagai alasan untuk berjanji kemudian tiba-tiba sebab hal sendiri janji itu tidak dapat ditunaikan," katanya.

Oleh Hellinie Sina

Linda Jasmine namakan bayi, Tengku Cleopatra Haidar

Linda Jasmine telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar pada Khamis 26 April 2012.

Isteri kepada Que Haidar itu melahirkan cahaya mata ketiga kepada pasangan ini di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur dengan bayi seberat 2.8 kilogram. Bagaimanapun, bayi perempuan itu dilahirkan secara pembedahan.


Cleo iaitu nama panggilan manja kepada cahaya ketiga pasangan berkenaan. Ia diambil kerana menyamai nama ratu daripada Mesir yang terkenal dengan kecantikan dan kekuasaan yang dimilikinya.

Pasangan yang sudah lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga ini ternyata berbahagia dengan menghindari kehidupan mereka daripada gossip hangat.

Semoga Linda Jasmine-Que terus membina hidup bahagia sekeluarga.

Konsert Journey Through Song, Ingin Bersua DJ Dave

Tarikh dan lokasi Konsert DJ Dave

Datuk D.J. Dave akan mengadakan Konsert Journey Through Song - Ingin Bersua di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Jun 2012.

Konsert Journey Through Song - Ingin Bersua itu akan dipimpin oleh S. Atan sebagai Pengarah Muzik yang akan diiringi oleh kira-kira 30 pemuzik orkestra. Sebarang pertanyaan tentang pembelian tiket sila hubungi 016-6838444.

Konsert DJ Dave ini akan mengenakan tiket-tiket berharga RM53, RM83, RM123, RM183, RM253, RM303 dan RM453 dan mampu mengimbau nostalgia para peminatnya kelak.

Poster Konsert Dj Dave

Menurut penyanyi DJ Dave yang berusia 65 tahun itu, konsert solonya yang menelan kos mencecah RM1 juta tersebut merupakan yang berskala terbesar yang akan dijayakan selepas hampir 20 tahun dia tidak terbabit dalam konsert seperti itu.

Justeru jelas Dave dia telah melakukan banyak persiapan daripada segi latihan vokal dan menyediakan pelbagai kostum yang bersesuaian, selain turut bersenam serta mengamalkan diet bagi menjayakan konsert tersebut.

Dia juga sangat teruja dengan segmen 70-an, segmen bermulanya dia dalam dunia seni suara yang sudah masuk usia 40 tahun.

Untuk segmen 70-an, Dave mengundang salah seorang pasangan duetnya iaitu Uji Rashid. Mereka akan mempersembahkan lagu duet yang sangat popular pada masa itu. Dave dan Uji pernah popular dengan lagu Rintihan Rasa, Hilang Resah Timbul Sayang serta lagu Sungguh Kau Istimewa (petikan filem Menanti Hari Esok).

Konsert dibawakan oleh syarikatnya sendiri Shahdave Entertainment dengan tajaan daripada Celcom, Sogo, Hotel Concorde, Air Asia, Hard Rock Cafe, Faizal Mustafa Photography, Istana Budaya dan Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Warisan.

Selain Uji yang diundang untuk mewakili era 70-an, konsert itu juga menampilkan S. Atan (80-an), Dayang Nurfaizah (90-an) dan Marsha (era terkini). Kebetulan Dave merakam lagu duet I Always Love You bersama Marsha.

Selain bakal menyanyi lagu Nyawaku, penyanyi yang terkenal dengan lagu Ingin Bersua ini juga akan mengundang Dayang Nurfaizah dan Marsha Londoh berduet dengannya

Malah Dave memberitahu dia puas hati kerana konsert anjuran syarikatnya, Shahdave Entertainment itu mendapat sokongan banyak penaja seperti Celcom, Sogo, Hotel Concorde, AirAsia, Hard Rock Cafe dan Istana Budaya.

"Pada konsert itu nanti, saya juga akan menjual album single Nyawaku dan album edisi terhad yang dicetak sebanyak 1,000 unit dan mengandungi empat cakera padat berharga RM120.

"Ia mengandungi 50 buah lagu dan ia disertakan dengan biografi dan gambar-gambar saya di dalamnya. Selain itu pelbagai barangan cenderhati saya seperti kemeja-T dan topi juga akan dijual pada konsert itu nanti," jelasnya.

Filem The Lady papar kisah Aung San Suu Kyi

Filem The Lady adalah mengenai insan bernama Aung San Suu Kyi yang berjuang atas nama demokrasi untuk negara dicintai. Mungkin selama ini kita lebih tahu mengenai tokoh ini melalui media cetak dan elektronik.

Wanita diberi jolokan Orkid Besi oleh majalah Times satu ketika dulu, terpaksa mengorbankan perkara paling berharga dalam dirinya yakni suami dan anak tercinta.

Filem The Lady

Walaupun The Lady mengisahkan kehidupan Do Su (panggilan untuk Suu Kyi), ia sebenarnya bukan biografi lengkap. Penonton hanya diberi sedikit kisah kehidupannya bergelar kanak-kanak melalui babak lambaian terakhir seorang bapa kepada anaknya sebelum dibunuh kejam kumpulan gerila.

Aksi sebenarnya bermula pada 1988 ketika usia 40-an dan kembali ke Burma (Myanmar) untuk melawat ibunya yang sakit selepas tinggal di England dan berkahwin dengan Michael Aris, profesor di Universiti Oxford.

Daripada situ, bermulalah perjalanan penuh heroisme Do Su yang terpaksa menggalas tugas sebagai pemimpin dan penggerak usaha demokrasi dengan menubuhkan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) di negaranya sehingga menang majoriti dalam pilihan raya 1990.

Malangnya, keputusan itu dihalang pihak tentera yang secara terang mahu menguasai negara dengan cara mereka. Lantas Do Su diserang dengan cara psikologi daripada pelbagai sudut.

Sejak itu, penonton terus dihambat dengan rasa sedih dan bersemangat sehingga ada mungkin menitiskan air mata.

Satu persatu kejayaan Do Su ditonjolkan dengan penuh gaya, termasuk dianugerahkan Nobel Keamanan. Tanpa perlu durasi lama untuk satu babak, penonton dibawa dalam pengembaraan mendalami isi hati seorang wanita yang sebenarnya di persimpangan dilema. Ibarat pepatah 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'.

Tidak perlu bercerita secara terperinci apa berlaku dalam setiap babak, sebaliknya mahu penonton merasai pengembaraan rasa yang dicetuskan pemegang watak The Lady, Datuk Michelle Yeoh.

Michelle ternyata berjaya mengemudi jiwa Do Su, malah tatkala hampir dua jam menyaksikan perjalanan kisah wanita itu, dapat dilihat aktres berasal dari Ipoh, Perak itu bukan lagi Michelle, sebaliknya Do Su.

Daripada gaya berjalan, postur, tertib dan kelembutan lambaian serta pertuturan kepada pengikutnya, seolah-olah Do Su melakonkan sendiri kisah hidupnya.

Sekalung tahniah kepada pengarah Luc Besson yang berjaya menjentik hati penonton melalui gaya pengarahan yang menyentuh jiwa. Ditambah dengan babak penting yang kena dengan waktunya serta muzik latar yang mengusik jiwa, The Lady bakal menjadi filem ikon setanding kebanyakan filem biografi lain seperti Edgar, The Queen, Milk mahupun Malcom X.

Walaupun ada cacat cela, terutama lakonan beberapa pelakon tambahan yang dilihat kurang 'memberi', itu bukan alasan untuk The Lady berjaya di mata masyarakat tempatan.

Yang penting, intipati filem ini wajib diambil iktibar golongan muda yang mungkin semakin hilang arah dan cara dalam usaha menegakkan keadilan dengan cara lebih mulia.

FILEM: The Lady
ARAHAN: Luc Besson
PELAKON: Michelle Yeoh, David Thewlis and Jonathan Raggett
GENRE: Drama biografi
TAYANGAN: 3 Mei 2012

Ulasan Amirul Haswendy Ashari

Trailer The Lady

Marsha sibuk berlakon, mengacara tp kecewa nyanyian kurang

Artis cantik Marsha Milan Londoh kecewa kerana bidang nyanyian yang paling diminatinya itu kurang menyerlahkan bakat beliau berbanding karier lakonannya.Sejak keluar daripada program realiti yang disertainya iaitu Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), banyak tawaran berlakon yang diterimanya berbanding karier nyanyian.

"Sebenarnya saya sudah putus asa dan seperti tiada harapan lagi untuk saya meneruskan karier di bidang nyanyian walaupun pada mulanya muzik adalah keutamaan.Pada tahun lalu, album pertama saya yang berjudul “Yang Pertama” kurang mendapat sambutan. Dan memandangkan saya sering menerima tawaran berlakon, saya ambil peluang itu sebagai mengisi masa kosong," katanya.

Marsha yang baru sahaja selesai berlakon filem Dr. K Kahwin Lima terbitan KRU Studios. Buat masa ini dia akan meneruskan karier lakonannya dan akan menyanyi berdasarkan tawaran yang diberi oleh penerbit drama atau filem untuk membawakan lagu runut bunyi (OST).

Marsha Milan Londoh

Dalam pada itu, Marsha kini turut menceburi bidang baru iaitu sebagai pengacara menerusi program gosip hiburan, “Propaganza”, bersama Reza (AF).

Kata Marsha, dia menganggap “Propaganza” memberikan satu kelainan dan cabaran buatnya di mana perlu mengendalikan program itu secara langsung, dia juga perlu menjaga tingkah laku agar dirinya tidak diperkatakan dalam program tersebut.

"Bayangkan, sudahlah kita kendalikan program itu, tiba-tiba nama kita pula yang menjadi bahan gosip.Oleh itu saya perlu menjaga tingkah laku dan tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh mengundang kontroversi. Ia salah satu cara untuk mengelak untuk tidak digosipkan," ujarnya.

Marsha juga bakal berduet bersama penyanyi DJ Dave untuk beberapa lagu pada konsert Journey Through Song, Ingin Bersama DJ Dave yang akan berlangsung pada Jun 2012.

Penyanyi Aishah sertai perhimpunan Bersih 3.0

Aishah telah dikatakan menyertai Pas. Semasa perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu, Aishah telah turut serta.

Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0.

Aishah perhimpunan Bersih 3.0

Bukan itu sahaja, beliau telah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program "Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah" di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.

Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik daripada seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

Selain Aishah, beberapa selebriti lain turut menyertai PAS antaranya Bob Lokman manakala Dayangku Intan pula menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Drama Sempena Hari Ibu di TV2 (2012)

Slot Citra, TV2 akan menayangkan drama terbaik sempena Hari Ibu sepanjang bulan Mei 2012 ini.

Drama Diari Bella
Bermula dengan lakonan hebat Nasha Aziz, Umie Aida, Betty Benafe, Juliana Evans dan Wan Sharmila, drama Diari Bella mengisahkan tentang Bella yang disangka mengalami masalah mental telah kehilangan suami dan anaknya apabila dibunuh kejam oleh sekumpulan samseng. Ia akan ditayangkan pada 1 Mei ini.

Drama Sepatu Merah Sepasang, 8 Mei 2012
Drama Sepatu Merah Sepasang

Ia diikuti Sepatu Merah Sepasang yang akan ditayangkan pada 8 Mei ini membariskan Umie Aida, Zamarul Hisham, Ku Haris, Afi dan Beety Rahmad.

Drama arahan Erma Fatima ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu yang membesarkan anaknya dengan serba kekurangan di lorong-lorong.

Anaknya yang bernama Bulan sedaya upaya mahu menggembirakan hati ibunya yang semakin tua. Pada Hari Ibu, Bulan berhasrat mahu memberikan hadiah yang istimewa buat ibunya.

Drama Arah Lain Ke Syurga (22 Mei)
Saksikan kemudiannya drama Arah Lain Ke Syurga (22 Mei) dibintangi oleh Wan Sharmila, Aznah Hamid, Norman Hakim, Kenchana Dewi dan Tan Mei Ling berlatarkan cerita Qaseh yang melarikan diri untuk berkahwin dengan Haikal.

Namun sebenarnya Haikal memiliki niat jahat dan telah merogolnya. Qaseh diselamatkan oleh sepasang suami isteri berbangsa India bersama anaknya yang masih kecil.

Drama Puteri Pulau Tuba (29 Mei)
Puteri Pulau Tuba (29 Mei) pula mengisahkan enam orang sahabat yang menyertai aktiviti perkhemahan di Pulau Tuba yang dianjurkan oleh sekolah ketika musim cuti persekolahan.

Mereka sememangnya menyimpan impian untuk ke pulau tersebut yang kaya dengan sejarah dan keindahannya, namun berlaku kejadian yang tidak diingini apabila Ari tiba-tiba hilang.

Drama Puteri Pulau Tuba

Alif Satar - Rapuh Lirik

Lirik Lagu Rapuh – Alif Satar

Kemarau panjang hatiku lenggang
Ku tasbihkan namamu mengusir bimbang

Padamu kerinduan yang terabaikan
Terpahatlah diriku ke tebing terjang
Bukan yang aku kenal
Aku juga tak tahu

Betapa angkuhnya aku, menyakitimu
Tanpa ku sedari mencederai hatimu
Hingga kau pergi ku hanya sesali

Padamu kerinduan yang terabaikan
Terpahatlah diriku ke tebing terjang
Bukan yang aku kenal
Aku juga tak tahu

Betapa angkuhnya aku, menyakitimu
Tanpa ku sedari mencederai hatimu
Hingga kau pergi ku hanya sesali

Betapa rapuhnya aku
Kehilanganmu membuatku menangis
Telah ku pastikan hatiku
Ku ingin kamu kembali kepadaku

Alif Satar - Rapuh Lirik

Ayah Nadia AF6 meninggal dunia

Ayah Nadia AF6 telah kembali ke rahmatullah.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Haswani Hasnan mengesahkan ayahnya yang bernama Hasnan Yusoff menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

"Saya sungguh terkejut dengan pemergian ayah yang akan menyambut ulang tahun yang ke- 50 pada 28 Mei depan.


"Ayah telah lelapkan mata untuk selamanya lebih kurang jam 12 tengah malam semalam. Waktu itu, arwah dan rakannya sedang duduk di kedai seorang temannya di sekitar Ampang Point.

"Tiba-tiba, ayah jatuh dan tidak sedarkan diri. Lalu, arwah terus dihantar ke Hospital Ampang Puteri oleh rakannya. Sejerus selepas itu, ayah telah disahkan meninggal dunia di situ," katanya.

Meneruskan penjelasan, Nadia memberitahu jenazah ayahnya akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

"Selepas disahkan tiada, jenazah terus dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian mengejutnya.

"Ayah saya seorang peniaga dan sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang penyakit yang kritikal. Malah, dia belum pernah dimasukkan ke hospital kerana sebarang penyakit," ujar Nadia yang berada di HUKM bagi menunggu keputusan bedah siasat.

Semoga roh arwah bapa Nadia dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Hattan bergelar Datuk (Darjah Indera Mahkota Pahang)

Penyanyi Hattan atau nama asalnya Mohd Sukri Shahabudin telah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan menukarkan panggilan ke atas dirinya sebagai Datuk.

Hattan dapat Datuk

Hattan adalah antara 155 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Pada upacara tersebut, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan dalam satu istiadat yang berlaku di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Fasha Sandha - Jejai sudah bergelar suami isteri

Fasha Sandha, Jejai selamat bernikah
Fasha Sandha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai),
di Tingkat 30, Hotel Crowne Plaza Mutiara dengan dua kali lafaz.

Pasangan romantik ini dinikahkan oleh bapa Fasha sendiri, Hassan Mohaideen bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin RM8,888.88.

Gambar Kahwin Jejai dan Fasha

"Saya bersyukur segalanya telah selamat berlangsung dengan baik. Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya kami selamat diijabkabulkan. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat," katanya.

Ditanya mengenai pemilihan mas kahwin iaitu sebanyak RM 8888, Fasha memberitahu angka tersebut merupakan nombor kegemaran suaminya.

Enggan mendedahkan wang hantaran, Fasha telah menerima, tujuh dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Note.

Manakala sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran antaranya coklat, sebentuk cincin, dan sebuah buku berjudul Terima Kasih Atas Cinta Ini.

Mengulas mengenai pertukaran lokasi pernikahannya yang dijadualkan sebelum ini di kediamaannya kata Fasha, situasi tersebut berlaku kerana untuk memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir.

"Memang pada asalnya kami hendak buat di rumah saya, namun saya rasa ruang di rumah sempit akan membuatkan tetamu tidak selesa. Maka kami memilih hotel ini sebagai lokasinya agar dapat menjemput ke semua tetamu yang penting untuk hadir di majlis ini, "ucapnya.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terpilih sahaja iaitu keluarga kedua-dua belah pasangan iaitu kedua ibu bapa kandung Fasha, ayah tirinya Mohd Faisal, ayah Jejai, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, teman rapat, rakan artis dan wakil media. Antara rakan artis yang hadir ialah Tomok dan isteri, Didie Alias, Faradhiya, Nor Aliah Lee, Rebecca Nur Al Islam dan Nadia Mustafar.

Majlis diserikan oleh Linda Onn selaku pengacara. Mula berkawan secara rapat sejak empat tahun lalu, sifat matang dan bertanggungjawab yang dimiliki Jejai, akhirnya membuka pintu hati pelakon kelahiran Johor Bahru tersebut untuk menerimanya sebagai pasangan hidup.

~ Murai

Program realiti Mencari Ramli di TV9 bermula 30 April

Program Mencari Ramli

Segala-galanya bermula dengan iklan. Kisah seorang anak muda, Ramli mengharumkan nama Malaysia apabila beraksi dalam pasukan bola sepak tersohor, Manchester United mencetuskan ilham menerbitkan Mencari Ramli menerusi rancangan Kaki Bola.

Program realiti mencungkil pemain terunggul ini bakal direalisasikan bermula 30 April ini di TV9, jam 9.30 malam dalam segmen istimewa yang menawarkan ganjaran berlatih di Manchester selain menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Program Mencari Ramli juga menjadi landasan kepada anak muda bawah 16 tahun yang berbakat besar dalam sukan bola sepak untuk diketengahkan sebagai pelapis pemain negara yang berwibawa.

Membuka peluang kepada 30 peserta untuk merebut gelaran Ramli, terdahulu setiap calon bakal menjalani latihan intensif dan mengharungi pelbagai halangan di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman.

Program realiti Mencari Ramli

Sepanjang 13 minggu beraksi di dalam pasukan, mereka perlu membuktikan keterampilan hebat dari pelbagai posisi termasuk pertahanan, serangan, pemain tengah dan menjaga gawang Perkembangan setiap calon dirakamkan dan disiarkan di dalam Kaki Bola menerusi segmen Mencari Ramli yang bakal dikendalikan Nazrudin Habibur Rahman selaku pengacara.

Sistem pemarkahan Mencari Ramli membabitkan dua pihak iaitu 80 peratus daripada penilaian jurulatih manakala bakinya menerusi sistem undian di web rasmi www.tv9.com.my/kakibola.

Bukan itu saja, calon juga berpeluang merebut gelaran Pemain Pilihan Ramai sekiranya mereka mendapat undian 100 peratus daripada sistem undian menerusi laman web rasmi Kaki Bola.

Aaron Aziz bakal jadi hos Fear Factor Malaysia

Aaron Aziz buat julung kalinya akan beraksi selaku hos program realiti televisyen popular berkonsepkan gameshow iaitu Fear Factor yang akan memulakan penggambaran di Afrika pada Oktober 2012.

"Sebelum ini, saya hanya menonton siri tersebut menerusi kaca televisyen dan tidak lama lagi, saya akan berhadapan dengan aksi-aksi lasak yang menjadi intipati program itu.

Aaron Aziz

"Selaku pengacara, saya tidak terlepas daripada melakukan stunt-stunt yang ekstrem bagi membuktikan kelayakan saya memegang status hos program itu nanti," katanya yang mengakui teruja dengan tawaran tersebut.

Bakal menampilkan 30 selebriti tempatan sebagai peserta, Aaron berkata, terdapat kelainan pada siri realiti itu kelak.

"Menerusi terbitan kali ini, ia tidak akan melibatkan peserta untuk memakan makanan pelik tetapi hanya menjurus kepada aksi ekstrem yang menggerunkan sahaja," tambahnya.

Barisan Artis Nasional (BRAN) diterajui Dato' AC Mizal

Barisan Artis Nasional atau BRAN telah ditubuhkan sebagai platform buat penggiat seni membantu kerajaan negeri Perak untuk mempromosikan negeri yang terkenal dengan masakan 'rendang tok' itu.
Persatuan ini di ketuai oleh Dato Ac mizal dan di naungi oleh YB Hamidah.

Barisan Artis Nasional (BRAN)

Menurut Dato AC Mizal selaku pengerusi BRAN, “Idea untuk menubuhkan Barisan Artis Nasional atau BRAN ini adalah salah satu usaha dalam menyokong program-program yang diadakan di negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012. Atas dasar tanggungjawab sebagai duta pelancongan negeri Perak, tidak salah kiranya saya melakukan kerja kebajikan seperti ini".

Tambah Dato Ac Mizal lagi, "Selain memberi sokongan kepada kerajaan negeri Perak , program yang diadakan juga mampu untuk memberi ruang dan peluang kepada ahli pertubuhan menambah pendapatan.

Antara artis yang sudah pun mendaftarkan diri sebagai ahli BRAN ialah, Adlin Aman Ramli, Emelda Rosmila, Andy Flop Poppy, Isma AF, Danny X Factor, Salamiah Hassan, Maya, Linda Rafar dan ramai lagi.

Reen Rahim Juara Pilih Kasih 3 suka genre aksi

Reen Juara Pilih Kasih musim akhir berminat untuk berlakon drama atau filem genre aksi.

"Kalau saya diberi pilihan untuk membintangi drama atau filem, saya ingin memilih genre aksi kerana saya rasa ia menyeronokkan dan mencabar."

Itu hasrat yang dinyatakan oleh pemenang Pilih Kasih musim ketiga (PK3), Reen Rahim selepas diangkat sebagai juara di pentas akhir yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Reen Rahim Juara Pilih Kasih 3

Kata gadis berusia 24 yang berasal dari Selangor itu, sejak dia menyertai program realiti tersebut, banyak ilmu telah didedahkan kepadanya.

Namun bergelar juara tidak bermakna dia kini sudah menjadi pelakon yang hebat. Masih banyak lompang dan kelemahan yang perlu diperbaiki sebagai persiapan menjalani kehidupan sebagai anak seni.

"Bagi saya ini merupakan satu permulaaan untuk menyelusuri bidang seni lakonan dan bergelumang sebagai anak seni.

"PK3 adalah sebagai platform saya menonjolkan bakat kepada umum.

"Saya telah bersedia dan akan berusaha untuk menjadi pelakon terbaik pada masa depan," katanya ketika ditemui selepas menjuarai PK3.

Kejayaan merangkul kejuaraan PK3 membolehkan Reen membawa pulang wang tunai RM10,000, Sijil Simpanan Premium bernilai RM25,000, set barangan kemas bernilai RM12,000, hadiah iringan dan trofi.

Reen mendapat 17.75 peratus daripada 50 peratus undian yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 50 peratus markah menerusi pelakon dan penerbit program, Rosyam Nor.

Sementara tempat kedua pula dimenangi anak kelahiran Selangor, Hakim Yazid dengan memperolehi undian 17.38 peratus.

Anak kelahiran Sarawak, Marina Jose yang mempamerkan lakonan hebat pada malam itu berada di tempat ketiga memperolehi 16.02 peratus undian.

Hadiah Khas Pelakon Terbaik Telekom Malaysia (TM) pula dirangkul oleh Sora Sonjangi.

Dalam pada itu, Rosyam berkata, walaupun ada di kalangan mereka yang mendapat peratusan tinggi secara undian namun beliau menganggap kesemua yang memasuki pentas akhir Pilih Kasih adalah juara.

(Video) Iklan minyak wangi SimplySiti, Khairul Fahmi - Leuniey

Iklan komersial Minyak Wangi Simplysiti Eau De Parfum


Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey Natasha pernah dikaitkan dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menyebabkan dirinya menjadi kontroversi dan tidak semena-mena nama Leuniey terus dikenali.

Menurut gossip yang pernah tersebar, Leuniey dikatakan sanggup memilih untuk putus tunang gara-gara cintanya telah tersangkut dengan Khairul Fahmi atau Apek.

Hubungan mereka terus diperkatakan apabila kedua-duanya merupakan antara wajah yang terpilih dalam iklan komersial minyak wangi SimplySiti yang sudah pun ditayangkan di kaca televisyen.

Apabila mereka digandingkan, ia seperti menguatkan lagi gosip dan khabar angin yang mengatakan mereka sebenarnya pasangan kekasih seperti mana yang dicanang sebelum ini.

Namun Leuniey sekali lagi membuat penafian.

Dalam bicaranya yang penuh santun dan manis itu, Leuniey seboleh-bolehnya tidak mahu lagi cerita tersebut dijaja dan diperkatakan.

Sebaliknya kata gadis berusia 21 tahun ini, dia menerima tawaran daripada Presiden SimplySiti Sdn. Bhd., Datuk Siti Nurhaliza adalah sebagai menghormati permintaan penyanyi tersohor negara itu.

Pada mulanya, apabila diberitahu bahawa Apek juga bakal terlibat dalam iklan tersebut, Leuniey hampir sahaja menolaknya kerana tidak mahu terbabit dalam sebarang kontroversi lagi.

Namun selepas diyakinkan oleh Siti Nurhaliza bahawa tiada babak yang menggandingkan dirinya dengan jejaka pujaan ramai itu, barulah Leuniey menerima tawaran tersebut.

Apatah lagi kata Leuniey, dia memikirkan bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan kerana dia sedar bahawa tiada apa yang hendak disorokkan memandangkan semua cerita sebelum itu tidak benar.

"Sudah berkali-kali saya menjelaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan dia (Apek). Saya tidak mahu lagi cerita ini dibangkitkan. Bayangkan, saya sendiri tidak pernah bercakap, berkenalan mahupun mengambil gambar dengannya. Jadi, bagaimana pula kami ini dikatakan sebagai pasangan kekasih.

"Saya mahu melupakan cerita ini dan menumpukan perhatian kepada perniagaan dan bidang baru yang saya mahu ceburi ini," pintanya penuh diplomasi sambil berkali-kali memberitahu tidak mahu lagi kisah tersebut terus dijaja.

Sepanjang perbualan itu juga, Leuniey memberitahu dia enggan dan tidak mahu dilabelkan sebagai artis. Kontroversi yang datang tanpa diundang dan dia tidak bersedia untuk ke dunia penuh glamor itu meskipun begitu selesa untuk menjadi model yang terlibat dalam dunia pengiklanan baik komersial mahupun advertorial.

"Saya tahu bakat dan kemampuan diri saya sendiri. Kalau untuk menyanyi dan berlakon itu, memang bukan minat saya. Tidak pernah terfikir ke arah itu kerana sedar di mana kedudukan saya sebenar.

"Seperti iklan SimplySiti ini, salah satu faktor saya menerimanya juga adalah kerana ia mempamerkan bakat terpendam saya iaitu menari bukan untuk meraih populariti.

"Jadi, kalau selepas ini ada tawaran untuk iklan, saya akan menimbangkannya. Tetapi buat masa ini, saya selesa dan mahu fokus menguruskan butik pengantin saya di Kelantan," katanya dalam nada penuh rendah diri.

Mengulas tentang kepuasan terhadap hasil iklan komersial tersebut, sambil tersenyum Leuniey menjelaskan dia mengagumi hasilnya yang tidak pernah dibayangkannya.

Sementara itu, Apek yang ditemui pula berkata, dia sememangnya tidak tahu-menahu tentang penglibatan Leuniey dalam iklan tersebut.

Apa yang diberitahu kepadanya oleh pihak SimplySiti adalah tentang konsep dan jalan cerita iklan tersebut yang akan membabitkan seorang gadis misteri yang menggambarkan keperibadiannya menerusi tiga haruman minyak wangi SimplySiti.

Lalu apabila tiba di lokasi penggambaran, Apek tidak menafikan bahawa dia sedikit terkejut melihat kehadiran Leuniey.

Tetapi atas dasar profesionalisme, semuanya berjalan dalam keadaan baik dan mereka langsung tidak bertemu atau dipertemukan dalam apa jua situasi.

Iklan minyak wangi SimplySiti

"Saya menerima tawaran ini juga adalah kerana Siti Nurhaliza. Memang tidak dinafikan memang sukar sekali untuk mengatur jadual. Apabila melihat kesungguhan Siti Nurhaliza dan SimplySiti, saya cuba mencari waktu yang sesuai. Lagipun penggambaran dilakukan dalam setengah hari sahaja, jadi ia bukanlah satu masalah.

"Alhamdulillah, saya mendapat sokongan daripada pengurus pasukan dan pemain yang lain. Ternyata mereka memahami karier saya sebagai duta atau model produk. Asalkan ia tidak mengganggu fokus saya sebagai pemain, semuanya baik-baik sahaja," jelas Apek yang berusia 23 tahun ini lagi.

Ready For Love,rancangan bersiri mencari cinta sejati

Eva bantu cari cinta sejati
Eva Longoria giat mempromosikan rancangan bersiri terbaru, Ready For Love.

Pemenang Golden Globe itu hari ini berkata: "Rancangan ini mengisahkan tentang pencarian cinta dan menjalin hubungan sebenar, sesuatu yang boleh dikaitkan dengan lelaki mahupun wanita.

"Saya teruja menjadi sebahagian pasukan yang inovatif membantu orang ramai mencari cinta sejati," katanya.

Ready For Love

Giuliana dan Bill Rancic akan menjadi pengacara rancangan itu yang akan mempersembahkan tiga lelaki yang mencari cinta sejati.

Tiga telangkai jodoh akan membantu lelaki berkenaan mencari wanita idaman mereka.

Lelaki berkenaan termasuk pakar kewangan antarabangsa Ben Patton, Penyanyi Plain White T's tim Lopez dan usahawan Ernesto Arguello.

Rancangan baru itu akan ditayangkan pada musim dingin 2012-2013.

Ia adalah masa yang tepat untuk Eva melancarkan siri baru berikutan drama komedi lakonannya, Desperate Housewives berakhir tahun ini selepas lapan musim.

Eva juga sedang mencari cinta sejati selepas berpisah daripada teman lelakinya lebih daripada setahun, Eduardo Cruz Mac lalu.

Sinopsis filem 99 Kali Rindu lakonan Aeril Zafrel,Wawa Zainal

Sinopsis filem 99 Kali Rindu

99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa. Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita - Fatin Qalbie dan Zazlena. Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.

Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya.

Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali?

filem 99 Kali Rindu

Filem 99 Kali Rindu adalah filem bercorak Islamik terbitan Metrowealth Pictures (MIG) dan dilakonkan oleh Aeril Zafrel, 24, dan Wawa Zainal, 20 sebagai teraju utama.

Juara Pilih Kasih 3 : Reen Rahim

Reen Rahim telah menjadi juara Pilih Kasih musim ketiga. Program realiti yang memberi platform kepada pesertanya untuk menceburi lakonan ini telah menutup tirai, sekali gus ia menjadi musim terakhir program berkenaan.

Reen telah membawa pulang hadiah berjumlah RM70,000 termasuk wang tunai RM10,000, sijil simpanan premium RM25,000, barang kemas U Diamond RM12,000 dan pakej ke Sanur Bali.

Reen Rahim Pilih Kasih 3

"Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, saya lepas uji bakat dan dapat tempat pertama. Terima kasih semua," kata Reen dalam nada sebak sebaik saja diumumkan pemenang dalam pertandingan yang berlangsung selama 11 minggu.

Sementara itu, naib juara, Hakim Yazid, 26, membawa pulang wang tunai RM5,000, Sijil Simpanan Premium RM15,000, barang kemas U Diamond RM8,000 dan juga percutian ke Phnom Penh, Cambodia.

Manakala Marina Jose, 23, yang memenangi tempat ketiga menerima wang tunai RM3,000, Sijil Simpanan Premium RM10,000, barang kemas U Diamond RM4,000 dan percutian ke Cherating Pahang.

Finalis lain ialah Fareth Agang, 21; Heri Aszomo, 24; Jalius Jaiban, 26; Nizen Ayob, 27; dan Theera Alias, 22 dan Sura Sojangi, 22.

Bagi hadiah khas Pelakon Terbaik, pemenang untuk kategori itu diberikan kepada Sura, sekali gus membolehkannya membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta Ipad 2 dan trofi sumbangan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang juga penaja utama program realiti itu.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Norhayati Ismail dan Penerbit Eksekutif Pilih Kasih, Rosyam Nor.

Pentas Akhir Pilih Kasih dipancarkan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad menerusi saluran TV2.

Sebanyak 50 peratus markah diberikan pengkritik tetap, Prof Madya Dr Abu Hassan, Fauziah Nawi dan Rosyam Nor, manakala 50 peratus lagi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Penonton juga disajikan dengan persembahan oleh Liyana Jasmay, Tiz Zaqyah, Qi Razali dan Johan As'ari.

Lirik Lagu Assalamu Alayka -Maher Zain

Lirik Lagu Assalamu Alayka -Maher Zain

My heart is so full of longing
I wish to be close to my Beloved
I dream to walk in the streets of Medina
And to quench the thirst of my spirit
By visiting you, O Muhammad!

Chorus:
Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah
Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah, ya Rasool Allah
(May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah
May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah, O Messenger of Allah)

I left all my troubles and worries
As I entered your Mosque so gently
And as I finally stood there before you
I couldn’t stop my tears from falling
In your presence O Muhammad!

CHORUS

O Taiba (Medina), your breeze is so blessed
Indeed it brought life back to my spirit
I’ve left my heart with my Beloved
Sending blessings on Muhammad

CHORUS

Assalamu Alayka -Maher Zain

Lirik Lagu Number One For Me - Maher Zain

Lirik Lagu Number One For Me - Maher Zain

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Number One For Me - Maher Zain
Chorus:

Oh,If I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mum I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

And now I finally understand
Your famous line
About the day I’d face in time
Cause now I’ve got a child of mine
And even though I was so bad
I’ve learned so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kid the way you do

CHORUS

You know you are the number one for me [x3]
Oh, oh, number one for me
There’s no one in this world that can take your place
Oh, I’m sorry for ever taken you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I’m around you
Now I will to try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

CHORUS

You know you are the number one for me [x3]
Oh, oh, number one for me

Lyrics: Maher Zain & Bilal Hajji
Melody: Maher Zain & Nano Omar
Arrangement: Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti

Lirik Maher Zain - Radhitu Billahi Rabba

Lirik Maher Zain - Radhitu Billahi Rabba

Chorus:

Radhitu billahi Rabba
Wa bil Islami deena
Wa bimuhammadin salla Allahu ‘alayhi wa sallam
Nabiyyan wa Rasoola
(I’ve accepted Allah as my Lord
And Islam as my way of life
And Muhammad – may Allah’s peace & blessings be upon him
As Allah’s Prophet and Messenger)

Allah You’re the source of life
And You’re the source of truth
To obey You I strive
And my aim is pleasing You

Allah You are the only One
Your promise is always true
You don’t need anyone
But we’re all in need of You

Pre-Chorus:
And I sincerely pray
To be among the ones You love
And until my final day
I’ll say in all my prayers

CHORUS

My eyes cannot see You
And yet my heart believes
Your miracles surround me
So clear and easy to see

Allah You are the greatest
And I submit to You
You know my deepest thoughts
You know everything I do

PRE CHORUS

CHORUS

Sallou ‘ala an-Nabi
(Send salutations upon the Prophet)

CHORUS

Maher Zain

Lyrics: Bara Kherigi & Maher Zain
Melody: Maher Zain
Arrangement: Emre Moğulkoç
Mixing: Emrah Moğulkoç

Anak Victoria - David Beckham gila muzik

David dan Victoria Beckham nampaknya akan sakit telinga apabila anak-anak mereka membentuk kumpulan muzik. Tidak mustahil anak-anak mereka akan muncul dengan satu kumpulan terdiri daripada tiga beradik yang dikenali The Beckhams.

Brooklyn berulang kali mendendangkan lagu Here Comes The Sun nyanyian The Beatles melalui petikan guitar, manakala Romeo bermain dram.

Cruz yang gilakan balet nyata muncul yang terbaik kerana dia menari Breakdance untuk memeriahkan suasana.

The Beckhams

Victoria berkata: “Ketika hendak tidur, mereka mula memainkan lagu Walk Like A Man. Ia lagu kegemaran mereka daripada The Jersey Boys.

“Cruz sangat pandai melakukan breakdance. Dia berpusing di atas kepalanya. Dia juga boleh melakukan tarian balet.

Walaupun ketiga-tiganya tidak takut berdepan dengan mikrofon, mereka belum ada penyanyi utama.

Mungkin Harper Seven boleh mengisi kekosongan itu dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Dan mungkin juga mereka perlu tanyakan kepada ibu mereka dahulu untuk menceburi bidang muzik.

Victoria berkata: “Saya rasa mereka menggemari muzik kerana mengikut jejak langkah saya tetapi sebenarnya tidak.

“Tetapi mereka bijak mengenai fesyen. Saya suka memikirkan mereka memperolehnya daripada saya.”

Sekiranya tidak sibuk dengan alat muzik, mereka akan bermain papan roda.

David dan Victoria mengakui mereka sering membiarkan anak lelaki mereka bermain papan roda di pintu masuk ruang utama rumah kerana ia lebih selamat.

Tasha Shila tidak ditaja Datuk J


Pelakon Tasha Shila mencetuskan kontroversi apabila  ada mengatakan dia ditaja seorang duda berpangkat Datuk, dikenali dengan panggilan Datuk J.

Menurut dakwaan yang tersebar, Datuk J memberikan sejumlah wang kepada Tasha untuk membeli akhbar Berita Harian sehingga satu lori banyaknya, manakala ahli kelab peminat pelakon itu seramai 40 orang membantu untuk menguruskan undian buatnya.

Bukan itu saja, gadis berasal dari Ampang, Kuala Lumpur itu juga dikatakan menempah bas untuk peminatnya menyaksikan detik gemilang itu di Arena Of Stars, Genting Highlands bersama bilik penginapan. Pelakon itu turut membawa pengawal peribadi mengiringinya menghadiri majlis itu.

Tasha Shila

Tasha Shila memberi penjelasan terhadap isu tersebut:

“Bagi saya, kemenangan ini adalah rezeki. Sekali pun benar saya ditaja untuk membeli undi, tetapi sekiranya takdir tertulis bukan rezeki saya, pasti malam itu saya tidak akan menang.

“Banyak sangat nama Datuk yang dikaitkan dengan saya sebelum ini. Ada Datuk T, Datuk K dan sekarang Datuk J. Apa pula kaitannya Datuk hendak menaja saya. Itu semua tidak benar. Saya tidak ada hubungan dengan mana-mana Datuk dan inilah kenyataan sebenar.

“Tidak dinafikan, saya mengenali Datuk J yang dimaksudkan. Masalahnya, kami hanya kenalan biasa dan saya mengenalinya menerusi rakan artis juga. Kami pernah bertemu tetapi turut ditemani teman artis lain. Kami berbual dan bercakap seperti rakan lain. Tidak lebih daripada itu dan tidak pernah wujud perasaan cinta antara kami,” katanya.

Akui Tasha, sepanjang ABPBH2011 berlangsung, dia ada meraih undi dan waktu sama turut menghargai usaha kelab peminatnya, TS Team yang tidak putus-putus berusaha untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

“Saya bersyukur apabila dicalonkan dalam lima kategori popular dan hargai usaha dilakukan Berita Harian dalam menghargai insan seni baru seperti saya. Apabila sudah disenaraikan, pasti saya turut berusaha meraih undi dan TS Team turut melakukan ‘gerak gempur’ dengan mengundi saya. Saya rasa teman artis lain juga melakukan perkara sama.

“Selain itu, saya mengikuti hampir semua jelajah promosi yang diadakan ABPBH2011 dan ia saya gunakan sebagai medan untuk meraih undi peminat. Keluarga juga saudara mara turut membantu. Kebetulan ibu punya restoran dan mereka turut membantu mempromosikan nama saya kepada pengunjung supaya mengundi.

“Lebih daripada itu, saya tidak nafikan sewaktu bekerja sebagai promoter di Butik Prada, Pavillion, Bukit Bintang saya ada ramai kenalan dari orang biasa hinggalah yang berpangkat dan punya kedudukan.

“Mereka menjadi kenalan saya hingga sekarang. Pastinya apabila berhubung, saya meminta mereka menyokong kerjaya seni saya dengan me­ngundi saya,” katanya.

Mengenai bas dan bilik yang ditempah itu, kata Tasha, ia atas usaha kelab peminatnya dan sangat menghargai usaha mereka. Itu sebabnya Tasha mengambil peluang ke Genting Highlands menaiki bas bersama mereka serta meluangkan masa menghadiri jamuan ringkas TS Team selepas kemenangannya.

“Mengenai pengawal peribadi, perkara itu berlaku kerana salah anggap.

Sebenarnya, lelaki yang menjaga kawasan bilik di mana saya menginap itu bukan pengawal peribadi tetapi pemandu bas yang membawa rombongan saya ke Genting Highlands.

“Dia berasa terharu dengan layanan baik diberikan TS Team terhadapnya, apatah lagi dia seronok sepanjang bersama kami. Sebaik sampai, saya dan pembantu memintanya berehat di bilik tetapi dia secara sukarela mahu menjaga kami semua.

“Mungkin disebabkan itu, ada yang salah faham dengan menganggapnya pengawal peribadi saya. Dia juga sa­ngat terharu kerana dapat memegang trofi yang saya menangi,” kata Tasha.

~ metro

Super Spontan: Shahrol Tersingkir, Angsa Ganas Tewas Kali Kedua


Shahrol dari kumpulan Shiro peserta kedua meninggalkan Super Spontan setelah dia disingkirkan oleh rakan-rakan sepasukannya akibat kekalahan Beruang Comel pada minggu lalu.

Shahrol yang sepatutnya meninggalkan Super Spontan di minggu kedua lalu, telah diserap kembali kerana tiada penyingkiran namun sekali lagi dia menjadi pilihan rakan-rakannya untuk disingkirkan pada minggu ini. Penyingkiran Shahrol diumumkan hos yang juga pengadil Super Spontan, Adibah Noor.

Super Spontan
Bagaimanapun, Beruang Comel kembali menewaskan Angsa Ganas pada minggu ini dan Angsa Ganas yang dianggotai Nana, Tauke, Zizan, Rahim, Rizman dan Suhaimi terpaksa memilih seorang lagi rakan untuk disingkirkan selepas pemergian Zahid sebelum ini.

 Wang kemenangan minggu ini telah diserahkan kepada rakan artis iaitu Bob Kuman yang kini sedang sakit tenat dan terlantar di rumahnya di Kota Damansara.

 Seperti biasa, 5 sketsa dipertandingkan pada minggu ini bermula dengan permainan Beku (Freeze) di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti.

 Permainan kedua dinamakan Skrip Rabak dan untuk permainan ini, Pelakon Lelaki TV Popular ABPBH, Fizz Fairuz telah tampil sebagai artis undangan. Dua peserta akan diberikan satu situasi dan mereka harus berinteraksi dengan Fizz Fairuz yang akan membacakan skrip yang tertera di atas kertas yang diberikan.

 Permainan ketiga dinamakan Keluar Masuk dan antara tugasan yang paling mencabar pada malam ini. Empat peserta akan diberikan perkataan yang mewakili diri mereka, seterusnya mereka akan diberikan satu situasi dan apabila perkataan yang diwakili mereka disebut, mereka harus keluar atau masuk kembali ke dalam gelanggang.

 Permainan keempat ialah Pemandu Pelancong, seorang peserta dari setiap kumpulan akan ditutup matanya dan di belakangnya akan ditayangkan gambar mengenai sebuah lokasi atau tempat. Berdasarkan klu dari rakan-rakan sepasukan yang akan bertanyakan soalan mengenai lokasi itu, peserta itu harus meneka lokasi yang terdapat di belakangnya.

 Permainan terakhir ialah Demonstrasi iaitu permainan yang pernah dimainkan pada minggu pertama. Seorang peserta akan diikat tangannya dan peserta lain akan bertindak menjadi tangan kepada peserta tersebut untuk melakukan sesuatu. ~ Murai

Menara Cinta Sinopsis (Cerekarama TV3) lakonan Fasha Sandha, Fahrin Ahmad

Sinopsis Menara Cinta

Menara Cinta  mengisahkan akibat desakan dan hasutan mertua masing-masing, rumahtangga Rizwan dan Sofia berakhir dengan penceraian. Sofia kemudiannya mengikut kekasih barunya, Danial pulang ke England dan bernikah di sana. Sementara itu, hubungan rapat di antara Rizwan dengan Nur, peguam sarienya diikat dengan tali pertunangan. Namun ketika hampir dengan majlis perkahwinan mereka, Rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas selama sebulan di Paris. Takdir Tuhan, ketika di Paris, Rizwan terserempak dengan Sofia. Hakikatnya, hati Rizwan tidak pernah melupakan Sofia kerana wanita itu adalah cinta pertamanya dan mereka bercerai tanpa kemahuannya. Malah, kota Paris merupakan lokasi mereka berbulan madu. Apakah suratan yang tertulis buat mereka berdua? 

Pelakon: Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda, Rosnah Johari



KL Metal Camp V, Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur


KL Metal Camp V (Kuala Lumpur Metalcamp) edisi yang kelima akan diadakan di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur pada 29 April ini.

Selepas empat kali dianjurkan, konsert anjuran bersama Thy Syndicate dan Nebiula Production itu bukan sahaja telah menampilkan banyak kumpulan metal legenda tanah air tetapi juga dari luar negara.

Pada KL Metal Camp V itu kelak, pihak penganjur telah mengundang sebuah kumpulan punk, hardcore, crossover legenda dari Amerika Syarikat (AS), D.R.I. sebagai tarikan utamanya.

Menurut wakil Thy Syndicate, Amir Hamzah Arshad, D.R.I. Atau Dirty Rotten Imbeciles merupakan kumpulan dari luar negara pertama yang ditampilkan dalam konsert yang akan mengenakan tiket berharga RM75 dan RM90 itu.

Poster KL Metal Camp V (Kuala Lumpur Metalcamp)

Malah kata Amir, KL Metal Camp edisi kali ini juga adalah yang terbesar pernah dianjurkan daripada segi tempat konsert itu diadakan.

"Sebelum ini, KL Metal Camp hanya diadakan di tempat-tempat yang kecil seperti One Cafe yang cuma boleh menampung sekitar 500 penonton sahaja, sedangkan kali ini di Stadium Chin Woo ia mampu menampung lebih 3,000 peminat.

"Malah KL Metal Camp kali ini juga bukan untuk kumpulan-kumpulan tempatan tetapi juga dari luar negara yang bertaraf legenda.

"D.R.I. Yang ditubuhkan di Houston, Texas pada Mei 1982 menjadi yang pertama dari luar negara dijemput pada konsert kali ini. Malah, ini juga adalah konsert pertama D.R.I. di Malaysia dan Asia Tenggara selepas 30 tahun mereka ditubuhkan," kata Amir pada sidang akhbar KL Metal Camp V di Switchblade, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain D.R.I., para peminat juga berpeluang menonton persembahan sebuah lagi kumpulan legenda dari AS iaitu Hate Eternal serta enam kumpulan metal tempatan iaitu Bloodshed, Koffin Kanser, Infectious Maggots, Hayagriva, Sarjan Hassan dan Lobotomy.

Bloodshed antara kumpulan rock legenda tanah air yang telah lebih 20 tahun tidak mengadakan konsert berskala besar seperti ini.

Kata Amir, pihaknya berharap agar KL Metal Camp akan terus popular dan membesar sama dan menjadi sebuah festival yang mampu membina jenamanya sendiri seperti di negara-negara Eropah.

Antaranya festival Wacken Open Air di Jerman, Hellfest (Perancis), Obscene Festival (Republik Czech), True Thrash Fest (Jepun), Bloodstock (England) dan Milmaukee Metal Fest (AS).

"Kalau boleh pada tahun depan kami akan cuba mula rangkaian hubungan dengan kumpulan-kumpulan metal ternama dari luar negara untuk ditampilkan dalam edisi KL Metal Camp yang seterusnya.

"Ia bagi menarik perhatian para peminat, apatah lagi semakin banyak konsert berskala besar diadakan akhir-akhir ini membabitkan kumpulan-kumpulan dari luar negara.

"Untuk itu, kami juga mempunyai strategi pemasaran yang tersendiri. Kami yakin setiap kumpulan yang dibawa dari luar negara mempunyai peminat sendiri.

"Begitu juga dengan muzik yang dibawakan juga berbeza genrenya. Sebab itu, kami gunakan kumpulan-kumpulan legenda seperti D.R.I. Dan Bloodshed bagi menarik lebih ramai peminat," ujarnya penuh optimis.

Jelas Amir yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang, KL Metal Camp tidak gentar dengan persaingan biarpun pada 29 April itu turut diadakan dua lagi konsert berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya membabitkan banyak kumpulan popular dari luar negara seperti Avenged Sevenfold, August Burn Red dan Bless The Fall yang masing-masing dari AS.

Beliau berharap konsert anjurannya itu sedikit sebanyak dapat membuka ruang dan peluang bukan sahaja para peminat menyaksikan persembahan kumpulan-kumpulan metal legenda dari luar negara .

Sebaliknya, para pemuzik tempatan juga berpeluang menimba pengalaman dalam bidang muzik dengan berkongsi pentas bersama kumpulan-kumpulan ternama dari luar negara.


OAG - Friday I'm In Love (Official Video) OST Friday Im In Love



Lirik Lagu Friday, I'm In Love - OAG

Friday, I'm In Love
by OAG.

Friday, I'm in love, I'm in love, I'm in love.....
Friday aku jatuh cinta, cintaku membaby buta
Friday, ada saja cerita baru yang kucipta

wowowo...

Tentang wanita oh yang jelita
Sayang sehati tak sekata
Gadisnya lawa tapi ku kecewa
Sayang sehati tak sejiwa

Cinta datang dan pergi
Lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi!

Friday, I'm in love, I'm in love, I'm in love.....
Friday aku jatuh cinta, cintaku yang ke (?)
Friday, ada saja berita baru yang tersebar

wowowo...

Problem wanita, hidup derita
Tapi ku hanya mampu redha
Oh, problem awek rasa macam nak wek
Aku cuma mampu buat rileks, rileks

Cinta datang dan pergi
Lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi!

Friday, I'm in love, I'm in love, I'm in love.....

(bridge)

Cinta datang dan pergi
Lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi!

Friday, I'm in love, I'm in love, I'm in love.....

Friday, I'm in lo - o - o - o - o - o - ove!


OST Ngorat - Selama Ini Lirik (Aaron Aziz)

Lirik Lagu Aaron Aziz - Selama Ini (OST Ngorat)

Selama ini dalam jiwaku
Hanya cintamu yang ku nantikan
Walau kasihku tak terjadi
Tapi hatiku hanya untukmu

Ku tahu selama ini
Hanya engkau yang bertakhta di hatiku
Biarlah ku kasih
Menyimpan semua rasa
Selagi daya ku

Doaku moga suatu masa nanti
Cintaku ini kan direstui
Biar beribu tahun ku tunggu
Tetapkanlah tempat cinta di hatinya

Ku tahu selama ini
Hanya engkau yang bertakhta di hatiku
Biarlah ku kasih
Menyimpan semua rasa
Selagi daya ku

Oh Tuhan buka kanlah hatinya
Menyinta aku seadanya
Selama ini aku menyinta
Hanya kau insan yang paling istimewa

Selama ini dalam jiwaku
Hanya cintamu yang ku nantikan
Biar beribu tahun ku tunggu
Tetapkanlah tempat cinta di hatinya

Ku tahu selama ini
Hanya engkau yang bertakhta di hatiku
Biarlah ku kasih
Menyimpan semua rasa
Selagi daya ku

Oh Tuhan buka kanlah hatinya
Menyinta aku seadanya
Selama ini aku menyinta
Hanya kau insan yang paling istimewa

Oh Tuhan tunjukkan padanya
Yang cinta ini miliknya selamanya
Selama ini ku terus mencuba
Biar ribut badai datang bergelora

Oh Tuhan tunjukkan padanya
Yang cinta ini miliknya selamanya

Poster Filem Ngorat

Butiran Ujibakat Kilauan Emas Musim Kedua 2012

Butiran Ujibakat Kilauan Emas Musim Kedua 2012

1) Sabah (Zon Sabah) - 1Borneo Hypermall - 28 April 2012
2) Sarawak (Zon Sarawak) - Merdeka Palace Hotel & Suites - 5 Mei 2012
3) Johor (Zon Selatan) - The Zon Mall - 12 Mei 2012
4) Pahang (Zon Timur) - Berjaya Megamal - 19 Mei 2012
5) Pulau Pinang (Zon Utara) - Megamall Pinang - 26 Mei 2012
6) Kuala Lumpur (Zon Tengah) - Plaza Alam Sentral - 2 Jun 2012

Terma dan Syarat Ujibakat Kilauan Emas
1. Peserta lelaki solo, wanita solo dan duet (lelaki/wanita).
2. Berumur 40 tahun ke atas pada tarikh ujibakat dijalankan.
3. Warganegara Malaysia dan Singapura.

Sila bawa:
- 2 keping gambar berukuran 4R: gambar profil paras pinggang
- 2 keping salinan kad pengenalan

Antara beberapa pembaharuan bagi musim yang ke-2 ini ialah:

1. Had umur diturunkan kepada 40 tahun ke atas (berbanding 45 tahun di musim yang pertama).
2. Terbuka kepada penyanyi solo lelaki, solo wanita dan juga kepada pasangan duet.
3. Terbuka kepada peserta dari Malaysia dan Singapura.
4. Sesi ujibakat akan dilakukan di 6 lokasi - Sabah, Sarawak, Johor, Kuantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur (berbanding 4 lokasi di musim yang pertama).
5. Juri jemputan yang terdiri daripada barisan artis-artis berpengalaman untuk setiap lokasi ujibakat.
6. Lagu tema Kilauan Emas yang akan dinyanyikan oleh Dato’ Jeffrydin dan Ana Raffali.
7. Separuh Akhir dan Akhir akan disiarkan secara langsung. Para penonton akan diberi peluang untuk mengundi dan menentukan siapakah yang bakal menjadi juara.
8. Dua nama popular dalam industri muzik iaitu Juliza Adzlizan dan Adnan Abu Hassan akan menjadi
guru vokal pada musim ke dua ini.
9. Kilauan Emas 2 juga akan mengadakan sesi karpet merah pada pentas akhir nanti.
10. Menyediakan artis yang popular di setiap lokasi ujibakat dan Separuh Akhir/Akhir.
11. Terdapat juga kapsul (Klip Kilauan Emas 2) yang akan menyiarkan perkembangan ujibakat di setiap lokasi selama 5 minit setiap minggu bermula 11 Mei 2012 (Jumaat - Selasa).

Kilauan Emas

Info Kilauan Emas
Kilauan Emas ialah sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada peserta berumur 40 tahun ke atas. Ini adalah musim yang kedua. Semua peserta akan bertanding di sesi ujibakat yang dijalankan di enam lokasi dan sepuluh terbaik akan bertanding di Pentas Kilauan Emas di mana dua finalis akan dipilih untuk mewakili zon mereka ke peringkat separuh akhir.

Website rasmi: http://www.astro.com.my/kilauanemas/

Lirik Ke Sana Denganmu - Adibah Noor ft. Sam

Lirik Ke Sana Denganmu - Adibah Noor ft. Sam

Di bibirmu ada ukiran membayang bahgiamu sungguh ayu
Di matamu ada kerlingan tergambar debaranmu
Usah dikau sangsi genggamlah erat tanganku
Ku ingin ke sana denganmu

Chorus:
Mulakanlah kamu sayang usah berhenti
Jiwa dan ragaku ini tetap disisimu
Sumpah setia ku hanyalah untuk mu
Hingga ke akhirnya dikaulah nyawaku

Adibah noor

Kau nafasku telah tersemat mendalam (oh cintamu) kau yang satu
Kau hidupku (kau hidupku) segala impian terilham olehmu
Bawalah diriku genggamlah erat tanganku
Ku ingin ke sana denganmu

[Ulang Chorus]

Bersama oh kasihku memohon doa restu mereka yang terus setia mencinta
Semoga mahligai yang indah berlimpahan jujur dan tulus bahagia
Kekal selamanya

[Ulang Chorus] x2

Sinopsis filem The Avengers + trailer video

Sinopsis filem The Avengers

Filem The Avengers menceritakan ikon adiwira Iron Man lakonan Robert Downey Jr, The Incredible Hulk (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth), Captain America (Chris Evans), Hawkeye (Jeremy Renner) dan Black Widow (Scarlett Johansson) serta Nick Fury (Samuel L Jackson) iaitu pengarah agensi keamanan antarabangsa dikenali S.H.I.E.L.D untuk beraksi di bawah payung pasukan Avengers.

Nick terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh baru yang lebih berkuasa didalangi Loki (Tom Hiddleston) yang juga adik Thor.

Namun, usahanya bersama Ejen Coulson (Clark Gregg) dibantu Ejen Maria (Cobie Smulders) tidak mudah apabila setiap adiwira itu perlu diyakinkan terlebih dulu.

Selain sarat elemen pergaduhan menentang kejahatan Loki yang cuba menakluk bumi, turut diselitkan unsur kerjasama dan kesepakatan antara adiwira meskipun awalnya mereka tampil dengan ego masing-masing dan saling berlawanan.

Penonton juga berkesempatan melihat bagaimana watak The Hulk terkenal sebagai makhluk hijau yang gagal mengawal kemarahan bertukar menjadi hero dan lebih fokus menentang musuh utama.

Tidak ketinggalan, Captain America yang terperangkap dalam ketulan ais ketika Perang Dunia Kedua perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di zaman moden tanpa orang tersayang dan rakan seperjuangannya.

Poster filem The Avengers
Poster filem The Avengers

Trailer video filem The Avengers

The Avengers Trailer 2012 - Official movie teaser trailer in HD - starring Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson.

Filem Hoore! Hoore! ditayang serentak dengan filem Aku Ada, Kau Ada

Gayatri Su-Lin Pillaim penerbit Eksekutif filem Hoore! Hoore! sedia berdepan sebarang kemungkinan tatkala filem Hoore! Hoore! memulakan tayangannya serentak dengan filem Aku Ada, Kau Ada (Pensil Pictures) menerusi sistem baru dua filem seminggu pada 24 Mei depan.

Gayatri yang merupakan Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd berkata, sebagai penggiat filem walaupun pihaknya sedia maklum dengan keputusan tersebut, mereka tetap berasa risau terhadap sambutan penonton kelak.

“Kami memahami keputusan yang sudah ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Skim Wajib Tayang (SWT). Kami harus akur dengan risiko yang bakal diterima filem Hoore! Hoore! apabila ia mula ditayangkan nanti.

“Memang bimbang dan sangsi juga kerana filem ini perlu bersaing dengan sebuah lagi filem yang ditayangkan serentak, selain filem-filem luar tetapi mahu tidak mahu kami perlu terima cabaran itu,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Pada Mac lalu, Finas mengumumkan pelaksanaan sistem baru itu selepas mengambil kira jumlah filem yang menunggu giliran pada tahun ini meningkat dengan mendadak iaitu lebih 70 buah filem berbanding 49 buah filem sepanjang 2011.

Ketika ditanya mengenai pemilihan slot tayangan itu, Gayatri berkata pihaknya memohon tarikh tersebut berdasarkan beberapa sebab yang bersesuaian dengan aspek promosi filem berkenaan.

“Kami sedar filem ini akan menjadi filem pertama ditayangkan di bawah sistem baru itu tetapi kami tidak mempunyai banyak pilihan. Kebetulan, pada bulan Mei adalah musim cuti persekolahan.

“Tarikh 24 Mei itu dipilih kerana ia mempunyai nilai sentimental pada Hoore! Hoore! yang berinspirasikan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. Tarikh tayangan itu adalah sehari sebelum tarikh lahir Allahyarham.

“Filem ini dihasilkan untuk meraikan karya-karya Allahyarham, jadi pemilihan tarikh itu bersesuaian untuk promosi,” katanya.

Gayatri Su-Lin Pillaim

Gayatri berkata, pihaknya bersikap terbuka dan bersedia untuk menerima apa sekalipun kutipan yang bakal diterima filem itu nanti.

“Kalau dilihat pada trend kutipan filem dari Januari hingga April pada tahun ini, masih belum ada filem yang mencatat kutipan besar seperti tahun-tahun lepas melainkan Adnan Sempit 2.

“Menyedari hakikat itu, kami bersedia untuk sebarang kemungkinan, cuma saya berharap penonton akan beri peluang kepada filem ini nanti,” katanya.

Filem arahan Saw Teong Hin itu antaranya dibintangi Akim, Farah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronizam Noor dan Fauziah Nawi. ~ Mstar

Zizan tak mahu campur masalah Dira

Pelawak Zizan Razak tak mahu campur hal peribadi Dira iaitu rakan pengacaranya dalam rancangan Melodi yang dikatakan memukul seorang wanita di dalam sebuah kelab.

Zizan anggap isu berkenaan sensitif dan sebagai orang luar, Zizan tak berhak mencampuri urusan tersebut.

"Sejujurnya satu-satunya individu yang berhak bercakap mengenai perkara ini adalah Dira sendiri kerana dia lebih mengetahui. Tambahan pula isu ini sangat sensitif dan kesahihan cerita tersebut belum tentu benar. Jadi adalah lebih baik saya tidak mencampuri urusan orang lain kerana takut ia akan menimbulkan masalah,"

Dalam pada itu, Zizan juga enggan mengulas mengenai kehilangan Dira daripada program itu yang telah menimbulkan tanda tanya peminat setia rancangan hiburan tersebut.

Zizan dan Dira Melodi

"Baik pihak produksi mahupun Dira saya memang tidak pernah bertanya mengenai kehilangannya daripada program itu kerana tidak mahu masuk campur.

"Apabila penerbit memberitahu saya akan digandingkan dengan orang berbeza, saya anggap Dira mempunyai komitmen lain," ujarnya.

Ditanya mengenai keserasiannya bersama Awal Ashaari yang menggantikan Dira, Zizan memberitahu dia senang bekerja dengan pengacara itu.

Zizan bagaimanapun tak pasti samada Awal akan terus kekal mengacarakan program itu bersamanya atau pun hanya untuk sementara.

Lirik OST Lagu Tema Jangan Ambil Padang Kami

Lirik Bangun Harimau Bangun - Malique (OST Jangan Ambil Padang Kami)

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

(korus)
Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

(verse 1)
Sfera pun berpusing, musim demi musim
Di padang bertuah ini ku masih bermukim
Bumi yang ku huni ini baktinya keramat
Sakti dan keramat, ku pastikan selamat
Di sinilah duniaku tempat berhabitat
Tempat terbentuknya peribadi juga sifat
Hubungan diikat, minat ligat dipergiat
Tempat belajar memikat dan tendangan lipat
Harimau sekawan aku chill tidak porak
Pemain, penyokong tak lupa pasukan sorak
Kita mungkin tiada darjat, tapi banyak bakat
Budak flat juga mampu 'tuk berjasa pada rakyat
Jadi harimau sekalian, bulatan, perhatian
Kapitan bisikkan titipan unit perisikan
Asah kuku taring kerna sikit lepas Isyak
Musuh mahu datang rompak bumi yang dipijak
(Bangun harimau bangun)

(ulang korus)

(verse 2)
Rombongan mereka besar lengkap bomoh pawang
Datang 'tuk mencemar rumput dan meroboh gawang
Lagak bersahaja, berjenaka dan ketawa
Seolah-olah harimau malaya tidak bahaya
Ini padanag kami tiada siapa boleh ambil
Yang mencabar sedia 'tuk dicakar dan dicarik
Susun yang terbaik, sebelas, mulakan randik
Siapa menang dabik, kalah tabik, balik, tiada timbal balik
Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta
Tiada wang bertaruh, bertarungnya demi maruah
Demi aspirasi warga tanah tumpah darah
Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur
Dari mati dalam tidur baik dalam tempur
(Bangun harimau bangun)

(ulang korus)

(verse 3)
Yang di hadapan pastikan terus maju
Yang di belakang pastikan terus kukuh
Mereka datang macam tamu, kita jamu
Mereka datang macam musuh kita ...

(ulang korus)

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Sinopsis Sassy Girl Chun Hyang (drama Korea NTV7)

Sinopsis Sassy Girl Chun Hyang
Sassy Girl Chun Hyang mengisahkan kisah cinta terhalang di antara Sung Chun Hyang dan Mong Ryong yang bertemu tanpa disangka akibat salah faham. Di sebalik semua kejadian menimpa mereka berdua dan pertengkaran mereka yang melucukan akhirnya melahirkan perasaan cinta.

Ternyata tiada jalan mudah untuk mendapat kesudahan yang membahagiakan kerana cinta mereka bakal diuji dengan kehadiran watak Hong Chae Rin (Park Si-Eun), bekas kekasih Mong Ryong dan Byeon Hak Do (Uhm Tae-Woong) seorang yang berpengaruh dan tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan cinta Chun Hyang.


Kisah bermula apabila Mong Ryong seorang pelajar nakal yang sering menimbulkan masalah di sekolah terpaksa berpindah dari Seoul selepas ayahnya, seorang ketua pegawai polis ditukarkan ke ke wilayah utara Jeolla, Namwon. Mong Ryong yang sangat mencintai Chae Rin tetap cuba berhubung dengannya walaupun hanya bertepuk sebelah tangan.

Pada suatu hari, Mong Ryong yang sering mengambil video untuk dikongsinya bersama Chae Rin, tanpa disengajakan terakam aksi Chun Hyang yang memalukan. Insiden bertukar telefon bimbit juga menyebabkan mereka terpaksa sering berhubung. Sehinggalah mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya menuntut di sekolah yang sama.

Di sebalik halangan menimpa percintaan Sung Chun Hyang dan Mong Ryong, terhimpun segala kenangan indah dan peristiwa gembira sepanjang perkenalan mereka.

Bagaimanakah kesudahan kisah cinta yang penuh ranjau duka ini? Jangan lupa saksikan Sassy Girl Chun Hyang, terbaik di saluran ceria, NTV7.

Sassy Girl Chun Hyang dibintangi pelakon utama Han Chae Young (sebagai Sung Chun Hyang) dan Jae Hee (Mong Ryong) , episod pertama drama ini mula disiarkan Rabu lalu menerusi slot Korean Series dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari sebanyak 24 episod.

Awi Rafael tersingkir dalam Mania

Awi Rafael telah teringkir dalam Mania di bawah empayar pimpinan Aubrey Suwito. Awi Rafael yang berasal daripada Singapura, melahirkan rasa terima kasih kepada industri muzik Malaysia yang telah memberikannya peluang untuk berkarya di negara ini.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menembusi pasaran dan membina nama di Malaysia. Negara ini menghargai semua bakat yang ada, tidak kira dalam bidang apa pun dan dari mana datangnya anda. Jika berpotensi pasti anda akan diterima.

Awi Rafael Mania

"Saya sudah melakukan yang terbaik walaupun sebenarnya saya masih belum puas beraksi di Mania untuk mengetengahkan lagi bakat saya.

"Tetapi dengan latar belakang muzik sebagai seorang penyanyi jalanan, untuk sampai ketahap ini ia sudah cukup membanggakan dan saya berharap ia menjadi inspirasi buat penyanyi-penyanyi baru yang lain," ujar Awi Rafael yang mahu menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud jika masih bertanding di dalam Mania.

Menurut Awi lagi, usia karjayanya di Malaysia yang baru mencecah setahun membuktikan muzik taruhannya ada peminat tersendiri.

M.Nasir dan Ahmad Dhani juga mengatakan bahawa persembahan Awi pada malam konsert Mania itu bagus. Namun mungkin kerana pertandingan ini ditentukan dengan SMS jadi ia tidak berpihak kepada Awi.

Ahmad Dhani juga berkata jika ada peluang dia akan membawa Awi Rafael ke Indonesia untuk mencari tapak di industri muzik di sana.

Dira Abu Zahar nafi minum peluntur, tapi sakit tekanan darah rendah

Pengacara Melodi dan pelakon Dira Abu Zahar menafikan bahawa dia adalah pengacara yang didakwa telah meminum peluntur akibat tertekan dan digegaskan ke hospital seperti hangat digossipkan.

Sebaliknya Dira menjelaskan dia telah mengalami tekanan darah rendah dan sakit gastric yang telah menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Dira menyatakan keadaannya kini semakin pulih dan menganggap apa yang dilaporkan dan diberitahu kepada pihak umum baru-baru ini adalah khabar angin semata-mata serta tidak ada kait-mengait dengan dirinya.

Laporan dari sebuah blog hiburan memberi tahu, bahawa seorang bekas pengacara sebuah rancangan gosip yang bergelar pelakon telah digegaskan ke sebuah hospital kerana khabarnya dia telah mengambil keputusan untuk minum bahan peluntur sebelum tidak sedarkan diri.

Dira Abu Zahar

Seperti mana yang diharapkan blog berkenaan agar berita itu tidak benar, nampaknya pengakuan Dira ini adalah jawapan untuk merungkaikan persoalan bahawa dia bukanlah pengacara yang dimaksudkan itu.

Semoga Dira sentiasa kuat berhadapan dengan situasi seperti ini kerana inilah yang dinamakan rencah hidup di dalam dunia seni hiburan. Semoga Dira cepat sembuh.

~ Murai

Box set MP3 Search di di www.fenomenasearch.com

Setelah lebih tiga dekad dalam industri muzik tanahair, Search tampil dengan buah tangan khas buat peminat yang mereka hargai.

Hooray Marketing Sdn Bhd berkolaborasi bersama Search untuk mengeluarkan semua 101 buah lagu daripada album pertama hingga yang terakhir bersama satu bonus track " Kejoraku Bersatu" dan kesemuanya ini terkandung dalam format MP3 bersama keluaran khas gajet MP3 dibawah label Search.

Dengan rekaan yang begitu klasik iaitu berbentuk tape kaset ia lengkap bersama headphone, charger dan remote sebagai hadiah khas berbentuk box set untuk peminat Search dan kesemua lagu ini menjalani proses master semula.

Box set MP3 Search

Menurut Amy selaku vokalis, idea ini sudah dirancang semenjak November bersama En Adimus Putra yang tampil dengan idea bernas ini.

"Box set ini khas buat peminat Search dan kesemua item ini diperbuat khas daripada barangan bermutu tinggi. Kami mahu menghargai peminat setia kami dan semestinya kami memiih yang terbaik untuk mereka.

"Sesuatu yang baru dan tidak pernah dibuat oleh penyanyi mahupun kumpulan lain dan ini mengumpukan kesemua lagu, bukan hanya yang terbaik dipilih tetapi semua lagu Search," ujar Amy mengenai produk premium hasilan kumpulan ini.

Jadi kepada para peminat Search yang menantikan sesuatu yang baru daripada mereka, sila dapatkan box set MP3 yang hanya dihasilkan sebanyak 5000 unit dan dijual pada harga RM333. Pembelian boleh dilakukan di www.fenomenasearch.com dan jadilah antara yang pertama memilikinya.

Ahmad Rusdi Mat Daud menang RM32,400 Teka Ketawa Artis

Seorang pemandu teksi bertuah, Ahmad Rusdi Mat Daud berjaya memenangi wang tunai sebanyak RM32,400 dalam peraduan Ketawa & Ceria Bersama Suria, Menang Sehingga Suku Juta anjuran stesen radio Suria FM.

Ahmad Rusdi yang berusia 44 tahun itu mara ke peringkat akhir selepas berjaya meneka lima rakaman ketawa selebriti mengikut turutan yang tepat menerusi peraduan yang berlangsung pada 19 Mac hingga 13 April lalu di radio tersebut.

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, bapa kepada dua anak ini berkata, dia tidak menyangka akan bernasib baik pada pertandingan akhir peraduan itu.

“Saya langsung tidak letak apa-apa sasaran. Apabila saya dimaklumkan oleh Suria FM sebagai 15 finalis, saya hanya datang dengan harapan untuk mencuba nasib.

“Pada tahun lalu, saya pernah menyertai peraduan Proton Inspira juga bersama Suria FM tetapi kurang bernasib baik. Mungkin, sudah rezeki saya untuk menang pada kali ini,” katanya.

Ahmad Rusdi Mat Daud

Ahmad Rusdi yang mempunyai dua anak ini berhasrat untuk menggunakan sebahagian wang itu bagi melunaskan hutang.

“Setakat ini, saya belum fikirkan apa yang akan dilakukan dengan wang ini. Secara kebetulan, sebelum saya datang ke sini (bertanding), ada yang menuntut hutang daripada saya.

“Tidak sangka pula saya akan menang besar, jadi sudah tentu saya akan gunakan wang ini untuk lunaskan hutang yang tertunggak itu,” katanya.

Ahmad Rusdi berjaya mengumpulkan wang spesimen sejumlah RM22,400 yang melayakkan dia sebagai juara pertandingan akhir itu.

Sebagai kejutan, pihak pengurusan Suria FM turut menambahkan wang tambahan sebanayak RM10,000 sebagai bonus kepadanya.

Pada pertandingan akhir itu, Ahmad Rusdi dan 14 finalis lain dikehendaki masuk ke dalam sebuah kotak besar bersama sejumlah wang spesimen.

Dalam masa 30 saat, mereka perlu merebut wang yang berterbangan di dalam kotak itu. Peserta yang mengumpulkan jumlah wang terbanyak dipilih sebagai pemenang.

Sementara itu, peserta yang mengumpul wang spesimen kedua tertinggi, Rostam Wahid menerima sagu hati RM100 dan pengurut kaki Ogawa.

Finalis yang mengumpulkan wang spesimen ketiga terbanyak iaitu Norusapila Morudin pula mendapat sagu hati RM100 dan penapis air Coway.

12 finalis lain tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing turut menerima wang sagu hati RM100 setiap seorang.
Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact