Wanie tak puas hati digugurkan Mentor 6

"Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi", ujar protege kepada Ferhad, Salwani Sawi atau Wanie mengulas mengenai isu penyingkirannya dalam program Mentor 6 baru-baru ini.

"Saya akui saya pengsan dua kali tapi saya dah okay. Saya pengsan bukan sebab tekanan darah rendah tapi kerana saya demam ketika itu. Saya demam kerana masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan cuaca di Semenanjung. Jika mereka dah tahu saya ada penyakit, kenapa mereka masih ambil saya masuk awal-awal dulu," ujar Wanie mengakui kesal dengan tindakan pihak Mentor 6.

Ditanya adakah mungkin ini salah satu gimik program tersebut, Wanie menjawab. "Saya tak nak komen, saya tak layak bersuara. Saya tak tahu apa-apa. Saya juga tak tahu yang saya disingkirkan. Tiba-tiba penerbit jumpa saya dan beritahu mereka tidak mahu ambil risiko dengan keadaan kesihatan saya. Saya faham mereka tak nak ambil risiko, tapi sekurang-kurangnya berilah saya satu lagi peluang.

"Saya dah cuba sedaya-upaya minta untuk kekal tapi pihak Mentor tak bagi juga saya peluang. Keputusan ini dibuat tanpa pengetahuan saya, jadi saya tak puas hati. Bagi saya ini tidak adil. Keluarga saya juga tak puas hati mengenai perkara ini. Tapi tak apalah, saya terima keputusan ini",ujar Wanie .

"Saya baru sahaja terima keputusan SPM dan Alhamdulillah keputusan saya okay, semua subjek lulus. Mungkin selepas ini saya akan sambung pelajaran saya. Kepada pihak Mentor, terima kasih kerana bagi saya peluang walaupun saya tak sempat untuk tunjukkan kepada semua.


"Buat Abang Ferhad, saya harap dia dapat berkerjasama dengan protege baru dan harap dia dapat apa yang dia mahukan. Manakala buat protege baru, saya harap dia kuatkan mental supaya sejarah sama tak mungkin berulang", ujar Wanie penuh mendalam.

Sebelum mengakhiri perbualan, peserta dari Wilayah Persekutuan Labuan ini turut berkongsi yang beliau menghidapi penyakit 'Facial Palsy' sejak berusia 12 tahun.

"Penyakit ini lebih kurang stroke, di mana beberapa bahagian muka di sebelah kiri seperti mata, hidung dan mulut saya tak boleh bergerak. Disebabkan itulah saya nak ikut program Mentor ini di mana saya nak cabar diri saya untuk lawan penyakit ini. Tapi apakan daya, rezeki saya bukan di sini. " ~ Gua

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Wanie tak puas hati digugurkan Mentor 6

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Wanie tak puas hati digugurkan Mentor 6

Home | Disclaimer | Contact