Lee Min Woo pulang dari perkhidmatan tentera

Bukan saja Lee Min Woo sahaja yang tidak sabar untuk menyelesaikan tanggungjawabnya dalam perkhidmatan tentera malah pembebasannya itu juga begitu ditunggu-tunggu oleh para peminat.

Anggota kumpulan Shinhwa itu yang selesai menjalani perkhidmatan tentera selama dua tahun pada 2 Mac lalu, terus terbang ke Seoul untuk bertemu dengan peminat setia.


Kehadiran Min Woo ditunggu-tunggu kerana dia merupakan anggota Shinhwa terakhir yang selesai menjalani perkhidmatan tentera.

Pada bulan ini Shinhwa bercadang untuk membuat kemunculan semula dan bakal memasuki studio untuk rakaman album baru kerana kumpulan itu bercadang untuk meraikan ulang tahun pembabitan dalam bidang seni yang ke-14 tahun.

Majlis sambutan itu dijangka akan diadakan di Stadium Olimpik Seoul dan sekali gus merupakan konsert pertama mereka setelah empat tahun tidak menjayakan persembahan berskala besar.

0 ulasan:

Sila komen Lee Min Woo pulang dari perkhidmatan tentera

Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 
Lee Min Woo pulang dari perkhidmatan tentera

Home | Disclaimer | Contact