Pelakon popular, Fasha Sandha memilih untuk bersederhana dalam majlis perkahwinannya. Begitu juga dengan destinasi bulan madu.

Jika kebanyakan artis terkenal memilih untuk berbulan madu di luar negara, Fasha pula sebaliknya apabila memilih Pulau Redang sebagai destinasi menikmati detik manis itu bersama Jejai.

Baginya, itu pilihan tepat kerana tidak semua destinasi indah di tanah air pernah diteroka, sementelah pula dia terikat dengan penggambaran drama bersiri selepas diijabkabulkan.


Kata Fasha, lebih praktikal jika berbulan madu dalam negara dan Jejai bersetuju dengan cadangannya untuk berbulan madu di Pulau Redang saja.

“Mungkin kami habiskan masa di sana selama seminggu. Jejai faham saya ada penggambaran selepas kami berkahwin, jadi lebih mudah jika berbulan madu di Pulau Redang.

“Saya masih pertimbangkan sama ada mahu beraksi dalam drama Dendam Serakit yang bakal menghiasi slot Seram di TV3 atau Juwitaku (Astro Ria) kerana tawaran datang serentak “Saya hanya boleh pilih satu daripadanya dan akan ke lokasi penggambaran selepas selesai berbulan madu.

Pulau Redang merupakan destinasi pelancongan popular di kalangan pelancong luar negara berbanding pelancong tempatan.

1 ulasan:

  1. jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv .ESPN,STAR SPOTS ,EUROSPORTS dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top