Anas Ridzuan, protege Faizal Tahir membuat persembahan mantap dan berjaya mendapat jumlah kutipan markah tertinggi iaitu 79 markah pada konsert pertama Mentor 6, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ).

Setelah dihitung undian SMS dan markah yang dipungut dari Juri Professional dan Juri Awam, kedudukan adalah seperti berikut:

Ana - 51
Anas - 79
Tisha - 55

Dengan ini Anas muncul sebagai Juara untuk pusingan pertama.

Menurut juri, Datuk Sharifah Aini, Anas yang membawakan lagu Kau Di Hatiku, nyanyian Zainal Abidin dan InsyaAllah (Maher Zain) bersama mentornya sememangnya layak mendapat markah tinggi kerana berjaya menghayati kedua-dua buah lagu dengan baik.


"Ketika hendak memberi komen kepada Anas, saya dah tak tahu nak cakap apa.

"Dia berjaya menyampaikan kedua-dua buah lagu itu dengan baik, sehingga membuatkan saya menangis," katanya yang ditemui selepas konsert tersebut.

Bagaimanapun tambah Sharifah Aini yang menjadi juri bersama Edry Abdul Halim, markah tinggi yang diberikan kepada Anas tiada kaitan dengan sorakan penonton yang kebanyakannya menyokong peserta kelahiran Ipoh, Perak itu.

Sementara itu, Ferhad yang mempunyai masa hanya dua hari sahaja untuk melatih protege barunya, Tisha, bersyukur kerana Tisha berjaya membawakan lagu Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Sahanaya dan Rindu Bayangan (Jay Jay) bersamanya dengan baik.

"Walaupun protege lama saya, Wanie, terpaksa dikeluarkan daripada pertandingan kerana masalah kesihatan, ia tidak mematahkan semangat saya untuk melatih Tisha untuk menjadi penyanyi yang bagus.

"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengannya, walaupun terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan di atas pentas," ujarnya.

Ramlah Ram pula berkata, markah rendah yang diperoleh Ana bukanlah satu halangan untuk mereka menaikkan semula markah pada konsert seterusnya nanti.

Ana membawakan lagu Terbang Ke Awan, nyanyian Atilia dan lagu Ramlah sendiri, Diam-Diam serta Apa Khabarmu Di Sana bersamanya.

Battle Pertama untuk Kumpulan B bakal berlangsung pada 1 April 2012.

1 ulasan:

  1. Anas Ridzuan top sebab Faizal Tahir.

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top