Latif Ibrahim meninggal dunia kerana sakit jantung

Latif Ibrahim (penyanyi dan pelakon era 1970-an) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.


Allahyarham yang mencipta populariti menerusi filem "Hapuslah Air Matamu" dan "Dendang Perantau" dan lagu "Nora" dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) sejak Sabtu lalu akibat sakit jantung dan komplikasi penyakit lain seperti kencing manis dan masalah paru-paru. Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor, Selasa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Masriah Mahadan,57, dan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34.

Al-Fatihah buat arwah Latif Ibrahim dan ucapan takziah buat waris keluarga.

1 ulasan:

  1. Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top