K-langit band Malaysia, popular dgn lagu Sesal Mendua

Kumpulan K-langit yang dianggotai Mohamad Nor Hadre Ayub (Ary), Mohd. Izwan Ahma Mahayuddin, 26, (Ewan - pemain bass), dan Mohd. Haris Muhamad, 24, (Haris - gitaris) adalah kumpulan dari Malaysia.

Single Sesal Mendua dendangan K-Langit menjurus kepada jaluran muzik Indonesia kerana pencipta dan penulis lirik Sesal Mendua adalah Panji Sakti, yang berasal dari negara jiran itu.

Ary, 26, yang merupakan vokalis K-langit, berkata, mereka tidak kisah apa tanggapan orang, janji lagu tersebut serasi di halwa pendengaran peminat muzik.

"Setakat ini orang lebih mengenali lagu tersebut daripada kami. Itu sudah cukup baik kerana Sesal Mendua diterima ramai, berbanding lagu kami dahulu.

Kumpulan K-Langit

"Pada tahun 2008, K-langit tampil dengan nama Adri Band dan sempat hasilkan single Mungkin dan Gelisah, tetapi tidak sempat dipromosi. Alhamdulillah, apabila lagu Sesal Mendua popular, secara tidak langsung peminat turut mencari lagu lama kami di YouTube," katanya.

Kata Ary, asalnya lagu Sesal Mendua lebih menjurus kepada irama jaz. Namun ia tidak sesuai dengan konsep K-langit yang lebih kepada pop rock. Maka lagu tersebut digubah sedikit oleh Zimie Sofarz.

Kumpulan yang berasal dari Bandar Tun Razak itu, berharap Sesal Mendua membawa tuah dan menjadi platform untuk mereka terus melangkah lebih jauh dalam bidang seni suara.

Sebagai kesinambungan kepada lagu yang membawa sinar tersebut, K-langit mengambil keputusan menghasilkan album penuh hujung tahun ini.

Klangit Band

Artis naungan Sony Music Malaysia itu tetap akan menggunakan khidmat Panji kerana lagu ciptaannya serasi dengan jalur muzik mereka.

"Bukan semua lagu Panji, kami juga akan ambil lagu ciptaan sesiapa sahaja yang kena dengan konsep K-langit. Lebih ramai komposer, lebih variasi lagu dendangan kami.

"Sebenarnya kami pun ada lagu gubahan sendiri, kalau menepati kehendak syarikat rakaman, mungkin ia bakal dipilih untuk dimuatkan dalam album berkenaan," ceritanya.

Ary dan rakan-rakan yang sempat mengadakan persembahan spontan di studio Utusan Melayu, ketika sesi foto baru-baru ini berkata, setiap kali mengadakan persembahan, mereka akan mengundang pemain drum.

Jelasnya, mereka selesa bergerak seperti sekarang kerana masing-masing sudah mengenali hati budi antara satu sama lain.

"Kalau ada undangan persembahan, kami panggil pemain drum undangan yang sudah biasa dengan K-langit, kawan-kawan juga," jelasnya.

Bila ditanya kenapa mereka memilih K-langit sebagai nama kumpulan, katanya setiap kali berdoa kita pasti mengangkat muka ke arah langit.

Menurut Ary, semoga nama itu membawa tuah kepada mereka yang sebelum ini hampir kecewa kerana segala perancangan untuk mengatur langkah dalam bidang seni tidak kesampaian.

"Kita selalu menadah tangan ke langit memohon doa daripada-Nya. Semoga segala doa kami diberkati Allah," katanya tersenyum.

# Sedap jugak single K-Langit, Sesal Mendua tu...

Post Comment

1 ulasan:

farel zain berkata...

saya ada cipta beberapa lagu,& nampaknya saya suka kalau lagu saya dinyanyikan oleh kumpulan k langit nih... :)

Sila komen K-langit band Malaysia, popular dgn lagu Sesal Mendua

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
K-langit band Malaysia, popular dgn lagu Sesal Mendua

Home | Disclaimer | Contact