Ada pihak salahkan Jaclyn Victor atas kegagalan Sedetik Lebih

Jaclyn Victor dikatakan berang apabila dipersalahkan di atas kekalahan lagu 'Sedetik Lebih' yang dinyanyikannya di AJL26lalu menerusi beberapa kenyataan dikeluarkan menerusi laman Facebook dan Twitter miliknya.

Menerusi kenyataannya,Jac mengakui kesabarannya hilang selepas ada pihak menyalahkannya kerana kegagalan lagu Sedetik Lebih memenangi pada malam kemuncak anugerah tersebut.

Jaclyn Victor

“Saya akui saya tersilap kerana cepat sangat ‘meletus’, saya sepatutnya lebih sabar menghadapi sebahagian pihak mungkin tidak menyukai saya. Malah jika difikirkan, kalau saya menyanyi, sedap macam mana, bagus macam mana sekali pun, orang belum tentu menyukai saya," jelasnya.

Jac berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan kekalahan Sedetik Lebih harus memahami AJL itu sendiri sebelum menuduhnya yang bukan-bukan.

“Ini bukan Anugerah Juara Penyanyi, yang mempertandingkan penyanyi, ia mempertandingkan lagu. Sebagai bonus untuk penyanyi hanyalah anugerah vokal dan persembahan sahaja,” terangnya lagi.

Jac yang baru mengikat kontrak bersama KRU Music sebagai artis rakaman selama setahun, kini mempergiatkan promosi single terbarunya, Sebelah Jiwaku, ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.
~ MH

0 ulasan:

Sila komen Ada pihak salahkan Jaclyn Victor atas kegagalan Sedetik Lebih

Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 
Ada pihak salahkan Jaclyn Victor atas kegagalan Sedetik Lebih

Home | Disclaimer | Contact