Siri Waktu Rehat musim ketiga menampilkan Nur Syuhaida

Siri Waktu Rehat musim ketiga menampilkan Nur Syuhaida yang membawakan watak baru sebagai Rosie seorang gadis berbadan besar dan periang.

Selain Nur Syuhaida, Waktu Rehat menampilkan barisan pelakon antaranya Elfira Loy, Nur Syuhaida, Aedy Ashraf, Juzzthin, Ashmen Iskandar dan Nicholas Cheng.

Disiarkan dalam bahasa Melayu dengan sari kata bahasa Inggeris, Waktu Rehat diadaptasi daripada siri pendek Itali iaitu Quelli dell'Intervallo (As The Bell Rings).

Waktu Rehat musim ketiga

Siri tersebut diterbitkan dengan kerjasama Red Communications Sdn Bhd.

Waktu Rehat mengisahkan tentang aktiviti rehat sekumpulan pelajar di Sekolah Menengah Jalan Mas yang berdepan dengan pelbagai kisah lucu dan menarik hati.

Tayangan perdana Waktu Rehat musim ketiga akan bersiaran pada Sabtu, 10 Mac ini jam 12.30 tengah hari.

Untuk mereka yang terlepas episod di TV serta adegan eksklusif di belakang tabir, anda boleh menonton di laman www.wakturehat.com atau di YouTube dengan menaip www.youtube.com/user/disneychannelasia.

BoBoiBoy OST Lyrics

BoBoiBoy OST Lyrics

Aliens invading earth for cocoa beans
Prized throughout the galaxy

They’re coming soon, they’re coming fast
I don’t know if we can last

So we all need a saviour to defend the planet earth

BoBoiBoy
BoBoiBoy
BoBoiBoy

Ying!
Yaya!
Gopal!
And our hero…
BoBoiBoy

BoBoiBoy
BoBoiBoy

Lirik Lagu Tema BoBoiBoy - OST BoBoiBoy

Alien datang menakluki bumi demi koko yang dicari-cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi
Jadi kita perlukan penyelamat bumi

BoBoiBoy
BoBoiBoy
BoBoiBoy

Ying!
Yaya!
Gopal!
Dan super hero kita
BoBoiBoy

BoBoiBoy
BoBoiBoy

Mawi timang cahaya mata perempuan, Cahaya Malaika (gambar)

Penyanyi Mawi dan isteri, Ekin telah selamat dikurniakan cahaya mata sulung perempuan.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu, telah selamat dilahirkan Ekin jam 4 pagi tadi dan telah diberi nama Cahaya Malaika.

Cahaya Malaika, anak mawi dan ekin

Cahaya Malaika, anak mawi dan ekin


"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dengan kelahiran anak sulung kami ini. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata apabila melihat cahayamata sendiri dan menyaksikan proses kelahiran itu.Barulah kita tahu kebesaran Tuhan dan kesukaran seorang isteri bertarung nyawa dalam proses kelahiran," kata Mawi gembira.

"Ekin sudah mula sakit semalam dan saya terus membawanya ke hospital sekitar jam 7.30 pagi dan dia ditahan di wad.

"Saya dapat melihat kesakitan yang dialaminya dalam proses hendak bersalin itu.Memang lama dia berdepan kesakitan dan kesukaran untuk bersalin.

"Satu pengalaman berharga dan berkat doa akhirnya dia bersalin jam 4 pagi tadi,"katanya.

Tidak kisah dikurniakan cahayamata perempuan mahu pun lelaki, bagi pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini, apa yang penting kesihatan isteri dan bayinya selamat.

Mawi Ekin

Mawi dan Ekin merancang untuk membuat kenduri doa selamat .

Tahniah Mawi atas kelahiran cahayamata perempuan yang dinanti!

Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang lakonan Zizan

Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang

4 pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.

Poster Filem Jangan Pandang-Pandang

Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha

Pelakon Jangan Pandang-Pandang: Zizan Raja Lawak,Nas-T,Sara Ali,Miera Leyana,Marsha

Lisa buka hati Yusry untuk jatuh cinta semula

Yusry terasa remaja semula bersama Lisa
Dekat 6 tahun hidup menduda selepas bercerai dengan pelakon Erra Fazira, Yusry pernah berasa tidak mahu jatuh cinta lagi.

Malah, Yusry Abdul Halim juga mengakui dia sudah tidak mempercayai akan kuasa cinta yang dulu pernah dikecapinya, tetapi kemudian membawa luka yang parah kepada kehidupan.

Namun, sebagai hamba Allah SWT, siapalah kita yang mahu menidakkan, lantaran segala ketentuan hidup adalah didalam kuasa-Nya.

Yusry
Kehadiran wanita bernama Lisa Surihani Mohamed dalam hidup Yusry telah merubah segala-galanya.

Pintu hati yang dulu terkunci rapat untuk menerima cinta daripada mana-mana wanita kini sudah terbuka luas.

Kata Yusry, Lisa telah menjadikan dirinya sebagai orang baru dan memberi keyakinan untuk kembali merasai nikmat cinta.

“Bertemu dengan Lisa adalah sesuatu yang tidak pernah saya sangka akan berlaku sekali lagi. Ia membuatkan diri ini seperti seorang remaja yang baru hendak menjalinkan hubungan cinta pula.

“Saya sendiri tidak pernah sangka akan kembali melalui fasa ini sebelum membuat keputusan untuk menamatkan zaman duda.

“Alhamdulillah, kini Allah SWT telah mempertemukan dengan seorang wanita yang sangat saya cintai dan kami mahukan perkahwinan ini terus kekal sehingga ke akhir hayat,” demikian luahan hati Yusry dengan ketawa ceria dalam sidang akhbar ringkas usai majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriott, Putrajaya, malam Jumaat lalu.

Menyambung bicaranya, Yusry yang segak berbaju Melayu rekaan Taufik Tailor pada malam bersejarah itu juga mengakui debaran kencang yang dialaminya sepanjang majlis berlangsung.

Walaupun pernah berhadapan dengan situasi yang sama enam tahun lalu saat bernikah dengan bekas isteri, tetapi kata anak kedua daripada empat beradik itu, perasaan itu cukup berbeza menjelang ijab kabulnya dengan Lisa.

“Kalau tengok dari segi luarannya, pasti ramai yang menyangkakan saya tenang. Namun gelodak di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

“Lebih-lebih lagi apabila melihat Lisa yang lebih tenang daripada saya ketika detik-detik sebelum ijab kabul kami, ia menambahkan lagi debaran di dada saya.

“Syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang,” ujar anggota kumpulan KRU berusia 38 tahun itu lagi.

Menyentuh tentang keistimewaan Lisa di matanya, sambil merenung ke arah isteri di sisi, Yusry cukup mengagumi nilai budi bahasa yang dimiliki pelakon filem Ombak Rindu itu.

Kata Yusry, apabila bersama dengan Lisa, dia tidak perlu menjadi orang lain kerana isterinya itu juga seorang yang cukup merendah diri.

“Untuk saya menyenaraikan keistimewaan Lisa, ia memang banyak. Tetapi apa yang boleh dikatakan, dia mudah menyesuaikan diri dengan semua orang tanpa mengira usia, baik daripada kanak-kanak sehinggalah ke orang tua. Itu yang membuatkan saya kagum dengan dia.

“Mungkin ada yang berkata, waktu bercinta semuanya indah belaka. Akan tetapi sebagai lelaki dan suami, saya memang bersedia menerima segala kekurangan yang ada pada Lisa. Sebagai manusia, kita sememangnya tidak sempurna.

“Kadang-kala kalau dia sedang marah, ia tidak kelihatan di wajahnya. Sampai saya perlu bertanya kepadanya adakah dia baik-baik sahaja atau sebaliknya,” kata pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa itu sambil ketawa kecil.

Meskipun gugup dan gementar, Yusry berjaya melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sahaja sebelum sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular itu.

Pasangan popular itu dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed di hadapan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Dalam majlis yang turut dihadiri seramai 250 orang tetamu termasuk teman rapat dan kaum keluarga kedua belah pihak menyaksikan pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran termasuk seutas rantai leher platinum sebagai mas kahwin.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan memberikan sembilan dulang yang digubah indah oleh Cosry dengan kerjasama Eliza Ellies Wedding yang terdiri daripada bunga rampai, tepak sirih, cincin, kelengkapan sembahyang, pakaian lelaki dan coklat.

Mengetahui minat suaminya yang mendalam terhadap muzik, Lisa turut memberikan keyboard, koleksi lagu lama kumpulan The Beatles dan kek berbentuk gramofon sebagai hantaran.

Biarpun menjalinkan hubungan cinta dalam waktu yang singkat selepas hampir setahun berkenalan, bagi Lisa ia bukanlah satu masalah buatnya untuk menerima Yusry sebagai arjuna dalam hidupnya.

“Hubungan kami bukannya suka-suka atau sekadar mahu mencuba. Kami serius dalam perhubungan ini dan atas alasan itu, kami memang sepakat untuk membawanya ke jinjang pelamin.

“Ada sesuatu di dalam diri yang mengatakan memang inilah lelaki yang akan bersama dengan saya sehingga ke akhir hayat, Insya Allah.

“Yusry cukup istimewa di mata dan hati saya. Dengan perkahwinan ini juga, ia membuka ruang untuk kami terus mengenali hati budi masing-masing. Tiada lain yang diharapkan melainkan doa daripada semua orang agar kami kekal selama-lamanya,” kata Lisa dalam nada yang cukup tenang.

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 yang kelihatan anggun dengan baju kurung moden putih bersih itu juga menyatakan kesediaannya untuk bergelar ibu.

Sambil mengerling manja ke arah suaminya, Lisa mengimpikan untuk memiliki sekurang-kurangnya empat orang cahaya mata.

“Kami memang sudah bersedia untuk memulakan keluarga sendiri tetapi kami menyerahkannya kepada Yang Maha Esa. Bab anak ini adalah soal rezeki. Tidak kira cepat atau lambat, kami menerimanya dengan senang hati,” jelas Lisa lagi.

Pasangan ini akan berbulan madu di Eropah bermula di Switzerland dan ke beberapa buah negara lain selama tiga minggu.

Kathy Ireland model terkaya di dunia,mengalahkan Gisele Bundchen

Kathy Ireland, jelitawan dan model veteran berusia 48 tahun membuat kejutan apabila diumum sebagai supermodel paling kaya mengalahkan ramai model terkemuka lain, termasuk Gisele Bundchen dan Cindy Crawford.

Kathy Ireland menjadi perhatian dalam industri fesyen apabila disahkan sebagai model menerima bayaran paling lumayan di dunia.

Dalam senarai terbaru dikeluarkan Forbes, kekayaan Kathy dianggar bernilai RM1 bilion, meninggalkan Gisele di tempat kedua dengan harta RM761 juta.

Tempat ketiga diduduki Cindy (RM306 juta) dan Tyra Banks berada di posisi keempat (hampir RM273 juta).

Supermodel lain yang berada dalam kedudukan 10 teratas senarai CelebrityNetWorth.com ialah Christie Brinkley, Heidi Klum, Kate Moss, Naomi Campbell, Elle Macpherson dan Claudia Schiffer.

Kathy muncul memperagakan pakaian mandi dalam 13 edisi berturut-turut majalah Sports Illustrated sepanjang kerjayanya.

Bagaimanapun, dia mengumpul kekayaan dengan memberi lesen menggunakan namanya untuk lebih 15,000 produk, termasuk tilam dan tingkap.

Produk yang menggunakan jenama Kathy begitu berpengaruh dan menjana jualan luar biasa bernilai RM6.2 bilion setiap tahun.


Dalam temubual sebelum ini, Kathy mendedahkan rahsia kejayaannya.

“Saya agak bagus sebagai model. Saya tidak akan anggap saya super walaupun saya pernah bekerja dengan beberapa penerbitan yang hebat,” katanya.

Menurut Kathy, pada zaman kemuncaknya, ada ramai model yang boleh dianggap supermodel.

“Saya terbabit dan berminat dengan bisnes sebelum membabitkan diri dalam bidang peragaan.

“Saya melihat pemodelan satu cara untuk seseorang boleh menyimpan wang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau memulakan perniagaan,” katanya.

Filem The Artist menang filem terbaik Anugerah Academy ke-84

Filem The Artist yang merupakan filem bisu hitam putih arahan pengarah Perancis Michel Hazanavicius, mendapat pengiktirafan tertinggi Anugerah Academy ke-84 sebagai filem terbaik.

Filem The Artist melakar sejarah sebagai filem bukan bahasa Inggeris pertama yang meraih kejayaan tertinggi di anugerah Oscar itu turut membawa pulang empat anugerah lain iaitu Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Skor Asal Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.

Filem The Artist

Berikut adalah pemenang kategori utama:

Filem terbaik: "The Artist"

Pengarah terbaik: Michel Hazanavicius (“The Artist")
Pelakon lelaki terbaik: Jean Dujardin (“The Artist")

Pelakon wanita terbaik: Meryl Streep (“The Iron Lady”)
Pelakon pembantu lelaki terbaik: Christopher Plummer (“Beginners”)
Pelakon pembantu wanita terbaik: Octavia Spencer in (“The Help”)
Filem bahasa asing terbaik: “A Separation” (Iran)
Filem animasi terbaik: “Rango”
Skor terbaik: “The Artist”
Lagu asal terbaik: “Man or Muppet” (“The Muppets”)
Seni perfileman terbaik: “Hugo”
Kostum terbaik: “The Artist”

Biodata Profil Fiffy Natasya

Biodata Fiffy Natasya Kawaii

Nama Penuh:: Fiffy Natasya Binti Suhaimi
Nama Komersial: Fify
Tarikh Lahir: 26th April 1993
Bangsa: Malay
Agama: Islam
Hobi: Menonton dan Menyanyi
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon,Model, Emcee

Pengalaman:

Astro “Maya”
Commercial TV3 – “Simfoni Syawal”, “Mengundi”
Commercial “Courts Mamouth”
Commercial RTM – “Ceti Haram” & “Cetak Rompak”
Model Magazine –Bintang Kecil
Model Duta Sek. Men Taman Keramat (1)
Presenter “Programme Kids” – RTM

Filem :

Cinta Kolestrol
I Know What You Did Last Raya
Cinta Fotokopi (2004)
Main-Main Cinta (2005)

Album:

Kumpulan Wardah – 3rd Album
Solo Album “Kawan”- (Jan 2005)

Filem: Cinta Kolestrol , I Know What You Did Last Raya

Drama:

Slot Samarinda “Sephia” TV3
Kisah Benar TV3
Cerekarama “Misteri Syakila”, “Situasi”.

Pencapaian:

1st Winner “Patriotik” – The Mines
1St Winner “Talent Kids – Maju Junction
1st Winner “Ms. Citrawarna”-Nilai 3, Pusat Pelancongan, Negeri Sembilan
1st Winner “Superstar Kid – Carrefour

Activities: Frenclub SMS interactive programme

Email Fiffy Natasya: moshigurlfiffynatasya_taurus@yahoo.com

Gambar Fiffy Natasya Kawaii
Biodata Profil Fiffy Natasya

 Fiffy Natasya Kawaii

Biodata Profil Ahli Kumpulan Drum Simfoni

Biodata Ahli Kumpulan Drum Simfoni

NAMA KUMPULAN: Drum Simfoni
GENRE MUZIK: Genderang dan 'fusion'

Drum Simfoni

PENCAPAIAN:

1. TV9 - Nasi Lemak Kopi O (Mei 2009 - 2011)

2. Istana Budaya - Finalis 'World Star Road to Hollywood 2010', kategori Instrumental

3. Malaysia Tourism - Johan MATIC Band Competition 2011

4. Dewan Filharmonik Petronas - artis jemputan untuk konsert 'Tugu Drum Circles and Friends 2011 dan konsert KLCC Seni Festival 2010

ANGGOTA: Sembilan orang, termasuk penyanyi wanita

ANTARA ALAT MUZIK WAJIB: Caj'on, dgambe, congo, surdo, timbelese, toyset, gitar dan keyboard

ALAMAT: Drum Simfoni Entertainment, A-1-17 Block A, Megan Phoenix Business Park, Cheras, Kuala Lumpur. (belakang Plaza Phoenix)

FACEBOOK: www.facebook.com/drumsimfoni

Profil Ahli Kumpulan Drum Simfoni

NAMA: Alif Asyraf Mohamed

UMUR: 25 tahun

ASAL: Mentakab, Pahang

KERJAYA: Pemuzik

PERANAN: Pemain caj¿on

Profil

NAMA: Arif Akmal Suhaimi

UMUR: 25 tahun

ASAL: Kuala Lumpur

KERJAYA: Pemuzik

PERANAN: Pemain toyset

Profil

NAMA: Zarina Shahrin

UMUR: 26 tahun

ASAL: Shah Alam, Selangor

KERJAYA: Guru

PERANAN: Vokalis

Profil

NAMA: Ahmad Zufar Mohd

Adzahan

UMUR: 27 tahun

ASAL: Kajang, Selangor

KERJAYA: Jurutera akustik

PERANAN: Pemain congo

Profil

NAMA: Aznor Arri

UMUR: 33 tahun

ASAL: Pantai Dalam, Selangor

KERJAYA: Kakitangan syarikat industri minyak dan gas

PERANAN: Pemain gitar

Profil

NAMA: Syahbani Parun

UMUR: 31 tahun

ASAL: Keramat, Kuala Lumpur

KERJAYA: Kakitangan

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

PERANAN: Pemain keyboard

Konsert SUM 41 Live In Malaysia,14 April 2012

SUM 41 Bakal Adakan Konsert Di KL
SUM 41 yang dianggotai oleh 4 orang anak muda iaitu Deryck Whibley, Tom Thacker, Jason McCaslin, dan Steve Jocz buat pertama kalinya bakal mengadakan persembahan di negara ini pada 14 April ini.

'SUM 41 Live In Malaysia' yang akan berlangsung di Kl Live adalah bersempena rangka mempromosikan album terbaru mereka berjudul 'Screaming Bloody Murder' yang telahpun dilancarkan pada hujung tahun lepas.

Lebih menarik, kumpulan Bunkface dan OBS dijadualkan menjadi ‘opening acts’ bagi persembahan mereka kelak.

Tiket-tiket untuk persembahan ini boleh didapati dengan melayari web www.ticketpro.com.my yang dijual dengan harga RM108, RM138 dan RM158 selain boleh didapati di Victoria Music, The Guitar Store dan semua kedai muzik Rock Corner.

SUM 41 Live In Malaysia

About Sum 41

Sum 41’s career has been filled with highlights that extend well beyond the traditional punk band cliché. They’ve collaborated with Iggy Pop, Ludacris, Tommy Lee, Rob Haldford, Tenacious D and were invited to tour with heavy metal legends Motley Crue when they reunited. Since 1996, Sum 41 has been relentless, unapologetic, and unconcerned with musical boundaries. In the past, their music style has been described as an “eclectic meld of raucous punk-rock, thunderous heavy metal and straightforward rock.” Sum 41’s new album, Screaming Bloody Murder, feeds off this past and expands on it.

They have recently been labelled as one of the world’s best live bands. Deryck Whibley says he’s not concerned with these labels, but “all we’ve ever tried to do is play better live. It’s what makes us a band. At times, everything else is bullshit. Touring is something we constantly work on, and over 12 years we have continued to improve.” Sum 41 has also been unapologetic about their life-style off the stage. “We’re best-friends, we love to play music. And we also happen to be idiots. This hasn’t changed since high-school,” says drummer Stevo Jocz. According to Whibley, “Rock music has a long history of partying. We are no different.”

www.sum41.com

www.twitter.com/sum41

www.facebook.com/sum41

Opening acts: Bunkface and One Buck Short (OBS)

Ana Raffali sudah bergelar isteri

Majlis pernikahan Ana Raffali

Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali, 26, selamat mengakhiri zaman bujangnya setelah dinikahkan dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 30, pagi ini.

Gambar Perkahwinan Ana Raffali


Pasangan pengantin ini dinikahkan sendiri oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur, jam 11.55 pagi tadi dengan mas kahwin RM11, 412.

Ahmad Aznaim sah menjadi suami penyanyi itu dengan sekali lafaz sahaja.

Pada majlis itu, pasangan tersebut kelihatan berseri dengan persalinan kelabu hasil sentuhan Ezuan Ismail.

Bagi melengkapkan majlis penuh bermakna itu, kira-kira setengah jam sebelum majlis akad nikah dilangsungkan, pasangan berkenaan yang bermula sebagai rakan karib sejak tujuh tahun lalu turut mengadakan majlis pertunangan.

Pada majlis yang serba ringkas itu, pasangan tersebut bertukar-tukar dulang hantaran yang mana pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, telekung, minyak wangi, manisan, gelang tangan perak dan mas kahwin RM11,412.

Pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran termasuk bunga rampai, kek, dompet, tujuh kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.

Pasangan itu turut mengadakan majlis resepsi di pekarangan masjid berkenaan.

Tahniah Ana Raffali!

Sinopsis filem John Carter & trailer

Sinopsis filem John Carter
Filem yang berlatarkan gurun dan gambaran sebuah dunia asing ini mengisahkan bekas kapten tentera, John Carter yang terjerumus ke dalam sebuah lokasi di planet Marikh yang dipanggil Barsoom.

Carter terkandas di dunia asing penuh misteri itu dengan ajaibnya tanpa disedarinya sendiri. Namun, sebaik berada di dunia realiti dan terpaksa berdepan dengan masyarakat pelik yang memenuhi Barsoom, Carter mula sedar akan situasi sebenar yang mana pelbagai kemelut berlaku selain konflik peperangan yang bagai tiada noktah.

Bagaimanapun, di sebalik dunia asing yang hampir musnah itu, Carter akhirnya merasai nilai kemanusiaan dan rasa tanggungjawab apabila menyedari nasib dunia asing itu serta semua masyarakatnya kini bergantung di tangannya.

Bukan sekadar perlu menyelamatkan keadaan dan membela nasib Barsoom, Carter perlu berdiri sebagai pahlawan yang mempertahankan suasana tegang penuh kekejaman itu hingga terpaksa melupakan kepentingan dirinya sendiri.

Poster John Carter

Filem John Carter akan mula menyerang panggung tempatan bermula 8 Mac 2012 dan ia adalah sebuah naskhah sentuhan pengarah terkenal, Andrew Stanton yang diterjemah daripada novel A Princess of Mars.

"John Carter" dibarisi oleh Taylor Kitsch, Mark Strong, Lynn Collins, Willem Dafoe dan Thomas Haden Church.

Trailer John Carter

Teater muzikal KL Energetik pada 2 hingga 4 Mac 2012

Pementasan teater muzikal bertajuk KL Energetik akan diadakan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
pada 2 hingga 4 Mac 2012 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bekerjasama dengan kerjasama Linda Jasmine Performing Arts Studio.

KL Energetik memaparkan kisah kehidupan remaja yang meminati bidang kesenian dan pada masa sama mahukan cabaran yang lebih hebat serta memutuskan untuk mencuba nasib di ibu kota Kuala Lumpur, sebuah bandar raya yang penuh cabaran dan sentiasa memberikan kejayaan bagi yang berusaha ke arah itu.

Pementasan yang dijadualkan pada jam 8.30 malam ini mensasarkan generasi muda khususnya di Kuala Lumpur, yang mana ia dijayakan sepenuhnya oleh anak didik Linda Jasmine Performing Arts Studio dan artis budaya DBKL.

Di samping itu, sempena meraikan 20 tahun hubungan yang terjalin antara Kuala Lumpur dan Uzbekistan, DBKL juga akan mementaskan persembahan budaya gabungan, yang menampilkan artis popular dari Uzbekistan iaitu Ilhom Farmonoz pada 24 Februari ini.

Persembahan bermula pada jam 8 malam di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Kumpulan Albob tersingkir Raja Lawak 6 minggu ke-7

Kumpulan Albob tersingkir dari persaingan Raja Lawak 6 (RL6) pada minggu ke-7.

Penyingkiran Albob diumumkan salah seorang juri tetap, penerbit David Teoh setelah Albob mendapat undian terendah berbanding lima peserta lain tinggal. Selain Albob, kumpulan Selak dan dan Cuit juga adalah antara peserta yang mendapat undian terendah minggu ini.


Minggu ketujuh sememangnya memberi cabaran hebat kepada para peserta Raja Lawak Musim ke 6 (RL6) apabila hampir kesemua peserta gagal memberikan impak seperti yang diharapkan. Hanya kumpulan Shiro mampu menceriakan para hadirin yang menonton di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil pada minggu ini.

Kedengaran mudah, namun tema bebas yang diberikan kepada peserta pada minggu ini gagal menghasilkan jalan cerita dan lawak yang berkualiti sehingga mengecewakan para juri. Sheila Rusly secara terang-terangan telah melabelkan majoriti dari persembahan peserta minggu ini sebagai busuk.

Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain David Teoh serta Sheila Rusly, seorang lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya.

Albob yang tersingkir ialah anak didik kepada Cif Kecil Yus Jambu dan dengan penyingkiran mereka, tinggal 5 sahaja peserta untuk meneruskan cabaran di minggu hadapan.

Kumpulan nasyid terkenal AS , Native Deen ke Malaysia

Rasanya ramai sedia maklum akan kedatangan kumpulan nasyid terkenal Amerika Syarikat (AS), Native Deen ke Malaysia sempena persembahan ‘My Faith My Voice’ di Pusat Aktiviti Budaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), jam 8 malam, Sabtu ini.

Biarpun nama Native Deen kedengaran agak janggal di sini, hakikatnya kumpulan dianggotai tiga pemuda Afrika-Amerika, Joshua Salaam, Abdul-Malik Ahmad dan Naeem Muhammad ini punya pengaruh besar di negara asal mereka.

Menelusuri sejarah pembabitan Native Deen, menurut Abdul-Malik, mereka saling mengenali sejak 1994 sebelum menubuhkan sebuah kumpulan pada 2000.

“Ketika berkenalan lapan belas tahun lalu, kami asalnya bergerak secara individu dan sering bertemu di majlis-majlis komuniti.

“Bersandarkan matlamat yang sama iaitu mahu menyebarkan mesej yang menaikkan semangat Islam, kami sepakat bergabung sebagai Native Deen pada 2000,” katanya.

Bergerak sebagai kumpulan nasyid, Native Deen tidak ketinggalan menyelitkan elemen hip hop dan R&B dalam muzik mereka sebagai satu kelainan.

Menurut Naeem, biarpun menyedari mereka merupakan sebahagian kaum minoriti di AS, ia tidak menjadi penghalang buat Native Deen meneruskan perjuangan mereka.

Malah, melalui lagu mereka, Native Deen sering mengetengahkan isu dihadapi umat Islam yang tinggal di AS.

“Perjalanan kami tidak terlalu sukar mungkin kerana kelainan dibawa membuatkan kami lebih mudah diterima oleh masyarakat bukan Islam.

“Komuniti Islam di AS juga sangat menyokong dan kami berbangga menjadi perintis kepada kemunculan lebih banyak kumpulan nasyid di sana,” katanya.

Sudah menghasilkan tiga album iaitu Deen You Know, Not Afraid to Stand Alone dan The Remedy, Joshua berkata, setiap satunya mengandungi mesej tersendiri untuk disampaikan.

“Kami sifatkan muzik Native Deen sebagai panggilan untuk pendengar agar memelihara iman, dalam menjalani kehidupan tidak tunduk kepada tekanan dan godaan kehidupan moden.

“Kami gembira seandainya lagu kami mampu memberi inspirasi kepada pendengar untuk lebih mendekati Islam,” katanya.

Uniknya, kumpulan ini tidak menggunakan alat muzik jenis tiupan dan bertali sebaliknya menggunakan instrumen bunyi sintetik.


Suka budaya Malaysia

Memandangkan kunjungan mereka ke sini adalah buat julung kalinya dibawakan oleh Nizal.Com, penulis sempat bertanyakan pendapat mereka mengenai Malaysia.

Tanpa menyembunyikan rasa teruja, ketiga-tiga mereka mengakui amat tertarik dengan kepelbagaian budaya masyarakat tempatan.

“Malaysia adalah sebuah negara yang hebat dan kami kagum dengan masyarakat di sini yang berjaya mengekalkan keharmonian walaupun berbeza budaya.

“Meskipun ini merupakan kunjungan pertama, kami harap ia bukan yang terakhir kerana sudah tentu kami berharap akan menjejakkan kaki ke sini lagi,” kata Naeem.

Sudah menjelajah ke lebih 60 negara termasuk di Asia, Eropah dan Timur Tengah bagi mempromosikan muzik mereka, kunjungan mereka ke Malaysia menamatkan penantian peminat tempatan yang sudah lama menantikan kehadiran Native Deen.

“Kami agak terkejut kerana ramai peminat di Facebook berasal dari Malaysia walaupun nama kami tidak begitu terkenal di sini.

“Malah, sejak kebelakangan ini kami dapati sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia dan Brunei semakin menunjukkan peningkatan.

“Kami anggap ini sebagai permulaan yang bagus untuk memperkenalkan muzik kami dan berharap peminat akan terus menyokong perjalanan kami,” katanya.

Menjanjikan persembahan yang bertenaga bertemakan, Reaffirming The Belief, Inspiring Good Deeds kumpulan ini akan diiringi tiga pemuzik terkenal.

Selain persembahan tersebut, Native Deen juga akan terlibat dalam siri bertemu peminat di pelbagai lokasi sebelum berlepas pulang 4 Mac ini.

OST Vanilla Coklat - Lirik Kenangan Hidupku - Geisha

Lirik Lagu Kenangan Hidupku (Lagu Tema Vanilla Coklat) – Geisha

Jika ku hadir untuk disakiti
Biarlah ku pergi jauh dan sendiri
Tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis

Kebodohanku telah anggap dirimu
Kan baik hatiku butakan hatiku
Kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu

Mungkin karnaku terlalu mencintaimu
Ku terluka

Kemana ku berlari
Kemana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku

Kebodohanku telah anggap dirimu
Kan baik hatiku butakan hatiku
Kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu

Kemana ku berlari
Kemana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku

Biarlah ku simpan
Menjadi kenangan hidupku

Kemana ku berlari
Kemana aku kan pergi
Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku (2x)

Ku cintai namun benci
Caramu mencintaiku

Yusry & Lisa Surihani sah suami isteri, selamat bernikah

Hanya sekali lafaz, Yusry sah bergelar suami kepada Lisa Surihani di majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Marriot.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.


Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum. Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

Lisa tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry dengan rona putih manakala Yusry pula segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah tersebut dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan 'Winter Garden'.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sebelum ini, Lisa telah selamat melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai, majlis khatam Al-Quran untuk bergelar raja sehari.

Tahniah Yusry dan Lisa!

Album Sleep Talking , Janice and the Supertank dilancarkan

Album baru Janice and the Supertank berjudul "Sleep Talking" telah dilancarkan.

Sleep Talking Janice and the Supertank

Album "Sleep Talking" mengandungi 9 buah lagu kesemuanya, termasuk lagu Hits Janice and the Supertank "Kau di Mindaku" "Di Syurga" & "Just Before I Sleep". Bagi yang ingin mendapatkan album ini boleh email secara terus dengan kami ke JaniceAndTheSupertank@gmail.com dan juga didapati di semua kedai muzik Rock Corner di seluruh Lembah Kelang pada penghujung bulan Februari.

Penyanyi Abot bertudung, bakal muncul album baru, My Happy Tree

Penyanyi Abot atau nama sebenarnya Nurimah Muhammad kini kembali menyinari dunia muzik tempatan dengan semangat baru atas sokongan peminat yang masih mahu melihatnya mewarnai dunia muzik.

"Saya akui sejak tahun 2006, saya sudah mula mengurangkan aktiviti seni suara saya walaupun ketika itu nama saya sedang meningkat naik.

"Bukan berniat untuk berhenti daripada bidang itu, tetapi saya terpaksa tolak segala tawaran menyanyi disebabkan penyakit tirod yang saya hadapi ketika itu.

"Saya menderita penyakit tirod di leher yang agak lama sehinggalah saya bertemu dengan produk makanan tambahan dari syarikat Asia Herbal Biotech Sdn Bhd (AHB) pada tahun lalu.

"Setelah beberapa bulan mengamalkan serta makan makanan tambahan tersebut, saya dapati penyakit saya kini pulih dan pada tahun lalu jugalah saya mula merakam album terbaru saya," katanya.

Memulakan kerjaya pada pertengahan tahun 90-an, Abot kini kembali dengan album kedua berjudul My Happy Tree.

Enam buah lagu yang terdapat di dalam album berkenaan seperti, mencari Isteri, Penantian Puteri, Ada Harapan Baru, Intan Abah, Selamat Hari Mati dan Sakit Hati Raya.

Lebih lima tahun lenyap dari indusrti seni muzik tanah air, Abot akui bukan mudah untuknya membina nama serta kerjayanya dalam bidang tersebut.

"Pada mulanya memang susah. Lebih-lebIh lagi saya kini bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

"Saya tahu, bukan mudah untuk sayarikat rakaman menerima saya buat masa ini. Jadi saya rasa lebih selesa bergerak sendiri.

"Alhamdulilah, sejak memulakan kerjaya nyanyian tahun ini, saya telah menerima banyak undangan menyanyi sehingga kini," luahnya lagi.

Penyanyi Abot

Albumnya tiada dijual di pasaran, sebaliknya akan dijual ketika dia mengadakan road show ketika mempromosikan rangkaian produk di seluruh negara.

Selain promosi road show, Abot akan ke setesen radio untuk mempromosikan lagunya ke corong-corong radio.

Bukan sahaja lahir dengan labum baru, tahun 2012 juga merupakan tahun penghijarahan yang besar buat Abot yang kini sudah mula dengan imej hijab.

"Memang sudah lama saya menanam hasrat untuk bertudung. Malah ramai yang sudah bertanyakan bila saya mahu berhijab.

"Tapi tahun ini, saya membuktikan saya telah bertudung bukan kerana paksaan orang atau hendak menutup tirod, sebaliknya saya membuat keputusan atas kesedaran diri saya sendiri," kata Abot.

Tahniah Abot kerana bersama barisan artis dan selebriti yang berhijrah.

Lirik Lagu SSK - Lagu Tajuk Lagu feat Jin Hackman

Lirik Lagu SSK - Lagu Tajuk Lagu feat Jin Hackman

NBE
OK. lepak dengan Aizat Susun Teka Silangkata
datang LJ kata hey! Dia Tak Percaya Cinta
Cinta takkan Sempurna dengan Gadis Semasa
Yuna suruh ikut Gerak Hati - Lan & Typewriter
turut serta dengan Bunkface, cetuskan Revolusi
bersama Hujan band pergi Mencari Konklusi
Berlari dengan Tomok, berborak dengan Monoloque
bincang macam mana hidup Kalau Aku Seorang Robot
Yok Goyang, Ayuh Joget, berSyukur dengan Altimet
bila MACP bayar royalti beribu ringgit
Bingit macam Pesawat, lagi Jahat dari Stacy
Saph Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Kembali macam Butter, semua carta diconquer
Diam Diam macam Tilu, keluar album ramai suka
ramai yang Teruja macam Ella
berlatih seribu tahun pun korang takkan tera

Saph
Hidup macam Helah Maya yang terlampau indah
boleh jadi Superhero atau hantu kak limah
Jangan kena Pukau, hidup ni bukannya senang
Kalau Berpacaran pun, hanya boleh pandang2
aku bukan Drama King, bukan Uncle Hussain
muzik aku pelik, sebab muzik korang sepesen
lagu aku buat Kotarayaku bergegar
lagu kau macam Ilusi yang hanya kekal sebentar
aku bukan Inspektor Remos, juga bukan Kongsi
lagu macam Pelita, sumber verse aku API
Pelan-Pelan kayuh, aku tak banyak bunyi
nak cuba Bak Datang, sorang-sorang aku kasi
cuma aku, NBE, Jin dan Jocular
tendang baris, dengan skill pena Spektakular
ayat tak pernah basi, takkan ada Pengganti
tulis guna Mata Hati, buat ramai patah hati

Jin Hackman
Stop... talking smack on the microphone
He who lives in the 'great glass city' shouldn't throw stones
Time to get down down, to the sound sound
Got that foul style, ain't my fault i'm a 'wild child'
Flyer than a G6 and every other 'pesawat'
And i like girls with that 'tahi lalaaaat'
Get em on all fours and 'give em the ugh'
You 'take em to mars' son i just 'give em the ugh'
Cause i'm 'broke' broke broke takde duit dalam bank
Tapi aku hustle-lah, that means 'i'm a problem man'
So gangster taik kucings jadi 'penakut'
When i steal the spotlight, faster than a peragut
'In KL, KL big city of dreams'
'Aku Tak Femes Lagi' but i will be on your TV screen
One day one day, i be closing your show
But for now, that's sixteen and 'i gotta go' (gotta go)




Pendapat Shaheizy Sam tentang Adnan Sempit 2

Shaheizy Sam beraksi lagi sebagai Adnan dalam sekuel kedua filem Adnan Sempit. Dalam filem Adnan Sempit 2 ini anda boleh menyaksikan bagaimana Adnan berusaha mengubah dirinya menjadi seorang ahli korporat untuk berkahwin dengan Nadia.

Hendak tahu apa pendapat Sam tentang Adnan Sempit 2? Penjelasan Sam ini mungkin memeranjatkan kerana jejaka idaman ramai ini berterus-terang dia tidak terhibur dengan lakonannya.

“Ketika menonton filem ini tadi, saya tidak ketawa pun macam orang lain. Susah hendak terhibur dengan lakonan sendiri. Sebab saya sudah tahu perkembangan watak itu dan tahu kesudahannya. Jadi, saya bagaikan tiada perasaan. Terpulang kepada penonton untuk buat penilaian. Sebenarnya, perasaan sebegini bukan untuk filem ini sahaja, tapi untuk semua filem lakonan saya yang lain,” ujar Sam yang ditemui ketika prebiu Adnan Sempit 2 di TGV, Sunway Pyramid.

Adnan Sempit 2

Mengulas tentang tahap keyakinannya terhadap filem ini pula, Sam memberitahu sejujurnya dia tidak dapat meneka atau menjangka penerimaan penonton terhadap filem arahan Ismail Bob Hasim itu.

“Sama ada filem ini boleh ulang kejayaan seperti mana Adnan Sempit dahulu atau tidak, saya tidak boleh menjangkakan. Selera penonton sekarang ini memang sukar diramal. Kali ini sentuhan Adnan Sempit memang berbeza kerana ia tidak lagi diarahkan oleh Ahmad Idham. Sebaliknya, ia diambil alih oleh Bob.

Bagi saya setiap pengarah ada kekuatan tersendiri. Pengarah kali ini cuba memberikan lebih banyak komedi berbanding filem terdahulu. Sebagai pelakon saya cuba berikan yang terbaik kerana saya bukannya seorang pelawak. Harap-harap penonton suka dan bagi sokongan kepada filem ini,” ujar Sam.

Dalam perkembangan lain, Bintang Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 ini memaklumkan bahawa dia kini masih lagi bernaung di bawah pengurusan MIG Talent Sdn Bhd.

“Untuk tahun 2012 ini saya masih bersama MIG kerana selesa bersama mereka. Kontrak saya bersama mereka baru sahaja diperbaharui dan untuk kontrak baru ini tidak ada perubahan tidak ada sebarang perubahan dalam syarat dan terma. Saya masih boleh berlakon dengan produksi lain dan saya juga berhak memilih skrip yang dirasakan sesuai. Kalau boleh tahun ini saya mahu buat empat filem sahaja kerana tidak mahu penonton jemu dengan penampilan saya di pawagam. Buat masa ini Saya ada empat filem menunggu giliran ditayangkan iaitu 8 Jam, SAM, Ngongkrong dan Aku Ada Kawan,” ujar Sam mengakhiri perbualan.

Selamat maju jaya buat Shaheizy Sam!

Gambar Misha Omar bertunang, 21 Februari 2012

Gambar Pertunangan Misha Omar - Firos

Misha Omar tunang

Gambar Pertunangan Misha Omar - Firos

Gambar Pertunangan Misha Omar - Firos

Gambar Pertunangan Misha Omar - Firos

Gambar Pertunangan Misha Omar - Firos

Gambar Pertunangan Misha Omar - Firos

Gambar Pertunangan Misha Omar - Firos

Misha Omar selamat melangsungkan pertunangan bersama Firos Ezzwan Rossly pada 21 Februari 2012 di rumah keluarga Misha di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Misha Omar memakai persalinan cantik serba biru dan menggunakan khidmat Syaiful Baharim untuk persalinan dan hantaran.

Tunangan Misha merupakan seorang Juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mereka telah saling mengenali kira-kira lima tahun lamanya. Kisah percintaan mereka pernah mendapat liputan suatu ketika dahulu.

Carian: misha omar bertunang, gambar pertunangan misha omar, misha omar tunang , gambar misha omar bertunang ,misha tunang ,misha bertunang , tunang misha omar, pertunangan misha omar,gambar tunang misha ,GAMBAR MISHA OMAR TUNANG,Misha Omar & Firos

Liyana Jasmay - Cinta Bersatu Lirik dan Video

Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Siri Orkestra 2012 di RTM bermula Konsert Sudirman... Abadi Di Hati ,24 Februari

Dalam usaha memberikan hiburan berkualiti kepada para penonton, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal mempersembahkan program baru bermula Jumaat ini. Ia merupakan persembahan muzik orkestra melalui kalendar Siri Orkestra 2012.

Matlamatnya ialah bagi memberi laluan kepada Orkestra Radio Televisyen Malaysia (ORTM) meneruskan siri kegemilangannya setelah 50 tahun menjadi nadi kepada persembahan di negara ini.

Tampil dengan 9 buah persembahan muzik orkestra dengan penerbitan terbaik pada setiap bulan, siri pertama persembahan ORTM 2012 adalah Konsert Sudirman... Abadi Di Hati pada 24 Februari 2012.

Persembahan pembuka tirai itu merupakan satu penghargaan buat penghibur terkenal itu yang telah meninggal dunia pada 22 Februari 1992.

Antara persembahan lain yang bakal menghiasi kalendar Siri Orkestra 2012 adalah persembahan Orkestra RTM bersama biduanita negara Sharifah Aini pada 1 April.

Selain itu para penonton juga pastinya tidak mahu melepaskan peluang menonton konsert yang bakal mengetengahkan karya seni seniman agung Tan Sri Dr. P.Ramlee yang dijadualkan pada bulan Mei.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, antara kelainan konsert itu adalah penampilan para pemuzik muda yang akan membarisi Orkestra RTM.

"Kami mahu menampilkan sesuatu yang lebih segar untuk konsert ini nanti.

"Oleh itu kami memilih untuk membariskan golongan pemuzik muda sebagai tunjang utama konsert orkestra yang akan berlangsung sepanjang tahun ini," katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tegas Mokhzani, sudah tiba masanya untuk Orkestra RTM meneruskan legasi kejayaan yang pernah dilalui sepanjang 50 tahun ini.

"Kami mahu konsert ini menjadi kesinambungan sambutan Orkestra 50 tahun.

"Melalui konsert itu, penonton akan dijanjikan dengan kualiti muzik terbaik dari kami," katanya.

Kisah Nichkhun Buck Horvejkul (2PM)

Nichkhun dilahirkan di California. Jejaka berusia 23 tahun ini berhijrah ke Korea Selatan pada 2006 untuk menjalani latihan tarian dan nyanyian, serta mendalami bahasa Korea dan Mandarin sebelum diserap menyertai 2PM. Perjalanan dilalui Nichkhun Buck Horvejkul sedikit berbeza kerana ditemui seorang ejen pencarian bakat ketika menonton Festival Muzik Korea yang berlangsung di Los Angeles.

Melihat potensi dimilikinya, Nichkhun dipelawa JYP Entertainment untuk sesi uji bakat dan tanpa disangka, sesuatu yang besar akan berlaku dalam hidupnya. Jejaka ini mula mencipta popularitinya sejak diperkenalkan bersama 2PM pada 2008, lalu memilih untuk bermastautin di Korea bagi memperluaskan bakatnya.

Nichkhun Buck Horvejkul

Nichkhun Buck Horvejkul

"Kehidupan di Korea serabut, malah sering mengelirukan. Ada saja yang mahu dilakukan. Sekali pun tidak terikat dengan jadual kerja, saya perlu bangun untuk bersenam atau menjalani latihan. Setiap hari saya akan melalui kesibukan berbeza. Jika semua urusan kerja selesai menjelang tengah malam, saya masih perlu menjalani latihan kecergasan sebelum masuk tidur," katanya.

Disiplin tinggi dimiliki Nichkhun membuatkan dia digilai peminat yang kagum dengan pesona tarikan fizikalnya yang hebat. Wajah bersihnya juga sentiasa dijaga rapi hingga ada yang menabur fitnah dia menjalani pembedahan plastik. Andai tidak diberitahu dia sebenarnya berasal dari Thailand, barangkali ramai menyangka Nichkhun dilahirkan di Korea kerana fasih bertutur dalam bahasa itu.

"Tidak mudah untuk belajar bahasa Korea, saya bermula kosong tanpa sebarang asas. Pada permulaan saya belajar kerana dipaksa tetapi saya bukan seorang yang gemar ke kelas.

"Saya lebih selesa tutor datang dan mengajar saya secara persendirian. Selepas bersama 2PM, pertuturan saya semakin lancar. Saya mula bercakap dengan kawan-kawan, malah persekitaran juga memaksa saya supaya pantas fasih berbahasa Korea," katanya sambil mengakui ketika awal tiba di Korea dia lebih banyak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana kebetulan seorang lagi anggota kumpulan itu, Taecyeon fasih bertutur Inggeris.

"Saya selalu dijerit jika menggunakan bahasa Inggeris, malah didenda apabila enggan berbahasa Korea. Banyak juga saya terpaksa bayar. Soal makanan saya tidak begitu kisah kerana bukan seorang yang cerewet. Pengalaman berhijrah ke negara asing pada usia muda banyak membantu saya melalui semua itu. Ketika kembali semula ke Amerika Syarikat, saya langsung tidak fasih berbahasa Inggeris. Saya terpaksa bermula dari bawah, jadi apabila berpindah ke Korea saya tidak berdepan terlalu banyak kesukaran," katanya.

Nichkhun memberitahu dia mengambil masa hampir tiga bulan sebelum memberi persetujuan untuk melancarkan karier seninya di Korea.

Kontrak yang diterima dibawa pulang ke rumah untuk perbincangan bersama kedua-dua ibu bapanya. Anehnya kata Nichkhun, ibunya seperti tidak yakin dia mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

"Saya tidak tahu banyak mengenai K-Pop tetapi nenek saya begitu meminati Rain. Dia ada membeli siri Full House untuk ditonton di rumah dan apabila diberitahu, saya diuji bakat oleh pengurusan yang menaungi Rain, nenek mendesak supaya menerima tawaran itu.

"Ketika itu, siri Full House begitu popular di Thailand dan China. K-Pop juga berada di puncak. Saya bertuah kerana tidak perlu berusaha keras untuk mempromosikan gelombang K-Pop," katanya.

Beralih mengenai rutin yang terpaksa dilaluinya, Nichkhun berkata, industri muzik K-Pop begitu mementingkan latihan dan penampilan. Setiap aspek itu dilakukan secara profesional. Jelasnya, sebelum seseorang artis memasarkan album mereka terpaksa menjalani latihan antara dua hingga tiga tahun.

"Industri di sana tidak akan membiarkan bintang yang dilahirkan musnah. Mereka sudah melakukan pelaburan besar, jadi tiada siapa yang mahu rugi jika kumpulan dibentuk gagal popular. Kumpulan saya sendiri bermula dengan 15 pelatih, sebelum disesuaikan untuk mencipta konsep baru dan lahir dua kumpulan iaitu 2PM dan 2AM.

"Mungkin saya bukan vokalis utama, malah lebih merasakan saya seperti maskot kepada kumpulan itu. Saya lebih menonjol dari segi imej," kata jejaka yang begitu laris dengan tawaran produk untuk pasaran Thailand.

Simpan hasrat sambung pengajian

SEHINGGA kini bintang Korea, Nichkhun masih tidak menjangka dia berjaya mencipta populariti luar biasa di negara orang, namun dia percaya, peluang itu ada pada setiap manusia selagi mereka berusa dan bekerja keras. Nichkhun tidak menafikan, dia sendiri tidak pernah terfikir mampu berdiri di depan peminat dan menghiburkan mereka kerana mudah gemuruh jika terpaksa berdepan ramai orang.

"Bila difikirkan semula, saya tidak menyangka mampu mengatasi semua perasaan itu. Syukur kerana 2PM berjaya mencipta pencapaian besar apabila memenangi Artis Terbaik dan Kumpulan Lelaki Terbaik di Mnet Music Award 2009," katanya.

Di sebalik pencapaian itu, Nichkhun masih menyimpan impian untuk menyambung pelajaran namun niat itu terpaksa ditangguhkan kerana masanya terbatas. Semakin mencintai dunia seni, Nichkhun turut terpanggil untuk mendalami dunia lakonan, selain belajar semula piano yang pernah saya lakukan selama hampir tiga tahun.

"Saya terlalu nakal ketika kanak-kanak, malah tidak serius hingga akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti belajar piano.

Apabila dewasa, saya mula sedar setiap apa yang dilakukan ibu bapa itu mempunyai manfaat dan kebaikannya. Jadual saya terlalu padat ketika zaman kanak-kanak hingga tiada masa pada hujung minggu.

"Tetapi hari ini saya bekerja keras untuk masa depan keluarga. Saya juga senang jika diberi peluang muncul dalam produksi Thai kerana saya dibesarkan di sini, cuma ramai menyangka saya artis Korea. Saya cuma menunggu masa yang sesuai. Bayangkan setiap kali pulang ke Thailand, keluarga hanya berkesempatan bertemu saya di hotel penginapan," katanya.

Klip Video Rasmi Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram feat Sleeq (Official) + Lirik

Video Rasmi Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram feat Sleeq (Official)


Lirik Lagu Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram feat Sleeq

Verse 1
Sesaat Kau Datang……..
Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..

Verse 2
Kau Mendekat…
Kau Menjauh….
Kau tinggalkan diriku…
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku……….

Verse 3
(Alif)


Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go

Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha….Ha…..Ha…Ha.…Ha…..Ha…

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 4
(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Repeat Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 5
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu

Info Klip Video Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram feat Sleeq

Sesaat Kau Datang Muzik Video diterbitkan oleh Ramlah Ram Group (RRG) & diarahkan oleh Sam Kuman. Lagu Ciptaan ID Mifzal & Lirik ditulis Oleh Zie Syafruddin ini dinyanyikan oleh Ramlah Ram berkolabrasi dengan Kumpulan SleeQ.Turut menjayakan MV ini ialah Model Afiq Muiz, Jaszrina Jasni & Fana Kamil.Ucapan Penghargaan kepada penaja YASALMA Modest Dress Designer (http://www.facebook.com/pages/Yasalma-Modest-Dress-Designer/108231069246785) & nfl Bridal Gallery atas kesudian menaja pakaian,modelling & Lokasi.

GET THE Ringback Tones " Sesaat Kau Datang" Ramlah Ram feat SleeQ

DiGi
Untuk Mendaftar SMS:
- Taip CT ON dan hantar ke 2000
- Pilih no. 1 dan hantar ke 2000

Untuk Muat Turun:
Taip CT BUY [kod lagu] dan hantar ke 2000
(kod lagu: Verse 0132450, Chorus 0132453, Rap 0132451)

MAXIS
Untuk Muat Turun:
Taip *131 [kod lagu] # dan hantar
(kod lagu:Verse 100232470, Chorus 100232472, Rap 100232468)

Celcom
Untuk Muat Turun:
Taip CMT ruang (kod) hantar ke 22990
(kod lagu:Verse 128634, Chorus 128635, Rap 128636)

Lirik Beri Aku Waktu - Afif dan Aida (AF9)

Lirik Lagu Beri Aku Waktu - Afif dan Aida (AF9)

Berikan aku waktu untuk mencintaimu
Yang dulu pernah menyayangimu
Tapi Kini ternyata cintamu telah berubah
Ada yang lain selain diriku

Harusku mengalah
Sedangkan aku masih menyayangimu
Kaulah yang pertama dalam hatiku
Dan mungkin ini yang terakhir

Berikan aku waktu
Untuk mencintaimu
Yang dulu pernah menyayangimu

Tapi Kini ternyata
Cintamu telah berubah
Ada yang lain selain diriku

Harusku mengalah
Sedangkan aku masih menyayangimu
Kaulah yang pertama dalam hatiku
Dan mungkin ini yang terakhir

Ku ingin selalu dekat disisimu
Ku ingin engkau jua menyayangi aku
Walaupun sedetik waktu berlalu
Kekasih engkau tercipta untukmu

Ku ingin selalu dekat disisimu
Ku ingin engkau jua menyayangi aku
Walaupun sedetik waktu berlalu
Kekasih engkau tercipta untukmu

Ku ingin selalu dekat disisimu
Ku ingin engkau jua menyayangi aku
Walaupun sedetik waktu berlalu
Kekasih engkau tercipta untukmu

Lirik Lagu Beri Aku Waktu - Afif dan Aida

Lirik Tak Keruan Zamani ft Sharifah Zarina

Saratnya bebanan asmara
Lirik Tak Keruan Zamani ft Sharifah Zarina

Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta
Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti

Tak seorang yang ambil tahu
Tak seorang pun ambil peduli
Sehinggalah dikau yang datang
Dan membawa bersama hatimu

Mana mungkin ku persiakan
Bila cinta aku ketahuan
Debar kencang aku rasakan
Bergetaran di dalam hatiku

Saratnya bebanan asmara
Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta

Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti

Hanya dia yang ku dambakan
Walau pun aku rasa gundah… tak keruan
Biar putih atau pun hitam
Asalkan hati penuh rela dengannya cinta

Tiap saat tiada tempat
Bukan bayangan tapi nyata didepan mata
Siang malam ku rasa terang
Kurasa tenang
Rasa damai
Di buai cinta

Saluran Astro Bella tayang telenovela terbaik (saluran 133)

Bintang telenovela di Astro Bella
Drama telenovela mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Oleh itu Astro memperkenalkan sebuah saluran khusus menghimpunkan telenovela seluruh dunia iaitu Astro Bella.

Bakal bersiaran 24 jam bermula 5 Mac ini, Astro Bella (saluran 133) merupakan saluran terbaru dalam pakej Mustika menggantikan B4U.

Astro Bella memberi nafas baru kepada kandungan pakej sedia ada dan menyokong dua saluran lain iaitu Warna dan Citra.

Menerusi Astro Bella, penonton akan disajikan dengan telenovela terbaru termasuk Fish Port Princess (Tagalog), Rivals (Tagalog), Pobre Diabla Daniela (Latin) Emperatriz (Latin), Eternamente (Latin) dan Girlfirends (Itali).

Fish Port Princess

Saluran Bella bukan saja menghidangkan telenovela Latin, malah turut menayangkan telenovela dari negara Asia seperti Filipina dan Malaysia sendiri.Pemilihan telenovela dibuat dengan berhati-hati di mana kebanyakan telenovela ditayangkan adalah yang terbaru dan berjaya di negara asal.

Sementara, untuk telenovela Melayu, ia dalam proses pembikinan dan kita masih lagi mencari drama yang sesuai untuk diketengahkan.

Bagi mengekalkan keaslian dan keseronokan menonton telenovela, Astro mengekalkan bahasa asal dan sari kata dalam Bahasa Melayu.

Jom langgan Pakej Mustika!

Anak penyanyi Amir Ukays meninggal dunia

Anak Amir Ukay’s meninggal dunia
Amir Ukay’s kehilangan anak lelakinya, Muhammad Imran,15, disebabkan masalah kompilasi jantung yang dihidapi sejak kecil.

Menurut Amir, anaknya menghembuskan nafas terakhir waktu solat Maghrib semalam, ketika dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles, Ampang.

“Saya tidak sangka dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun saya redha dengan pemergiannya," katanya.

Jelas Amir, Imran menetap bersama ibu mertuanya sejak dia bercerai dengan isterinya pada 2006.

“Kali terakhir saya berhubung dengan arwah, empat hari lalu.

"Ketika itu Imran ingin memberi tahu nombor telefon bimbitnya yang baru,” katanya.

Amir berkata, sepanjang hayat, arwah pernah menjalani tiga kali pembedahan kerana masalah jantung.

Tambah Amir, semasa arwah kecil, doktor pernah memberitahu penyakit Imran agak kompleks dan tidak ada penawarnya, malah bergantung pada ubat-ubatan yang diberikan.

Malah dia sering berdepan masalah kesihatan tidak menentu.

“Setiap tiga bulan sekali dia akan menjalani pemeriksaan doktor. Saya dan bekas isteri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buatnya tetapi apakan daya, semuanya bergantung pada kuasa Tuhan,” ujarnya yang turut memberitahu bekas isterinya berada di London di saat putera kesayangan mereka meninggal.

Jenazah anaknya dikebumikan malam tadi di Masjid Attaqwa Taman Tun Dr Ismail.

Al-Fatihah...

Program seni budaya JKKN

Aktiviti Seni Budaya Masyarakat Luar Bandar
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bakal merelisasikan 1,547 aktiviti seni budaya sepanjang tahun 2012 ini bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan gagasan 1Malaysia.

Ketua Pengarah JKKN, Dato's Norliza Rofli berkata, lebih seribu aktiviti akan direlisasikan yang merangkumi sepuluh aktiviti teras JKKN.

Sepuluh aktiviti teras itu adalah Program Merakyatkan Seni Budaya, Program Pembimbingan Seni Budaya, Penyemarakkan dan Kecemerlangan Seni, Program Keilmuan, Kreatif dan Penerbitan, Pencungkilan Bakat Baru, Perantisan Penyelidikan dan Pemuliharaan, Program Industi Kreatif, Pembudayaan Bahasa, Pembanggunan Infrastruktur Seni Budaya dan Promosi dan Pemasaran Aktiviti Seni Budaya.

"Tahun ini kami mensasarkan 1547 aktiviti kepada 40 peratus penduduk bandar manakala 60 peratus bagi penduduk di luar bandar.

"Kami juga lebih memberi tumpuan kepada aktiviti teras kami iaitu Program Masyarakat Seni Budaya (PMS) yang memberi tumpuan kepada penduduk luar bandar supaya meraka lebih didedahkan dengan aktiviti yang berfaedah dan dalam masa yang sama membangunkan seni budaya dalam diri mereka.

"Dalam program seni budaya ini juga, kami memberi fokus utama kepada rakyat dan pembanggunan seni budaya, latihan dan keilmuan kepada para penggiat seni budaya selain menyediakan persekitaran yang kondusif kepada mereka mengikut bidang masing-masing.

"Malah kami yakin, program seperti PMS ini mampu menjadi pemangkin kepada industri seni budaya di peringkat luar bandar agar merka tidak dipinggirkan dari arus pemodenan," katanya ketika sidang media Serlahan Seni JKKN Highlights 2012.

Bukan mudah untuk merelisasikan kesemua 1547 aktiviti dalam setahun dengan jayanya, namun cabaran itu tidak menjadi kekangan kepada pihak JKKN.

"Saya akui memang bukan mudah. Disebabkan itu kita cuba aturkan beberapa strategi untuk menjayakannya.

"Paling jelas strategi kami sekarang adalah untuk menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk mendekatkan lagi penggiat seni atau yang berminat untuk menyertai berhubung dengan kami.

"Selain itu, kami juga menggunakan media sebagai saluran untuk kami sampaikan atau war-warkan aktiviti kami kepada umum," jelasnya lagi.

Segala maklumat aktiviti JKKN boleh layari laman web info@jkkn.gov.my dan terus ke laman erb www.jkkn.gov.myatau ke Facebook Sahabat Budaya JKKN.

Nadia Zuber - Irfan Fazail (Harimau Muda) bercinta

Nadia Zuber Cintakan Irfan
Nadia Zuber - Irfan Fazail (Harimau Muda) sedang bercinta

Tanpa berselindung tentang hubungannya bersama pemain bola sepak pasukan Harimau Muda iaitu Irfan Fazail, pengacara program Scoreboard, Nadia Zuber, 23, mengakui jejaka dari selatan semenanjung tanah air itu adalah kekasih hatinya.

Lebih berani lagi, Nadia turut menjawab bahawa dia pernah bercinta dengan seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim.

Bagaimanapun menurut Nadia, percintaan itu tidak menemui jalan bahagia dan tatkala ini dia sedang melayari bahtera cinta bersama Irfan yang wajahnya seiras Nabil Raja Lawak.


"Irfan memang kekasih saya. Kami sudah secara rasmi menjadi pasangan kekasih sejak lima bulan yang lalu.

"Kalau tidak silap, ketika Aidilfitri tahun lalu. Terus-terang, saya senang berkawan dengan Irfan kerana saya rasa keihklasan dalam darinya.

"Saya dapat lihat sendiri kejujuran dia apabila bertemu keluarga saya.

"Memang benar, keluarga kami berdua sudah tahu hubungan kami. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah menghalang percintaan kami kerana keluarga merestuinya.

"Walaupunpun begitu, kami masih belum berbincang secara rasmi untuk memulakan hubungan ini dengan ikatan pertunangan ataupun perkahwinan.

"Lagipun pula, saya masih lagi baru berkawan dengannya. Masing-masing masih lagi muda.

"Kebetulan pula, kami berdua masih lagi baru dalam bidang yang kami ceburi. Oleh itu, saya lebih selesa berkawan dengan Irfan cara sebegini, " katanya kepada portal murai.com.my ketika dihubungi.

Mengakui mengenali Irfan selepas menerima saranan daripada jurulatih Ong Kim Swee yang menyifatkan Irfan sebagai seorang pemain yang bagus, Nadia memberitahu sangat selesa berkawan dengan jejaka berkenaan, lantas membuatkan dirinya jatuh cinta dengan pemuda itu.

"Saya memang tidak pernah bertunang dengan Safiq Rahim. Namun, saya pernah bercinta dengan Safiq.

"Sejujurnya, sebelum ini saya hampir bertunang dengan seorang jejaka. Bagaimanapun, lelaki itu bukanlah Safiq seperti mana yang digembar-gemburkan.

"Sebab mengapa saya tidak jadi bertunang dengan pemuda itu, biarlah saya dan keluarga saja yang tahu.

"Kalau saya ceritakan kisah itu, mungkin ianya akan mengaibkan orang lain.

"Saya berpisah dengan lelaki itupun bukannya kerana saya tidak sayang kepadanya tetapi lebih kepada saya dan keluarga yang tidak boleh menerima dengan apa yang telah dilakukannya.

"Safiq juga tidak ada kena mengena langsung dalam hal ini. Kebetulan masa peristiwa itu berlaku, saya baru lagi berkawan dengan Safiq. Kerana kes ini jugalah, saya sudah fobia untuk bertunang lagi," jelas anak bongsu dari tiga beradik itu.

Terus menjelaskan mengenai hubungannya bersama Safiq sebelum ini, Nadia memberitahu portal murai.com.my bahawa dia pernah menjadi kekasih Safiq selama 6 bulan.

"Saya dengan Safiq berpisah secara baik. Sebab mengapa kami putus adalah kerana kami tidak sefahaman. Namun, saya dengan dia masih berhubung dan tidak bermusuhan. Safiq sendiri tahu saya sekarang sedang bersama Irfan.

"Saya tahu, isu saya bertunang dengan Safiq berbangkit selepas saya mendapat usikan dari rakan saya di Facebook.

"Dia meletakkan status tahniah kepada Safiq dan ramai yang menganggap ungkapan itu disebabkan saya bertunang dengan Safiq.

"Padahal, saya sudah tidak ada ikatan langsung dengan dia," jelasnya.

Mengakhiri perbualan, Nadia tidak menafikan ada bercakap dengan Irfan mengenai hal mengikatkan tali pertunangan.

Namun, Nadia menganggap itu hanyalah sebagai satu perbincangan yang bukan serius.

Program realiti Mania bermula 17 Mac 2012

Program realiti Mania, Astro

Mania bakal membariskan 12 penyanyi iaitu Adira (AF8), Akim (AF7), Atilia, Awi Rafael, Alyah, Hafiz Suip (AF7), Hazama (AF9), Jaclyn Victor, Shila Amzah, Stacy (AF6), kumpulan Estranged dan Kristal.

Para peserta Mania dibimbing penerbit muzik seperti Akhmad Dhani, Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito.

Selain 12 peserta itu, Mania turut membuka tiga lagi tempat daripada 20 calon yang akan dipilih secara undian dalam talian (online) dinamakan Hot Seat.

20 calon Hot Seat yang bakal merebut tiga tempat itu adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni (AF5), Ebi (AF5), Shawal (AF5), Riz (AF6), Toi (AF6), Nadia (AF6), Aishah (AF7), Aril Pilus (AF7), Daus (AF8), Maulana (AF8), Azri (AF9), Kay (AF9), Lena (AF9), Chaq (Mentor), Fiq (Mentor) dan Mohd (Mentor).

Pemilihan tiga lagi peserta itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peserta yang bakal bertanding sebanyak 15 orang.

Kesemua peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan, di mana setiap kumpulan itu akan dibimbing oleh seorang komposer setiap satu.

Program yang menggunakan format pemarkahan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton ini menawarkan RM500,000 untuk juara, RM300,000 bagi naib juara dan RM100,000 kepada tempat ketiga.

Penerbit muzik yang berjaya membimbing penyanyi di bawah kelolaannya sehingga bergelar juara juga akan membawa pulang RM300,000.

Talian undian Hot Seat akan dibuka bermula 20 Februari sehingga 16 Mac depan, pukul 12 tengah hari.

Untuk undian Hot Seat dan maklumat lanjut mengenai program ini, layari www.mania.com.my.

Program Mania akan diacarakan oleh Aznil Haji Nawawi, Mania dan bersiaran pada 17 Mac depan selama 10 minggu pada setiap Sabtu pukul 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Konsert Olivia Newton-John Di Genting Highland Mac 2012

Olivia Newton-John: Live in Concert, Genting Highland Mac 2012

Penyanyi Olivia Newton-John akan mengadakan sebuah konsert khas untuk para peminatnya di Arena of Stars, Genting Highlands pada 29 Mac depan. Olivia Newton-John pernah memenangi Anugerah Grammy sebanyak empat kali.

Konsert berjudul Olivia Newton-John: Live in Concert itu bakal menjadi persembahan keduanya di negara ini dan ia dibawa khas oleh Offshore Entertainment Production Sdn. Bhd.

Bakal mempersembahkan lagu-lagu popular seperti “Hopelessly Devoted to You”, “You’re The One That I Want”, “I Honestly Love You” dan “Physical”, penyanyi berusia 64 tahun ini dijangka tidak akan mengecewakan para peminatnya nanti.


Bintang realiti, Farhan (AF) yang berkemahiran dalam menyampaikan pelbagai lagu bakal menjadi penyanyi pembuka tirai pada konsert tersebut..

Tiket bakal dijual pada harga RM480, RM368, RM268 dan RM168 dan diskaun 40 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli tiket terawal.

Resort World Genting juga turut memberikan tawaran istimewa kepada pemegang kad hotel dan tetamu mereka sebanyak 30 peratus.

Untuk membuat pembelian tiket atau maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau menghubungi Genting Hub Kuala Lumpur di talian 03-2718-1118.

Teater muzikal KL Energetik bermula 2 Mac 2012

Pementasan Teater muzikal KL Energetik

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan pementasan teater muzikal berjudul KL Energetik selama tiga hari mulai 2 Mac 2012 bertempat di Panggung Bandaraya sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 yang disambut pada 1 Februari lalu.

Menurut Pengarah Artistik teater itu, Linda Jasmine, teater muzikal tersebut bakal memaparkan mengenai kehidupan remaja masa kini yang gemar kepada kesenian.

"Secara dasarnya teater muzikal ini adalah berkisar mengenai kehidupan golongan remaja di ibu kota tetapi kita banyak memasukkan pelbagai elemen tarian dan nyanyian supaya ia tidak membosankan," ujarnya.

Teater muzikal tersebut dibarisi pelakon seperti Zahid (AF) dan Ain (AF). Ia adalah sebuah karya Affix Zulkarnaen Adam dan arahan Zamri Pangat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan pelakon, Linda berkata, tidak sukar untuknya memilih Zahid dan Ain kerana masing-masing mempunyai bakat dan kebolehan dalam nyanyian, tarian dan lakonan.

Linda berkata, dia juga telah mengenali kedua-dua mereka semasa menjadi guru ketika menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia tidak lama dulu.

"Saya telah mengenali Zahid cukup lama dan tahu mengenai kebolehan dirinya. Pemilihan dia untuk teater ini tidak sukar kerana dia sememangnya seorang yang berbakat besar," ujarnya.

Sementara itu, Linda memberitahu, pada persembahan itu nanti ia turut menampilkan lebih 30 penari profesional gabungan daripada artis budaya DBKL dan Linda Jasmine Performing Arts Studio.

Ujarnya, latihan masih hebat dijalankan dan yakin ia akan memberi kepuasan kepada penonton apabila dipentaskan kelak.

"Saya yakin ia akan disukai oleh penonton kerana pelbagai elemen yang digabungkan di dalamnya," ujarnya.

KL Energetik yang mula dipentaskan pada 8 malam turut menampilkan anak lelaki Linda iaitu Qalif Khan yang berusia 12 tahun sebagai pelakon.

Dalam perkembangan lain persembahan kebudayaan Uzbekistan turut akan diadakan di Panggung Bandaraya, DBKL bermula Jumaat ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata persembahan kebudayaan KUL-Uzbek 2012 anjuran bersama DBKL dan Kedutaan Uzbekistan di sini itu diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik antara Uzbekistan dan Malaysia.

"Persembahan nyanyian tersebut akan berlangsung selama satu jam dan bermula pada pukul 8 malam di Panggung Bandaraya, Jalan Raja, di sini.

"Ia akan disampaikan oleh penyanyi popular Uzbekistan, Ilhom Farmonov dengan diiringi tarian kebudayaan mereka," katanya.

Belasungkawa Latiff Ibrahim 1950-2012

Belasungkawa Latiff Ibrahim 1950-2012

Isnin lalu, tepat jam 6.06 petang industri hiburan tanah air kehilangan seorang lagi artis berkaliber yang pergi buat selama-lamanya menghadap Sang Pencipta. Penyanyi dan pelakon era 70-an, Abdul Latiff Ibrahim atau mesra disapa Latiff Ibrahim, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN, sejak Sabtu lalu akibat sakit jantung dan komplikasi penyakit lain seperti kencing manis dan paru-paru. Sehubungan itu, arwah turut meninggalkan seorang balu, Masria Mahadan, 54, dan dua orang anak Mohd Hazriq, 34, dan Haznelly, 32.
Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, sebelum solat Zuhur semalam, Allahyarham disifatkan seorang rakan yang cukup baik dan disenangi ramai. Menurut rakan rapat arwah, penyanyi dan pelakon Halil Chik, 61, Allahyarham orangnya lucu dan mereka sering keluar bersama.

Ujarnya, kali terakhir mereka bertemu pada Jumaat lalu kerana menemani arwah yang teringin menikmati hidangan ‘stimbot’ di pusat membeli-belah Jusco AU2, Keramat. Kata Halil, arwah memang nampak sihat dan sehari selepas pertemuan itu pun ketika dihubungi, dia (arwah) akui dia OK saja.


“Apapun, saya terkejut juga apabila dimaklumkan oleh anaknya, Mohd Hazriqk menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang arwah nazak di IJN. Kini, saya kehilangan seorang rakan yang baik hati. Arwah suka mengajak rakan-rakan keluar bersama dan suka belanja makan. Memang sudah sikapnya begitu.


“Malah, arwah paling pantang kalau rakan yang menemaninya membelanja. Katanya, dia yang mahu bertemu dan mengajak keluar, jadi mestilah arwah yang mahu belanja makan. Sebagai rakan karib, saya sudah faham sangat dengan sikapnya yang tidak berkira serta amat menyenangkan itu.

“Cuma, saya dan beberapa rakan lain sedikit terkilan kerana ada hasrat arwah yang tak kesampaian. Kira-kira lapan bulan lalu, arwah pernah menyuarakan kepada saya dan beberapa rakan lain mengenai impiannya untuk mengumpulkan artis era 70-an untuk menjayakan persembahan di Istana Budaya (IB).

“Kami semua bersetuju dengan cadangan arwah dan sempat jugalah membuat perbincangan. Bagaimanapun, tindakan selanjutnya tidak dapat kami lakukan kerana arwah sudah mula kurang sihat. Justeru, selepas kematian arwah nampaknya impian itu tidak kesampaian dan mungkin saja takkan dianjurkan,” katanya.

Menurut Halil, Allahyarham seorang anak seni sejati yang cukup mencintai nyanyian. Katanya, kalau arwah menyanyi, pasti lupa pada sakitnya dan dia nampak sihat saja. Namun, selepas persembahan mulalah dia mengadu sakit dada dan penat. Bagi arwah, muzik bagaikan terapi dan memberinya tenaga.

Kata Halil lagi, atas sebab itu juga arwah sangat bersungguh-sungguh dalam nyanyian. Sama ada sihat atau kurang sihat, arwah tak pernah mengeluh dengan kerjanya. Bagi arwah, apa yang penting tidak menghampakan peminatnya dan menghiburkan mereka. Arwah juga bijak menguruskan masa.

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini pula berkata, beliau sedih kerana kehilangan seorang sahabat yang cukup memahami, baik hati dan menyenangkan. Katanya, kali terakhir beliau bertemu arwah kira-kira lima bulan lalu ketika Latiff datang ke rumahnya atas undangan makan malam.

“Kami juga selalu berhubung untuk bertanya khabar antara satu sama lain kerana sudah bersahabat lama. Arwah pun pernah meluahkan rasa sedih kerana ditipu pengurus acara yang tidak membayarnya. Justeru, saya mengharapkan sesiapa yang berhutang kepada arwah supaya membuat pembayaran kepada warisnya.

“Adat berhutang, haruslah dibayar. Lebih-lebih lagi, orang yang dihutang itu pun sudah meninggal dunia. Sepanjang mengenali Latiff, dia terlalu baik hati dan seorang yang tiada musuh. Sewaktu saya menziarah jenazahnya, hati ini cukup sebak apabila melihat dia seperti orang yang tidur dengan nyenyak.

“Wajahnya cukup tenang dan lebih sayu lagi apabila kediaman arwah dikunjungi ramai orang untuk menziarah buat kali terakhir. Biarpun, berita kematiannya baru dihebahkan tetapi sama ada artis baru dan lama serta masyarakat setempat tidak putus-putus hadir ziarah dan menghulurkan doa,” katanya.

Mesra dengan panggilan Kak Pah, katanya itulah dia Latiff Ibrahim. Seorang individu yang cukup disenangi ramai kerana sikapnya yang terlalu baik. Sehubungan itu, industri seni tanah air kehilangan sebutir bintang hebat yang pastinya tiada galang ganti.

Mengimbau kembali zaman kegemilangan arwah yang berasal dari Jasin, Melaka adalah cucu kepada pelakon era 50-an, Aman Belon. Arwah memulakan kerjaya seni sebagai pelakon drama terbitan RTM bermula pada 1975. Setahun kemudian arwah ‘terjun’ ke dunia layar perak menerusi Hapuslah Airmatamu, arahan M Amin.

Arwah yang terus aktif berlakon, kemudiannya membintangi filem seperti Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan dan Dendang Perantau. Malah arwah, turut muncul dalam drama seperti Di sini Cemerlang Bintangku, Berenang Dalam Lumpur dan Panggung RTM, Anak Seluang Jauh Melukut.

Populariti semakin memuncak membuka ruang untuk arwah dijemput menjadi artis undangan dalam program Hiburan Minggu Ini (HMI) yang dihoskan arwah Normadiah.
Bintangnya terus menyinar pada 1978 apabila ditawarkan bernaung di bawah label EMI dengan merakamkan album EP yang memuatkan empat lagu termasuk Mengharap Kasihmu dan Mengenang Dikau Kembali.

Ketika zaman kegemilangannya, Allahyarham pernah bekerjasama dengan komposer Datuk Ahmad Nawab, malah sempat menghasilkan dua lagi album (LP) yang memuatkan dendangan popular seperti Pilihanku, Nora dan Manis Kata Di Bibir Saja.

Oleh Norhayati Nordin
Metro

Hebat! Konsert Avril Lavigne Dibanjiri 14,000 Peminat

Konsert Avril Lavigne Dibanjiri 14,000 Peminat

Pada 18 Februari yang lalu, bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, seorang bintang pujaan antarabangsa telah menjayakan sebuah konsert yang dibanjiri peminat-peminatnya. Ya! Kami bercerita tentang penyanyi wanita kecil molek yang berusia 27 tahun yang berasal dari Ontario, Kanada. Siapa lagi kalau penyanyi pop kegemaran ramai, iaitu Avril Lavigne.

Konsert Avril Lavigne Live in Malaysia 2012: The Black Star Tour ini telah dibawakan oleh JS Concert Production dengan tajaan dari Tune Talk. Konsert yang dijalankan selama hampir dua jam itu telah dibanjiri dengan peminatnya yang bukan sahaja datang dari seluruh pelusuk Malaysia, malah ada juga yang datang dari Singapura!

Hebat bukan penangan artis yang di dalam menjayakan tour untuk albumnya yang keempat, Goodbye Lullaby yang telah dikeluarkan pada bulan Mac tahun lalu. Untuk siri jelajah bersempena dengan kelahiran album ini, Avril Lavigne dan pasukannya sekali lagi meneroka dan membawa arus power pop rock, pop punk, slow rock gaya Avril yang menjadi ikutan ramai sejak tahun 2000 lagi.


Sedikit info mengenai Avril Lavigne dan sesi jelajah The Black Star Tour ini yang telah bermula pada 30 April 2011 lagi, di Beijing. Konsert ini telah menjelajah ke benua empat benua iaitu Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta Asia. Avril dan pasukannya bergabung tenaga dan mengakhiri siri konsert jelajah ini dengan menghabiskannya di Malaysia. Jumlah sebanyak 57 buah konsert yang telah mencatatkan Kuala Lumpur sebagai destinasi terakhir The Black Star Tour.
Kemunculan penyanyi genit kesayangan ramai itu amat dinantikan oleh peminatnya yang sudah mulai memenuhi ruang legar stadium seawal jam 4 petang lagi. Konsert yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam itu bermula sedikit lewat namun kesetiaan lebih kurang 14,000 peminat yang ada pada malam itu sedikit pun tidak berganjak dari menyaksikan kemunculan Avril beraksi di atas pentas.

Seperti yang diketahui ramai, Avril juga mengeluarkan rangkaian minyak wanginya yang diberi nama, Black Star, Wild Rose dan Forbidden Rose. Malah, Avril juga merupakan seorang pereka bagi jenamanya sendiri, Abbey Dawn. Penyanyi, penulis lirik dan komposer yang setia ditemani gitar berwarna merah jambunya pada malam konsert itu dilihat tampil serba hitam dan nampak teruja dengan kehadiran peminat pada awal konsert.


Antara lagu-lagu yang dinyanyikan pada malam tersebut adalah koleksi campuran lagu-lagu yang bermula dari album yang pertama lagi. Pentas dipanaskan dengan lagu Black Star yang juga merupakan lagu serta nama wangian yang dikeluarkan oleh usahawan muda ini. Kemudian, kemeriahan suasana yang dari petang sudah mulai hujan renyai itu dirancakkan lagi dengan lagu What The Hell.
Ribuan peminat setia Avril turut sama menyanyi di sepanjang konsert itu berlangsung. Peminat yang berada di bahagian depan pentas tidak pernah berhenti menari dan turut merasakan aura yang dibawakan oleh penyanyi itu.
Bertenaga namun tidak serancak dahulu, mungkin saja kerana Malaysia adalah destinasi terakhir untuk siri jelajah ini. Namun, kemunculan Avril di Kuala Lumpur sudah pasti dapat memenuhi permintaan ribuan peminatnya yang berusia seawal 13 tahun hinggalah ke awal 40-an.

Biarpun hujan, mereka masih setia berada di hadapan pentas dan menghayati muzik yang dibawakan oleh Avril Lavigne bersama band yang diterbangkan bersama-samanya. Pencahayaan pentas yang cantik, ditambah pula dengan pilihan lokasi konsert yang terbuka nyata sesuai dengan tajuk siri jelajah ini, The Black Star Tour.

Konsert Avril Lavigne


Berikut merupakan senarai lagu dan beberapa keping gambar ketika Konsert Avril Lavigne Live in Malaysia 2012: The Black Star Tour dijalankan tempoh hari:
1. Black Star
2. What The Hell
3. Sk8er Boi
4. He Wasn't
5. I Always Get What I Want
6. Alice
7. When You're Gone
8. Wish You Were Here
9. Instrumental (Mengandungi lagu "Unwanted", "Freak Out" dan "Losing Grip")
10. Girlfriend
11. Airplanes (cover B.o.B)
12. My Happy Ending
13. Don't Tell Me
14. Smile
15. I'm With You

Encore:
16. Pumped Up Kicks (Foster the People cover)
17. I Love You
18. Complicated

Oleh Liza Ramli
Sumner: Era

Pentas Dikir - program realiti Dikir Barat

Program Realiti Dikir Barat, RTM

Julung kalinya, stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal muncul dengan program realiti Dikir Barat iaitu Pentas Dikir bagi mencari 'Juara' dan 'Tukang Karut' terbaik negara.

Bertemakan '1 Rentak 1 Jiwa', program ini telah pun menemui penonton menerusi episod pengenalannya pada 3 Februari lalu dan menerima sambutan baik menerusi saluran TVi (saluran Astro 180).

Disiarkan setiap Jumaat, pukul 9.30 malam, program sebanyak 13 episod itu meneruskan misi pencarian bakat seni tradisional Dikir Barat dengan menampilkan Nabil (Raja Lawak) dan Wan Sahrmila sebagai hosnya.

Seramai 12 orang peserta dipilih menerusi uji bakat yang diadakan pada 11 Jun tahun lalu dan kemudian mereka ‘di kuarantin’ selama 10 hari bagi mengikuti kelas dikir dan persediaan ke konsert mingguan.

Saringan meliputi dua pusingan dan empat orang dari setiap kategori akan ke peringkat separuh akhir dan seterusnya dua pasangan akan dipilih mara ke Peringkat Akhir bagi merebut hadiah utama yang dijanjikan kepada pemenang.

Setiap episod akan membawa tema yang berlainan seperti anti dadah, keselamatan jalan raya, cuti-cuti Malaysia, idola, integriti, 1 Malaysia dan gaya hidup sihat.

Kategori Juara/Tok Jogho menyaksikan persaingan hebat diterima daripada enam peserta iaitu Sari Bayu (Ahmad Syahrir Aliakbar dari Sabah), Anak Gelama (Muhammad Aliff dari Singapura), Limau Manis (Anas Fariq Mohd Asseri dari Pahang), Seruling Emas (Mohd Azhar Mohd dari Kelantan), Gergajiwa (Saharudin Mohamad dari Selangor) dan Adinira Engku Suhardi Engku Yaacob dari Kuala Lumpur

Enam peserta yang bertanding dalam Kategori Tukang Karut pula adalah Sina Kencana (Wan Mohd Suhaizi Wan Mohamad dari Kelantan), Sunan Malaya (Zul Afkar Al-Husna Yusoff dari Negeri Sembilan), Putera Saring (Effrizal Molaizi Mohd dari Kelantan), Udang Merah (Aliff Muhaimin Mohamed Kamil dari Pulau Pinang), Sutera Jingga (Noor Idayu Mohammad dari Pahang) dan Cindai Pelangi (Siti Aishah Che Mat Riffin dari Terengganu).

Tenaga pengajar profesional terdiri daripada Megat Nordin (Pengetua/Adiguru), Arjunasukma (Ketua Tenaga Pengajar), Mie Gajah Putih (Tenaga Pengajar Juara) dan Muslih Sang Saka (Tenaga Pengajar Tukang Karut).

Pentas Dikir

Manakala persembahan peserta untuk setiap kategori akan diadili oleh Juri Profesional iaitu Cikgu Sulizi dan Juri Jemputan iaitu Mat Over dan Mustafa Kamal.

Menariknya, peserta rancangan ini merupakan terdiri dari seluruh pelosok negara termasuk seorang peserta dari Singapura, dua orang peserta wanita dan seorang peserta cacat penglihatan.

Saksikan debaran siapakah yang bakal membolot gelaran Juara/Tok Jogho dan Tukang Karut Terbaik menerusi Pentas Dikir di TVi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Rasmi : Pentas Dikir – 1 Realiti 1 Jiwa.
Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact