Ally Iskandar Nikah


Ally Iskandar (Personaliti dan pengacara TV3) selamat diijabkabul dengan isteri, Nurfarahin Romli di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Pasangan ini dinikahkan oleh Jurunikah, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin RM250.00 tunai.

Ally Iskandar Kahwin

Gambar Ally Iskandar Kahwin

Pihak perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki yang terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.

Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan seperti telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan.


Selamat Pengantin Baru Ally Iskandar dan isteri. Sama cantik sama padan. Semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke hujung nyawa dan semoga segera mendapat cahayamata.


2 ulasan:

  1. selamat pengantin baru........moga kekal selamanyerrrrrr...............

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top