Lawak Ke, Der? (Bila Hati Digeletek), Istana Budaya, 3 - 12 Februari 2012

Istana Budaya akan membawakan sebuah persembahan berjudul Lawak Ke, Der? (Bila Hati Digeletek) pada 3 hingga 12 Februari 2012.

Nama-nama besar seperti Boboi, Osbon, Jozan, Nabil dan Harith Iskandar diberi tanggungjawab untuk membuatkan para penonton yang akan hadir ke sana kelak terhibur dengan pelbagai aksi dan jenaka yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Persembahan yang bakal berlangsung selama enam hari ini akan dimulakan oleh juara MaharajaLawak Mega iaitu Osbon yang diwakili oleh Os dan Abon pada 3 dan 10 Februari. Selepas itu kumpulan Jozan yang diwakili Johan dan Zizan akan menunjukkan taringnya diikuti oleh kumpulan Boboi,Harith Iskandar dan Nabil pula akan muncul pada setiap hari di sana.

Lawak Ke, Der? (Bila Hati Digeletek)

Mengikut perancangan asal Istana Budaya, mereka akan mengadakan pementasan tarian Thousand Hands pada masa tersebut dan diatas sebab-sebab tidak dapat dielak seperti masalah visa, persembahan tersebut dibatalkan.

Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani atau Abang Joe juga telah mengambil keputusan untuk menawarkan slot bagi memenuhi tarikh yang telah dikosongkan dan syarikat NRG Enterprise Sdn. Bhd, iaitu sebuah syarikat milik Hans Issac telah bersetuju untuk mengadakan persembahan di sana.

Mengenai mutu persembahan yang dikatakan akan terjejas akibat persediaan masa yang tidak mencukupi, beliau yakin dengan kewibawaan kesemua pelawak yang telah disenaraikan ditambah pula kesemua mereka mempunyai aura tersendiri untuk menarik peminat ke Istana Budaya. Beliau juga memberitahu, projek saat akhir tidak semestinya tidak berkualiti malah ia mampu mencatatkan sejarah di Istana Budaya kerana menampilkan kelainanya yang tersendiri.

Kepada peminat industri komedi yang ingin menonton aksi kesemua pelawak di Istana Budaya bolehlah mendapatkan tiket Lawak Ke, Der? (Bila Hati Digeletek), dengan mendapatkan tiket pada harga RM53, RM73, RM123, RM173, RM203 dan RM353 yang boleh didapati melalui www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4147 8600

Post Comment

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pd pkul bpe konsert ni akn diadakan ?

Tanpa Nama berkata...

Siapa pengarah konsert ni?

Sila komen Lawak Ke, Der? (Bila Hati Digeletek), Istana Budaya, 3 - 12 Februari 2012

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Lawak Ke, Der? (Bila Hati Digeletek), Istana Budaya, 3 - 12 Februari 2012

Home | Disclaimer | Contact