Konsert Kugiran Pop Yeh Yeh 60-an,20 - 22 Januari 2012

Bagi menyaksikan Konsert Kugiran Pop Yeh Yeh 60-an, tiket konsert dijual pada harga RM40, RM80, RM120, RM160, RM200, RM240 dan RM350 yang boleh didapati menerusi Ticket2U.biz di talian 03-4147 8600 atau hubungi GSSB di talian 012-3695230 dan 012-322 4104

Konsert Kugiran Pop Yeh Yeh 60-an

Konsert Kugiran Pop Yeh Yeh 60-an
Gombak Serumpun Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya (IB)bakal membawakan Konsert Kugiran Pop Yeh Yeh 60-an pada 20 hingga 22 Januari ini.

Jika sebelum ini IB pernah menjayakan dua buah persembahan pop yeh yeh namun kali ini, jelas Pengarah Urusan Gombak Serumpun, kelainan konsert tersebut apabila ianya bakal menampilkan sepuluh band muzik pop yeh yeh di pentas IB.

"Memang sebelum ini ada dua konsert pop yeh yeh yang diadakan di IB, namun konsepnya berbeza dengan apa yang kami adakan.

"Konsert kami kali ini ialah menampilkan 10 kugiran pop yeh yeh yang popular di pentas IB dan konsepnya amat berbeza daripada dua konsert terdahulu," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert tersebut, di IB, semalam.

Konsert berkenaan akan menampilkan kugiran Siglap 5, Orkes Teruna Ria, Orkes Nirwana, D'Fiction, The Wanderers, The Strangers, The Twilites dan The Rhythm 60s.

Menariknya kesemua kugiran tersebut kelak menampilkan vokalis utama mereka antaranya Datuk Jeffrydin, Datuk A.Rahman Hassan, Datin Azizah Muhamad, J.Sham, A.Halim, A.Rahman Onn, A.Ruzainie, Fatimah M.Amin dan Roziah Latiff.

Tambahnya, konsep sebegini merupakan kali kedua diadakan selepas 45 tahun lalu menerusi konsert pop yeh yeh yang diadakan di Stadium Negara.

"Saya pasti peminat pop yeh yeh akan datang memberi sokongan. Kerana apa yang kami lakukan ini ialah untuk mengulangi sejarah 45 tahun lalu yang mana konsert Kugiran Pop Yeh Yeh diadakan di Stadium Negara.

"Kepada siapa yang mahu mengimbau semula kenangan lalu pastinya tidak akan melepaskan peluang tersebut," katanya.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Konsert Kugiran Pop Yeh Yeh 60-an,20 - 22 Januari 2012

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Konsert Kugiran Pop Yeh Yeh 60-an,20 - 22 Januari 2012

Home | Disclaimer | Contact