Juara Idola Kecil 4 milik Fifa | Keputusan Idola Kecil 4

Tahniah Kepada Fifa Kerana Menjadi Juara Idola Kecil 4. Ada 6 peserta yang berentap di konsert final iaitu Abby , Irish , Hairul , Rusil , Shasha dan Fifa.

Keputusan Idola Kecil 4
No.1 - FIFA
No.2 - Irish
No.3 - Abby


Juri pada malam itu, penyanyi Atilia, komposer Adnan Abu Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul sepakat memilih Fifa atau Sharifah Nurhafifa Wan Aziz, 12, dari Shah Alam, Selangor sebagai juara.

Fifa yang mendendangkan lagu Aku Permata dendangan Salma Mentor dan lagu baru ciptaan Delly, Cinta Sebelah Meja, berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi.

Menurut murid Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana itu, dia tidak sangka dipilih menjadi juara kerana rakan-rakan yang bersaing di peringkat final hebat-hebat belaka.

"Bagi Fifa, peluang memasuki final pun merupakan kesempatan yang baik. Ditambah pula menjadi juara yang sememangnya di luar jangkaan. Ini semua menyuntik semangat Fifa untuk terus bergiat dalam seni.

Idola Kecil 4

"Tanpa bimbingan cikgu Alfa Booty (komposer), cikgu Delly (vokal) dan cikgu Affizal (tarian), tidak mungkin Fifa menang. Fifa nak guna duit itu untuk belanja keluarga dan untuk perbelanjaan sekolah," katanya yang mendapat keputusan 3A 2B pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Jangan lupa untuk 'like' Facebook rasmi Idola Kecil 4 yang penuh dengan informasi terkini peserta-peserta terbabit.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Juara Idola Kecil 4 milik Fifa | Keputusan Idola Kecil 4

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Juara Idola Kecil 4 milik Fifa | Keputusan Idola Kecil 4

Home | Disclaimer | Contact