Cinta palsu Syarif Sleeq Beri Pengajaran Buat Amanda Amani

Cinta palsu Amanda dan Syarif Sleeq buat Amanda lebih berhati-hati

Amanda Imani mengaku kegagalan hubungan cintanya bersama ahli kumpulan Sleeq, Syarif memberi pengajaran buat dirinya.

Amanda Amani

Malah, Amanda Imani berharap selepas ini tidak akan ada sesiapa yang mengaitkan dirinya lagi dengan Syarif kerana hubungan yang terjalin antara mereka sudah pun tamat.

"Saya anggap hubungan antara kami sudah tamat. Dia pun sudah selamat bertunang dan saya tak mahu masuk campur apa juga urusan berkaitan dengan dirinya lagi.

"Terus-terang selepas apa yang terjadi, kami pun sudah lama putus daripada melakukan sebarang komunikasi.

"Saya pun tidak mahu melanjutkan lagi perkara ini kerana apa yang penting sekarang adalah kerjaya saya sekarang," jelasnya selepas pelancaran single Cemburu Amanda Imani berduet bersama Malique Too Phat.

Sebelum ini Amanda Imani telah mendedahkan hubungan cinta bersama Syarif yang dianggap palsu dan sengaja memainkan perasannya, sedangkan Syarif ketika itu sudah mempunyai kekasih hati.

Namun tindakan penyanyi berbadan gebu ini dianggap seperti sengaja meraih publisti murahan daripada umum.

"Saya minta semua pihak faham dengan tindakan saya mendedahkan hubungan kami sebelum ini. Bukan sebab mahu meraih publisti murahan tetapi mahu memperjelaskan segalanya sekaligus membersihkan nama saya.

"Semua sudahpun berakhir dan saya ambil apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidup saya," katanya lagi.

Sementara itu, apabila disoal mengenai popularitinya yang kurang menyengat walaupun sudah bertapak selama tiga tahun dalam industri muzik, Amanda akui kekangan tersebut disebabkan oleh aspek promosi dan publisiti yang kurang.

"Sebelum ini saya bergerak sendiri dan tidak bergantung dengan syarikat rakaman atau label yang besar untuk bertapak dalam industri ini.

"Jadi disebabkan itu jugalah saya tiada sistem sokongan yang betul bagi mempromosikan saya dan lagu sebelum ini.

"Tetapi saya yakin saya boleh pergi jauh selepas ini kerana sudah bersama Warner Music Sdn Bhd untuk mempromosikan single terbaru saya, Cemburu seterusnya mengatur jadual saya untuk melangkah lebih jauh," tambahnya.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Cinta palsu Syarif Sleeq Beri Pengajaran Buat Amanda Amani

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Cinta palsu Syarif Sleeq Beri Pengajaran Buat Amanda Amani

Home | Disclaimer | Contact