Justin Bieber peminat bola keranjang,penyokong pasukan Toronto Raptors

Penyanyi remaja, Justin Bieber menonton perlawanan bola keranjang antara pasukan Toronto Raptors dan Indiana Pacers di sini pada Rabu lalu.

Dia memakai pakaian berlengan panjang, topi berwarna biru, seluar panjang dan sepasang kasut gelap semasa menonton perlawanan tersebut.


Bieber merupakan penyokong pasukan Toronto Raptors.

Dia yang merupakan kekasih penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez, 19, turut menyaksikan pasukan sorak Toronto Raptors membuat persembahan di Pusat Udara Kanada.

Bieber duduk di barisan depan penonton semasa dia menonton persembahan pasukan sorak tersebut yang berpakain skirt pendek berwarna merah.

Namun, pasukan kegemaran Bieber itu tewas kepada Indiana Pacers dengan mata 90-85 dalam perlawanan anjuran Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan NBA. - Agensi

Biodata Cherry Belle, CherryBelle Girl Band Indonesia

Biodata Cherry Belle


Cherly Yuliana Anggraini atau di sapa Cherly :
twitter : @CherlyChiBi
Born : 21 July 1991

Anisa Rahma atau di sapa Anisa :
twitter : @AnisaChibi
Born : 12 October 1990

Margareth Angelina U.T atau disapa Angel:
twitter : @Angel_ChiBi
Born : 2 October 1990

Devi Noviaty atau disapa Devi :
twitter : @DeviChibi
Born : 25 November 1987

Sarwendah Tan atau disapa Wenda :
twitter : @WendaChibi
Born : 29 August 1989

Yefany F atau disapa Felly :
twitter : @FellyChiBi
Born : 21 February 1991

Christy Saura Noela Unu atau disapa Christy :
twitter : @ChristyChiBi
Born : 26 December 1990

Jessyca Stefani Auryn atau disapa Ryn :
twitter : @RynChiBi
Born : 30 January 1993

Brigitta Cynthia Gigi :
twitter : @GigiChiBi
Born : 9 July 1993

Lirik Lagu CherryBelle - Dilema

Tuhan tolong aku
Ku tak dapat menahan rasa didadaku
Ingin aku memiliki
Namun dia ada yang punya

Tuhan bantu aku
Ternyata dia kekasih sahabatku
Entah apa yang harus ku katakan
Hatiku bimbang jadi tak menentu

Bukan maksud diriku melukai hatimu
Namun aku juga wanita
Yang ingin merasakan cinta
Reff :
Never never want you
Really really love you
Maafkan aku mengecewakanmu
Really really love you
Never never leave you
Segera aku melupakan dirinya

[2x]

Bukan maksud diriku melukai hatimu
Namun aku juga wanita
Yang ingin merasa jatuh cinta

Repeat Reff (2x)


Biodata Cherry Belle, CherryBelle

Rozita Che Wan tak kisah tanggapan gemar memilih ‘pucuk muda’

Rozita Che Wan, pelakon sensasi dan masih jelita dikaitkan dengan dua artis muda, Ahmad Shahir Zawawi, 23 (Shahir AF8) dan Zain Saidin, 27. Namun Rozita Che Wan tidak kisah dengan tanggapan dia gemar memilih ‘pucuk muda’ itu kerana ia lebih baik daripada ‘dilabel’ sebagai perampas suami orang.

“Daripada orang pandang saya cari laki orang,” kata Rozita yang ketawa sebaik ditanya mengenai dirinya yang sering dikaitkan dengan artis muda.

Rozita Che Wan

Ketika ini hubungan Rozita dengan Shahir tidak lagi hangat diperkatakan, namun yang terbaru, Rozita dilaporkan bercuti di Genting Highlands bersama dua anaknya dan turut disertai Zain.

Rozita ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Zain bagaimanapun enggan mengulas.

“Tiada komen,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rozita mengakui belum menukar imejnya walaupun dilihat bertudung pada program berkenaan.

“Insya-Allah, (akan bertudung), saya rasa semua orang nak ke arah itu (bertudung),” katanya.

Kontroversi dunia hiburan Indonesia sepanjang 2011

Rentetan peristiwa yang menyita perhatian luar biasa penggemar industri hiburan Indonesia sepanjang 2011. Paling menjadi bualan sepanjang 2011
  • SEAKAN bersahabat dengan kontroversi, Julia Perez menduduki tangga teratas sebagai selebriti paling diperbualkan sepanjang 2011. Perseteruan panjang dengan Dewi Perssik, bertitik tolak ketika mereka membintangi filem Arwah Goyang Karawang berlarutan ke pengetahuan pihak berkuasa apabila Dewi mendakwa Julia atau Jupe mencakarnya. Enggan mengambil pusing masalah itu, malah menganggap apa yang dilakukannya sekadar memenuhi keperluan adegan berakhir apabila Jupe dijatuhi hukuman penjara tiga bulan. Bagaikan belum berakhir kontroversi mengaitkan namanya, nama Jupe kembali meledak apabila dilarang muncul dalam persembahan di kota seperti Bandung, Palembang dan Malang. Beberapa siri konsertnya terpaksa dibatalkan apabila keizinan ditarik balik pihak berkuasa selepas menerima arahan daripada Majlis Ulama Indonesia.
  • SAMA hebatnya dengan Jupe, Dewi Perssik juga sering menimbulkan kontroversi. Pengakuan terbuka dia menjalani pembedahan memulihkan selaput dara di Mesir mencipta isu hangat di Indonesia. “Pro dan kontra itu wajar, Kalau tidak kontroversi, itu bukan Dewi Perssik namanya. Saya selalu konsisten dan tidak pernah berbohong,” katanya lewat satu temubual bersama VIVA News, sedikit masa lalu. Mempertahankan pengakuan jujurnya itu, bekas isteri Saipul Jamil ini berkata, dia mempunyai semua bukti yang diperlukan jika masih ada yang enggan mempercayai kata-katanya. Biarpun pelbagai tanggapan negatif diberikan kepadanya, wanita yang mesra disapa Depe itu enggan memikirkan secara serius. Bagi Depe, semua yang dialaminya adalah lumrah dalam kehidupan sebagai seorang artis. Dia juga tidak pernah memaksa semua orang supaya menyokong setiap tindak tanduknya. “Saya akan belajar daripada setiap masalah supaya menjadi manusia yang dewasa dan tetap berpegang teguh pada prinsip diri,” katanya.
  • Berputar sekitar kisah percintaannya dengan pasangan duet, Ashanty, Anang Hermansyah menuai populariti berterusan sepanjang 2011. Masih berteka-teki mengenai tarikh pernikahan mereka, pasangan itu dikhabarkan akan menaiki jenjang pelamin pada awal 2012. Hubungan mereka mendapat restu kedua-dua belah pihak, malah dua anak perkahwinan terdahulu Anang dan Krisdayanti juga menerima kehadiran Ashanty yang kini dipanggil mereka sebagai bunda. Perseteruan dengan bekas teman duetnya, Syahrini juga meletakkan Anang dalam situasi panas namun mereka kembali berdamai bertemu pada malam SCTV FTV Awards 2011 di Balai Sarbini, Jakarta, Julai lalu. 
  • SINONIM dengan isu kontroversi, Ahmad Dhani masih membolosi senarai terhangat 2011 rentetan perbalahan dengan bekas isterinya, Maia Estianty yang masih belum bernoktah. Bapa tunggal tiga cahaya mata itu kembali terkait isu sensasi pada Mei lalu apabila didakwa menerima undangan meraikan hari ulang tahun ke-63 Israel di Jakarta. “Itu cuma khabar angin. Berita seperti ini tidak perlu dilayan. Bahkan ia tidak penting kerana saya tidak pernah tahu mengenainya,” katanya.
  • CURANG dengan lelaki yang masih berstatus suami, berpisah dan hamil luar nikah mewarnai siri kontroversi penyanyi popular, Krisdayanti. Mengakhiri cinta larangan mereka dengan pernikahan pada 20 Mac lalu, Krisdayanti atau KD kini bahagia dengan cahaya mata perempuan hasil perkahwinan keduanya itu, Arrianha Amora Lemos.
  • PENYEBARAN foto ghairah Syahrini sempat membadai kehidupan penyanyi yang cukup popular dengan lagu, Aku Tak Biasa ini. Biarpun kerap menerima cacian dan hinaan, Syahrini tegar melangkah tanpa gentar.
Kejutan, sensasi, kontroversi
  • Vokalis Peterpan, Ariel dijatuhkan hukuman tiga tahun dan enam bulan penjara serta denda apabila didapati bersalah oleh Hakim Pengadilan Negeri Bandung atas kesalahan penyebaran rakaman dua video lucah, membabitkannya dengan Luna Maya dan Cut Tari.
  • Kemalangan maut memisahkan buat selama-lamanya Saipul Jamiell dan Virginia Anggraeni yang ketika itu baru enam bulan mengecap nikmat berumah tangga. Virginia menghembuskan nafas terakhir di lokasi kecelakaan di Tol Cipularang pada 3 September lalu.
  • Bekas suami Rossa, Yoyo ditahan polis pada 27 Februari lalu kerana memiliki syabu dan diperintahkan menjalani pemulihan di Yayasan Kesatuan Peduli Masyarakat di Mega Mendung, Bogor, Jawa Barat selama setahun. Pemain dram
    Padi itu mula terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak 1995.
  • Artis popular 80-an, Iyut Bing Slamet juga menerima nasib yang sama selepas ditemui tidak sedarkan diri di kamar sebuah hotel di Mangga Besar, Jakarta Pusat pada 8 Mac lalu. Iyut terpaksa menghuni pusat pemulihan selama setahun selepas perbicaraan di Pengadilan Negeri Jakarta Barat berakhir 24 Ogos lalu.
  • Vokalis Kangen Band, Andika terheret dalam permasalahan dadah apabila keretanya digunakan oleh pemandunya untuk membeli ganja. Dia yang pada mulanya menafikan mengambil dadah akhirnya mengakui bersalah selepas polis merampas daun ganja kering dan tanaman itu di tempat latihan mereka di Cibubur, Jakarta Timur. Andika diperintahkan menjalani rawatan di Panti Rehabilitasi Lido, Sukabumi, Jawa Barat selama setahun sejak pertengahan Ogos lalu.
3 pasangan bercerai
  • Titi DJ dan Ovy Rif 
    DILIHAT serasi dalam perkahwinan mereka, pasangan Titi DJ dan Ovy Rif membuat kenyataan rasmi dalam satu temubual bersama Kapanlagi.com yang mereka sepakat berpisah. Perpisahan itu tanpa dipinta menuai kontroversi apatah lagi Titi sebelum ini pernah tiga kali bernikah dan bercerai
  • Sarah Sechan dan Emir Hakim 
    SEJAK bernikah pada 29 Jun 2003, rumah tangga Sarah Sechan dan Emir Hakim dilihat begitu rukun. Namun sejak September 2011, khabar kurang enak mengenai pasangan itu mula bertiup. Sarah mengakui rumah tangganya sedang dilanda badai. Enggan menyatakan sebab perpisahan, pasangan itu sepakat mengakhiri pernikahan mereka pada 3 September lalu.
  • Sophia Latjuba dan Michael Villareal
    BERMULA dengan kontroversi, pasangan itu mengejutkan banyak pihak apabila memaklumkan rumah tangga mereka musnah pada pertengahan Oktober lalu. Kecurangan dikatakan menjadi penyebab utama kepada perpisahan itu.
    Bagaimanapun, Sophia dan Michael lebih banyak berdiam diri dan membiarkan masyarakat berteka-teki mengenai punca perceraian mereka.
Semoga tahun baru lebih bermakna!

KPOP STAR : Program realiti Astro ONE HD

Program realiti KPOP STAR

KPOP STAR merupakan sebuah program realiti yang mengcungkil bakat untuk menjadi seorang bintang Kpop terkenal dan akan disiarkan di ONE HD,sebuah saluran rangkaian Astro B.yond yang memaparkan program hiburan dan drama Korea.


Program realiti KPOP STAR terbuka kepada semua peserta dari seluruh dunia seperti Eropah, America Selatan, US dan Korea. KPOP STAR akan dijuri oleh barisan juri yang terkenal dan berpengalaman dalam industri muzik Korea seperti artis BoA, Yang Hyun Suk dan J. Y. Park.

BoA merupakan seorang penyanyi yang bernaung dibawah syarikat rakaman terkenal S.M Entertaiment yang menguruskan kerjaya seni kumpulan terkenal seperti Girls Generation, Super Junior, SHINee dan TVXQ. BoA juga digelar dengan gelaran “ Queen of Korean Pop Music”. Manakala Yang Hyun Suk merupakan salah seorang ahli kumpulan terkenal Korea Seo Taiji & Boys. Beliau juga merupakan pemilik dan CEO kepada syarikat rakaman YG Entertainment yang menguruskan artis seperti Big Bang, 2NE1 dan PSY. J.Y.Park juga merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penari, penerbit album dan CEO kepada JYP Entertainment yang menguruskan artis seperti Rain, Wonder Girls, miss A dan 2PM.

Pemenang KPOP STAR akan menerima hadiah wang tunai bernilai KRW300,000,000 bersamaan dengan RM 822,921, kontrak album antarabangsa dan berpeluang menyertai proses latihan untuk menjadi bintang K-pop dengan SM, YG dan JYP Entertainment.

Jika anda peminat setia K-Pop, jom saksikan KPOP STAR yang akan ke udara pada 3 Januari 2012 pada hari Selasa, jam 6.25pm di saluran 393 ONE HD, Astro B.yond.

K-Pop best!

Juara Maharaja Lawak (MLM) : Kumpulan Osbon

Kumpulan Osbon Pemenang Juara Maharaja Lawak!

Kumpulan Osbon telah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM). Kumpulan Osbon membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 berserta trofi.


Naib juara berpihak kepada kumpulan Boboi dan mereka membawa pulang RM250,000 berserta trofi. Manakala tempat ketiga dan keempat dimiliki oleh Saehu dan Syok.. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM150,000 dan RM50,000 berserta trofi.

Maharaja Lawak Mega Akhir diadili panel juri tetap yang terdiri daripada Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza dan juri jemputan, Aaron Aziz.

Pada pertandingan peringkat separuh akhir di Johor Bahru, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi mendahului semua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah diikuti Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49). Sementara itu, kumpulan Syok menjadi pemenang keempat dengan meraih hadiah RM50,000 pada pertandingan yang disiarkan melalui saluran Astro Warna.



Pertandingan itu mengadili para pemenangnya menerusi 70 markah daripada para pengkritiknya manakala 30 markah lagi diperolehi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton di rumah. Tiga pengkritik tetap MLM ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan manakala pengkritik jemputan pada final pertandingan itu ialah pelakon Aaron Aziz.

Selain Osbon dan Boboi, MLM turut disaingi oleh dua lagi kumpulan iaitu SYOK yang dianggotai oleh Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin dan Saehu (Eko, Bocil dan Vicha).

Tahniah kumpulan Osbon! Anda berdua memang lawak!

Sharifah Shahira tinggal Suria FM 24 Jan 2012

Sharifah Shahira(Shira) bakal tinggalkan Suria FM pada 24 Januari depan. Shira mahu mencuba perkara baru dalam kerjaya seni.

"Saya mengaku bakal meninggalkan Suria FM selepas kontrak akan tamat. Ia juga adalah keputusan bersama di antara saya dengan syarikat setelah memikirkan sedalam-dalamnya sama ada ingin menyambung kontrak atau pun tidak.

Shira mula bersiaran dalam program Breakfast @ Suria bersama dua lagi penyampai iaitu Zizi dan Halim Othman. Dia memulakan tugas sejak 31 Januari lalu untuk siaran yang bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi.

Program pagi itu ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Shira juga menyangkal dakwaan kononnya dia meninggalkan Suria FM kerana tidak dapat bekerjasama dengan rakan penyampainya sehingga menyebabkan kontrak tidak disambung.

Shira berkata, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan rakan gandingannya dan keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

"Sepanjang setahun saya bekerja di Suria FM tidak pernah mempunyai masalah bekerja. Malah saya begitu seronok dan menghargai pengalaman sepanjang berada di sana.

"Pemergian saya bukan satu isu dan saya cukup berterima kasih kepada pihak Suria FM yang telah memberi peluang kepada saya," ujarnya.

Sharifah Shahira

Sementara itu, menurut Shira, dia percaya pihak Suria FM dapat mencari penggantinya yang lebih baik bagi menaikkan lagi jumlah pendengar radio berkenaan.

Dalam perkembangan lain, dia masih berminat untuk bergelar penyampai radio dan tidak menolak jika ada tawaran untuknya pada masa akan datang.

"Banyak yang telah saya timba sepanjang berada di Suria FM dan rakan-rakan di sana telah mengajar saya mengenai selok-belok bergelar penyampai radio.

"Saya akan gunakan ilmu tersebut untuk kebaikan dan jika ada tawaran pada masa akan datang, saya tidak akan menolak," ujarnya.

Selamat maju jaya Shira!

Chef Wan Nak Tutup Akaun Facebook?

Chef Wan yang dilanda kontroversi dengan kisah perang siber membabitkan peserta Maharaja Lawak, Adlin Aman Ramlie dikatakan mahu menutup akaun Facebook.

“Saya sudah penat melayan komen komen rakyat Malaysia yang judgemental ini, mereka sebenarnya peminat hiburan yang keliru dengan apa yang mereka mahukan. Dan, berdiam mungkin lebih baik selepas ini” - Chef Wan.

Chef Wan

Tetapi setakat ini, Facebook Chef Wan masih beroperasi seperti biasa. Harap Chef Wan janganlah tutup facebook kerana ramai peminat mahu mengikuti perkembangan aktiviti seninya.

Lirik Lagu Yuni Shara - OST Pendekar Rajawali (Return Of The Condor Heroes)

Lirik Lagu Yuni Shara - OST Pendekar Rajawali (Return Of The Condor Heroes)

*
Siapa yang merubah hatiku
Siapa yang membuat kita satu
Selalu menyatu beban kecewa
Namun takkan ku kan berakhir
**
Siapa yang membuat ku pilu
Kembali datang masa lalu
Semakin dalam gejolak jiwa
Benci dan cintaku menyatu

Reff:
Kenangan indah pun memudar
Alam pun terasa sendu
Walau kita kan berpisah
Rasa ini bergelora

***
Siapa yang membuat ku resah
Tak berharap untuk berjumpa
Benci dan cinta selalu menyatu
Tak pernah aku kan berakhir

Repeat *, **
Repeat Reff
Repeat ***

Lirik Lagu Kissing You – Girls’ Generation (SNSD)

Lirik Lagu Kissing You – Girls’ Generation (SNSD)

Kissing you baby, baby~
Loving you baby, baby~

nuneul gamgo neoye ibsure kiseureul hamyeon
nae boreun pingkeu bit, muri deureo do
nae maeumeun neomeo gago
dugeun dugeun shimjang sori deullijyo

geudae wa
bal majchumyeo geodgo
neoye du soneul jabgo
ni eokkae e gidae, malhago shipeo

gomawo saranghae haengbokman julgeyo
Kissing you, Oh my love

nae ireun
ttaseu han haessal soge
neoneun nae yeope nuwo
sarang ye norael bulleo jumyeo useojwo

dalkomhan “saranghae” gibun joheun

saranghae neomaneul saranghae, haneul mankeum
eonjena haengbok hage, hwanhan useum julge
neoman ye sojung han
yeoja chingureul yaksokhae

neoneun nae yeope itgo
nae du nune itgo
ni puman eneun hangsang
naega isseulge

geudae wa
bal majchumyeo geodgo
neoye du soneul jabgo
ni eokkae e gidae, malhago shipeo

gomawo saranghae haengbokman julgeyo
Kissing you, Oh my love

nae ireun
ttaseu han haessal soge
neoneun nae yeope nuwo
sarang ye norael bulleo jumyeo useojwo

dalkomhan “saranghae” gibun joheun
dalkomhan “saranghae” gibun joheun
“saranghae” hanmadi

Gambar sosial BCL tersebar: Bunga Citra Lestari tak emosi

Beberapa keping gambar Bunga Citra Lestari sedang bersosial tersebar di Internet pada 27 Disember lalu tidak membuatkan Bunga Citra Lestari (BCL) meluahkan perasaan emosi tapi telah menerimanya dengan tenang.

Menurut BCL menerusi laman Twitter untuk kelab peminatnya, BCLicious, dia tidak mahu mengambil pusing dengan gosip yang tersebar itu kerana lebih mengetahui apa yang berlaku.


“Buat BCLicious, tidak usah hendak emosi dengan berita-berita itu. Biarkan sahaja. Kita senyum saja ya. Yang penting kita tahu kebenarannya,” kata BCL dalam akaun Twitternya.

Terdapat minuman keras dalam gambar-gambar BCL dengan kawan-kawannya termasuklah salah satunya menunjukkan BCL sedang memegang rokok. Turut kelihatan dalam gambar itu suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.

Media di Indonesia menganggap penyebaran gambar berkenaan mungkin disengajakan Bunga Citra Lestari bagi melariskan album BCL yang bakal keluarkan tak lama lagi.

Murali Abdullah, pengarah drama masuk hospital akibat muntah-muntah

Murali Abdullah, pengarah drama telah dikejarkan ke Hospital Selayang akibat mengalami muntah-muntah dan sakit kepala di lokasi penggambaran drama Mr. Labuci.

Menurut Penerbit Ekskutif Zeel Production, Muhamad Norazhar Baharuddin atau Bobby, pihaknya belum mengetahui keadaan Murali kerana masih menunggu laporan daripada pihak hospital.

"Ketika ini Murali masih ditahan di wad kecemasan dan sedang tidur selepas mengalami muntah-muntah yang agak teruk. Doktor juga telah melakukan x-ray ke atasnya bagi mencari punca penyakit tersebut," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Muhamad Norazhar berkata, mengikut pemeriksaan awal, doktor memberitahu pengarah tersebut mengalami sedikit pendarahan pada otak tetapi keadaannya terkawal.

Katanya, doktor juga masih tidak dapat mengesahkan sama ada Murali diserang penyakit angin ahmar kerana simptom yang ditunjukkan tidak ke arah itu.

Murali Abdullah

"Semasa dibawa ke hospital dia dalam keadaan sedar dan tiada tanda-tanda dia mengalami angin ahmar," ujarnya.

Ditanya adakah Murali pernah mengadu mengalami sebarang kesakitan sebelum ini, Muhamad Nurazhar berkata, pengarah drama itu tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya.

"Dia juga tidak pernah sakit sebelum ini dan hanya mengadu mengalami pening kepala pada tengah hari ini," ujarnya.

Murali difahamkan tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia sakit pada penggambaran yang baru masuk hari kedua di sebuah kawasan di Selayang itu.

Nik Zaris Nelydia Senrose berlakon Puaka Bunga Tanjung

Bakat lakonan Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen mula membuatkan ramai pengarah memuji dan sedia membimbingnya.

Terbaru, Nelydia Senrose berlakon dalam drama bersiri untuk slot terbaru TV9 bertajuk Puaka Bunga Tanjung arahan Fairuz Loy. Nelydia diberi tugas memegang dua peranan sekali gus iaitu sebagai watak gadis moden dan purba.

"Watak Mayang dan Sanur yang diberikan kepada saya adalah dua karakter berbeza dalam drama ini yang berlatarkan zaman 1960-an dan moden. Mayang seorang wanita kampung berusia 30-an sementara Sanur pula wanita yang bertukar menjadi puntianak. Membawa dua watak dalam satu drama nyata mencabar diri saya dan saya berazam memberikan yang terbaik kepada penonton.

"Drama ini sangat berbeza kerana inilah kali pertama membawa watak yang tidak sama perasaan dan penampilan. Ia akan ditayangkan sebanyak lapan episod dalam sebuah program baru slot seram stesen TV9.

"Apa lebih menariknya, cerita ini juga mengisahkan kisah silam dua generasi yang datang semula kepada sebuah keluarga akibat balas dendam selepas 30 tahun. Ia juga diselitkan kisah cinta yang mendapat tentangan," katanya, kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Nik Zaris Nelydia Senrose

"Pengalaman baru ditimba dalam drama Puaka Bunga Tanjung sangat menarik apatah lagu bergandingan dengan beberapa pelakon berpengalaman seperti Faizal Hussin, Namron dan Fizz Fairuz.

"Saya tidak kekok kerana pengalaman bergandingan dalam drama Iqra' bersama Abang Eman Manan dulu sangat membantu dan saya anggap Abang Eman seorang pelakon yang hebat," katanya.

Nelydia Senrose belajar dari pengalaman pelakon hebat seperti Ellie Suriaty dan Erma Fatima pula banyak membimbing Nelydia dari segi ekspresi, intonasi serta 'mood'. Tambahan pula ia kisah klasik dan zaman moden yang sangat menarik.

Sama-sama kita saksikan lakonan Nelydia Senrose dalam drama bersiri Puaka Bunga Tanjung di TV9 nanti!

Ku Hijrahkan Doa sinopsis (Telemovie TV9)

Sinopsis Ku Hijrahkan Doa
Ku Hijrahkan Doa mengisahkan dua beradik yatim piatu, Saiful (Zamarul Hisham) dan Kamarul (Bell Ngasri) yang membesar di rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka. Kedua-duanya dididik dengan baik oleh arwah orang tua mereka yang soleh dengan diberi ilmu agama dan diingatkan supaya rajin berusaha, berdoa serta bergantung harap kepada Allah s.w.t.

Setiap hari mereka berulang alik ke rumah seorang guru agama iaitu Tuan Haji Muiz yang juga pemegang amanah menjaga hal ehwal kewangan untuk perbelanjaan mereka berdua daripada sedikit hasil kebun yang diusahakan.

Saiful cemerlang dalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Manakala Kamarul agak sederhana dan memilih untuk menetap di kampung mengusahakan tanah peninggalan arwah ibu bapa mereka.

Saiful pulang ke Malaysia dengan kejayaan cemerlang dan mendapat pekerjaan sesuai dengan kelulusannya. Namun, dia kesal apabila melihat keadaan adiknya masih lagi di takuk lama.

Drama Ku Hijrajkan Doa terbitan Enuja Production Sdn Bhd.

Biodata Profil Nelydia Senrose (Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen)

Profil Nelydia Senrose

Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Nama komersial: Nelydia Senrose
Tarikh lahir: 30 Julai 1994
Keluarga: Anak ketiga daripada tujuh beradik
Kacukan: Gadis kacukan Kelantan-Siam
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Kerjaya: Pelakon dan pelajar
Sekolah: Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya
Kolej:  Kolej SEGI (pengkhususan psikologi)

Lakonan Drama/Telefilem: Andau Aku Tahu, Setia Hujung Nyawa, Spa Q 1 dan 2, Spa Qistina, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Anak Aku Artis, Syah Jihan, Pak Suman, Iqra', Ahmad Durrah,Mistik Alam Hitam, Segenggam Api Secangkir Pelangi, Puaka Bunga Tanjung, Friday I’m in Love, Chef Cinta dan banyak lagi.

Nelydia Senrose Nik Sen
Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Gambar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
Trivia Nelydia Senrose
Nelly adalah sepupu pelakon Emma Maembong dan kakaknya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21, atau Uqasha Senrose yang kini turut bergelar pelakon


Perkara tidak digemari Nelydia Senrose

* Penipuan - setiap perkara dilakukan harus ikhlas dan jujur kerana ia penting. Padanya, menipu dan ditipu adalah perkara besar dan tidak harus dilakukan oleh sesiapa pun.

* Letak harapan tinggi - Nelly tidak pernah meletakkan harapan dalam apa juga dilakukan kerana bimbang jika gagal dicapai, ia membuatkan dirinya kecewa.

* Serangga - takut semua jenis serangga, terutama lipas.

* Puaskan hati orang - perkara paling dibimbangi tidak dapat memuaskan hati orang yang meletakkan harapan kepadanya. Begitupun, ia bukan alasan untuknya memberikan yang terbaik dalam setiap pekerjaan dilaksanakan.

* Keputusan - Nelly tidak suka perasaan gementar setiap kali menunggu keputusan peperiksaan dikeluarkan atau berdepan peperiksaan. Situasi itu sering membuatkan dia berasa kecut perut.

Senarai Peserta Raja Lawak 6, bermula 13 Jan 2012, Astro Warna 132

Raja Lawak 6 bakal beraksi! Raja Lawak masih diacarakan oleh Johan dan Zizan.  Raja Lawak 6 akan  memulakan persembahannya pada 13 Januari 2012 dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna 132.

Di pentas Raja Lawak ini, para peserta akan membuat persembahan/ tugasan yang di berikan bagi memastikan mereka layak di angkat sebagai Raja Lawak Astro. Setiap minggu mereka akan diberikan tema tugasan dan para peserta di kehendaki membuat satu persembahan lawak dalam masa yang di tetapkan. Persembahan mereka akan dikritik oleh pengkritik tetap. Di dalam program ini juga di paparkan segala usaha dan pelakuan mereka dalam menyahut segala tugasan yang diberika. Selain daripada menyiapkan tugasan yang diberikan, program ini juga memaparkan aktiviti luar para peserta dan juga kejutan yang bakal diterima oleh mereka.

Senarai Peserta  Raja Lawak 6

PROFILE RL 6 : KUMPULAN RIKI

Raja Lawak 6
  • Nama Samaran : Lyzal
  • Nama Sebenar : Norlizal Bin Mohamed Ghani
  • Asal :Penang
  • Umur :27 tahun
  • Bakat selain melawak : Bermain alat muzik
  • Kerjaya :Pekerja Kilang
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadi juara raja lawak.
  • Nama Samaran : Azhar
  • Nama Sebenar : Md Noor Hazhar Bin Adnan
  • Asal :Penang
  • Umur :21 tahun
  • Bakat selain melawak : menyanyi
  • Kerjaya :Pekerja Hotel
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadi juara raja lawak
  • Nama Samaran : Padil
  • Nama Sebenar : Mohamad Fadzil Bin Akbar
  • Asal :Penang
  • Umur :24 tahun
  • Bakat selain melawak : snake show
  • Kerjaya : Pekerja Hotel

PROFILE RL 6 : KUMPULAN 2YoL


  • Nama Samaran: Lan
  • Nama Sebenar : Azlan bin Abdullah
  • Asal : Kota Tinggi, Johor
  • Umur : 40 tahun
  • Bakat: Menyanyi dan berlakon
  • Kerjaya : Operator
  • Harapan untuk Raja Lawak 6 : Layak ke final dan seterusnya menjadi Raja Lawak.
  • Nama Samaran: Ijat
  • Nama Sebenar : Rohaizat Bin Samin
  • Asal : Kota Tinggi, Johor
  • Umur : 36 tahun
  • Bakat : Menyanyi dan berlakon
  • Kerjaya : Operator

PROFILE RL 6 : KUMPULAN ALBOB


  • Nama Samaran :Abam
  • Nama Sebenar : Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan
  • Asal :Gombak, Kuala Lumpur
  • Umur :23 tahun
  • Bakat selain melawak : Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
  • Kerjaya :Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.
  • Nama Samaran :Ali
  • Nama Sebenar : Syed Ali Mubarak Bin Syed Mohd Ridzuan
  • Asal : Kuala Lumpur
  • Umur : 22 tahun
  • Bakat selain melawak : Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
  • Kerjaya :Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM

PROFILE RL 6 : KUMPULAN CUIT


  • Nama Samaran :Iktiar
  • Nama Sebenar : Mohamad Ikhtiarudin Bin Naina Mohamad
  • Asal :Pulau Pinang
  • Umur :27 tahun
  • Bakat selain melawak : Berlakon, bersilat, menyanyi
  • Kerjaya :Pekerja Kilang
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadikan Raja Lawak Musim ke-6 yang terbaik daripada musim-musim yang lalu.
  • Nama Samaran :Azmir
  • Nama Sebenar : Azmir Bin Aziz
  • Asal :Pulau Pinang
  • Umur :37 tahun
  • Bakat selain melawak : Berlakon, bersilat, menyanyi
  • Kerjaya :Berlakon
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadikan Raja Lawak Musim ke-6 yang terbaik daripada musim-musim yang lalu.
  • Nama Samaran :Shazli
  • Nama Sebenar : Ahmad Shazli Bin Hasim
  • Asal : Kuala Lumpur
  • Umur : 31 tahun
  • Bakat selain melawak : Berlakon, bersilat, menyanyi
  • Kerjaya :Freelance

PROFILE RL 6 : KUMPULAN GMAN


  • Nama Samaran :Jiggy
  • Nama Sebenar : Mohammad Aizat Bin Ahmad Nazri
  • Asal :Klang, Selangor
  • Umur :22 tahun
  • Bakat selain melawak : Menari, bersukan.
  • Kerjaya :Freelance fire artist.
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Memberi satu fenomena dan impak baru berbanding Raja Lawak yang sebelumnya dan untuk menjadi juara.
  • Nama Samaran :Man
  • Nama Sebenar : Lokmanul Hakim Bin Mat Shum
  • Asal :Pulau Pinang
  • Umur :22 tahun
  • Bakat selain melawak : Menari, bersukan.
  • Kerjaya :Freelance fire artist.

PROFILE RL 6 : KUMPULAN KETUPAT


  • Nama Samaran :Wak
  • Nama Sebenar : Mohd Khairi Bin Kamarudin
  • Asal :Melaka
  • Umur :26 tahun
  • Bakat selain melawak : DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
  • Kerjaya :Despatch
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadikan raja lawak 6 sebagai platform untuk kami berjaya dalam kehidupan dan bidang seni hiburan.
  • Nama Samaran :Acai
  • Nama Sebenar : Mohd Hafizi Bin Hussin
  • Asal :Melaka
  • Umur :26 tahun
  • Bakat selain melawak : DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
  • Kerjaya :Store Assistant
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadikan raja lawak 6 sebagai platform untuk kami berjaya dalam kehidupan dan bidang seni hiburan.
  • Nama Samaran :Aboy
  • Nama Sebenar : Jusri Bin Johan
  • Asal :Melaka
  • Umur :26 tahun
  • Bakat selain melawak : DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
  • Kerjaya :Pengedar Kereta

PROFILE RL 6 : KUMPULAN KING


  • Nama Samaran :Raje
  • Nama Sebenar : Raja Petera Bin Raja Abdullah
  • Asal :Johor Bahru
  • Umur :46 tahun
  • Bakat selain melawak : Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal.
  • Kerjaya :DJ
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Ingin menjadi juara untuk mengembangkan lagi karier.
  • Nama Samaran :Farid
  • Nama Sebenar : Mohd Faridi Bin Bardaidi
  • Asal :Kedah
  • Umur :29 tahun
  • Bakat selain melawak : Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal./li>
  • Kerjaya :Emcee
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Ingin menjadi juara untuk mengembangkan lagi karier.
  • Nama Samaran :Kopi
  • Nama Sebenar : Kedang Anak Blok
  • Asal :Sarawak
  • Umur :29 tahun
  • Bakat selain melawak : Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal.
  • Kerjaya :Promoter

PROFILE RL 6 : KODAN


  • Nama Samaran :Kodan
  • Nama Sebenar : Mohd Shahdan Bin Salleh
  • Asal :Klang, Selangor
  • Umur :27 tahun
  • Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, mengacara,bermain percussion
  • Kerjaya :Event Management

PROFILE RL6 : KUMPULAN SELAK

  • Nama Samaran :fad
  • Nama Sebenar : Mohamad Fadzlie Bin Mohd Nizam
  • Asal :Johor
  • Umur :20 tahun
  • Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon
  • Kerjaya :Customer Sevice Asst (TNB)
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas
  • Nama Samaran :Wak
  • Nama Sebenar : Mohammad Zulzaini Bin Senin
  • Asal :Johor
  • Umur :20 tahun
  • Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon
  • Kerjaya :Pelajar (Politeknik Johor Bharu)

PROFILE RL 6 : KUMPULAN SHIRO


  • Nama Samaran :Shahrol
  • Nama Sebenar : Shahrol Azizie Bin Azmi
  • Asal :Johor
  • Umur :27 tahun
  • Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
  • Kerjaya :Bekerja sendiri
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6
  • Nama Samaran :Ajak
  • Nama Sebenar : Mohd Hanaffi Bin Razak
  • Asal :Johor
  • Umur :25 tahun
  • Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
  • Kerjaya :Emcee

PROFILE RL 6 : KUMPULAN SKEMA


  • Nama Samaran :Sheikh
  • Nama Sebenar : Sheikh Abdul Rahman Bin Zainal Abidin
  • Asal :Penang
  • Umur :23 tahun
  • Bakat selain melawak : Menari, berlakon, bersilat
  • Kerjaya :Pelajar
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Dapat menimba ilmu dan mencari pengalaman dalam bidang lawak dan supaya dapat bertahan dan memberikan lawak yang bernas
  • Nama Samaran :Hafizi
  • Nama Sebenar : Mohd Hafizi Bin Zulkifle
  • Asal :Kuala Lumpur
  • Umur :23 tahun
  • Bakat selain melawak : Menari, berlakon, bersilat.
  • Kerjaya :Pelajar

PROFILE RL 6 : KUMPULAN SKEMA ZERO

  • Nama Samaran :Syaiful
  • Nama Sebenar : Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
  • Asal :Kudat, Sabah
  • Umur :23 tahun
  • Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
  • Kerjaya :Buruh kasar, nelayan
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadi finalis Raja Lawak 6
  • Nama Samaran :Sharif
  • Nama Sebenar : Sharif Kadir Bin Doli Sharif
  • Asal :Kudat, Sabah
  • Umur :21 tahun
  • Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
  • Kerjaya :Buruh kasar, nelayan
  • Harapan untuk Raja Lawak 6: Menjadi finalis Raja Lawak 6
  • Nama Samaran :Atu
  • Nama Sebenar : Sharid Kunal Bin Doli Sharif
  • Asal :Kudat, Sabah
  • Umur :19 tahun
  • Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
  • Kerjaya :Buruh kasar, nelayan
Pembaharuan yang dibuat adalah dengan penambahan tenaga pengajar iaitu Cif Besar (Ahmad Idham) dan Cif Kecik yang bertanggungjawab untuk mengasah bakat dan membantu peserta merangka persembahan komedi mereka. Para penonton berpeluang untuk memilih peserta pilihan mereka dengan menggunakan SMS.

Sinopsis telefilem Imam, TV1 lakonan Ezany Nizariff, Sheera Iskandar

Sinopsis telefilem Imam

Ia mengisahkan Salahuddin yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar Mesir dilantik sebagai Imam oleh Majlis Agama Islam Negeri di kampung kelahirannya. Perwatikahan itu mengundang kontroversi oleh mereka yang begitu memandang rendah akan kebolehan dan kelayakan Salahuddin.

Segala tindak tanduk Salahuddin sentiasa menjadi isu yang mengundang keaiban. Yang lebih memeritkan adalah tomahan dari sekumpulan pengamal ajaran sesat yang sentiasa merasakan diri mereka betul dan lebih memahami Islam berbanding Salahuddin.

Lebih-lebih lagi dari Pak Deraman yang sebelumnya melantik dirinya sendiri sebagai Imam kampung setelah ayah Salahuddin, Imam yang sah lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Pak Deraman mendapat sokongan daripada sekumpulan puak yang taksub dengan kehebatan diri mereka dalam amalan keagamaan. Yang sebenarnya mereka adalah pengamal ajaran sesat yang baharu saja mahu bertapak di kampung tersebut.

Berbagai cara dilakukan mereka termasuk menghasut orang kampung memulaukan Salahuddin sebagai Imam.

Mampukah dia meyakinkan orang kampung? Apakah pula penghujung cerita bagi Salleh dan berjayakah kebenaran menyatukan cintanya bersama Balqis?

Pelakon Imam : Ezany Nizariff, Sheera Iskandar, Ajak Achika, Riz Amin, Josie Khoo dan Ben Kenobi.

Jangan lupa saksikan kisah menarik sarat pengajaran ini melatari telefilem Imam yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 30 Disember 2011, jam 10.30 pagi menerusi TV1

Sinopsis Sumpahan Kum Kum,Video Trailer Sumpahan Kum Kum

Sinopsis Filem Sumpahan Kum Kum

Sumpahan Kum Kum mengisahkan Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

Pelakon Sumpahan Kum Kum
Feroz : Adi (Pelakon Utama)
Putri Mardiana : Nurul (Pelakon Utama)
Lydiawati : Mak Tom (Pelakon Pembantu)
Echa : Tini (Pelakon Pembantu)
Maimon Mutalib : Mak Leha (Pelakon Pembantu)
Kazaar Saisi : Pak Nuar (Pelakon Pembantu)
Abdul Razak Ahmad : Imam (Pelakon Pembantu)

Video Trailer Sumpahan Kum Kum


Poster Filem Sumpahan Kum Kum
Poster Filem Sumpahan Kum Kum

www.mface.me : Mface AC Mical sedikit lain dari Facebook

Datuk AC Mizal memperkenalkan laman sosial pertama Malaysia iaitu Mface yang bermakna Malaysian Face. Mface diilhamkan hasil perkongsian idea AC Mizal dan rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.

Menurut AC, Mface sebuah laman sosial tempatan diilhamkan daripada facebook bagaimanapun konsep yang diketengahkan sedikit berbeza kerana ia membawa pulangan buat pelayarnya.

“Fungsinya sama seperti facebook apabila pengguna boleh mengemas kini gambar, status dan berkongsi perkembangan serta maklumat mereka dengan orang ramai.

“Cuma yang berbeza adalah kita wujudkan laman ini dengan cara yang lebih bijak dan bermanfaat, dengan menawarkan peluang menjana pendapatan kepada 60 artis tanah air yang sama-sama berusaha membangunkan menerusi laman itu.

“Jika sebelum ini golongan artis kerap mengemas kini status dan perkembangan mereka di laman sosial seperti facebook dan twitter secara percuma, penyertaan dalam Mface ini memberikan pendapatan apabila syer mereka dilaburkan ke dalam pasaran saham kelak.

“Setiap seorang artis meskipun mereka pasangan suami-isteri tetap akan diberikan 100,000 unit. Bagaimanapun, sebelum mendapat perolehan syer kita perlu mencapai satu juta pengguna bagi melayakkan laman ini disenaraikan dalam bursa saham.

“Apabila ia disenaraikan dalam bursa saham kelak, semua artis akan menerima pendapatan daripada syer mereka,” katanya.

Mface

AC menambah, dia berniat membantu golongan artis kerana kebanyakan mereka tidak berpendapatan tetap dan melihat Mface salah satu ruang niaga yang baik “facebook mahupun twitter menjadi sangat terkenal kerana golongan selebriti turut menggunakan medium itu, sekali gus mempopularkannya tetapi apa yang mereka dapat sedangkan setiap hari pengasasnya bertambah kaya.

“Saya mewujudkan Mface ini supaya artis juga boleh mendapatkan hak mereka dengan melantik 60 artis terawal yang datang mendaftar di pelancaran ini sebagai pemilik syer, MFace.

“Hanya ini mampu saya lakukan untuk menyatakan keprihatinan saya sebagai anak seni dan agar suatu hari apabila sudah tiada saya akan diingat kerananya,” katanya.

Cara mendaftar Mface cukup mudah sama seperti facebook atau twitter tanpa memerlukan sebarang modal atau bayaran.

Sebagai bentuk promosi dalam tempoh enam bulan, setiap pemilik akaun Mface yang mengumpul mata tertinggi menerusi kemas kini status mereka pada setiap minggu berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2.

“Pemilik akaun Mface tidak kira golongan artis atau orang awam akan berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2 menerusi mata terkumpul tertinggi yang diperoleh daripada kemas kini status mereka.

“Untuk berlaku adil, pemenang mingguan tidak akan diberi kepada individu yang sama meskipun kita boleh menjangkakan siapakah artis yang mempunyai paling ramai pengikut berdasarkan populariti mereka,” katanya.

Merancang untuk meluaskan jaringan Mface ke negara serantau Asia, AC yakin ia bakal diterima rakyat negara ini, sekali gus mencapai sasaran 1 juta pengguna dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang.

Untuk menyertai laman ini, pengguna boleh layari www.mface.me.

Sinopsis filem Papa I Love You, Trailer Papa I Love You

Sinopsis Papa I Love You

Papa I Love You menceritakan seorang ayah, Baha yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan ELLY, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.

Poster Papa I Love You

DATUK KUDIN seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih..

Video Trailer Filem Papa I Love You


Papa I Love You
Pengarah: Hashim Rejab
Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam: 29 Disember 2011

Pelakon Papa I Love You:
Lisa Surihani
Mia Sara Nasuha
Zalif Sidek
Zaidi Omar
Bob Kuman
Syanie
Zul Handyblack

Sinopsis Drama Bersiri Metafora TV2

Sinopsis Drama Bersiri Metafora, TV2

Metafora mengisahkan konflik yang berlaku dalam diri Hafizi yang membawa diri ke sebuah kampung tempat lokasi di mana berlakunya kejadian kapal terbang terhempas di Tanjung Kupang. Kehadirannya di kampung itu disambut baik pemilik homestay tempatnya menginap, Haji Isa yang terkenal dengan keramahan dan tinggi ilmu agama. Situasi itu membuatkan Hafizi selesa dalam meneruskan misi menunaikan wasiat ibunya.

Kehadiran Hafizi kurang disenangi oleh Haris yang menganggap Hafizi mahu merebut kekasihnya, Azura yang juga anak kepada Haji Isa. Namun hakikatnya Azura tidak menyenangi sikap Haris yang suka berpoya-poya.

Sementara itu kawasan kampung mereka dihantui dengan kejadian-kejadian aneh yang kemudiannya menarik perhatian Amir, pemuda dari bandar untuk menerbitkan sebuah dokumentari tentang kejadian kapal terbang terhempas yang sebenarnya berpunca daripada rampasan kapal terbang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai konflik berlaku di mana Andy Wong dan ibunya diburu Robert Chow, rakan kongsi mendiang suaminya yang mendakwa mereka menyembunyikan wang kongsi yang dibawa ketika nahas berlaku. Junaidi yang merupakan anak kepada isteri kedua Dato’ Samad yang juga mangsa nahas juga menyimpan dendam kerana ibu tirinya membolot harta peninggalan arwah ayahnya. Kemuncaknya dia yang berkawan baik dengan Haris yang cemburukan Hafizi mereka-reka cerita bahawa ayah Hafizi sebenarnya penjenayah yang cuba merampas kapal terbang sewaktu kejadian berlaku.

Di situ juga muncul Ghani, seorang wartawan yang menjadi saksi penting ketika berlakunya kejadian nahas 30 tahun lalu itu. Ghani meneruskan usahanya untuk menerbitkan sebuah buku bertajuk Tragedi Tanjung Kupang berdasarkan pengalaman dan bukti-bukti yang diperolehinya semasa membuat liputan kejadian.

Usaha diteruskan Amir berhasil apabila dokumentari itu berjaya disiapkan atas bantuan Ghani. Malah ia juga berjaya membongkar kebenaran bahawa wang yang disangkakan Robert Chow dibelot oleh Andy Wong sebenarnya telah bertaburan ketika nahas berlaku hingga salah seorang daripada orang kampung yang mengutipnya telah disahkan gila kerana mengambil duit itu.

Keberanian juga berjaya dibuktikan apabila mereka mendapati ayah Hafizi bukanlah penjahat yang dimaksudkan. Malah Taha yang bertanggungjawab mencuri cincin daripada mayat ayah Hafizi juga memulangkan cincin tersebut yang diwasiatkan ibunya untuk menjejak semula keluarga sebelah ayahnya yang berada di Jepun.

Namun apakah halangan yang terpaksa dihadapi oleh Hafizi? Dapatkah dia menjejak semula keluarganya di Jepun? Bagaimana pula kesudahan cinta Azura dan Haris?

Pelakon Metafora: Aqasha ,Kazaruddin Saisi, Abu Bakar Juah, Fauziah Nawi, Almy Nadia, Anne Abdullah, Mahmud Ali Basha, Kenji Sawahi dan Jessie Lim

Drama bersiri Metafora mengisi slot Galeri Famili mulai 28 Disember 2011, Isnin hingga Rabu, 2.30 petang di TV2.

Poster drama Metafora

Kredit: Budiey

Masterchef Malaysia: Masa depan peserta cerah

Masterchef, program realiti masakan terkenal di Astro Ria (saluran 104) kini hanya tinggal 8 orang peserta bagi merebut gelaran juara Masterchef sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta menerbitkan buku masakan sendiri.

Sehingga hari ini, program Masterchef sudah memasuki episod yang yang ke-59. Cabaran yang diberikan semakin hari semakin sukar. Hanya mereka yang berbakat, kreatif dan tabah sahaja akan kekal sehingga ke peringkat akhir kelak.

Chef Riz Masterchef Malaysia

Mengulas mengenai prestasi peserta sepanjang program ini berlangsung, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz, 29, yang merupakan salah seorang juri tetap program ini berkata, prestasi peserta semakin bagus meskipun kadangkala dia kecewa dengan hasil masakan peserta.

“Dalam program ini prestasi peserta saya lihat semakin bagus tetapi ada naik turunnya. Mereka yang sudah sampai tahap top 10 ada masanya mengecewakan saya walaupun masakan mereka okey tetapi ada yang belum cukup baik.

“Tetapi dalam ramai-ramai peserta ada tiga dan empat orang yang saya lihat layak berada sehingga ke peringkat final kerana konsisten serta kualiti masakan yang diberikan,” ujarnya yang merahsiakan nama-nama peserta yang dianggap terbaik itu.

Chef Riz yang merupakan suami kepada aktres Ana Dahlia itu turut menambah program Masterchef bukanlah sebuah program realiti berlandaskan emosi dan membidas penonton yang mempertikaikan keputusan juri ketika proses penyingkiran berlaku.

“Penonton harus ingat bahawa ini sebuah program realiti masakan, kita nilai daripada segi rasa, persembahan dan skil masakan seseorang peserta.

“Sebaliknya pula yang berlaku terhadap penonton yang cepat berasa kasihan serta emosi contohnya ketika penyingkiran Mohamad Saiful Alip, seorang penoreh getah.

“Akhirnya, juara Masterchef mewakili tukang masak amatur di Malaysia. Mungkin pada masa depan mereka akan diundang untuk menyertai program Masterchef negara lain, jadi kita harus bersiap sedia memilih yang terbaik daripada yang terbaik,” balasnya.

Kesemua peserta Masterchef dikuarantin selama 12 minggu sepanjang penggambaran program berlangsung dan sepanjang itu juga penonton dapat menyaksikan tekanan yang diberikan buat peserta.

Kata Chef Riz, tekanan itu sengaja diberikan kepada peserta untuk membiasakan diri mereka dengan situasi dan tekanan sebenar bekerja di dapur sebagai tukang masak profesional.

“Memang juri Masterchef sengaja beri tekanan kerana itulah hakikat sebenarnya dalam bidang masakan. Masa diberi terhad, kehendak kami sebagai juri sangat tinggi, jika mereka boleh bertahan maknanya mereka boleh bekerja sebagai tukang masak profesional,” tuturnya.

Bercakap mengenai masa depan peserta program ini, Chef Riz memberitahu ada antara peserta yang tersingkir pada peringkat awal sudah mula bekerja dalam bidang masakan.

“Sebenarnya masa depan peserta bergantung kepada impian masing-masing. Ada yang masuk program ini sekadar ingin mencari pengalaman dan ada yang benar-benar ingin menukar bidang pekerjaan ke bidang masakan.

“Seperti salah seorang peserta, Aishah seorang pemandu lori, dia tidak dapat masuk top 24 tetapi kerana semangat, minat dan impiannya untuk bekerja dalam industri makanan, saya ambil dia bekerja. Sekarang dia bekerja di restoren milik saya, On The Table Cafeteria di Putrajaya,” katanya.

Seorang lagi juri tetap program Masterchef, Chef Zubir atau nama sebenarnya Zubir Md. Zain, 45, memberitahu kebanyakan peserta program ini mempunyai minat untuk mendalami bidang masakan secara serius.

“Walaupun pada peringkat permulaan mereka sekadar mencuba nasib dan ingin pengalaman tetapi apabila mereka masuk program ini, perasaan cinta terhadap bidang masakan bercambah.

“Ramai yang tanya saya, apa yang mereka perlu lakukan selepas tersingkir atau program ini tamat. Bagi saya setiap peserta yang keluar daripada Masterchef mempunyai peluang cerah tetapi belum boleh terus jadi chef profesional kerana mereka harus belajar dan bermula daripada bawah sebelum jadi yang terbaik,” jawabnya.

Kagum dengan semangat yang ada dalam diri setiap peserta Masterchef, kata Chef Zubir andai kata program ini akan diteruskan untuk musim yang kedua pesertanya kelak harus lebih banyak menimba ilmu masakan sebagai persediaan.

“Sekurang-kurangnya peserta harus tahu masakan tempatan, Barat dan Asia. Lebih baik jika mereka tahu bagaimana untuk memasak pencuci mulut atau masakan sejuk kerana dalam Masterchef bukannya semua tugasan memasak masakan panas sahaja,” ucapnya.

Selain bertindak sebagai pengacara dan juri, Chef Zubir, Chef Riz dan seorang lagi juri tetap iaitu Chef Johari Edrus turut terlibat memberi idea dalam pemberian cabaran kepada peserta.

Program Masterchef versi Malaysia yang merupakan sebuah program francais di lebih 10 buah negara seperti Amerika Syarikat, Greece, Indonesia, India, Croatia, Australia, New Zealand, Filipina dan Sweden bersiaran setiap hari Rabu sehingga Sabtu pada pukul 9 malam hanya di Astro Ria.c

Justin Bieber hadiah kereta Mustang pada rakan,Ryan Butler

Justin Bieber membuat kejutan kpd seorang sahabat baiknya dengan menghadiahkan sebuah kereta jenama Mustang berwarna putih sempena hari Krismas.

Justin Bieber dilaporkan memberi hadiah tersebut kepada rakan zaman kanak-kanaknya, Ryan Butler ketika pulang ke kediamannya di Stratford di Ontario, Kanada sempena musim cuti Krismas.


Ryan Butler memuat turun gambar kereta itu bersama mesej dalam laman web Twitter.

“Justin menghadiahkan saya sebuah kereta,” tulis Butler dalam Twitter.

Setakat ini, Bieber dilaporkan mendiamkan diri berhubung hadiah itu, sebaliknya dia hanya memaklumkan pengalamannya bercuti bersama keluarganya dalam laman itu

“Saya berasa lega dan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama orang yang disayangi sempena Krismas ini,” jelas Bieber.

Dia juga memuat turun beberapa gambarnya bersama adik-adiknya Jaxon, 2, dan Jazmyn, 3 tahun.

Bieber tidak menyebut tentang teman wanitanya, Selena Gomez dalam mesejnya.

Jue Aziz nafi sakit terkena buatan orang

Pelakon Jue Aziz menafikan dirinya sakit akibat terkena buatan orang sehingga menyebabkan namanya hampir digugurkan daripada senarai pelakon teater Se-Merah Padi yang telah dipentaskan sejak 24 Disember lalu.

Jue yang memegang watak Dara dalam teater itu berkata, ketidakhadirannya menjalani latihan selama empat hari sebelum ini disebabkan mempunyai masalah kesihatan dan telah memaklumkan kepada pihak produksi tersebut.

"Sebenarnya saya telah memaklumkan kepada pihak produksi kerana masalah kesihatan. Mungkin terdapat salah faham pada masa itu membuatkan saya dianggap tidak berdisiplin.

"Bagaimanapun saya menafikan kononnya saya sakit akiibat perbuatan orang. Sedangkan badan saya lemah gara-gara terlalu fokus dengan latihan teater ini.

"Tambah pula banyak babak yang memerlukan saya berlawan dan bermain emosi. Sampaikan saya meminta doktor untuk memberikan ubat tidur bagi membolehkan saya mendapat rehat yang cukup," katanya.

Tambah Jue, dia juga menegaskan penundaan teater berkenaan yang sepatutnya bermula 22 Disember diubah dua hari kemudian tiada kaitan dengan 'kehilangannya' itu.

Dalam pada itu, Jue kesal dengan segelintir pihak media yang membuat andaian sendiri tentang dirinya.

"Pelik, entah dari mana sumber yang mereka (media) dapat sehingga mengatakan saya tidak berdisiplin, tambah pula penundaan pementasan buka kerana saya tetapi terdapat masalah teknikal di situ.

"Saya memberi komitmen sepenuhnya terhadap teater ini. Dan hanya kerana saya tidak hadir ke latihan untuk beberapa hari akibat tidak sihat, saya diberi pandangan yang negatif.

"Diakui, saya tidak melayan sebarang panggilan termasuklah media supaya tidak mahu mengganggu mood dengan soalan-soalan yang berbaur negatif tentang diri saya.

"Jika tidak, tahap kesihatan saya pastinya tidak seimbang dan ini membuatkan saya kurang penghayatan pada hari pementasan nanti," tegasnya.

Sebelum ini, penerbitnya, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno kesal dengan sikap Jue yang secara keseluruhannya menyebabkan produksi tersebut terjejas.

Kerana hal tersebut, pihaknya telah pun menggunakan khidmat pelakon lain bagi menggantikan Jue, iaitu adik kepada pengarah Ahmad Idham, Abby Nadzri.


Bagaimanapun, Jue muncul dua hari sebelum pementasan untuk meneruskan latihan. Justeri itu, watak Dara tersebut dibintangi oleh dua pelakon.

Beritahu pengarahnya, Rosdeen Suboh, walaupun terdapat sedikit salah faham antaranya dengan Jue, dia gembira kerana Jue serta Abby berjaya menjiwai watak dengan baik.

"Memandangkan kami mempunyai dua orang 'Dara', maka saya gilir-gilirkan persembahan mereka. Tambahan pula, kesihatan Jue belum sihat sepenuhnya," jelas Rosdeen.

~ Mstar

Pementasan Se-Merah Padi yang turut dibarisi pelakon hebat iaitu Khir Rahman, Fauzi Nawawi dan Opie Zami itu masih lagi dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 31 Disember ini

Filem Boboi, Best Friend Forever (Boboi, BFF) bakal diterbitkan

Nama Boboi dalam Maharaja Lawak tidak mahu terus dilupakan oleh dua penggerak utama Boboi, Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik. Mereka optimis jenama tersebut mampu melangkah lebih jauh.

Berdiri di atas keyakinan tersebut, Boboi bakal memulakan penggambaran filem Boboi, Best Friend Forever (Boboi, BFF) pada penghujung Januari nanti.

Belum menyenaraikan mana-mana lagi pelakon yang bakal terlibat dalam filem itu, Afdlin Shauki selaku pengarah, turut menunjukkan minat untuk menggunakan khidmat beberapa individu yang terlibat dalam MLM.

"Mungkin Datuk AC Mizal akan berlakon sekali di dalam filem Boboi BFF nanti.

"Selain itu, saya juga berminat untuk menjemput Osbon dan juga Adlin untuk turut bersama-sama memeriahkan lagi filem tersebut.

"Malah, kalau boleh, kami juga nak ajak Datuk Chef Wan sekali," ujarnya kepada Hits baru-baru ini.

Malah, jika tiada aral melintang, jenama Boboi juga akan turut direalisasikan dalam bentuk animasi dan juga komik.

Mengakui kini mereka sedang bekerja keras dalam memastikan nama Boboi terus subur, Afdlin dan Harun bersependapat bahawa genre komedi sebenarnya sangat berpotensi untuk diperkembangkan.

Menjadikan platform MLM sebagai salah satu langkah promosi jenama Boboi, dalam masa yang sama, mereka juga sebenarnya cuba membawa sifat komedi itu untuk diterjemahkan agar dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat dan juga umur.

Showdown 2012 bermula 4 April 2012,8TV

Program realiti kumpulan tarian jalanan, Showdown 2012 akan kembali menghangatkan undustri hiburan tempatan.

Setelah mencapai beberapa kejayaan dan yang terbaru, memenangi anugerah Program Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2011, terbukti rancangan ini masih releven dalam mencungkil bakat penari jalanan tempatan.

Penolong Penerbit, Ganesh V berkata, objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini.

"Biasanya masyarakat memandang negatif terhadap tarian jalanan tetapi sebenarnya ia adalah suatu aktiviti yang sangat berfaedah.

"Bukan sahaja sebagai suatu bentuk aktiviti riadah tetapi sebenarnya bidang ini juga mampu dijadikan sebagai suatu karier yang serius bagi mereka yang benar-benar meminati bidang tarian.

"Selain itu, rancangan ini juga bertujuan untuk menyediakan suatu platform kepada anak-anak muda kita yang berbakat dalam bidang ini," katanya yang ditemui pada sesi ujibakat rancangan tersebut, baru-baru ini.

Ujibakat Showdown 2012

Showdown 2012 tahun ini menjelajah ke tiga lokasi ujibakat bagi mencari kru penari jalanan yang berbakat untuk diketengahkan di Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Pembaharuan yang dilakukan untuk musim terbaru ini ialah sesi ujibakat juga telah diadakan secara atas talian bermula 1 hingga 21 November lalu.

Ganesh menambah, ujibakat atas talian ini diadakan adalah bagi memudahkan kru yang berminat menyertai rancangan ini kerana mereka tidak perlu datang jauh semata-mata untuk sesi ujibakat.

"Dengan konsep ini juga, kru boleh menghantar kiriman video aksi mereka yang dirasakan terbaik berbanding semasa ujibakat secara langsung," tambahnya.

Secara keseluruhannya, Showdown 2012 telah menerima penyertaan daripada lebih 80 peserta seluruh negara tetapi juri tetap, Joe Flizzow dan Maple Loo hanya memilih 28 kru yang dirasakan benar-benar layak untuk ke peringkat Battle.

Peringkat Battle telah diadakan pada 19 Disember lalu dimana hanya 21 pasukan yang tinggal layak meneruskan perjalanan mereka ke peringkat seterusnya iaitu Meltdown.

Sesi Meltdown ini akan bermula pada Januari 2012 dimana peserta akan cuba mendapatkan tempat untuk mengisi 12 slot bagi kru tarian terbaik sebelum peringkat Dance Off yang bakal dipesersembahkan secara langsung di hadapan juri dan penonton.

Selain dua juri tetap yang dikekalkan buat musim terbaru ini, rancangan yang telah memenangi Program TV Popular di Shout! Awards 2010 ini turut mengekalkan hos yang juga penyampai radio Fly.Fm, Hafiz Hatim.

Rancangan ini akan mula bersiaran secara langsung bermula 4 April 2012, setiap Rabu, 9.30 malam di saluran 8TV.

Faizal Tahir - Buta Lirik

Lirik Buta - Faizal Tahir

Mampukah dirimu bertahan begitu
Benarkah begini mahumu terus sembunyi
Untuk apa selama ini
Diriku yang selalu disini

Butakah kamu

Bukan tak pernah ku memberi kata, ku kan ada
Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal

Mampukah jantungmu menahan semua
Sedarkah perit pun tak perlu biar ku hapus
Untuk apa diriku ini
Yang mampu kau terus punyai

Butakah kamu

Bukan tak pernah ku memberi kata, ku kan ada
Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal

Luruh keringat bertahan
Hati jiwaku serahkan
Terabai tersisih jauh
Tuhan tolong buka mata hatinya

Buka mata , aku di depanmu
Buta! Buka mata! Aku kan ada!

Bukan tak pernah ku membuat kau rasa sempurna
Bukan tak pernah ku memberi semua yang ku ada
Takkan lagi ada yang sepertiku
Kau kan sedar terlewat dan sesal
Ataupun ku yang buta

Dengarkan Breakdown single terbaru Mila Jirin

Jom dengar lagu single terbaru Mila Jirin. Breakdown dipetik daripada album inggeris pertama Mila Jirin yang dijangka akan berada di pasaran pada tahun hadapan. Lagu Breakdown merupakan sebuah lagu rancak yang tentunya mampu menarik perhatian peminat-peminat setia Mila yang telah lama menunggu buah tangan terbaru Mila Jirin!

Video Breakdown single terbaru Mila Jirin



Lirik Lagu Breakdown - Mila Jirin

We're heading for a breakdown breakdown breakdown
Ho wo ho oh oh...
Like a shooting star
In the date of night
All is falling down down
No without a fight ho oh

Chorus:
We close our eyes ignores the sign
Abuse our rights
We're heading for a breakdown
I tell you we need a shakedown
We go round and round and round
We're heading for a breakdown breakdown breakdown
Ho wo ho oh oh...

Like a speeding train
Running now thats right
Have you still got time time
Can we turn it back

Repeat Chorus

We took the chance we live the life
So many hide don't went straight
...
Coz you and I won't ready
Won't ready won't ready

We go round and round and round
We're heading for a breakdown breakdown breakdown
Ho wo ho oh oh...

We're heading for a breakdown
I tell you we need a shakedown
We go round and round and round
We're heading for a breakdown breakdown breakdown
Ho wo ho oh oh...

Saluran Astro Fiesta (channel 110) percuma ,26 Disember 2011 - 8 Januari 2012

6 Saluran Percuma Astro Fiesta

Mulai 26 Disember 2011 - 8 Januari 2012, saluran Astro Fiesta yang disediakan secara percuma kepada semua pelanggan Astro sebagai tanda penghargaan atas sokongan sejak 15 tahun yang lalu. Saluran Astro Fiesta menyediakan pelbagai rancangan tempatan dan antarabangsa yang pastinya menarik perhatian ramai.

Di Astro Fiesta, pelanggan berpeluang menonton saluran eksklusif baru iaitu FOX Family Movies secara percuma. Penonton-penonton dapat menikmati pelbagai filem Hollywood seperti The Santa Clause 3: The Escape Clause, Tim Burton’s The Nightmare Before Christmas, Trilogi Toy Story dan banyak lagi.

Selain itu, pelanggan Astro B.yond yang melanggan pakej Astro Variety juga boleh menonton rancangan-rancangan kegemaran mereka dalam HD (definisi tinggi) di saluran Star World HD seperti American Idol, Glee, Junior MasterChef Australia, Dancing with the Stars, America’s Next Top Model dan banyak lagi.

Siri baru Nickelodeon, Kung Fu Panda: The Legend of Awesomeness akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Fiesta sebelum episod selanjutnya ditayangkan di Nickeoldeon. Rancangan-rancangan seperti Ben 10: Secret of the Omnitrix, Phineas and Ferb the Movie: Across the Second Dimension, The Amazing World of Gumball juga akan menghiburkan peminat-peminat kartun.

Saluran Astro Fiesta bakal menyiarkan barisan persembahan tempatan & antarabangsa yang hebat seperti Konsert Aura 3 Diva (Dato 'Siti Nurhaliza, Ella & Ramlah Ram) dan konsert Suara Kami yang menampilkan artis-artis tempatan seperti Yuna, Hujan, Pop Shuvit serta artis-artis antarabangsa seperti Hin Cheung, Rania dan Nelly. Kehadiran rancangan-rancangan hebat seperti The 2011 Astro Classic Golden Melody Finals, Vivian Chow Specials, K-Pop Countdown, 2011 MTV Europe Music Awards, MTV World Stage 2011, Elton John – Red Piano, Andrea Bocelli – Concerto: One Night in Central Park, Nirvana – Live At The Paramount, Amy Winehouse: Live in London pastinya memeriahkan cuti perayaan anda.

Filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa seperti Kembar Siang, Sassy Girl 2, Manmadhan Ambu Engeyum Kadhal dan filem Hindi, Bodyguard juga akan disiarkan.

Beberapa dokumentari terbaik turut disiarkan antaranya Revealed: Malaysia’s Royal Rites oleh saluran Discovery Channel, A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak dan The Untold Truth about SuperMokh oleh saluran National Geographic.

Jangan lupa menonton saluran Astro Fiesta daripada 26 Disember 2011 hingga 8 Januari 2012. Untuk maklumat lanjut, sila layari untuk laman web www.astro.com.my

~ MH

Lirik Lagu Satu-Satunya - Dygta

Lirik Lagu Satu-Satunya - Dygta

Kau selama ini yang selalu ada di dalam hidupku
Kau temani aku di saat ku terjatuh dan terluka
Dan waktu berganti kini aku pun mulai menyadari
Cinta yang kau berikan begitu besar tulusnya padaku
Dan rasa ini menyakinkanku
Kamulah satu-satunya yang benar-benar aku inginkan
Yang benar-benar pantas ku jadikan kekasih
Kamulah satu-satunya yang benar-benar aku inginkan
Yang benar-benar pantas ku jadikan kekasih hatiku

Ku tak pernah bisa bertahan bila kau jauh dariku
Sungguh ku tak berdaya hati ini sangat membutuhkanmu
Dan waktu berganti kini aku pun mulai menyadari
Cinta yang kau berikan begitu besar tulusnya padaku
Dan rasa ini menyakinkanku

Kamulah satu-satunya yang benar-benar aku inginkan
Yang benar-benar pantas ku jadikan kekasih
Kamulah satu-satunya yang benar-benar aku inginkan
Yang benar-benar pantas ku jadikan kekasih hatiku

Rasakanlah cinta ini
Dan datanglah kepadaku

Kamulah satu-satunya yang benar-benar aku inginkan
Yang benar-benar pantas ku jadikan kekasih
Kamulah satu-satunya yang benar-benar aku inginkan
Yang benar-benar pantas ku jadikan kekasih hatiku

Filem Pecah lakonan Tony Eusoff, Izreen Azminda

Grand Brilliance Sdn Bhd yang bernaung di bawah jenama Primeworks Studios muncul dgn filem "Pecah", adaptasi karya Nizam Bakeri yang mengetengahkan genre 'thriller' bagi kelainan dalam filem adaptasi novel. Pergambaran filem Pecah telah bermula sejak 22 Disember lalu di sekitar Lembah Klang.

Teraju utama bagi filem ini ialah Tony Eusoff dan Izreen Azminda.

Sinopsis Filem Pecah
Filem ini mengisahkan tentang Tony yang memegang watak sebagai, Herman, seorang peguam yang membalas dendam terhadap lelaki yang menjalinkan hubugan sulit bersama isterinya yang dilakonkan oleh Izreen Azminda

David Teo dapat pangkat Mejar

Tahniah diucapkan kpd pengarah David Teo atas pengurniaan pangkat yang membawa kepada gelaran Mejar Kehormat David Teo atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Agong. Majlis disempurnakan oleh Panglima 12 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Nazir Bin Mami.

Mejar David Teo

Berkongsi mengenai pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh beliau sepanjang mengikuti pasukan Askar Wataniah Rejimen 515 sejak awal tahun ini, David memberitahu, “Banyak pengalaman dan cabaran yang saya lalui. Antara cabaran yang paling besar ialah nak bangun tidur awal.

“Mula-mula saya rasa sakit kepala sebab tak cukup tidur, namun selepas seminggu, saya dah biasa. Saya juga kena lari sejauh 2.6 kilometer serta belajar kawad. Paling seronok, saya dapat belajar cara membaca kompas, peta, cara mengemas katil dan juga memegang M16.”

Kenaikan pangkat Mejar ini adalah satu penghargaan buat David Teo dan beliau akan gunakan untuk terus memupuk minat masyarakat untuk menyertai askar Wataniah dan memberi simbolik bahawa penyertaan dalam askar wataniah adalah sangat seronok dan menghiburkan.

So, sesiapa nak ikut jejak langkah David Teo yang memang sporting ni, silalah join Askar Wataniah bagi berkhidmat untuk negara!

Lirik Lagu Penerang Hati – 6ixth Sense Ft Saujana

6ixth Sense Ft Saujana - Penerang Hati Lirik

Mencinta Mu terangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Chorus
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

Ulang Chorus 2x

Sinopsis Drama 7 Hari 7 Malam Lagi!

Sinopsis Drama 7 Hari 7 Malam Lagi!

Drama 7 Hari 7 Malam Lagi! bermula apabila Jamil membeli pakej percutian yang yang dianjurkan oleh ibu Intan (Mak Tom) sebagai satu langkah mencari bakal suami kepada Intan. Mak Tom terpaksa berbuat demikian demi mencari lelaki sejati yang akan dapat menjaga Intan dengan baik. Kini Intan dan Jamil telah bertunang dan tarikh perkahwinan merekapun telah ditetapkan.

Hasnah, Karim dan Jamil datang ke Kuala Terengganu diiringi oleh Harun dan Apipah. Hajah Hasnah meminta budi bicara Mak Tom dan keluarga Intan yang lain supaya memberi keizinan untuk mengadakan majlis akad nikah dan bersanding sepenuhnya di Brunei dengan mengikut adat istiadat Melayu Brunei . Permintaan itu dibuat demi memenuhi kehendak nenek Jamil yang sudah uzur.

Intan pula tidak senang duduk apabila makin hampir tarikh akad nikah, lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu bakal bersanding di Brunei dengan adat istiadat orang Brunei. Intan juga bimbang Jamil akan mungkir janji untuk tinggal di Terengganu selepas kahwin. Semua ini gara-gara Intan terpengaruh dengan cakap Makcik Ramlah. Bagi Intan, kalau Jamil mungkir janji, ini akan menyusahkan Mak Tom kerana terpaksa menguruskan chalet mereka sendirian. Mak Tom nasihatkan Intan supaya jangan buat andaian kerana dia yakin Jamil takkan mungkir janji.

Intan komited untuk menyiapkan kerja-kerja yang ada sebelum dia bercuti panjang. Ketekunan Intan buat kerja menyebabkan Jamil bosan. Ketika itu Diana, bekas kekasih Jamil muncul kembali dalam hidup Jamil .

Diana terkejut kerana bertemu Jamil di Terengganu. Dia yang sebelum ni pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Jamil menyangka Jamil patah hati dan membawa diri ke Terengganu dan bekerja di chalet itu. Diana datang ke Terengganu kerana mengikuti seminar kecantikan. Hajah Hasnah dan Haji Karim yang terserempak dengan Diana, kurang senang dengan kehadirannya.

Intan dan Jamil berselisih faham. Intan mencurigai kejujuran dan kesetiaan Jamil terhadapnya, padahal semua yang berlaku cuma satu kebetulan. Keadaan bertambah keruh apabila Rudy masih menyatakan perasaan sayangnya terhadap Intan.

Intan lebih terkejut apabila dia terpaksa melalui proses 'berkurung' selama tujuh hari tujuh malam sebelum upacara bersanding. pelbagai insiden lucu dan menarik berlaku semasa Jamil dan Intan ingin berjumpa secara bersembunyi.

7 Hari 7 Malam Lagi! drama rantaian 4 episod mulai 16 Disember 2011. Drama arahan Kamaruldin Hassan ini membariskan pelakon kedua-dua buah negara termasuklah Hazeem, Atie AF, Kismah Johar, Jaafar Onn, Aznah Hamid, Liza Abdullah dan Kaza yang menyingkap kisah percintaan menarik antara pemuda dari Brunei, Jamil dan gadis tomboy dari Malaysia bernama Intan.

Jangan lupa menyaksikan '7 Hari 7 Malam Lagi!' pada setiap Jumaat, jam 4.00 petang menerusi TV1

Kisah hidup Hamid Gurkha

Biografi Hamid Gurkha

Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Ab Rahman mula dikenali melalui filem Panglima Badul pada 1978, Pak Hamid masih aktif dalam bidang seni, biarpun usianya kini menjangkau 78 tahun. Dilahirkan pada 22 Ogos 1933, ketika negara masih lagi di bawah penjajah, Pak Hamid memilih untuk menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun,bermula pada 1950.

“Masa itu, terlalu banyak dugaan dan cabaran.

“Semasa peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan apabila mendengar berita balai polis diserang oleh 180 pengganas komunis, hati saya melonjak untuk menghulurkan bantuan, tetapi segala perhubungan telah dipotong oleh komunis.

“Peristiwa itu masih bermain di fikiran. Sebab itu apabila ada isu dicetuskan baru-baru ini mengenai Mat Indera sebagai pejuang, saya rasa terkilan kerana kami lebih mengetahui siapa pejuang,” katanya yang kini baru selesai penggambaran filem Jiwa Kacau dan Halimunan.

Hamid Gurkha Johan Bintang Radio RTM

Bercerita mengenai penglibatan awal di dalam industri seni, Pak Hamid berkata, perjalanannya dalam bidang seni bermula ketika menyertai pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965.

Katanya, setelah merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian terus melamarnya untuk membuat persembahan pentas.

“Selepas itu, saya bergerak di bawah kementerian dan tidak lama kemudian, (pelawak) Datuk Jamali Shadat mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.

“Sehingga sekarang saya masih bersama Jamali untuk mengadakan persembahan. Semasa bersamanya, kami berjaya menampilkan album sketsa lawak jenaka pada 80-an, terbitan Life Records.

“Pada awal 90-an, filem Main-Main Hantu memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat,” kata bapa kepada lapan orang anak itu.

Filem itu turut dibintangi oleh Nancie Foo, Melissa Saila, Alice Voon, Lili Patra, Azman Hassan, Nor Albaniah dan Bibi Yem.

Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila pada 1979, Sikit Punya Gila (1982), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984), Ragam Pemandu (1989), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006) Zombie Kampung Pisang dan terbaru, Alamak Toyol.

Di atas kesungguhan beliau dalam bidang seni, Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada 1982.

Tolak rakam album

Merenung ke arah mata tua ini, nampak bagaikan ada kekecewaan di hatinya terhadap segelintir syarikat rakaman yang masih gagal menilai harga artis veteran sepertinya.

Ada kalanya, perkara itu membuatkannya patah hati untuk merakamkan album kerana ditawarkan harga tidak berpadanan dengan bakat, kebolehan dan pengalamannya.

“Sebelum ini, saya ada terima tawaran merakamkan album sketsa lawak jenaka daripada beberapa syarikat rakaman, tetapi saya tolak kerana bayaran ditawarkan langsung tidak berbaloi.

“Ia seakan penghinaan buat saya. Setelah lebih 30 tahun bergiat dalam industri ini, itu sahaja yang mampu mereka bayar. Saya bukanlah terlalu meletakkan harga tinggi, tetapi ia sangat mengecewakan.

“Ada juga di antara mereka yang memberi alasan, album sekarang sukar dijual berbanding album dahulu. Itu adalah alasan biasa digunakan untuk melembutkan hati kita, tetapi saya tetap tolak kerana perkara ini menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pelawak yang masih aktif,” katanya, yang kini banyak menghabiskan masa bersama 30 cucunya.

Tambahnya, walaupun pelbagai cabaran dilalui, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus beraksi menerusi medium drama atau filem kerana beliau yakin, golongan peminatnya masih ada.

Tak sangka mampu melawak

Sehingga kini, Pak Hamid masih tertanya-tanya, bagaimana dia boleh bergelar seorang pelawak kerana perkara itu tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

Sebelum menyertai pertandingan Bintang Radio RTM, Pak Hamid pernah menyertai pentas kampung untuk membuat persembahan sambutan hari raya dan sebagainya.

Ketika itu, niatnya hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang dan melampiaskan minat dalam dunia seni.

“Saya memang minat untuk menceburi bidang seni tapi tak sangka pula saya akan jadi pelawak. Memang dari bangku sekolah lagi, saya sering buat lawak dengan kawan-kawan.

“Dulu, saya hairan kenapa saya sering dipanggil membawa watak komedi sahaja. Tetapi, lama-kelamaan saya mula menerima bahawa dunia lawak adalah dunia saya,” katanya yang kini menerima pencen askar RM720 sebulan.

Petua Pak Hamid

Walaupun usianya sudah lanjut, Pak Hamid bersyukur kerana tidak mengidap penyakit merbahaya.

Penglihatannya juga masih jelas dan boleh memandu untuk pergi ke lokasi penggambaran.

“Saya selalu amalkan ‘3 Kul’ setiap kali selepas solat. Setiap kali selepas solat, saya akan baca tiga surah tersebut dan selawat ke atas Nabi SAW tujuh kali.

“Saya turut amalkan bacaan selawat nabi setiap kali mandi di waktu pagi. Ketika jirus air ke badan, saya sertakan dengan doa agar ALLAH SWT menghindarkan penyakit.

“Dari segi pemakanan pula, saya amalkan pengambilan beras merah untuk kekal sihat sejak lapan tahun lalu. Itu sahaja. Yang lain saya serah kepada-Nya,” katanya.

Kenangan bersama P Ramlee

Mengakui beliau seorang peminat biduan agung Tan Sri P Ramlee, Pak Hamid mempunyai kenangan manis bersama bintang lagenda itu ketika sama-sama bergiat dalam industri lakonan.

“P Ramlee tahu saya minat dia. Masa dulu-dulu, saya memang selalu menyanyikan lagu-lagunya. Kalau berjumpa dengan P Ramlee, kami berbual mesra.

“Pada satu ketika, saya belanja P Ramlee makan. Allahyarham seorang yang baik dan tidak sombong dengan orang.

“Allahyarham banyak memberi tunjuk ajar. Nasihat mempunyai maksud tersirat,” katanya lagi.

Mengenai keinginannya di usia senja ini, Pak Hamid hanya menggelengkan kepala. Katanya, segala keinginan telah diperoleh.

“Nak beli baju baru, baju dah banyak. Nak pergi Makkah, dah pergi tiga kali. Apa lagi saya mahu? Segalanya sudah cukup bagi saya. Tidak perlu memasang keinginan lain kerana ia menyebabkan kita tidak akan puas dengan apa yang kita ada.

“Tanggungjawab sebagai bapa akan saya akhiri hari ini (25 Disember), apabila anak perempuan saya selamat diijabkabulkan. Selepas itu, saya hanya ingin melihat keluarga saya hidup dalam keadaan damai,” katanya.

Profil Biodata Hamid Gurkha

Profil Biodata Hamid Gurkha

Nama Penuh: Abdul Hamid Ab Rahman
Tarikh Lahir: 22 Ogos 1933
Tempat lahir: Segambut
Nama Isteri: Timah Abdul Hamid
Idola: Tan Sri P Ramlee dan Seniwati Saadiah
Menetap: Klang

Nama anak perempuan Marion Caunter, Leia Rose

Gambar bayi Perempuan Marion Caunter dan SM Nasarudin

anak perempuan Marion Caunter, Leia Rose

Marion Caunter atau nama Islamnya Marion Rose Caunter Abdullah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan 16 Disember 2011 bernama Leia Rose Caunter Nasarudin.

Memang comel anak kacukan ni. Moga dengan kehadiran cahayamata Leia Rose Caunter Nasarudin, Marion dan suami akan bertambah bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat .

Gemersik Kalbu Sinopsis, drama TV3 lakonan Aqasha,Ayu Raudhah

Sinopsis drama Gemersik Rindu

Gemersik Rindu berkisar tentang pahit manis kehidupan Raihana yg tabah menghadapi ujian hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yg mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.


Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan.

Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?

Drama Gemersik Rindu diarahkan Heykal Haniffah dan membariskan pelakon berbakat Aqasha,Ayu Raudhah Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee, Khatijah Tan dan Watie Sadali.

Drama Gemersik Rindu dpt disaksikan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam, bermula 2 Januari 2012.

Ramli MS tinggal di hotel, kini mau pindah rumah baru slps 10 tahun

Siapa sangka Ramli MS tinggal di hotel selama 10 tahun? Mungkin kerana hotel menyediakan sekuriti dan keselesaan membuatkan Ramli MS memilih menetap di hotel selama ini. Ramli berkata tiada memori yang indah untuk diingati disebabkan terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel sentiasa melayannya dengan baik.

Ramli MS

Namun baru-baru ini Ramli MS berkata dia mula berfikir ttg masa depan dan ingin berpindah ke rumah baru dan membawa ibunya bersama. Ramli MS akan pindah ke rumah baru pada awal tahun depan 2012. Ramli MS juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninya itu.

Selamat berpindah ke rumah baru, Ramli MS!! Tapi hotel mana ye dia duduk?

Program TV sempena Tahun Baru 2012,TV3

Rancangan TV istimewa sempena Tahun Baru 2012 di TV3

Pearl Screen: Ip Man, Isnin, 26 Disember, 10.00malam
Sinopsis: Penaklukan Jepun di tanah China pada tahun 1937 memberi kesan kepada semua penduduk terutamanya penduduk Foshan, selatan China. Rumah salah seorang guru seni bela diri iaitu Ip Man telah digeledah dan dia sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut. Ketika penjajahan Jepun ini, penduduk tempatan harus menewaskan askar Jepun di dalam latihan bela diri untuk mendapatkan semangkuk nasi. Tindakan Jeneral Miura ini membangkitkan kemarahan penduduk tempatan.

Melodi Terhangat – Selasa, 27 Disember, 6.00petang
Ikuti 10 kontroversi yang menjadi bualan hangat sepanjang tahun 2011! Antaranya kisah dua pelakon jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish, pelakon dan pengarah drama “Asmara”, Faezah Elai dan Heykal Hanafiah, cinta Shahz Jaszle dan Maria Farida serta perang Twitter Azwan Ali.

Fuhhh! Terbaik – Selasa, 27 Disember, 11.00malam
Sinopsis: Episod khas ini akan mengimbas kembali fesyen-fesyen artis tanah air di majlis-majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu 25, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Skrin 2011. Selain itu, muzik video terbaik untuk tahun 2011 dan aktiviti tanggungjawab sosial artis turut dipaparkan

3 Idiots – Selasa, 28 Disember, 10.00malam
Sinopsis: Farhan Qureshi, Raju Rastogi dan Rancho merupakan pelajar kejuruteraan dan berkongsi kediaman di Kolej Kejuruteraan Imperial. Farhan mengambil jurusan ini kerana permintaan ayahnya sedangkan dia mahu menjadi jurugambar, Raju pula bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan Rancho kerana kegilaannya terhadap mesin-mesin.

Mega Movie: Wanted – Jumaat, 30 Disember, 10.00malam
Sinopsis: Wesley Allan Gibson, seorang kerani yang melalui rutin hidup yang membosankan. Wesley selalu dihina oleh bosnya manakala kekasihnya curang di pejabat. Suatu hari, Wesley bertemu dengan seorang wanita misteri bernama Fox yang menyampaikan berita bahawa ayahnya merupakan seorang pembunuh profesional dari kumpulan “Fraternity” dan telah dibunuh oleh Cross, yang membelotkan kumpulan “Fraternity”

Gelombang 2011 – Sabtu, 31 Disember, 5.00petang
Sinopsis: Gelombang 2011 mengupas pelbagai cerita dalam dan luar negara yang paling mendominasi tajuk utama sepanjang tahun 2011. Dari agenda politik ke kancah sukan dan dari perkembangan ekonomi ke perihal sosial. Antara yang dipaparkan; tsunami Jepun, tragedi tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, kemelut negara Arab, perkahwinan DiRaja Putera William dan Kate Middleton, perletakkan jawatan oleh Misbun Sidek

Cerekarama: Aduh Sayang, 31 Disember, 9.00malam
Sinopsis: Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.

Istimewa Maher Zain, 1 Januari, 6.00petang
Sinopsis: Kenali Maher Zain secara lebih dekat lagi melalui temu bual eksklusif dan ikuti persembahan istimewa beliau ketika Konsert Maher Zain di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Jatuh Cinta, 1 Januari, 9.00malam
Sinopsis: Manisah tinggal bersama ibu bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah dan hidup secara sederhana. Dia sentiasa membantu keluarganya untuk menyara hidup. Badrul, pengasas syarikat terkenal merupakan seorang duda yang tinggal dengan anak perempuannya bernama Tasha. Manisah bukan seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan tidak pernah keluar dari kampungnya. Ayahnya mahukan Manisah gembira dan berharap dia akan berkahwin dengan seorang yang kaya.

Barbie Princess Charm School, 2 Januari, 9.00pagi
Sinopsis: Barbie sebagai Blair Willows, seorang gadis yang setia menjaga ibu dan adiknya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Bagi mengubah nasib keluarganya, Blair membuat keputusan drastik menyertai Princess Charm School dengan harapan dapat menjadi Kerabat DiRaja suatu hari nanti.

Slumdog Millionaire, 2 Januari, 5.00petang
Sinopsis: Mengisahkan tentang Jamal Malik, berusia 18 tahun, anak yatim berasal dari kawasan miskin di Mumbai yang bakal melalui perubahan terbesar di dalam hidupnya. Seluruh negara sedang menonton keajaiban Jamal yang hanya perlu menjawab satu sahaja soalan lagi sebelum memenangi 20 juta rupees di dalam rancangan “Who Who Wants To Be A Millionaire?”. Seluruh negara dikejutkan dengan penahanan Jamal kerana didakwa menipu

Pearl Screen: Armour Of God, 2 Januari, 10.00malam
Sinopsis: Jackie pernah bersama Alan dan Laura di dalam sebuah kumpulan muzik sebelum dia dibuang. Namun, Alan kembali mencari Jackie untuk meminta bantuan selepas Laura diculik. Jackie mencuri salah satu pedang lagenda yang terkenal dengan nama “Perisai Tuhan” (Armour of God) dari sekumpulan puak Afrika.

Kredit to Budiey
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact