Lisa Surihani dapat Anugerah Pencapaian Khas Puteri Umno

Lisa Surihani dianugerahkan Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno pada Perhimpunan Agung pergerakan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Rabu. Lisa Surihani, Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 berkata, beliau berbesar hati dan bersyukur dengan anugerah tersebut.

Anugerah Pencapaian Khas Puteri Umno

"Saya terkejut apabila menerima surat yang memaklumkan mengenai anugerah ini. Saya nampak ia sebagai sesuatu yang positif bahawa seseorang boleh melanjutkan pelajaran dan menceburkan diri di dalam bidang seni," katanya yang merupakan graduan jurusan undang-undang.

Lisa juga mengakui bahawa beliau bukanlah seorang ahli Puteri Umno.

"Tetapi berada di perhimpunan seperti ini telah menyuntik semangat saya," katanya sambil menambah adalah terlalu awal untuk beliau mengatakan dirinya telah bersedia untuk menyertai politik.

Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri juga dianugerahkan kepada Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan yang juga seorang anggota Puteri sejak beberapa tahun yang lalu.

"Saya hanya mendapat tahu tentang anugerah ini lima hari yang lalu. Saya langsung tidak menjangkakan akan diberi penghormatan sebegini rupa," katanya dan menambah akan terus berkhidmat kepada Puteri.

Beliau yang giat mengajar kelas al-Quran dan tajwid kepada guru-guru sekolah agama di seluruh negara juga memberitahu terpaksa membatalkan beberapa kelas yang dijadualkan Rabu untuk hadir menerima anugerah itu.

Tiga lagi penerima anugerah itu adalah pemenang pingat emas acara renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi, penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.

Harlina yang mengusahakan perniagaan jambu batu berkata, anugerah itu membuktikan bahawa wanita muda juga boleh berjaya jika berusaha dan mempunyai semangat yang kuat serta tidak mudah putus asa.

Capital FM : Stesen radio untuk wanita urban

Stesen radio untuk wanita urban, Capital FM ke udara secara rasmi pada 1 Disember 2011 menerusi frekuensi 88.9 di seluruh Lembah Klang, Bidor, Sungkai, Tanjong Malim, Kuala Lumpur, Klang, Petaling Jaya, Cyberjaya, Nilai dan sebahagian tempat di Seremban.

Program yang mula bersiaran seawal 6 pagi itu membabitkan penyampai di kalangan selebriti popular dalam membincangkan topik dan kandungan yang menonjolkan dunia sebenar wanita.

“Tujuan utama kami menubuhkan stesen radio ini untuk memberikan wanita hak untuk bersuara dalam media.

“Kami berusaha untuk menyediakan maklumat yang relevan dan semasa di kalangan wanita moden dan tidak pernah diberikan oleh stesen lain,” kata Timbalan Ketua Penyiaran Kumpulan Star Radio, Tan Chong Kheng di sidang media melancarkan Capital FM di pejabat Capital FM, di sini, Rabu.

Capital FM membariskan penyampai-penyampai popular dan ternama seperti Asha Gill, Joanne Kam, Xandria Ooi, Patricia K, Sheela Haran, April Kuan, Joey G dan Liang.

Joanne Kam dan Joey G akan bergandingan untuk segmen Talk of the Town dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi, Asha Gill (Eat, Love, Play/ 10 pagi-1 petang), Patricia K (My City/ 1 petang-4 petang), Xandria Ooi & Liang (The Jam Break/ 4 petang-8 malam), Sheela Haran (Groovedown/ 8 malam-12 pagi) dan April Kuan (Saturday Global Passport/ 10 pagi-2 petang & Sunday Jazzscapes/ 2 petang-6 petang).


Pada setiap bulan, seorang penyampai jemputan akan turut sama ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi. Untuk Disember ini, pelakon Tony Eusoff akan menjadi penyampai jemputan stesen radio itu.

Stesen radio ini disasarkan kepada wanita urban yang berumur 25 hingga 35 tahun dengan tagline Women- The New Capital.

Stesen radio ini adalah milik Kumpulan The Star.

Far East Movement di Taman Ekuestrian Bukit Kiara,3 Disember 2011

FAR EAST MOVEMENT akan menggegarkan ibu kota dengan muzik mereka pada 3 Disember ini.

Single hit Like A G6 dan Rocketeer meledakkan nama grup kuartet hip hop Amerika Asia, Far East Movement. Sesuai dengan jenama yang diberikan, kumpulan yang dianggotai oleh Kev Nish (Kevin Nishimura), Prohgress (James Roh), J-Splif (Jae Choung), and DJ Virman (Virman Coquia) itu bakal menggegarkan arena tertutup Taman Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 3 Disember ini.

Far East Movement

Dipersembahkan oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama TuneTalk Mobile Prepaid serta Levi’s, Moovment 2011 akan diserikan lagi dengan penampilan DJ Earthworm.

Tidak perlu diperkenalkan lebih lanjut kerana kumpulan yang berpangkalan di Los Angeles itu sudah cukup mengejutkan dunia menerusi lagu tema filem The Fast and The Furious: Tokyo Drift berjudul Round Round sehingga dijadikan runut bunyi untuk versi permainan video.

Far East Movement pada dasarnya hanyalah sebuah band yang dianggotai oleh tiga orang ahli sebenarnya, Kev Nish, Prohgress, and J-Splif yang bergabung pada tahun 2001 atas dasar antusias dalam aliran muzik sejak di bangku sekolah.

Ketika itu nama Emcees Anonymous digunakan. Sehingga pada tahun 2006, jenama baharu diberikan bersempena dengan judul salah sebuah lagu dalam album pertama mereka, Folk Music iaitu Far East Movement.

Sejajar dengan perkembangan positif itu, kumpulan itu giat mencipta nama di kelompok negara Asia dan Amerika Syarikat.

Sehingga kini, Far East Movement sudah membikin dua buah album selepas Folk Music berjudul Animal pada tahun 2009 dan Free Wired pada tahun lalu.

Manakala, menyusuri perjalanan yang sama pada tahun depan, album keempat Dirty Bass pula akan dilancarkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghangatkan arena tertutup Taman Ekuestrian Bukit Kiara bermula pukul 8 malam pada 3 Disember ini yang pastinya menjanjikan persembahan bertenaga dan aksi yang penuh memukau.

Tiket berharga RM103 (Rock Zone) dan RM203 (Pit Zone) sudah mula dijual bermula 26 Oktober lalu, hubungi 03-8775 4666 untuk sebarang pembelian.

Informasi Movement 2011 boleh didapati di www.marctensia.com atau 03-2092 1199 dan www.universalmusic.com.my atau 03-7958 7433.

8 Finalis Twisties Superstarz Search

8 peserta telah terpilih bagi berentap dalam pertandingan pencarian bakat baru, Twisties Superstarz Search bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000 selain bakal muncul dengan single yang akan ditayangkan di saluran MTV.

AvantGuard (A.V.G.), Cheryl Koh Shao May, Eddie Courtney Chan Yong Hui, Heart A Tack, Jason Francis, Meroshana Thaiyalan, Nicholas Ng Yungkit, Rhythm Nation merupakan lapan finalis bertuah yang terpilih bagi berentap di pusingan akhir pertandingan nyanyian tersebut.

Pengarah Pemasaran, Kraft Foods Malaysia, Jason Chin berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk menyediakan platform untuk anak muda negara ini mempersembahkan bakat seni yang mereka miliki kepada khalayak.


"Kami sangat teruja dengan penganjuran kali pertama Twisties Superstar 2 Search dan dengan kerjasama MTV tahun ini. Diharap ianya dapat membuka peluang kepada anak muda tempatan untuk mencapai impian sebagai penyanyi.

"Kelapan-lapan finalis yang dipilih adalah yang terbaik dan pastinya agak sukar untuk menentukan pemenangnya. Apa pun kesemua mereka akan berentap dan hanya satu yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang utama ," kata Jason dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pemilihan kelapan-lapan finalis tersebut telah ditentukan oleh penyanyi popular seperti Nadhira, JD dari kumpulan Pop Shuvit, Rahul (One Buck Short) dan Sasi the Don.

Pertandingan akhir, dijangka akan diadakan pada Januari tahun hadapan.

Angelina Jolie- Brad Pit Mahu Tambah Anak Angkat

Angelina Jolie dan Brad Pitt masih lagi meneruskan mengambil anak angkat walaupun telah memiliki tiga orang anak angkat iaitu Maddox (9) dari Kamboja, Pax (7) dari Vietnam, Zahara (6) dari Ethiopia.

Menurut sebuah laman portal ShowbizSpy, Jolie akan mengambil seorang lagi anak angkat dari negara kelahiran Zahara.

Angelina Jolie- Brad Pit

"Mereka sangat gembira dengan perancangan itu. Pasangan itu telah berjanji kepada Zahara beberapa tahun lalu untuk mengambil anak angkat untuk dijadikan sebagai peneman," kata sebuah sumber kepada ShowbizSpy.

Pengambil anak angkat yang dirancang mungkin boleh dikaitkan mengenai kepercayaan yang dipegang oleh pasangan ini dimana mereka percaya kebahagiaan sesebuah keluarga akan datang jika memiliki seramai tujuh orang anak.

Brad juga pernah mengakui bahawa dia ingin mempunyai sebuah keluarga yang besar dan gemar melihat suasana riuh rendah yang ditimbulkan anak-anak.

Selain Maddox, Pax dan Zahara pasangan itu juga mempunyai tiga anak kandung iaitu Shiloh (5) yang lahir di Namibia serta anak kembar Vivienne dan Knox (2 tahun) pula lahir di Perancis.

Klik Musim Kedua Astro Ceria

Astro Ceria bakal meneruskan kesinambungan drama komedi remaja berjudul Klik pada setiap Ahad, pukul 10.30 pagi bermula 4 Disember ini.

Drama komedi 13 episod ini masih mengekalkan barisan pelakon musim pertama seperti Ariel Zafril, Erin Malek, Aren Yunus, Sashwin Raj, Fiffy Natasya, Wawa Zainal dan Jorrin.

Pengurus saluran Astro Ceria Evon Koh berkata, drama bersiri ini diteruskan untuk musim kedua berikutan permintaan dan sambutan menggalakkan penonton pada musim pertama.

"Melalui penelitian kami, kebanyakkan penonton lebih gemar dan cenderung kepada pengisian yang bersifat ringan dan tidak memerlukan penghayatan yang berat untuk mentafsir keseluruhan jalan cerita.


"Golongan remaja sebagai golongan sasaran lebih mudah menerima mesej yang disampaikan melalui cara bersahaja dan komedi berbanding jalan cerita sarat pengajaran," ujarnya.

Tambahnya drama Klik turut menjadi drama yang berjaya meraih jumlah penonton memberangsangkan di antara drama-drama yang pernah ditayangkan di Astro Ceria.

Malah drama musim kedua ini lebih lucu dan mencuit hati. Musim ini juga masih mengekalkan konsep santai, bersahaja dan menghiburkan dalam mengupas persoalan golongan remaja .

Pelbagai gelagat sekumpulan remaja yang boleh ditonton pada setiap episod drama komedi ini bakal mencuit hati penonton.

Bintang Harry Potter, Daniel Radcliffe selebriti muda terkaya

Bintang filem Harry Potter, Daniel Radcliffe dinobatkan sebagai selebriti dibawah 30 tahun terkaya oleh majalah Heat sekaligus mempertahankan posisi yang disandangnya tahun lalu.

Manakala pelakon Robert Pattinson berada di kedudukan ketiga berbanding tempat kelima pada tahun sebelumnya dan berjaya mendahului dua rakan Daniel iaitu Emma Watson dan Rupert Grint.

Daniel Radcliffe

Aktres Keira Knightley yang popular menerusi filem Pirates of the Caribbean berada di tempat kedua dalam carta itu sementara penyanyi muda, Adele tercatat sebagai pendatang baru dengan posisi tertinggi iaitu pada kedudukan 16.

Daniel yang baru berusia 22 tahun mempunyai kekayaan sebanyak USD80 juta yang kebanyakannya hasil royalti daripada francais filem Harry Potter.

Manakala pendapatan Keira pula sebanyak USD47.8 juta diikuti Robert USD38.5 juta.

Antara nama yang terkeluar daripada carta tersebut adalah Katherine Jenkins dan model Kelly Broke yang telah melebihi had umur selain penyanyi Amy Winehouse yang telah meninggal dunia pada Julai lalu.

Linda Jasmine bakal menimang baby perempuan Mei 2012

Linda Jasmine,isteri pelakon Que Haidar bakal menimang bayi perempuan pada Mei 2012.

Linda Jasmine yang sedang hamil empat bulan itu begitu teruja apabila mendengar berita tersebut memandangkan dia memang inginkan anak perempuan selepas kelahiran bayi kedua, Tengku Ratu Haidar, 2.

“Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru.

“Doktor mengesahkan bayi ini 95 peratus adalah perempuan. Bagaimanapun masih awal untuk membuat jangkaan.

Linda Jasmine

“Sama seperti sewaktu hamil anak pertama, Qalif dan Ratu, saya alahan teruk tetapi sekarang semakin kurang,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Linda melahirkan Ratu secara pembedahan dan dia akui alahan dengan ubat tahan sakit.

“Memang selepas dua tahun Ratu lahir, kami merancang untuk mempunyai anak lagi. Saya gembira dan bersyukur kerana hamil lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat.

“Walaupun saya alahan dengan ubat tahan sakit, saya anggap ia sebagai suatu pengorbanan apabila melahirkan bayi ini nanti,” jelasnya lagi.

Skuad Imam Muda, metodologi dakwah secara santai

Skuad Imam Muda akan bersiaran pada setiap hari Rabu, pukul 9 malam bermula 7 Disember depan menerusi Astro Oasis (106).

Dua peserta program realiti Imam Muda musim kedua, Mohd Fakhrurrazi Hussin dan Nazrul Izwan Zolkiflee mengakui selesa menggendalikan program terbaru Astro Oasis, Skuad Imam Muda.

Fakhrul dan Nazrul berkata, walaupun berasa kekok pada awal penggambaran program travelogue 13 episod itu, mereka mula berasa seronok setelah mendapat bantuan daripada pihak produksi.

"Semasa menyertai program Imam Muda ia berbeza kerana konsepnya yang formal berbanding dengan Skuad Imam Muda kami perlu menjadi lebih santai dan cergas.

"Tapi Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan kami berasa seronok dapat mengendalikan program ini," ujar Fakhrul semasa sidang media pelancaran program tersebut di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Nazrul berkata, pengalaman mengendalikan program tersebut telah memberikan persepsi baru kepada diri mereka berdua terhadap dunia luar yang sebelum ini agak asing.

"Dari kecil sehingga dewasa kami banyak menghabiskan masa di asrama sehingga melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.

"Pendedahan mengenai dunia luar agak kurang, jadi program ini telah memberikan pendedahan yang luas mengenai masyarakat diluar sana," ujarnya.

Skuad Imam Muda

Tambahnya, selain melawat pelbagai tempat, mereka berdua banyak berkongsi pandangan, memberi nasihat dan motivasi kepada masyarakat yang ditemui terutamanya mengenai hal-hal agama.

"Melalui program ini jelas menunjukkan pelbagai medium boleh digunakan untuk berdakwah dan bukan hanya dilakukan di dalam masjid semata-mata. Malah ia menyeronokkan," katanya.

Nazrul memberitahu antara tempat yang dikunjungi adalah seperti mendekati kehidupan Orang Asli Muslim, merasai pengalaman sebagai nelayan, mendekati pelajari komuniti dan bersama warga Felda.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Besar berkata, program itu diwujudkan sebagai salah satu medium yang berperanan menyebarkan informasi berguna kepada masyarakat.

Katanya, Skuad Imam Muda menggunakan pendekatan santai tetapi mudah diterima oleh pelbagai lapisan penonton dalam menyuntik elemen keislaman termasuk pendidikan, hiburan dan dokumentari.

"Mengotakan janji sebelum ini, barisan pendakwah muda ini akan menyampaikan dakwah dan berkongsi ilmu serta pengalaman kepada masyarakat yang selama ini memberi perhatian dan sokongan kepada program Imam Muda," ujarnya.

Izelan berkata, Skuad Imam Muda menonjolkan metodologi dakwah secara santai di samping memaparkan perjalanan dua orang Imam Muda menggunakan motor home untuk bergerak ke seluruh semenanjung Malaysia.

Tambahnya, setiap lokasi dan pengalaman mereka akan didokmentasikan kepada sebuah realiti kehidupan untuk mendalami masalah dan keperluan masyarakat.

Kasanova Stacy Video Klip Official

Videoklip Stacy Kasanova



Muzik video rasmi Stacy - Kasanova

Muat turun Nada Dering Pemanggil Kasanova
Verse - Dail *131*223997# dan tekan CALL
Chorus - Dail *131*224567# dan tekan CALL

Produced by : Dian Mayasari Fuzi
Director : Eezman Dee
DOP : Aaron Chung
Second DOP : Zaidan Zainuddin
Prod Manager : Fairus & Hazwan Asaari
Assist Director : Eric Fuzi
Tech Crew : Lee Min Yaw , Uncle Yap , Azman Kechik
PA : Tun & Achik
Make up : Jue Eden
Hairstyling sponsored by : Khal Hair Academy & Saloon
Post Production : KL Post Sdn.Bhd

Drama menarik TV3 sempena Maal Hijrah

Bagi meraikan sambutan Awal Muharram sempena ketibaan 1433H pada Ahad ini, TV3 menyiarkan drama menarik sebagai tontonan khas untuk seisi keluarga sejak semalam.

Di samping menikmati drama menarik ini, penonton dapat mengutip pelbagai mesej dan teladan menerusi drama seperti Sebelum Lima Perkara, Setitis Hidayah, Si Puteh, Dakwah Muharram dan Taubat Nasuha.

Menariknya, drama-drama hebat ini membariskan pelakon tidak asing lagi di persada seni seperti Fauzi Nawawi, Zahiril Adzim, Sheila Rusly, Datuk Jalaludin Hassan, Zul Yahya, Aqasha, Fouziah Gous dan Liyana Jasmay.

Esok, penonton akan dibawa menyaksikan drama menarik berjudul Sebelum Lima Perkara menerusi slot Cerekarama, jam 10 malam. Drama lakonan Fauzi Nawawi ini mengisahkan Alyah yang mempunyai segala-galanya termasuk suami, anak-anak dan kemewahan namun diuji apabila suaminya leka dengan kemewahan sehingga menyebabkannya menjadi sombong dan angkuh.

Pada Ahad pula, drama Si Puteh akan menemui penonton, jam 10 pagi. Drama lakonan Fazli Daniel dan Addy Ashraf ini mengisahkan dua beradik, Fatah dan Fadil anak kepada pasangan suami isteri, Suhaimi dan Siti.

Fatah punya seekor kucing Parsi dan sering bermain dengan kucing itu, manakala Fadil pula berminat dengan sukan berbasikal dan sering mengikuti kawan-kawannya ke acara konvoi. Satu hari, basikal Fadil nyaris dicuri Tajul tetapi dengan pertolongan kawan-kawannya, Fadil berjaya merampas kembali basikalnya.

Namun, Tajul berjaya melarikan topi keledar kesayangan Fadil. Kemudian, Tajul turut melarikan kucing kesayangan Fatah ketika dia sedang leka bermain.

Turut membintangi drama ini Hanis Kamal, Zul Yahya, Aida Aris, Eyka Farhana dan Khairil Anwar.

Drama menarik lakonan Zahiril Adzim dan Wan Sharmila berjudul Setitis Hidayah pula akan menemui peminat pada Isnin (28 November) jam 10 malam. Ia mengisahkan Pak Hamid yang mempunyai kemahiran membaiki rumah.

Walaupun Pak Hamid sangat mahir, rumahnya sendiri tidaklah sempurna dan dia tinggal bersama isteri, Mak Ton, dan anak bongsunya, Samad. Pak Hamid masih ada sifat rasa tidak berpuas hati dengan apa yang dikurniakan Allah kepada orang yang lebih bernasib baik daripadanya.

Jangan ketinggalan menonton drama yang dibintangi Hafizuddin Fazil dan Kartina Aziz, hanya menerusi TV3.

Program Maal Hijrah TV Al Hijrah sempena 1 Muharam 1433

Sempena 1 Muharam 1433 pada 27 November ini, TV Al Hijrah sebagai nadi penyiaran Islam di Malaysia melancarkan kempen Maal Hijrah dengan menawarkan pelbagai program menarik.

Kempen bertemakan Hijrah Bersama ini turut diraikan bersempena genap setahun TV Al Hijrah bersiaran mengikut kalendar Islam selepas dilancarkan, pada 7 Disember 2010 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tema Hijrah Bersama bakal membawa penonton melihat semangat serta keupayaan kita semua untuk memenuhi semangat hijrah dengan tekad hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Semua pancaran tema ini akan dapat anda tonton melalui kepelbagaian genre dan tema bermula dengan telemovie Di Sini Bermula dilakonkan oleh Fizo Omar dan Izara Aisyah.

Drama yang mengisahkan kehidupan dua sahabat Daneal dan Faris yang tenggelam dalam keseronokan masa muda akhirnya menemui hijrah yang tersendiri selepas merasakan kehidupan mereka yang penuh dengan kegilaan terhadap muzik dan melaram dengan motosikal tidak dapat mengisi jiwa muda mereka yang terasa kosong.

Hijrah Daneal dan Faris melalui drama Di Sini Bermula dirancakkan lagi dengan kemunculan filem sulung arahan novelis Islam tersohor Indonesia, Habiburahman El Shirazy berjudul Dalam Mihrab Cinta.

Siapa tidak kenal Habiburahman, penulis yang tersohor melalui dua karya Islamnya yang terkenal: Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih.

Dalam Mihrab Cinta eksklusif untuk penonton TV Al Hijrah yang selama ini memberi sokongan besar kepada drama Islam yang mengisi slot di TV Al Hijrah. Saksikan filem menarik ini Ahad ini bermula 8.30 malam.

Sambutan dihangatkan lagi dengan drama Pencari Jalan Lurus yang membariskan pelakon Tiz Zaqiyah dan Beto Khusyairi yang mengangkat kisah cinta seorang pustakawan dengan seorang gadis peminat buku.

Tentunya kita ingin melihat apakah bentuk kasih sayang lelaki bernama Mustaqim yang menganggap kerjanya sebagai pemandu perpustakaan bergerak adalah jihad dalam mengembangkan ilmu dikalangan masyarakat luar bandar.

Mampukah Naelah, seorang anak yatim memenangi hati Mustaqim untuk mencintainya seperti pemuda itu mencintai kerjayanya. Saksikan kisah cinta ini, pada Khamis, 1 Disember bermula 8.30 malam.

Selain siri drama, sambutan Maal Hijrah tidak akan lengkap tanpa siri ilmu melalui program yang membangkitkan kesedaran serta imbasan kita terhadap semangat hijrah Rasulullah dalam konteks kehidupan ummah masa kini.

Siri bual bicara bermula pada 26 November, jam 9 malam melalui program Hijrah Bersama menampilkan hos Amin Idris dan Nurul Iman berserta tetamu khas Ustaz Don Daniyal.

Program bual bicara ini akan turut menjemput tokoh pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Fadzlan Garamatan yang terkenal dengan usaha dakwahnya di kawasan pedalaman Indonesia (Irian Jaya) dan berjaya mensyahadahkan lebih 2,500 penduduk kepulauan itu daripada masyarakat aminisme kepada hamba yang bertakwa kepada Allah.

Selain Ustaz Fadzlan, jangan lupa bersama dua saudara baru, Jo Yee dan Mitchelle Nur Alya yang baru berusia 18 dan 20 tahun menceritakan pengalaman mereka menyambut tahun hijrah pertama selepas memeluk Islam.

Rancangan Assalamualaikum, Jumaat, Sabtu dan Ahad (25 - 27 November) akan sepenuhnya memaparkan kandungan dengan fokus khusus pada sambutan Maal Hijrah.

Assalamualaikum, pada Ahad 1 Muharam akan bersiaran lebih awal bermula 7 pagi untuk membawakan lintas langsung sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan. Ikuti program menarik di TV Al Hijrah dan nikmati semangat Hijrah Bersama melalui sambutan Maal Hijrah 1433.

Album Jejak Tanah, Hikayat Halimunan Abad ke 21 Monoloque

Monoloque ingin menyuntik kelainan di dalam album sulung mereka yang berjudul Jejak Tanah, Hikayat Halimunan Abad ke 21.

Album yang dihasilkan dalam tempoh dua tahun ini mengandungi lapan buah lagu iaitu Kupu-kupu Malam, Kekanda Adinda, Cinta, Gurindam Hutan Batu, Tiada Kata Secantik Bahasa, Hapuskan Air @ Matamu, Batu Belah Batu Konkrit (Bonda) dan Penghormatan Terakhir.

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai Monoloque dan album yang kini sudah berada di pasaran ini boleh layari www.monoloque.com.

Kumpulan Monoloque

Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang jejaka iaitu Loque (vokalis dan gitar), Kadax (gitar bass), Loko (pemain dram), Ijoo (gitar utama) dan Apex (gitar) menjelaskan album ini menggunakan konsep yang berbeza dari apa yang dipersembahkan sebelum ini.

Ujar Loque, album ini merupakan sebuah trilogi yang mana album kali ini merupakan yang pertama dan album-album seterusnya akan dilancarkan kelak namun bukan dalam masa terdekat ini.

“Ia merupakan trilogi kerana tidak cukup untuk memuatkan semuanya di dalam sebuah album. Kami akan melancarkan baki dua album tersebut mungkin di dalam tempoh lima tahun lagi.

“Jadi, dengan perancangan ini, ia akan memberi ruang dan hala tuju kepada kumpulan Monoloque dengan memenuhi masa menyiapkan album trilogi ini,” jelas Loque yang pernah menjadi anggota kumpulan Butterfingers.

Namun, apa yang pasti konsep muzik yang dipersembahkan Monoloque menerusi album sulung mereka ini memang kedengaran berbeza.

Tambahnya, idea ini hadir kerana mereka mahukan lagu yang lebih ke arah teater ataupun seolah-olah sebuah penceritaan ataupun hikayat.

Kata Loque sebagai penggubah lagu dan senikata, ini merupakan percubaan untuk merealisasikan impian tersebut untuk membuat sebuah konsep album yang bukan hanya sekadar lagu dan lagu-lagu di dalam album ini juga bersangkut paut penceritaannya antara satu sama lain.

“Muzik Malaysia perlu mempunyai evolusi. Ini merupakan abad ke 21 di mana industri muzik juga perlu maju sebagaimana orang Malaysia ingin maju.

“Kita tidak boleh berada di takuk lama jika ingin maju dan mestilah menerima pembaharuan,” tegas Loque yang mana katanya ini merupakan sumbangan mereka terhadap evolusi muzik Malaysia sendiri.

Lagu-lagu dalam album ini semuanya diberi suntikan tradisional, namun telah diolah mengikut acuan Monoloque .

“Jika pertama kali mendengarnya, anda tidak akan kedengaran bunyi keroncong mahupun seruling di dalam lagu tersebut.

“Ini kerana kami memodenkan bunyian tersebut, di mana sebagai contoh, bunyi seruling kami tidak gunakan alat tersebut namun bunyikannya melalui gitar,” jelasnya panjang lebar mengenai suntikan elemen tradisional di dalam album ini.

Loque menegaskan lagi, mungkin ada sesetengah dari mereka yang menganggap Monoloque ingin membuat konsep tradisional, tapi sebenarnya ia tidak kelihatan seperti yang disangkakan.

Jelasnya, apa yang ingin mereka lakukan ialah dengan mengambil elemen muzik tradisional dan dihidupkan semula serta memberi nafas baharu mengikut aliran muzik kini.

“Kami akan buat ia mengikut cara kami, dan tidak dinafikan ada juga yang akan tidak menyukainya dan mungkin ada yang meminati. Ini merupakan abad ke 21 industri muzik perlu maju sebagaimana orang Malaysia ingin maju. Kita tidak boleh berada di takuk lama jika ingin maju dan mestilah menerima pembaharuan,” katanya.

Kebiasaannya, kelainan atau perbezaan akan menyukarkan penerimaan masyarakat yang telah biasa disajikan perkara yang normal.

Ketika diaju persoalan tidakkah Monoloque risau pendengar mungkin berasa canggung dengan evolusi ini, jawab Loque: “Pembaharuan sememangnya sukar diterima pada awalnya, namun ia merupakan sesuatu yang subjektif yang mana Loque berharap peminat akan membuka mentaliti mereka untuk menerima evolusi dalam muzik tempatan.”

Trofi AIM18 Lagu Terbaik Yuna ditarik - tiada kesan negatif pada Yuna

“Dengan penarikan balik anugerah ini, memang saya berasa sangat pelik pada mulanya. Saya tertanya-tanya mengapa kesilapan ini boleh berlaku? Ini adalah pertama kali dalam sejarah AIM. Kekeliruan ini telah pun saya suarakan selepas majlis berakhir tempoh hari. Bagaimanapun, saya tidak rasa malu atau rasa terjejas dengan keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang terbuka.


Saya tidak rasa penarikan balik anugerah ini boleh memberi kesan negatif kepada saya. Saya tidak malu macam yang orang ingat. Saya tidak rasa ia boleh menjejaskan nama dan reputasi saya,” ulas Yuna berhubung penarikan balik Anugerah Lagu Terbaik yang dimenangi olehnya di Anugerah Industri Muzik ke 18 baru-baru ini.

“Saya masih baru dalam industri ini. Masa pengumuman dibuat tempoh hari saya sudah rasa keliru. Tapi, takkan saya tidak naik ke pentas untuk terima anugerah itu. Masa sidang media pun, pihak AIM telah berikan penjelasan dan saya menerima penjelasan itu. Apabila mereka hubungi saya dan katakan berlaku kesilapan, memang saya terkejut .

Saya rasa agak pelik kerana perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Mereka cakap hendak adakan sidang media untuk memperbetulkan kesilapan. Bagi saya tindakan ini wajar bagi menjaga reputasi dan kredibiliti AIM pada masa hadapan. Saya sudah pun menerima keputusan ini dengan hati terbuka, walaupun ia tidak sepatutnya berlaku.

Saya melihat perkara ini dalam sudut positif. Sekurang-kurangnya mereka akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Diharapkan dengan sidang media ini, ia telah memberikan penjelasan kepada semua pihak. Mudah-mudahan tidak ada yang mempersoalkan perkara ini,” ujar Yuna lagi.

Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 25 tahun ini menafikan dia berasa serik untuk menyertai AIM pada masa hadapan. Jelas Yuna sebagai pemuzik Malaysia, dia akan terus menyokong anugerah muzik seperti AIM.

“Saya tidak serik pun. Saya pemuzik Malaysia. Ini adalah periuk nasi saya. Saya tetap akan sokong, cuma berharap kesilapan begini tidak akan berlaku lagi. Industri muzik kita ini kecil, jadi kita harus saling menyokong. Macam yang saya katakan tadi, saya melihat perkara ini secara positif. Ada hikmah di sebalik semua ini. Selepas ini pasti mereka akan memperbaiki kelemahan yang ada,” ujar Yuna.

Sementara itu, Yuna juga memberitahu dia tidak rasa pembetulan itu dilakukan kerana dia adalah orang baru dalam industri. Bagi Yuna, AIM pasti akan membetulkan kesilapan seandainya ia melibatkan orang lama.

“Saya tidak fikir perkara ini berlaku kerana saya orang baru. Kalau libatkan orang lama seperti M.Nasir pun, saya rasa mereka akan buat benda yang sama. Itu tanggungjawab RIM untuk memperbetulkan kesilapan,” kata Yuna.

~ Gua

Lirik Lagu It Will Rain – Bruno Mars

Lirik Lagu It Will Rain – Bruno Mars

If you ever leave me, baby,
Leave some morphine at my door
Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don’t have it anymore.

There’s no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor, oh
So keep in mind all the sacrifices I’m making
Will keep you by my side
Will keep you from walking out the door.

Cause there’ll be no sunlight
if I lose you, baby
There’ll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain

I’ll never be your mother’s favorite
Your daddy can’t even look me in the eye
Oooh if I was in their shoes, I’d be doing the same thing
Saying there goes my little girl
walking with that troublesome guy

But they’re just afraid of something they can’t understand
Oooh well little darling watch me change their minds
Yea for you I’ll try, I’ll try, I’ll try
I’ll pick up these broken pieces ’til I’m bleeding
If that’ll make you mine

Cause there’ll be no sunlight
if I lose you, baby
There’ll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain

Ooooh Don’t you say
goodbye, don’t just say, goodbye
I’ll pick up these broken pieces ’til I’m bleeding
If that’ll make it right

Cause there’ll be no sunlight
if I lose you, baby
There’ll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain…

Minggu Ikan Jerung Harith Iskander

Pengacara dan pelawak terkenal Harith Iskander Musa atau dikenali sebagai Harith Iskander mengakui dia begitu takut kepada jerung dan tidak berani mandi manda di pantai sehingga usianya remaja.

Namun begitu, kata Harith dia sangat berminat untuk mengenali dan mendekati haiwan itu.

Ternyata minatnya terhadap jerung menjadi titik tolak kepada pelantikan sebagai Ketua Pegawai Ikan Jerung (CSO) Asia Tenggara sempena Minggu Ikan Jerung, di saluran Discovery Channel (Astro 551), baru-baru ini.


Minggu Ikan Jerung adalah usaha tahunan Discovery Channel dalam menerapkan kesedaran kepada penonton mengenai proses pemuliharaan ikan jerung.

Tujuh dokumentari ditayangkan sepanjang minggu ini bermula 21 November lalu sehingga 27 November ini pukul 10 malam.

Tujuh dokumentari itu adalah Jaws Comes Home: Return of the Great Whites, Summer of the Shark 2, Rogue Sharks, How Sharks Hunt, Great White Appetite, Great White Invasion dan Killer Sharks: The Attacks of Black December.

Menurut Harith, ia merupakan kali pertama Discovery Channel Asia melantik seorang CSO bagi rantau ini.

"Discovery Channel di Amerika Syarikat telah melantik CSO sejak 2004, dan tahun ini jawatan itu disandang bintang rancangan komedi spontan, Saturday Night Live, Andy Samberg.

"Sebagai CSO, tugas Harith termasuk muncul dalam beberapa trailer promosi dan iklan menjelang Minggu Ikan Jerung," jelasnya kepada Kosmo! selepas sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Biarpun teruja, kata Harith, dia rasa agak gementar memandangkan ini kali pertama Discovery Channel Asia menggunakan konsep CSO ini.

Katanya, dia akan cuba menambahkan unsur-unsur lawak dalam skrip yang diberikan agar penonton terhibur.

"Ia merupakan pengiktirafan dalam karier saya kerana program ini akan disiarkan menerusi saluran Discovery Channel dan bakal ditonton di Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Vietnam.

"Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada saya untuk dikenali di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Dalam pada itu figura ini menegaskan dia kini sibuk dengan beberapa projek lain.

Ujar Harith, dia baru sahaja menyiapkan skrip filem dan beberapa naskhah muzikal seperti Lat Budak Kampung the Musical, yang bakal dipentaskan tahun depan.

Berita gembira juga buat Harith apabila dia bakal menjadi bapa buat kali pertama tahun hadapan.

"Isteri saya sudah hamil dan saya bakal bergelar bapa pada tahun 2012 nanti," ujarnya

Menurut Harith lagi, isterinya sangat suka dengan nama Iskander dan berharap untuk menurunkannya kepada anak mereka nanti.

"Isteri saya suka sangat dengan nama Iskander, dan dia begitu berharap mahu meletakkan nama itu kepada bakal anak kami itu," ujarnya dalam senyuman.

Harith,45, mengahwini doktor dan model sambilan, Jezamine Lim, 28, pada Jun tahun lepas. - FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

~ Kosmo

One Buck Short - Carilah Duit Lirik

Lirik Lagu Carilah Duit - One Buck Short

Berkaryawan kita…
Minggu ke minggu…
Kerjayaan sama dari zaman dulu

Berlalunya musim…
Masih keliru…
Kenapa harga hasilku
Macam ditipu…

Taat dan setia…
Limpah kebosanan…
Nak angkat beras
Pun kena saman…

Saat bila hidup…
Kitakan begini…
Mulalah kata kita semua…

Carilah duit…
Manalah duit…
Buatlah duit…
Ku ada duit…

Kuatlah semangat..
Kuatkan ibadat…
Jangan ditipu dengan kejian nafsu
Hidup seimbang fikiran matang
Majulah semua…ayoh kita

Carilah duit…
Lari lari kita cari rezeki
Manalah duit…
Tonggang langgang kita buat bini happy

Buatlah duit…
Lari lari kita nyawa berjudi
Ku ada duit…
Tak penting kalau hidup tak bererti

Lari lari kita cari rezeki
Tonggang langgang kita buat bini happy
Lari lari kita nyawa berjudi
Tak penting kalau hidup tak bererti

Carilah duit…
Lari lari kita cari rezeki
Manalah duit…
Tonggang langgang kita buat bini happy
Buatlah duit…
Lari lari kita nyawa berjudi
Ku ada duit…
Tak penting kalau hidup tak bererti

Carilah duit…
Lari lari kita cari rezeki
Carilah duit…
Tonggang langgang kita buat bini happy

Carilah duit…
Lari lari kita nyawa berjudi
Carilah duit…
Tak penting kalau hidup tak bererti
Carilah duit…

Adira AF8 - Sakura Lirik

Adira AF8 - Sakura Lirik

1st verse:
Masih terbayang waktu itu
Bunga gugur di depan ku
Kau mengajarku, ia mekar
Segelintir detik, sahaja

2nd verse:
Masih ku ingat, sedih teramat
Tak mengerti, ia pergi
Hidup terindah, bersudahnya ringkas
Musim yang berubah, begitulah

Pre-chorus 1:
Kisah di pohon sakura, kenangan yang ku semadi
Sebelum semuanya, berakhir

CHORUS:
Mengapa, mengapa ku di sini
Berapa, berapa lama lagi
Aku menunggu, dibelenggu
Pagar pelukannya

Siapa, siapa yang memanggil
Di mana kah dikau yang mencari
Selama menanti
Menanti di ufuk ini

Verse 3:
Katamu aku, curang padamu
Tak berhati, mungkir janji
Memang hidupku, tercipta untukmu
Hanya seketika, sementara

Pre-chorus 2:
Pastinya bagai sakura, janjiku harus tepati
Masa ku bersamamu, berakhir

repeat chorus

bridge:
Sakitnya menerima, nasibku denganmu
Kitalah yang terpisah, dunia yang berbeza
Walau depan mata kau tak dapat lihatku, sentuh aku
Ku hanya mampu bermimpi, yang kau temui, alam ini

Last CHORUS:
Mengapa, mengapa ku di sini
Berapa, berapa lama lagi
Aku menunggu, dibelenggu
Pagar pelukannya
Siapa, siapa yang memanggil
Di mana kah dikau yang mencari
Masa ditempuhi
Lamanya menanti
Selama menanti
Menanti di ufuk ini

Johan Raja Lawak berlakon drama kanak-kanak Elly & Epit

Johan Raja Lawak diberi peluang berlakon dalam drama kanak-kanak Elly & Epit.

Bukan mudah bagiJ ohan berlakon di sisi kanak-kanak kerana sebagai orang dewasa, dia perlu bijak menghadapi kerenah pelakon kanak-kanak.

"Ada masanya saya menambah apa yang tiada dalam skrip untuk mencantikkan lagi jalan cerita.

"Tetapi disebabkan kanak-kanak tidak mengetahui tambahan yang lahir secara spontan maka mereka terpinga-pinga.

"Dari situ, saya memahami bahawa sebelum saya melakukan sesuatu penambahan walau pun bukan niat saya untuk menokok tambah, saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan mereka sebelum penggambaran dimulakan.

"Jadi, situasi terpinga-pinga itu dapat diatasi," kata Johan sambil ketawa mengimbau ekspresi pelakon kanak-kanak Elly & Epit yang dihasilkan sebanyak 13 episod itu.

Katanya, berlakon dengan kanak-kanak ada hikmahnya kerana secara peribadi ia membantu membentuk disiplin dirinya.

"Kanak-kanak memang menghormati masa dan mereka selalu menepati masa. Dari situ, saya rasakan perlu mengikut cara mereka demi kebaikan diri saya," ujarnya telus.

Johan berkata, selepas menamatkan penggambaran Elly & Epit, dia membuat persiapan untuk muncul dalam dua filem, masing-masing arahan Mamat Khalid dan Syamsul Yusof.

Astro Ceria telah menampilkan drama bersiri kanak-kanak terbaru, Elly & Epit yang mula bersiaran sejak Ahad lepas.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, sebenarnya Astro tidak pernah jemu membekalkan program yang berkualiti.

"Apa yang kami paparkan di Astro Ceria ini bukan hanya program yang menghiburkan sebaliknya diselitkan juga elemen pembelajaran dan nasihat.

"Selain itu, konsep kekeluargaan, persahabatan dan perbezaan pendapat yang wujud dalam drama bersiri ini juga boleh dijadikan contoh kepada penonton cilik untuk lebih memahami pandangan rakan mereka," jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran Elly & Epit di sebuah restoran eksklusif di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Evon, dia yakin Elly & Epit mampu mengumpul penontonnya sendiri berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada drama kanak-kanak seperti Hikayat Putera Shazlan, Geng Bas Sekolah dan Rafeeq yang disiarkan di Astro Ceria.

Nama Taylor Swift sempena penyanyi James Taylor

Penyanyi terkenal, Taylor Swift menutup tirai konsert jelajah Speak Now World Tour bersama sahabat karibnya dan seorang penyanyi, James Taylor.

Penyanyi berusia 21 tahun itu turut mengundang penyanyi terkenal yang juga kekasih penyanyi Justin Bieber, Selena Gomez ke konsertnya di stadium Madison Square Garden di sini kelmarin.


Swift berkata, ibu bapanya memberinya nama sempena nama penyanyi James Taylor itu.

Dia kemudian menyanyikan lagu popular Fire and Rain secara duet dengan James.

Taylor turut memetik gitar semasa Swift menyanyikan lagunya, Fifteen.

Terdahulu, Gomez menyertai penyanyi irama country dengan kedua-duanya berduet menyampaikan lagu popular Gomez, Who Says.

Konsert Swift sebelum ini menampilkan beberapa tetamu undangan termasuk Nicki Minaj, Usher, T.I. dan Jason Mraz. - Agensi

Petaling Street Warriors Synopsis and Official Trailers

Petaling Street Warriors Synopsis:
1908. SEE and ZHUNG run a Hokkien Mee stall in Petaling Street, Kuala Lumpur, and they always face extortion from the colonial police and the Chinese gangs. Although they have been married for two years, Zhung has never allowed See to touch her, let alone have sex. Even weirder, every morning See would wake up feeling sore all over his body for no reason.

One day, See finds a Chinese seal in her pillow and gambles it away. Knowing about it, Zhung angrily moves out of their room to stay with her cousin, TAN KUN, to See’s frustration.
To impress Zhung, See recruits his neighbors to form the Self-Strengthening Society to protect themselves from the gangs. In the hilarious process, See befriends a mysterious, beautiful kungfu expert who believes that he is a descendant of the missing Jian Wen Emperor of the Ming Dynasty. Meanwhile, Zhung and Tan Kun start to reveal their superb kungfu skills…

Soon, skilled fighters from Japan and the Qing Government start to converge in Kuala Lumpur and pursue See for a treasure map that he doesn’t know he has. Can See find out what has really happened and finally reconcile with his wife?

Petaling Street Warriors Trailer


Petaling Street Warriors

剧情简介:
1908年。史都耀和妻子钟离春在吉隆坡茨厂街经营一个福建面摊,经常面对殖民地警察和两个敌对帮会的勒索。虽然这对经常口角的夫妻已结婚两年,离春却从来都不让都耀碰她,更不用说行房了。诡异的是,到现在还是处男的都耀每天醒来,总会莫名其妙地感到浑身酸痛。
一日,都耀在离春的枕头内找到印玺,爱赌博的他后来竟把它给赌输掉。离春知道后,竟生气地搬进他们隔壁的房间里,和她的表哥陈坤住在一起,令都耀气急败坏。
为了向老婆证明他是一个顶天立地的男子汉,都耀召集了左邻右舍来自组自强会,却在妙趣横生的过程中,结识了一个神秘的美女高手“小菊”。奇怪的是,小菊指都耀为明朝建文帝的子孙,而深藏不露离春和陈坤也在这时显露了高强的武功。
后来来自日本和满清朝廷的高手开始云集茨厂街,欲抢夺连都耀自己都不知道存在的藏宝图。面对这些武林高手和虎视眈眈的英国政府,都耀到底能不能解开自己的身世之谜,并搭救一直默默保护他的老婆呢?

Distributor: Gsc Movies
Director: Sampson Yuen & James Lee
Action Director: Ma Yuk-Sing
Starring: Mark Lee, Yeo Yann Yann, Chris Tong, Namewee, Frederick Lee
Genre: Comedy/Action/Drama/Period
General Release Date: 01 Dec 2011

Farina - Yang Benar Lirik

Lirik Lagu Yang Benar - Farina

Bukan selalu aku mahu begini
Terkadang ku terasa sendiri
Bukan sengaja letak diriku jauh
Cuma beriku ruang sebentar

Selalu ada kata yang menyakiti
Ku masih lagi punya perasaan
Yang prasangka masih tak tepat
Aku terjerat antara dusta
Sempit nafasku mencari jalan keluar

Kurang-kurang ku ingin juga dibela
Salah siapa masih dalam kesamaran
Mahu saja hati ajak bicara
Tapi tak mengapa

Lebih-lebih sayangku pada si dia
Tapi ku pula dituduhnya tak jujur
Harap-harap jangan salah ku lagi
Tunggu benarnya nanti
Pasti ku sedia melupakan kamu

Jangan kau sangka aku mudah mengalah
Aku mampu menggegar dunia
Walau menangis bukan tanda ku kecewa
Tiada salahnya ku meluah

Selalu ada kata yang menyakiti
Ku masih lagi punya perasaan
Yang prasangka masih tak tepat
Aku terjerat antara dusta
Sempit nafasku mencari jalan keluar

Kurang-kurang ku ingin juga dibela
Salah siapa masih dalam kesamaran
Mahu saja hati ajak bicara
Tapi tak mengapa

Lebih-lebih sayangku pada si dia
Tapi ku pula dituduhnya tak jujur
Harap-harap jangan salah ku lagi
Tunggu benarnya nanti
Pasti ku sedia melupakan kamu

Biarkanlah berlalu
Saat-saat ini biarkan saja ia mengalir
Ku tahu jawapannya
Telah ku bersedia ‘tuk mengharungi

Kurang-kurang ku ingin juga dibela
Salah siapa masih dalam kesamaran
Mahu saja hati ajak bicara
Tapi tak mengapa

Lebih-lebih sayangku pada si dia
Tapi ku pula dituduhnya tak jujur
Harap-harap jangan salah ku lagi
Tunggu benarnya nanti
Pasti ku sedia melupakan kamu

Aaron Aziz banyak menangis 'Ombak Rindu'

Aaron Aziz mengakui banyak mengalirkan air mata ketika berlakon dalam filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu.

Aaron berkata, watak Haris yang memerlukannya bermain dengan pelbagai emosi menyebabkan dia mudah mengalirkan air mata.


"Sejujurnya Ombak Rindu adalah filem yang paling banyak saya mengalirkan air mata dan sebenarnya tidak sukar untuk menangis kerana pengalaman berlakon dalam pelbagai watak sebelum ini banyak membantu.

"Peminat juga kalau hendak tengok sisi lain saya perlu menonton filem ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut pada Selasa.

Dalam pada itu, Aaron memberitahu dia tidak membaca novel berkenaan sebelum memulakan penggambaran kerana tidak mahu terkeliru dengan versi hasil tulisan Fauziah Ashari itu dan skrip yang diterima.

Ujarnya, dia membina watak Haris dengan memberi penumpuan pada skrip yang diberikan oleh pengarah untuk menjayakan watak itu.

"Saya langsung tidak membaca novel itu kerana tidak mahu terkeliru dengan skrip yang diberikan.

"Adalah lebih baik saya tumpukan pada skrip sahaja," ujarnya.

Selain Aaron, Ombak Rindu turut dilakonkan oleh Maya Karin, Lisa Surihan dan Bront Paralel dan akan ditayangkan bermula pada 1 Disember depan.

~ mstar

Yuna sahkan trofi Lagu Terbaik ditarik balik

Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.


"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.

Terdahulu, akhbar pada Rabu melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

Penyampai Hot FM Kelate dan Hot FM T’ganu

Penyampai Hot FM Kelate dan Hot FM T’ganu akui menyertai stesen radio tersebut kerana minat dan bukan kerana mahu mengejar populariti semata-mata.

Kebanyakannya mempunyai pengalaman mengendalikan stesen radio dan ada yang masih menuntut di universiti.


Menurut Syed Mohd Farid Mohd Nor (Farid), 24, dan Mohamad Hafizie Roslan (Fizie) yang akan bertugas di Hot FM Kelate, 23, walaupun mereka pernah bekerja di stesen radio lain, namun mereka tidak melihat ‘perubahan angin’ itu sebagai langkah mudah untuk cepat dikenali dan popular.

“Saya pernah bekerja di Kelantan FM selama dua tahun dan Fizie di Manis FM selama empat tahun.

“Bagaimanapun, niat kami lebih kepada untuk mengembangkan bakat dalam bidang penyiaran. Kami yakin populariti akan datang sendiri kelak dengan hasil tunjuk ajar insan-insan yang berkualiti di Hot FM,” ujar Farid yang akan bergandingan dengan Fizie.

Mereka akan mengendalikan segmen Hot FM Kelate Gu Kito pada pukul 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.

Semasa bertugas di Kelantan sebelum ini, Farid dan Fizie merupakan teman serumah dan tidak mempunyai masalah dari segi mencari keserasian kerana saling mengenali antara satu sama lain.

“Kami sama-sama menyertai ujibakat dan tidak sangka berjaya terpilih serta bakal ke udara bersama-sama. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan rezeki ini.

“Semasa mengendalikan segmen tersebut, saya akan menggunakan bahasa Malaysia seperti biasa manakala Farid akan bertutur dalam loghat Kelantan,” ujar Fizie yang berasal dari Taiping, Perak.

Sementara itu, Shazwani Mohamad Shakeri (Shaz), 26, dari Hot FM Kelate dan Mohd Hermansani Aminudin (Bell), 28, dari Hot FM T’ganu sanggup meninggalkan kerjaya lama mereka yang berlainan bidang daripada penyiaran untuk bekerja sebagai penyampai radio.

“Sebelum ini, saya bekerja sebagai pentadbir laman sesawang di syarikat mesin jahit. Tetapi sebelum ini saya pernah menjadi juruhebah sambilan semasa belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM),” kata Shaz yang meminati penyiaran sejak di bangku sekolah lagi.

Bagi Bell pula, biarpun sudah lima tahun menjawat jawatan penolong pegawai perubatan di Hospital Melaka, pemuda ini sudah biasa terdedah dalam pengacaraan.

“Saya sudah fikir masak-masak untuk berhenti dari kerja lama kerana minat saya untuk menjadi penyampai radio.

“Berbekalkan pengalaman sebagai pengacara majlis sambilan, saya akan memanfaatkan pengalaman itu untuk mengendalikan Hot FM T’ganu,” ujarnya yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Dalam pada itu, Nurul Ain Omar (Ain), 22, yang bakal bertugas di Hot FM T’ganu bakal menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Komunikasi Media.

Dia yang bakal menamatkan pengajiannya pada Januari tahun depan akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin sekaligus menjalani praktikal di stesen radio itu.

Selain daripada Bell dan Ain, Hot FM T’ganu turut diterajui oleh Mohd Rafly Rahamat (Rafly), 25, dan Muhammad Azri Ismail (Azri), 23, sebagai penyampai manakala Ahmad Zulhilmie Zainal (Zul), 25, sebagai eksekutif muzik.

Sementara seorang lagi penyampai Hot FM Kelate adalah Wan Zuraini Wan Hasan (Renny), 23, dan eksekutif muziknya adalah Mohd Izzul Nazmi Mazri (Izzul), 23.

Mereka akan mula bertugas 2 Januari depan dan konti kedua-dua saluran itu akan berpengkalan di Kota Bahru dan Kuala Terengganu.

Biarpun begitu, Hot FM masih mengekalkan segmen Hot FM AM Krew pada pukul 6 pagi hingga 11 pagi melibatkan penyampai Fara Fauzana, AG, Usop dan Faizal Ismail.

Bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam, segmen bagi setiap negeri bakal berkumandang pada frekuensi 105.1 di Kelantan dan 105.0 di Terengganu di mana ia hanya boleh didengar di negeri-negeri itu sahaja.

~ Mstar

Gambar perkahwinan penyanyi Ezlynn atau Azline Ariffin

Gambar pernikahan dan perkahwinan penyanyi Ezlynn atau Azline Ariffin bersama pasangannya iaitu pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin,35.

Gambar perkahwinan Ezlynn

Gambar perkahwinan Ezlynn

Gambar perkahwinan Ezlynn

Gambar perkahwinan penyanyi Ezlynn

Gambar perkahwinan penyanyi Ezlynn

Mas kahwin Ezlynn sebanyak RM80 serta wang hantaran sejumlah RM20,020.20.

Pasangan pengantin telah mengenakan busana rona merah jambu tajaan Oscar Jeprey dari Butik Lagenda Creations.

Biodata Profil Aaron Aziz, Gambar Aaron Aziz

Biodata Profil Aaron Aziz

Nama sebenar: Aaron Mustapha Aziz
Tarikh lahir: 23 Februari 1976
Tempat lahir: Pasir Ris, Singapura
Tinggi: 178 sentimeter
Berat: 78 kilogram
Kerjaya: Pelakon, model
Status: Berkahwin
Isteri: Diyana Halik
Anak: Danish Anqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa

Drama: Haryati 2, Janji Diana, Sumayyah, Sadiq & Co, Cinta Gila, Cinta Lelong, Rahsia Hati, Kasih Tercipta, Tuah Kembali,Bulan Bertemu Matahari, Dilemma wanita, Cahaya Kasih, Malam 7 Likur, Hana Hani Strawberi, Oh Ibu, Emel Emilda, Cinta Q, Tahajud Cinta, Stanza Cinta, Nora Elena dan Jiwa & Lara

Filem : KL Gangster 1 dan 2, Evolusi KL Drift 1 dan 2, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam,,Datin Ghairah, Shh... Dia Datang,Ombak Rindu, 2 Alam, Pisau Cukur,Norat

Iklan : Loreal Man Expert, Celcom, Drive M7

Pencapaian: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2010,Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Gambar Aaron Aziz


Gambar Aaron Aziz

Aaron Aziz dan keluarga

Gambar Aaron Aziz dan isteri

Gambar Aaron Aziz

Gambar Perkahwinan Zahiril Adzim - Shera Aiyob

Gambar Perkahwinan Zahiril Adzim - Shera Aiyob

Gambar Perkahwinan Zahiril Adzim - Shera Aiyob

Gambar Perkahwinan Zahiril Adzim - Shera Aiyob


Gambar Perkahwinan Zahiril Adzim - Shera Aiyob

Gambar Perkahwinan Zahiril Adzim - Shera Aiyob






Pasangan yang sama cantik dan sama padan iaitu pelakon Zahiril Adzim dan pengacara Shera yang telah pun selamat diijabkabulkan pada 20.11.2011

Di majlis pernikahan mereka, Shera menerima wang hantaran berjumlah RM18,000 dan mas kahwin RM1,001. Busana mereka direka oleh pereka terkenal, Hatta Dolmat. Majlis resepsi belah pihak perempuan turut diadakan pada hari yang sama di Kinding Hills Grand Ballroom dan di belah pihak lelaki pula, majlisnya akan diadakan di Shah Alam.

Semoga ikatan perkahwinan yang dijalankan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Najwa Latif - Sahabat Lirik

Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

Zee Avi Homecoming Tour - Live in KL, Penang & Kuching

Zee Avi, one of Malaysia´s most successful international recording artistes of recent times returns to her Malaysian shores for an exclusive national tour, which includes Kuala Lumpur, Penang and Kuching in conjunction of her Homecoming Tour and release of her sophomore album, Ghostbird. Her new album release showcases the maturity of her music and her comfort as an established performer.

In the two years since her self-titled debut was released on Jack Johnson's Brushfire Records and Ian Montone´s label, Zee´s free spirit has wandered from major music festivals (SXSW, Outside Lands, Bonnaroo) to huge tours (Lilith Fair) and back to her homeland of Sarawak, where she picked up an International Youth Icon Award.




After the album arrival on August 30th, Zee is itching to get back on tour and show off her live skills. "I want people to feel like they´re being hugged," she says of the soothingly beautiful Ghostbird. "I think this is my swell window right now."

Join us to experience Zee Avi´s breathy, earthy vocals singing those catchy, whimsical tunes from her best-selling debut album and be astounded by the new beauties from her brilliant new album, Ghostbird. This is the voice, one reviewer described as "the voice you would follow anywhere". Follow her to one of these special dates for a night you will never forget.

Penyanyi dan penulis lirik kelahiran Sarawak Zee Avi, salah seorang rekording artis Malaysia yang paling berjaya di luar negara baru-baru ini, kembali ke kampung halaman, Kuching sebagai sebahagian daripada jelajah konsertnya.


Zee, 25, akan membuat persembahan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya di sini Sabtu ini sempena dengan keluaran album sophomore, "Ghostbird", yang memaparkan kematangan muzik dan keselesaan beliau sebagai seorang artis yang unggul.

Zee mula menulis lirik Ghostbird atau "Burung Hantu" dalam bahasa Malaysia di dapur rumahnya, Brooklyn pada musim panas lepas, ini diteruskan balmy waters di Florida Evergladess.

Tiket berharga RM78 (dijual awal), RM98 (di pintu masuk), RM158 (perdana) boleh diperoleh menerusi www.airasiaredtix.com.or www.livescape.asia. - Bernama

Hazama - Balada Pemuzik Jalanan Lirik

Lirik Balada Pemuzik Jalanan - Hazama

Jeritan akordian tua
Merayap di udara
Meniti di hati manusia
Yang berjalan di kaki lima

Jeritan akordian yang tua
Merayap di udara
Meniti di hati manusia
Yang berjalan di kaki lima

Berkaca mata hitam
Berdendang lagu riang
Dari kalbu sang insan
Si pemuzik jalanan
Dengan seribu impian
Berpandukan naluri

Setajam mentari
Walau dunia gelap gelita
Namun terang cahaya hatinya

Berkaca mata hitam
Berdendang lagu riang
Dari kalbu sang insan
Si pemuzik jalanan
Dengan seribu impian
Berpandukan naluri

Setajam mentari
Walau dunia gelap gelita
Namun terang cahaya hatinya

Walaupun dunia gelap gelita
Namun terang cahaya hatinya
Walaupun dunia gelap gelita
Namun terang cahaya hatinya

Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke-4: Chef Wan kutuk Adlin

Walaupun chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, tidak hadir pada minggu keempat persembahan, Maharaja Lawak Mega (MLM) Jumaat malam lalu, namun beliau tetap mengikuti perkembangan MLM menerusi siaran ulangan.

Terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara, Chef Wan turut memberikan kritikan pedas terhadap persembahan MLM minggu lalu. Menerusi laman sosial, Facebook miliknya, Chef Wan secara terang mengkritik persembahan Adlin Aman Ramli yang banyak perkataan lucah dan aksi double meaning.


Membawa watak pemain sorak wanita, Adlin, pada mulanya menarik perhatian ramai dengan penggunaan kostum dan basikal sebagai prop. Bagaimanapun, dia dilihat semakin berani apabila membuat persembahan sorak dengan menggunakan banyak perkataan double meaning.

Katanya, Adlin tidak sepatutnya membuat persembahan begitu kerana penonton MLM bukan sahaja di peringkat dewasa, malah terdiri daripada kanak-kanak.

"Persembahan Adlin pada malam itu nampak ‘kelam-kabut’. Tak tahulah apa yang ingin disampaikan, tetapi tidak menepati cita rasa penonton dan juri.

“Begitu juga persembahan minggu ketiga. Dia terlalu ‘berani’ membawa watak ulama dan berbicara mengenai hukum talak dalam bahasa jenaka.

“Lebih baik elakkan dari menggunakan hukum agama kerana banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat jenaka. Tak elok mempermainkan hukum-hukum agama,” kata Chef Wan, seperti yang dipetik menerusi Facebook miliknya.

Malah, Chef Wan turut menyifatkan aksi kumpulan Hiro juga membosankan.

Bagaimanapun, beliau memuji persembahan Boboi dan Osbon kerana dianggap lain daripada lain.

Sementara itu, Adlin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini.

Oleh : AKMALIAH RAZAK

Ulasan Filem The Adventures Of Tintin: Secret Of The Unicorn

Ulasan The Adventures Of Tintin: Secret Of The Unicorn

Polemik mengenai keberkesanan adaptasi filem The Adventures Of Tintin: Secret Of The Unicorn (Tintin) ke layar perak adalah satu topik yang pasti mengundang pelbagai reaksi.

Jika perbandingan dijadikan kayu ukur, pasti versi filem ini mungkin kurang menjanjikan kepuasan maksima sebagaimana pengalaman peminat komik asal ciptaan pelukis warga Belgium Georges Rémi atau Hergé itu.


Pun begitu, secara peribadinya filem arahan seniman ulung Steven Spielberg ini dilihat telah berjaya menawarkan konteks visual dan penceritaan yang tersendiri.

Kalau pun pengisian filem ini tidak terperinci seperti cerita asal komik klasik itu, paling tidak Tintin berjaya memartabatkan naskhah seni itu ke dalam bentuk visual yang bermakna dan akan terus dikenang.

Memang diakui Tintin kaya dengan pelbagai elemen hiburan, baik dari sudut naratif, perwatakan, perjalanan plot sehinggalah aplikasi teknologi, semuanya disisipkan dengan kemas dan teratur.

Namun, timbul juga pertikaian akan kredibiliti Spielberg menggalas aspek lakonan dalam filem kali ini yang mungkin mengundang percanggahan pendapat.

Pada mata kasar, tidak nampak kecelaan atau kelemahan yang jelas terhadap pembinaan watak-watak dalam Tintin.

Namun, jika diamati, perwatakan-perwatakan utama khususnya Tintin (suara Jamie Bell), Captain Haddock (Andy Serkis), Thomson dan Thompson (Simon Pegg & Nick Frost), Ivan Ivanovitch Sakharine/Red Rackham (Daniel Craig) ada pro dan kontranya.

Sebagai contoh, aktor Jamie Bell telah menterjemahkan Tintin dengan baik tetapi pada kebanyakan babak, penterjemahannya itu dirasakan mendatar dan membosankan.

Kekurangan itu turut dikesan pada watak pasangan detektif Thomson dan Thompson lakonan Pegg dan Frost, di mana ia tidak keterlaluan disifatkan sebagai ‘bodoh’ dan tidak selucu mana pun.

Selain kehebatan Serkis yang meminjamkan suara untuk watak Captain Haddock, aktor British Craig juga menjayakan watak hitam Sakharine dengan berkesan dan memberikan impak ekstra kepada Tintin.

Sentuhan dan pendekatan Spielberg dalam naskhah ini mungkin mengundang pelbagai persepsi tetapi satu perkara yang harus diakui Tintin berjaya memaparkan sebuah kembara yang mengghairahkan dan menghiburkan.

Diperkaya pula dengan aplikasi teknologi visual dan audio 3D, serta sinematografi yang membangkitkan keterujaan, perjalanan filem yang menelan kos sebanyak USD 135 juta (RM425.6 juta) ini berjaya mengikat tumpuan.

Filem adaptasi komik klasik terbitan 1929 hingga 1976 ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu The Crab With The Golden Claws, The Secret Of The Unicorn dan Red Rackham’s Treasure menyoroti pertemuan Tintin (Jamie Bell) dengan Captain Haddock (Andy Serkis) dan penemuan mereka dalam mencari pembayang bagi menjejak harat karun Sir Francis Haddock.

Kisah bermula apabila wartawan Belgium, Tintin menemui model sebuah kapal bernama The Unicorn. Penemuan itu juga sekaligus membawa kepada pembayang untuk ekspedisi harta karun yang besar.

Dalam pengembaraan itu, Tintin bersahabat dengan Captain Archibald Haddock yang menjadi kunci utama dalam ekspedisi itu. Malangnya, bukan sahaja Tintin yang memburu harta tersebut.

Mereka turut berdepan ancaman lain yang memaksa mereka mendapatkan perlindungan daripada bekas banduan yang juga mempunyai misi yang sama.

Berjayakah Tintin menemui harta tersebut dan apakah kesudahan pengembaraan ini, jawapannya akan terungkai dalam filem ini.

Tintin dan Captain Haddock bekerjasama memulakan eksplorasi menjejak harta karun dalam kapal Unicorn.

FILEM: The Adventures Of Tintin: Secret Of The Unicorn

ARAHAN: Steven Spielberg

LAKONAN: Jamie Bell, Andy Serkis, Daniel Craig, Simon Pegg, Nick Frost

GENRE: Pengembaraan, 3D, animasi

DURASI: 1 jam 47 minit

EDARAN: United International Pictures

TAYANGAN: Bermula 10 November 2011

Ulasan WAHIDUZZAMAN

Hot FM Kelantan & Terengganu ada penyampai baru

Stesen radio Hot FM memperkenalkan lapan penyampai radio baru untuk dua saluran khusus di negeri Kelantan dan Terengganu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, pengkhususan Hot FM T’ganu dan Hot FM Kelate ini mampu memenuhi kehendak pendengar sekaligus mengukuhkan jenama stesen itu di kedua-dua negeri yang unik itu.

“Kami menyifatkan cara sebegini mampu menarik pendengar di Kelantan dan Terengganu. Setakat ini kita telah mengumpul 600,000 pendengar di Pantai Timur mengikut kajian yang dilakukan.

“Jadi, kami berharap dapat meningkatkan jumlah pendengar sebanyak 15 peratus daripada jumlah tersebut,” kata Seelan semasa sidang media selepas mengumumkan penyampai-penyampai baru Hot FM untuk Kelantan dan Terengganu di Saloma Bistro, Selasa.

Tambahnya: “Jika diperhatikan beberapa stesen radio tempatan, saya rasa belum ada lagi stesen radio swasta yang membuat pengkhususan radio seperti ini.

“Setakat ini, kami memilih dua negeri ini dahulu kerana keunikannya dari segi budaya, komuniti dan keinginan penduduknya yang jauh berbeza dari penduduk negeri lain.

Mengikut sesi ujibakat yang dilakukan, seramai lapan orang yang terpilih daripada 500 permohonan yang dilakukan.

Penyampai yang akan bertugas di Hot FM T’ganu adalah adalah Mohd Rafly Rahamat (Rafly), 25, Mohd Hermansani Aminudin (Bell), 28, Muhammad Azri Ismail (Azri), 23, dan Nurul Ain Omar (Ain), 22.

Sementara penyampai Hot FM Kelate adalah Shazwani Mohamad Shakeri (Shaz), 26, Syed Mohd Farid Mohd Nor (Farid), 24, Mohamad Hafizie Roslan (Fizie), 23, dan Wan Zuraini Wan Hasan (Renny), 23.

Dua orang eksekutif muzik turut terpilih iaitu Mohd Izzul Nazmi Mazri (Izzul), 23, yang akan bertugas di Hot FM Kelate manakala Ahmad Zulhilmie Zainal (Zul), 25, akan mengendalikan Hot FM T’ganu.

Mereka akan mula bertugas 2 Januari depan dan konti kedua-dua saluran itu akan berpengkalan di Kota Bahru dan Kuala Terengganu.

Biarpun begitu, Hot FM masih mengekalkan segmen Hot FM AM Krew pada pukul 6 pagi hingga 11 pagi melibatkan penyampai Fara Fauzana, AG, Usop dan Faizal Ismail.

Bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam, segmen bagi setiap negeri bakal berkumandang pada frekuensi 105.1 di Kelantan dan 105.0 di Terengganu di mana ia hanya boleh didengar di negeri-negeri itu sahaja.

MTV We Found Love Rihanna diharam di Perancis kerana unsur keterlaluan

Video terbaru Rihanna, We Found Love telah diharamkan dari ditayangkan di Perancis kerana dikatakan banyak mempaparkan elemen 'merosakkan diri' dan tidak sesuai untuk tontonan remaja.

Di dalam video tersebut, Rihanna menggambarkan penderaan yang berlaku terhadapnya semasa bercinta dengan penyanyi, Chris Brown.


Pihak berkuasa di Perancis telah melarang video itu daripada disiarkan di kaca televisyen sebelum pukul 10 malam kerana ia jelas menunjukkan perbuatan mencuri, menghisap rokok, memukul dan sebagainya.

Model Dudley O'Shaughnessy menjadi gandingan penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella dalam video itu.

Adibah Noor serik bercinta

Penyanyi Adibah Noor, 41, nekad tidak mahu berkahwin kerana serik untuk bercinta lebih-lebih lagi dia pernah putus kasih sebanyak lima kali.

Adibah berkata, pengalaman pahit itu membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu tidak sanggup melalui masalah yang sama lagi.

"Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin.

"Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan," katanya.

Tambah Adibah, sejak berstatus solo, dia mula membela kucing dan kini mempunyai hampir 20 ekor, malah binatang peliharaan kesayangannya itulah yang menjadi penghibur di rumah.

Bukan sekadar kucing, Adibah juga merasakan hidupnya cukup sempurna walaupun tanpa lelaki bernama suami di sisi kerana mempunyai teman-teman rapat yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

"Saya mempunyai sekumpulan rakan perempuan yang masih lagi bujang dan kami telah berjanji untuk menjaga antara satu sama lain.

"Selain keluarga, mereka inilah yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya takdir telah menentukan jodoh saya," ujarnya.

Dalam pada itu, walaupun dia sering menghiburkan pasangan-pasangan pengantin dengan membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan, hal itu tidak pernah menjadi satu emosi untuknya.


Malah, Adibah telah menghasilkan sebuah lagu baru khas buat pasangan yang bergelar 'Raja Sehari' berjudul Ke Sana Denganmu, dengan menampilkan rakan duet, Sam (Innuendo).

"Lagu tersebut akan menjadi single terbaru saya dan ia sebenarnya dihasilkan kerana saya kerap diundang menyanyi di pelbagai majlis perkahwinan dan seperti biasa, lagu-lagu sama sahaja yang dinyanyikan.

"Justeru itu, saya ambil inisiatif, apa salahnya kalau saya muncul dengan lagu baru khas buat pasangan pengantin pula. Kemudian, selepas muncul idea itu, saya menghasilkan lirik disamping Aznan Abu Hassan yang menghasilkan lagunya," Kata Adibah.

Sementara itu, Adibah bakal muncul sebagai pengacara program Fab Skuad bermula 26 November ini, setiap Sabtu, pukul 7.30 malam menerusi saluran TV3.

Fab Skuad merupakan sebuah program baru yang memaparkan sebuah pasukan skuad khas yang membantu surirumah atau wanita yang bekerjaya membersih dan menguruskan kediaman mereka.

~ Mstar

Lirik Lagu Maybe ( OST Dream High ) - Sun Ye

Lirik Lagu Maybe ( OST Dream High ) - Sun Ye

Hangul

차가운 가슴이 어느새 조금씩
녹아 내렸나 봐 니가 들어왔어
그리고 나도 몰래 내 가슴을 채웠어

언젠부터인가 집에 돌아오면
너를 떠올리고 있는 내 모습을
보면서 내 맘 속에 니가 있는 걸 알았어

Maybe you’re the one
Maybe 어쩌면
어쩌면 니가
내가 기다린 반쪽인건지

Maybe it is true
언제나 너무
가까이 있어서 몰랐었나봐

Baby I’m in love with you

처음엔 몰랐어 내가 널 이렇게
떠올리게 될 줄 사랑하게 될 줄
니 맘도 제발 이런 내 마음과 같기를

Maybe you’re the one
Maybe 어쩌면
어쩌면 니가
내가 기다린 반쪽인건지

Maybe it is true
언제나 너무
가까이 있어서 몰랐었나봐
Baby I’m in love with you

너무 늦진 않았길
이제야 깨달은 내 맘 받아주길
늦게 알았지만 이제야 알았지만
이 마음은 절대 흔들리지 않아

Maybe you’re the one
Maybe 어쩌면 (Maybe)
어쩌면 니가 (니가)
내가 기다린 반쪽인건지

Maybe it is true
언제나 너무 (언제나 너무)

가까이 있어서 몰랐었나봐

Baby I’m in love with you
Baby I’m in love with you
Baby I’m in love with you
Baby I’m in love with you
Baby I’m in love with you
You Know

Romanization

chagaun gaseumi eoneusae jogeumssik
noga naeryeonna bwa niga deureowasseo

geurigo nado mollae nae gaseumeul chaewosseo

eonjenbuteoinga jibe doraomyeon
neoreul tteoolligo inneun nae moseubeul
bomyeonseo nae mam soge niga inneun geol arasseo

Maybe you’re the one
Maybe eojjeomyeon

eojjeomyeon niga
naega gidarin banjjogingeonji

Maybe it is true
eonjena neomu
gakkai isseoseo mollasseonnabwa
Baby I’m in love with you

cheoeumen mollasseo naega neol ireoke
tteoollige doel jul saranghage doel jul
ni mamdo jebal ireon nae maeumgwa gatgireul

Maybe you’re the one
Maybe eojjeomyeon
eojjeomyeon niga
naega gidarin banjjogingeonji

Maybe it is true
eonjena neomu
gakkai isseoseo mollasseonnabwa
Baby I’m in love with you

neomu neutjin anhatgil
ijeya kkaedareun nae mam badajugil
neutge aratjiman ijeya aratjiman
i maeumeun jeoldae heundeulliji anha

Maybe you’re the one
Maybe eojjeomyeon (Maybe)
eojjeomyeon niga (niga)
naega gidarin banjjogingeonji

Maybe it is true
eonjena neomu (eonjena neomu)
gakkai isseoseo mollasseonnabwa

Baby I’m in love with you
Baby I’m in love with you
Baby I’m in love with you
Baby I’m in love with you
Baby I’m in love with you
You Know

Lirik Lagu Dreaming OST Dream High - Kim Soo Hyun

Lirik Dreaming OST Dream High - Kim Soo Hyun

(Romanization)
Jeo meolli hweuimi haejineun
Naeui kkumeul barabomyeo
Meonghani seoisseotjyo
Deo isang nameun ge eopseo
Modu pogi halkka haesseotjiman
Dashi ireonayo
Han georeumhan georeum oneuldo
Joshim seureobge nae didyeoyo
Gaseum gadeukhi duryeo umgwa
Seolleimeul aneun chae
Biteul georigo heundeullyeodo
Nan tto han georeumeul nae didyeoyo
Eonjenga mannal nae kkumeul hyanghae
Idaero kkutnaneun geon anilji
Duryeoumi nal jakkuman
Mangseorige hajiman
Gaseumsok giteun goseseo
Meomchuji anhneun ullimi nal
Apeuro ikkeuljyo
Han georeumhan georeum oneuldo
Joshim seureobge nae didyeoyo
Gaseum gadeukhi duryeo umgwa
Seolleimeul aneun chae
Biteul georigo heundeullyeodo
Nan tto han georeumeul nae didyeoyo
Eonjenga mannal nae kkumeul hyanghae
Han georeumhan georeum oneuldo
Joshim seureobge nae didyeoyo
Gaseum gadeukhi duryeo umgwa
Seolleimeul aneun chae
Biteul georigo heundeullyeodo
Nan tto han georeumeul nae didyeoyo
Eonjenga mannal nae kkumeul hyanghae
Eonjengan mannal nae kkumeul hyanghae

English
I was looking at my dream that is being deemed far away
And I was standing blankly
I don’t have anything left any more
I thought about giving up everything, but
I am standing up again
Even today step by step
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards
the dream that I am going to meet some day
As I’m thinking if it’s going to end like this
A fear constantly comes
I’m hesitating but
Deep inside my heart
There’s an unstoppable beating
that drags me forward
Even today step by step
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards
the dream that I am going to meet some day
Even today step by step
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards
the dream that I am going to meet some day
Towards the dream that I am going to meet some day

Hangul

저 멀리 희미해지는
나의 꿈을 바라보며
멍하니 서있었죠
더 이상 남은 게 없어
모두 포기할까 했었지만
다시 일어나요

한걸음 한걸음
오늘도 조심스럽게 내디뎌요
가슴 가득히 두려움과
설레임을 안은 채
비틀거리고 흔들려도
난 또 한걸음을 내디뎌요
언젠가
만날 내 꿈을 향해

이대로
끝나는 건 아닐지
두려움이 날 자꾸만
망설이게 하지만
가슴 속 깊은 곳에서
멈추지 않는 울림이 날
앞으로 이끌죠

한걸음 한걸음
오늘도 조심스럽게 내디뎌요
가슴 가득히 두려움과
설레임을 안은 채
비틀거리고 흔들려도
난 또 한걸음을 내디뎌요
언젠가
만날 내 꿈을 향해

한걸음 한걸음
오늘도 조심스럽게 내디뎌요
가슴 가득히 두려움과
설레임을 안은 채

비틀거리고
흔들려도
난 또 한걸음을 내디뎌요
언젠가
만날 내 꿈을 향해
언젠가
만날 내 꿈을
향~해

Fenomena Kim Soo Hyun : Pelakon kacak Korea

5 tahun membabitkan diri dalam seni, nyata bukan satu pekerjaan sia-sia buat aktor kacak Korea, Kim Soo Hyun. Tanpa mengenal erti putus asa, akhirnya nama pemuda berusia 23 tahun ini dikenali ramai menerusi drama remaja popular, Dream High yang kini boleh disaksikan penonton di 8TV.

Disiarkan setiap Sabtu, jam 6.30 petang sebanyak 16 episod, Dream High mengisahkan sekumpulan enam pelajar di Kirin Art High School yang mendalami bidang muzik untuk mengejar impian mereka menjadi penyanyi terkenal di Korea. Datang daripada latar belakang keluarga berbeza, namun minat mereka sama.


Turut membariskan pelakon hebat lain antaranya Eun Jung, Su Ji serta Lee Ji Eunse termasuk dua anggota kumpulan 2PM, Taecyeon dan Wooyoung, watak Song Sam Dong lakonan Soo Hyun cukup menarik perhatian. Seorang pemuda pendiam dan berasal dari kampung, Sam Dong memiliki bakat yang besar.

Sayangnya, Sam Dong berhadapan masalah pendengaran walaupun dia pelajar harapan sekolah. Enggan menghampakan sekolah dan kecewa tidak mampu merealisasikan cita-citanya, Sam Dong menghilangkan diri. Bagaimanapun, kehilangannya disedari Go Hye Mi, gadis manis yang mendalami muzik klasik.

Hye Mi, seorang yang lincah menaruh hati pada Sam Dong. Cinta antara mereka hanya disimpan di dalam hati kerana masing-masing mahu fokus kepada muzik. Menariknya drama ini mengetengahkan semangat kental remaja untuk mengejar impian untuk yang berjaya.

Selain itu, turut dimuatkan mesej persahabatan, pengkhianatan dan suka duka kehidupan remaja. Mencetuskan fenomena kepada peminat drama di Korea tahun ini, Dream High terbitan stesen Korean Broadcasting System (KBS) turut disambung untuk siri musim terbaru, Dream High 2 pada 2012.

Namun, karier lakonan Soo Hyun nyata cukup cemerlang kerana dia dilamar membintangi watak utama drama The Moon Embracing Sun terbitan stesen Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) di samping aktor Lee Ho Won dan aktres Han Ga In. Sebuah drama fantasi, watak lakonan Soo Hyun dijangka lebih mencabar.

Mengulas lanjut pembabitan aktor meningkat naik ini, pihak pengurusannya memaklumkan apa yang diuar-uarkan mengenai kemunculan Soo Hyun memang ada kebenarannya. Bagaimanapun, semua itu masih dalam perbincangan berdasarkan syarat ditetapkan. Justeru, keputusannya akan diberitahu tidak lama lagi.

"Pemilihan Soo Hyun untuk drama itu berdasarkan lakonan cemerlang ditonjolkannya dalam Dream High. Soo Hyun dilihat memiliki potensi untuk mencipta nama sebagai aktor terkenal kerana bakatnya. Oleh itu, lakonan berbeza mungkin dipaparkan Soo Hyun dalam karakter terbarunya itu nanti," katanya.

Atas lakonan hebat itu juga, Soo Hyun meraih anugerah pertamanya menerusi kategori Best Rookie Actor di Korea Drama Awards 2011 di Kyungnam Culture & Arts Center, baru-baru ini. Malah, dia juga muncul di Tokyo International Drama Festival Awards untuk mewakili produksi Dream High.

Dalam ucapan ringkasnya ketika menerima Special Award yang dimenangi Dream High di festival itu, Soo Hyun berkata ia pengiktirafan besar dirasakan aktor sepertinya yang diberi peluang membintangi Dream High. Katanya hanya ucapan terima kasih tak terhingga buat anda semua kerana masih berminat menonton drama.

Berhubung perkembangan karier Soo Hyun, dia juga dilamar membintangi filem Thieves arahan Choi Dong Hoon di samping pelakon Kim Yoon Suk, Kim Hye Soo, Lee Jung Jae dan Jeon Ji Hyun. Bersandarkan populariti Soo Hyun kini, siapa sangka dia juga berjaya mencipta namanya di negara jiran, Jepun sebagai mana aktor Korea yang lain.

~ HM

Senarai Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia 24 (FFM24)

Senarai penuh pemenang  anugerah Festival Filem Malaysia 24 (FFM24) kali ini.
PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA
1. Anugerah Box Office – KL Gangster
2. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
3. Anugerah Pereka Kostum Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa – Rosada Abdul Hamid
4. Anugerah Penyunting Terbaik – KL Gangster (Syamsul Yusof & Hisham Jupri)
5. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – KL Gangster (Hisham Jupri & Rizal Ashreff)
6. Anugerah Cerita Asal Terbaik – Filem Libas
7. Anugerah Lakon Layar Terbaik – KL Gangster
8. Anugerah Sinematografi Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa-Mohd Noor Mohd Kassim
9. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim- Filem Hikayat Merong Mahawangsa
10. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Faezah Elai (Filem Cun)
11. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shofi Jikan (Filem KL Gangster)
12. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Eja (Filem Janin)
13. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Kongsi)
14. Anugerah Pengarah Terbaik – Syamsul Yusof (KL Gangster)
15. Anugerah Filem Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa


PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS
1. Filem Pilihan Penonton Astro Melalui SMS: Kongsi
2. Pencapaian Gemilang: Michelle Yeoh
3. Pencapaian Sepanjang Hayat: YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin
ANUGERAH KHAS JURI
1.Anugerah Juri Bintang Wayang FFM24: Sidek Hussien.
2.Anugerah Khas Juri Filem Libas arahan Jurey Latif yg juga presiden GAFIM
3.Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24: Allahyarham Zami Ismail
4.Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24: Filem Janin
Anugerah khas juri mengikut tema festival dan pandangan juri-juri. Terpulang kepada budi bicara panel juri.
PEMENANG ANUGERAH GEMILANG CIPTA FFM24
Kategori Poster Filem Terbaik
Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Kategori Kesan Khas Visual Terbaik
Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Kategori Pelakon Kanak Kanak Terbaik
Mia Sara Nasuha
Kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Salehudin Abdul Bakar (Filem Hantu Bonceng)
Kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Nadia (Filem Cun)
Kategori Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik
Filem  Great Day
Kategori Lagu Tema Asal Terbaik
Edry KRU Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain
Kategori Pengarah Harapan Terbaik
En Jurey Rosli (Filem Libas)
Kategori Filem Pendek Terbaik
Filem The Other Side
Kategori Filem Animasi Terbaik
Mushroom Head (Multimedia University)
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact