Pelakon Wan Sharmila selesa mekap tebal dan imej seksi

Wan Sharmila tidak pernah berputus asa untuk membaiki lakonannya,malah wanita berkulit hitam manis ini juga tidak pernah jemu mencantikkan diri agar sedap mata memandang.

“Saya tahu diri ini tidak cantik, jadi sebab itu saya kena lebih mencantikkan diri kerana saya selalu berhadapan dengan orang ramai.

Wan Sharmila

“Apabila saya berdandan, saya gemar memakai warna-warna terang dan ceria seperti gincu merah dan baju merah jambu.

“Untuk keluar rumah atau menghadiri acara bertemu peminat, saya selesa mengenakan solekan sendiri tanpa bantuan jurumekap artis.

“Ini kerana saya pernah menjadi penari dan mengetahui selok-belok solekan. Jadi, saya perlu bersolek sendiri. Walaupun bersolek sendiri, tidak bermakna saya perlu menghabiskan banyak wang untuk membeli alat solek,” katanya kepada OopStarz!

Daripada sudut fesyen, Sharmila berani mengenakan fesyen yang seksi dan jarang dicuba oleh sesetengah wanita.

Walaupun pernah ditegur gara-gara berpakaian menjolok mata, Sharmila tidak pernah serik untuk memakai pakaian mengikut keselesaannya.

“Saya masih lagi memakai skirt pendek dan gaun pendek tetapi saya akan berhati-hati untuk memakai pakaian seperti itu mengikut kesesuaian tempat.

“Ini kerana saya mahu menjadi diri-sendiri dan tidak boleh menjadi orang lain. Selain itu, pakaian yang dipakai perlu bersesuaian dengan usia saya.

“Lagipun pereka fesyen sendiri mengatakan saya tidak berseri jika tidak seksi,” ujarnya.Beralih kepada teman hidup, Sharmila yang berstatus janda ini akui belum menemui pasangan yang sesuai.

“Sekarang ini, saya lebih selesa berkawan dan selalu berjumpa di kalangan kawan-kawan rapat. Ini kerana saya jarang berjumpa dengan orang,” ujarnya.

Pelakon Siti Elizad (Ejad) sudah pulih dari sakit

Siti Elizad Mohd Sharifudin atau Ejad baru-baru mengalami sakit perut keterlaluan hingga memaksa menjalani pemeriksaan disusuli pembedahan membuang ketumbuhan yang dikesan serentak apendiks seminggu kemudian membuatkannya serik.

Walau peristiwa memasuki bilik pembedahan sudah sebulan berlalu, manakala lukanya juga beransur pulih, baginya pengalaman itu begitu menakutkan.


"Selama ini saya hanya menyangka perut saya berdepan masalah buncit. Saya mengawal pemakanan, berbengkung apabila keluar dan waktu malam pula menyapu losen pembakar lemak.

"Cuma saya perasan sejak awal tahun masalah pada bahagian itu semakin kronik. Selepas melalui pemeriksaan, doktor mengesan wujud ketumbuhan yang menekan buah pinggang, sekali gus mencetuskan rasa perit.

"Saya terlalu takut. Selepas dikeluarkan, doktor memaklumkan selama ini rupa-rupanya saya membawa ketumbuhan seberat empat kilogram," katanya yang kini tampak lebih langsing.

Mengakui bersyukur kerana kejadian itu secara tidak langsung mengingatkannya supaya sentiasa maklum perubahan diri, sebagai wanita, tegasnya penjagaan kecantikan secara luaran saja tidak mencukupi sekiranya soal dalaman tidak diambil peduli.

"Sekarang saya tidak lagi memikirkan mahu sentiasa cantik dan langsing kerana ia akan pudar ditelan waktu, namun kesihatan dalaman yang sentiasa dijaga mampu membuatkan kita cergas sepanjang masa," katanya.

Berbicara soal kerjaya, Ejad memaklumkan banyak produksi yang beranggapan dia masih mengambil cuti sakit sedangkan hakikatnya si pemilik mata bundar itu sudah sedia beraksi di hadapan kamera.

"Kesihatan semakin pulih. Luka pembedahan cepat sembuh dan kini saya tidak sabar kembali bekerja," kata lagi.

Maharaja Lawak Mega (MLM) : Tiada penyingkiran minggu pertama

Tiga kumpulan peserta yang mendapat markah terendah iaitu Caer (30 peratus), Lanun (30 peratus) dan Anje (30 peratus) terselamat daripada disingkir pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung di Royal Theater Selangor, di sini, Jumaat.

Kumpulan 3G Maharaja Lawak Mega (MLM)

Pengumuman yang dibuat oleh juri iaitu, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan ternyata melegakan mereka untuk meneruskan pertandingan pada minggu kedua.

Ini membuka peluang kepada ketiga-tiga peserta tersebut untuk bersaing semula dengan tiga peserta yang mendapat markah tertinggi iaitu Boboi (61 peratus), Bawal Power (59 peratus) dan Pimai (59 peratus) termasuklah 11 peserta lain iaitu Syok, Bawel, Rap, Saehu, Comel, Osbon, Adlin, Gebu, 3G, JH dan Hiro.

Bagi minggu pertama itu, kesemua peserta diberi peluang membuat persembahan bebas sebagai tanda perkenalan mereka kepada penonton.

Dua peserta dari Indonesia iaitu Bawel dan Saehu dilihat memberi saingan hebat kepada peserta-peserta lain Malaysia termasuklah dua peserta dari Singapura (Syok dan Gebu) dan rakan senegara mereka, Caer.

Peserta negara, Boboi, Adlin dan JH turut memberi saingan sengit kepada peserta-peserta lain.

Menurut Chef Wan, untuk minggu pertama, masih terlalu awal lagi untuk memberi kritikan kepada peserta tetapi melihat, penyertaan tiga buah negara memberikan saingan hebat buat semua lebih-lebih lagi bagi peserta Malaysia.

"Saya faham, kali pertama pelawak 'otai' menyertai pertandingan, situasinya agak berbeza. Saya dapat lihat ada beberapa peserta tempatan yang menyerlah dan ada yang tidak.

"Bagaimanapun, melihat persembahan Bawel dan Saehu, mereka begitu yakin dan mereka seperti mempunyai latihan yang cukup.

"Kadang-kadang orang kita terlalu mencuba untuk buat lawak sedangkan kata-kata yang bersahaja seperti Boboi dan JH juga boleh membuat penonton ketawa. Ini memberikan saingan hebat buat para peserta.

"Bagi saya, pesembahan yang paling teruk pada minggu ini ialah Comel," katanya selepas tamat pertandingan tersebut.

Selain Chef Wan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan juga menjadi juri tetap MLM manakala penyanyi Singapura, Imran Ajmain sebagai juri undangan.

Sementara itu, Siti berkata, dia melihat peserta-peserta tempatan dari kalangan pelawak 'otai' sahaja yang berjaya menghiburkan penonton.

"Saya faham, bukan mudah untuk buat lawak. Malah saya juga mempunyai masalah sama bila ingin interaksi menghiburkan penonton.

"Cuma apa yang saya harap, di penghujung pertandingan nanti, kita dapat lihat peserta-peserta terbaik dari tiga negara ini bersaing," ujarnya.

Pertandingan MLM menggabungkan pelawak dan pelakon komedi berportfolio tinggi daripada tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Mereka akan berentap untuk merebut gelaran juara MLM dan akan membawa pulang hadiah utama sebanyak RM350,000.

Para peserta akan diadili dengan konsep 70 peratus daripada markah juri manakala 30 peratus undian penonton.

MLM bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam, menerusi saluran Astro Warna (132).

Filem Ombak Rindu Trailer Video, lakonan Aaron Aziz, Maya Karin



Sinopsis Filem Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Klik Gambar Babak Filem Ombak Rindu

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Program Bukan Empat Mata menemui penonton di saluran BINTANG 141 Astro

Amy Search bakal muncul dalam program Bukan Empat Mata yang dihoskan selebriti terkenal Indonesia, Tukul Arwana.

Bakal disiarkan pada 28 Oktober ini pukul 9 malam di saluran Bintang 141 Astro, Amy turut akan menghiburkan penonton dengan persembahan hebat melalui lagu Isabela dan Fantasi Bulan Madu yang cukup popular di sana.

Program Bukan Empat Mata

Selain Amy, pada program yang bertajuk c'mon let's rock and roll itu, turut membuat kemunculan adalah Kumpulan The Cash, Mala dan Tya Ariesta.

Hosnya, Arwana atau nama sebenarnya Tukul Riyanto, 48, cukup bersahaja ketika mengendalikan program itu dengan ungkapan popularnya seperti ‘kembali ke laptop’,‘amazing’ dan ‘sangat luar biasa’ antara slogan yang menarik minat peminat Bukan Empat Mata.

Bukan Empat Mata merupakan sebuah program bual bicara yang popular dan sinonim dengan masyarakat Indonesia dengan membawa tema atau tajuk perbincangan yang berbeza beza dalam setiap episodnya.
Amy Search sewaktu muncul dalam program itu.

Selain daripada itu, program ini juga menjadi kegemaran masyarakat Indonesia kerana dalam setiap episodnya pasti akan menjemput tetamu-tetamu istimewa di kalangan selebriti Indonesia yang popular.

Memenuhi citarasa dan minat penonton Malaysia, INDOPEK melalui saluran Bintang 141 akan menyiarkan episod menampilkan tetamu-tetamu undangan seperti Rhoma Irama, Lis Dahlia, Dewi Perssik, Marshanda, Wali Band, Anang, Syahrini dan tidak ketinggalan juga selebriti dari Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Amy.

Bagi penonton yang tidak berkesempatan untuk menyaksikannya pada Jumaat, boleh menyaksikan episode ulangan ‘C’mon Lets Rock and Roll’ pada Hari Sabtu pukul 1 pagi.

Saluran Bintang 141 dapat dilanggan melalui INDOPEK di Astro pada harga RM12 sebulan.

Penonton akan dapat menonton Saluran Bintang 141 dan Pelangi 142 yang mana ia merupakan Saluran hiburan Indonesia tanpa henti.

Lirik Lagu OST Filem Ombak Rindu

Lirik Lagu OST Filem Ombak Rindu

Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Senarai lagu pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26

Senarai 30 lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 yang akan berlangsung pada 18 November, 25 November dan 2 Disember 2011.


Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)


1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

2. Janji oleh Akim (Akim/Akim)

3. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

4. Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)

5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)

6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)

8. Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)

9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)

10. Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)

11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)

12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi
Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

14. Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)

15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)

17. Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)

18. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

19. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)

20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

21. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)

23. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

24. Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

25. Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)

26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

27. Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

28. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)

29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

30. Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)


Senarai artis membuat persembahan bersama lagu yang dipertandingkan :-


Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 pertama 18 November 2011

1. Babak Pertama (Drama)

2. Di Penghujungnya (Iqa)

3. Mata Hati (Nubhan)

4. Janji (Akim)

5. Kisah Hati (Alyah)

6. Kisah Dongeng (Stacy)

7. Gadis Semasa (Yuna)

8. Maaf Dari Hati (Sofazr)

9. Muda (Hujan)

10. Awan Nano (Hafiz)

11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah


Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 kedua 25 November 2011

1. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)

2. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)

3. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)

4. Luar Biasa (Shahir)

5. Perpisahan Ini (1st Edition feat. Nubhan)

6. Cinta Teragung (Hazama)

7. Pokok (Meet Uncle Hussein feat. Nubhan)

8. Sungai Lui (Aizat)

9. Bagaikan Bidadari (Tomok)

10. Ilusi (Adira)

11. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)

Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 ketiga 2 Disember 2011

1. Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)

2. Penakut (Yuna)

3. Sedetik Lebih (Anuar Zain)

4. Bila Bertemumu (Shiha)

5. Cinta Matiku (Sixth Sense)

6. Karma (Faizal Tahir)

7. Menyesal (Sitxh Sense)

8. Aku Permata (Salma)

Nubhan bakal nyanyi lagu Pokok separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26

Meet Uncle Hussain (MUH) memilih Nubhan berbanding Hazama bagi menyanyikan lagu Pokok ,separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26.

Lagu tersebut akan dipertandingkan pada 25 November depan, pukul 9 malam di TV3 secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Menurut pengurus MUH, Kimi, dia dan anggota kumpulan MUH mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka sebulat suara memilih Nubhan berbanding Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu itu.

“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya sebab kami memilih Nubhan dan tidak Hazama.

Kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH)



“Ini kerana pada pencalonan Muzik Muzik 26, tiba-tiba Hazama menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan secara mengejut.

“Kebetulan, Nubhan menyertai ujibakat dengan komposer Taja dan mempunyai suara yang sesuai untuk lagu Pokok,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Nubhan hanya diberi tiga hari untuk latihan sebelum menyertai pencalonan Muzik Muzik 26.

“Komitmen yang telah diberikan oleh Nubhan kepada kami pada saat-saat akhir itu adalah penyelamat dan penghargaan kepada kami.

“Lagu Pokok memang lagu yang dicipta khas untuk Hazama. Bagaimanapun sekiranya Nubhan yang akan bawakan, Taja pasti lakukan susunan semula lagu itu agar bersesuaian untuk Nubhan.”

Punca kematian Amy Winehouse diketahui

Paras alkohol dalam darah penyanyi kelahiran British, Amy Winehouse dipercayai lebih tinggi lima kali ganda berbanding paras biasa ketika dia meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Menurut siasatan inkues berhubung kematiannya, paras alkohol dalam darah penyanyi itu dicatatkan sebanyak 416 miligram dalam setiap 100 miligram darah.


Dalam perbicaraan di London, mahkamah menyatakan penyanyi tersebut tidak menyentuh minuman alkohol bermula pada Julai lalu sehingga dia ditemui mati di rumahnya pada usia 27 tahun. – REUTERS

Program Deepavali 2011 di TV3

Program hebat di TV3 sempena menyambut kemeriahan Deepavali 2011.

Sivaji The Boss - 22 Oktober (Sabtu, 2 petang) - Berkisar seorang lelaki kaya bernama Sivaji berkelulusan Amerika kembali ke tanah airnya, India bagi membantu anak bangsanya yang berada dalam kesusahan.

Dia bercita-cita membina sebuah universiti perubatan dan juga hospital bagi membantu orang miskin menerusi penubuhan Yayasan Sivaji. Namun, laluan untuk beramal tidak semudah seperti dijangkakan.

Pelakon: Rajnikanth, Vivek, Shriya dan Suman Nona Istimewa Deepavali - 23 Oktober (Ahad, 2 petang)

- Dihoskan Vanidah Imran, episod istimewa Nona sempena Deepavali menawarkan pelbagai segmen istimewa. Antaranya, fesyen dengan koleksi aksesori Deepavali menerusi segmen kecantikan dan kesihatan mendalami khasiat minyak kelapa dara. Temui Thanuja Ananthan, antara personaliti dimahkotakan sebagai ratu cantik Malaysia. Segmen masakan memaparkan Datin Khaty berkongsi rahsia masakan nasi beriani istimewa dan segmen majlis perkahwinan Ashraf Muslim. Lokasi pilihan istimewa kali ini ialah dari kediaman Datuk Rama dan Datin Khaty, pemilik rangkaian Restoran Lotus.

Malaysia Hari Ini (MHI) Istimewa Deepavali - 26 Oktober 2011 (Rabu, 6.30 pagi) - Ikuti edisi istimewa Malaysia Hari Ini sempena Deepavali yang memaparkan kemeriahan sambutan di peringkat keluarga, komuniti setempat dan kebangsaan.

Ninaithale Inikkum - 26 Oktober 2011 (Rabu, 10 pagi) - Mengisahkan Siva dalam perjalanan dari Mumbai untuk menyertai majlis `reunion' kolejnya. Dia teringat kembali zaman kolejnya selepas hampir lapan tahun menamatkan pelajaran. Vasu, cukup terkenal sebagai musuh Siva, berjaya meyakinkan Meera untuk menentang Siva dalam pemilihan kesatuan pelajar.

Pelakon: Sakthi Vasu, Prithviraj, Karthik Kumar, Priyamani, Vishnu Priyan, Bhagyaraj

Wanita Hari Ini (WHI) Istimewa Deepavali - 26 Oktober (Rabu, 12.30 tengah hari) - Membawakan siaran lintas langsung dari Studio B ke Batu Caves, menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarga Presiden MIC, Datuk Palanival serta seluruh rakyat Malaysia menghadiri sambutan perayaan Deepavali yang kali pertama kali diadakan secara terbuka. Antara topik dipaparkan di studio termasuk Pesta Cahaya serta persembahan tarian India klasik dan moden, Dance Space Studio.

Muzikal Jodoh Deepavali - 26 Oktober (Rabu, 5.35 petang)

- Program muzikal komedi ini dihoskan Kenchana Devi dan Shashi Dharan. Dua pengacara ini menemubual artis popular tanah air mengenai perayaan Deepavali diselangi beberapa lagu menarik. Bukan sekadar menemubual, telatah bersahaja mereka di sebalik tabir pasti membuat penonton tidak kering gusi.

Jarak umur bukan penghalang cinta Yasmin Hani- Sha'arin

Yasmin Hani Richardson lega apabila jodohnya dipertemukan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong selepas diijabkabulkan di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada petang Jumaat lalu.


Biarpun bertemu jodoh pada usia 32 tahun tetapi anak kacukan Melayu dan Inggeris ini tidak menganggapnya sebagai terlambat, malah bersyukur dijodohkan dengan Sha'arin yang 15 tahun lebih tua daripadanya.

Menurut Yasmin, dia tidak menganggap jarak usia antaranya dan bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu sebagai penghalang cinta yang mereka bina di mana ia kemudiannya berakhir dengan ikatan suami isteri.

"Saya tidak anggap faktor jarak usia sebagai penghalang kerana saya selalu berfikiran positif, apatah lagi saya dapati Sha'arin seorang yang penyayang. Itu adalah kriteria seorang lelaki yang saya impikan untuk dijadikan suami.

"Selain itu, saya juga tertarik dengan suami saya kerana dia seorang yang gemarkan cabaran dan menitikberatkan soal kekeluargaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Hits sewaktu ditemui selepas majlis resepsi di Duchess Place yang diadakan pada sebelah malam, pada hari yang sama pasangan ini dinikahkan.

Pelakon filem Cicak-Man dan Duyung itu bukan setakat tidak mengambil kira soal perbezaan umur, tetapi dia turut bersedia menerima dua anak Sha'arin hasil perkahwinan suaminya itu dengan bekas isteri pertamanya dulu.

Jelas Yasmin, dia tiada masalah berkomunikasi dengan dua anak suaminya itu iaitu Narissa, 25, dan Armand, 23, biarpun jarak usia mereka tidak jauh beza antara satu sama lain, sekali gus menjadi ibu tiri kepada kedua-duanya.

"Sebelum saya dan Sha'arin bernikah lagi saya memang rapat dengan dua anaknya itu. Malah, hubungan saya dengan mereka macam kawan. Dalam hal ini, suami saya banyak menekankan soal perhubungan yang erat dalam keluarga kami.

"Nilai-nilai kekeluargaan itu menyebabkan saya tertarik untuk memilih Sha'arin sebagai suami. Saya bersyukur kerana dipertemukan jodoh sekarang biarpun saya mula terfikir soal jodoh sejak usia 21 tahun lagi," ujarnya.

Pasangan itu diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Abdullah Hashim di mana hanya dengan sekali nafas Sha'arin sah bergelar suami Yasmin pada pukul 3.45 petang dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM32,000.

Kata Yasmin lagi, dia dan suami sepakat untuk mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama selepas diijab kabulkan kerana itu secara tidak langsung, menepis pelbagai gosip kurang enak yang membabitkan percintaan mereka sebelum ini.

Jelas Yasmin, dia enggan melayan gosip-gosip liar yang melanda dirinya sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Sha'arin yang pada ketika itu, telah hampir dua tahun berpisah dengan bekas isterinya, aktres Ida Nerina.

Perkahwinan Sha'arin dengan Ida Nerina adalah perkahwinan kali kedua manakala bersama Yasmin, kali ketiga.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya jodoh saya sampai juga. Walaupun ada terdengar cerita-cerita kurang elok tentang hubungan saya dengan Sha'arin, namun saya tidak mahu ambil endah. Biarlah apa orang hendak kata.

"Kalau dulu orang bertanya saya, bilakah mahu berkahwin? Sekarang ini, apabila sudah berkahwin orang bertanya tidak teringin ke mahu dapat anak dalam masa terdekat ini? Apa yang boleh saya cakap, berilah ruang kepada saya yang baru kahwin ini.

"Bukan setakat belum memikirkan soal itu, malah saya dan Sha'arin pun tidak tahu hendak berbulan madu ke mana.

"Saya tidak mahu terburu-buru dan biarlah semua itu berjalan perlahan-lahan sambil kami menikmati perkahwinan ini," jelasnya.

Selain berlakon filem, Yasmin juga sebelum ini pernah mengacarakan rancangan televisyen seperti Kelab Disney, Ria Sentral, Muzik @ Ria, Pakar Kejelitaan, Sensasi Batik, Pop Sensasi, Dua Dunia dan Layar Lensa.

Rozita Che Wan,Ally Iskandar pengacara Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) | Anugerah Skrin 2011

Rozita Che Wan adalah pengacara Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November 2011.

Pemilihan Rozita adalah bagi memberikan kelainan kepada penganjuran kali ini.

Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar pada majlis tersebut.

Gandingan itu akan memberi kelainan dan percaya Ally dapat menjadi mentor kepada Rozita sebagai persediaan.

Manakala cara karpet merah pula akan dikendalikan oleh Nabila Huda, Adzriefaiz Adzlan dan hos Bintang Pantene.

Sementara itu secara keseluruhan, ASK2011 akan mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman selain dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene selaku penaja utama.

Sepuluh kategori drama bakal dipertandingkan manakala jumlah kategori filem kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.

ASK2011 ini akan mempertandingkan 17 buah drama, 10 drama rantaian dan tujuh drama komedi. Manakala kategori filem pula melibatkan 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan.

Menurut Pengurusan Penjenamaan TV3, Nurul Aini Abu Bakar calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011.

“Drama terpilih juga berdasarkan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielson Media Research berdasarkan genre masing-masing,” katanya.

Penghakiman juga adalah telus dan juri yang dilantik tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam drama atau filem.

Bercakap mengenai konsep ASK2011 tahun ini, Nurul Aini memberitahu tema ‘Golden Glamour’ dipilih pada malam tersebut.

“Konsep itu dipilih bagi merujuk kepada sentuhan magis para karyawan dan produksi yang menghasilkan karya hebat selain melahirkan bintang baru yang bersinar,” katanya.

Malah katanya, persembahan pada malam itu juga akan menampilkan muka baru bagi memberi kelainan pada penganjuran tahun ini.

Antara artis yang akan menjayakan persembahan pada malam itu adalah Black, Ferhad, Najwa Latiff, Tomok, Shila Amzah dan Jaclyn Victor.

Persembahan daripada dramatis popular seperti Kilafairy, Nur Fathia, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay dijangka menarik perhatian penonton.

Jangan lupa saksikan ASK 2011

Iklan Petronas Deepavali 2011

Saksikan Iklan Petronas sempena perayaan Deepavali 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa ada kelainan

Vokal Bukan Sekadar Rupa mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan kebanyakan realiti tv nyanyian yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Sudah memulakan tirai konsert yang pertama pada 16 Oktober lalu, rancangan tersebut menampilkan 10 peserta yang memiliki kekuatan dari segi vokal berbanding paras rupa.

Vokal Bukan Sekadar Rupa

Untuk konsert sulung yang diadakan di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam, buat permulaan lima orang peserta telah bersaing bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Antara yang bersaing seperti Norhasmidar Ahmad (Asmidar), Mafarikha Md. Akhir (Mafa), Muhd. Fakhrullah Mohd. Yusoff (Epiit), Mohd. Janizam Jamaluddin (Boby) dan Azmarul Azuan Harun (Azmarul).

Selain itu, para peserta turut diadili dua orang juri tetap yang akan mengadili para peserta sehingga minggu terakhir iaitu komposer Azmeer dan Erra Fazira serta Datuk Siti Nurhaliza selaku juri jemputan.

Menariknya tentang rancangan tersebut, para peserta terlebih dahulu akan menyanyi di sebalik tirai tanpa dapat dilihat dan ketiga-tiga orang juri akan mengundi sama ada peserta berkenaan layak ataupun tersingkir.

Namun begitu, hanya empat orang peserta yang berjaya pada persembahan minggu pertama dan tuah ternyata tidak menyebelahi Fakhrullah apabila tersingkir lebih awal setelah tidak mendapat undian daripada ketiga-tiga orang juri.

Biarpun tampil dengan persembahan yang mantap ketika menyampaikan lagu berjudul Bila Cinta nyanyian asal Filianti Vlee, ternyata ia belum dapat memikat hati para juri sehingga mereka terpaksa mengundinya keluar.

Ketika ditemui selepas acara berakhir, Fakhrullah yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaan setelah tersingkir awal menyatakan dia sudah buat yang terbaik dan memberi sepenuh tumpuan ketika membuat persembahan.

“Saya sendiri sebenarnya kurang pasti dengan penyingkiran ini dan merasakan ia bukanlah disebabkan dengan pemilihan lagu. Mungkin ada beberapa kesilapan yang dilakukan ketika membuat persembahan tanpa saya sedari.

“Walaupun agak sedih apabila gagal ke peringkat seterusnya, namun saya tetap menerima dengan hati yang terbuka. Malah, layak sehingga ke peringkat ini juga sudah begitu memuaskan hati saya,” ujarnya yang kerap menghadiri sesi ujibakat rancangan realiti sebelum ini.

Mengulas mengenai penyingkiran Fakrullah, salah seorang juri tetap iaitu Azmeer menjelaskan, antara salah satu sebab peserta tersebut tidak dapat meneruskan saingan adalah disebabkan kesilapan yang dilakukan ketika korus.

Jelasnya, pada peringkat awal penyanyi berkenaan dapat menyanyikan dengan baik, tetapi dia seolah-olah kehilangan arah pada pertengahan nyanyian sehingga hilang tumpuan.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan kesemua peserta yang dapat menyanyi dengan baik. Namun, kami perlu menjadi lebih tegas kerana ini bukanlah sesi uji bakat lagi.

“Sebagai juri kami merasakan sebarang kesilapan seharusnya perlu dielakkan dan ini yang terjadi kepada Fakhrullah apabila dia telah melakukan kesilapan sehingga dia terpaksa disingkirkan,” ujarnya.

Seorang lagi juri tetap, Erra Fazira memberitahu bahawa kesemua peserta ternyata memiliki vokal yang cukup mantap dan mahukan mereka supaya lebih bersedia untuk saingan yang seterusnya.

“Kalau boleh saya mahu setiap persembahan para peserta akan ada peningkatan setiap minggu selepas ini. Sebagai seorang juri tetap, saya akan curahkan segala pengalaman yang ada sebagai galakan kepada mereka,” ujarnya.

Pada minggu kedua, seramai lima orang peserta iaitu Fakhrul Nizam Fauzi (Fakhrul), Fazdrul Aswad Fauzi (Aswad), Airulazwan Abd. Rahman (Boy), Irsa Sahabuddin (Irsa) dan Siti Nur Aishah (Adeq) akan merebut tempat untuk saingan seterusnya.

Bermula pada minggu ketiga, kesemua peserta yang berjaya akan dikumpulkan dan format pemarkahan akan dikira menerusi 50 peratus markah daripada juri tetap dan 50 peratus lagi adalah melalui undian para penonton.

Selain itu, mereka juga akan dibimbing oleh beberapa individu yang dilantik seperti Faizal Uzir (Penasihat Vokal), Adzwa (Penasihat Persembahan), Prof. Madya Md. Izzuddin (Penasihat Motivasi) dan Simran Latif (Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan).

Twisties Superstarz Search | Ujibakat Twisties Superstarz

Twisties muncul lagi dengan sebuah pertandingan mencari bakat baru dalam bidang nyanyian iaitu Twisties Superstarz Search yang mendapat kerjasama MTV itu, menjanjikan wang tunai sebanyak RM20,000 untuk pemenang utama selain bakal muncul dengan lagu single yang akan ditayangkan di saluran TV antarabangsa berkenaan.

Pengarah Pemasaran, Kraft Foods Malaysia, Jason Chin berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk menyediakan platform untuk anak muda negara ini mempersembahkan bakat seni yang mereka miliki kepada khalayak.

"Kami sangat teruja dengan penganjuran kali pertama Twisties Superstar 2 Search dan dengan kerjasama MTV tahun ini, diharap dapat membuka peluang kepada anak muda tempatan untuk mereka mencapai impian sebagai penyanyi.

"Terdapat ramai anak muda berbakat di luar sana dan saya amat menggalakan supaya mereka menyertai pertandingan ini," kata Jason dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ujibakat dibuka selama empat minggu bermula 14 Oktober sehingga 5 November ini dan warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 25 tahun boleh menyertainya di lapan buah university dan kolej sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan juga Melaka.

Ujibakat terbuka kepada dua kategori iaitu solo dan duo berkumpulan dalam apa saja genre muzik yang mereka inginkan.

Penyanyi popular seperti Nadhira, JD dari kumpulan Pop Shuvit, Rahul (One Buck Short) dan Sasi the Don bakal menjadi juri untuk menyenarai pendek lapan peserta daripada proses ujibakat itu nanti.


Lapan peserta berkenaan akan diberikan tunjuk ajar selama empat minggu bersama pihak juri untuk memantapkan lagi persembahan mereka sebelum pertandingan akhir yang akan berlangsung pada Januari tahun depan.

Ujibakat Twisties Superstar 2 akan diadakan pada 14 Oktober di Kolej Tunku Abdul Rahman, 15 Oktober (Taylor University Lakeside Campus, Sunway), 21 Oktober (Kolej Antarabangsa Inti, Subang), 22 Oktober (Kolej University, Nilai), 28 Oktober (Universiti Multimedia, Cyberjaya), 29 Oktober (KDU, Damansara Utama), 4 November (SEA Institute Malaysia, Subang) dan 5 November di Universiti Multimedia, Air Keroh, Melaka.

Untuk sebarang pertanyaa dan maklumat lanjut, boleh layari laman web www.twisties.com.my atau www.facebook.com/twistiesmalaysia.

Take Me Out,NTV7 bermula 11 November 2011

Take Me Out,rancangan realiti terbaru terbitan NTV7 memberi peluang kepada 30 gadis bujang mencari cinta diterbitkan mengikut garis panduan serta mengambil kira sensitiviti masyarakat negara ini.

Program francais yang berasal dari Australia itu dibuat mengikut kesesuaian dengan masyarakat negara ini selain cuba mengekalkan format asalnya.

Perkara itu penting dengan mengambil kira program itu turut disertai oleh mereka yang beragama Islam.

“Take Me Out” adalah sebuah program 15 episod memberi peluang kepada gadis berusia 18 tahun ke atas untuk mencari cinta idaman masing-masing.

Katanya, enam jejaka akan muncul pada setiap episod dan berpeluang untuk menarik minat peserta dalam pertemuan pertama dalam program itu.

Ia bukan satu pertandingan tetapi lebih kepada memberi peluang kepada mereka bertemu dengan individu yang mungkin akan mengubah hidup mereka kelak.

Semua keputusan terletak pada peserta sama ada untuk memilih lelaki berkenaan atau tidak untuk satu temu janji.

NTV7 yakin program itu akan mendapat sambutan kerana elemen kejutan dan drama.

Program yang akan dihoskan oleh Nazrudin Rahman dan Julie Wong telah pun memulakan proses rakaman di studio KRU dan sehingga kini enam episod telah pun siap.

"Kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh melayari laman rasmi rancangan ini di www.ntv7.com.my/takemeout untuk maklumat lanjut.

Take Me Out bakal disiarkan pada 11 November depan setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam di saluran NTV7.

Vokal Bukan Sekadar Rupa: Epiit peserta pertama tersingkir

Dua juri tetap program Vokal Bukan Sekadar Rupa, iaitu penyanyi Erra Fazira dan komposer Azmeer berhati-hati dalam membuat keputusan penyingkiran peserta yang bertanding.

Menurut Azmeer, dia terpaksa tegas mengatakan ‘ya’ atau ‘tidak’ pada pusingan awal ini sebelum peserta terpilih untuk ke peringkat seterusnya bermula minggu ketiga.

“Ini bukan lagi sesi uji bakat dan saya perlu membuat pilihan yang tepat. Namun, pada minggu pertama ini, saya berpuas hati dengan tahap vokal setiap peserta.

“Cuma Muhd Fakhrullah Mohd Yusoff (Epiit) terpaksa disingkirkan pada malam ini kerana kemerduan suaranya hilang pada bahagian korus,” katanya sewaktu sidang media selepas konsert mingguan pertama di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Ahad.

Sementara itu, Erra mempunyai pendapat tersendiri dalam menentukan peserta yang layak kekal dan disingkirkan bilamana dia berbeza pemikiran dengan Azmeer dan juri undangan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

“Saya mengikut pendirian sendiri dan mahu lebih jujur tetapi tidak bermakna jika saya mengatakan ‘tidak’, peserta itu tidak bagus.

“Epiit boleh menyanyi tetapi suaranya agak biasa kerana saya menjangkakan setiap peserta memberikan vokal yang luar biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Epiit yang menjadi peserta pertama disingkirkan dalam program realiti itu manakala empat peserta lain berjaya mara ke minggu ketiga terpaksa akur dengan nasibnya.

“Saya anggap tiada rezeki untuk meneruskan langkah dalam program ini dan hanya berserah.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana diberikan peluang berbanding sebelum ini apabila selalu terkandas ketika sesi uji bakat. Saya juga reda dengan kekalahan ini memandangkan saya terpilih antara 2,000 orang yang menghadiri sesi uji bakat,” katanya yang sempat menjalani latihan vokal selama seminggu sepanjang menyertai program ini.

Kesemua finalis telah dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama terdiri daripada Asmidar, Epiit, Boby, Mafa dan Azmarul manakala Fakhrul, Irsa, Aswad, Boy dan Adeq dalam kumpulan kedua.

Bermula minggu ketiga, setiap finalis akan dinilai mengikut format pemarkahan 50 peratus daripada juri tetap dan 50 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dua finalis yang berjaya peringkat akhir pada minggu kesepuluh bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 untuk juara manakala RM30,000 (naib juara).

Program ini disiarkan secara langsung di TV3, pukul 9 malam selama 10 minggu dan pertandingan akhir dijadualkan berlangsung pada 25 Disember depan.

Sinopsis Teater Badai Semalam, Istana Budaya bermula 11 hingga 2 November 2011

Sinopsis Teater Badai Semalam

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Teater Badai Semalam


Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?

Pelakon: Erra Fazira
Aaron Aziz
Fizz Fairuz

Tenaga Produksi:
Pengarah: Khairunazwan Rodzi
Penulis Skrip: Rahimidin Zahari
Pengarah Artistik: Irwan Ismadi Shahrim

Tiket-tiket berharga dari RM30 hingga RM300 untuk menyaksikan Badai Semalam, kini sudah pun mula dijual. Potongan harga sebanyak 20 peratus diberikan kepada golongan kurang upaya, warga emas dan pelajar.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan tiket teater yang turut dibintangi Emelda Rosmila dan Iqbal Taufik itu, bolehlah mendapatkannya dengan melayari laman web, www.ticket2u.biz atau hubungi talian, 03-4147 8600.

Punca Sepah berpecah

Perpecahan Sepah sebagai sebuah kumpulan. Boleh Jep jelaskan, siapa buang siapa sebenarnya ni?

Tak ada siapa buang siapa. Sebenarnya saya sendiri yang nak keluar.


Habis kenapa boleh timbul cerita yang Jep sebenarnya yang 'tendang' Mamat keluar? Cerita dah jadi tunggang terbalik ni.

Begini, saya atau Shuib tak pernah keluarkan dia daripada Sepah. Mula-mula saya yang tarik diri. Bila saya cakap begitu, tiba-tiba Shuib pula kata dia pun nak tarik diri. Saya terkejut sebab Shuib pun tak pernah cakap apa-apa sebelum itu. Saya buat pun bersebab. Saya juga tak ada hak untuk menentukan perpecahan kumpulan ini.

Alasan Jep keluar?

Semuanya sebab saya fikir kerja. Bagi saya, selepas tiga tahun bersama Sepah, inilah masa terbaik untuk saya membawa haluan sendiri dan serius membina karier. Kalau tak serius, macam mana saya nak cari pendapatan? Apa saya nak makan? Jadi saya kena utamakan diri sendiri.

Jep ni orang yang pentingkan dirilah? Maknanya, Jep cuba cakap, ada di kalangan anggota Sepah yang tak serius berkerja, begitu?

Saya memang kena pentingkan diri sebab inilah satu-satunya mata pencarian saya. Saya dah tak ada kerja lain dah. Jadi saya perlu menjaganya dengan baik. Bagi saya, kalau nak kerja, kerja. Ini tak ada kena-mengena dengan isu yang kata saya dan Mamat bergaduh dan sebagainya.

Atau ada perkara yang Sepah sorokkan daripada pengetahuan media tentang perpecahan ini? Mana tahu bukan?

Tak ada agenda lain. Memang kami fikir soal kerjaya.

Kalau tak boleh bersama sebagai Sepah, kenapa perlu tubuhkan kumpulan Sepahtu pula? Mencurigakanlah.

Kami dah buat Sepahtu dah lama dah. Kami ikat kontrak dengan MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records tapi tempoh kontrak kami tak boleh beritahu. Sepahtu ni ibarat kasut kiri dan kanan. Kedua-duanya saling memerlukan. Namun kami tak pernah halang kalau tawaran secara individu datang. Itu masing-masinglah, tapi kami akan bergerak bersama. Sepahtu ini diwujudkan sebab saya dan Shuib komited dengan kerja. Kami tak mahu kejadian lama berulang.

Bagaimana pula dengan Shuib? Kenapa sekarang mengaku memang nak tarik diri dari Sepah?

Macam Jep, saya juga fikir tentang periuk nasi. Saya tak nak perkara-perkara yang bukan berkaitan kerja mengganggu kerjaya saya. Saya pun terperanjat bila Jep kata nak keluar pada awalnya sebab dia tak beritahu apa-apa pun. Saya tarik diri pun bukan kerana gaduh dengan Mamat. Hubungan kami okey. Tapi tak ada jodoh dengan Sepah, nak buat macam mana.

Macam mana agaknya kamu bertiga akan bekerjasama nanti dalam filem Sepah The Movie? Iyalah hubungan sebagai sahabat tu bagaikan dah retak katanya.

Kami tak ada masalah berlakon bersama. Iyalah, kami pun dah lama kenal, berkawan dari kecil, jadi rasanya kami tak ada masalah.

~ MM

Profil Wan Sharmila Wan Mohamed

Profil Wan Sharmila Wan Mohamed

NAMA PENUH: Wan Sharmila Wan Mohamed
NAMA KOMERSIAL: Wan Sharmila
TARIKH LAHIR: 12 Oktober 1981
UMUR: 29 tahun
ASAL: Johor Bahru, Johor
KERJAYA: Pelakon dan pengacara
STATUS: Janda
DRAMA BERSIRI: Riang Tirana, Sindarela, Kisah Kaisara 1 & 2, Tipah Vavavoom, Emil Emilda, Bujang Antik, Sutun, Kembali Lagi, Rona Roni Makaroni, Rebab Tak Bertali, Dendam Maya
FILEM: Raya Tak Jadi, Syaitan Nirrojim

Profil Wan Sharmila Wan Mohamed

(Video) Ost KLIP 3GP - Jika - One Nation Emcees

Video Lagu Tema KLIP 3GP - JIKA - One Nation Emcees



Video Klip Rasmi Jika oleh One Nation Emcees. Lagu Tema Klip 3GP

i-Popular program RTM gabung artis lama dan baru

i- Popular adalah sebuah program baru terbitan RTM yang bersifat serampang dua mata.

Program i- Popular bakal disiarkan di TVi (Saluran 180, RTM) tahun depan menggunakan pendekatan artis baru yang digabungkan dengan artis lama bagi menarik penonton khususnya golongan remaja.

Program i- Popular memberi peluang kepada artis baru untuk bercerita kepada penonton tentang kewujudan mereka dalam industri seni hari ini.

elain itu, artis baru ini juga diberi peluang untuk memilih siapakah di kalangan penyanyi sedia ada sebagai idola mereka. Sebagai kelainan yang cuba diinjek ke dalam i-Popular, artis baru dan idolanya akan berduet menyanyikan satu lagu.

Program i- Popular sebanyak 13 episod itu bakal menerima kritikan terutamanya dan perbandingan dengan program-program hiburan sedia ada. Segala informasi tentang artis berkenaan akan diuar-uarkan kepada peminat atau penonton di hadapan kamera.

Antara artis yang menjayakan i-Popular ialah Awi Rafael bersama Farawahida, Arora Salwa bersama Noryn Aziz, Shiha (Mentor) bersama Jaclyn Victor, Black bersama Juliza Adlizan serta Ernie (Juara Bintang RTM 2009) bersama Datuk Khadijah Ibrahim.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega

Maharaja Lawak Mega

Berkumpulan:
Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:
Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid

Maharaja Lawak Mega memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober 2011, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000.

Maharaja Lawak Mega bermula 28 Oktober 2011

Kejayaan program Raja Lawak dan Maharaja Lawak yang lalu nyata telah berjaya berjaya mencipta fenomena tersendiri sekaligus berjaya mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang tersendiri.

Melihat kepada kejayaan ini, pihak Astro Warna bakal membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari pelawak yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara menerusi Maharaja Lawak Mega yang bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika bermula 28 Oktober 2011 pada setiap Jumaat, jam 10 malam.

Pengurus Pakej Mustika, Nizam Sani berkata, sebagai satu-satunya saluran komedi di Malaysia, pihak Astro Warna sentiasa meneroka ruang yang ada bagi memastikan setiap program yang ditampilkan mempunyai pengisian yang padat dan bermutu tinggi agar berbaloi dengan pakej yang telah dilanggan.

"Mengambil inisiatif yang julunmg kali diadakan ini, pihak Astro Warna dengan berbesar hati membawakan sebuah program realiti lawak terhebat yang menghimpunkan 17 peserta terhebat daripada 3 buah negara untuk beraksi di sebuah pentas yang berprestij.

"Lebih menarik, ada di antara mereka yang baru pertama ali bergabung sebagai sebuah kumpulan. Ini sememangnya adalah satu pengalaman yang boleg dianggap sebagai baru kepada penonton di saluran ini.

"Mencari yang terhebat di kalangan yang terbaik di rantau ini, kami amat percaya program Maharaja Lawak Mega ini bakal mendapat sambutan yang hangat dan paling ditunggu-tunggu . Program ini akan memaparkan pelbagai kelainan menerusi penyampaian serta corak persembahan yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta.

"Apa yang penting, pada penghujung program ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar otai segala otai," katanya.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang bakal dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon hebat komedi profesional terbaik di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lebih hebat lagi, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Raja LAwak dan Maharaja Lawak, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan pemarkahan juri tetap dan undian penonton.

Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Pun begitu, peserta yang telah melakukan persembahan yang hebat tetapi tersingkir masih berpeluang untuk kekal dalam persaingan Maharaja Lawak Mega dengan kuasa imuniti yang diperolehi daripada persetujuan ketiga-tiga juri. Cara-cara mengundi akan diumumkan dari masa ke semasa di saluran Astro Warna.

Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan Pimai yang dianggotao oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),, BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), manakala Adlin Aman Ranlie dan Jalil Hamid pula mengambil langkah berani untuk beraksi secara solo.

Para peserta turut diberi kebebasan untuk mewujudkan kolaborasi di antara 2 buah negara sepertik yang dilakukan oleh Ifa Raziah apabila bergabung dengan 2 pelawak dari Singapura untuk mewujudkan kumpulan yang dinamakan sebagai Syok.

Sementara, kumpulan komedi wanita dari Singapura iaitu Gebu yang dianggotai oleh Hani dan Azian pula pastinya akan menonjolkan keunikan yang tersendiri.

Dalam pada itu, Mahajara Lawak Mega juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) serta Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, anda boleh melayari laman sesawang rasmi kami di www.astro.com.my/maharajalawakmega atau laman Facebook di www.facebook.com/MaharajaLawak, juga dengan menekan butang merah R yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.

Pilih Kasih 3 bermula 20 November 2011,Erra Fazira, Umie Aida jadi juri

Erra Fazira dan Umie Aida dipilih menjadi juri untuk program realiti lakonan Pilih Kasih musim ketiga.

Penerbitnya Rosyam Nor berkata, pemilihan dua pelakon wanita itu adalah bagi memantapkan lagi program realiti tersebut di samping dapat berkongsi pengalaman luas mereka kepada peserta-peserta yang terpilih menyertai pertandingan itu.

“Saya mencari pembaharuan bagi memantapkan program ini dengan menampilkan dua pelakon yang cukup disegani dan berpengalaman dalam industri seni tanah air.

“Dengan adanya Erra Fazira dan Umie Aida dapat membantu saya membuat pemilihan dan secara tidak langsung mereka dapat menurunkan ilmu kepada pelakon-pelakon baru,” ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Program Pilih Kasih Musim Ketiga, di sini, Isnin.

Tambahnya, pemilihan kedua-dua pelakon tersebut juga selepas perbincangan yang dibuat dengan pihak penaja iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan RTM.

“Pemilihan Erra dan Umie juga dilihat mampu memantapkan lagi program ini. Peranan mereka juga besar dalam memilih dan membentuk peserta menjadi seorang bintang. Mereka bukan hanya bertindak sebagai juri tetapi lebih kepada menurunkan ilmu lakonan kepada peserta-peserta,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengakui perjalanan kerjaya kedua-dua juara terdahulu agak perlahan, pencarian musim ini lebih tertumpu kepada rupa paras dan bakat seseorang peserta tersebut.

“Saya akui juara sebelum ini agak lambat memulakan perjalanan kerjaya mereka kerana ada watak-watak tertentu sahaja yang boleh mereka bawa.

“Oleh itu kali ini kami mencari peserta yang mempunyai pakej lengkap yang boleh membawa semua watak,” katanya.

Program ini bakal mengekalkan pengarah tersohor, Erma Fatima, Hamzah Tahir, Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai tenaga pengajar.

Program yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini bakal memulakan uji bakat di beberapa lokasi bermula 22 dan 23 Oktober ini di The Summit, Batu Pahat, Johor disusuli Aeon Bukit Tinggi Klang, Selangor pada 29 dan 30 Oktober dan di SP Central Square Sungai Petani, Kedah pada 12 dan 13 November.

Ia turut diadakan di Central Point Palm Square, Sabah pada 26 dan 27 November, diikuti The Spring Kuching, Sarawak pada 3 dan 4 Disember dan berakhir di KL Sentral pada 10 dan 11 Disember depan.

Program Pilih Kasih 3 akan bersiaran bermula 20 November depan di saluran TV2, pada setiap Ahad, bermula pukul 9 malam.

Filem Sepah The Movie Diteruskan Walau Dah Berpecah Jadi Sepah Two

Filem Sepah The Movie tetap akan diteruskan penggambarannya walaupun kumpulan Sepah sudah berpecah.

Penerbit filem itu, Hasni Maulod menganggap anggota kumpulan itu mampu boleh bersikap profesional bagi menjayakan filem itu walaupun mereka berpecah selain mereka juga masih muda.


"Kami mengikuti perkembangan kumpulan Sepah sejak mereka menyertai Maharaja Lawak dan drama Sepah sehinggalah kami menemui penulis skrip drama itu untuk berbincang menghasilkan filem ini.

“Sebelum berpecah anggota Sepah iaitu Shuib, Jep dan Mamat telah menandatangani perjanjian untuk membintangi filem ini. Jadi, atas sebab itu kami merasakan tiada masalah yang akan berlaku walaupun kumpulan itu sudah berpecah,” katanya pada sidang media filem tersebut di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, di sini, Isnin.

Kata Hasni pihaknya tidak bermaksud untuk mengeksploitasi Sepah disebabkan kontroversi yang melanda diri mereka.

"Pada saya, apabila dilanda masalah, mereka perlu meninggalkan masalah peribadi yang akan menjejas kemampuan mereka untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Jep dan Mamat sepakat untuk bersikap profesional dalam filem ini bagi menghormati kontrak yang telah ditandatangani.

"Sebenarnya kami dah lama nak berpecah tetapi secara tidak rasmi. Apabila sudah menandatangani kontrak, tidak sangka pula saya dan Shuib menerima tawaran untuk membuat album seterusnya menubuhkan Sepahtu.

"Jadi apabila kami sudah membuat persetujuan, kami perlu lebih profesional," kata Jep.

Dalam pada itu, Mamat yang bergerak seorang diri dengan mengekalkan nama Sepah tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama-sama.

"Walaupun kami sudah berpisah, mereka masih sahabat saya dan kami pernah menjulang suatu yang sangat besar.

"Apa yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah. Mereka sahabat saya dan kami pernah bersujud bersama-sama," ujarnya.

Sepah The Movie turut dilakonkan oleh Jehan Miskin, Yus dari kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, pelakon baru Anzalna Nasir dan Ramona Qadira iaitu finalis Dewi Remaja 2010/2011.

Filem arahan MP Roslin ini akan menjalani penggambaran pada minggu hadapan dan dijangka menemui penonton pada Jun 2012.

Profil Najwa Latif | Biodata Najwa Latif

Profil Najwa Latif Biodata Najwa Latif
NAMA PENUH: Imratul Najwa Abdul Latif
NAMA KOMERSIAL: Najwa Latif
TARIKH LAHIR: 23 Mei 1995
TEMPAT LAHIR: Batu Pahat, Johor
STATUS: Pelajar SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor
HOBI: Menghasilkan lagu dan bermain peralatan muzik gitar, dram dan piano
LAMAN SOSIAL: http://www.najwalatifs.blogspot.com/
FACEBOOK FANPAGES: najwalatif
TWITTER: @njwalatif
YOUTUBE: www.youtube.com/najwa595

Album All Your Love Siti Nurhaliza ke antarabangsa

Siti Nurhaliza menjadi penyanyi sepenuh masa sejak dia berusia 17 tahun. Sepanjang 15 tahun dia telah menghasilkan lebih daripada 10 album termasuklah album kompilasi.

Sebelum ini, semua album yang dihasilkan penyanyi berusia 32 tahun itu hanya berbahasa Melayu dan cuma diedarkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei sahaja.


Bagaimanapun, Siti mula mengorak langkah lebih luas apabila tampil dengan album Inggeris pertamanya berjudul All Your Love pada 24 September lalu untuk pasaran di seluruh dunia.

Menurut penyanyi kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini, album terbitan What's Up Entertainment Sdn. Bhd., itu bukan setakat dijual secara pasaran terbuka.

Sebaliknya, ia juga dijual secara talian dan muat turun di Internet yang kini menjadi trend dalam mana-mana juga industri muzik di seluruh dunia termasuklah di negara ini.

"Album ke-14 Siti itu juga boleh dibeli dengan cara muat turun lagu-lagu daripada album tersebut di Internet selain bentuk album secara fizikal iaitu CD (cakera padat). Ini sesuatu yang baru bagi Siti.

"Siti berharap cara ini akan memperluaskan lagi jualan album itu. Kini album itu boleh dipasarkan di seluruh dunia. Semua orang walau berada di mana pun boleh mendengar album itu," katanya.

Penyanyi nombor satu tanah air ini menjelaskan, biarpun pertama kali menghasilkan album Inggeris tetapi dia berpuas hati dengan sambutan awal yang telah diberikan oleh para peminat setianya.

Contohnya kata Siti, tidak sampai empat hari All Your Love berada di pasaran, album itu telah berjaya dijual sebanyak 3,000 unit di mana ia kini diulang cetak buat kali kedua.

"Siti juga berasa terkejut apabila album Inggeris itu bukan sahaja dibeli oleh peminat Melayu tetapi ramai juga peminat kaum Cina dan India yang membeli serta memberi maklum balas yang baik.

"Ini menunjukkan lagu-lagu Siti mampu pergi lebih jauh melangkaui batas agama dan bangsa. Cuma baru sekarang Siti dapat peluang itu selepas sekian lama menjadi penyanyi," ujarnya.

Jelas Siti, dia berterima kasih kepada anak tirinya, Adib Khalid melalui What's Up Entertainment yang mempunyai inisiatif tinggi sehinggalah mereka berjaya menerbitkan album Inggeris tersebut.

Adib yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengarah di syarikat rakaman itu, kata Siti berasakan sudah sampai masanya dia menghasilkan album dalam bahasa Inggeris.

"Sebelum ini, Siti tidak dapat peluang merakamkan album Inggeris kerana kurang persediaan daripada banyak segi. Sekarang ini Siti lebih yakin untuk menyanyikan lagu-lagu Inggeris.

"Adib amat meminati bidang muzik hingga dia menubuhkan syarikat rakamannya sendiri. Mulanya tidak percaya tetapi lama kelamaan kesungguhannya itu terserlah," jelasnya.

Album All Your Love mengandungi 10 lagu termasuk sebuah lagu duet dengan penyanyi popular kelahiran Amerika Syarikat, Sean Kingston bertajuk Remember Me.

~ Utusan

Penyanyi veteran Ahmad Jais meninggal dunia usia 75 tahun

Datuk Mohd Jais Ahmad (penyanyi veteran Ahmad Jais) meninggal dunia dipercayai akibat masalah paru-paru di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.20 pagi ini .

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.

Allahyarham Ahmad Jais

Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu “Selamat Hari Raya” dan “Budi Setahun Segunung Intan” yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 Sept lepas, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 Sept lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di sini.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut.

Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

Amy Mastura,Adlin Aman Ramli pengacara baru Serasi Bersama

Serasi Bersama yang mula menemui penonton pada tahun lalu begitu diminati ramai dan menjadi antara program yang memperoleh rating tertinggi di Astro Ria.

Bagaimanapun, terdapat perubahan apabila pengacara asal program itu Aznil Nawawi dan Sharifah Shahira tidak lagi bersama untuk memeriahkan Serasi Bersama musim kedua kerana tempat mereka diganti dengan gandingan, Amy Mastura dan Adlin Aman Ramli.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, menolak timbulnya sebarang isu menyebabkan posisi mereka digantikan dalam program sebanyak 12 episod itu.

“Aznil dan Shira memberi komitmen yang bagus sehingga berjaya menarik penonton untuk menonton program ini pada musim pertama. Bagi saya perubahan dilakukan sesuatu yang normal.

“Sebelum ini, banyak program kami mengalami perubahan pengacara misalnya Akademi Fantasia (AF). Perubahan dilakukan untuk memberi nafas segar dalam program itu.

“Sebelum ini kita tidak pernah melihat gandingan Amy Mastura dan Adlin, jadi kami di Astro Ria, menjadi antara yang terawal menggandingkan mereka.

“Padanan mereka memang sesuai kerana walaupun di awal rakaman keserasian antara mereka jelas kelihatan,” tuturnya yang menjelaskan masih mengekalkan konsep program seperti musim pertama.

Setiap pasangan akan mewakili satu badan kebajikan dan wang kemenangan mereka akan disalurkan kepada badan kebajikan yang diwakili.

Amy ketika disoal mengapa dia menerima tawaran untuk bergandingan dengan Adlin Aman Ramli dalam program ini sedangkan karakter mereka jauh berbeza memberitahu, dia juga antara peminat program tersebut.

“Sebenarnya sebelum ini, saya pernah menonton program ini pada musim pertama dan pada saya ia memang sebuah program yang menarik kerana peminat dapat mengenali artis pujaan mereka dengan lebih mendalam lagi.

“Selain itu, ia sebuah program kekeluargaan, jadi program ini sangat sesuai untuk saya yang telah berkeluarga,” ucapnya yang mendapat tawaran sebelum bulan Ramadan lagi.

Tutur Amy, dia sebenarnya gementar apabila mengetahui pengacara gandingannya adalah Adlin memandangkan karakter Adlin yang agak tegas dan lantang ketika dia muncul dalam program yang lain.

“Karakter luarannya nampak garang dan serius tapi apabila bekerjasama dengannya, Adlin seorang yang baik dan sangat menghormati orang lain. Memang tiada masalah bekerjasama dengannya.

“Saya berharap agar penonton dapat menerima dengan cara saya kerana kalau hendak dibandingkan dengan Shira memanglah saya masih banyak perlu belajar,” katanya.

Adlin menerima tawaran untuk mengendalikan program Serasi Bersama dengan harapan agar dia dilihat menjadi seorang pengacara yang versatil.

“Saya pernah mengendalikan program Jangan Tidur Lagi yang menampilkan konsep berbeza dan tawaran menjadi hos Serasi Bersama ini adalah kesempatan yang terbaik buat saya menimba pengalaman menjadi seorang pengacara versatil sekali gus memantapkan kedudukan dalam bidang pengacaraan.

“Saya sudah berkahwin dan program ini sangat dekat dengan saya, malah saya sukakan konsep kekeluargaan yang diketengahkan.

“Jika tidak silap saya, ini adalah satu-satunya program membabitkan artis dan pasangan mereka sama ada penyanyi, pelakon dan mereka yang bekerja di lain bidang. Objektif utamanya berhibur sambil melakukan kebajikan antara perkara paling menarik minat saya.

“Selain itu, tentunya saya amat berbesar hati digandingkan bersama Amy Mastura. Saya peminat Amy dan sukakan karakternya yang ceria, setakat ini kami cukup serasi bersama ketika mengacara program ini,” kata Adlin lagi.

Izreen terkilan dgn Johan (Juvana - Cinta Elysa)

Ada yang kata Izreen terasa dengan Johan sebab dia nampak mesra dengan Fasha dalam drama Cinta Elysa. Betulkah?

Memang saya terasa dan terkilan dengan dia. Sebab dia bersikap dingin dan tidak endahkan saya sejak mula berlakon dalam drama itu. Tiba-tiba keluar pula gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet. Mestilah saya terasa.


Jadi betullah khabar angin mengenai awak dan Johan bercinta?

Memang kami ni tak sampai ke tahap bercinta, sampai nak kahwin. Tapi hubungan kami sangat rapat. Rapat sejak kami digandingkan dalam drama Juvana tempoh hari. Tapi hubungan itu semakin renggang bila Johan berlakon dalam Cinta Elysa.

Kalau kawan kenapa nak terasa sangat? Atau memang suka dengan Johan?

Saya mengaku yang saya suka pada Johan. Dulu masa mula-mula bertemu, sumpah! Saya memang langsung tak suka dia. Tapi dia pandai berbual dan ambil hati sampai saya mula selesa dan suka pada dia. Saya percaya sesiapa pun akan tertarik dengan dia. Mungkin karakter dia memang begitu.

Jadi apa masalahnya?

Kalau tak bercinta sekali pun, sebagai seorang sahabat yang rapat dengan dia, kenapa secara tiba-tiba dia berubah dan tak endahkan saya selepas terlibat dalam drama itu? Dulu hampir setiap hari dia akan menghubungi dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada saya. Dulu cakap dengan saya lain, sekarang lain pula.

Apa yang pernah dia cakap pada Izreen?

Saya tak mahu dedahkan. Biarlah itu antara saya dan dia sahaja yang tahu kebenarannya.

Apa reaksi Izreen bila tengok gambar dan kata-kata ala cinta antara Johan dan Fasha di Tweeter?

Pada mulanya saya tak tahu pun. Kawan-kawan yang beritahu dan tunjuk. Bayangkan perasaan saya bila tengok tu semua. Memanglah kalau boleh saya tak mahu fikir sangat. Tapi kawan-kawan sekeliling bertanya macam-macam hal dan semuanya ditala pada saya. Mestilah saya tertekan. Nak jawab apa pun tak tahu. Iyalah sebab orang tahu kami sangat rapat.

Apakah Izreen anggap Johan mengkhianati hubungan kalian?

Kalau cakap pasal perasan, sebenarnya bercampur-baur. Rasa kecewa, rasa dipermainkan, rasa bodoh semua ada! Tak adalah, saya ni pun berlakon juga, tapi ada ke saya nak bergambar macam tu dan bagi ucapan-ucapan manja dalam Tweeter dengan pelakon lelaki lain?

Mungkin Johan tak biasa lagi dengan realiti drama dalam industri hiburan, mudah dipermain-mainkan. Apa komen Izreen?

Dia orang baru. Mungkin dia teruja dapat berlakon dengan seorang pelakon cantik. Saya masih ingat lagi, dulu masa mula-mula dia berlakon, nak bergambar dengan perempuan pun dia segan-segan. Ada sekali siap berdoa sebab terlalu gementar. Tapi betullah orang cakap. Manusia boleh berubah. Dia mungkin akan kata yang ia sekadar lakonan.

Apa nasihat pada Johan?

Saya harap dia tak berubah hanya kerana sudah semakin popular sekarang. Orang kata macam kejutan budayalah. Saya juga harap dia lebih berhati-hati dan pandai membawa diri. Lagi satu, saya sebenarnya tak berdendam dengan dia. Memang saya terkilan tapi itu bukan alasan untuk saya tidak bersikap profesional seandainya kami digandingkan lagi dalam projek drama seterusnya.

Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Konsert Fenomena 30 Tahun Search

Tiket Konsert Fenomena 30 Tahun Search ini telah mula dijual pada harga RM59 di Pulau Pinang dan Larkin manakala RM69 di Kuala Lumpur bermula 6 Oktober lalu di www.tickethotline.com.my.

Pihak penganjur turut memberikan diskaun 15 peratus jika orang ramai membeli tiket bermula daripada 6 Oktober hingga 13 Oktober ini.

Peminat-peminat Search juga boleh melayari laman web rasmi konsert ini diwww.facebook.com/SEARCH30.

Bagi peminat bertuah yang klik ‘like’ pada laman sosial itu bakal berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa dua tiket konsert.

Konsert Fenomena 30 Tahun Search
Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman (Amy) menganggap Konsert Fenomena 30 Tahun Search pada hujung tahun ini bakal mengimbau kembali kenangannya dengan jurutera bunyi terkenal dari Singapura, Yamaguchi.

Menurutnya, pertama kali dia menemui jurutera yang pernah terlibat dengan konsert-konsert bertaraf antarabangsa seperti konsert Black Eyed Peas itu adalah pada tahun 1988 di Bangkok.

“Waktu itu, Search terlibat dengan persembahan di Bangkok dan Yama (Yamaguchi) turut sama-sama menyertai kami.

“Mengenalinya, dia seorang yang banyak dan pakar mengubah bunyi-bunyi agar menjadi lebih menarik dan menjadi orang yang sangat penting dalam konsert kami nanti. Jadi, sudah pasti kami tidak sabar untuk bekerjasama dengannya nanti kerana dia mengetahui kelebihan kami masing-masing,” kata Amy.

Melihat kepada sambutan penonton yang melebihi 10,000 orang semasa menghadiri konsert Search sebelum ini, Pengarah Oracle Accord, Jerome Lee selaku penganjur menganggarkan seramai 30,000 penonton bakal membanjiri konsert ini di Kuala Lumpur manakala 10,000 penonton masing-masing di Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Konsert tersebut bakal berlangsung pada 19 November depan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Stadium Yunos, Larkin (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

“Kami akan memastikan konsert ini dipersembahkan dengan kualiti yang tinggi selama tujuh jam bermula pukul 5 petang.

“Selain Search, konsert ini turut dimeriahkan oleh kemunculan band-band lain kerana Search hanya akan membuat persembahan selama dua jam.

“Kami akan menyanyikan lagu-lagu terbaik yang belum pernah dinyanyikan dan lagu wajib yang tidak boleh ditinggalkan seperti Fantasia Bulan Madu,” ujarnya.

Tambahnya lagi: “Saya yakin untuk menjadikan konsert ini suatu yang menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton sebagai tanda terima kasih kepada peminat.”

Paul McCartney akan berkahwin buat kali ketiga

Paul McCartney akan berkahwin buat kali ketiga dengan tunangnya, Nancy Shevell yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS) dalam satu majlis di London, esok.

Akhbar Daily Mirror dan The Sun melaporkan, berita mengenai perkahwinan pasangan itu telah diumumkan sejak bulan lalu dan mereka akan melangsungkan perkahwinan di Pejabat Pendaftaran Marylebone.


Pejabat Pendaftaran Marylebone merupakan tempat yang sama ketika McCartney melangsungkan perkahwinannya dengan isteri pertama, Linda pada 1969, kemudian meninggal dunia pada 1998 akibat barah payudara. – Reuters

Lirik Lagu Stand Up:Siti Nurhaliza | Stand Up Lyrics

Lirik Lagu Stand Up:Siti Nurhaliza

Everytime I’m by myself
I’m staring out the window
I’m looking at the weather change
Seing how the wind blow

I’m tired giving everything
I’ve only got the air I breathe
I need sometime to myself
To lift me off the ground

Sometimes we learn after we fall
But it’s okay
If you stand up now
Your dreams will be heard
Gotta look inside your heart
If you believe you’ll make it through after all
Though the times they may break
You don’t ever forget who you are
Because a woman’s strength is in love

When i look into your eyes
I know the pain you’re feeling
But it doesn’t take away the beauty of your smile

Sometimes we learn after we fall
But it’s okay
If you stand up now
Your dreams will be heard
Gotta look inside your heart
If you believe you’ll make it through after all
Though the times they may break
You don’t ever forget who you are
Because a woman’s strength is in love

Time after time
They will hurt you
There’s a reason you’ve made it this far
Though the road maybe long just hold on
To the faith in your heart

If you stand up now
Your dreams will be heard
Gotta look inside your heart
If you believe you’ll make it through after all
Though the times they may break
You don’t ever forget who you are

If you stand up now
Your dreams will be heard
Gotta look inside your heart
If you believe you’ll make it through after all
Though the times they may break
You don’t ever forget who you are
Because a woman’s strength is in love

I’ll Wait Forever Lyrics:Siti Nurhaliza

Lirik Lagu I’ll Wait Forever :Siti Nurhaliza

Everytime I close my eyes
I’m having visions of my life
And I see you
Now I can’t get you outa my mind
I think I wanna make you my wife

Baby tell me why you giving love to someone else
When I need you by my side
You’re everything that i need

Now I can’t help but feel it’s not over
I can tell when look in your eyes
Don’t tell me that he loves you
And I should be with someone else
Coz the way that I’m feeling right now

Oo girl you know what
I’ll wait forever ever
For your love
I’ll wait forever ever
For your love

Everytime that i’m with him
I think about what I need and I see you
Now I can’t get us out of my mind
I think about you all the time

Baby tell me why you giving love to someone else
When I need you by my side
I just can’t get enough

Now I can’t help but feel it’s not over
I can tell when I look in your eyes
Don’t tell me that he loves you
And I should be with someone else
Coz the way that I’m feeling right now

I’ll wait forever ever
For your love
I’ll wait forever ever
For your love

Does he love you like the way I do
Does he make you wanna fall in love
Does he give you everything you need

To make it
Will I ever believe you’re mine
You know I told you
You’re the only one
I can’t do this any longer

Now I can’t help but feel it’s not over
I can tell when look in your eyes
Don’t tell me that he loves you
And i should be with someone else
Coz the way that I’m feeling right now

I’ll wait forever ever
For your love
I’ll wait forever ever
For your love

Siti Nurhaliza -Tonight Lyrics

Lirik Lagu Tonight -Siti Nurhaliza

Verse 1:
I've always thought about the things that I need close to me,
I've never been able to let go so easily
If only they taught love inside of all those history books
I’ll teach you to love me and we will never end

Pre hook:
So can we go,
Turn back time
Go back to a place I keep you in my mind
You’re all I know
You’re all I need
Can I cast a spell to keep you here with me

Hook

Everybody’s tryna keep you
Away from me
Is it not right to be with you
And be all you need
Cos I get so lonely when you’re not here
So stay with me
Stay with me tonight (tonight, tonight)
Stay with me tonight (tonight, tonight)

V2
I’ve never thought love so magical was meant to be
I’ve seen it in movies but I never thought it was meant for me
But when you came into my life I felt brand new inside
You hold my hand and said my name and looked into my eyes

Pre hook:
So can we go,
Turn back time
Go back to a place I keep you in my mind
You’re all I know
You’re all I need
Can I cast a spell to keep you here with me

Hook
Everybody’s tryna keep you
Away from me
Is it not right to be with you
And be all you need
Cos I get so lonely when you’re not here
So stay with me
Stay with me tonight (tonight, tonight)
Stay with me tonight (tonight, tonight)

Bridge:
Tell me if I promise
Promise that I give you
Everything you see and
Someone you believe in
I’m supposed to be the
Be the only one you
You ever need to love

Hook
Everybody’s tryna keep you
Away from me
Is it not right to be with you
And be all you need
Cos I get so lonely when you’re not here
So stay with me
Stay with me tonight (tonight, tonight)
Stay with me tonight (tonight, tonight)

Tag:
Wha ye ya ye ya ye ya
Oh wha ye ya ye ya ye ya
Oh wha ye ya ye ya ye ya
Oh wha ye ya

Mizz De Menor : Perniagaan Online Mizz Nina

Mizz Nina bakal melancarkan perniagaan pakaian secara dalam talian secara kecil-kecilan yang dinamakan Mizz De Menor pada minggu depan.

Mizz Nina

Menurut isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh, ini, perniagaan tersebut akan merealisasikan cita-citanya yang menggemari bidang fesyen selain mahu berkongsi minat itu dengan peminat.

“Saya masih baru dengan perniagaan ini dan memikirkan untuk melakukan ia secara kecil-kecilan.

“Nama De Menor dipilih kerana ia melambangkan cara seseorang itu menonjolkan imejnya sama ada dia seorang yang ‘funky’, seksi dan sukakan warna-warni,” katanya kepada mStar Online.

Perniagaan ini diuruskan di bawah syarikatnya, Mizz Nina Productions selain albumnya, What You Waiting For yang menjadi projek pertama syarikat tersebut.

Alehandra Ahmad pelengkap hidup pelakon Aqasha

"Terlalu bahagia dan gembira apabila melihat zuriat sendiri", begitulah penjelasan pelakon dan penyanyi Aqasha yang mengakui perasaan tersebut terlalu sukar untuk diungkapkannya.

Bersyukur dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Alehandra Ahmad, pada 6 September lalu, kata Aqasha, kehadirannya melengkapkan kehidupannya bersama isteri Noor Baizura Mohd Sabri.

Gambar Anak Aqasha

"Dia pelengkap kehidupan kami. Dia juga merupakan peneman saya di waktu malam. Saya suka menonton televisyen (tv) di waktu malam dan dia selalunya akan berjaga malam.

"Jadi kini saya sudah ada peneman ketika menonton tv. Dia pun tak banyak meragam, saya hanya perlu melayan dia sahaja. Sekitar jam 3 atau 4 pagi dia akan tidur," katanya begitu ceria berkongsi pengalamannya sebagai bapa.

Menyambung bicara kata pelantun lagu Cahaya Hati ini, nama putera sulungnya itu membawa maksud pejuang yang terpuji. Nama tersebut sememangnya telah lama diminatinya sedari bujang lagi.

"Saya suka nama Iskandar atau Alexander yang membawa maksud pejuang. Kalau nak letak Alexander Ahmad dah tak kena, jadi saya fikir Alehandra Ahmad sangat sesuai bermaksud pejuang yang terpuji.

"Memang sejak saya bujang saya suka nama tersebut lantas apabila dikurniakan anak lelaki terus saya namakannya sebegitu," ucapnya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Mabrurkah Hajiku.

Tidak kisah untuk berjaga malam bagi menemani cahayamatanya, jelas lelaki berusia 29 tahun ini, dia enggan menganggu isterinya yang kini dalam proses berpantang. Malah kata Aqasha berpeluang menjadi seorang bapa merupakan satu momen yang sungguh indah.

"Saya tak pernah membayangkan akan ada anak sendiri dan sangat bersyukur dikurniakan cahayamata sendiri. Tak tahu bagaimana nak gambarkan keseronokkan dan bangga kerana memilikinya. Bagi saya kehadirannya satu anugerah terbesar dalam hidup saya.

"Selama ini orang cakap pasal anak, kita akan faham tapi tak dapat rasa tapi apabila memiliknya sendiri barulah kita dapat merasainya," jelasnya yang akan memasuki penggambaran drama bersiri Gemersik Kalbu arahan Heykal Hanafiah untuk tayangan slot akasia di TV3.

Biodata Pelakon Noor Melia Aimiellia Zaidi (Melia)

Biodata Noor Melia Aimiellia Zaidi (Melia)

Nama penuh: Noor Melia Aimiellia Zaidi
Panggilan: Melia
Tarikh lahir: 7 November 1993
Usia: 18 Tahun
Asal: Sentul, Kuala Lumpur
Keluarga: Anak sulung daripada dua beradik
Hobi: Memasak
Idola: Fauziah Datuk Ahmad Daud, Scha Al-Yahya, Erra Fazira
Kerjaya: Pelakon
Filem: Karipap-Karipap Cinta
Drama: Ampunkan Daku, Silap Menghitung, Kalau Hati Sudah Suka, Menanti Hujan Teduh

Biodata Noor Melia Aimiellia Zaidi (Melia)

Raja Lawak 6 : Cif Besar dan Cif Kecik

Raja Lawak musim ke-6 kali ini bakal menampilkan kelainan dari segi format serta saluran siarannya.

Raja Lawak musim keenam (RL6) nanti tidak lagi disiarkan di saluran Prima, tetapi akan disiarkan di Astro Warna sejajar dengan pelaksanaan saluran tersebut sebagai saluran komedi.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, perubahan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif pihak Astro bagi mengangkat program komedi ke satu tahap yang lebih tinggi.

"Perpindahan program Raja Lawak daripada saluran Prima ke Warna adalah satu langkah positif kerana satu produk berkualiti keluaran Prima sudah mampu berdiri sendiri di saluran Warna.

"Namun apa yang lebih penting, kami menghidangkan program berkualiti dan dapat diterima penonton," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Raja Lawak musim keenam di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, RL6 juga akan memperkenalkan format baru di mana para peserta yang terpilih akan dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh tiga pelawak tanah air.

"Peneraju kumpulan kita panggil Cif Kecik dan setiap mereka akan menjadi penasihat dan pemerhati sebelum para peserta bersedia untuk membuat persembahan mingguan.

"Tiga orang Cif Kecik ini juga akan bertindak sebagai pendorong motivasi kepada peserta dalam kumpulan mereka.

"Kita juga memperkenalkan seorang pelawak lagi yang akan bertindak sebagai Cif Besar. Tugas Cif Besar untuk memantau kesemua Cif Kecik dan barisan peserta yang terlibat di bawah pengawasan Cif-Cif Kecik," jelas Khairul.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan format baru itu, ia akan memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan potensi diri dalam melahirkan pelawak professional tanah air.

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR

Ustazah Pilihan berbeza dari Imam Muda

Selepas kejayaan program Imam Muda, Astro tampil dengan Ustazah Pilihan iaitu yang berbentuk pencarian pendakwah di kalangan wanita.

Walaupun ramai menjangka perjalanan program itu mirip Imam Muda, namun Pengurus Astro Oasis, Izelan Basar menjelaskan, Ustazah Pilihan menampilkan kelainan.

Kata Izelan, program itu menyelitkan pendekatan mendidik wanita untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Ustazah Pilihan

"Program ini menyajikan pengisian yang lebih padat. Apabila kita melahirkan program seumpama ini, kita membuat pengamatan yang lebih halus tentang kelebihan yang dimiliki wanita hari ini yang dilihat berperanan menegakkan syiar Islam di Malaysia.

"Dalam membuat tapisan peserta, kita memilih mereka yang mempunyai kekuatan bukan sahaja daripada segi pendidikan agama tetapi juga akademik yang membanggakan.

"Justeru, bukan mudah untuk membuat pilihan, apatah lagi ini ialah musim pertama program ini ke udara," katanya pada majlis memperkenalkan 11 peserta Ustazah Pilihan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, apabila program 10 episod itu disiarkan bermula malam ini, penonton dapat melihat matlamat penerbitan programnya.

Jelasnya, program itu bukan hanya mencari seorang pendakwah di kalangan wanita tetapi juga pendakwah wanita berkualiti.

Mengimbau semula sesi temuduga yang telah diadakan bagi mencari peserta program, Izelan berkata, walaupun ia diadakan di empat negeri sahaja namun sambutan yang diterima amat menggalakkan.

"Memanglah pada asalnya kita hanya mahu 10 peserta sahaja. Tetapi kita tambah seorang lagi kerana sewaktu sesi temuduga semua mereka menunjukkan kualiti yang sukar untuk kami tolak," katanya.

Tambah beliau, peserta Ustazah Pilihan bukan hanya dinilai tahap pengetahuan tetapi juga keupayaan mendalami ilmu agama.

"Kesemua peserta akan dipimpin oleh Pengetua, Dr. Robiah K Hamzah yang dibantu oleh dua tenaga pengajar iaitu Prof. Dr. Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan.

"Setiap episod akan ada penyingkiran berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program berlangsung," ujarnya.

Semua 11 peserta Ustazah Pilihan ialah Nur Atieqah Mohd. Zainudin, Nur Aqidah Mawardi, Nun Faizah Rohana Mustapha, Siti Fatimah Mad Yatim , Masfira Hilman , Firuz Akhtar Mohamad Bohari, Siti Norhafiza Ghazali, Nurul Hidayah Kamarudin, Shazmeen Mohd. Din, Siti Fatimah Mohd. Sharif dan Maryanti Ramle.

Sementara itu, peserta termuda Ustazah Pilihan, Nur Atieqah Mohd Zainudin, 20, melahirkan rasa bertuah kerana terpilih sebagai peserta musim pertama program tersebut.

"Walaupun saya terpaksa menangguhkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) untuk menyertai program ini, saya tidak rasa rugi kerana dapat menuntut ilmu dengan beberapa tokoh agama yang disegani.

"Ilmu merupakan harta paling mahal untuk kita sebagai manusia. Tujuan utama saya menyertai program ini adalah untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dalam membentuk saya menjadi seorang pendakwah wanita suatu hari nanti," katanya.

Bagi Siti Fatimah Mohd. Sharif pula, status sebagai isteri tidak menghalangnya menyertai program Ustazah Pilihan.

Malah dengan sokongan padu dari suami, dia percaya keputusannya menyertai program ini akan membantu meningkatkan tahap keyakinannya sebagai seorang guru.

"Saya bersyukur kerana suami faham akan tujuan utama saya menyertai program pencarian ini dan itu sebenarnya banyak membantu menaikkan semangat saya untuk terus menimba ilmu menerusi program ini," katanya.

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

Saida AF6 bercerai tebus talak

Penyanyi Saida Taruddin sah bercerai dengan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri dengan lafaz talak satu secara khuluk (tebus talak) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie, Suhaily Rosli memerintahkan badan hakam yang dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan konflik rumah tangga itu untuk mengendalikan proses lafaz cerai setelah Mohd. Ghazali enggan untuk menceraikan isterinya.

Saida AF6 dan anak

Lafaz cerai talak satu tersebut terhadap Saida dilakukan oleh seorang pegawai mahkamah selaku wakil hakam bagi pihak Mohd. Ghazali. - Utusan

Semarak Kasih Seharum Cinta,Johnson Baby di TV3 bermula 4 Oktober

Dokumentari televisyen empat episod, Semarak Kasih, Seharum Cinta diperkenalkan bertujuan membantu pasangan suami isteri menyemarakkan kembali kasih sayang dalam rumah tangga mereka.

Rancangan tersebut bakal ditayangkan mengungkap kehidupan bahagia empat pasangan selebriti tempatan.

Antara yang terlibat ialah Sari Yanti dan suaminya Mohd Eddy Casmady; Sharifah Shahirah dan Ijoy; Lisdawati dan Fauzi Nawawi serta Susan Menon dan Mustapha Kamal.

Setiap episod Semarak Kasih, Seharum Cinta akan mendedahkan kreativiti serta usaha pasangan dalam meluahkan kasih sayang dan memupuk cinta walau telah lama mendirikan rumah tangga dan sibuk dengan anak-anak.

Menerusi rancangan ini Johnson berharap agar penonton mendapat inspirasi berusaha mengukuhkan kekuatan rumah tangga mereka.

Pengarah Urusan Johnson & Johnson Malaysia, Joyce Lee berkata, perkahwinan yang bahagia ialah perkahwinan yang dibajai dengan kasih sayang dan usaha untuk mengekalkannya.

"Walaupun mereka selebriti, pasangan yang kami tonjolkan dalam rancangan itu adalah sama seperti anda dan saya.

"Mereka akan berkongsi tentang cara mereka menguruskan rumah tangga dan komitmen kerja mereka. Rancangan ini memaparkan juga cara memupuk kreativiti, usaha dan pertimbangan antara pasangan suami isteri," ujar Lee lagi.


Bercakap dalam sesi temu bual semasa pelancaran dokumentari tersebut, Sari Yanti percaya bahawa perasaan kagum seorang suami terhadap isteri adalah amat penting dalam sesebuah perkahwinan.

"Bagi memastikan suami terus menghargai isteri, si isteri haruslah berusaha untuk mengekalkan daya tarikannya. Salah satu rahsia saya ialah menggunakan mandian susu Johnson Baby. Ia melembut dan melicinkan kulit dengan khasiat protein susu yang melembut kulit saya seperti kulit bayi.

"Selepas mandi saya selalu berasa cantik dan wangi seperti bayi. Sejak akhir-akhir ini kami sering berdakapan," kata Sari Yanti sambil tersenyum.

Bagi mengikuti dengan lebih lanjut lagi perbincangan tentang rumah tangga pasangan selebriti ini jangan ketinggalan menonton dokumentari Semarak Kasih, Seharum Cinta di TV3 setiap hari Selasa dari pukul 6.00 petang hingga 6.30 petang bermula 4 Oktober ini.

Ashton Kutcher curang dengan Demi Moore

Rumahtangga pasangan pelakon Demi Moore dan Ashton Kutcher mungkin berada di hujung tanduk apabila Ashton dikatakan telah berlaku curang.


Baru-baru ini, majalah gosip Star telah memaparkan beberapa foto yang menunjukkan Ashton sedang bergembira dengan empat orang wanita bernama Sara Leal, Alexis, Katy dan Marta yang dikenalinya di sebuah kelab malam.

Menurut sumber, tiga wanita tersebut telah diajak ke bilik hotel yang diduduki Ashton untuk berparti.

"Suasana di bilik itu agak 'hangat' malah keempat-empat wanita itu berendam di tab panas.

"Ashton sempat melakukan perbuatan yang tidak senonoh dengan Sara ketika mereka dalam keadaan mabuk," kata sumber itu.
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact