Gegar Raya Kampung Pening Lalat, 2 Sept TV1

Kenapa nama Gegar Raya Kampung Pening Lalat dipilih? Pastinya kerana kemeriahan penduduk kampung itu menyambut lebaran dengan penuh warna dan menceriakan. Saling bergotong-royong membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Malah nama Pening Lalat bagai mengembalikan nostalgia kisah kerajinan masyarakat kampung dalam kisah Ahmad Albab lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Penduduknya juga ramai, malah antara yang tinggal di situ ialah Pak Maun dan anak perempuannya, Siti. Di situ juga tinggal tiga anak muda nakal - Syawal, Rejab dan Syaaban yang suka menyakat Pak Maun dan cuba mengurat Siti.

Keletah mereka menjadi hiburan seluruh penduduk kampung. Di rumah Pak Maun pula ada banyak aktiviti untuk hiburan penduduk. Ada sukaneka, persembahan artis dan acara rumah terbuka yang meriah. Tidak hairan Kampung Pening Lalat meriah setiap kali tibanya Aidilfitri.

Senario itu sebahagian kemeriahan yang cuba ditampilkan dalam komedi sitkom yang menggandingkan Datuk Siti Nurhaliza dan Saiful Apek, dua nama besar dalam bidang hiburan masing-masing. Lebih kecoh apabila Juara Maharaja Lawak, Sepah turut memeriahkan suasana dengan jenaka tidak kering gusi mereka.

Gandingan Sepah dan Saiful Apek sememangnya satu gandingan mantap yang tidak ada tolok bandingnya. Ibarat Do Re Mi ciptaan P Ramlee bertemu Mr Bean ciptaan Rowan Atkinson.

Bergegar riuh dek ketawa dan sorakan penonton yang membanjiri Auditorium Perdana Angkasapuri pada sesi rakaman program Gegar Raya Kampung Pening Lalat yang memakan masa hampir tiga jam di kompleks penyiaran RTM pada 30 Julai lalu.

Program dua jam buat siaran hari raya keempat nanti ini turut menampilkan Dayang Nurfaizah, Azlan & The Typewriter, pakar motivasi Profesor Izzi Haji Ali dan bakat cilik, Mia Sarah.

Sketsa bermula dengan kemunculan Pak Maun (Saiful Apek) yang merindui kepulangan anaknya, Siti yang bertugas di perbatasan. Pada masa sama, Syawal, Rejab dan Syaaban yang dilakonkan Jeff, Shuib dan Mamat kasihan melihat keadaan Pak Maun dan cuba menghiburkannya.

Seluruh penonton bukan saja dihiburkan dengan lawak jenaka mereka, malah kedua-dua personaliti itu turut berduet menyampaikan medley lagu Pulang Di Hari Raya, Selamat Berhari Raya dan Selamat Hari Raya.

Sebaik saja mereka menyampaikan lagu itu, penonton dikejutkan dengan kemunculan penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza yang tampil lengkap beruniform celoreng diiringi lapan anggota tentera berkawad masuk ke dalam auditorium sambil menyampaikan lagu Balik Kampung yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Menariknya, program ini bukan saja dilatari dengan suasana keraian Aidilfitri, sebaliknya diselitkan babak dan lagu berunsur patriotik sempena Hari Kemerdekaan ke-54 yang turut disambut hujung bulan ini.

Untuk segmen itu, Siti menghiburkan penonton dengan lagu Bahtera Merdeka dan Radio Malaysia, termasuk lagu raya wajib Nazam Lebaran serta Sesuci Lebaran.

Pada malam itu, Siti turut memberi persembahan bertenaga melalui lagu Falling In Love diiringi penari latar.

Kemunculan Dayang turut mendapat perhatian ramai apabila dia mendendangkan lagu Setahun Sekali. Malah Azlan yang tampil dengan vokal mantap secara bersahaja menyampaikan lagu Cahaya di Aidilfitri.

Penonton yang hadir turut diundang menyertai acara sukaneka seperti Acara Pukul Telur, Anyam Ketupat, Lipat Songket dan Pecah Belon Raya.

Sebagai penutup, lagu Tanggal 31 dan Selamat Hari Raya yang dipopularkan Allahyarham Puan Sri Saloma dinyanyikan semua artis yang menjayakan program. Gegar Raya Kampung Pening Lalat akan disiarkan pada 2 September ini pada jam 9 malam di TV1.

Sinopsis Filem Raya Tak Jadi, Trailer Video Raya Tak Jadi

Sinopsis Filem Raya Tak Jadi

Filem Raya Tak Jadi mengisahkan Shuib dan Bob yang terjumpa sekujur tubuh di dalam bonet teksi dipandu Shuib. Lebih mengejutkan mereka, tubuh terkujur itu sebenarnya juru umum rasmi Hari Raya atau Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Bimbang dengan nasib raya yang mungkin tak jadi kerana ketiadaan juru umum itu, mereka mula bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian supaya raya tetap diumumkan seperti kebiasaan.

Trailer Video Raya Tak Jadi



Poster Filem Raya Tak Jadi

FILEM: Raya Tak Jadi
ARAHAN: Saiful Apek
PELAKON: Saiful Apek, Datuk Jalaludin Hassan dan Johan Raja Lawak
GENRE: Komedi
TAYANGAN: 15 September 2011

Gambar Kim Hyun Joong, Profil Kim Hyun Joong

Gambar dan Biodata Kim Hyun Joong

NAMA PENUH: Kim Hyun Joong
TARIKH LAHIR: 6 Jun 1986
USIA: 25 tahun
TEMPAT LAHIR: Seoul, Korea Selatan
KERJAYA: Pelakon, penyanyi, model, penari, pengacara
PENDIDIKAN: Mahasiswa Universiti Cheongwoon dalam bidang pengurusan perancangan persembahan.
DRAMA: Boys Over Flowers, Playful Kiss, Dream High
IKLAN: Samsung Anycall Blue, Hotsun Chicken, Converse, T.I For Men, Elite Uniform


Gambar Kim Hyun Joong

Gambar Kim Hyun Joong

Gambar Kim Hyun Joong

Profil Natasha Hudson, Biodata

PROFIL NATASHA HUDSON

Nama sebenar: Natasha Liana Hudson
Tarikh Lahir: 9 September 1982
Asal: Ipoh, Perak
Adik-Beradik: Sulung dari dua beradik.
Kerjaya: Pelakon, Model, Penyanyi dan Penulis

Filem: Mamak Cupcake, Langgar, Lemak Kampung Santan, Chermin, Tipu Kanan Tipu Kiri, Sumolah dan Halilintar

Drama: Cinta Luar Biasa,Pei Pan, Rahsia Cemara, Duyung Aridinata, Emily, Cinta, Pengantin Untuk Dijual dan Sultan Alauddin

Iklan: H20, Hotlink (bersama Farid Kamil dan Siti Nurhaliza), Sea White (Follow Me)

Teater: Teater Muzikal Ibu Zain dan Gamat

Program TV: Sembang Santai Bersama Cikgu Sidek, Destinasi Cinta Bersama AirAsia ,Girls Club dan Kediaman Idaman.

Buku: MY heart,MY soul, My passion dan Puisi Indah Si Pari Pari.

Pencapaian: Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia ke-20 (Chermin).


Memey Suhaiza sibuk buat persiapan kahwin

Pelakon cantik, Memey Suhaiza sibuk ketika menjelang Syawal. Dia bukan sibuk mencari baju raya atau membakar biskut raya, sebaliknya sibuk membuat persiapan kahwinnya yang bakal berlangsung pada 25 September depan.

Memey Suhaiza

“Sudah dua tahun saya terpaksa lupakan pasal persiapan raya. Tahun lepas saya sibuk buat persiapan untuk majlis pertunangan, tahun ini buat persiapan kahwin pula. Mungkin tahun depan baru boleh tumpukan pada persiapan raya pula. Setakat ini boleh dikatakan 90 peratus persiapan sudah siap. Mudahan-mudahan semuanya berjalan lancar. Bimbang juga kalau apa yang dirancang tidak menjadi. Nasib baik, keluarga saya pun banyak membantu. Kiranya tahun ini kami sekeluarga raya ala kadar jelah,” ujar Memey sambil menguntum senyum.

Bercerita tentang majlis kenduri yang akan diadakan di rumah keluarganya di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi Johor itu, Memey memberitahu majlis itu akan diadakan mengikut adat orang kampung.

“Saya tidak ambil katering pun, kerja-kerja memasak akan dilakukan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong atau orang Johor panggil rewang. Majlis persandingan pun saya akan buat ikut adat Jawa, Johor. Sebelah malam pula, akan ada acara joget lambak untuk tetamu-tetamu yang hadir.

Untuk majlis akad nikah nanti, saya akan menggayakan busana daripada Ezuwan Ismail yang akan diadakan pada 24 September, selepas Asar. Manakala untuk majlis resepsi pada 25 September itu, saya pakai baju Hatta Dolmat. Sementara untuk acara potong kek, saya beri kepercayaan kepada Rizman Ruzaini,” ujar Memey yang mengakui dia telah membelanjakan lebih RM50,000 untuk majlis di Johor.

Pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan turut diraikan dalam satu majlis gilang-gemilang di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, 28 September nanti. Majlis yang mendapat tajaan RM12 juta ini dikhaskan untuk rakan-rakan artis, pihak media dan saudara-mara terdekat sahaja.

Lebih 3000 kad kahwin telah dicetak untuk diedarkan kepada jemputan dan setakat ini sudah hampir 2000 kad telah diserahkan kepada yang berkenaan. Kad jemputan berwarna merah itu menampilkan foto-foto eksklusif Memey dan Norman mengayakan sepasang busana putih rekaan Ezuan Ismail.

Rendang Kerang Juadah Istimewa Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah akan menyediakan juadah istimewa rendang kerang setiap kali pada Hari Raya pertama untuk santapan seisi keluarga.

Kata Shila, resepsi turun temurun itu merupakan juadah kegemaran keluarga mereka yang wajib disediakan setiap kali hadirnya Hari Raya.

Shila Amzah

"Pada Hari Raya saya biasanya kana balik ke Perak tapi tahun ini saya minta untuk beraya di Kuala Lumpur sahaja.

"Biasanya pada pagi raya saya akan bantu emak memasak lauk pauk untuk juadah raya dan saya sendiri ada hidangan istimewa iaitu rendang kerang," ujarnya.

Selain itu, bercerita tentang Aidilfitri, Shila berkata sambutan kali ini sederhana seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Kami sekeluarga sambut secara sederhana sahaja, malam raya saya masih bekerja iaitu menyertai program raya TV1," katanya.

Shila yang baru sahaja keluar dari syarikat rakaman Monkey Bone akan muncul “single” terbaru berjudul Patah Seribu ciptaan sepenuh olehnya.

Sementara klip video Patah Seribu yang dihasilkan oleh pengarah Micheal Ang sudah siap sepenuhnya dan akan disiarkan dalam masa terdekat.

Emi, isteri muda Salih Yaacob beraya di rumah mentua

“Insya-Allah, tahun pertama bergelar isteri, saya akan mengikut abang pulang berhari raya di kampungnya di Sungai Besar (Selangor),” kata isteri muda pengacara dan penyampai radio popular, Salih Yaacob, Samihah Sheikh Ali, 25.

Samihah atau lebih mesra dengan panggilan Emi mengikat tali perkahwinan dengan Salih penghujung Mei lalu, mengakui ia adalah pengalaman baru baginya yang sebelum ini meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Mersing, Johor.


“Sekarang saya berada di kampung (Mersing) dan akan pulang ke Kuala Lumpur, Ahad (hari ini) ini menaiki bas bagi menyediakan persiapan raya di keluarga mentua pula.

“Selama empat bulan bergelar isterinya, saya mula memahami sikapnya yang terlalu bersederhana malah persiapan hari raya kali ini pun ditentukan abang dan kakak (madu) yang lain,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Menurutnya, Salih sering mengingatkannya mengenai sambutan perayaan secara sederhana dan mengikut kemampuan mereka, selain membuang tanggapan hanya menziarahi kubur serta bermaafan di Aidilfitri. Menjawab persoalan mempunyai keistimewaan bergelar isteri muda, Emi menafikan tanggapan berkenaan malah menyifatkan suaminya bersikap adil terhadap keempat-empat isterinya.

Malah ia terbukti sepanjang Ramadan lalu, apabila mereka sekeluarga kerap berbuka puasa bersama-sama sekali gus mengeratkan lagi hubungan mesra yang sedia ada.

Emi juga tidak menolak kemungkinan mereka sekeluarga bakal menyambut hari raya bersama-sama, namun tarikhnya masih belum ditentukan Salih.

Lebih melegakan Emi yang juga pembantu peribadi Salih, adalah pengertian dan sokongan ibu bapanya yang sentiasa memahami kedudukannya mempunyai keluarga besar.

Sementara itu, Salih ketika dihubungi berkata, menyedari tanggungjawab besar yang dipikulnya apabila memiliki keluarga besar, dia mempraktikkan sistem giliran pulang ke kampung empat isterinya.

“Saya beruntung apabila dianugerahkan isteri yang memahami dan berdikari. Malah diakui keempat-empat isteri saya bijak memainkan peranan mereka sendiri sambil mendapatkan pandangan saya sebagai suami sebelum membuat keputusan.

“Saya tidak pernah menghalang isteri jika mereka ingin menyambut Aidilfitri bersama ibu bapa masing-masing biarpun lebih afdal mereka berada di sisi saya kerana memahami kerinduan mereka terhadap keluarga,” katanya.

Menurutnya, dia akan mencuri masa untuk menziarahi keluarga mentuanya di Kajang, Selangor (isteri pertama), Bagan Serai, Perak (isteri kedua), Alor Setar, Kedah (isteri ketiga) dan Mersing (isteri keempat).

Katanya, dia akan memanfaatkan sebarang jemputan pertunjukan pentas di tiga negeri berkenaan untuk beraya di kampung mentuanya. Selain itu, Salih berkata, dia bercadang mengadakan rumah terbuka untuk peminat namun enggan menetapkan sebarang tarikh kerana bimbang hajat itu tidak kesampaian.

Tambahan pula, dia kini bakal melancarkan produk berasaskan makanan jenamanya sendiri bulan depan.

Laman Raya Imam Muda,Astro Oasis

Laman Raya Imam Muda disiarkan pada 30 dan 31 Ogos serta 1 dan 2 September, di Astro Oasis, jam 3 petang.

Laman Raya Imam Muda mengisahkan Mursyid program IM 1 dan 2, Asmawi Umar menganjurkan rumah terbuka. Bersesuaian imej program agama berbentuk realiti yang popular itu, Laman Raya Imam Muda juga membicarakan perkara yang sentiasa menimbulkan keraguan dalam agama dan kaitannya dengan sambutan hari raya.

Pembabitan artis terkenal, seperti Wan Aishah Wan Ariffin, Amy Search, Razak Ahmad, ustaz Akhil Hayy dan Ziela Jalil membawa perbincangan lebih mendalam mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam industri seni tanah air. Mereka juga berbincang mengenai perubahan serta penghijrahan artis sekarang ke arah cara hidup yang lebih baik berlandaskan agama Islam yang suci.

Segmen lain, Pengetua IM 1 dan 2, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz datang beraya ke rumah terbuka itu dan memberi nasihat untuk perkara yang dibincangkan bersama tetamu lain.

Hassan berkata, walaupun sebelum menyertai IM 2, dia sudah bersedia di segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan apa saja kemungkinan apabila sudah dikenali ramai. Pun begitu dia tetap rasa terkejut melalui fasa hidupnya kini.
Keluarganya di Air Tawar, Perak, turut terkena tempiasnya.

“Penggambaran Laman Raya Imam Muda ini memenatkan. Saya belum biasa lagi dan ia perkara baru dalam hidup saya. Letih macam mana pun, depan kamera kena ‘maintain’. Apabila saya tanya mereka yang berpengalaman dalam bidang ini, mereka kata inilah kehidupan yang akan dilalui oleh mana-mana personaliti dan selebriti terkenal. Kena terima dan bersedia sepanjang masa.

“Apabila balik kampung, suasana juga dah lain. Jika sebelum ini, orang tidak begitu kenal keluarga saya, sekarang orang bertanya di mana rumah IM Hassan.
Emak pun dah jadi terkenal di kampung.

“Bukan saja saya, keluarga di kampung hendak buat apa saja kena fikir baik buruknya kerana orang memerhati. Insya-Allah tahun ini saya buat rumah terbuka tetapi saya tak pasti besar mana. Kalau buat sedikit, nanti ramai pula yang datang dan tidak cukup makanan,” katanya.

Bercerita mengenai Ramadan lalu, jelas Hassan yang juga Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa di Batu Caves, jadualnya penuh sehingga Oktober ini.

“Bulan puasa saya dijemput menjadi imam dan memberikan tazkirah. Untuk aktiviti selepas raya pula, saya diminta memberikan motivasi kepada remaja. Saya dalam proses menyesuaikan diri.

“Kalau boleh saya mahu terima semua jemputan, bimbang nanti bila ditolak ada yang berasa hati. Jadi saya kena menyusun jadual sebaik mungkin supaya semua jemputan itu dapat saya penuhi,” katanya.

Hassan yang masih bujang adalah imam tetap di Masjid Kemensah Heights, Hulu Klang. Selepas dinobatkan juara IM 2, dia minta kelonggaran dengan pihak Masjid Kemensah Heights agar dapat terima undangan jadi imam di masjid lain terutama di sekitar Lembah Klang. Dia juga sedang menyiapkan pengajian ijazah Sarjana pengkhususan Usuluddin di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nazrul juga merasai apa Hassan alami. Dia yang sudah berkahwin tentunya memikul tanggungjawab yang lebih untuk menjadikan keluarganya sebagai contoh terbaik kepada masyarakat.

“Bukan saya saja menerima kejutan, isteri saya pun sama dan dengan itu membuatkan kami menjalani kehidupan ini lebih berhati-hati. Masa untuk bersama keluarga juga agak pendek sekarang kerana terpaksa memenuhi banyak undangan.

“Ramadan lalu pun saya masih sibuk di mana saya mengerjakan umrah bersama lapan pemenang Salamfone Sdn Bhd. Kami ke sana pada 13 Ogos dan balik pada 25 Ogos lalu. Sempatlah membuat persediaan Hari Raya untuk anak dan isteri,” katanya yang juga Guru Besar sekolah agama di Perak.

Salamfone antara penaja utama hadiah pakej haji dan umrah untuk juara dan naib juara IM 2. Hassan yang memenangi pakej haji dan umrah, akan mengerjakan haji tahun ini dan umrah pada pertengahan tahun depan.

Isteri Urus Jadual Hari Raya Asyraf (Imam Muda)

Bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, bekas peserta Imam Muda iaitu Asyraf memberi peluang kepada isterinya, Nurhusna Yusof untuk mengurus dan menetapkan jadual aktivitinya semasa tempoh mereka bercuti Hari Raya.

Menurut Asyraf, pada Hari Raya tahun ini dia akan memberi tumpuan kepada isteri dan keluarganya memandangkan tahun lalu dia gagal berbuat demikian.

“Saya merancang hari raya pada tahun ini lebih sistematik dan teratur berbanding tahun lalu. Ini kerana saya tidak sempat beraya lebih lama dengan ahli keluarga pada tahun lalu.

“Kadangkala, bila kita tak sempat beraya dengan ahli keluarga dan kawan-kawan rapat bimbang menjadi buah mulut orang pula. Jadi, saya memberi peluang kepada isteri untuk mengatur aktiviti dan jadual kerja saya pada Hari Raya nanti,” katanya.



Dia juga memikirkan untuk mengambil cuti panjang sempena supaya dapat berehat dan menghabiskan masa lebih lama dengan ahli keluarga.

“Saya sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini. Jadi, kalau boleh saya nak bercuti lebih lama untuk menyambut Hari Raya,” katanya yang belum pasti tentang berapa lama cuti yang akan diambil.

Selepas bercuti, dia akan kembali melakukan kerjanya sebagai penceramah bebas melalui syarikatnya sendiri, Ben Ridzuan yang menguruskan ceramah umum.

“Saya akan terus melakukan kerja ini selagi menerima undangan dan sementara orang masih lagi hendak mendengar suara saya,” katanya lagi.

~ Mstar

Aeril Zafrel Join Kumpulan Marhaban

Pelakon Aeril Zafrel yang bersedih kerana terpaksa menyambut Aidilfitri tanpa ayah dan ibu buat pertama kali mengakui berasa gembira apabila berpeluang untuk meraikan perayaan itu dengan menyertai aktiviti marhaban bersama teman-teman sekampungnya di Batu Pahat, Johor.

Kata pelakon yang bakal muncul dengan filem Cinta Kura-Kura ini, rutin menyertai kumpulan marhaban di kampungnya adalah aktiviti yang sangat teruja dan tidak pernah dilepaskannya pada setiap kali Syawal.

"Ini adalah tahun pertama saya menyambut Aidilfitri tanpa ayah dan ibu yang telah meninggal dunia pada hujung tahun lalu. Walaupun sedih dan terkilan tetapi saya reda dan menerima ketentuan itu.


"Bagaimanapun, kesedihan saya akan terisi dengan menyertai aktiviti marhaban bersama kawan-kawan dan penduduk kampung. Insya-Allah, pada tahun ini, kami akan mengadakan aktiviti itu pada Hari Raya kedua," katanya.

Tambahnya, aktiviti marhaban dan menziarahi rumah teman-teman sekampung adalah waktu yang paling dinantikannya saban tahun kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

"Sejak berpindah ke Kuala Lumpur, saya tidak punya banyak masa untuk kerap pulang ke kampung kerana komitmen kerja.

"Hanya menerusi aktiviti marhaban dan beramah mesra ini sajalah peluang saya untuk bertemu kawan-kawan lama, berkongsi cerita dan bertukar perkembangan masing-masing," katanya lagi.

Menyelak perkembangan seni, Aeril berkata, dia akan kembali sibuk dengan jadual lakonannya selepas bercuti selama hampir dua minggu pada Hari Raya ini.

"Selepas Hari Raya, saya akan masuk set penggambaran drama berepisod Klik musim kedua dan Adam Hawa.

"Selain itu, saya juga menantikan jadual promosi untuk filem Cinta Kura-Kura yang dijangka ditayangkan selepas bulan Raya nanti,” katanya.

Oleh WAHIDUZZAMAN

RTM Siar Lebih 100 Program Bertemakan Merdeka Raya

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata stesen penyiar itu mengambil inisiatif dengan menampilkan kelainan pada program-programnya bersempena sambutan tiga perayaan iaitu Aidilfitri, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Menurut Norhyati, program yang bertemakan Rayakan Merdeka itu bakal menghimpunkan lebih 100 rancangan hiburan termasuk drama, nyanyian dan muzikal bermula esok hingga 16 September depan.

"Tahun ini adalah tahun yang istimewa buat RTM kerana kita cuba menawarkan kelainan dalam program-program yang disiarkan bersempena sambutan tiga perayaan iaitu Hari Raya, Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

"Kita cuba imbangi dan terapkan ketiga-tiga tema itu menerusi lebih 100 rancangan yang merangkumi drama televisyen, muzikal dan nyanyian di tiga saluran iaitu TV1, TV2 dan TVi," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, kelainan yang cuba diketengahkan pada tahun ini bukan saja terletak pada variasi program yang baru dan segar malah stesen tersebut juga mengutamakan program nyanyian dan muzikal terbitan dalaman.

"Selain drama, kita juga memberikan keutamaan pada pelbagai program nyanyian dan muzikal yang diterbitkan oleh unit dalaman RTM sendiri.

"Program-program ini diimbangi dan diadun dengan ketiga-tiga elemen perayaan itu," katanya.

Bagi program Hari Raya, TV1 bakal menawarkan 58 program, TV2 (30) dan TVi (12), manakala program Merdeka pula menjanjikan lima program di TV1, tujuh program di TV2 dan sebuah program di TVi.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan pula bakal dimeriahkan dengan tiga program istimewa.

Antara program menarik bersempena musim perayaan ini termasuk drama Puasa Terakhir pukul 12.30 tengah hari 29 Ogos di TV2, drama Hero Desa (2 petang, 30 Ogos, TV1), Bagus Ba Khas Raya (9 pagi, 30 Ogos, TVi), program Aktif 5 Raya (4.30 petang, 31 Ogos, TV2), telefilem Ratu Hati Di Aidilfitri (5.05 petang, 1 Sep, TVi) dan program Gegar Raya Kg. Pening Lalat (9 malam, 2 Sep, TV1).

Barisan filem yang bakal disiarkan secara berselang-seli pula termasuk Setem (10.30 malam, 30 Ogos, TV2), Papadom (9 malam, 31 Ogos, TV1) dan V3: Samseng Jalanan (10.30 malam, 1 Sep, TV2).

Layari laman web rasmi www.rtm.gov.my untuk maklumat lanjut dan intisari program di televisyen dan radio RTM sepanjang musim perayaan ini.

Oleh WAHIDUZZAMAN

Proton Inspira Untuk Pendengar Bertuah Suria FM

Pendengar bertuah Suria FM berpeluang memenangi kereta Proton Inspira sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Kempen tersebut berlangsung selama sebulan bermula Isnin ini, di mana hanya sebuah kereta yang bakal direbut oleh pendengar-pendengar Suria FM dengan tajaan Proton Holdings Bhd.


“Bermula Isnin ini selama sebulan, pendengar-pendengar Suria FM boleh menyertai kempen untuk memenangi sebuah kereta Proton Inspira. Selain itu mereka juga berpeluang memenangi hadiah saguhati menarik.

“Jadi, ikuti dan dengar Suria FM untuk mengetahui maklumat tentang cara menyertai kempen tersebut,” kata Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah ketika ditemui di program Jom Balik Raya Suria FM bersama Safi di Mydin Sinar Kota, Kuala Lumpur, Sabtu.

Program menarik lain yang bakal menyusul selepas Hari Raya Aidilfitri ini juga adalah ‘Konsert Kemuncak Raya Suria FM’ pada 1 Oktober ini di Dataran Putrajaya bermula pukul 8 malam.

“Kami akan menganjurkan karnival sempena konsert tersebut bermula 12 tengah hari dan pada sebelah malam akan berlangsung konsert yang disertai oleh 15 penyanyi hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Hattan, kumpulan Hujan, Ning Baizura dan Adira,” kata Yusri lagi.

Menyentuh tentang program ‘Jom Balik Raya’, seramai 96 pendengar bertuah dihantar ke kampung masing-masing dengan menaiki tiga buah bas yang disewa khas ke tiga destinasi iaitu Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu.

Di samping itu, mereka turut menerima duit raya RM50 dan barangan dari Safi. Kempen tersebut bermula sebelum Ramadan di mana pendengar harus membuat pembelian ubat gigi Safi bernilai RM5 ke atas di Mydin dan menyertakan resit pembelian pada borang penyertaan seterusnya melengkapkan slogan tidak melebihi 20 patah perkataan dan memenangi maksimum lima tiket bas balik kampung.

Antara penyampai radio yang turut hadir menyerikan program itu adalah Halim Othman, Zizi, Shiera, Myra serta penyanyi Shila Amzah selaku Duta Safi Balqis dan penyanyi Shazroul.

~ mstar

Isteri Ameng Spring sedih sambut raya tanpa suami

Isteri mana yang tidak sedih apabila sepanjang menjalani ibadah puasa dan menjelang Syawal, suami yang tercinta tidak berada disisinya apatah lagi bersama keluarga. Itulah perasaan yang sedang dialami Sabariah Zakaria, 41 iaitu isteri kepada Ameng Spring atau Wan Aminudin Wan Ismail,42.

"Ramadan tahun ini merupakan ramadan paling sedih buat saya dan anak-anaknya kerana Ameng tidak dapat bersama kami. Yelah, pada kebiasaannya kami sentiasa akan berbuka puasa bersama-sama. Kalau ikutkan hati, saya dan anak-anak langsung tiada hati untuk beraya kerana asyik memikirkan keadaan Ameng saja," katanya.


Mengharap agar dapat melawat Ameng di pagi hari raya nanti, Sabariah tidak dapat menahan sebak kerana anaknya itu sering saja bertanya kepadanya bilakah ayahnya itu akan pulang.

"Saya memang terasa sangat-sangat ketiadaan Ameng. Setiap kali berbuka puasa mesti saya teringat. Apatah lagi, apabila mendengar anak saya bertanya tentang dia. Sampai sekarang ni pun, saya tak terfikir untuk beli persiapan hari raya.

"Namun, saya tetap kuatkan semangat kerana Ameng ada pesan sesuatu pada saya. Selama ini pun, saya jadi kuat dan bersemangat menempuhi liku-liku hidup kerana amanat yang diberikan oleh Ameng," ujarnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang luahan rasa isteri Ameng dalam menyambut hari raya, jangan lupa menonton program Kepohnya Raya yang disiarkan di Astro Ria, hari raya pertama, jam 4 petang.

Lagu Raya Pilihan Artis

Jom! Kita sama-sama lihat apa pula pilihan golongan artis.

1) Farah Asyikin
“Saya suka dengan lagu-lagu lama seperti Satu Hari Di Hari Raya oleh M.Nasir, Dendang Perantau oleh P.Ramlee, Indahnya Beraya Di Desa oleh Azlina Aziz dan Seloka Hari Raya oleh Hail Amir dan Uji Rashid. Bagi saya lagu-lagu lama ini membawa saya mengimbas kembali kenangan lama.”

2) Iqa, Mentor
“Saya suka lagu Cahaya Aidilfitri yang dinyanyikan oleh Black Dog Bone dan lagu Satu Hari Di Hari Raya oleh M.Nasir. Saya suka kedua-dua lagu ini sebab lirik dan melodinya menyentuh hati.”

3) Awi Rafael
“Saya pun suka dengan lagu yang dinyanyikan oleh M.Nasir, Suatu Hari Di Hari Raya. Selain mempunyai lirik yang bermakna, saya juga suka dengan melodinya yang mampu menyuntik semangat raya.”

4) Ahmad Idham
“Saya suka dengan lagu Suasana Hari Raya yang dinyanyikan oleh Anuar Zain dan Ellina. Lagu ini mempunyai mood yang ceria. Apabila dengar lagu ini, saya rasa tidak sabar hendak berhari raya bersama keluarga dan teman-teman. Lagu-lagu sedih saya tidak berapa suka!”

5) Zizan Raja Lawak
“Sebenarnya, saya suka dengan lagu-lagu raya yang malar segar. Lagu-lagu lama ini mempunyai semangat raya yang lain daripada lagu-lagu raya baru. Tapi dalam banyak-banyak lagu itu, saya paling suka dengan lagu Salam Dunia yang dinyanyikan oleh M. Nasir. Bagi saya, lagu ini mempunyai lirik yang cukup mendalam maknanya.”

6) Juliana Evans
“Jue paling suka dengan lagu Satu Hari Di Hari Raya oleh M. Nasir. Lagu ini membuatkan Jue teringat kepada kenangan raya dari kecil sehinggalah sekarang ini. Bagi Jue, lagu-lagu malar segar lebih dekat dengan peminat sebab melodi dan liriknya membawa makna yang besar. “

7) Cat Farish
“Kalau orang lain suka lagu-lagu yang ceria, Cat pula suka lagu yang sedih-sedih. Macam lagu Cahaya Aidilfitri dendangan Black Dog Bone tu, apabila saya dengar saya rasa cukup tersentuh. Paling best, saya boleh mendapat idea untuk buat lagu baru.

8) Zizi Fabulous Cat
“Disebabkan saya duduk jauh daripada keluarga, jadi saya cukup meminati lagu dendangan Aishah, Pulanglah. Saya rasa lagu ini kena dengan kisah hidup saya. Kalau lagu yang ceria dan menggambarkan suasana Hari Raya, saya pilih lagu Sudirman Hj. Arshad, Balik Kampung.

9) Aliff Satar
Lagu raya yang paling menyeronokkan mestilah lagu Balik Kampung daripada Allahyarham Sudirman dan Suasana Hari Raya oleh Anuar Zain & Ellina. Kedua-dua lagu ini mencerminkan sambutan raya yang cukup meriah dan menyeronokkan. Selain itu, ia juga membuatkan saya rasa tidak sabar untuk beraya!

10) Heliza Helmi
Saya suka lagu-lagu lama berbanding lagu raya baru. Paling suka dengan lagu Selamat Hari Raya oleh Saloma. Apabila dengar lagu ini, rasa macam hendak terus beraya. Saya rasa penulis lirik lagu ini berjaya menggambarkan kemeriahan Hari Raya dengan baik. Bahkan, lagu ini juga mesra pendengar. Siapa yang tidak tahu lagu dengan Saloma ini. Apabila terdengar lagu ini, terus rasa nak kemas rumah cepat-cepat!

~ Gua

Sinopsis Final Destination 5, Trailer

FINAL DESTINATION 5 sudah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula 25 Ogos 2011.

Sinopsis Final Destination 5
Final Destination 5 kali ini tampil dengan kemalangan yang terjadi di sebuah jambatan.

Berlatarkan 12 tahun selepas kejadian pertama di pesawat, Sam Lawton (D’Agosto) mendapat “bayangan” mengenai keruntuhan sebuah jambatan yang mengorbankan banyak jiwa.

Semua kemalangan yang terjadi tersusun seperti yang dilihat dalam gambarannya. Hal tersebut membuatkan Sam panik yang meminta semua orang menyelamatkan diri. Walaupun mimpi buruknya itu tidak menjadi kenyataan, Sam berjaya menyelamatkan diri bersama tujuh rakan sekerja termasuk teman wanitanya Molly.

Walaupun terselamat, kelegaan itu tidak lama kerana mereka bakal menghadapi kematian mengikut giliran masing-masing. Kumpulan remaja yang tidak dapat lari daripada takdir kematian, namun mereka mempunyai pilihan dengan mengambil nyawa orang lain untuk menyelamatkan diri.



Info Final Destination 5
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2011
Genre: Seram
Pengarah: Steven Quale
Pelakon: Nicholas D'Agosto, Emma Bell, Miles Fisher, P.J. Byrne, David Koechner

Trailer Final Destination 5

KRU TV siar “Paparazzi Aidilfitri” ,“24-7 Raya”

KRU TV tampil dengan dua program istimewa untuk pelayar setia saluran KRU TV di Tonton (www.tonton.com.my) iaitu “Paparazzi Aidilfitri” dan “24-7 Raya”.

“Paparazzi Aidilfitri” yang bersiaran selama satu jam ini bakal menampilkan persembahan istimewa dari artis terkenal tanah air antaranya Aman Shah, Ana Raffali, One Nation Emcees, Farawahida serta artis di bawah naungan KRU Studios iaitu Iqa Mentor dan VIP.

Rakaman “Paparazzi Aidilfitri” yang berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sungei Wang ini turut dihadiri oleh selebriti-selebriti terkenal tanahair seperti Mawi, Memey Suhaiza, Atilia, Intan Ladyana, Kamal Adli, Dafi, Adira, 6ixth Sense dan ramai lagi.

Selain persembahan daripada para artis, hos-hos Paparazzi iaitu Neelofa, Sharifah Sakinah, Aina Suzaily dan hos jemputan, Along Raja Lawak turut beramah mesra dengan selebriti jemputan yang hadir untuk berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri mereka.

Menurut Naib Presiden Media & Muzik, KRU Media Sdn Bhd, KC Ismail, beliau memberitahu bahawa KRU TV merupakan rangkaian media maya pertama di Malaysia yang menganjurkan acara seumpama ini.

“Buat pertama kalinya, kami menerbitkan sebuah program hiburan yang dirakamkan di pusat membeli-belah. Berkonsepkan santai dan berlatarbelakangkan sambutan Hari Raya, “Paparazzi Aidilfitri” pasti akan menjanjikan persembahan yang menghiburkan kepada pelayar KRU TV di portal Tonton.”

Bagi rancangan “24-7 Raya” pula, edisi istimewa ini bakal menampilkan band yang cukup popular dengan lagu seperti “Menyesal”, “Tanpa” dan “Khatimah Cinta” iaitu 6ixth Sense. Ketahui tentang sambutan dan persiapan Aidilfitri 6ixth Sense serta dengarkan dendangan lagu raya mereka secara ‘live’ hanya di KRU TV.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Media Prima Berhad khususnya Alt Media kerana memberi peluang kepada kami untuk menceburi dalam New Media ini. Saya yakin, pada masa akan datang, New Media akan menjadi teraju dalam industri ini dan apa yang kami buat sekarang adalah untuk generasi akan datang,” ujar Presiden Eksekutif KRU Media Sdn Bhd, Norman Abdul Halim.

Sedikit info mengenai KRU TV, ia mula beroperasi dan bersiaran di Tonton pada 11 Januari 2011. KRU TV yang menampilkan lapan segmen eksklusif berbentuk hiburan dan informasi antaranya Paparazzi, Carta Blockbuster, 24-7, Dramania, Anime, TMO, Jukebox dan Extravaganza ini kini merupakan antara saluran popular dan pilihan ramai di Tonton.

Bagi pengikut setia KRU TV, jangan ketinggalan untuk menyaksikan secara eksklusif “Paparazzi Aidilfitri” dan “24-7 Raya” melalui saluran KRU TV di www.tonton.com.my sempena Aidilfitri ini.

Datuk Yusof Haslam mahu anak terus setia dengan Skop

Datuk Yusof Haslam, akui, Skop Production akan rugi jika dia melepaskan anaknya, Syamsul Yusof, untuk bekerja dengan produksi lain.

Menurutnya, Syamsul merupakan seorang pengarah yang kreatif dan kerana dia, Skop telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa enam bulan menerusi dua buah filem sahaja iaitu KL Gangster dan Khurafat.

"Dari segi perniagaan, Alhamdulillah, Syamsul membawa keuntungan kepada syarikat dan sebagai seorang ayah, saya bertuah mempunyai anak sepertinya.

Syamsul Yusof

"Tetapi dari sudut kekeluargaan pula, saya sudah mengingatkan Syamsul dan seorang lagi anak iaitu Syafiq supaya kekallah bekerja dengan Skop," katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan pemberian bonus di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ulu Klang, Rabu.

Tambah Yusof, walaupun dia tahu, banyak produksi yang memberi tawaran lumayan kepada Syamsul untuk menyertai mereka, dia percaya, anaknya itu tetap akan setia dengan Skop dan tidak mungkin 'menderhaka' terhadap keluarga.

Dalam pada itu, Yusof berpendapat, dengan pelbagai projek drama dan filem yang ada, tiada alasan untuk Syamsul keluar berkarya di produksi lain pula.

"Setakat ini Skop mempunyai pelbagai projek yang perlu dilaksanakan. Malah bekerja dengan keluarga adalah paling mudah kerana apa yang mereka mahu, saya beri.

"Malah dari segi masa kerja juga lebih fleksibel. Cuba kalau kerja dengan orang lain, silap hari bulan, seawal 8 pagi sudah kena ada di pejabat," selorohnya.

Sementara itu, pada majlis berbuka puasa itu, Yusof telah memberikan bonus iaitu 'duit raya' kepada 160 pekerja syarikat produksi berkenaan, para pelakon, termasuklah pelakon-pelakon veteran dan krew produksi.

Yusof berkata, memandangkan tahun ini Skop berjaya mencatat sejarah dengan memperoleh jumlah kutipan filem yang agak besar nilainya, maka tahun ini juga dia melaburkan sejumlah wang yang besar kepada pekerja-pekerjanya.

"Alhamdulillah, bila kita ada rezeki lebih, tidak salah untuk dikongsi bersama. Saya bersyukur kerana pemberian bonus pada tahun ini adalah paling besar jumlahnya berbanding tahun-tahun yang lalu," katanya, yang enggan memberitahu jumlah keseluruhan bajet pemberian bonus tersebut.

Biodata profil Anzalna Nasir, gambar Anzalna

Biodata pelakon Anzalna


NAMA: Nur Anzalna Md Nasir

NAMA KOMERSIAL: Anzalna

TARIKH LAHIR: 9 Januari 1988

ASAL: Pulau Pinang

DARAH CAMPURAN: Cina (ayah) dan Punjabi (ibu)

KELUARGA: Anak kedua daripada lima beradik (semua perempuan)

HOBI: Melancong, karaoke, menghias rumah

KERJAYA: Model, pelakon

DRAMA: Suria Di Cardoba, Ramadan Terakhir, Gemersik Kalbu

FILEM:: Sepah The Movie

IKLAN: Celcom, Tren2, French Oil

Anzalna Nasir


Biodata Anzalna Nasir

Biodata Anzalna Nasir

Video Iklan Raya Petronas 2011 -Tangan Ini (PETRONAS Raya Merdeka 2011)

Video Iklan Raya Petronas 2011 -Tangan Ini



Tangan boleh menjadi lambang perwatakan dan peribadi seseorang.

Sebagai contoh, tangan- tangan yang bersalaman adalah simbol ampun dan maaf. Tangan-tangan yang penuh dengan parut dan calar menunjukkan kerja keras dan kekuatan. Tangan adalah simbol ideal kepada keperibadian kita. Ia bukan lagi mengenai kepentingan menyampaikan nasihat atau memberi pengajaran kepada penonton, tapi iklan tahun ini adalah satu bentuk penghargaan kepada rakyat Malaysia. Melalui interpretasi di tangan mereka, iklan ini adalah untuk meraikan nilai-nilai yang mewakili rakyat Malaysia.

Lirik Lagu Tema OST Cinta Elysa - Kisah Dongeng (Stacy)

Lirik Lagu Tema OST Cinta Elysa - Kisah Dongeng (Stacy)

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Belum pernah aku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Sinopsis Temple Grandin di HBO

Filem original HBO, Temple Grandin akan ditayangkan buat julung kali di Asia pada 2 September ini di HBO. Dibintangi pemenang anugerah Golden Globe, Claire Danes, ia memaparkan kisah mengenai seorang penulis terkenal yang juga saintis haiwan dan pejuang dalam hal autisme.

Filem ini turut dibintangi Catherine O'Hara dan Julia Ormond serta calon anugerah Academy dan anugerah Golden Globe, David Strathairn. Ia diarah pemenang tiga kali Anugerah Persatuan Pengarah, Mick Jackson, hasil lakon layar oleh Christopher Monger dan pemenang Anugerah Persatuan Penulis, William Merritt Johnson.


Temple Grandin berdasarkan buku yang berjudul Emergence oleh Temple Grandin dan Margaret Scariano, serta buku Thinking in Pictures oleh Temple Grandin sendiri.

Sinopsis Temple Grandin

Temple Grandin mengisahkan kecekalan dan perjuangan seorang wanita muda ketika dia bergelut dengan cabaran autisme pada suatu ketika lalu yang mana ia masih tidak diketahui ramai. Filem ini mengisahkan zaman awal apabila penyakitnya baru dikenal pasti; zaman dia membesar yang penuh cabaran serta perkembangan dirinya ketika di bangku sekolah; sokongan cekal dari ibu, emak saudara dan guru sainsnya; sehinggalah dia muncul sebagai seorang wanita yang berjaya yang peka dan faham perilaku haiwan.

Tidak serik dengan rintangan yang dihadapi dari segi pelajaran, sosial dan kerjaya, Grandin berupaya menjadikan bakat uniknya menjadi alat perilaku yang dapat membawa revolusi kepada industri ternakan lembu. Ini pula menjadi dasar terhadap kerjayanya sebagai seorang penulis, pensyarah dan perintis perjuangan autisme serta pelajaran mengenai autisme.

Filem yang menakjubkan ini memberi pandangan terperinci terhadap dunia Temple Grandin. Ia membenarkan penonton menyelami pemikirannya dengan adanya imej tertentu yang memberi pandangan dari segi persepsi dirinya sendiri serta perjalanan hidup wanita ini dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa pada permulaan kerjayanya.

Promo Video Telemovie Mendongak Ke Langit,25 Ogos 2011



Drama Mendongak Ke Langit mengisahkan penderitaan 2 kanak-kanak yang hidup dan membesar di lorong-lorong gelap Kuala Lumpur, melihat ibu mereka yang menjadi mangsa pelacuran dan penagihan dadah.

Layaria: Mendongak Ke Langit
25 Ogos 2011, Khamis
9 malam, Astro Ria (104)

(Video) Temuramah kisah hubungan Shaheizy Sam dengan pelakon Sara Ali

(Video) Temuramah kisah hubungan Shaheizy Sam dengan pelakon baru Sara Ali

Sinopsis drama Kekasihku Puyu, Kekasihku Puyu ganti Laila Manja

Sinopsis Kekasihku Puyu,TV3

Kekasihku Puyu sebuah drama yang mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya, anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah (Mak Jah), bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu ke dalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.

Sesudah 23 tahun berlalu, Fahmi (Mohd Fazren Mohd Rafi) yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. Walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu pada keesokan harinya. Selepas memasukkan ikan itu ke dalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik, hanya boleh dilihat Fahmi seorang.

Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari (Intan Ladyana) dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek (Hafizuddin) berkahwin dengan Suriati (Zarina Zainuddin) yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengekalkan kecantikannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuan Malek.

Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib (Rizal Ayub), rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu, Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.

Bagaimanakah kesudahan nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya? Temui jawapannya dalam Kekasihku Puyu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang di slot Lagenda, hanya di TV3.

Pelakon Kekasihku Puyu: Intan Ladyana, Mohd Fazren Mohd Rafi, Zarina Zainuddin, Mak Jah, Hafizuddin dan Rizal Ayub.

Kekasihku Puyu sebuag drama terbitan HNJ Pictures


Battleground 2011 Auditions,27 August 2011

Battleground 2011 Auditions

“Battleground, the INTERNATIONAL Battle Zone”, the hottest street dance competition in Malaysia is back with a brand new season and more dance moves! “Battleground” 2011 is currently looking for contestants to join the Battle Zone with a call for audition on 27th of August, 2011 at Berjaya Times Square, Main Entrance, Kuala Lumpur. This audition is open to all nationalities who are currently residing in Malaysia aged 15 and above in teams of minimum 2 and maximum 6 members, regardless of nationality, race and gender.

“Battleground” 2011 is produced by Astro while the main sponsor for “Battleground” 2011 is Canon, MY FM as the official radio station and Giordano as the apparels sponsor. “Battleground” 2011 will be bilingual in both Cantonese and English and hosted by Gan Mei Yan (MY FM DJ) and Serena C (Mix FM DJ) to widen the appeal of the programme across the nation reaching viewers beyond race, language and nationality.

The audition judges will be Loose Joint, pioneering generation of new school dancers who coined the dance style named Hip Hop from U.S.A, Aga a.k.a. Swiftlocker, a dance guru from Taiwan; and an international judge BooGTom from Korea. 18 finalists will battle it out the preliminaries and semifinals, only 4 finalists will qualify and battle during Grand Final on 10th of December 2011. “Battleground” 2011 offers a total of RM 75,000 in cash sponsored by Canon and other attractive prizes. Champion will stand a chance to obtain RM45,000 cash and some prizes.

Date: 27 August 2011 (Saturday)
Time: 6:00pm
Venue: Berjaya Times Square, Main Entrance, Kuala Lumpur

Pelakon Sharnaaz wajib balik kampung untuk Raya

Sebagai anak rantau dari Pulau Pinang, pelakon Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini akan memastikan dirinya pulang ke kampung waima apa keadaan sekali pun.

Baginya, hanya pada Aidilfitri sahaja merupakan waktu terbaik untuknya berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara yang sudah lama tidak ketemu.

Daripada nada suaranya sahaja, sudah dapat disimpulkan bahawa Sharnaaz sememangnya cukup menantikan sambutan Syawal.

Lebih-lebih lagi apabila hari lahirnya yang ke-26 jatuh pada Hari Raya pertama sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini begitu istimewa sekali buat Sharnaaz.

“Pagi raya, semua sepupu dan saudara saya akan berkumpul di rumah keluarga saya di Datuk Keramat, Pulau Pinang.

 Sharnaaz Ahmad

“Seterusnya, kami semua akan bersembahyang sunat Aidilfitri di masjid berdekatan dan sebaik sahaja pulang ke rumah, kami akan dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa daripada air tangan ibu saya.

“Ketika itulah juga, soal diet sudah tidak dihiraukan lagi kerana macam-macam makanan akan dihidangkan seperti nasi tomato, ayam ros, ayam kicap dan rendang.

“Memang sudah menjadi tradisi keluarga kami untuk menghidangkan juadah istimewa seperti ini di pagi Syawal. Kemudian, waktu tengah hari pula, kami semua akan ke rumah makcik saya,” cerita Sharnaaz dalam nada penuh teruja.

Jason Momoa bawa watak Conan The Barbarian

Jason Momoa mungkin satu nama yang belum dikenali di Hollywood, sama seperti Arnold Schwarzenegger ketika dia mula memegang watak utama dalam filem Conan The Barbarian pada 1982.

Mungkin 30 tahun dari sekarang, Momoa mampu mengecapi kegemilangan sama seperti yang dikecapi oleh Schwarzenegger, jika peminat filem terpikat dengannya sebagai Conan The Barbarian yang baru dan dalam bentuk 3D yang akan mula ditayangkan pada Jumaat ini.

Jason Momoa

"Conan akan memberikan saya status sebagai seorang bintang.

"Ia akan meletakkan saya sebagai antara pelakon lelaki utama di Hollywood," kata Momoa tentang harapannya terhadap filem terbaru tersebut.

Berdasarkan buku fiksyen yang ditulis oleh Robert E. Howard, filem 'kelahiran semula' Conan bermula dengan memaparkan kehidupan orang kasar itu ketika masih muda dan dia menyaksikan kampungnya terbakar serta bapanya meninggal dunia di depan matanya.

Apabila dewasa, Conan memulakan misi menuntut bela yang kemudian bertukar menjadi pertempuran epik bagi menyelamatkan seluruh dunia daripada kuasa jahat.

Tidak seperti Schwarzenegger yang pada usia 35 tahun menjadi juara bina badan dan masih baru di Hollywood ketika membawa watak Conan, Momoa, 32, mempunyai pengalaman selama 12 tahun berlakon.

Namun, Momoa hanya dikenali oleh segelintir peminatnya termasuk pengikut setia siri drama HBO, Games Of Thrones.

Momoa yang mempunyai ketinggian 1.9 meter dan badan berotot serta wajahnya yang eksotik membuatkan dia pilihan terbaik untuk membawa watak Conan. - Reuters

Pelakon Ryzal Jaafar bukan gay

Ryzal Jaafar akui dirinya lebih tenteram apabila kes kontroversi yang mendakwa dirinya seorang lelaki homoseksual sebelum ini semakin reda.

Menurutnya, walaupun dia tidak berjaya menangani isu sensasi itu tetapi dia telah mengambil keputusan untuk berpindah rumah gara-gara diburu oleh individu yang dilihat mahu menutup periuk nasinya.


"Alhamdulillahlah, kini saya semakin berasa selamat dan tenteram. Kes tersebut memang memalukan tetapi saya bersyukur ia tidak mendapat perhatian atau liputan meluas daripada pihak media sehingga boleh memburukkan lagi keadaan.

"Jadi, saya tidaklah berasa ralat sangat sebenarnya. Cuma, untuk mengelakkan diri saya daripada terus diburu dan dihantui oleh individu yang berniat jahat itu, saya terpaksa berpindah ke rumah baru," katanya.

Ditanya adakah dakwaan penyebaran gambar bogel dan fitnah yang menuduhnya sebagai seorang homoseksual itu telah menggugat perkembangan kariernya, Ryzal berkata, sejak kontroversi itu berlaku tawaran lakonan terhadapnya tidak terjejas.

"Mungkin kerana saya menjadi mangsa fitnah manusia yang berhati jahat, maka tuhan mempermudah urusan kerja saya. Alhamdulillah, tawaran lakonan saya terima seperti biasa sehingga hujung tahun ini.

"Saya banyak terlibat dengan beberapa drama berepisod untuk pelbagai stesen televisyen walaupun sebelum ini orang itu pernah menghantar e-mel yang bukan-bukan dengan harapan untuk menutup peluang saya membintangi sebuah drama di RTM.

"Mujurlah, pihak penerbitan RTM dan yang lain-lain tidak termakan fitnah dan niat jahat orang itu dan saya berpeluang untuk terlibat dalam drama berepisod tersebut," luahnya.

Berkongsi tentang pengalaman berpuasa pada tahun ini, Ryzal berkata, kenikmatan berpuasa pada tahun ini adalah berbeza dan istimewa kerana hajatnya untuk beramal dengan anak-anak yatim termakbul.

"Saya bersyukur sangat pada tahun ini berpeluang untuk berkongsi sedikit rezeki dengan anak-anak yatim. Sebenarnya sudah lama saya berhajat untuk meraikan anak-anak yatim ini tetapi tidak begitu tahu saluran yang paling sesuai.

"Saya dapat juga peluang itu apabila dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak istimewa ini menerusi sebuah majlis amal baru-baru ini," katanya yang bakal menyambut Hari Raya di Alor Setar, Kedah.

Amy Search Terkejut Nabila Mahu Bercerai

Amy Search terkejut apabila Nabila Huda ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.

Amy hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.

"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.

"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.

Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Gambar Nabila Huda

Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.

Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.

Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.

Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.

Penyanyi Ezlynn bakal berkahwin tarikh 11.11.11

Tarikh 11.11.11 semakin hampir. Buat insan lain barangkali ia sekadar angka menarik namun berbeza dengan penyanyi, Ezlynn apabila pada tarikh itulah dia bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan sekaligus mengucapkan ‘bye, bye’ kepada zaman solonya.

Sejak tahun lalu sememangnya penyanyi lagu lagu Hi! Hi! Bye, Bye itu secara terbuka sudah memilih tarikh untuk hari keramatnya cuma hingga kini masih belum bersedia mendedahkan siapa bakal suaminya.

Gambar penyanyi ezlynn ariffin

Puas memujuk, si jelita yang bakal menyambut ulang tahun ke-30, September ini masih berahsia malah mengakui hanya bersedia merungkai segala persoalan sebaik kad undangan perkahwinan siap.
Adakah si dia jejaka yang sentiasa berada di sisinya sejak dulu atau Ezlynn sudah menemui insan baru? Hanya tawa kecil kedengaran sebaik persoalan demi persoalan diajukan kepadanya.

“Ya! Perancangan ke arah (kenduri) itu sedang berlangsung sebab harinya sudah semakin hampir. Saya bersyukur mempunyai ahli keluarga banyak membantu terutama ibu yang menjadi perancang utama majlis.

“Begitupun, siapa bakal suami akan saya perkenalkan kemudian... apabila segala-galanya sudah dipastikan nanti terutama kad jemputan,” katanya ketika ditemui selepas majlis peragaan fesyen hari raya di sebuah pusat beli belah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Hadir bersendirian, Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin terus rancak berkongsi cerita terutama tatkala menyentuh filem terbaru, Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit yang juga kesinambungan daripada Zombie Kampung Pisang.

Masih kekal dengan watak Mon, kali ini karektor gadis yang akrab dengan Husin, peranan yang ditunjangi Awie itu dikembangkan sejajar kehendak plot kisah komedi seram arahan Mamat Khalid itu.

“Tentunya saya seronok dapat bertemu semula dengan rakan-rakan dari Kampung Pisang apatah lagi bekerja semula dengan Abang Mamat yang punya idea di luar kotak sekali pun nampak merapu.

“Dalam filem ini saya berubah menjadi separuh pontianak dan separuh manusia. Kisahnya memang menarik malah saya sendiri tak sabar menunggu ia muncul di pawagam,” katanya mengenai filem yang selesai menjalani penggambaran April lalu.

Mengimbas semula pengalaman di Kuala Kangsar, Perak selaku lokasi kegemaran sutradaranya, Ezlynn mengakui agak takut kerana kebanyakan babaknya berlangsung pada waktu malam.

Biarpun ramai kru di sekelilingnya, penyanyi dan pelakon yang masih dikekalkan dalam trilogi berkenaan berkata, dia tidak mampu menyembunyikan rasa gelisah apabila bulu roma berdiri tatkala terpaksa ‘terbang’ di tengah malam.

“Memang ini pengalaman baru. Sebagai pontianak saya perlu terbang dan menunggu di atas pokok. Dalam kedudukan yang tinggi, saya boleh nampak bumbung rumah kampung dan tidak semena-mena saya rasa takut yang amat sangat.

“Itulah detik yang saya masih ingat hingga kini. Saya sendiri tidak tahu kenapa tetapi dek tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan, saya tidak berani melihat ke mana-mana arah selain Abang Mamat yang memberi arahan di bawah,” katanya lagi.

Dalam kesibukan merencana kerjaya lakonan, jauh di sudut hatinya masih tersimpan hasrat merakamkan single ke dua selepas single terdahulu, Tic Tac Toe ciptaan Noh Hujan mendapat sambutan ramai.

Menyelak repertoire lalu, selepas album sulung berjudul Ehmm... yang diedarkan pada 2003 disusuli Psst... setahun kemudian dan selepas itu dia hanya muncul bersama single.

“Hasrat menerbitkan album fizikal memang saya idamkan sejak dulu, cuma masa dan ketikanya belum sesuai. Saya akui muat turun lagu menjadi trend semasa tetapi sebagai penyanyi kita lebih puas mempunyai album fizikal.

“Tunggulah, jika peluang seperti itu hadir, saya tidak akan lepaskan. Sekarang pun saya masih mencari dan mengumpul bahan untuk rakaman akan datang,” katanya yang dijangka masuk studio selepas Syawal.

Mengenai persiapan hari raya, Ezlynn lebih senang bersederhana dalam segala hal kerana baginya paling utama adalah diberi kesempatan untuk berhimpun seisi keluarga serta saling bermaafan.

Sebagai anak jati Perak, katanya paling meriah sudah tentu tradisi pulang ke kampung di Ulu Kinta serta Sitiawan mengunjungi sanak saudara yang sudah lama tidak ditemui.

Kim Kardashian selamat berkahwin

Kim Kardashian selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, bintang bola keranjang NBA Kris Humphries, 26, di sebuah kediaman peribadi bertempat di Montecito, California, Sabtu.

Pasangan itu mengikat tali perkahwinan kira-kira pada pukul 6.30 petang dalam upacara selama 30 minit di hadapan ahli keluarga dan tetamu termasuk selebriti Ryan Seacrest, Lindsay Lohan, Eva Longoria, Mel B, Venus dan Serena Williams, Avril Lavigne dan Demi Lovato.

Kim Kardashian

Portal contactmusic.com melaporkan Kardashian memakai gaun rekaan Vera Wang yang diinspirasikan daripada gaun Pippa Middleton pada majlis perkahwinan kakaknya Catherine.

Para pengapit dan ibunya turut dilaporkan memakai gaun pereka fesyen terkenal itu.

Sebelum upacara gilang gemilang itu berlangsung, Kardashian sempat menitipkan penghargaannya kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam perancangan perkahwinannya di laman blognya, celebuzz.com.

"Saya tidak percaya ia (perkahwinan) menjadi kenyataan akhirnya! Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membantu dalam merealisasikan upacara ini.

"Kalian semua sangat bermakna dalam hidup saya dan saya mahu mengucapkan terima kasih di atas kasih sayang dan sokongan anda," katanya menerusi kemas kini di blog itu.

Justin Bieber dan Selena Gomez dilaporkan telah berpisah

Selena Gomez, 19, dilaporkan telah memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Justin Bieber, 17, selepas merasakan jejaka itu tidak cukup matang dan bersikap keanak-anakan untuk menjalani hubungan yang lebih serius.

Menurut laporan portal contactmusic.com, teman Bieber yang dikenali sebagai Metro mengesahkan kepada akhbar Daily Star hubungan cinta dua bintang itu sudah berakhir.


"Hubungan cinta mereka (Gomez dan Bieber) yang sensasi itu sudah berakhir. Apa yang Selena mahukan hanya berkawan.

"Dia merasakan Justin tidak cukup matang untuk melayari hubungan yang lebih serius dan stabil untuk tempoh jangka panjang.

"Dia kini mencari lelaki yang lebih berusia, berpengetahuan dan berpengalaman," kata Metro seperti dipetik portal tersebut.


Menurut beberapa spekulasi, perpisahan mereka itu didorong oleh keputusan Gomez yang melihat aktor Shia LaBeouf, 25, sebagai calon yang lebih sesuai untuknya.

Desas-desus juga mendedahkan perpisahan itu juga berlaku selepas Gomez mengesan Bieber ada menghantar pesanan mesej kepada bekas kekasihnya, Jasmine Villegas.

Siti Fatimah -Raisuddin akui kahwin di Thailand

Isteri kedua pelakon dan penyanyi era 80-an, Raisuddin Hamzah pada Isnin memberitahu, mereka memilih untuk bernikah di Songhkla, Thailand kerana mahu melarikan diri daripada bapa kandungnya selaku wali kepada dirinya.

Siti Fatimah Suberi juga berkata, tindakan itu dibuat kerana dia berhasrat mahu menyembunyikan perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka itu daripada pengetahuan bapanya, yang merupakan seorang pengusaha kedai makan dan kenalan kepada Raisuddin.

Menjawab soalan peguam syarie Norazmi Mohd Arif yang mewakili dirinya, Siti Fatimah juga mengakui bahawa dia tidak pernah meminta kebenaran daripada ayahnya untuk bernikah kerana yakin permintaannya tidak akan dipersetujui.

“Jika dia bersetuju, mengapa dia memohon di mahkamah untuk memfaraqkan pernikahan saya dengan Raisuddin?” ujar bekas penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta tersebut.
Katanya lagi, perkara itu pernah berlaku dalam keluarganya apabila ayahnya menghalang percintaan seorang anggota keluarga.

Raisuddin Hamzah dan Siti Fatimah

Ketika diminta untuk mendedahkan nama anggota keluarga tersebut, Siti Fatimah kelihatan tidak selesa untuk berbuat demikian kerana enggan perkara itu disiarkan di akhbar selepas menyedari terdapat wartawan di galeri awam mahkamah.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Zainor Rashid Hassin berkata, saksi perlu menjawab soalan yang diajukan oleh peguam.

“Emak saudara,” jawab Siti Fatimah.
Pada keterangan lain, wanita bertubuh kecil itu juga memberitahu bahawa tindakan bernikah di negara jiran juga dibuat kerana status Raisuddin yang merupakan seorang artis.
Malah, dia juga memberitahu, mengikut perancangan asal, mereka mahu bernikah di Perak, sebelum membatalkan niat tersebut.

Siti Fatimah juga memberitahu, selepas berkahwin, kehidupannya dengan Raisuddin bahagia.
“Jika permohonan plaintif (ayahnya) untuk membubarkan perkahwinan ini dibenarkan, kami terpaksa berpisah dan ini akan mendatangkan kemudaratan kepada saya kerana saya sayangkan Raisuddin,” tambahnya.

Dia juga berkata, dia yakin pernikahan tersebut adalah sah mengikut hukum syarak berdasarkan surat nikah diperoleh dari Islamic Community of Songkhla, Thailand yang disahkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan dari Pejabat Agama Islam, Gombak Timur.

Siti Fatimah, 24, sedang memberi keterangan dalam permohonan Suberi untuk membubarkan pernikahan tersebut mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Permohonan itu didengar serentak dengan permohonan Raisuddin, 54, yang merupakan bapa kepada penyanyi, Siti Sarah untuk mengesahkan pernikahan tersebut yang berlaku di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007.

Suberi, 51, tidak menghadiri perbicaraan pada hari ini kerana difahamkan mengalami masalah kesihatan dam diwakili oleh peguam syarie Roshdan Sujak Rafie.

Perbicaraan akan disambung pada 20 Disember depan.

~ Mstar

Pop Shuvit/Man Bai -Seperti Syurgamu Lirik

Pop Shuvit/Man Bai -Seperti Syurgamu Lirik

Aku pernah alpa
Aku pernah lupa
Aku pernah terlena
Dibuai cahaya indah
Situku jadi megah
Tanpa bersusah payah
Tanpa aku menduga
Ku dalam leka

Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara
Suram mengambil tempat
Tersurat sudah tersirat
Yang ringan menjadi berat
Tamparan begitu hebat
Sekarang baru ku sedar
Setelah menempuh sukar
Ku mula berfikir setiap saat

Korus
Tolong sedarkan diriku
Dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu
Dan tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu
Berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini
Harum indah seperti syurgaMu

Sekarang baru aku sedar setelah segala
Yang ku tempuhi liku-liku hidup yang menjalar
Suasana mencabar
Setiap daya akan ku pusatkan untuk
Untuk mencuba

Cuba mencari cahaya itu kembali
Biarpuan aku terpaksa menempuhinya sekali lagi
Kali ini aku akan lebih berhati-hati
Walapun aku terpaksa berlari atau meniti

Ku harungi dengan cekal
Pengalaman jadi bekal

Ulang Korus

Oh engkau yang menentukan
Apakah aku ini yang terakhir untuk ke syurgaMu

Ulang Korus

Artis itu memang perampas – Noraini

“SAYA hanya nak pesan kepada artis-artis wanita, jika banyak lagi lelaki lain, jangan ambil suami orang. Tolong cari lain, jangan runtuhkan rumah tangga orang lain dan biarkan anak-anak kecil tanpa bapa.”

Inilah pesanan pedas yang terpancul dari mulut bekas isteri penyanyi dan pelakon Joey, Noraini Mohamad Nasir semasa melangkah keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang pada 11 Ogos lalu.

Sebagai seorang wanita, pesanan begitu sebenarnya sudah cukup menyakitkan telinga kaum hawa lain.

Apalagi, ia datang dari mulut seorang wanita yang baru sahaja ditinggal dan diceraikan suami selepas si lelaki dikatakan asyik dilamun cinta dengan kekasih barunya.

Biarpun kemelut rumah tangga mereka sudah berlalu, namun kata-kata Noraini atau mesra dipanggil Kak Amy jelas melekat di hati sesiapa sahaja yang faham akan kedudukannya.

Dan semua juga faham dan tahu benar kepada siapakah kata-kata itu dituju. Tentulah kepada kekasih Joey sekarang, artis sensasi, Watie Elite.

Banyak lagi yang diceritakan Noraini apabila wartawan SITI ATHIRAH DZULKIFLY meminta dia supaya Tolong Jawab.

PEDAS benar bunyi kenyataan Kak Amy baru-baru ini. Semua tahu pesanan itu ditujukan kepada siapa. Agaknya kenapa kak Amy buat begitu ya?

Kenapa? Sebab sebelum ini, bila saya cuba betulkan kedudukan sebenar, orang kata saya begitu begini. Saya dihentam teruk. Malah ada di kalangan wartawan yang tak percaya dengan apa yang saya cakap walhal perkara ini benar-benar berlaku. Kalau awak tengok, ramai artis wanita kita yang berperangai begini, suka ambil hak orang.

Maksudnya, merampas suami orang sudah jadi macam trend?

Susah nak cakap. Tapi perkara ini dah banyak yang terjadi depan mata dan saya antara yang diberi dugaan ini. Saya nak cakap lebih pun tak boleh sebab iyalah, saya ni bukan artis. Bila saya cakap nanti orang bidas saya semula. Macam mereka (Joey & Watie) senanglah boleh cerita macam-macam. Banyak wartawan yang tak tahu cerita sebenar, percaya bulat-bulat apa yang mereka cakap.

Habis, adakah ini bermaksud akak bermasalah dengan wartawan?

Saya tak pernah ada masalah dengan wartawan. Kalau media tanya, saya akan beritahu. Seboleh-bolehnya cakap benda yang betul, tak perlu sembunyi. Tapi yang sedihnya, bila saya beritahu, ada media yang putar-belit kata-kata saya.

Selepas bercerai, apa yang akak rasa sekarang?

Saya reda dengan ujian Allah S.W.T ini. Rasa lega sebab dah tak perlu turun naik mahkamah lagi. Cuma sekarang, saya fikirkan anak sajalah. Saya kena bangkit dari kegagalan ini dan hanya Tuhan sajalah yang tahu betapa sukarnya nak bina semula hidup apatah lagi saya ditinggalkan dalam keadaan yang cukup hina.

Maksudnya?

Saya diceraikan dalam keadaan tak ada pekerjaan. Macam mana saya nak besarkan anak kalau saya tak bekerja? Saya sanggup berhenti kerja produksi dua tahun lepas sebab Joey kata dia sudah boleh menyara keluarga lebih-lebih lagi banyak tawaran dia dapat sejak kebelakangan ini. Tak sangka tahun kedua selepas saya berhenti, dia mula buat perangai dan saya dapat tahu mengenai skandal dia dan Watie. Joey juga tak mahu berbincang dan cuba memulihkan hubungan. Baginya, cerai sahaja yang ada sebagai jalan penyelesaian.

Jadi selama ini siapa yang menyara keluarga?

Saya kenal Joey dah lama, 14 tahun. Kami berkahwin enam tahun lepas. Masa tu, dia tak dikenali. Saya yang kutip dia, ‘cuci’ dia daripada karat menjadi manusia. Boleh katakan, sebenarnya saya yang menyara hidup kami anak-beranak hasil bekerja produksi dengan gaji lima hingga enam ribu sebulan. Tapi bila saya rela berhenti sebab hormat keputusan dia sebagai suami, ini yang dia buat pada saya. Madu yang saya beri, racun yang dia balas.

Selepas bercerai, ada tak Joey datang menjenguk atau bertanya khabar anak?

Maaf cakap ye, memang tak ada dan inilah yang membuatkan saya rasa lebih terkilan. Usahkan pada hari-hari biasa, hari jadi anak pun dia tak ada nak beri ucapan atau telefon anak. Paling saya ralat, masa anak sakit sampai masuk wad di hospital baru-baru ini pun dia tak datang jenguk. Bila saya tanya dia tahu tak yang anak ada di hospital? Dia kata tahu. Bayangkan, sampai hati dia sebagai seorang bapa buat begitu. Bukan anak orang lain, anak dia juga. Kenapa anak kekasih dia, Joey boleh layan dengan baik pula?

Maknanya, kita boleh bacalah yang Joey pun tak adalah bertanya mengenai persiapan raya anaknya, begitu?

Memang langsung tak ada.

Lama mengenali Joey, sebelum ini memang begitukah dia sebenarnya?

Dulu dia tak begitu. Dia seorang yang penyayang pada anaknya. Kami pun dulu, selalu dicop sebagai pasangan yang romantis. Ke hulu ke hilir bersama. Tapi tak sangka, sekelip mata kerana artis itu, dia boleh berubah. Dia lupa pada pengorbanan saya selama ini terhadap dia. Saya faham kalau dia dah tak mahu pedulikan lagi diri saya sebab kami dah tak ada apa-apa ikatan. Tapi dia masih punya pertalian dengan anak. Hari-hari si anak bertanya mengenai ayahnya. Setiap kali itulah saya terpaksa menipu dan katakan yang ayahnya pergi bekerja.

Sebagai seorang wanita, apa agaknya tanggapan kak Amy mengenai punca yang membawa kepada perubahan Joey?

Manusia diberikan akal untuk berfikir. Tapi kerana nafsu, manusia boleh hilang pertimbangan. Entahlah, saya pun pelik, perempuan tu masih muda dan ada rupa, tapi kenapa dia nak sangat dengan suami orang? Saya percaya ramai lagi lelaki bujang, kacak dan kaya yang mahu dekati Watie, tapi kenapa dia pilih Joey? Sudahlah suami orang, Joey tu pun bukannya kacak, bukannya artis yang berduit, jadi apa sebenarnya yang perempuan itu cari? Fikirlah sendiri. Mujurlah saya ni boleh berfikir dengan waras dan tak ikut emosi. Sekarang ini, kalau boleh, saya tak nak tahu dan tengok di surat khabar mengenai kisah mereka berdua. Kalau boleh bayang-bayang mereka pun saya tak mahu tengok.

Ada apa-apa lagi pesanan untuk wanita lain di luar sana?

Saya tak layak nak beri nasihat pada orang tetapi kalau berkawan dengan suami orang, fikirlah baik-baiknya. Macam mana kalau ia terjadi pada diri mereka sendiri? Sejauh mana mereka boleh tanggung seksa dan peritnya bila rumah tangga hancur? Paling penting, fikirkanlah nasib anak kecil yang akhirnya hilang kasih sayang seorang bapa kerana angkara anda yang berlandaskan nafsu semata.

The Colony, program realiti di 8TV setiap Rabu

Saksikan bagaimana 10 sukarelawan berjuang untuk meneruskan kehidupan selepas dunia dilanda malapetaka menerusi program realiti televisyen, The Colony disiarkan setiap Rabu di 8TV jam 10 malam.

Selama sepuluh minggu, sukarelawan terpilih daripada pelbagai latar belakang dan usia harus menempuhi kehidupan dalam keadaan yang sukar dengan bangunan terbiar, jalan yang kosong dan suasana suram. Sukar dibayangkan bagaimana manusia mampu hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan rintangan.


Program yang disiarkan selama satu jam akan memberikan penonton pengalaman baru yang membuatkan semua tertanya-tanya bagaimana kita akan terus hidup dalam keadaan dunia selepas dilanda malapetaka.

Menjaga keselamatan daripada ancaman luar dan mencari sumber makanan dan air adalah asas untuk meneruskan hidup dalam apa juga keadaan. The Colony akan memperlihatkan kepada penonton keperluan manusia untuk meneruskan hidup dan membina semula kehidupan.


Program yang menyuntik kelainan tersendiri ini banyak menonjolkan elemen kejutan dalam setiap episod. Kesusahan yang ditonjolkan oleh mereka dalam menjana kuasa elektrik, membina senjata untuk keselamatan dan memelihara tempat tinggal akan membuka mata kita semua.


Sekali gus bersyukur dengan nikmat yang kita dapat selama hidup di muka bumi ini. Bayangkan bagaimana sukarelawan menempuh cabaran dengan kesungguhan dan usaha gigih. Masing-masing mempunyai matlamat dan sasaran sendiri.

Kehilangan seorang sukarelawan mengancam keharmonian antara sukarelawan lain. Mereka gigih mencari alat komunikasi dengan harapan dapat mencari sukarelawan yang hilang. Kedatangan ahli baru dalam program ini juga akan menimbulkan kekecohan sesama mereka dalam mengharungi cabaran untuk meneruskan hidup.

Rancangan untuk melepaskan diri dari penempatan yang mencabar itu tidak semudah yang disangkakan kerana mereka terpaksa melepasi cabaran yang menguji mereka. Semestinya program yang penuh dengan elemen suspen ini akan dapat menarik minat penonton untuk mengikuti episod seterusnya.

Saksikan bagaimana 10 sukarelawan antaranya seorang jururawat, Allison White, Amy West (penyelidik haiwan laut), George Fallieras (doktor), Joey Sciacca (kontraktor), John Cohn (jurutera komputer), John Valencia (mekanik), Leilani Smith (jurulatih seni mempertahankan diri), Michael Raines (jurutera solar), Morgan Hooker (jurutera angkasa lepas) dan Vladimir Beck (kejuruteraan mekanikal).

Program yang turut disiarkan menerusi Discovery Channel dan tampil dalam bentuk cakera padat digital (DVD) mula disiarkan di 8TV sejak 13 Julai lalu. Maklumat lanjut layari laman web www.8tv.com.my. 8TV juga terdapat dalam saluran Astro 708 serta menonton program menarik menerusi laman web www.8tv.com.my atau www.tonton.com.my.

(Video) Astaghfirullah Al Azim - Ery Ma'arof



Lagu baru dari artis baru 'Ery Ma'arof' yang berkonsepkan ketuhanan dan world music

Artis : Ery Ma'arof
Lagu/Lirik : Saari Amri (Menora Publishing)
Hakcipta : Aras Iriaz Entertainment

Tiada halangan artis berdakwah tapi perlu berhemah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tiada halangan untuk artis tanah air berdakwah tetapi mereka perlu berhemah dalam melakukan kerja itu, apatah lagi di dalam sebuah masjid.

Katanya, mereka tidak perlu menyakitkan hati mana-mana pihak ketika berdakwah dan kecuaian boleh menyebabkan ada pihak tersinggung dan mempertikaikannya.

“Apabila berdakwah di luar batasan, ia menimbulkan perasaan benci, ia dengan sendirinya terkeluar daripada budaya orang Melayu yang selama ini bersopan dalam semua perkara," katanya.

Beliau mengulas tindakan seorang pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem yang diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah kepada hampir 300 jemaah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang di sini, semalam.

Jamil berkata, berdakwah terutama di masjid mempunyai adab yang perlu dipatuhi dan tidak perlu menggunakan cara negatif seperti dilakukan oleh Azmil. - Utusan

Dzil Afnan -Bahana Cinta Lirik

Lirik Lagu Bahana Cinta-Dzil Afnan

Allah...Allah...Allah...Ya Allah...
Allah...Allah...Allah...Ya Allah...
Allah...........huu......

Kita sering merasakan cinta
Fitrah kepada adam dan hawa
Namun perhubungan perlu berlandaskan syariah
Kehidupan selamat dunia akhirat

Usah cuba anasir di media
Syurga bayangan nikmat sementara
Bila berdua syaitanlah yang ketiga
Bisikannya menghambat ke neraka

Tewas godaan menghalalkan zina
Hilang maruah diri dan ibu bapa
Benih tersemai bukan dipinta
Bayi tidak berdosa dibuang akhirnya

Terbiar ditinggal hilanglah nyawa
Kelak mendakwa kedua ibu bapanya

Ayuhlah teman kembali ke pangkal jalan
Aurat dilindungkan batasi pergaulan
Wahai insan semua mari renungkan bersama
Tempuh kehidupan Al-Quran jadikan pegangan

Marilah teman bersama jaga pandangan
Aurat dilindungkan batasi pergaulan
Wahai insan semua mari renungkan bersama
Tempuh kehidupan Al-Quran jadikan pegangan

Bahana Cinta-Dzil Afnan



Shila Amzah mahu urus kerjaya sendiri, tinggalkan Monkey Bone

Shila Amzah ambil keputusan untuk menguruskan kerjayanya sendiri dengan meninggalkan syarikat itu.

Tambah Shila, dia yakin mampu menguruskan perjalanan kerjayanya terutamanya dalam bidang nyanyian dengan lebih baik secara berseorangan.


“Saya rasa sudah sampai masa untuk saya menguruskan kerjaya saya sendiri, saya faham mereka (Monkey Bone) menguruskan ramai artis dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada saya seorang sahaja.

“Tapi bagi saya pula sebagai penyanyi saya mahu produk saya keluar segera,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program-Program Baru TV3 dan TV9, di sini, Khamis.

Tambah Shila, bukan kerana kecewa terhadap syarikat rakaman tersebut tetapi dia mahu merangka strategi sendiri untuk masa depan kerjayanya.

“Formula yang digunakan oleh Monkey Bone mungkin sesuai dengan artis-artis lain tetapi tidak sesuai dengan saya.

“Lebih baik saya buat strategi dan formula sendiri untuk album saya dan jika ia untung atau rugi saya yang tanggung sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, kata Shila, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang secara baik dengan pihak Monkey Bone.

“Saya sudah berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Bone, Ahmad Izham Omar dan selesaikan perkara ini dengan baik.

“Lagipun jika saya tidak mendatangkan keuntungan pada syarikat rakaman tersebut lebih baik saya keluar,” katanya.

Dalam pada itu, “single” pertama lagu Hari Raya nyanyian Shila berjudul “Patah Seribu” mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan.

Tambah Shila, lagu tersebut merupakan lagu pertama ciptaannya yang dirakamkan.

“Lagu “Patah Seribu” ini merupakan lagu pertama ciptaan saya sepenuhnya yang saya rakamkan.

“Banyak lagi lagu-lagu yang saya cipta tapi belum berkeyakinan untuk merakamkannya,” katanya.

~ Mstar

Fedtri Yahya masih sedih isteri keguguran

Fedtri Yahya akui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.

Peristiwa itu berlaku selepas kedua mereka pulang daripada berbulan madu di Korea.

Kata Fedtri, keguguran kandungan yang baru berusia lima minggu itu berkemungkinan disebabkan isterinya terlalu banyak bergerak ketika mereka berada di sana selama empat hari.

Fedtri Yahya

“Sebelum pergi berbulan madu kami sudah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu, namun tiada apa-apa tanda positif yang dia mengandung.

“Setelah beberapa hari pulang kami buat pemeriksaan sendiri dan keputusannya positif, namun beberapa hari selepas itu berlaku pendarahan yang menyebabkan keguguran,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Raya TV3 dan TV9, di sini, Khamis.

Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Biarpun masih bersedih, namun Fedtri menerima kenyataan bahawa belum dikurniakan rezeki dan menganggap ada hikmah di sebalik keguguran tersebut.

“Siapa tak sedih, semasa mendapat tahu isteri mengandung, saya paling teruja namun saya faham bukan rezeki saya untuk menimang cahaya mata.

“Apa yang penting isteri saya selamat dan saya faham perasaan dia selepas keguguran lebih sedih berbanding saya,” ujarnya.

Tambah Fedtri selepas kejadian tersebut, dia beberapa hari menjaga isterinya di rumah.

“Saya tidak cuti tapi saya kerap pulang ke rumah untuk menjenguk dan masak untuk dia.

“Itu juga pengalaman yang sangat berharga kerana sebelum ini saya hanya jaga diri sendiri tetapi kini ada tanggungjawab menjaga orang lain pula,” katanya.

Dalam pada itu, bercerita kehidupan selepas berumah tangga, Fedtri mengakui dia lebih bahagia dan sering menghabiskan masa di rumah.

“Kehidupan saya hanya di pejabat dan rumah, jika tiada kerja saya duduk saja di rumah. Isteri saya seorang yang rajin memasak dan saya pula pemakan,” ujarnya berseloroh.

~ Mstar

Kes Dadah: Samzy Fuzette Dibebaskan Dengan Jaminan

Bekas pelakon, Samzy Fuzette A. Samad pada Khamis, boleh menarik nafas lega kerana berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya selepas dibebaskan dengan jaminan, sementara menunggu rayuan kes dadahnya di Mahkamah Rayuan yang akan ditetapkan kemudian.

Jika tidak, Samzy yang juga abang kepada pelakon, Zizie Ezette akan menyambut hari kebesaran umat Islam itu di balik tirai besi memandangkan dia sedang menjalani hukuman penjara selama 30 bulan dan sebatan tiga kali bagi kesalahan memiliki syabu.


Hukuman tersebut berjalan pada 12 Julai lalu selepas Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

Dua minggu selepas hukuman itu dijatuhkan, iaitu pada 25 Julai lalu, Samzy yang pernah mencuba nasib dalam industri seni menerusi drama Cucu-Cucu Atuk dan Seri Istana memfailkan notis usul untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan.

Permohonan itu didengar pada Khamis, dan peguam Samzy, Muhammad Faiz Fadzil memohon agar jaminan dibenarkan terhadap anak guamnya kerana prosiding rayuan berkemungkinan akan mengambil masa yang lama.

"Pemohon (Samzy) dihukum penjara selama 30 bulan dan jika diberikan diskaun, mungkin dia hanya perlu menjalani hukuman selama 20 bulan.

"Ini akan prejudiskan dia jika permohonan dia untuk mendapatkan kebenaran merayu didengar lebih lewat daripada tarikh dia selesai menjalani hukuman," kata Muhammad Faiz.

Selain itu, Muhammad Faiz juga berkata, pengalaman berada di penjara sejak lebih sebulan lalu banyak memberi pengajaran kepada Samzy yang perlu menanggung tiga orang anak yang masih kecil memandangkan isterinya, Sarinah Mohammad, 32, tidak bekerja.

"Jika permohonan ini dibenarkan, pemohon dapat menguruskan hal keluarganya di samping dapat menyambut hari raya yang tidak lama lagi dengan keluarga," tambahnya.

Beliau juga memberitahu, Samzy tidak akan melarikan diri kerana dia berhasrat mahu menggunakan peluang di Mahkamah Rayuan untuk membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut dan bersedia untuk menerima apa sahaja syarat tambahan yang akan diberikan oleh mahkamah.

Pada prosiding itu, Samzy turut diwakili oleh peguam Siti Noor Julaini Mohd Shahar.Permohonan itu di bantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam atas alasan Samzy telah disabitkan bersalah seperti pertuduhan yang dihadapinya selepas perbicaraan penuh diadakan.

Hakim Datuk Mohd Sufian Abdul Razak selepas mendengar hujahan-hujahan tersebut, membenarkan Samzy yang juga abang ipar kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dibebaskan dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga mengenakan syarat tambahan supaya Samzy melaporkan diri di Balai Polis Ampang Jaya, dekat sini yang berhampiran dengan rumahnya pada setiap bulan bermula 19 Ogos ini manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Sebaik sahaja mendengar keputusan itu, Samzy yang hadir di mahkamah dengan memakai pakaian seragam penjara berwarna merah dan dikawal oleh empat kakitangan penjara dilihat meraup wajahnya dan tersenyum.

Sarinah dan ibu Samzy, Khaty Fauziah yang berada di galeri awam mahkamah pula mengalirkan air mata menerima keputusan tersebut.

Turut hadir memberikan sokongan ialah tiga lagi keluarga Samzy, manakala anak-anaknya yang berusia 10, setahun enam bulan dan enam bulan dibawa masuk untuk berjumpa bapa mereka sebelum prosiding bermula.

Khaty Fauziah semasa ditemui berkata, dia gembira dengan keputusan tersebut.

"Alhamdulillah. Doa saya dan anak-anak dimakbulkan Tuhan," katanya dalam nada yang tersekat-sekat.

Pada 30 November 2010, Majistret Aida Mastura Mohamed Aman memerintahkan Samzy dihukum penjara 30 bulan dan disebat tiga kali selepas didapati bersalah memiliki 12.15 gram syabu.

Samzy yang kini menjalankan perniagaan sendiri didakwa memiliki dadah itu pada pukul 3.30 petang, 11 April 2005 di rumah beralamat DG-W4, Kondominium Villa Ria, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dadah tersebut disimpan dalam 10 paket plastik lut sinar dan dijumpai dalam beg pinggang berwarna hitam dan di dalam beg tersebut terdapat dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen peribadi Samzy.

~ Mstar

Album Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin,harga RM14.90

Animasi Upin dan Ipin boleh dikatakan telah membuka satu dimensi baharu dalam bidang animasi tempatan. Bukan sekadar di Malaysia sahaja, bahkan karakter pasangan kembar tersebut telah mencetuskan fenomena di negara jiran iaitu Indonesia.

Dihasilkan oleh syarikat tempatan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. pada tahun 2007, pada asalnya siri kartun berkenaan disiarkan bertujuan untuk mendidik kanak-kanak supaya menghayati bulan Ramadan.


Menariknya, setelah lima tahun rancangan kartun yang diminati ramai itu disiarkan di kaca televisyen, pada tahun ini kedua-dua karakter tersebut akan tampil pula dengan sebuah album raya berjudul Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin.

Penerbit Eksekutif, Rosmin Hashim yang ditemui pada majlis pradengar album berkenaan menyatakan ia diterbitkan menerusi kerjasama antara Les’ Copaque dan Nova Music.

“Idea untuk menghasilkan album ini sudah tercetus sejak beberapa bulan yang lalu. Kemudian kami telah berjumpa dengan pihak Les' Copaque dan ternyata mereka berminat memberi persetujuan untuk ianya dihasilkan.

“Dalam album ini terdapat lima buah lagu kesemuanya, tetapi ia bukanlah lagu-lagu baharu. Sebaliknya ia adalah lagu-lagu raya yang sememangnya cukup popular dan digemari ramai ketika sambutan Aidilfitri,” jelasnya.

Antara lagu-lagu raya yang terkandung di dalam album berkenaan adalah seperti Suasana Di Hari Raya (Anuar Zain & Ellina), Satu Hari Di Hari Raya (M.Nasir), Selamat Hari Raya (Saloma), Suasana Hari Raya (Sharifah Aini) dan Balik Kampung (Sudirman).

Menurut Rosmin, semua lagu tersebut telah dirakamkan sejak awal bulan Julai lalu dan ia dinyanyikan oleh Asyiela Putri Azhar yang juga merupakan pemilik suara untuk karakter Upin dan Upin.

Jelasnya lagi, tempoh selama sebulan diambil untuk menyiapkan album berkenaan sepenuhnya sebelum ia dijual di pasaran seluruh Malaysia dengan harga RM14.90.

“Apa yang menarik tentang album ini, beberapa kata-kata yang berunsur nasihat turut diselitkan pada setiap lagu. Malah, mereka yang membeli album ini juga diberi lima keping poskad Upin dan Ipin secara percuma,” ujarnya.

Menurutnya, pada peringkat permulaan sebanyak 5,000 unit akan dikeluarkan terlebih dahulu dan mereka merancang untuk mengedarkan album berkenaan di Indonesia berdasarkan sambutan kartun Upin dan Ipin yang cukup hangat di negara berkenaan.

Selain album raya tersebut, Rosmin juga memberitahu, selepas Hari Raya Aidilfitri nanti kedua-dua pihak turut mempunyai rancangan untuk menerbitkan album kedua Upin dan Ipin.

Ujarnya, untuk album baharu itu nanti akan memuatkan sebanyak 10 buah lagu yang merangkumi lagu baru dan lagu rakyat serta mendapat sentuhan komposer terkenal iaitu Adnan Abu Hassan.

Sementara itu, Asyiela yang turut ditemui pada majlis yang sama meluahkan rasa gembiranya kerana dapat merakamkan lagu-lagu raya untuk tatapan peminat siri kartun Upin dan Ipin.

Jelas pelajar darjah lima Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 itu lagi, meskipun gembira tetapi dia turut mengakui berdepan kesukaran untuk merakamkan sebuah lagu iaitu Suasana Hari Raya.

“Sebelum ini saya tidak pernah memasuki sebarang pertandingan nyanyian dan memang seronok apabila diberi peluang untuk merakamkan lagu. Malah, saya juga teringin untuk berjumpa dengan Anuar Zain, Datuk Sharifah Aini dan Datuk M. Nasir,” ujarnya yang turut meninati penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu lagi.

Melodi Raya 2011 himpun 400 artis

Sempena kehadiran Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Melodi meneruskan tradisinya dengan menjalankan Program Rakaman Melodi Raya yang akan disiarkan pada raya keenam nanti.

Tema ‘3 Dimensi’ dipilih sempena Melodi Raya 2011 tahun ini, sejajar dengan gabungan konsep berteraskan tiga elemen iaitu nyanyian, komedi dan temu bual sensasi.

Memastikan penonton dapat melihat dengan jelas konsep yang diketengahkan, berserta bahan bakal dipaparkan menerusi program khas itu, rakaman Melodi Raya 2011 dipecahkan kepada dua bahagian.

Penerbitnya, Azman Ghaffar berkata, paparan episod pertama memberi fokus kepada nyanyian dan persembahan sketsa manakala episod kedua pula, menumpukan pada temu bual sensasi.

“Apa yang menarik mengenai episod kedua yang akan disiarkan pada raya ke-13 nanti, dikendalikan oleh Wahid dan Dira Abu Zahar, dan dua pengacara jemputan cukup hebat iaitu bekas pengacara Melodi, Raja Azura yang bergandingan dengan Sharifah Shahira.

“Fokus isunya juga berbeza apabila episod kedua Melodi Raya memaparkan temu bual serta luahan hati dua aktres jelita yang memegang status ibu tunggal, Natasha Hudson dan Maria Farida dalam segmen Artis Ibu Tunggal.

“Segmen S.A.M.A.N (Selesai Apa Masalah Artis Negara) pula memberi peluang kepada kumpulan Meet Uncle Hussain bersama bekas vokalis mereka, Lan The Typewriter termasuk Iqam Dinzly dan Arja Lee untuk mengubah persepsi penonton terhadap masalah atau gosip yang mencalar imej mereka sebagai anak seni,” katanya.

Rakaman Melodi Raya 2011 episod satu ini diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Rabu lalu, membabitkan hampir 400 artis dari pelbagai cabang seni dan ini diakui Azman mencipta sejarah tersendiri buat Melodi.

Antara selebriti yang hadir Man Bai, Zarina Zainudin, Elly Mazlein, Siti Sarah, Raja Farah, Adam, VIP, Arja Lee, Zoey, Siti Nordiana, Ana Dahlia, Farahdhiya, Erry Putra, Azwan Ali, Kilafairy, Eina Azman, Ajai dan ramai lagi.

Majlis yang dianjurkan oleh stesen TV3 dengan kerjasama PWTC, turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama 40 anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih (Rabeka), Ampang.

Anak yatim yang terbabit turut mendapat sumbangan duit raya dan cenderahati daripada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh dan Ahli Lembaga PWTC, Datuk Mohd Hafarizam Harun sambil diiringi Ketua Pegawai Ekserkutif PWTC, Maxson Abdullah H Jaafar dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima, Ahmad Izham Omar.

Rakaman di PWTC, turut menampilkan persembahan daripada artis terkenal antaranya Hattan yang menyampaikan lagu Duit Duit, Senario (Puasa & Raya), Alyah (Kisah Hati), Datuk M Nasir (Hati Emas), Hafiz (Awan Nano dan Noktah Cinta), Mirwana (Itu Ini Begitu Begini), Fauziah Latiff (Selamat Hari Raya), Black (Leia) dan Awie Rafael (Pulanglah).

Tidak hanya persembahan secara solo, rakaman ini turut menampilkan kolaborasi antara penyanyi baru dan lama. Fauziah Latiff (Jee) dan Alyah buat pertama kalinya berkongsi pentas menyampaikan lagu Dia.

Hattan dan Black, dua penyanyi rock yang memiliki vokal luar biasa berganding menyampaikan lagu, Gerhana. Sementara Satu Hari Di Hari Raya, ‘masterpiece’ kepunyaan M Nasir berkumandang sebagai penutup persembahan yang menghimpunkan semua yang terbabit di pentas.

Seiring tema 3 Dimensi yang menggabungkan tiga elemen, nyanyian, komedi dan temu bual sensasi, persembahan sketsa daripada Saiful Apek dan Johan Raja Lawak yang berjudul, Penyanyi Pujaan manakala Akibat Main Mercun disampaikan bersama Zizan.

Juara Maharaja Lawak, Sepah pula mempersembahkan dua sketsa, Bergaduh Nak Balik Kampung serta Tak Puasa. Manakala kumpulan Senario juga menghiburkan penonton menerusi dua sketsa, Puasa & Raya serta Raya Apa Yang Paling Seronok.
Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact