Sedihnya, Khairul Fahmi dan Elia putus tunang

Saya rasa sedih mendengar berita Khairul Fahmi dan Elia putus tunang. Walaupun saya bukan peminat bola mahupun Khairul Fahmi, saya tetap rasa sedih mendengar berita sebegini yang saya rasa menjadi lebih teruk akibat isu disensasikan.


Baca : 10 Sebab Khairul Fahmi Mahu Putus Tunang

Di sini kenyataan Khairul Fahmi

"Sebenarnya saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.


Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wartawan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang wartawan. Jadi tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannnya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan dan kata-kata kesat. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan makcik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggikan suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun masalah antara kami memang sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga yang mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier saya sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun saya masih muda. Banyak perkara yang saya perlu pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan."

Semoga masing-masing menemui kebahagiaan lain selepas apa yang terjadi.

Kumpulan Goldkartz cipta lagu Bollywood

Kumpulan Goldkartz yang melahirkan album Bhangra pertama negara berjudul “Loaded” kini diberi penghormatan untuk menghasilkan sebuah lagu untuk sebuah filem Bollywood.

Selain album, “Loaded”, kumpulan Goldkartz dianggotai oleh dua adik-beradik Manjit Singh atau M-Ji, 26 dan adiknya Sukhjit Singh atau Surj, 22, turut menghasilkan album kedua bertajuk “Goldkartz 24 Kaaratz” pada awal tahun ini.


M-Ji berkata, mereka mendapat tawaran untuk menghasilkan sebuah lagu yang berjudul “Mauja” bagi filem “Office Office” yang menjalankan penggambaran selama dua tahun di Mumbai, India.

"Ini merupakan satu penghormatan terhadap bakat yang kami miliki dalam memperjuangkan irama Bhangra dan bangga lagu “Manju” dapat menarik perhatian pengarah muzik filem berjudul “Sajid dan Wajid”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kumpulan Goldkartz ditubuhkan pada 2006 dan dikenali sebagai kumpulan yang memperjuangkan irama moden muzik Bhangra. – Bernama

Sinopsis sinetron Hingga Akhir Waktu, OST Hingga Akhir Waktu mulai 29 Julai 2011 Astro Ria

Sinopsis sinetron Hingga Akhir Waktu

Sinetron Hingga Akhir Waktu mengisahkan tentang seorang anak gadis kecil yang hilang, bernama Anggrek (Marshanda) kerana kelalaian papanya. Peristiwa tersebut membuat orang tuanya kelam kabut, ibunya mengalami depression yang sangat berat. Kerana merasa kehilangan yang ibunya anggrek akhirnya mengambil seorang anak angkat bernama Nuansa yang dia temukan di jalan untuk dijadikan seperti anak kandungnya bagi menggantikan anaknya anggrek, lakonan Asmirandah.

Manakala Anggrek asli (Marshanda) yang hilang dijaga oleh seorang lelaki yang baik. Kemudiannya anggerik diberi nama Kania oleh Aji (Lelaki yang telah menjaga Anggerik) Mereka bertukar hingga belasan tahun lamanya.

Lagu tema untuk sinetron Hingga Akhir Waktu nyanyian Nineball berjudul Hingga Akhir Waktu

Lirik Hingga Akhir Waktu - Hingga Akhir Waktu: Nineball

Ku coba untuk melawan hati
Tapi hampa terasa di sini tanpamu
Bagiku semua sangat berarti lagi
Kuingin kau di sini
Tepiskan sepiku bersamamu

Tak `kan pernah ada yg lain di sisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain di sisi

Ku ingin kau di sini tepiskan sepiku bersamamu
Bagiku semua sangat berarti
Ku ingin kau di sini
Bagiku semua sangat berarti lagi
Ku ingin kau d isini

Tak `kan pernah ada yang lain di sisi
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan tak `kan mungkin ada yg lain disisi

Ku ingin kau di sini tepiskan sepiku bersamamu

Hingga akhir waktu
Hingga akhir waktu
Hingga akhir waktu

Sinopsis Filem Satu Malam Kubur Berasap ,Video Trailer Satu Malam Kubur Berasap

Sinopsis Filem Satu Malam Kubur Berasap

Filem Satu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat sekampung. Mie dalam perjalanan telah mengalami masalah di kampung Angan Tak Sudah.

Dan di situlah bermulanya cerita tentang 3 sahabat dan Mie. Pelbagai kejadian aneh dan lucu terjadi di kampung itu. Ingin tahu selanjutnya, sila ke pawagam Disember 2011. Filem ini adalah filem terakhir Allahyarham Zami Ismail.

Lakonan: Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Azrul Raja Lawak, Zack Diamond, Nurul Ain Nordin, Wira Raja Lawak, Faiz Raja Lawak, Ruminah Sidek, Zami Ismail, Accapan, Ernie Chen



Keterangan lanjut Filem Satu Malam Kubur Berasap
Website: http://suatumalamkuburberasap.com/
Facebook: http://www.facebook.com/pages/Suatu-Malam-Kubur-Berasap/169437886446797?ref=ts



















Video Trailer Filem Satu Malam Kubur Berasap

Gambar Twitter Aidit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna,anak Rita Rudaini


Gambar comel anak Rita Rudaini iaitu Aidit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna. Semoga semakin berbahagia.

Trailer Video Aku Bukan Tomboy, Sinopsis Aku Bukan Tomboy

Aku Bukan Tomboy adalah sebuah filem romantik komedi arahan Syamsul Yusof terbitan Skop Productions. Filem Aku Bukan Tomboy bakal ditayangkan pada 11 NOVEMBER 2011. Pelakon Aku Bukan Tomboy ialahScha Alyahya Shaheizy Sam Syamsul Yusof Salina Saibi Sheera Iskandar Harun Salim Bachik.

Trailer Video Aku Bukan Tomboy



Sinopsis Aku Bukan Tomboy

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

Aku Bukan Tomboy

MV "Prove Em Wrong" - Voyeur Records artistes Nigel Sparks ft. Point Blanc



Official full music video of "Prove Em Wrong" by Voyeur Records artistes Nigel Sparks ft. Point Blanc.

Kim Hyun Joong Datang Malaysia 20 Ogos 2011,Biodata Kim Hyun Joong

Penyanyi Korea anggota kumpulan K-Pop, SS501 iaitu Kim Hyun Joong, 25, bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 20 Ogos depan bagi mempromosikan album mini pertamanya iaitu Break Down.

Album yang telah berada di pasaran sejak Julai lalu itu mengandungi lagu-lagu seperti Intro (Let Me Go), Please, Kiss Kiss dan Yes I Will.


Sejak dipasarkan di Korea pada 8 Jun lalu, album tersebut telah mencatat jualan lebih 100 ribu unit di Hanteo Chart dalam masa 2 minggu.

Kim juga telah meraih kemenangan selama dua minggu berturut-turut di program televisyen Music Bank di KBS2 menerusi lagu Break Down.

Ketua kumpulan SS501 ini mula mencuri perhatian peminat di seluruh Asia menerusi lakonannya sebagai Yoon Ji Hoo dalam drama bersiri Boys Over Flowers (2009).

Biodata Kim Hyun Joong
Name: 김현중 / Kim Hyun Joong (Gim Hyeon Jung)
Profession: Actor, singer
Birthdate: 1986-Jun-6
Birthplace: Seoul, South Korea
Height: 180cm
Weight: 68kg
Blood type: B
Star sign: Gemini

Mahkamah ketepikan penjara 2 bulan terhadap Ameng

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengetepikan hukuman penjara dua bulan terhadap vokalis kumpulan Spring, Ameng (gambar) atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya selepas mendapati hukuman tersebut merupakan satu kesilapan.

Ini kerana menurut Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, Mahkamah Majistret di sini yang memutuskan demikian pada 1 November tahun lalu sepatutnya memilih sama ada menjatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 ataupun penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Namun, ujar beliau, majistret yang mendengar perbicaraan telah terkhilaf dalam mentafsir Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 apabila mengenakan hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 terhadap Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43.

Sehubungan itu, rayuan Ameng untuk mengetepikan sabitan atas pertuduhan tersebut, ditolak oleh mahkamah.

''Bagaimanapun hukuman penjara (kamu) diketepikan dan denda dikekalkan,'' kata Hakim Mohamad Zabidin.

Namun begitu ia bukan 'pembebasan mutlak' bagi Ameng yang kini ditahan di Kompleks Penjara Kluang Johor memandangkan dia masih perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun dan sebatan 10 kali yang dijatuhkan terhadapnya.

Dia selaku perayu tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi dengan memakai baju seragam penjara berwarna merah sambil dikawal oleh tiga orang warden bertugas.

Ameng dilihat terus memeluk dan mencium anak lelakinya yang berusia tiga tahun yang hadir bersama isterinya, Sabariah Zakariah, 41.

Ameng yang terkenal dengan lagu Sampai Hati dan Bougenvilla itu didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika ditahan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini pada pukul 3.45 pagi, 2 April 2010.

Selain hukuman penjara dan denda, Majistret Zaki Asyraf Zubir yang mendengar perbicaraan kes itu turut meletakkan Ameng di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun, selain penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Pelaksanaan hukuman tersebut bagaimanapun ditangguhkan kerana Ameng ketika itu mahu mengemukakan rayuan.


Tiga bulan selepas itu iaitu pada 1 Februari lalu , Ameng dan isterinya ditahan setelah polis menemui 122 gram ganja dan sejumlah syabu ketika menginap di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya, Melaka.

Pada 12 April lalu Mahkamah Sesyen Melaka menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan sebatan 10 kali setelah Ameng mengaku bersalah atas dua pertuduhan pindaan memiliki dadah dan satu pertuduhan memasukkan syabu ke dalam badannya sementara Sabariah pula dibebaskan.

Ameng diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd. Salleh.

Abby Abadi Tak Akan Hadir Wedding Norman-Memey

Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel walaupun menerima kad undangan daripada mereka.

Norman dan Memey di jadual bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh, Mersing Johor iaitu rumah pengantin perempuan.

Ujar Abby, dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai RM12 juta.

“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya.


Mengenai keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Jumaat yang melepas dan membebaskan Norman dan Memey atas tuduhan berkhalwat kira-kira tiga tahun lalu, Abby enggan mengulas berhubung perkara itu.

Menurut Abby, dia tiada hak untuk memberi komen mengenai kes tersebut memandangkan bekas suaminya itu tiada kena mengena lagi dengannya.

"Itu adalah keputusan mahkamah. Jika mereka (Norman dan Memey) disabitkan bersalah, maka salahlah mereka dan jika keputusan berpihak pada mereka, maka mereka berada di pihak yang betul.

"Pada pendapat saya, sama ada saya beri komen atau tidak, Norman dan Memey tidak ada kena mengena pun dengan saya," katanya.

Tambah ibu tunggal kepada tiga orang anak ini, walau apa pun keputusan mahkamah, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa aktiviti mengenai kehidupan sehariannya.

Ditanya adakah Abby sudah berbaik dengan Norman setelah isu tuntutan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 terhadap Norman diperkatakan sebelum ini, menurut Abby mereka sekadar bertegur sapa mengenai perihal anak sahaja.

"Jujurnya, apabila timbul pertikaian mengenai isu tersebut (hantaran), ia sedikit sebanyak menjejaskan karier lakonan saya. Dan ia dilihat seperti saya yang mahu memanaskan keadaan.

"Oleh itu, saya letak tanggungjawab tersebut kepada peguam saya yang rasanya lebih tahu tentang perkara ini.

"Saya belajar daripada pengalaman apabila kita cakap sesuatu yang benar, ia akan terkena kepada kita. Jadi cakap pun tak guna dan biarlah orang yang lebih arif sahaja yang uruskan," ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai hubungannya dengan pelakon Zul Arifin, mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat walaupun masing-masing pernah berbincang mengenai hal tersebut.

Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan seramai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Bagaimanapun mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Matlamat Fiza adalah untuk anak-anak selepas bercerai

Fiza yang telah bercerai dengan suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin, 31, pada November 2010, dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryanna, 3, dan Feeya Adyrra, 2, berkata, matlamat hidupnya sekarang adalah untuk anak-anak.

Menurut Fiza, biarpun dia dan suami mendapat hak penjagaan anak bersama, namun anak-anaknya banyak menghabiskan masa dengan bekas suami dan mertua di Gombak kerana kesibukannya berlakon.

Anak-anak Fiza

“Fiza tidak kisah anak-anak dijaga suami dan mertua kerana Fiza sendiri sibuk. Ada baiknya mereka dengan bekas suami kerana segala keperluan terjaga.

“Walaupun Fiza tidak bersama kakak dan adik (panggilan untuk kedua-dua orang anaknya), tapi setiap apa yang mereka lakukan Fiza tahu. Fiza tahu pukul berapa mereka tidur, bangun, pergi kelas dan mengaji,” katanya terus terang.

Kata Fiza, pembantu rumahnya, Yulianti, 25, sentiasa menjadi mata dan telinganya ketika dia tidak bersama anak-anak.

Baginya, Yulianti bukan sekadar pembantu tapi lebih kepada seorang saudara kerana mereka sudah bersama sejak Fiza melahirkan Feeya Adyrra.

“Kalau nak tahu, bila si adik nak tidur, dia mesti cari Yulianti. Fiza tabiklah dengan dia sebab boleh menjaga kakak dan adik dengan sabar. Budak-budak biasalah, ada ketikanya tidak mahu dengar cakap.

“Setiap kali Fiza shooting, ketiga-tiga mereka akan menetap di Gombak dan bila free, Fiza akan ambil mereka untuk tinggal dengan Fiza di Damansara.

“Waktu itu, kami akan keluar jalan-jalan. Sebab itulah, orang sekitar The Curve sudah kenal kami kerana Fiza akan bawa anak-anak lepak kat sini,” ceritanya tersenyum.

S3 dapat melihat kemesraan yang terjalin antara Fiza dan anak-anak bersama dengan jurujual di bahagian permainan. Ketika Aryanna dan Adyrra ingin menunggang binatang mainan, mereka disuruh naik dulu dan bayar kemudian.

Malah, Aryanna dan Adyrra yang comel dan sering menarik perhatian orang ramai itu turut menunjukkan kebolehan mereka membaca doa makan, tidur dan lagu-lagu berunsur keislaman.

“Banyak perkara yang Fiza belajar daripada mereka. Kalau hari ini mereka diajar perkara baru di tadika atau kelas mengaji, pasti Fiza tahu malah secara tidak langsung, Fiza pun dapat belajar.

“Cuba tengok telatah adik macam burung kakak tua. Dia ikut sahaja apa kakaknya buat, tapi ada bagusnya kerana dia dapat belajar banyak perkara,” katanya.

Disebabkan keletah anak-anaknya yang sentiasa ceria itulah Fiza tidak dapat berpisah lama dengan mereka dan setiap seorang dibelikan telefon bimbit selain pembantu rumah.

Naluri seorang ibu membuatkan Fiza tidak dapat berpisah lama dengan anak-anaknya. Walaupun tidak dapat bertemu setiap hari kerana tugasan, namun Fiza akan pastikan dia berpeluang mendengar suara mereka.

“Tiap kali mahu bertemu mereka, Fiza pasti teruja kerana ada sahaja cerita baru yang dapat Fiza dengar,” katanya terus terang.

Bila ditanya tentang masa depan, Fiza yang pernah dikaitkan dengan Faizal Mohd. Khan, 33, bapa kepada pelakon Erin Malek memberitahu yang dunianya sekarang adalah anak-anak dan kerjaya.

Kata Fiza, dia tidak menolak jika bertemu jodoh lagi tapi untuk memilih siapa atau tarikh pernikahan, bukanlah urusannya.

“Baru sangat Fiza bercerai. Bagilah Fiza kumpul wang untuk masa depan. Kalau ada jodoh, Fiza tidak menolak,” katanya.

Program sepanjang bulan puasa di TV3 dan TV9

Senarai program - program sepanjang bulan puasa di TV3 dan TV9:

"SESUCI FITRAH" - RAMADAN TV3
- Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur - Setiap Hari, jam 6.30ptg, mulai 1 Ogos.
- Singgah Sahur - (7 Episod) Jumaat & Sabtu, jam 12.35t/mlm, mulai 5 Ogos, Siaran ulangan pada Sabtu dan Ahad, jam 5.00petang mulai 6 Ogos)(Episod pertama (1 jam) disiarkan secara langsung pada 31 Julai jam 12.35t/mlm di Hospital Sungai Buloh, Selangor . Episod akhir (1 jam) disiarkan secara langsung pada 28 Ogos jam 12.35t/mlm di Hentian Puduraya)
- Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara - (4 episod) Setiap Rabu, jam 6.00petang, mulai 3 Ogos
- Kias Ramadan – (4 Episod) Setiap Rabu, jam 11.00malam, mulai 3 Ogos
- Iktibar – 3 Ogos & 10 Ogos (Rabu) jam 11.30malam
- Periuk Hangus – (5 Episod) Setiap Rabu, jam 10.00pagi, mulai 3 Ogos
- Biskut Apa? – (4 Episod) Setiap Sabtu, jam 5.30petang, mulai 6 Ogos
- Bazaar Ramadan@ TV3 - (5 Episod) Setiap Sabtu, jam 7.30malam, mulai 6 Ogos
- 5 Rencah 5 Rasa Edisi Ramadan – (4 Episod) Setiap Ahad, jam 5.30petang, mulai 7 Ogos
- Sirah Nabi – (21 episod) Setiap Isnin-Jumaat, jam 9.00pagi, mulai 1 Ogos
- Diari Sahabat – (21 Episod) Setiap Isnin – Jumaat, jam 9.30pagi, mulai 1 Ogos
- Serambi Anak Soleh – (4 Episod) Setiap Selasa, jam 6.00petang, mulai 2 Ogos
- Drama Ramadan, Slot Samarinda: “Ramadan Terakhir” - (15 episod) Setiap Selasa-Khamis, jam 10.30mlm, mulai 26 Julai.


CEREKARAMA RAMADAN:
- Sehelai Rambuat Dibelah Tujuh - 6 Ogos 2011 (Sabtu) 10.00malam
- Perempuan Di Hujung Ramadan - 13 Ogos 2011(Sabtu) 10.00malam
- Mengurai Rindu - 20 Ogos 2011(Sabtu) 10.00malam

"RAMADAN DI HATIKU TV9"

- Solat Isya’ & Tarawikh dari Masjidil Haram, Mekah – (setiap hari, 1.00 pagi hingga 3.00 pagi)
- Tanyalah Ustaz Ramadan (setiap hari, 7.00 pagi)
- Mencari Resipi Temurun - (8 episod, Isnin & Selasa, 6.30 petang mulai 1 Ogos)
- Ini Kisahku (8 episod, Rabu & Khamis, 6.30 petang mulai 3 Ogos)
- Jom Berbuka (8 episod, Sabtu & Ahad, 7.00 malam, mulai 6 Ogos)
- Sirah Ameerah (8 episod, Sabtu & Ahad, 7.30 malam mulai 6 Ogos)

SKRIN DI 9:
- Jiman - (Rabu, 8.30 malam, 3 Ogos)
- Sekilas Qalbu - (Rabu, 8.30 malam , 10 Ogos)
- Isnin Selasa Rabu - (Rabu, 8.30 malam, 17 Ogos)
- Lailatulqadar - (Rabu, 8.30 malam, 24 Ogos)

Selamat Menyambut Bulan Puasa!

DJ Fuzz & Jaclyn Victor - Ipoh Mali Lirik

DJ Fuzz & Jaclyn Victor - Ipoh Mali Lirik

(Intro)
Yo, this song’s close to the heart, it’s my hometown baby, representin’/Ipoh where you at?

(Chorus)
Ipohmali Ipoh Ipohmali/ I sing it loud and proud that’s who I be/
Cos’ small town dreams do come through/ so stand up and represent where you from too boo
Uh/ Ipohmali Ipoh Ipohmali/
I sing it loud and proud that’s who I be/
Cos’ small town dreams do come through so stand up and represent where you from too boo

(Verse 1)
Yo I was born and raised in a place/ where the hottest women come from /
Ipoh city/ that’s where I’ll always belong/ Don’t get me wrong yo/
I’m KL lite now/ Its just that my roots stay strong/
Growin’ up as a Ipoh chink kid representin’ it/ Ipoh Garden Eastside yo was the hood I was kickin’ it/
I grew up poor but I had the riches memories/ Wooley Food Centre rockin’ arcades religiously/ And after school/ me and my crew/ DFS would be-boy on the sidewalks in front of Fair Park shops/ And as my story drops/ I recollect I never had them fancy kicks, fancy clothes all I had was Hip Hop/
And peer pressure left me with a scar/cos' when kids were rockin’ Airwalks/I was rockin’ Bata/Back then/ I had nothin’ but a dream to be a rap star/
Now who would have thought this Ipoh chink would get this far?

Chorus 1x

(Verse 2)
Yo I’m a Ipohmali chinaman/ I represent/ small town kids havin’ big dreams so understand/ When I spit this rhyme yo’ I’m spittin’ it right/
My flows divine and miraculous givin’ the blind sight, haha
Back in the day circa ‘95/ In St. Michaels Church where I prayed for my life to get better/
So I can be mah’ family’s provider/ the answer/ was to audition for Poetic Ammunition’s replacement rapper/I dropped the beatbox blew Yogi B away/ got the record deal/ had a choice to make/ leave for KL or do I stay?/ Cos’ everybody sayin’ then bein’ a rapper don’t pay/ From Bingotown to Greentown I was strollin’/ contemplatin’ what mah’ life’s future would be holdin’/ Everybody I knew was all against it/ they said 16 yearold Ipoh kid will never make it/ But I/ persevered/ A boy with no fear/ I had hopes as high as Hotel Excelsior/ For years I proved my critics wrong/ that’s why I wrote this song to tell the world where I’m from cos’ I’m…….

Chorus 1x

(Bridge)
We Ipohmali baby here to show y’all what we got/
Never underestimate yourself/ cos’ you can make it/ no matter where you are/
It ain’t where you’re from but how you make it to the top/
Cos’ we are Ipohmali baby, here to show y’all what we got

To all mah’ peeps all down at JB/ Throw your hands up if y’all hear me/
To all mah cats down at KL city/ Holla at me if y’all hear me/
To all my pheng ew across the sea now/ Penang khia are y’all still down?/
And everybody across the nation/ you can make it just be patient/


(Verse 3)
Now flash forward to the present/ mah’ life at this point/
Nobody knows mah’ real name/ they all call me Point/
I’m an industry veteran/ 10 years in the game/ 3 LPs/ now that’s evidence/
I seen it all/ the ladies, the groupies, the fancy parties, award ceremonies, glory and all that money (money)/ But I learned the hard way that fame came with a price/
For Point Blanc to be more famous than Ipoh chicken rice/

(Outro singing)
Ipoh, Ipoh, if y’all afraid go call the popo/
It’s your boy Point lettin’ you know/ the hottest chink hollerin’ from Ipoh/
(Repeat 1x)

(Outro adlib)
Voyeur Records! It ain’t where you’re from/ its where you at/
So be proud of where you’re from baby, cos’ I am/

Ipohmali feat. DJ Fuzz & Jaclyn Victor of Malaysian Idol
Composed and lyrics by: Point Blanc
Produced by Point Blanc for Voyeur Records
Co-Produced by: Major RE for Voyeur Records
Beat programmed by: Major RE for Voyeur Records
Publishing: So Fly Publishing Sdn. Bhd./ EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd.

Saya Anak Malaysia 2011 , Klip Video dan Lirik

Lirik Lagu Saya Anak Malaysia 2011

INTRO

ADLIB
[Hafiz & Najwa]

VERSE 1
[Adira]
1957 bulan 8 kita merdeka
Setelah dijajah oleh orang Inggeris, Kamikaze dan Portugis.

ADLIB
[Hafiz]

VERSE 2
[Hafiz & Adira]
Dari Perlis ke Kota Kinabalu rakyat bersatu dan maju,
Bumi bertuah hasil melimpah siapa rajin hidup mewah

CHORUS
[Azlan & The Typewriter, Hazama, Adira, Hafiz, Fina, Altimet, Aizat, Najwa, Phoebe, Mei Yan, Jason & Aanantha]
Saya Anak Merdeka x 4

VERSE 3
[Altimet]
Sedikit masa harus diluangkan, fikirkan sebentar apa yang dijuangkan
Adakah merdeka sekadar laungan, merdeka semuanya keluar gaungan
Merdeka lebih dari tiga jeritan, merdeka bebas dari kesempitan
Pemikiran, otak, akal, minda mungkin tiba masa definisinya di pinda

VERSE 4
[Aizat]
Hujan emas dinegeri orang, Hujan batu dinegeri kita

[Azlan & The Typewriter]
Walaupun cantik negeri orang, tentunya Malaysia cantik lagi!"
RIFFS

VERSE 5
[Najwa]
Dari Perlis ke Kota Kinabalu rakyat bersatu dan maju,
bumi bertuah hasil melimpah siapa rajin hidup mewah"

CHORUS
[Azlan & The Typewriter, Hazama, Adira, Hafiz, Fina, Altimet, Aizat, Najwa, Phoebe, Mei Yan, Jason & Aanantha]
Saya Anak Merdeka x 4

ADLIB
[Najwa]

VERSE 6
[Fina & Aizat]
Melayu, Cina, Iban, India, Kadazan Portugis pun ada…

ADLIB
[Altimet]
[Fina & Aizat]
Semua kaya dengan budaya dibawah kibaran satu bendera."

CHORUS
[Azlan & The Typewriter, Hazama, Adira, Hafiz, Fina, Altimet, Aizat, Najwa, Phoebe, Mei Yan, Jason & Aanantha]
Saya Anak Merdeka x 4

VERSE 7
[Hazama & Azlan & The Typewriter]
Hujan emas dinegeri orang, Hujan batu dinegeri kita.

[Hazama , Azlan & The Typewriter & Aizat]
Walaupun cantik negeri orang, tentunya Malaysia Cantik lagi!

RIFFS

ADLIB
[Hazama]

VERSE 8
[Hazama]
Melayu, Cina, Iban, India, Kadazan Portugis pun ada…

[Hazama & Azlan]
Semua kaya dengan budaya dibawah kibaran satu bendera…

CHORUS
[Azlan & The Typewriter, Hazama, Adira, Hafiz, Fina, Altimet, Aizat, Najwa, Phoebe, Mei Yan, Jason & Aanantha]
Saya Anak Merdeka x 4

ADLIB
[Azlan & The Typewriter, Hazama, Adira, Hafiz, Fina, Altimet, Aizat, Najwa, Phoebe, Mei Yan, Jason & Aanantha]
Saya Anak Merdeka "

OUTRO
[Azlan & The Typewriter, Hazama, Adira, Hafiz, Fina, Altimet, Aizat, Najwa, Phoebe, Mei Yan, Jason & Aanantha]
Saya Anak Malaysia

SAYA ANAK MALAYSIA 2011
Azlan & The Typewriter, Hazama, Adira, Hafiz, Fina, Altimet, Aizat, Najwa, Phoebe, Mei Yan, Jason & Aanantha

Music Arrangement: AG & Co
All instruments: AG & Jenk.
Recorded, Mixed Mastered: Kamar Seni Recording Studio.




---------------------------------

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-54, anda kini berpeluang menyegarkan semula lagu-lagu kegemaran Malaysia dengan projek MyMusic Indiepretasi! Anda yang tentukan lagu apa yang patut digubah semula. Anda yang tentukan siapa yang layak untuk mengubah semula lagu tersebut! Dengar suara hati artis tempatan yang terhangat seperti Aizat, Altimet, Azlan & The Typewriter, Hazama, Adira, Hafiz, Fina, Najwa, Phoebe, Mei Yan, Jason, Aanantha dan ramai lagi yang mempersembahkan lagu "Saya Anak Malaysia" versi baru untuk memulakan projek MyMusic Indiepretasi!

Artist / Artis: dR Sam
Original Lyrics / Lirik Asal: S Amin Sahab
From / Dari Album: "Saya Anak Malaysia" 1986
Lyrics for this version / Lirik untuk versi ini : "Saya Anak Malaysia" (Suaramu) & Altimet
New arrangement / Susunan Muzik : AG dan Co

Site: http://www.astro.com.my/mymusic

Laila Manja Sinopsis, Slot Lagenda TV3

Sinopsis Laila Manja

Laila Manja mengisahkan tentang penderitaan hebat yang dialami oleh dua beradik, Laila dan Manja, disebabkan perbuatan ibu tiri mereka yang kejam. Setelah pemergian ibu mereka, Kamsiah (Liza Shadan), Laila dan Manja sering termenung dan berduka kerana mereka sangat merindui belaian ibu yang telah tiada. Sebagai seorang ayah yang prihatin, Mahmud (Ramli Saleh) mengambil keputusan untuk mengahwini Mastura (Ellie Suriati,untuk mengisi kekosongan hati dan mengubat lara kedua-dua orang anaknya.

Namun, mimpi ngeri Laila dan Manja kini menjadi nyata apabila mereka didera Mastura, ibu tiri mereka yang inginkan keistimewaan yang terdapat pada mereka. Laila mampu melihat masa hadapan manakala Manja berupaya untuk mengingati kisah lampau.


Mastura yang menjalinkan hubungan sulit bersama Azman (Mubarak Majid), salah seorang pekerja Datuk Razali (Dato’ Jalaludin Hassan) akhirnya terbongkar apabila Mahmud pulang ke rumah secara mengejut. Lebih menyayatkan hati, Mahmud dibunuh oleh Azman dan kerana ketakutan Laila membawa Manja lari dari rumah untuk menyelamatkan diri. Manja menyorok di dalam kereta Pak Mat (Roslee Sako) manakala Laila jatuh pengsan di atas jalanraya dan ditemui oleh Datuk Razali. Beliau terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Laila, kerana Mahmud merupakan pemandunya. Secara tidak sengaja, mereka terpisah sejak dari saat itu.

Mastura dan Azman berjaya diberkas oleh pihak polis dan mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Imran (Zul Ariffin), anak kepada Azman merayu kepadanya agar hukuman terhadap bapanya diringankan. Tetapi, Datuk Razali tetap tegas akan keputusannya. Sejak dari itu, Imran menyimpan dendam kesumat terhadap Datuk Razali.

Menjelang usia dewasa, Laila diberi kepercayaan oleh Datuk Razali untuk menerajui syarikat gergasinya, manakala Manja pula disayangi Pak Mat kerana kesungguhannya dan bakatnya di dalam dunia perniagaan. Namun, dendam Imran masih membara dan mereka bertemu semula di dalam dunia korporat yang bakal merungkai pelbagai konflik percintaan dan permusuhan.

Pelakon Laila Manja:

Puteri Sarah
Iqram Dinzly
Ellie Suriati
Dato’ Jalaludin Hassan
Amar Baharin(Anak Wayang)
Nabila Huda
Zul Ariffin

Saksikan drama ini bermula 25 Julai 2011 di TV3

10 Fakta Menarik Resepsi Perkahwinan Mewah Memey & Norman Hakim

10 Fakta Menarik Resepsi Perkahwinan Mewah Memey & Norman Hakim:



  • Sebanyak 7 biji lori bunga Ros segar akan digunakan untuk menghiasi seluruh dewan Mutiara, Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur khas untuk majlis respsi tersebut.



  • Memey artis pertama yang memakai kasut yang direka khas oleh pereka kasut terkenal, Professor Dr. Jimmy Choo. Kasut yang dierka khas hanya untuk persandingan Memey itu bernilai RM300 000 sepasang.



  • Memey akan mengenakan dua persalinan bertahtakan permata dari barang kemas terkenal, Rafflesia pada majlisnya itu. Setiap persalinan yang direka khas untuinya itu bernilai RM500 000 keatas. Apa yang pasti, persalinannya itu lebih mahal daripada baju perkahwinan penyanyi tersohor Negara, Dato Siti Nurhaliza Tarudin yang hanya bernilai RM400 000.



  • Sebanyak dua set barang kemas akan direka khas oleh Rafflesia untuk Memey pada hari resepsinya nanti. Setiap set barang kemas yang terdiri daripada rantai, cincin dan anting-anting itu bernilai RM2.8 juta.



  • Dianggarkan keseluruhan kos dekorasi dan persiapan majlis resepsi di dewan tersebut berjumlah RM150 000.



  • Seramai enam hingga lapan orang artis termasuk artis luar Negara dijangka akan membuat persembahan sempena majlis respsi mereka.



  • Penaja utama majlis respsi Memey dan Norman iaitu barang kemas Rafflesia menganggarkan kos keseluruhan menguruskan majlis respsi tersebut adalah sebanyak RM12 Juta.



  • Penaja venue majlis respsi, Hotel Crowne Plaza menjanjikan layanan bertaraf lima bintang untuk majlis resepsi Norman dan Memey.



  • Dijangka seramai 80 hingga 100 artis akan diundang untuk memeriahkan majlis respsi mereka. Selain rakan artis turut diundang adalah rakan media. Hanya 200 tetamu yang dijangka hadir pada hari tersebut.



  • Selain barang kemas Rafflesia menjadi sebagai penaja utama majlis resepsi bertemakan New York Look pada 28 Spetember hadapan, Norman dan Memey turut mendapat tajaan dari pendandan, Snips, pusat rawatan, Spa Angsana, jenama terkenal kasut, Jimmy Choo, Hotel Crowne Plaza, pusat penjahit baju terkenal, Lord's Tailor dan banyak lagi.



  • Memey & Norman Hakim

    Konsert Alleycats "Sampaikan Salam Alleycats", Istana Budaya,16 - 18hb September 2011

    Konsert Alleycats "Sampaikan Salam Alleycats" Di Istana Budaya, Kuala Lumpur Pada 16 - 18hb September 2011

    Fri - Sun: 8:30 pm-11:00 pm
    Tempahan tiket : www.ticket2u.biz
    No.Tel : 603-41478600

    Keterangan lanjut: http://www.wix.com/amevent2011/am

    Jejak Rasul 17 mulai 1 Ogos 2011,TV3

    Dokumentari Jejak Rasul sudah masuk musim ke 17. Kali ini krew penerbitan memfokuskan “Legasi Muhammad S.A.W di Eropah Timur”. Antara destinasi yang dikunjungi termasuk Moscow, Ukraine, St. Petersburg, Tatarstan, Dagestan dan Chechnya.

    Menjejak peninggalan Rasulullah, musim ini krew Jejak Rasul memilih sebuah bumi asing yang cukup sinonim dengan sejarah Rasulullah iaitu Tanah Arab. Menyedari akan tanggungjawab mereka untuk menjejak legasi yang ditinggalkan, Mazlin yakin bahan yang ada cukup untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

    “Legasi yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W masih banyak yang belum diterokai. Saya fikir apa yang dilakukan oleh Jejak Rasul ini akan boleh bertahan sehingga 10 hingga 20 tahun lagi. Ada macam-macam lagi sejarah yang perlu kita selidiki terutamanya di bumi yang cukup asing dengan sejarah Nabi, Tanah Arab,” jelas Mazlin Nordin selaku pengarah dan penerbit Kumpulan A.

    Kumpulan A yang turut dianggotai wartawan penyelidik, Ezzah Aziz Fawzy, pembantu penerbitan Mohd Zahir Ramli dan jurukamera Abd Shahril Rani ditugaskan untuk melakukan penyelidikan dan penggambaran di sekitar Moscow dan Ukraine.

    Memulakan penggambaran mereka pada bulan Mac lalu, pasukan itu telah melaksanakan pra produksi sejak bulan Oktober tahun lalu. Proses penggambaran mengambil masa selama 31 hari.

    Antara cabaran yang dihadapi oleh kumpulan ini adalah berhadapan dengan cuaca sejuk sewaktu musim salji dan karenah birokrasi.

    “Kita dah biasa dengan cuaca di sini apabila terpaksa bekerja dalam suasana yang berbeza pastinya sukar. Lebih-lebih lagi di sana sedang musim salji. Masalah bahasa juga memang sesuatu yang benar-benar menduga kami,” tambah Mazlin lagi.


    “Paling menyulitkan apabila mereka di sana terlalu mengikut buku. Setiap perlakuan kami akan diperhatikan sehingga sewaktu penggambaran untuk mendapatkan shot yang menarik kami telah dihalang oleh pihak berkuasa negara tersebut kerana menggunakan kamera yang besar. Namun semua itu dapat diatasi setelah kami menukar ke kamera yang lebih kecil,” ujar Mazlin panjang lebar.

    Jejak Rasul 17 akan mula ditayangkan pada 1 Ogos depan pukul 6.30 petang selama 30 minit setiap hari di saluran TV3.

    42 Filem Layak Bertanding Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24)

    Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) tahun ini menyaksikan 42 buah filem layak bertanding untuk merebut 33 kategori anugerah (termasuk kategori khas) yang dipertandingkan. Jumlah ini memecah rekod selama 24 tahun penganjuran festival. Jika dibandingkan dengan tahun lalu, hanya 29 buah filem yang layak bertanding. Manakala pada penghujung tahun 1990-an, tidak sampai 20 buah filem yang layak menyertai FFM.

    Perkembangan ini memperlihatkan bahawa industri filem di negara ini sedang menunjukkan satu peningkatan luar biasa walaupun ada sesetengah pihak mengganggap penghasilan filem adalah sekadar untuk mencari keuntungan tanpa memikirkan kepentingan lain.

    Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan juga selaku Pengarah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Jurey Latiff Rosli memberitahu media, pihaknya yakin FFM24 kali ini akan lebih meriah kerana banyak filem yang layak bertanding. Jelas Jurey, sehingga 25 Julai lalu, sebanyak 29 buah filem telah menghantar pencalonan.

    “Kami masih menunggu penyertaan daripada filem-filem yang layak bertanding ini. Setakat 25 Julai lalu, hanya 29 buah filem yang sudah menghantar penyertaan. Jadi, saya amat berharap agar semua penerbit filem yang mendapat kelulusan wajib tayang bermula 24 Oktober 2010 hingga 1 Oktober 2011 menghantar penyertaan mereka sebelum tarikh tutup penyertaan berakhir pada 15 Ogos hadapan,” ujar Jurey yang ditemui pada majlis pra-pelancaran FFM24 baru-baru ini.

    Antara filem yang sudah menghantar penyertaan ialah Hikayat Merong Mahawangsa, Karak, Karipap-Karipap Cinta, Cun, Kongsi, Tolong Awekku Pontianak, Toyol Nakal, Senjakala, Penunggu Istana, Di Larang Masuk, Seru, Nur Kasih The Movie, Sumpahan Puasa, KL Gangster dan Khurafat.


    Seperti penganjuran sebelum-sebelum ini, FFM24 juga akan mengadakan dua majlis penganugerahan berbeza iaitu Malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24 dan Malam Anugerah Gemilang Perdana.

    Malam Anugerah Cipta akan diadakan di Pangung Aniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada 16 November 2011. Manakala acara kemuncaknya, Malam Anugerah Gemilang Perdana bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 November 2011.

    Setiap pemenang kategori utama akan membawa pulang trofi berserta wang tunai RM10,000. Manakala, Filem Terbaik akan mendapat trofi dan wang tunai berjumlah RM25,000. Acara ini akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).

    Ujibakat pelakon teater muzikal Upin & Ipin

    Pementasan teater Upin & Ipin The Musical bakal dipentaskan di Istana Budaya pada April tahun 2012

    Sesi ujibakat pelakon teater muzikal Upin & Ipin akan berlangsung di Istana Budaya pada tarikh dan waktu berikut:

    13 Ogos 2011, Sabtu (10 pagi hingga 3 petang)
    14 Ogos 2011, Ahad (10 pagi hingga 3 petang)
    20 Ogos 2011, Sabtu (10 pagi hingga 3 petang)
    21 Ogos 2011, Ahad (1p pagi hingga 3 petang)

    Syarat-syarat uji bakat:

    1. Umur: 6-35 tahun
    2. Jantina: Lelaki & Perempuan
    3. Berkebolehan menari, menyanyi dan berlakon
    4. Sihat & lincah
    5. Semua bangsa dijemput hadir.

    Pementasan Upin & Ipin The Musical di Istana Budaya, April 2012

    Syarikat siri animasi Les’ Copaque Production Sdn. Bhd akan menerbitkan pementasan Upin & Ipin The Musical di Istana Budaya, April tahun 2012.

    Memiliki hampir 5 juta pengikut/peminat di Fanpage Upin & Ipin, Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi selaku Penerbit Eksekutif teater muzikal itu yakin teater muzikal tersebut akan berjaya apabila dipentaskan di IB walaupun setelah lima tahun siri animasi itu ke udara.

    “Memang yang ramai berjumpa kami menyatakan hasrat mereka untuk menerbitkan teater muzikal siri animasi tersebut beberapa tahun lalu. Namun pada waktu itu saya merasakan agak cliché apabila semua benda yang popular mahu dijadikan muzikal. Lebih-lebih lagi saya memang agak cerewet tentang cerita yang ingin dibawa. Saya mahukan sesuatu yang memberikan manafaat kepada penonton terutamanya kanak-kanak,” ujar Burhanuddin mengenai cadangan teater muzikal itu yang diura-ura akan dipentaskan di Indonesia.

    Benar, pementasan Upin & Ipin sepatutnya dipentaskan di Indonesia pada bulan Jun lalu, namun malangnya kerana masalah dengan penaja ia tidak jadi dipentaskan. Tambah lagi, Burhanuddin menolak untuk produksi tersebut dipentaskan di sini.

    “Saya telah menyaksikan sesi latihan pementasan tersebut. Sayangnya, ia tidak jadi dipentaskan di sana. Namun saya menolak untuk ia dipentaskan di sini kerana ia tidak menepati piawaian saya. Ceritanya lebih sesuai dipentaskan di sana dan bukannya di sini. Jalan ceritanya telah disesuaikan untuk orang sana dan jika di bawa ke sini ada jenakanya yang akan dianggap “bodoh” oleh orang sini,” tambah Burhanuddin yang cukup kecewa dengan pembatalan tersebut.

    Mengisahkan kehidupan kembar anak yatim piatu iaitu Upin & Ipin di Kampung Durian Runtuh. Mereka yang tinggal bersama kakak mereka, Kak Ros dan Opah belajar di Tadika Mesra yang turut disertai Jarjit, Mei-Mei, Ehsan, Mail, Fizi dan rakan0rakan yang lain.

    Sebagai rakan baik, mereka selalu membaca dan bermain bersama-sama. Setiap kali membaca mereka telah membayangkan isi kandungan di dalam buku tersebut. Justeru, sebagai kanak-kanak mereka sering berimaginasi berada di setiap tempat dan kejadian yang ditulis di dalam buku tersebut.

    Ketika mengayuh basikal, mereka membayangkan yang mereka sedang menaiki kapal angkasa dan melalui pengalaman hebat ketika berada di bulan.


    Begitu juga apabila hujan turun tanpa henti, Upin dan Ipin telah membuat kapal kertas. Mereka berimaginasi menjadi pahlawan Melayu lama iaitu Hang Tuah yang bertarung dengan lanun di lautan bagi menyelamatkan rakan-rakan mereka. Mereka juga telah bertemu dengan orang asli ketika ekspedisi mencari harta karun dalam hutan tebal.

    Pelbagai kejadian aneh yang terpaksa mereka lalui sepanjang pengembaraan tersebut yang menguji kesetiaan persahabatan serta kecerdikan akal mereka.

    Justeru, teater ini menggabungkan dunia angkasa lepas, lautan dan belantara serta menampilkan pelbagai kehidupan flora dan fauna yang terdapat di tempat-tempat tersebut.

    Upin & Ipin The Musical bakal diarahkan oleh pengarah dan penulis skrip terkenal, Zaifri Husin dan dibantu Datuk Suhaimi Mohd Zain selaku Pengarah Muzik dan A.Airis Kadir sebagai Koreografer.

    Taja MUH Bakal Kahwin 1.10.11

    Taja, gitaris Meet Uncle Hussain (MUH), atau nama sebenarnya, Nik Mustaza Nik Mustapha bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangnya, Kimmy pada 1 Oktober 2011.

    “Selepas empat tahun mengenali, saya dan tunang akhirnya memilih 1 Oktober ini untuk mendirikan rumahtangga. Saya mengakui berdebar namun dalam pada masa yang sama teruja dengan perkahwinan ini. Sepanjang kami bertunang, memang banyak sangat dugaan.Bagus juga tunang lama-lama sebab boleh uji pasangan masing-masing,”


    Kimmy yang juga merupakan pengurus kumpulan MUH. Ketika ditemui, Kimmy turut memberitahu kenapa mereka mengambil masa yang lama untuk mendirikan rumahtangga.

    “Kami ambil masa yang lama sebab ada banyak hal yang berlaku, jadi kami terpaksa tangguhkan dulu perkahwinan. Akhirnya, kali ini kami betul-betul sudah membuat keputusan dan kedua ibu bapa kami sudah berbincang serta mengesahkan tarikh nikah kami. Alhamdulliah, 1 Oktober ini adalah hari saya dan Taja akan disatukan kalau tiada apa-apa halangan.”

    Kimmy ketika ditemui turut memberitahu, dia dan Taja turut berdepan dengan pelbagai halangan namun bukan disebabkan masalah dalam perhubungan mereka tetapi kerana komitmen terhadap kerjaya.

    “Sebenarnya halangannya adalah bila saya jadi pengurus, fokus saya lebih kepada ‘band’. Bila keutamaan itu lebih kepada pengurusan band, menyebabkan hal perkahwinan saya tertangguh disebabkan kesibukan bekerja. Contohnya seperti Anugerah Planet Muzik, MUH ‘Tour ke Indonesia’ serta projek ‘Drama King’ dan ‘Pokok’.

    “Halangan sebenar lebih kepada kerja. Bila kami bekerja sebagai satu kumpulan, semua kebajikan harus dijaga. Saya bukan sahaja kena menjaga Taja, malah saya juga harus menjaga tiga ahli yang lain demi karier mereka.

    “Masalah dalam perhubungan kami tiada sangat sebab kami jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun, kami bergaduh pasal kerja, tiada kaitan dengan hal peribadi,” ujar Kimmy yang kini sedang sibuk membuat pelbagai persiapan. Menurut Kimmy, kebanyakan barang perkahwinan mereka dibeli dan ditempah khas dari Bandung.

    Dalam masa yang sama, Kimmy menyatakan rasa kemaafan kepada rakan-rakan media kerana tidak dapat menjemput mereka di majlis akad nikah disebabkan atas permintaan keluarga pihak perempuan.

    “Awal-awal lagi saya mahu meminta maaf yang mana ini adalah atas permintaan keluarga pihak saya yang mahukan hari pernikahan kami hanya akan dihadiri oleh keluarga serta saudara mara terdekat sahaja. Kami mahukan majlis ini betul-betul untuk keluarga sahaja.

    “Sekarang ini saya sedang cuba memujuk kedua ibu bapa saya untuk membenarkan hanya jurugambar sahaja yang datang untuk mengambil detik pernikahan kami. Tetapi semua ini masih lagi dalam proses. Bukan tidak mahu menjemput media, tetapi dibolehkan selepas akad sebab ibu bapa saya sudah bertegas upacara akad nikah itu khas untuk keluarga sahaja,” jelas Kimmy yang turut memberitahu warna tema pernikahan mereka adalah warna putih.

    Majlis resepsi pihak perempuan yang bakal diadakan pada 2 Oktober ini berlangsung di Dewan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur manakala majlis sebelah lelaki pula akan diadakan seminggu kemudian di Nilai, Negeri Sembilan.

    Ketika ditebak dengan persoalan tema perkahwinan pasangan ini untuk Oktober nanti, Kimmy memberitahu ada keistimewaan yang tersendiri kerana perkahwinan mereka berkonsepkan ‘sharing our favoritism’.

    “Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung jam 11.00pagi sehingga 4.00petang untuk kaum keluarga saja. Manakala pada sebelah malamnya pula bermula jam 7.00malam, barulah dibuat untuk rakan-rakan kami serta para media.

    “Perkahwinan kami berdua sebenarnya tiada tema. Pada malam 2 Oktober itu, kami akan kongsi apa sahaja yang kami suka, ‘sharing with others everything that we love’. Sebagai contoh untuk makanan, malam tersebut kami akan kongsi makanan yang saya dan Taja suka, bukan apa yang orang lain suka. Bukan sahaja makanan, malah tema malam tersebut, gubahan bunga, semua apa yang kami suka.

    “Ada juga pihak yang datang mahu ‘sponsor’. Tetapi kami lebih memilih untuk mengadakan majlis yang ala kadar dengan apa yang kita ada dan dengan apa yang kita mampu. ‘Sponsor’ itu bagus, tapi dalam masa yang sama ada aspek yang perlu dijaga. Kena jaga hati pelbagai pihak termasuklah keluarga dan orang lain. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, adalah lebih baik ia dibuat dengan kadar yang sederhana.”

    Eira Syazira teruja kelahiran album pertamanya, Di Hati Ini

    Eira Syazira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi yakin dengan sambutan yang bakal diberikan terhadap album sulungnya itu.

    Menjadikan penghibur ternama negara, Datuk Sheila Majid sebagai idolanya, Eira tidak mahu ambil pusing dengan kata-kata masyarakat yang cuba memperlekehkan bakat nyanyiannya.

    "Bagi saya, kita tidak perlu takut dalam mencuba sesuatu yang kita yakin mampu untuk lakukan. Setiap peluang yang datang kepada kita, tidak harus dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja.

    "Untuk itu, saya amat bersyukur dengan peluang yang diberikan dan berjanji akan mencuba sebaik mungkin," ujarnya anak kelahiran Kuala Lumpur ini penuh semangat.

    Menyedari untuk menjadi seorang penyanyi yang baik bukanlah satu proses yang mudah, aktres berusia 27 tahun ini telah menghadiri kelas vokal di bawah bimbingan Siti Hajar Ismail.

    Selepas mengikuti beberapa kelas bersama guru vokal ternama itu, barulah Eira sedar bukan mudah untuk menjadi seorang penyanyi.

    "Saya perlu menyiapkan diri saya sebaik mungkin untuk menjadi seorang penyanyi. Untuk itu, saya amat menitik beratkan soal latihan vokal dan nyanyian.


    "Kalau ada masa terluang dan tidak sibuk dengan lakonan, saya akan menghabiskan masa dengan berlatih menyanyi," ujar pelakon yang mula menempa nama menerusi drama rantaian, Meniti Bara terbitan Skop Productions tidak berapa lama dulu.

    Eira yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman FGM itu mempertaruhkan single pertama, Di Hati Ini dalam menarik perhatian pendengar tempatan.

    Selain lagu ‘Di Hati Ini’, album ini turut memuatkan lagu ‘Nourel Ain’, ‘Sememangnya’, ‘Sisi Duka’ dan ‘Bukan Mimpi Kesiangan’. Dua buah lagu, iaitu ‘Di Hati Ini’ dan ‘Sisi Duka’ telah menjadi lagu tema untuk drama bersiri Ustaz Amirul yang disiarkan di TV3 baru-baru ini.

    Norman, Memey Bebas Tuduhan Khalwat

    Norman Hakim dan Memey Suhaiza gembira dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu.

    Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa mendengar pembelaan mereka, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.


    Norman dan Memey yang hadir bersama di mahkamah pada pukul 9.30 pagi, mengakui bahawa mereka agak emosional semasa mendengar penghakiman tersebut menyebabkan mereka menangis.

    Pasangan yang akan diijabkabulkan pada 24 September ini, juga tidak putus-putus melafazkan ucapan syukur manakala Norman segera ke surau berhampiran untuk menunaikan solat sujud syukur sebelum ditemubual oleh wartawan.

    "Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan," kata Norman.

    Memey yang memakai baju kurung dan berselendang ungu yang mengambil masa untuk menenangkan diri pula memberitahu, keputusan tersebut adalah berita yang paling dinanti-nantikannya.

    "Ini adalah berita yang sangat gembira buat saya di saat-saat saya mahu mendirikan rumah tangga. Segala dugaan yang saya hadapi telah berakhir," katanya dalam nada yang agak tersekat-sekat menahan sebak.

    Terdahulu, Salehan melepas dan membebaskan Norman, 35, dan Memey, 23, daripada tuduhan berkhalwat yang didakwa dilakukan pada antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-A1, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.

    Bagi kesalahan itu Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(2)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2005.

    Mereka didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 29 Januari 2009 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Pada penghakimannya, Salehan berkata, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa Norman dan Memey berada bersama dalam premis terbabit.

    "Saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada pegawai penguat kuasa agama konsisten bahawa hanya tertuduh wanita (Memey) berada di dalam premis tersebut manakala tertuduh lelaki (Norman) berada di premis 4-2A, iaitu bersebelahan," katanya.

    Walaupun pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon boleh ke premis 4-2A dengan cara memanjat lubang pintu jeriji, Salehan berpendapat, tiada keterangan yang menunjukkan jeriji itu berada dalam keadaan terbuka atau berkunci.

    Selain itu, berdasarkan keterangan abang Norman, Mohamed Sophee saksi pendakwaan keempat (SP4), menyatakan bahawa jeriji itu berkunci dan dakwaan panjat tersebut juga tidak disoal balas dengan selengkapya.

    "Sayangnya, pihak pendakwaan tidak pula membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan SP4 yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh lelaki, malah bekerja dengannya, ujar Salehan.

    Selain itu, Salehan juga berpendapat, intipati bahawa tertuduh sedang melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syak juga tidak dapat dibuktikan, apabila Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi berpakaian lengkap.

    Norman pula berdasarkan keterangan, berbaju putih dan berseluar pendek.

    Pada penghakimannya, Salehan juga berkata, pengadu dalam kes itu, Mohd Yusri Abdul Razak (saksi pendakwaan keenam) boleh dipertikaikan apabila bertindak memberi kenyataan kepada rancangan Melodi selepas tangkapan dibuat.

    "Tindakan SP6 boleh menimbulkan tohmahan kepada tertuduh dan ia juga bersifat subjudis, kerana kes tersebut terlebih dahulu dibicarakan oleh media," ujar Salehan.

    Beliau juga memutuskan bahawa memandangkan beban pembuktian adalah terletak di bahu pihak pendakwaan, maka jika terdapat kelemahan dalam kes itu, ia adalah merit kepada tertuduh.

    Pada prosiding itu, Norman dan Memey diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mewakili pihak pendakwaan.

    Juara Kilauan Emas Milik Ali Norpiah

    Gelaran juara Kilauan Emas berjaya dirangkul Encik Ali Norpiah manakala Naib Juara Kilauan Emas di rangkul Puan Samsiah yang mempunyai suara sangat merdu.

    Tempat ketiga penyanyi profesional Azhar Sariff. Tempat ke-4, En Razif.

    Encik Ali Norpiah bmembawa pulang hadiah utama sebanyak RM20 ribu ringgit. Tahniah!

    TV AlHijrah tambah waktu siaran sempena Ramadan

    Sempena Ramadan,stesen TV AlHijrah akan menambah waktu siaran kepada 24 jam pada Jumaat, Sabtu serta Ahad dan 18 jam pada Isnin hingga Jumaat.

    Penambahan waktu adalah bagi mengimarahkan bulan mulia itu dengan pengisian yang lebih bermakna.

    “Sepanjang bulan Ramadan, waktu siaran bertambah menjadi 144 jam seminggu berbanding 102 jam seminggu sebelum ini.


    “Penambahan ini bagi memberi pengisian yang bermakna sesuai dengan bulan Ramadan dalam pelbagai genre yang memenuhi selera pelbagai lapisan penonton,” ujarnya.

    Selain itu, sebanyak 17 program baru pelbagai genre bakal dipaparkan seperti Muhasabah Ramadan, Taddarus Al Quran, Ramadhan Di Australia, Juadah Iftar, Resepsi Umi, Man Jada, One Month Ramadan In Kuala Lumpur, Chef, Umme, Hostel Ramadan, My Fasting dan Fattabiouni.

    Jelasnya, TV AlHijrah juga akan mengulang tayang drama terbaik Kitab Cinta.

    “Kami memaparkan program yang seratus peratus berunsur keagamaan dan berkonsepkan Ramadan bukan hanya sekadar satu slot seperti stesen televisyen lain.

    “Selain itu kami juga akan menayangkan kembali drama bersiri Kitab Cinta atas permintaan ramai,” jelasnya yang mengakui terdapat peningkatan kos apabila penambahan waktu siaran.

    Ning Baizura - Embunan Bersinar Lirik

    Ning Baizura - Embunan Bersinar Lirik

    Azab dan sengsara
    Duka yand terlara
    Mengajariku menjadi dewasa

    Lapar dan dahaga
    Hidup nan derita
    Sering menguji
    Ketabahan Hati

    Bagaikan musafir
    Dipadang pasir yang sepi
    Kembara tiada henti

    Korus:
    Mencari haluan jiwa ini
    Percayakan mimpi
    Jalanan ku harungi
    Bertemankan harapan
    Akhirnya ditemukan
    Hamparan Mawar
    Embunan Bersinar

    Disini bersemi
    Hidup nan terindah
    Sendu dihati ku langkahi sudah

    Bagaikan musafir
    Dipadang pasir yang sepi
    Kembara tiada henti

    Ulang Korus

    Yang….. hilangkan terbit kembali
    Yang…. jatuh bisa bangun berlari
    Ku mengerti kini
    Harus sabar menanti
    Ku teguhkan hati……………

    Ulang Korus

    Hamparan Mawar
    Embunan Bersinar

    JJ & Ean Hitz.fm - Hitam Kuning (Go Tigers) Lirik

    Lirik Lagu Hitam Kuning (Go Tigers) -JJ & Ean Hitz.fm

    Harimau Malaya


    t’s Nadhira, what’s up JJ and Ean
    Hitam kuning, hitam kuning, Go tigers...

    On the pitch, they gonna leave no survivor
    Black and Yellow, hello, catch the fever
    Come on Malaysians, let’s make you all believers...

    Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning,
    Hitam kuning! Go tigers! Go tigers
    Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning,
    Hitam kuning! Go tigers! Go Go tigers...

    Black stripes with yellow trims
    I heard they scare of us cos we gonna win
    We’re tiger on our chest
    Can you hear us roaring
    We playing our best and we will be scoring...


    Suzuki Cup we bagged the medal
    from our necks the medals dangle
    We gonna light up like candle
    Hitam Kuning can you handle..US
    All the haters can Shhhh..now
    Malaysians Tiger with the coach..Raja Gopal...

    Harimau Malaya, mengaum gagah,
    Juara Malaya, Raja Asia
    Lawan Diserang, tiada gentar
    Mengaum gagah, lawan gentar
    Harimau Malaya, dunia digegar
    Yeahhhh....

    If you are proud of the Malaysia football team,
    Everybody stand up with us now
    And get ready to sing, alright...

    3, 2, 1 go...

    Program TV3 dan TV9 sempena Ramadan 2011

    Stesen televisyen TV3 dan TV9 kembali lagi dengan program-program keagamaan dan kerohanian bagi menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan yang bakal bermula pada minggu depan.

    Memilih tema Sesuci Fitrah bagi TV3 dan Ramadan di Hatiku (TV9), kedua-dua stesen ini bakal menghidangkan pelbagai program berbentuk dokumentari, variasi, pengajaran, majalah, kanak-kanak dan drama bagi penonton sasaran mereka, khususnya yang beragama Islam.

    Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, TV3 bakal menawarkan 17 program dan TV9 pula dengan 10 program yang menawarkan pengisian kerohanian untuk penonton.

    "Sesuci Fitrah dipilih sebagai tema kali ini kerana ia bersesuaian dengan bulan yang mulia untuk menyucikan hati agar sentiasa bermuhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang diberikan oleh-Nya.

    "Begitu juga dengan tema Ramadan Di Hatiku untuk TV9 di mana program-programnya menyelitkan unsur keikhlasan dan kejujuran di dalam hati," katanya pada majlis pelancaran program tersebut di Restoran Ibunda, Bukit Bintang, di sini, Selasa.
    Ahmad Izham Omar

    Tambahnya, tema-tema tersebut juga dipilih kerana bersesuaian dengan susunan program yang dihidangkan agar dapat menjadi iktibar kepada penonton sepanjang bulan mulia itu.

    TV3 yang mengangkat tema Sesuci Fitrah akan menghidangkan 17 program iaitu:

    Dokumentari:

    1. Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur (setiap hari 6.30 petang, mulai 1 Ogos)

    2. Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara (Rabu 6 petang, mulai 3 Ogos)

    Majalah

    3. Singgah Sahur (Jumaat & Sabtu 12.35 tengah malam, mulai 5 Ogos)

    Pengajaran:

    4. Kalamullah (setiap hari 5.30 pagi untuk versi 30 minit) dan (setiap hari 8.55 pagi, Isnin-Khamis 2.55 petang dan Jumaat–Ahad 4.50 petang untuk versi 5 minit)

    5. Kias Ramadan (setiap Rabu, 11 malam, mulai 3 Ogos)

    6. Iktibar (3 & 10 Ogos, pukul 11.30 malam)

    Variasi:

    7. Periuk Hangus (setiap Rabu 10 pagi, mulai 3 Ogos)

    8. Biskut Apa? (setiap Sabtu 5.30 petang, mulai 6 Ogos)

    9. Bazaar Ramadan @ TV3 (setiap Sabtu 7.30 malam, mulai 6 Ogos)

    10. 5 Rencah 5 Rasa Edisi Ramadan (setiap Ahad 5.30 petang, mulai 7 Ogos)

    Kanak-kanak:

    11. Sirah Nabi (setiap Isnin-Jumaat 9 pagi, mulai 1 Ogos)

    12. Diari Sahabat (setiap Isnin–Jumaat 9.30 pagi, mulai 1 Ogos)

    13. Serambi Anak Soleh (setiap Selasa 6 petang, mulai 2 Ogos)

    Ramadan Terakhir

    Drama:
    Barisan pelakon drama bersiri Ramadan Terakhir dalam slot Samarinda yang bersiaran setiap Selasa hingga Khamis, pukul 10.30 malam mulai 26 Julai ini di TV3.

    14. Ramadan Terakhir (Selasa-Khamis, 10.30 malam, mulai 26 Julai sebanyak 15 episod)

    15. Sehelai Rambut Dibelah Tujuh (Sabtu, 10 malam, 6 Ogos)

    16. Perempuan Di Hujung Ramadan (Sabtu, 10 malam, 13 Ogos)

    17. Mengurai Rindu (Sabtu, 10 malam, 20 Ogos)

    Senarai program di bawah kempen Ramadan Di Hatiku TV9 pula adalah seperti berikut:


    Variasi:

    1. Solat Isya’ & Tarawikh dari Masjidil Haram, Mekah (setiap hari, 1-3 pagi)

    2. Ini Kisahku (Rabu & Khamis, 6.30 petang, mulai 3 Ogos)

    3. Jom Berbuka (Sabtu & Ahad, 7 malam, mulai 6 Ogos)

    Pengajaran:

    4. Tanyalah Ustaz Ramadan (setiap hari, 7 pagi)

    5. Sirah Ameerah (Sabtu & Ahad, 7.30 malam, mulai 6 Ogos)

    Majalah:

    6. Mencari Resipi Temurun (Isnin & Selasa, 6.30 petang, mulai 1 Ogos)

    Drama:

    7. Jiman (Rabu, 8.30 malam, 3 Ogos)

    8. Sekilas Qalbu (Rabu, 8.30 malam, 10 Ogos)

    9. Isnin Selasa Rabu (Rabu, 8.30 malam, 17 Ogos)

    10. Lailatulqadar (Rabu, 8.30 malam, 24 Ogos)

    Pelakon Ammar Alfian Nafi Cekik, Pukul Puteri Sarah

    Ammar Alfian Aziz menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.

    Dia tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

    Ammar Alfian

    “Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

    “Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

    “Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar

    Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.

    Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.

    Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu “membunuh” wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.

    Tambahnya: “Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.

    “Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.

    “Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul.”

    Selain itu, dia lebih gemar menyibukkan diri dengan latihan untuk mempersiapkan diri berlakon filem berjudul Skandal.

    “Saya terpaksa menjaga badan dengan mengurangkan makan nasi kerana mungkin ada aksi melompat dan bertarung.

    “Selain itu, banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan agar dapat mengurangkan berat badan bagi mendapat badan yang lebih ringan untuk melakukan aksi tersebut,” ceritanya.

    ~ Mstar

    Konsert David Archuleta Live in Malaysia 2011 meriah

    David Archuleta telah memukau kira-kira 2,500 penonton dalam konsert David Archuleta Live in Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Negara, di sini, malam Selasa.

    Kunjungan kali kedua penyanyi berusia 20 tahun itu ke sini adalah bersempena siri jelajah promosi album keduanya, The Other Side of Down.

    Tampil dalam konsert ringkas yang berdurasi satu jam 10 minit, naib juara program American Idol musim ketujuh itu mendendangkan 17 rangkaian lagu yang terdiri daripada lagu-lagu popularnya dan beberapa lagu nyanyian semula termasuk Crush, Falling Stars, A Little Too Not Over You, Something ‘Bout Us, Heaven(nyanyian asal Bryan Adams) dan A Thousand Miles (Vanessa Carlton).

    Archuleta muncul di pentas pada sekitar pukul 9 malam dengan menyampaikan lagu pembukaan Stomping The Roses yang dipetik daripada album terbarunya.

    Sorakan yang gemuruh daripada peminat terus menaikkan “mood” penyanyi berasal dari Utah, Amerika Syarikat untuk meneruskan konsert dengan lagu-lagu seperti The Other Side of Down, A Little Too Not Over You dan Love Don’t Hate sebelum berehat untuk beberapa saat.

    Konsert yang diiringi empat pemuzik itu diteruskan dengan dendangan “single” pertamanya Something ‘Bout Love dan sebuah lagu asal kumpulan Tears for Fears Everybody Wants to Rule The World.


    Seketika kemudian, Archuleta terus mengikat perhatian dengan alunan lagu cinta kegemarannya iaitu My Kind of Perfect sambil memetik piano.

    Pesona penyanyi yang baru saja menerima plak enam platinum daripada penjualan albumnya di sini itu diteruskan pula dengan lagu rancak Elevator yang juga “single” kedua daripada album terbarunya itu.

    Sebelum menyampaikan lagu popular Vanessa Carlton berjudul A Thousand Miles, Archuleta sempat berkongsi luahan dengan peminat bahawa lagu itu menjadi pilihan sebagai pengubat kerinduan kepada ibunya kerana sering berjauhan apabila dia terlibat dengan siri jelajah promosi.

    Babak kedua konsert tersebut dilanjutkan dengan lagu-lagu seperti Falling Stars, Touch My Hand, Stand By Me (nyanyian asal Ben E. King), "single" kelimanya iaitu Everything And More dan Zero Gravity.

    Gimik daripada penyanyi itu yang bertindak meninggalkan pentas sejurus lagu Zero Gravity terus mengundang jeritan yang mahukan Archuleta kembali menyambung konsert.

    Selang beberapa minit, penyanyi berwajah keanak-anakan itu kembali dengan segmen terakhir menerusi tiga lagu iaitu Heaven (nyanyian asal Bryan Adams), Crazy (nyanyian asal Gnarls Barkley) dan lagu penutup yang telah mempopularkan namanya di pentas muzik iaitu Crush.

    Archuleta yang hanya mengenakan sepasang kemeja T, jaket dan jeans sepanjang konsert itu telah berjaya membuktikan kemampuannya sebagai penghibur biarpun timbul desas-desus yang mengaitkan namanya dengan era kejatuhan ketika ini.

    Penyanyi tempatan yang juga naib juara Astro Star Quest 2008 iaitu Hao Ren membuka tirai konsert tersebut.

    Pernikahan Memey dan Norman 23 September di Johor

    Norman Hakim dan Memey bakal melangsungkan pernikahan di kediaman Memey di Felda Tenggaroh, Selatan 1, Johor, pada 23 September akan datang pasangan ini juga akan mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan orang ramai sehari selepas majlis pernikahannya itu.

    "Majlis di Johor akan berlangsung mengikut adat kami disana, selepas majlis pernikahan, di sebelah malamnya kami akan adakan majlis khatam Al-Quran dan keesokkannya pula akan berlangsung majlis persandingan.

    "Majlis ini terbuka untuk semua, dan konsepnya pula bertemakan moden dan taman,"jelas Memey

    Album Nasyid Dia Yang Teratas Segalanya

    A Ali yang pernah popular dengan kumpulan Kembara pada era 80-an kini muncul dengan buah tangan terbaru, iaitu Dia Yang Teratas Segalanya: Himpunan Juara Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan, Daerah dan Negeri Johor & Melaka.

    Album yang menghimpunkan 11 lagu nasyid cukup syahdu dan alunan muzik yang gemersik, yang bisa meruntun jiwa pendengar yang inginkan ketenangan rohani.

    Keaslian lirik dan irama masih dikekalkan mengikut gaya dan kehendak sekolah, cuma susunan muzik dan penyampaian diberi suntikan baru oleh penyanyi dan komposer terbabit, yang menampilkan teknik penyampaian lebih segar seiring dengan konsep album iaitu nasyid kontemporari.

    Setiap kumpulan nasyid melontarkan paduan vokal yang unik serta melodi yang harmonis, memberikan kekuatan kepada album ini untuk dijual di pasaran tempatan.

    Antara lagu yang berjaya menyentuh jiwa pendengar adalah Wawasan Ummah nyanyian Soutul Haq daripada Sekolah Kebangsaan Telok Mas Melaka. Lagu itu juga diiktiraf sebagai lirik dan lagu terbaik peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Garapan lirik yang indah disulami dengan vokal syahdu, kumpulan Soutul Haq pasti menambat hati pendengar setia nasyid.

    Selain itu, alunan merdu suara anak gadis A Ali, Nuazira A Ali yang menyanyikan lagu Keranamu Kekasih turut memperlihatkan album ini cukup istimewa.


    Percubaan pertama A Ali dalam mengangkat muzik nasyid pada peringkat sekolah dianggap berjaya kerana munculnya bintang baru penyanyi bergenre nasyid sekali gus menyemarakkan lagi industri muzik nasyid yang dilihat semakin suram.

    Kumpulan nasyid yang turut terbabit dalam album ini ialah kumpulan Dzil Afnan daripada SMK Agama Bandar Penawar Kota Tinggi (Bahana Cinta), Imtiyaaz - SMK Kelapa Sawit Kulai, Johor (Saatnya Akan Tiba), Shoutul Iman - SMK Sultan Abdul Jalil Kluang (Pesanan Buat Remaja), Najhatul Hayat - SMA An-Nur Benut Pontian (Ukhwah Mahabbah), Shoutul Abrar - SMK Tun Ismail, Parit Raja (Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah, Al-Ikhwan - SM Arab Darul Falah (An-Nur), Al-Munawwarah - SMK Tun Aminah Batu Pahat (Cahaya) dan Wardatuddiniyyah - SMKA Sharifah Rodziah Telok Mas ( Kembara Cinta Mu Melangkah.

    Berdua Bersatu - Forteen Lirik dan Video

    Lirik Lagu Berdua Bersatu - Forteen

    Kenapa cinta kita
    Selalu saja diduga
    Bagai ada tak merestu
    Kita berdua bersatu

    Atau mungkin kau dan aku
    Ditakdir untuk berpisah
    Walaupun melawan arus
    Kita berdua bersatu

    Seringkaliku mendengar
    Patah tumbuh hilang berganti
    Tetapiku tidak mahu
    Cinta selain darimu

    Jika denganmu salah
    Kutak mahu yang benar
    Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
    Walau dilanda badai
    Kusanggup kerna ku mampu
    Kita berdua bersatu

    Jika denganmu kabur
    Kutak mahu yang jelas
    Jika denganmu hanyut
    Biarlah aku lemas
    Walau dilanda ribut
    Kusanggup kerna kumampu
    Kita berdua bersatu



    Nora Mahu Dikenali 'Nora J'

    Penyanyi Nora Ariffin kini mahu dikenali sebagai Nora J sempena nama suaminya, Johan Nawawi.

    "Biasanya orang selalu tertukar dengan orang yang bernama Nora Ariffin kerana di Singapura juga mempunyai seorang model bernama Nora Ariffin.


    "Jadi, saya lebih suka menggunakan nama Nora J atau Nora Johan untuk mengelakkan kekeliruan," ujarnya sewaktu majlis pelancaran album Voices of Ummi (VOU) - Erti Al-Fatihah di Saloma Bistro, di sini, Selasa.

    VOU merupakan kumpulan penyanyi kanak-kanak yang digabungkan kerana suara mereka juga adalah suara watak-watak utama dalam siri animasi muzikal kanak-kanak berjudul Ummi-Ceritalah Pada Kami.

    Mereka adalah dua anak Nora iaitu Alif Johan (Alif), 12, dan Putri Dahlia (Putri), 7, serta Aiman Abbas (Aiman), 14, Hana Hamdan (Hana), 11, dan Jihad Hamdan (Atan), 8.

    Selain Nora, artis undangan dalam album itu ialah Bringgo dan Mosyi.

    Menurut Nora, anak-anaknya itu mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan sangat berminat untuk menyertai kumpulan tersebut.

    "Saya sangat bersyukur dengan anugerah yang diberikan kepada anak-anak saya dan mereka rela melakukan kerja ini tanpa paksaan.

    "Saya yakin album ini akan mendapat sambutan kerana ia bukan sahaja disasarkan kepada kanak-kanak tetapi golongan remaja dan dewasa dan lagu-lagu seperti ini harus diberi peluang untuk diputarkan di stesen radio," ujarnya.

    Dalam pada itu, suaminya selaku penerbit album berkenaan memberitahu album yang mengambil masa setahun untuk disiapkan itu merupakan album runut bunyi bagi mempromosikan animasi terbitan syarikatnya, Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn Bhd.

    "Album ini menampilkan 13 buah lagu yang akan diedarkan oleh Erama Creative Sdn Bhd dan Erama Records Sdn Bhd melalui portal www.erama.tv menjelang bulan Ramadan ini.

    "Animasi Ummi dijangka akan siap pada hujung tahun ini. Jadi, sementara animasi tersebut siap, kami hasilkan lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam animasi ini kerana ia akan diselang-seli dengan lagu berkonsep pop kerohanian," ujarnya yang turut bersedia untuk memasuki pasaran muzik Indonesia jika diberi peluang.

    Nora yang menyambut kelahirannya ke-38 Selasa turut diraikan pada majlis tersebut.

    Senarai Filem Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24)

    Secara keseluruhannya, sebanyak 33 anugerah akan dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24)termasuklah Anugerah Perdana Khas (3 anugerah) serta Anugerah Khas Juri (4 anugerah).

    Bagi kategori utama, selain trofi, pihak penganjur juga turut memperuntukkan hadiah berupa wang tunai yang bernilai RM10,000 sehingga RM25,000 untuk anugerah tertinggi FFM seperti kategori Filem Terbaik.

    Dalam usaha mencari kelainan, pada tahun ini, pihak penaja iaitu Amee Philips Exclusive Jewellery akan menghasilkan rekaan khas barang kemas daripada batu-batu permata terpilih yang bernilai RM30,000 hingga RM50,000 untuk dihadiahkan kepada Pelakon wanita Terbaik.


    Malam kemuncak FFM24 akan disiarkan secara langsung oleh saluran Astr0 Prima pada 19 November 2011.

    Berikut adalah calon-calon filem yang bertanding Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) sehingga kini:

    1. Sini Ada Hantu (Astro Show/Double Vision)

    2. Cun (Tayangan Unggul)

    3. Tolong Awek Aku Pontianak (Tayangan Unggul)

    4. Rasuk (White Merpati Entertainment)

    5. Khurafat (Skop Productions)

    6. KL Gangster (Skop Productions)

    7. Seru (Tayangan Unggul/Hanmania)

    8. Karipap-Karipap Cinta (Cinematic Pictures)

    9. Libas (MDAG Marketing)

    10. Di Larang Masuk (Cineworks)

    11. Al-Hijab (Empat Semudra Plantation)

    12. Kembar Siang (Metrowealth Pictures)

    13. Kongsi (Metrowealth Pictures)

    14. 3 2 1 Cinta (Metrowealth Pictures)

    15. Sekali Lagi (Metrowealth Pictures)

    16. Flat 3A (Metrowealth Pictures)

    17. Senjakala (Excellent Pictures)

    18. Sumpahan Puaka (Genius Parade)

    19. Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)

    20. Karak (KRU Studios)

    21. Penunggu Istana (Primeworks Studio)

    22. Nur Kasih The Movie (Primeworks Studio)

    23. Klip X 3GP (Primeworks Studio)

    24. Toyol Nakal (Artistik Pictures)

    25. Ratu The Movie (Lineclear Motion Pictures)

    26. Raya Tak Jadi (Lineclear Motion Pictures)

    27. Momok Jangan Panggil Aku (Galaksi Seni)

    28. ...Dalam Botol (Penerbitan J.A.S)


    FFM24 pada tahun ini akan mengadakan 2 majlis penganugerahan yang berbeza iaitu Malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24 yang akan diadakan di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada 16 November 2011. Pada malam itu, sebanyak 12 kategori anugerah akan diberikan kepada pemenang.

    Sementara itu, malam gala yang dikenali sebagai malam Anugerah Gemilang Perdana pula akan belangsung du Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 November 2011. Sebanyak 14 kategori anugerah akan diberikan pada malam gala tersebut.

    Lirik dan Video Suka Gitu Kumpulan Gula-Gula

    Lirik Suka Gitu - Kumpulan Gula-Gula

    Berdiri pun tak kena
    Tersenyum pun dimarah
    Apa sebabnya (apa yang tak kena)
    Bergaya pun dilarang
    Apa lagi dipandang
    Apa sebabnya (apa yang tak kena)
    Adakalanya ku cuba, fikir fikiran kamu
    Tak dapat ku fahami
    Kehendak hati kamu
    Dan kau tak pernah,fikir fikiran aku
    Peningku memikirkan kehendak hatimu

    C/O :
    Usah kau larang,melarang tak kenal aku
    Usah kau garang,garang dan melarang aku
    Kalau kau sayang,sayang dan manjakan aku
    Manja kan aku,aku suka gitu... (gitu,gitu,gitu.. aku suka...) 2x

    Aku seorang wanita,wanita yang istimewa
    Perlukan Cinta.. (dan juga manja)
    Dan kalau cinta menyeksa,apa guna bercinta
    Lupakan Saja (Lupakan Saja..)
    Ada kalanya kau kata,aku jenis sensitif
    Tak dapat ku fahami,apa sebenarnya kau mahu
    Kau tak pernah,fikir fikiran aku
    Peningku memikirkan kehendak hatimu

    Ulang C/O

    Sayang,manjakanlah,diriku oh cintaku,
    Oh sayang,usah larang dan marah padaku.

    Ulang C/O 2x
    Aku Suka..

    Kumpulan Gula-Gula

    Biodata Johan Ariff Asari (Botak Juvana)

    Biodata Profil Johan Ariff Asari 

    Nama: Johan Ariff Asari
    Umur : 25 tahun (Born 1986)
    Asal : Pulau Pinang
    Pendidikan : Malacca High School. Diploma jurusan Kaunselin di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Johan pernah mendapat kelas pendidikan tahfiz selama 2 tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.
    Sifat : Kelakar, peramah dan suka merendahkan diri
    Twitter Johan : @JohanAsari
    Facebook Botak : Facebook Johan Arrif Asari.
    Pembabitan Seni : Drama Juvana, telefilem Kesuma Jiwa terbitan RTM (disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti) dan drama “Penunggu Gunung Raya”.

    Tilu - Jangan Jangan Cuba Lirik

    Lirik Lagu Jangan Jangan Cuba - Tilu

    Waktu waktu kau kucup
    Pipi kanan kiri ku
    Berdebar-debar detak jantung ku
    Bergetar seluruh tubuh ku
    Hati ku tak tentu

    Waktu itu kau kucup
    Pipi kanan kiri ku
    Berdebar-debar detak jantung ku
    Memerah pipi ku jadinya ku malu
    Dan kau bisik kata cinta
    Hati ku berbunga bunga
    Dan jangan kau cuba-cuba
    Untuk lebih merayu ku

    Jangan jangan cuba kau rayu
    Jangan jangan cuba kau ganggu
    Jangan jangan cuba lukai aku
    Hanya sekadar nafsu

    Jangan jangan cuba kau paksa
    Jangan jangan cuba kau siksa
    Jangan jangan cuba kau cinta aku
    Hanya sekadar nafsu

    Jangan jangan jangan jangan

    Waktu itu kau kucup
    Pipi kanan kiri ku
    Berdebar-debar detak jantung ku
    Memerah pipi ku jadinya ku malu

    Dan kau bisik kata cinta
    Hati ku berbunga bunga
    Dan jangan kau cuba-cuba
    Untuk lebih merayu ku

    Jangan jangan cuba kau rayu
    Jangan jangan cuba kau ganggu
    Jangan jangan cuba lukai aku
    Hanya sekadar nafsu

    Jangan jangan cuba kau paksa
    Jangan jangan cuba kau siksa
    Jangan jangan cuba kau cinta aku
    Hanya sekadar nafsu

    Jangan jangan cuba kau rayu
    Jangan jangan cuba kau ganggu
    Jangan jangan cuba lukai aku
    Hanya sekadar nafsu

    Jangan jangan cuba kau paksa ( jangan )
    Jangan jangan cuba kau siksa ( jangan )
    Jangan jangan cuba kau cinta aku ( jangan )
    Hanya kerna hawa nafsu

    Lirik Lagu Jangan Jangan Cuba - Tilu

    Kumpulan Tilu bakal keluar album kedua,Jantung Hati

    Rangkaian lagu seperti, Ku Bukan Aku, Diam Diam dan Jangan Jangan Cuba berjaya menaikkan, nama Tilu sebagai salah sebuah kumpulan indie yang berjaya.

    Membawa nama Tilu yang bermaksud tiga dalam bahasa Sunda, mereka menampilkan kelainan apabila membawa irama Jazz yang asing dalam kalangan pendengar.

    Bukan setakat itu, Tilu juga mewarnai hasil karya mereka dengan bunyian alat muzik seperti saksofon dan trompet sebagai identiti membezakan mereka dengan lambakan kumpulan lain.


    Kumpulan dianggotai lapan anak muda iaitu Puja (bass), Johar Lucas (drum), Bajai (keyboard), Deo Karmawan (gitar), Mira (vokalis), Fareed Aziz (trompet), Adili (trambon) dan Jeffny Kamar (saksofon) ini mempunyai sebab tersendiri di sebalik keberanian mereka memperjuangkan genre itu.

    Menurut Mira, niat mereka adalah untuk membawa muzik Jazz ke era baru dengan menampilkan lagu-lagu Melayu seperti yang telah dilakukan Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid.

    “Pada asalnya, kami hanya bergerak secara indie sebelum membuat keputusan melebarkan pengaruh di aliran ‘mainstream’.

    “Tujuannya adalah supaya muzik Jazz dapat disebarkan dengan lebih meluas dalam kalangan pendengar memandangkan irama ini masih dianggap baru,” katanya kepada Zass.

    Usaha mereka menunjukkan hasil apabila lagu-lagu yang dipetik dari album pertama Tilu berjaya mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

    Dalam keindahan diulit pujian, sebenarnya Tilu lebih senang seandainya dikenali sebagai kumpulan serba boleh yang mampu membawa pelbagai genre lain.

    “Kami berasa bangga apabila peminat melabelkan Tilu sebagai pejuang muda irama Jazz, namun gelaran itu tidak mengehadkan keupayaan kami.

    “Selain Jazz, kami sebenarnya turut menampilkan irama lain seperti pop, R&B dan dangdut dalam lagu-lagu kami,” katanya.

    Berbekalkan sambutan peminat, Tilu semakin yakin mengorak langkah dan tidak menunggu lama untuk tampil dengan buah tangan terbaru mereka.

    Mira berkata, mereka berlapan kini sedang dalam proses menyiapkan album kedua yang dijangka berada di pasaran akhir tahun ini.

    “Kami mempunyai puluhan lagu dalam simpanan yang kebanyakannya dicipta oleh Puja dan sedang berbincang untuk memilih lagu sesuai.

    “Kami juga akan membuat latihan dengan lagu yang dipilih bagi mendapatkan ‘feel’ sebelum menjalani rakaman,” katanya.

    Menurutnya, album yang masih belum mempunyai judul ini diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat mereka iaitu Tilu Production.

    Ketika ditebak tentang kelainan dibawa Tilu berbanding album pertama, Mira berkata, mereka akan mempelbagaikan genre sebagai variasi kepada pendengar.

    “Kami mahu tampil dengan kelainan setiap kali muncul degan buah tangan terbaru kerana tidak mahu peminat bosan.

    “Mungkin untuk album kedua ini kami akan mencuba irama baru yang belum pernah dimainkan Tilu seperti reggae misalnya,’ katanya.
    Home


    Keterangan lanjut, sila klik sini.

     

    Home | Disclaimer | Contact