Klip Video Rasmi: MTV Akhir Waktu - Daus AF8

Video Rasmi Akhir Waktu - Daus



Akhir Waktu - Daus
Song / Lyric: Daus
KRU Studios
---
MAXIS CRT
Verse: 205533
Chorus: 205532
---
DIGI CT
Verse: 0113979
Chorus: 0113978
---
CELCOM CMT
Verse: 113733
Chorus: 113732
---
U MOBILE CT
Verse: 272950
Chorus: 272949

Michelle Yeoh disenaraihitam Myanmar

Bintang Hollywood dari Malaysia, Datuk Michelle Yeoh diusir oleh junta tentera Myanmar dan disenaraihitamkan.

Michelle memainkan watak pejuang prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem yang bakal diterbitkan lewat tahun ini.


“Dia tidak berpeluang untuk masuk ke Myanmar lagi dan diusir serta-merta dengan menaiki penerbangan pertama selepas dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 22 Jun lalu,” kata seorang pegawai Myanmar hari ini.

Seorang lagi pegawai mengesahkan Michelle disenaraihitamkan tetapi tidak menyebut alasan di sebalik tindakan itu.

Bekas gadis Bond itu menemui Suu Kyi di kediamannya di sini pada Disember lalu selepas selesai membuat penggambaran bersama-sama pengarah dari Perancis, Luc Besson di Thailand untuk filem The Lady yang butir-butirnya masih dirahsiakan itu.

Suu Kyi, 66, dibebaskan pada November lalu setelah ditahan di rumah selama tujuh tahun berturut-turut, kurang seminggu selepas pilihan raya umum yang dilabel oleh pengkritik sebagai sandiwara bagi mengekalkan pemerintahan tentera di sebalik kerajaan awam di Myanmar.

Pada pilihan raya 1990, beliau mengetuai partinya, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) untuk mencapai kemenangan besar yang tidak diiktiraf oleh junta tentera.

Suu Kyi memulaukan pilihan raya tahun lepas dengan alasan peraturannya tidak adil.

Michelle, 48, bekas ratu cantik Malaysia, menjadi terkenal di pentas antarabangsa apabila beliau membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 sebagai seorang pengintip China yang lasak tetapi cantik, di sisi Pierce Brosnan.

Beliau kemudian membintangi filem arahan Ang Lee, Crouching Tiger, Hidden Dragon yang mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa, dan filem yang berasaskan novel terkenal Arthur Golden, Memoirs of a Geisha. – AFP

Mari Menari 2:Pasangan Tersingkir Bangga

Minggu lalu pasangan Razman dan Azlin diumumkan tersingkir pada Sabtu dan Ahad. Walaupun sedih dengan penyingkiran berlaku, kedua-dua pasangan itu menerimanya dengan tenang.

Begitu pun, Kak Eton berasakan Azlin yang berpasangan dengan Mohd Hedzer Nadzar keluar dengan penuh rasa bangga apabila diangkat sebagai antara penari terbaik wanita dalam Mari Menari oleh juri tetap, Joseph Gonzales.

Ketika cabaran Mari Menari baru bermula, Razman atau Mohd Razman Ghazali dikejutkan dengan berita sedih. Beliau kehilangan adik lelakinya akibat kemalangan ngeri pada 16 Jun lalu.

Ternyata berita sedih itu masih menghantui pasangan itu sehingga mereka tidak dapat memberikan fokus dan tersingkir minggu lalu. Kak Eton turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada Razman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham agar dia ditempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh.

Sewaktu persaingan minggu lalu, Bibi, peserta paling berusia benar-benar teruji apabila dikehendaki mempersembahkan tarian dari genre hip hop dengan penuh bertenaga. Sekalung tahniah daripada Kak Eton kerana Bibi berjaya mengatasi cabaran diberikan.


Dalam pada itu, Kak Eton dengar ramai yang memuji Nora. Katanya, peserta yang bekerja sebagai artis budaya bersama suaminya itu nampak bergaya. Pada Kak Eton, perkara itu bukanlah mustahil kerana menurut Faizuele, isterinya itu memang gemar memasang badan, hobinya pula membeli-belah.

Nora sanggup berhabis demi untuk kelihatan cantik. Takut Kak Eton dengar apabila si isteri hobinya membeli-belah dan pasang badan, alamatnya ‘kopaklah’ poket Faizuele. Tapi kalau pasang badan dan mencantikkan diri untuk suami apa salahnya.

Cerita mengenai pasangan ini memang menjadi perhatian ramai sejak persaingan Mari Menari musim kedua bermula. Faiz mengahwini isterinya, Asmah yang enam tahun lebih tua daripadanya dengar khabar mendapat tentangan orang tua pada awalnya.

Sebelum ini Faiz, juga ada memberitahu kepada orang produksi bahawa isterinya seorang yang garang, sangat tegas dan kuat cemburu. Alah, Kak Eton sendiri kalau suami lebih muda mestilah garang dan cemburu kuat. Mahu tidak, takut sekarang ini golongan hawa bukan boleh tengok orang muda sudah berkahwin mesti nak menghimpit.

Bagaimanapun, bagi mereka yang menyaksikan Mari Menari minggu lalu pasti sudah memperoleh jawapan mengapa Asmah bersikap demikian. Mengenai perkahwinan mereka mendapat tentangan pun, sudah dijelaskan ibu kedua-dua belah pihak. Malah, sejuk hati Kak Eton bila melihat ibu kedua-dua pasangan ini mendoakan mereka berjaya dalam Mari Menari.

Selain itu ramai yang berbisik sukakan gaya metroseksual yang ditampilkan Umar. Malah, kata pereka tarinya, Ashid, Umar akan datang dengan penuh gaya walaupun hanya untuk menghadiri latihan. Pada Kak Eton secara peribadi baguslah jika begitu. Maklumlah apabila menyertai rancangan realiti pencarian bakat seperti Mari Menari sudah tentu akan sering menjadi perhatian. Jadi bila kita menjaga penampilan ia mampu membeli jiwa penonton. Tidak begitu Umar?

Ramai yang terpegun dan terpaku apabila melihat Mizi yang menyertai Mari Menari bersama anaknya Amanina berusia 18 tahun, masih mampu menarik dengan baik. Bukan itu saja wajahnya yang tidak makan usia walaupun sudah berusia 44 tahun turut menjadi bualan ramai. Bagi mereka yang mahu mengetahuinya nanti Kak Eton kongsi bersama anda.

Sarah dan adiknya Shazrul berketurunan India di sebelah bapa dan Kadazan di sebelah ibu, berbangga mempunyai keluarga yang penuh tradisi. Pada Kak Eton darah campur yang mereka miliki juga membuatkan mereka nampak cantik dan kacak. Ahaks!


Saksikan Mari Menari setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam hanya di Astro Ria Saluran 104

~ Metro

Temubual Syamsul Yusof kejayaan KL Gangster

Karier seni Syamsul Yusof kini berada di puncak apabila filem terbaru arahannya, KL Gangster mencatat kutipan tertinggi dengan angka RM11 juta sejak ditayangkan di pawagam pada 9 Jun lalu.

Ternyata sejak menduduki kerusi pengarahan, anak bujang Datuk Yusof Haslam ini melonjak dari satu anak tangga bermula dengan filem Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2 dan Khurafat kerana kutipannya menunjukkan peningkatan.


Bertitik tolak dengan kejayaannya menang Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) melalui Evolusi KL Drift 2, kejayaan Syamsul jauh meninggalkan bapanya yang mendapat jolokan ‘Six Million Dollar Man’ melalui kejayaan Sembilu mencatat kutipan RM6 juta.

Apapun, tentunya kejayaan Khurafat dan KL Gangster memberi cabaran besar kepada Syamsul apabila jangkaan peminat makin tinggi terhadap karyanya selepas ini.

Bagaimanapun, filem barunya, Aku Bukan Tomboy yang akan menjengah pawagam pada November ini mungkin sukar untuk mendapat kutipan tinggi. Mampukah Syamsul menerima hakikat filemnya selepas ini hanya sekadar mencatat kutipan RM3 juta atau RM4 juta?

Cabaran lebih besar lagi apabila Syamsul bakal menghasilkan sekuel KL Gangster selepas hari raya nanti kerana penonton menjangkakan hasil yang jauh lebih hebat.

Bersediakan Syamsul untuk menerima segala cabaran ini? Ikuti luahan hati anak muda ini kepada wartawan Harian Metro, Norhadiani Baharom yanie@hmetro.com.my untuk ruangan ini.

RAP: Bagaimana perasaan anda apabila mendapat jolokan ‘11 Million Dollar Man’?

SYAMSUL: Saya selalu berfikiran sederhana dan beringat-ingat. Saya tidak mahu lemas atau hanyut dengan kejayaan yang sedang saya kecapi sekarang ini.
Saya juga sering menjadi pengkritik kepada hasil kerja saya sendiri.

Saya sedar dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi, pasti ada yang melabel saya dengan gelaran itu dan ini namun terus-terang, saya sebenarnya tidak suka dipanggil ‘Million Dollar Man’ atau Pengarah Terbaik kerana masih banyak yang perkara perlu dipelajari.

Saya melihat diri saya sebagai individu yang sentiasa ingin mencari kelainan menerusi kerja pengarahannya. Saya akui, setiap kali filem saya menjengah pawagam saya berasa tertekan. Jangkaan penonton terlalu tinggi membuatkan saya berasa takut.

RAP: Kejayaan besar ini sekali gus membuatkan anda berada dalam senarai jutawan muda. Adakah anda mula menerima gangguan dan berasa terancam apabila berada di khalayak umum?

SYAMSUL: Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak pernah ambil pusing dengan pandangan orang sekeliling.

Saya tetap Syamsul yang dulu. Akan bercakap banyak bila di set penggambaran, selebihnya saya lebih suka menyendiri di rumah dan studio untuk melakukan kerja-kerja suntingan.

Bagaimanapun, bercerita mengenai keselamatan, baru pagi tadi (pagi semalam) pejabat Skop Productions Sdn Bhd disimbah dengan cat merah. Saya sendiri tidak tahu apakah motifnya dan kami hanya menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

RAP: Kejayaan KL Gangster membuka mata banyak pihak khususnya mereka yang pernah memandang rendah hasil kerja anda. Mungkin ada sesuatu yang ingin anda perkatakan mengenai perkara ini?

SYAMSUL: Saya tidak boleh halang persepsi orang dan saya menghasilkan filem bukan untuk membalas dendam kepada mereka yang pernah memandang rendah di atas kemampuan saya. Saya melakukannya untuk kepuasan diri sendiri dan kebaikan industri perfileman.

Saya bukan jenis orang yang suka bercakap-cakap, tetapi hasil kerja tidak seberapa. Bagi saya, buktikan hasil kerja itu lebih baik daripada cuba membunuh karya orang lain.

RAP: Bagaimana reaksi bapa anda berhubung kejayaan KL Gangster?

SYAMSUL: Sudah tentu dia berbangga dan saya lihat dia lebih terbuka untuk menerima idea gila saya sekarang.

RAP: Khabarnya ada perancangan menghasilkan KL Gangster 2. Apakah formula anda memastikan ia lebih baik, lebih hebat dan lebih berjaya daripada garapan pertama?

SYAMSUL: Setiap sudut dan elemen akan diperbaiki selain persembahannya juga akan lebih matang. Awal-awal lagi sebelum KL Gangster dipertontonkan kepada umum, saya dan pengarah bersama, Rizal Ashraf nampak ada beberapa kelemahan. Disebabkan itu, kami langsung tidak menjangkakan filem ini akan meletup. Jalan ceritanya bagi saya terlalu ringkas dan kekurangan inilah yang akan kami atasi dan memberi penekanan lebih menerusi pembikinan KL Gangster 2.

RAP: Bagaimana pula dengan sekuel Bohsia, Jalan Kembali?

SYAMSUL: Filem ini masih dalam proses suntingan serta memasukkan suara (dubbing). Berbanding garapan sebelum ini, kali ini Bohsia 2 juga digarap lebih matang. Jika sebelum ini banyak menampilkan watak hitam, kali ini Salina Saibi sebagai pelakon utama mula berubah sejak dimasukkan ke pusat pemulihan. Terbit satu keinsafan lalu berusaha menyelamatkan sahabat baiknya iaitu watak yang dilakonkan Nabila Huda. Saya kira ia lebih serius dan sarat dengan pengajaran.

RAP: Aku Bukan Tomboy bakal menjengah pawagam November ini. Apakah anda sudah bersedia jika filem ini tidak mendapat sambutan seperti KL Gangster dan Khurafat?

SYAMSUL: Saya sudah bersedia. Sejak menghasilkan filem Khurafat lagi, saya sudah mempersiapkan diri menerima apa juga kemungkinan.

Syukur Alhamdulillah, rezeki daripada Maha Esa belum ada satu pun daripada filem saya yang tidak mendapat sambutan.

Bagaimanapun, saya percaya sekiranya sambutan filem ini tidak sehangat KL Gangster pasti akan timbul pelbagai isu yang membawa perbandingan. Itu lumrah kehidupan dan saya sedia terima.

RAP: Ada perancangan bekerjasama dengan produksi luar?

SYAMSUL: Memang ada tawaran dari produser Thailand untuk hasilkan filem mereka. Bagaimanapun, saya tolak kerana apabila meneliti skripnya, saya nampak lebih mengangkat budaya mereka berbanding budaya Malaysia.

RAP: Tidak lama lagi anda bakal disaingi adik sendiri, Syafiq yang akan muncul dengan filem pertama, S.A.M (Saya Amat Menyintaimu). Apa yang meyakinkan anda dan bapa anda untuk membenarkan Syafiq mengarah?

SYAMSUL: Saya mula mengarah ketika berusia 21 tahun. Keinginan untuk membabitkan diri dalam bidang pengarahan ini bukan atas desakan papa sebaliknya minat sendiri. Pun begitu saya menimba pengalaman dengan mengarahkan drama terlebih dulu. Manakala Syafiq pula arahan pertamanya adalah filem dalam usia 19 tahun.

Walaupun dia masih muda, saya dan papa mempunyai keyakinan bahawa dia sudah bersedia menjadi seorang pengarah muda. Saya biasa menonton karya filem pendek arahannya dan saya merasakan Syafiq punya potensi jika digilap dan diberikan peluang.

Malah, ada tiga siri episod Gerak Khas diarahkan olehnya dan daripada hasil kerjayanya itu tambah meyakinkan kami. Syafiq sudah bersedia sepenuhnya, cuma pembikinan S.A.M ini dilihat bakal memberi cabaran kepadanya kerana karya yang dihasilkan sebelum ini lebih menjurus kepada komedi. Bagaimanapun untuk S.A.M ia adalah filem bergenre ‘psycho’. Mungkin sengaja cabaran ini diberikan papa kepada Syafiq untuk mencari kelebihan lain yang ada pada dirinya.

RAP: Apakah perbezaan anda dan Syafiq?

SYAMSUL: Minat Syafiq lebih cenderung kepada bidang pengarahan sementara saya pula antara lakonan dan pengarahan kedua-duanya saya suka. Syafiq dari awal-awal lagi menolak untuk menjadi pelakon. Daripada segi karakter pula, saya serius manakala Syafiq lebih mesra dan suka berjenaka.

RAP: Bagaimana anda meraikan kejayaan besar dalam hidup anda ini?

SYAMSUL: Saya bernazar untuk pergi umrah dan Insya-Allah pada Ogos ini kami sekeluarga akan ke Makkah.

19 Pelakon Popular 'Tahajjud Cinta' mulai 8 Julai 2011

Pengarah dan pelakon Erma Fatima, 43, mengambil langkah membariskan 19 pelakon popular dalam drama arahannya iaitu, Tahajjud Cinta (TC) untuk mendapatkan impak yang luar biasa.

Menurut Erma yang turut berlakon dalam drama itu, berdasarkan pemerhatiannya, kekangan bajet produksi tempatan menjadi faktor penghalang untuk mereka mendapatkan barisan pelakon yang popular dan berkualiti.

“Jika kita memiliki bajet yang berpatutan untuk memanggil barisan pelakon yang popular dan berkaliber, mengapa tidak saya mencuba formula tersebut.

“Saya sengaja ambil nama-nama besar dalam dunia lakonan bagi memberikan impak dan keseimbangan pada setiap watak tidak kira besar atau kecil dalam drama ini.

“Sehingga tiadanya istilah pelakon pembantu atau ekstra kerana setiap watak itu sama menonjol, penting dan saling berkait antara satu sama lain,” katanya yang tidak berdepan masalah menghimpunkan pelakon-pelakon popular drama tersebut di lokasi penggambaran.

Erma ditemui pada sesi ramah mesra pelakon drama bersiri itu yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, Selasa.

Ditanya adakah keputusannya menghimpunkan pelakon-pelakon popular itu bertujuan untuk menandingi fenomena drama bersiri popular Nur Kasih pada satu ketika dulu, katanya, sebagai pengkarya saingan utama adalah terhadap dirinya sendiri dan bukan dengan pihak lain.

Antara barisan pelakon drama Tahajjud Cinta.
“Saya langsung tiada niat untuk menandingi mana-mana drama atau pengkarya lain dengan membariskan nama-nama popular dalam drama terbaru ini.

“Sebagai pengkarya, saingan utama saya adalah diri sendiri iaitu untuk menghasilkan naskhah yang lebih baik dari semasa ke semasa kerana matlamat dan misi di sebalik karya itu lebih penting daripada soal persaingan,” katanya.

TC berkisar pada isu pengorbanan dan perjuangan wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka.

Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut.

Drama sebanyak 13 episod ini turut membariskan Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa.

Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila.

Drama terbitan syarikat produksi Rumah Karya Citra ini akan mula ditayangkan pada 8 Julai depan pada setiap Jumaat pukul 9 malam dalam slot Zehra di TV3.

Punca anak kahwin lari

Keengganan sesetengah bapa di negeri ini menjadi wali dikesan antara faktor penyumbang anak gadis mereka `kahwin lari' di negara jiran.

Justeru, mereka dinasihatkan supaya mengambil kira terlebih dulu keadaan anak gadis mereka sebelum memutuskan untuk tidak mahu menjadi wali bagi perkahwinan yang bakal berlangsung.


Difahamkan, ada sesetengah bapa dikatakan tidak mahu menjadi wali kerana marahkan anak gadis mereka selepas mendapat tahu sering keluar bersama teman lelaki sebelum berhajat mahu berkahwin.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata, walaupun ada bapa yang tidak merestui perkahwinan dan tidak mahu menjadi wali, mereka sepatutnya tahu yang mahkamah boleh memberikan kebenaran bergantung kepada situasi.

Oleh Adnan Mohamad

Celebrity Lyrics -Big Sean

Celebrity Lyrics -Big Sean

[Chorus]
I am in love with the lights, the love, the rights, the wrongs
They told me that it wouldnt be night for long!
The life, the love, the rights, the wrong
They told me that it wouldnt be night for long!

[Verse 1]
And Im in love with the lights, the love
Celebrity hoes, Hollywood parties that never get old!
Table full of new hoes, champagne Nuvo
My mind is on Venus, but my neck is on Pluto
I need a girl that look badder than my girlfriend
You know the ones that look badder than their girlfriends
Paparazzi try to pop Big since Im in Cali
But I just hide my face doing a Errol Flynns
Hoody over my head, Jedi, Anakin
Looking like a BBC Louis V mannequin
She aint got no man in him
She got no companion, shes Jenifer Aniston
Im trying to hit her, and her friend!
And again, and again
Pass it to my mans and them
F-cking all the baddest bitches in cities were landing in!

[Hook]
What happens when it all falls
And the success is all gone
And is all gone?
But for now Im a celebrity!
For now Im a celebrity!

[Chorus]

[Verse 2]
Im in love with the money..
They say that its the root of all evil
At least thats what the pastor tried to teach us
But he will pass around that collection plate
Till its heavy way as soon as his speech through
Then hop in that Benz coupe
Shit, Im trying to get a Benz too!
But how is it the root of all evil?
If it could take my whole family out to Rio?
No more repo
A depo, just speed boats
Jewelry all gold call me C3PO
Smoke so much, I gotta see 3PO
Cause Im worldwide tour with me and my nigga Zino
Most comfortable behind the mics like Tito
So I hate to lose my Mike like Tito

[Hook]

[Chorus]

I do it for, everything in life for love and meaning
I hope they never try to tell me Im leaving
Getting everything I want, then Ive got my mom next
LA Reid sign checks right after the contract
I always have a crazy flow pockets was on radio
Active cause I guess I was active on a radio
Way back in high school, yeah nigga CT
Where I met my nigga Tone, Pat Piff, and CT
Came out of the slump nigga way before T3
Giving hoes the run around, we just call them track meets
Its funny now when I look back
Cause them times gave me the inspiration that the track needs

Lirik Lagu Luahan Hati -Apit

Lirik Lagu Luahan Hati -Apit

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun baru kita bersua muka
Namun aku telah jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Sayunya hatiku melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jika kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Ohhh..
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Ohhh..
Sayangku pimpinkan tanganmu
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga

Oh kasih…

Lirik Lagu Senjakala –Kat (OST Senjakala)

Lirik Lagu Senjakala –Kat(OST Senjakala)

Di bawah awan hitam ini
Kau datang bawa persoalan
Adakah tiada jawapan darimu

Kehidupan yang ku inginkan
Adakah tiada kesudahan
Berikan jawapan
Berikan jawapan

Ku mahu seperti mereka
Miliki seadanya cinta
Lepaskan aku bebaskan aku
Dari segalanya

Apakah dosaku hingga jadi begini
Hidup dalam sepi meniti hari

Dengarkanlah hatiku menangis
Menginginkan cinta

Ku mahu seperti mereka
Miliki seadanya cinta
Lepaskan aku bebaskan aku
Dari segalanya

Apakah dosaku hingga jadi begini
Hidup dalam sepi meniti hari

Di bawah awan hitam ini
Tunggu sendiri

Lirik Lagu Carta Hati- Najwa Latif

Lirik Lagu Carta Hati- Najwa Latif

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya

hmmm----
hoo---
lalala----
hmmm---

jangan engkau jangan pergi
jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati

kau janji kan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita

lala---
hooo---
lala---
hmmm--

Lirik Cinta Muka Buku Najwa Latif

Lirik Lagu Cinta Muka Buku -Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo…
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oooo...
Ini cinta remaja ku..

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo...
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo...
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..

Lirik Lagu Cinta Muka Buku -Najwa Latif

Lirik Lagu Cinta Muka Buku -Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo…
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oooo...
Ini cinta remaja ku..

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo...
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa..

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta..

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja..

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooo...
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..

Biodata Beto Kushairy

Biodata Beto Kushairy


Nama sebenar:Nurkusyairy Zakuan bin Osman
Tarikh lahir: 19/2/1980
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan:Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Biography:
Jln. Pintas(Nam Ron)
Chow Kit(Brando Lee)
Barajiwa(Osman Ali)
Sini Ada Hantu(James Lee)
Nur Kasih The Movie(Kabir Bhatia)
Kami The Movie(Fizi & Fendi)
Syaitan(Bade Azmi)

SHORT FILM:
Hujan Panas(Nadiah Hamzah)
Sangkar(Sharifah Amani)

DRAMA:
Wasiat
Lari Sayang Lari(Yasu Tanaka)
Cita & Cinta(Azma Aizal Yusoof)
Juvana(Faisal Ishak)
Geng Surau(Wan Hasliza/Johan Bahar/Syed Khairul Fariz)
Putra Pura(Johan Bahar)
K.I.T.A(Michael Ang)
Dendam Kesuma:Tun Fatimah(Zaili Sulan)
Apa Dosaku:Sybil Kathigasu(Bernard Chauly)
Lembing & Layang:Senoi Praaq(Wan Hasliza)
10:Mokhtar Dahari(Manesh Nesaratnam)
Warkah Terakhir:Rosli Dhoby(Wan Hasliza)
Pusaka(Bade Azmi)
Bilik No 13-Season 2(Anwardi Jamil)
Kekasihku Seru(Kabir Bhatia)
Lima(Wan Hasliza)

TELEMOVIE:
Kashaf Imani(Azma Aizal Yusoof)
Uri(Tunku Mona Riza)
Misteri Gua Musang(Anwardi Jamil)
Manggah Runggah(Nuad Othman)
Bila Merpati Terbang Malam(Bade Azmi)
6 Sharifah(Wan Hasliza)
Rel Waktu(Zulkiflie M. Osman)
Mencari Nurkhadijah(Erma Fatima)
Ibu Mak Mama Mummy Ummi(Emi Sufian@Pian Skru)
Pasukan Gerak Cepat-PGC(Haris Fadzillah)
Lorong Neraka@Tersasar Di Jalanmu(Erma Fatima)

STAGE PLAY:
Pementasan Projek KOKEN:TANDA(Rumah Anak Teater)

STUNT-WORK:
Cicakman(Yusry KRU) as AC Mizal stuntdouble
Bilut(Bade Azmi) as Khir Rahman stuntdouble

Lisa Surihani & Shaheizy Sam Antara Artis Diangkat Sebagai Rakan DiGi

Empat artis popular diangkat sebagai rakan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (Friends of DiGi) dalam satu pengumuman pelantikan tersebut di TGV, Sunway Pyramid, di sini, Isnin.

Pelakon Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara Nasuha dan penyanyi Aizat Amdan dilantik untuk mengetengahkan produk-produk DiGi di bawah kempen 'Internet for all' menerusi pelbagai saluran komunikasi.

Mereka juga akan membuat penampilan pada program-program penghargaan pelanggan DiGi sebagai sebahagian daripada ganjaran DiGi untuk pelanggan setianya.

"Kami sangat teruja menjadi sebahagian daripada ahli keluarga DiGi dan diberi peluang untuk berkongsi apa sahaja dengan peminat. Paling seronok apabila DiGi akan bekerjasama untuk mempromosikan konsert saya di Kuching, Sarawak pada 16 Julai ini dan Penampang, Sabah pada 22 Julai," kata Aizat mewakili kawan-kawannya yang lain.

Sementara itu, Lisa yang begitu aktif menggunakan Internet untuk berkomunikasi dengan peminatnya turut menggunakan peluang itu untuk lebih aktif mengemas kini maklumat terkini dalam talian.

"Saya tertarik dengan tawaran ini kerana mereka memberi peluang kepada saya dan kawan-kawan lain untuk mengikut visi dan idea masing-masing untuk menjadikan kami lebih rapat dengan para pelayar Internet.

"Saya akan terus mengemas kini setiap aktiviti di laman sesawang Twitter dan Facebook untuk maklumat terkini masa akan datang," ujar Lisa.

Bagi Shaheizy atau lebih dikenali sebagai Sam, tawaran tersebut memberikan ruang kepadanya untuk tidak bersendiri lagi dan dapat menambah ramai kawan menerusi kempen yang dianjurkan oleh DiGi.

Dalam pada itu, berkongsi sebab empat artis itu dipilih, Ketua Bahagian Program dan Penajaan DiGi, Pearly Lim berkata: "Kami memilih mereka kerana mereka sudah pun membina jaringan peminat yang kukuh di media sosial yang kena dengan profil pelanggan sasaran kami.

"Kami berhasrat untuk menunjukkan bagaimana mereka menggunakan Internet mudah-alih untuk berkomunikasi dengan peminat dalam kehidupan seharian mereka."

Salah satu aktiviti yang menjalinkan artis-artis itu dengan peminat adalah memilih 70 pelanggan DiGi yang telah memenangi peluang untuk beramah mesra dengan para pelakon filem Sekali Lagi iaitu Lisa, Sam dan Mia di tayangan perdana filem tersebut.

Filem Sekali Lagi akan ditayangkan di pawagam pada Khamis ini.

Peminat Aizat pula akan berpeluang memenangi pas untuk bertemu dengan penyanyi itu di belakang pentas di konsertnya di Kuching (16 Julai) dan Penampang (22 Julai).

Kerjasama dengan keempat-empat artis itu sebagai rakan DiGi berlangsung dalam tempoh setahun bermula bulan ini.

Mereka turut diberikan telefon bimbit untuk memudahkan mereka mengemas kini maklumat terkini menerusi kempen Internet for All.

Akta baru berkaitan burung walit

Akta baru yang memansuhkan burung walit sebagai haiwan yang dilindungi dilihat memberi peluang kepada pengusaha sarang burung itu untuk turut menyumbang kepada ekonomi negara.

“Keputusan kerajaan memansuhkan burung walit daripada tertakluk di bawah Akta Hidupan Liar dan Taman Negara sejak 28 Disember tahun lepas memberi peluang cerah kepada pengusaha memperluaskan perniagaan mereka,” kata Penolong Pengarah Kanan Aneka Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Fadzilah A’ini Abd Kadir.

Beliau berkata, kajian yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendapati aktiviti ternakan sarang burung walit mampu menyumbang US$1.45 bilion kepada negara menjelang 2020.

Dr Fadzilah A’ini berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 50,000 rumah burung berdaftar di seluruh negara dan ini tidak termasuk banyak lagi yang belum mendaftar secara sah dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Mengenai perusahaan sarang burung walit di Kelantan, katanya antara tiga hingga lima tan metrik sarang burung dieksport ke luar negara terutama ke China dengan kadar purata harga antara RM3,000 hingga RM5,000 sekilogram. - Bernama

Imam Muda Unggul 2011 milik siapa?

Jumaat ini, dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur, penonton rancangan Imam Muda musim kedua (IM2) bakal menyaksikan siapakah yang akan dipilih untuk gelaran Imam Muda Unggul kali ini.

Imam Muda 2

Persaingan di antara Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, dan Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, hanya akan diketahui sama ada salah seorang daripada mereka ini akan mengikut jejak langkah Asyraf, juara Imam Muda musim pertama lalu.

Persoalan itu akan terjawab apabila para mudir dan mursyid membuat penilaian ke atas tugasan yang dilakukan oleh mereka selepas diumumkan sebagai peserta peringkat akhir pada minggu kesembilan.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, kedua-dua finalis akan diberi tugasan tanpa bimbingan daripada pihak Astro dan hanya akan dibantu oleh empat imam muda lain.

"Tugasan mereka bermula dalam tempoh lima hari sahaja.

"Terpulanglah sama ada mereka (finalis) hendak melakukan kerja gotong royong membersihkan kubur atau apa sahaja yang dirasakan terbaik.

“Tugasan ini dinilai berdasarkan pelbagai aspek seperti komitmen dengan orang sekeliling, corak kepimpinan dan cara berinteraksi dengan orang ramai," katanya.

Jelas Izelan, juara IM2 akan membawa pulang hadiah bernilai RM350,000 termasuk biasiswa penuh (pakej platinum) selama empat tahun bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah.

Selain itu, katanya, juara juga akan mendapat sebuah kereta tajaan Proton Edar, wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan Astro dan pakej haji dan umrah tajaan Salamfon.

“Banyak lagi hadiah sampingan untuk diberikan kepada juara IM2 termasuk Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.

"Tempat kedua pula akan mendapat biasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000, pakej perabot tajaan Jatimas serta pakej umrah tajaan Salamfon.

"Hadiah lain untuk naib johan adalah pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi," jelasnya.

Bercakap tentang sambutan IM2, beliau gembira kerana sambutan yang diberikan lebih menggalakkan berbanding dengan musim pertama lalu.

Katanya, mungkin pada musim lalu, IM dilihat sebagai satu rancangan baru yang lebih kepada sebuah program pengenalan.

Bagaimanapun, katanya, apabila Astro tampil dengan IM, impak yang besar terhadap masyarakat, amnya dan penonton, khasnya, dapat dilihat.

"Maka itulah, bagi musim ini, golongan profesional turut terlibat dalam rancangan ini yang sekali gus, menunjukkan bahawa orang ramai sudah ada perspektif tersendiri tentang program ini.

"Selain itu, program ini juga membantu menguar-uarkan kepada orang ramai tentang tugas sebenar seorang imam yang bukan hanya terhad di masjid-masjid sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Mudir, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz berkata, antara Hassan dan Nazrul, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Terus terang beliau berkata, sekiranya diminta untuk memilih seorang untuk dinobatkan sebagai juara, ia merupakan satu keputusan yang sukar untuk dilakukannya.

Dari kacamata beliau, kedua-dua finalis itu mempunyai kebolehan tambahan berbanding dengan peserta lain iaitu Mohd. Fakhrurrazi Hussin, Ammar Wan Harun dan Mohd. Azlan Zulkarnain yang tersingkir pada minggu kesembilan.

"Selain boleh menyanyi (merujuk kepada Nazrul), mereka mampu menjawab soalan berat dengan mudah dan nampak ada kesungguhan dalam diri masing-masing sewaktu menjawab soalan yang diberikan.

"Kedua-dua mereka ada watak pendidik. Nazrul, guru besar dan Hassan pula, pensyarah. Jadi, cara mereka berhujah mudah sampai kepada audiens,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, walau apa pun, setiap peserta yang menyertai program IM layak menjadi imam kepada orang ramai.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Ferrari lelaki terkaya di Australia dijumpai semula

Polis hari ini menemui semula kereta Ferrari California berharga A$500,000 (RM1.6 juta) milik seorang daripada lelaki terkaya di Australia yang telah dicuri dari rumahnya Sabtu lalu.

Kereta milik jutawan perlombongan, Nathan Tinkler ditemui dalam keadaan hangus terbakar di Raymond Terrace, bersebelahan dengan Lebuh Raya Pasifik, utara Newcastle.


Polis kini sedang melakukan ujian forensik ke atas kereta itu dan belum ada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

Tinkler sedang tidur di dalam rumahnya yang berdepan dengan pantai berdekatan dengan Newcastle, utara Sydney ketika pencuri-pencuri itu memasuki rumahnya tengah malam Sabtu lalu.

Menurut polis, selain Ferrari California berwarna hitam keluaran 2010 yang dilaporkan hanya ada 141 unit sahaja di Australia, pencuri-pencuri tersebut turut melarikan jam tangan, komputer riba dan kamera digital milik keluarganya.

“Mereka empat sekeluarga sedang tidur di tingkat satu rumah itu ketika pencuri-pencuri itu memecah masuk tetapi mereka semua selamat,” lapor polis.

Tinkler merupakan pemilik dan pengarah Tinkler Group, sebuah syarikat yang mula dikenali selepas membuat pinjaman sebanyak AUS$500,000 (RM1.6 juta) untuk membeli lombong arang batu pada tahun 2006.

Dia kemudiannya menjual lombong arang batu itu kepada Macarthur Coal dengan harga AUS$275 juta (RM878 juta).

Tinkler, 35, yang juga merupakan lelaki terkaya di Australia bawah usia 40 tahun dan bernilai A$1.01 bilion (RM3.23 bilion) itu turut memiliki kelab liga ragbi Newcastle Knights dan kelab bola sepak Newcastle Jets. – AFP

Lirik Lagu Cinta Seluas Angkasa-Amanda Imani

Lirik Lagu Cinta Seluas Angkasa-Amanda Imani

(VERSE)
Daku tersenyum sendiri,
Memikirkan tentang cinta,
Betapa indah diri ini kalau aku mula bercinta..

(BRIDGE)

Sekian lama menanti,
Mencari cinta yang suci,
Baru kini ku temui,
Cinta yang sejati..

(CHORUS)

Kasih tolong,
Pimpinkan tanganku,
Bawaku terbang ke awangan cintamu,
Cintamu yang indah seluas angkasa,
Kasih tolong,
Cintai diriku,
Kerana diriku,
Tak tahan menahan,
Rasa cinta ini semakin gelora,
Semakin bergelora..

(VERSE)

(BRIDGE)

(CHORUS)

Lyrics : Ajai, Composition : Ajai



Lirik Lagu Jatuh Cinta Kasih-Amanda Imani

Lirik Lagu Jatuh Cinta Kasih-Amanda Imani

Disini aku mengumpul,
Rasa rindu yang dipendam,
Bila kau tiada disisiku,
Mengapa, oh mengapa,
Kau pergi tanpa berita,
Kasih kau tinggalkan kesan padaku..
Aku dambakan dirimu yang ku rindu,
Kembalilah padaku,
Tunaikanlah janjimu,
Yang telah kau lafazkan..

(CHORUS)
I fell for you,
And I know it’s you,
A love so real I could never lose,
You’re the joy in my life,
Can’t you see, yeah,
I fell for you,
Baby right from the start?
I gave all my love to you,
So baby please, baby please,
Don’t leave me..

Segala memori bersama,
Masih segar difikiran,
Ketika dirimu memberikan cinta,
Jangan musnahkan memori,
Kembalikanlah cintamu,
Kerana ku kenal cinta dari mu..

(BRIDGE)
(CHORUS)
Jangan tinggalkan,
Jangan tinggalkan aku,
Jangan tinggalkan diriku..

(CHORUS)

Lyrics : Amanda & Ajai, Composition: Ajai

Amanda Imani

Lirik Lagu I Won't Be Missing You-Amanda Imani

I Won't Be Missing You Lyrics-Amanda Imani

All of this while you’ve been the one who’s held me back,
From doing things that I should have and wanted so bad,
Although it’s over,
You won’t ever see me sad..
I have accepted the fact, yeah it was for the best,
The good, the bad and what we will never have,
It took some time but, then it went by so fast..

(BRIDGE)

Leaving the past behind,
I am now ready to move on and find someone,
Who will love me for me inside..
I won’t be missing you..

All that I know is,
I will be moving on,
Keeping it together,
Never ever gonna fall,
A voice of reason,
I’ll be my own wonder wall..

Some people say it was a blessing in disguise,
A part of living, we lived, we loved and then we left,
Your wasted words and all the secrets we have shared..

(BRIDGE)

Lyrics: Amanda, Composition: Ajai

Lirik Lagu Mukjizat Cinta -Indie Mice

Lirik Lagu Mukjizat Cinta -Indie Mice

Jelajah hidup dalam cintaku
telah terjadi hingga padamu
ku tak tahu apakah dirimu kasih
karma dari sisi cintaku

Cinta yang terindah yang telah kau beri
sama seperti cinta yang telah ku ciptakan
dahulu...

chorus:

Mukjizat yang telah kau beri padaku
tak seindah yang pernah aku harapkan
darimu...

bridge:

Mengapa cinta yang tak pernah abadi
untukku
hanya karma perbuatan cintaku yang lalu
ku harus terima..ku harus terima..

Lirik lagu Kita Sama Sahaja -Amanda Imani ft Ajai

Lirik lagu Kita Sama Sahaja -Amanda Imani ft Ajai

(Amanda)
Aku masih mencari cari kenalan hidup,
Aku masih mahukan yang terbaik untukku,
Tidak kira rupa tapi hati perlu cantik,
Kerana diriku setia..

(Ajai)
Begitu juga sama dengan diriku ini,
Masih mencari cari pasangan hidup ini,
Ada ramai tapi semua tiada di hatiku,
Kerana diriku setia..

(CHORUS)
(Amanda & Ajai)
Memang kita sama masih mencari cinta,
Memang kita sukar untuk terima cinta,
Tapi blia ada cinta di hati kita,
Pasti kita akan jaga si dia itu,
(Ajai) Sebaik baiknya..
(Amanda) Akan aku jaga sebaik baiknya..
(Amanda & Ajai) Terbaik untuknya..

(Ajai)
Biarlah masa yang akan tentukan semua,
Sambil ku jalani kehidupan ku seharian..

(Amanda)
Pasti suatu hari akan hadir orang yang ku tunggu,
Akan ku nantikan saatnya..

(CHORUS)

Lirik lagu Kita Sama Sahaja -Amanda Imani ft Ajai

Lirik Lagu I'm Free (Yeah) -Amanda Imani

Lirik Lagu I'm Free (Yeah) -Amanda Imani

(VERSE 1)
From that very moment,
I had a vision in my mind,
For us to part and to say our goodbyes..
It was then that I knew,
It was something I had to do,
Trusted my heart and courage to see me through..

(BRIDGE)
And I have myself to thank for doing what’s right,
After all the fights,
Along the way many tears I’ve cried,
It was all in my mind..

(CHORUS)
It’s done, we’re through,
No more spoken words of you,
I tell myself it’s a lesson that I’m going through,
At last I’m free of the tears and heartbreak you caused me,
And honestly,
You never had me, oh baby..
Yeah, yeah..

(VERSE2)
You should know how it feels,
When you walked out on me,
To leave somebody without anything,
Now I finally realize,
Every time I look in your eyes,
All that shines through is the guilt and misery..

(BRIDGE)
(CHORUS)

(VERSE3)
Isn’t it clear to see what you’ve done to me,
Wasn’t something I need,
The light you didn’t see and the person I’ll be,
The very best of me..
(CHORUS)

Composition: Ajai, Lyrics : Amanda Imani


Biodata Profil Amanda Imani

Biodata Profil Amanda Imani

Nama: Amanda Imani
Tarikh Lahir : 30 Disember 1991
Pendidikan: Pelajar Ijazah sains, psikologi & komunikasi dari Universiti Iowa, Amerika Syarikat
Hobi: Menunggang kuda dan berenang
Ilmu Pertahanan Diri: Taekwondo
Pencalonan: Anugerah Industri Muzik 2010 (Best local English album); VIMA 2010 (Best female vocalist and Best pop vocalist); ABPBH 2010 (Best new female artist and Best female performer/singer).
Anugerah: Voice Independent Music Awards (VIMA); SEA 2010 (Best pop song bronze),Bakat Muda Terbaik oleh World Association Of Festivals and Artists (WAFA) serta tempat kedua bagi Lagu Asal Terbaik,pertandingan International Music Festival Discovery 2011 di Varna, Bulgaria

Amanda mula berjinak dalam nyanyian sejak berusia lima tahun dan ketika itu amat meminati lagu rakyat popular Jong Jong Inai.


Amanda Imani

Gambar Amanda Imani

Biodata Amanda Imani


Kata Amanda Imani, minatnya dalam nyanyian sudah dipupuk sejak usianya 14 tahun lagi dan dia tidak hanya bersandarkan kepada suara semata-mata, tetapi turut berbakat mencipta lagu dan menulis skrip, selain berkebolehan bermain gitar dan piano.

SELAIN terbabit dalam penulisan lirik bersama Ajai menerusi lagu Terima Kasih, Jatuh Cinta Kasih dan Kita Sama Sahaja, dia juga mencipta kelima-lima lagu berbahasa Inggeris dalam album Yeah.

ALBUM Yeah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 17, bagi kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik bersama-sama empat calon lain iaitu To Prevent The Earth From Moving With You oleh Disagree, Running (Hazami), The Turning Point (Point Blanc) dan The Great Battle (Sevencollar T-Shirt).

SINGLE pertamanya, Selamilah Cinta, diangkat sebagai pemenang kategori Lagu Pop Terbaik (Gangsa) pada Voice Independent Music Awards 2010 (VIMA) yang berlangsung di Bangsar, Kuala Lumpur pada 17 Januari tahun lalu. Dalam acara sama, namanya turut dicalonkan dalam kategori Penyanyi Pop Terbaik dan Penyanyi Wanita Terbaik.

JIKA diberikan peluang, gadis yang gemar mencuba sesuatu yang baru ini turut berkeinginan menceburkan diri dalam lakonan. Katanya, biarpun watak sampingan yang diberikan, dia tetap akan berusaha untuk menjayakan watak berkenaan.

PEMINAT yang mahu mengetahui perkembangan Amanda dengan lebih lanjut, mereka boleh melayari laman web www.amanda-imani.com, www.facebook.com/AmandaImani91, dan www.youtube.com/user/ Amanda301291.

Website Amanda Imani:
http://www.amanda-imani.com
http://amp.channelv.com/AmandaImani
http://www.facebook.com/AmandaImani91
http://www.myspace.com/amandaimani
http://amandaimani.tumblr.com/
http://www.popfolio.net/Amanda301291/
http://twitter.com/AmandaImani
http://www.ilike.com/artist/Amanda+Imani
http://www.youtube.com/user/Amanda301291

Intan Ladyana Ingin Uji Diri Sertai Askar Wataniah

018464706

BUKAN satu kepantangan atau meninggalkan kudis pun bagi jelitawan ini untuk bercakap tentang umur.

Cuma, sebolehnya pelakon yang dikenali sebagai Intan Ladyana (Intan) ini lebih selesa tidak mencanangkan usianya kecuali jika ia benar-benar perlu.

Fahamannya cukup mudah. Bukan kerana dia takut dengan angka yang silih-berganti saban tahun itu tetapi kerana bimbang apabila peningkatan usia tidak seiring dengan pencapaian diri.

Dalam pertemuan kami baru-baru ini, pelakon yang mula mencuri perhatian selepas membintangi filem Jangan Pandang Belakang (2007) ini membentangkan hujahnya berhubung soal itu.

Kata Intan, isu umur mungkin kedengaran klise dan dangkal bagi sesetengah pihak tetapi dia percaya pasti ramai yang di luar sana turut berkongsi stigma serupa, khususnya di kalangan kaum hawa.

"Saya boleh bercakap dan berkongsi apa juga perkara tetapi apabila sentuh tentang umur reaksi diri saya akan berubah secara spontan.

"Bukan saya takut atau benci untuk mengakui umur sendiri kerana saya pasti ramai yang sudah mengetahuinya pun.

"Cuma saya berasa kurang selesa jika pertanyaan itu kerap diajukan. Tidaklah sampai menjadi kepantangan saya untuk bercakap tentang umur cuma ia boleh dianggap sebagai sensitif," katanya.

018464719

Melanjutkan perbualan kami, wanita berdarah kacukan Melayu-Siam ini menambah, logik di sebalik perasaan itu dipengaruhi oleh kecenderungannya yang sering membandingkan usia dengan pencapaian hidup sama ada aspek peribadi mahupun kerjaya.

"Faktor utama yang membuatkan saya sensitif untuk bercakap tentang umur adalah kerana saya cenderung untuk membandingkan faktor usia dengan pencapaian semasa.

"Apabila saya memberitahu umur kepada orang, pasti saya akan terfikir tentang diri dan pencapaian hidup. Pada usia sekarang, masih banyak perkara yang belum dicapai baik peribadi ataupun kerjaya," katanya.

Idealnya, perasaan sensitif yang berbuku di hati dan minda wanita ini berasas dan punya sebab. Bukan kerana gusar dengan istilah 'tua' jika orang mengetahui umur sebenarnya tetapi Intan runsing jika ia akan menimbulkan pelbagai perspektif pula.

"Selalunya apabila orang bertanya tentang umur ia pasti disusuli dengan jawapan atau pandangan tertentu. Contohnya, mungkin ada yang terkejut kerana saya tidak kelihatan seperti usia saya atau apa juga persepsi lain.

"Daripada situ, mulalah saya berkecamuk memikirkan tentang kehidupan, kerjaya dan masa depan.

"Sebab itu, kalau boleh saya tidak selesa untuk menghebohkan umur kecuali terpaksa," katanya yang menganggap umur hanyalah angka yang tidak wajar dijadikan kayu ukuran.

018464731

Tak runsing jika kurang popular

Hampir lima tahun melayari arus berliku sebagai anak seni, Intan mengakui dirinya amat bertuah kerana diberikan platform dan kepercayaan untuk mencanai bakat.

Sekalipun jenama dan popularitinya tidak segah mana, sekurang-kurangnya aktres bertubuh kecil ini senang dan selesa dalam zonnya.

"Tidak perlu saya rasa tergugat atau runsing tentang populariti dan glamor. Sekalipun nama saya tidak sebesar mana berbanding bakat-bakat lain, saya bersyukur dan selesa dengan kedudukan hari ini.

"Apa yang lebih mustahak adalah untuk memberikan mutu kerja yang semakin baik dan matang dari semasa ke semasa.

"Biarlah tidak gah pada nama tetapi peminat dan masyarakat nampak dan memperakui impak lakonan saya, itu lebih bermakna," jelasnya.

Apabila menyingkap isu populariti, Intan mempunyai prinsipnya tersendiri. Dia tidak perlu mengejar publisiti semata-mata untuk melariskan nama.

Perkara itu terbukti benar kerana sejak menceburi bidang seni jarang sekali aktres ini dicemari kontroversi.

"Kontroversi atau cerita negatif tidak akan menjadi kayu ukur untuk seseorang artis itu bertahan lama. Yang menjadi bekalan untuk kekal lama adalah mutu kerja, disiplin dan komitmen.

"Lagipun, saya selalu percaya pada putaran hidup. Kalau hari ini kita di bawah tidak semestinya kita akan kekal di bawah selama-lamanya dan begitulah sebaliknya," katanya.

018464747

Teruja sertai Askar Wataniah

Di sebalik karakternya yang keayuan dan lemah-lembut ini, siapa sangka pelakon yang bakal muncul dengan filem Flat 3A pada 14 Julai ini mempunyai jiwa yang besar dan tegar.

Buktinya, baru-baru ini Intan bersama beberapa selebriti tanah air terpanggil untuk menyahut cabaran dengan menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) menerusi program 'Merakyatkan Tentera' yang terkandung di dalam pelan transformasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dengan penuh teruja Intan berkata, keputusan untuk menyertai Askar Wataniah dibuat selepas dia mengkaji tahap latihan dan kemampuan dirinya.

"Selepas mendapat penerangan berhubung latihan dan aktiviti yang dilalui sebagai anggota RAW, saya begitu teruja dan terus bersetuju.

"Selain mengutip pengalaman dan menjalani latihan asas, saya juga mahu menyedarkan belia dan masyarakat luar bahawa artis juga boleh menyertai RAW," katanya.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Konsert '2 Raksasa 2011' Tangguh Gara-Gara Demonstrasi Bersih


Published: Isnin Jun 27, 2011 MYT 2:52:00 PM
Updated: Isnin Jun 27, 2011 MYT 2:58:51 PM

Sweet Charity foto MUHAMAD HASRUL

PETALING JAYA: Konsert gabungan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu 2 Raksasa 2011 yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka ditangguhkan.

Sidang media mengenai penangguhan itu akan diadakan Selasa (esok) di Acasa Hotel, pukul 3 petang oleh penganjur konsert berkenaan, Netzah Productions Sdn Bhd.

“Pihak kami akan mengumumkan penangguhan konsert tersebut dan akan menjelaskan sebab-sebabnya esok,” kata pegawai perhubungan awam daripada Mewah Event Management, Aida Husin.

Difahamkan konsert tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Konsert 2 Raksasa 2011 merupakan sebuah konsert gabungan kumpulan Sweet Charity dan Blues Gang buat kali kedua selepas konsert pertama mereka pada 1984.

Dalam pada itu, gabungan dua kumpulan ini sekali gus mengembalikan semula memori konsert pertama mereka 27 tahun lalu.

Ia juga bakal mengembalikan nostalgia serta mengubat kerinduan peminat-peminat Blues Gang dan Sweet Charity yang bukan sahaja terdiri daripada golongan tua tetapi juga muda.



198 laman web digodam, 90% penggodam tempatan

Sebanyak 198 laman web di dalam negara digodam oleh pelbagai pihak baru-baru ini di mana 90 peratus berpunca dari dalam negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata walaupun sebahagian daripada mereka dapat merosakkan beberapa laman web tetapi isiannya tidak dapat mereka atasi.

Kepada soalan Datuk Md. Sirat Abu (BN-Bukit Katil) semasa sesi soal jawab, Rais berkata, mereka yang mempunyai niat jahat itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

"Seseorang itu tidak sepatutnya menyalahgunakan ilmu teknologi maklumat yang diperolehnya untuk aktiviti menggodam,” katanya. — Bernama

GIG TV9 himpun band rock

GIG TV9 himpun band rock

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

hi 02.1

SEBAHAGIAN pemuzik baharu yang terlibat dalam konsert GIG TV9.


KETIKA ini, saluran TV9 dilihat semakin agresif menganjurkan pelbagai acara menarik dalam usaha mereka untuk menarik lebih ramai penonton terutamanya golongan muda menonton saluran tersebut.

Setelah menganjurkan konsert Be Part Of The Moment sempena sambutan ulang tahun kelima saluran tersebut bulan lalu, kali ini mereka akan menganjurkan pula karnival dan konsert rock GIG TV9 dengan kerjasama syarikat telekomunikasi DiGi.

Akan berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 Julai ini di I-City Shah Alam, Selangor, penganjuran karnival dan konsert berkenaan bertujuan untuk memeriahkan lagi industri muzik indie yang semakin berkembang ketika ini.

Pengurus Besar TV9, Sherina Mohamed Nordin, berkata, pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan seperti persembahan artis indie terkenal, pertandingan Battle Of The Indie Bands dan bengkel muzik.

"Acara ini adalah salah satu acara terbesar yang dianjurkan oleh pihak TV9 pada tahun ini dan ia telah dirancang sejak awal tahun yang lalu.

"Memandangkan sasaran kami adalah kepada golongan muda, maka artis yang akan membuat persembahan juga adalah terdiri daripada artis indie yang cukup popular di kalangan golongan tersebut," ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Tambah Sherina lagi, acara yang berlangsung pada hari pertama itu akan dimeriahkan dengan persembahan artis indie tempatan seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewritter dan Projek Pistol.

Sementara pada hari kedua, para pengunjung akan dimeriahkan dengan artis yang mempunyai nama besar dalam persada muzik tanah air seperti kumpulan Wings, Hujan, Aizat, Bunkface dan 6ixth Sense.

Selain konsert secara besar-besaran, Sherina juga memberitahu satu bengkel muzik secara percuma akan turut diadakan dan hanya terhad kepada 100 pengunjung.

"Sewaktu bengkel berkenaan, kami akan mengundang beberapa individu yang berjaya dalam industri hiburan di negara ini untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang dunia muzik," ujarnya.

Sementara itu, pihak TV9 turut memberi peluang kepada kumpulan indie di seluruh Malaysia untuk mengembangkan lagi bakat mereka menerusi satu pertandingan yang dikenali sebagai Battle Of The Indie Bands.

Untuk pertandingan tersebut, sebanyak lapan buah kumpulan telah terpilih ke peringkat akhir iaitu The Jespers, Oh Chentaku, Pop Konspirasy, Bintang Batu, Broken Riffs, BeforeAfters, Pheelers dan Skudap Skudip.

"Tentang pemilihan kumpulan yang layak ke peringkat akhir, ia dibuat berdasarkan penyertaan yang kami buka menerusi laman web TV9 pada awal bulan Jun lalu.

"Sebanyak 200 penyertaan yang kami terima dalam tempoh seminggu dan pemilihan dibuat dengan cara memilih lagu-lagu yang telah dimuat naik oleh mereka melalui laman web," jelasnya.

Bagaimanapun, hanya lapan kumpulan sahaja yang terpilih ke peringkat akhir untuk bersaing pada konsert rock GIG TV9 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

"Lapan kumpulan yang bertanding itu akan bersaing bagi merebut empat tempat ke peringkat akhir yang akan diadakan pada keesokan harinya dan kumpulan yang muncul juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000," ujarnya.






Jimmy Shanley Mahu Zahrah Membesar Depan Mata

Jimmy dan isterinya, Suhaila.

PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu, mahu anak perempuannya itu membesar di depan mata.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat lalu.

"Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.

"Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya," kata Jimmy ketika dihubungi mStar Online, Ahad.

Jimmy yang telah melawat anak dan isterinya di hospital memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).

"Saya sempat menjaga Zahrah sehingga pukul 2 pagi semalam. Bagaimanapun saya tidak boleh berlama-lama dengan dia sebab mempunyai komitmen lain yang perlu dilakukan.

"Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya," ujarnya lagi.

Tambah Jimmy lagi: "Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.

"Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya."

Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.

Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: "Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya."

Pasangan Jimmy dan Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.



Blake yakin jadi isteri Dicaprio


Blake yakin jadi isteri Dicaprio



BLAKE LIVELY



HUBUNGAN kasih yang terjalin antara dua bintang kelas A Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Blake Lively seperti semakin mendalam. Tak hanya bercuti bersama, Blake juga mengaku dirinya sudah punya firasat bahawa dia akan menjadi isteri DiCaprio!

Kenyataan Blake itu memang cukup mengejutkan. Ini kerana hubungan cinta mereka masih boleh dikata terlalu hijau selepas DiCaprio putus cinta dengan kekasihnya, Bar Rafaeli kurang dua bulan lalu.

"Ketika saya berusia 9 tahun, saya sudah punya firasat bahawa saya akan menyanyi dengan Leonardo DiCaprio," ujar aktres tersebut kepada majalah Now!.

Menurut satu sumber, pernyataan yang diberitahu Blake itu seperti disambut baik oleh DiCaprio yang dikatakan sudah larut dalam asmara bersama aktres yang terkenal dengan drama siri Gossip Girls itu.

"Dia (DiCaprio) benar-benar suka pada Blake. Dia pernah cakap, dia tak pernah merasa seperti ini sebelumnya dan dia juga terkejut. Dia sangat bahagia," ujar sumber tersebut.

Pasangan muda ini memang sering dilihat bersama menikmati liburan romantis di Itali, malah juga telah mengunjungi Disneyland bersama baru-baru ini.



Nabil Nafi Sudah Merisik Tapi Akui Rapat Dengan Pramugari

zira

Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 28, (Nabil) menyifatkan cerita terbaru yang mendakwa kononnya dia sudah merisik seorang pramugari bernama Zira untuk dijadikan isteri sebagai gosip semata-mata.

Kata finalis program Maharaja Lawak (ML) itu, sekiranya sesuatu cerita itu bukan datang daripada mulutnya sendiri, maka ia bukanlah suatu perkara yang sahih.

“Saya ingin jelaskan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku seperti yang didakwa.

“Walaupun saya sudah mengenalinya selama lima tahun kerana dia adalah kawan baik adik ipar saya, cuma baru kebelakangan ini saja kami menjadi rapat.

“Tak mungkinlah hendak bercakap soal kahwin pula kerana memang belum ada perancangan ke arah itu buat masa ini,” katanya kepada mStar Online, Rabu.

Tambah Nabil, dakwaan sebegini bukan perkara baru baginya sejak bergelar artis. Maka, dia lebih senang untuk berdiam diri daripada melayan gosip yang tidak berasas itu.

“Gosip seperti ini bukan perkara baru bagi saya. Sebelum ini, apabila saya melintas depan kedai emas pun orang kata saya ingin beli cincin bertunang.

“Bagi saya, selagi cerita tersebut bukan disahkan sendiri oleh saya, maka ia adalah kisah yang tidak betul. Tak tahulah pula kalau dia sendiri yang buka mulut.

“Kalau ada perancangan hendak berkahwin, tentu saya kongsi dengan semua, buat apa hendak sorok perkara yang baik,” katanya.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Fouziah Gous meracau



Fouziah Gous meracau

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


hi 02.1

FOUZIAH Gous memberikan ekspresi yang meyakinkan kerana dirasuk.



GARA-gara ingin menanam pokok bunga di halaman rumah, Fouziah Gous diganggu oleh makhluk halus yang merasuk ke dalam tubuhnya sehinggakan dia sering meracau.

Tragedi itu berlaku selepas dia mengorek tanah untuk menanam bunga tanpa mengetahui sejarah hitam yang pernah berlaku di kawasan rumah barunya itu.

Sebenarnya Fouziah sendiri tidak pernah mengetahui, rumah pusaka peninggalan arwah datuknya itu menyimpan misteri yang selama ini, ternanti-nanti akan kepulangannya.

Persekitaran kawasan rumah itu yang dikatakan ‘keras’ kerana wujudnya elemen mistik, roh dan seram, menanti saat untuk membalas dendam yang selama ini, tidak tertunai.

Apabila Fouziah bertindak mengorek tanah di kawasan larangan, tindakannya itu sebenarnya telah membebaskan roh yang terperangkap di dalam tanah berkenaan.

Fouziah menjadi mangsa kejadian yang pernah berlaku di zaman silam apabila roh yang terlepas, merasuk dan mengganggu kehidupannya.

Hampir menderita dengan kejadian rasukan itu, dia akhirnya pulih setelah mendapat pertolongan daripada seorang imam dari sebuah masjid berdekatan dengan rumahnya.

Begitulah karakter yang dihidupkan oleh aktres cantik ini menerusi filem terbaru lakonannya, Rasuk.

Menerusi Rasuk, dia mendukung watak sebagai isteri kepada aktor Iqram Dinzly.

Filem arahan Baldev Singh ini telah pun menemui penonton di pawagam sejak 16 Jun lalu dan itulah kali pertama, Fouziah digandingkan dengan Iqram sebagaimana yang diinginkan oleh para peminat mereka.

Biarpun Fouziah dan Iqram menafikan mereka bercinta namun para peminat tetap mahu pasangan ini bercinta di layar perak.

Selaku pengarah filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini, Baldev bijak mengambil ‘kesempatan’ di atas kehangatan khayalan peminat Fouziah-Iqram.

“Saya berpuas hati dengan lakonan yang ditonjolkan oleh Fouziah dan Iqram. Bahkan penampilan pelakon-pelakon lain juga memuaskan.

“Filem ini memanglah sebuah filem seram tetapi Rasuk tidak menampilkan hantu secara mata kasar.

“Sebaliknya, garapan hantu ditimbulkan menerusi perasaan takut yang menyelubungi penonton yang duduk dalam panggung untuk menonton filem ini,” kata Baldev.

Plot cerita Rasuk, jelas Baldev, bertitik tolak daripada rumah pusaka yang mengalami gangguan roh askar Jepun mati dibunuh oleh moyang Fouziah.

Kekuatan lakonan Fouziah yang dirasuk itulah yang menjadi sandaran Baldev dalam usahanya untuk lari daripada klise filem hantu arahan pengarah lain.

“Apa yang cuba diselitkan dalam Rasuk adalah kepercayaan-kepercayaan yang wujud dalam masyarakat kita berkaitan dengan alam ghaib.

“Maka itulah, tidak ada watak hantu yang dilakonkan tetapi mainan roh yang saya cuba tonjolkan.

“Roh yang tidak diterima bumi dan berada di awang-awangan, mahu membalas dendam,” jelasnya yang memberitahu, Rasuk adalah filem seram pertama arahannya.

Katanya lagi, filem berdurasi satu jam setengah itu sedikit sebanyak mengupas dan memaparkan diri Baldev yang sebenar.

“Saya seorang yang penakut, sebab itulah saya sanggup mengarah filem ini bagi menghilangkan perasaan itu.

“Filem ini saya rasakan lain daripada yang lain kerana tiada elemen kejutan disebabkan hantu muncul di hadapan mata,” kata Baldev yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Kecoh Betul.

Sebagai pengarah, pasti dia mahu melihat hasil kerjanya diterima penonton namun begitu, dia tidak meletakkan sasaran yang tinggi dari segi kutipan.

Walaupun kehadiran aktres Fauziah Nawi dan Sidek Hussin dilihat mampu memperkemaskan lagi filem Rasuk tetapi dari segi kutipan tiket, Baldev lebih selesa membiarkan penonton yang menentukannya.

“Apa yang penting saya telah lakukan yang terbaik dan semua pihak termasuk pelakon dan krew juga memberikan kerjasama yang sangat baik.

“Harapan saya, cukup sekiranya filem ini mampu untuk mengutip pulangan RM1 ke atas,” terang Baldev yang mungkin berseloroh.






Rihanna Berang Didakwa Pengaruh Chris Pukulnya

PENYANYI Rihanna (gambar) kembali berang dengan kes dipukul bekas kekasihnya, penyanyi Chris Brown dua tahun lalu kerana sebuah media mendakwa dirinya yang membangkitkan kemarahan Chris sehingga berlakunya insiden tersebut.

Mendengar berita yang dipetik daripada MTV News Canada ini, Rihanna meluahkan perasaan tidak puas hatinya menerusi akaun Twitternya.

Sebelum ini, MTV Canada melaporkan terdapat sebuah Tweet dari Twitter rasmi Rihanna yang mengungkapkan bahawa Rihanna mengaku bahawa dirinya yang memprovokasi Chris.

“Saya mengakuinya. Saya memprovokasi Chris (Brown) agar memukul saya. Kejadian ini bukan sepenuhnya salahnya. Saya minta maaf” tulis Rihanna seperti dipetik daripada laporan tersebut.

Bagaimanapun, MTV Canada melaporkan bahawa Tweet Rihanna ini telah dihapus dan menimbulkan spekulasi apakah pengakuan ini adalah benar atau ditulis oleh seorang penggodam.

Setelah Rihanna meluahkan protesnya, MTV Canada memberitahu bahawa laporan tersebut berdasarkan cerita yang terdapat di beberapa media dalam talian hari ini dan tidak bermaksud menyinggung perasaan penyanyi itu.



Hilangkan Penyakit Anda Bersama Farahdhiya

faradhiyacangkung

Lama tak dengar berita mengenai Faradhiya, tup-tup minggu lepas dia keluar dengan posing cangkung maut di BiPop. Abang Nara dah try buat posing ini dan memang berkesan untuk menghilangkan sembelit. Kini Abang Nara tiada lagi masalah sembelit. Terima kasih Faradhiya.

faradhiyacangkung

Mungkin untuk posing seterusnya Faradhiya boleh tunjukkan posing untuk menghilangkan sesak nafas yang lebih efisyen. Posing di atas Abang Nara dah try tapi kurang berkesan.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Cinta dan harapan Alyah



Cinta dan harapan Alyah

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI


hi 01.1

KENANGAN manis ketika menjuarai program Gah 1 tahun lalu menerusi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang.



DAHULU, pelantun lagu hit Kau Bisu, Alyah pernah bertunang dengan seorang jejaka yang dirahsiakan identitinya.

Malangnya, harapan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan berkecai apabila ikatan itu terlerai di pertengahan.

Ekoran itu, ia mengundang kekecewaan hati Alyah yang cuba untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan ramai khususnya peminat.

Alyah tegar untuk meneruskan kehidupannya tanpa mahu berbicara panjang apabila disoal tentang perancangan perkahwinannya yang tidak menjadi.

Kata Alyah, kalau boleh dia tidak mahu kisah peribadinya dijaja atau diberikan publisiti kerana itu akan menenggelamkan usahanya untuk memajukan lagi karier nyanyiannya.

Selain itu, Alyah juga tidak mahu kisah peribadinya mengundang simpati masyarakat yang mungkin akan merasa jelak untuk membacanya.

Namun dia tidak dapat mengelak daripada disoal tentang hubungan intim yang pernah terjalin antaranya dengan komposer popular, Datuk Ramli MS.

“Bukankah itu kisah lama yang saya rasakan tidak perlu untuk kita singkap semula kerana sememangnya antara kami, tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti pasangan kekasih.

“Kami cuma bersahabat dan saya sentiasa menghormati kebolehan dan kedudukan Ramli sebagai seorang yang banyak pengalaman dalam bidang muzik.

“Memang saya akui, saya suka meminta pandangan daripada beliau khususnya berkaitan muzik dan penerbitan lagu.

“Tetapi setakat itu sahajalah hubungan kami dan tidak lebih daripada itu,” tegas Alyah yang letih untuk menjelaskan keadaan sebenar yang pernah dihebohkan sebelum ini.

Kini, bagi Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 30, setelah mendapat ruang dalam industri hiburan tanah air, dia mahu tampil sebagai salah seorang penyanyi wanita yang diingati peminat untuk tempoh waktu yang panjang.

Bagi bintang kelahiran Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini, perjalanannya masih jauh untuk mencapai ke satu puncak sebelum mampu menjadi seorang penyanyi yang disegani ramai.

Bermula dengan single pertamanya, Tak Mungkin Kerana Sayang, nama Alyah mula meniti di bibir pemerhati dunia muzik tanah air.

Boleh dikatakan, dalam sekelip mata, nama Alyah sebaris dengan nama-nama penyanyi popular sedia ada seperti Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor.

Tidak alpa dengan sedikit kejayaan yang diciptanya, Alyah merangkul kejuaraan bagi program Gah 1 terbitan TV2 tahun lalu.

Kejayaan itu sekali gus menobatkan single pertamanya itu sebagai lagu terbaik pada malam penganugerahan yang berlangsung pada 29 Mei 2010 di Sunway Lagoon, Subang.

Ramai yang melihat, kejayaannya itu sebagai pengubat kekecewaan setelah Alyah gagal mendapat sebarang pengiktirafan ketika bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24).

Biarpun ramai yang menjangkakan prestasi vokalnya ketika melantunkan lagu ciptaan Ajai itu bakal mencipta kejutan, namun rezeki tidak memihak kepadanya.

Rentetan daripada itu, Alyah mula mendapat perhatian ramai pihak dalam industri muzik tanah air termasuk lagu-lagu yang dinyanyikannya, mendapat permintaan daripada pendengar untuk dimainkan di corong-corong stesen radio tempatan.

Antara lagu hitnya yang pernah menghuni tangga teratas carta pilihan stesen radio tempatan ialah Ku Pinjam Satu Bintang, Realiti Dewi, Kau Bisu dan yang terbaru, Kisah Hati.

Bukan itu sahaja, malahan lagu dendangan Alyah tidak sekalipun pernah terlepas daripada dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik Muzik sejak 2009.

“Mungkin itu adalah hikmah yang diberikan kepada saya setelah 10 tahun berada dalam bidang ini.

“Berkat kesabaran, akhirnya saya berpuas hati dengan kedudukan saya sekarang,” kata juara Bintang HMI 2000.

Bercerita lanjut mengenai Kisah Hati, Alyah menghela nafas lega apabila klip video lagu berkenaan yang dimuat naik di laman YouTube berjaya menggamit perhatian lebih 100,000 penonton dalam masa sebulan disiarkan.

Namun, Alyah ditebak persoalan, adakah pemerhatian penonton terhadap klip video itu sudah cukup untuk menjamin karier seni seseorang artis sedangkan jualan album kini, kian merosot.

Alyah menjawab, respons penonton tersebut itu penting dan menunjukkan sokongan peminat yang tidak berbelah bagi.

“Tetapi, saya akui, industri hiburan tempatan terutamanya bidang muzik ‘berperang’ dengan laman web muat turun haram yang membuka peluang kepada peminat muzik mendapatkannya secara percuma.

“Perkara ini di luar bidang kuasa saya untuk menghalangnya. Hanya pihak yang bertanggungjawab sahaja yang mampu mengekangnya.

“Namun, baru-baru ini, tindakan kerajaan mengharamkan beberapa laman web yang menawarkan khidmat tersebut adalah cara terbaik dan saya berterima kasih kerana membela nasib kami,” kata Alyah.

Alif dan Afiqah isi kekosongan

BICARA mengenai cintanya yang tidak kesampaian, Alyah menegaskan, ia bukan isu penting baginya kerana kehadiran Muhammad Alif dan Naziatul Afiqah, masing-masing berumur lima dan tiga tahun sudah cukup membuatkan hatinya bahagia.

“Kedua-dua anak angkat saya itu diambil ketika mereka masih bayi lagi. Masa itu, Alif dan Afiqah masing-masing berumur sebulan lebih.

“Hati saya telah pun dimiliki oleh anak-anak saya,” jelas Alyah menjawab persoalan mengenai jodoh yang diajukan kepadanya.

“Jadi, merekalah yang menjadi pengubat rindu saya kala ini. Tiada istilah kekosongan hati dalam kamus hidup saya.

Tidak puas dengan jawapan ‘selamat’ yang diberikan Alyah, dia terus didesak untuk memberikan komen mengenai perihal jodohnya.

Jawab Alyah, biarlah perkara itu ditentukan oleh Allah SWT. Akuinya, sebagai seorang wanita, keinginan untuk dicintai oleh seorang lelaki itu amat diperlukannya sementelah umurnya semakin meningkat.

“Akan tetapi apakan daya, jodoh itu bukan ketentuan saya. Saya hanya reda dan menyerahkan ‘kerja’ itu kepadaNya,” ujar Alyah yang keberatan untuk terus membicarakan topik jodoh.

Bukan kaki gaduh

KONTROVERSI pertikaman lidah dengan seorang juru solek artis tahun lalu sehingga membuatkan Alyah bertindak membuat laporan polis, memberi tamparan hebat buat penyanyi ini dalam membina kariernya.

Alyah dituduh memperdagangkan diri dan memiliki anak hasil daripada hubungan sulit dengan seorang lelaki yang disebarkan melalui laman sosial Facebook oleh juru solek berkenaan.

Itu benar-benar menguji kesabaran Alyah. Bagaimanapun, cerita menconteng arang di mukanya itu kini hanyalah sejarah hitam yang perlu dipadam dari lipatan memorinya.

Usai isu pertelingkahan itu senyap dengan sendirinya, Alyah tekad untuk membersihkan semula namanya.

Kemudian, timbul pula cerita yang mengatakan Alyah berpaling tadah dengan bekas pengurusnya, Sam Kassim.

Namun, Alyah tampil membuat kenyataan demi menjaga nama baiknya. Tegasnya, tiada apa-apa yang berlaku antara dirinya dan bekas pengurusnya.

“Sebaliknya, ia adalah salah faham yang diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin melaga-lagakan kami.

“Sehingga kini, saya masih lagi berhubungan dengan Sam Kassim,” jawap Alyah ringkas.

Disebalik segala kejadian yang melanda dirinya, Alyah tetap berfikiran positif kerana dalam setiap kehidupan itu tidak sunyi daripada cabaran.






Rezeki konsisten


Rezeki konsisten




TIDAK dinafikan persaingan akhir yang membabitkan keempat-empat peserta pada malam final Maharaja Lawak pada malam Jumaat lalu berlangsung dalam keadaan yang cukup sengit kerana masing-masing memiliki kelebihan tersendiri untuk muncul juara.

Misalnya, kumpulan Jozan dilihat berada di kelas yang tersendiri sejak bergandingan bersama dalam rancangan Raja Lawak selama empat musim, manakala Sepah pula cukup dikenali menerusi rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom.

Nabil yang muncul satu-satunya sebagai peserta solo pula tidak boleh diketepikan memandangkan pernah dinobatkan sebagai bintang paling popular dan Jambu yang pada awalnya langsung tidak mendapat perhatian secara tiba-tiba sering tampil dengan aksi yang begitu menghiburkan saban minggu.

Namun, kejayaan Sepah untuk merangkul gelaran Maharaja Lawak adalah sesuatu yang cukup mengejutkan. Pesaing mereka iaitu Jozan sebenarnya dilihat sebagai calon pilihan untuk muncul sebagai juara sejak minggu yang pertama.

Malah, sebelum saingan akhir bermula, Jozan terus mendominasi kedudukan teratas menerusi undian yang diperolehi sebanyak 32 peratus, diikuti dengan Sepah (28 peratus), Nabil (25 peratus) dan Jambu (13 peratus).

Bagaimanapun, jangkaan awal ramai peminat untuk melihat Jozan merangkul gelaran Maharaja Lawak ternyata meleset sebaik Sepah diumumkan sebagai juara, manakala Jozan sekadar muncul naib juara, Nabil berada di tangga ketiga dan Jambu sekadar berpuas hati di tangga keempat.

Ternyata kejayaan Sepah yang dianggotai tiga orang anak muda iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat), Shahmira Muhammad (Shuib) dan Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jeff) itu tidak boleh disangkal berdasarkan kedua-dua persembahan pada malam tersebut.

Ditemui pada sesi sidang akhbar yang berlangsung selepas acara berakhir, Jeff yang mewakili rakan-rakannya dalam kumpulan Sepah berkata, mereka sebenarnya sangat terkejut dengan kejayaan yang diraih itu.

Menurut Jeff, kumpulannya itu sememangnya tidak pernah meletakkan sebarang harapan yang terlalu tinggi untuk bergelar juara memandangkan persaingan ketiga-tiga peserta yang turut memberi saingan sengit.

"Berjaya sehingga ke peringkat akhir adalah satu kejayaan yang cukup besar buat kami. Walaupun merasai sedikit tekanan, namun kami hanya mampu untuk melakukan dengan sebaik mungkin menerusi peluang yang telah diberi.

"Alhamdulillah, atas berkat doa kami yang tidak putus-putus akhirnya Allah telah memakbulkan doa kami untuk bergelar juara. Pada kami sudah tentu ini merupakan satu kejayaan yang tidak dijangka sama sekali," jelasnya.

Menurutnya, matlamat awal mereka untuk menyertai rancangan Maharaja Lawak ini adalah mahu menghiburkan orang ramai dan sekadar menanam impian untuk beraksi sehingga ke peringkat akhir sahaja.

Ditanya mengenai dirinya yang sempat mengalirkan air mata sebaik Sepah diumumkan sebagai juara, Jeff menjelaskan dia sebenarnya merasa sangat terharu atas kejayaan yang telah diberikan oleh-Nya.

"Adakalanya sebagai seorang manusia biasa, saya tidak nafikan sering lalai untuk melaksanakan segala suruhan yang diwajibkan. Bagaimanapun, kami masih diberikan rezeki untuk bergelar juara dan itu yang membuat saya rasa terharu.


KESINAMBUNGAN cerita dari minggu sebelum final dibawa ke peringkat final yang berjaya mencuri hati peminat mengundi Sepah.



"Lagipun kami berkecimpung dalam bidang komedi ini bukan hendak mencari nama atau populariti, sebaliknya mahu mencari rezeki untuk membantu keluarga memandangkan kami ini berasal dari golongan keluarga yang sederhana," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan Sepah iaitu Shuib yang juga merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah menganggap kejayaan yang diraih ini adalah rezeki untuk isterinya yang kini sedang mengandung empat bulan.

Ujarnya, dia sendiri juga tidak menyangka Sepah akan muncul juara dan sebelum saingan akhir bermula, mereka mencapai kata sepakat untuk melakukan yang terbaik tanpa menghiraukan sebarang tekanan yang dilalui.

"Bayangkan selama empat malam sebelum acara akhir kami tidak dapat tidur yang cukup kerana terlalu memikirkan jalan cerita yang hendak disampaikan. Jadi kami memang rasa sangat tertekan dengan keadaan itu.

"Mungkin ada juga yang akan kurang percaya kalau kami katakan idea untuk kedua-dua persembahan hanya hadir beberapa jam sebelum acara akhir berlangsung. Itulah cabaran yang terpaksa kami lalui dan sangat bersyukur kerana segala usaha kami telah mencapai kejayaan," ujarnya.

Selain berjaya merangkul gelaran Maharaja Lawak, kumpulan Sepah berjaya membawa pulang hadiah yang cukup lumayan iaitu wang tunai sebanyak RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Kecewa

Biarpun diletakkan sebagai peserta pilihan untuk muncul sebagai juara, namun kumpulan Jozan yang diwakili Mohd Yazid Lim Mohd. Aziz (Johan) dan Mohd. Razizan Abd. Razak (Zizan) akhirnya sekadar berpuas hati mendapat tempat kedua.

Mengakui sedikit kecewa dengan kegagalan tersebut, Johan menjelaskan dapat terus bertahan sehingga layak ke peringkat akhir adalah satu kejayaan yang cukup bermakna buat mereka berdua.

"Kalau nak diikutkan perasaan kecewa itu saya sudah rasainya sejak awal-awal lagi kerana persembahan kami yang agak kurang menyerlah. Namun, kami telah berusaha dengan sedaya upaya agar tidak menghampakan peminat yang menyokong kami selama ini.

"Saya rasa kumpulan Sepah memang layak untuk bergelar juara memandangkan persembahan mereka yang konsisten setiap minggu. Walaupun sekadar membawa pulang wang tunai RM250,000, tapi bagi kami ia adalah hadiah yang cukup lumayan,” ujarnya.

Sementara bagi Zizan pula, dia sangat berterima kasih kepada para peminat yang tidak jemu-jemu untuk menyokong dan mengundi mereka sehingga dapat beraksi ke peringkat akhir.

Menurutnya, tidak dinafikan memang ada peminat yang kecewa dengan kegagalan Jozan untuk muncul juara, tetapi mereka sudah melakukan yang terbaik dan terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat.

Sewaktu kami diumukan sekadar muncul naib juara, saya ada melihat tempat duduk penyokong kami dan terdapat kekecewaan pada riak wajah mereka. Namun, kami tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diperoleh ini," ujarnya.

Sokongan peminat

Merupakan satu-satunya peserta solo yang layak beraksi sehingga ke peringkat akhir, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil mengakui dia terpaksa berhadapan cabaran yang cukup besar untuk bersaing dengan tiga buah kumpulan.

Menurut Nabil, mulanya dia menjangka akan tersingkir pada minggu yang pertama lagi berdasarkan persembahan mantap kesemua peserta yang bertanding dalam rancangan Maharaja Lawak ini.


KUMPULAN Sepah menjadi juara sulung program Maharaja Lawak yang menghimpunkan juara-juara dari program Raja Lawak terdahulu.



"Memang bukan mudah untuk peserta solo seperti saya dapat meneruskan saingan kerana peserta berkumpulan mempunyai kelebihan kerana setiap ahli kumpulannya ada peminat masing-masing.

"Jadi, saya merasakan peminatlah yang banyak berjasa sehingga saya dapat terus bertahan ke tahap ini. Tanpa sokongan mereka, sudah tentu saya tidak akan beraksi di pentas final," ujarnya.

Sementara itu, kejayaan kumpulan Jambu untuk berada dalam kelompok empat yang terbaik merupakan satu kejayaan yang cukup bermakna buat Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh).

Meskipun sekadar berada di kedudukan yang keempat, bagi mereka ia adalah satu kejayaan dan kepuasan yang tidak ternilai memandangkan mereka bukanlah antara peserta pilihan pada awal-awal rancangan Maharaja Lawak.

"Memang diakui ketika kami mula menyertai rancangan ini, kumpulan Jambu bukanlah menjadi perhatian ramai. Namun dengan peningkatan persembahan yang ditunjukkan saban minggu, kami semakin mendapat sokongan ramai.

"Walaupun pada awalnya persembahan kami menunjukkan peningkatan dan semakin merosot sejak dua atau tiga minggu yang terakhir, tetapi usaha yang berterusan dan sokongan peminat setia banyak membantu untuk kami untuk layak beraksi di pentas akhir," jelas Taukeh.

Ditanya mengenai kemerosotan persembahan mereka, Yus menjelaskan bahawa salah satu puncanya adalah disebabkan masing-masing sibuk dengan jadual lakonan sehingga membataskan masa untuk mereka bersama.

Dengan kejayaan menduduki tangga yang ketiga dan keempat, setiap peserta membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 dan RM50,000 berserta trofi sumbangan pihak Astro.



Lirik lagu Sentuhan Rasa (OST Nada Cinta)-Randy Pangalila feat. Mikha Tambayong

Lirik lagu Sentuhan Rasa (OST Nada Cinta)-Randy Pangalila

Sejauh mataku ini memandang
Takkan luput dilihat kuatnya cintamu
Sejauh telinga ini mendengar
Takkan luput mendengar suara hati kecilmu

Dilihat didengar bagaikan alunan nada
Dilihat didengar bagaikan sentuhan rasa

Reff:
Detak jantungku senandungkan nada cinta
Harum nafasku aromakan nada cinta
Oh berhembus kencang

Dilihat didengar bagaikan alunan nada
Dilihat didengar bagaikan sentuhan rasa

Repeat reff

Lirik Lagu Cinta dan Benci -Geisha

Lirik Lagu Cinta dan Benci - Geisha

Bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga

tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

reff:
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi

tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

repeat reff

woo ooo ku sakit karenamu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci

sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa

Pikat 1,600 jadi ahli


BONGKAR… Ayish dedahkan kehidupan songsangnya.

KUALA LUMPUR: Merisaukan apabila satu laman web pengkid mampu menarik lebih 1,600 ahli dari seluruh negara dengan segelintir daripadanya secara terang-terangan mendakwa gemar menjalin hubungan sejenis, seolah-olah menggambarkan kegiatan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Golongan songsang ini tanpa segan silu memaparkan nama dan nombor telefon bimbit masing-masing dalam laman web berkenaan supaya mudah dihubungi mereka yang berminat.

Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka sanggup mengajak pasangan yang baru dikenali daripada laman web berkenaan untuk mengadakan seks rambang dengan rakan mereka.

Pemerhatian Metro Ahad mendapati kebanyakan gadis yang menyertai laman cari teman berkenaan terdiri daripada lingkungan umur 19 hingga 30 tahun.

Profil kebanyakan gadis terbabit menunjukkan mereka berpelajaran tinggi, menuntut di universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja serta mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar.Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok songsang ini menjadikan laman web berkenaan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan selain membuka ruang untuk ahli baru mendaftarkan diri.

Wartawan yang melakukan penyamaran turut mendaftarkan diri dalam laman web berkenaan. Malah, siasatan yang dilakukan berjaya membawa wartawan bertemu dua gadis yang mengaku pengkid dan lesbian.

Gadis yang ditemui mengaku laman web berkenaan menjadi tumpuan golongan bernafsu songsang mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan. Selain itu, tidak kurang juga yang cuba mencari 'cinta sejati' daripada kaum sejenis.

Malah, selain portal berkenaan, mereka turut menyertai pelbagai 'kelab' lesbian dan pengkid di alam siber itu. Pemerhatian wartawan turut mendapati pasangan lesbian mahupun pengkid lebih mesra, penyayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Ikuti kisah gadis pengkid dan lesbian ini menerusi penyamaran yang dilakukan wartawan.

> AYISH, 23:

MENURUT Ayish, dia mula menyertai laman web berkenaan sejak tujuh bulan lalu bagi memudahkannya berjumpa dan berkenalan dengan kaum sejenis.

"Sejak menyertai laman web berkenaan, saya sudah berjumpa dengan 10 gadis yang masing-masing meminati pengkid. Malah, ada antaranya pernah menjadi teman wanita dan tidak kurang juga 'skandal'.

"Jika di luar sana, pasti sukar untuk mendekati gadis. Lagipun, nanti orang pandang serong pula. Tetapi dengan laman web berkenaan, semuanya secara terbuka dan mereka yang menyertainya mempunyai minat yang sama," katanya.

Menjelaskan mengapa dia beralih arah kepada pengkid dan meminati kaum sejenis, Ayish berkata, dia mencari cinta sejati daripada mereka yang sudi memberinya.

Ini kerana dia ditinggalkan teman lelakinya yang bernafsu songsang hingga mula berpaling kepada wanita gara-gara 'patah hati' dengan lelaki.

"Saya mula mengubah perwatakan sejak di bangku sekolah lagi. Waktu itu, saya mempunyai seorang teman lelaki. Selepas bertahun-tahun bercinta, akhirnya dia mengakui dirinya gay dan lebih meminati kaum lelaki. Kerana kecewa dengan kenyataan itu, saya mula membenci lelaki. Sejak itu, saya cuba membalas perbuatannya dan lama kelamaan, perasaan saya semakin menebal terhadap kaum sejenis.

"Sejak itu juga, saya mula menukar penampilan seperti lelaki, memakai bengkung, memotong rambut dan mencari gadis yang sudi berkenalan serta memadu kasih. Selama menjadi pengkid, saya mempunyai ramai teman wanita dan kebanyakannya dicari menerusi laman web sama," katanya.

Bagaimanapun, katanya, semuanya tidak bertahan apabila hubungan mereka sering putus di tengah jalan.

"Sebab itu, saya mahukan seorang gadis yang betul-betul boleh mengisi kekosongan dalam hati ini. Saya mahu gadis yang benar-benar mencintai saya. Saya juga tidak pasti sampai bilakah saya akan jadi seperti ini. Kerana lelaki, saya yang merana. Kalau nak diikutkan, saya memang mahu berubah.

"Begitupun, saya hanya akan berubah jika teman lelaki saya yang dulu berubah. Selagi dia tidak ke pangkal jalan dan mengenepikan nafsunya, saya juga tidak akan melakukan perkara sama," katanya.

> SHIMA, 26:

BAGI Shima, dia lebih gemar menjadi lesbian kerana tidak perlu menukar penampilan seperti seorang lelaki selain dapat memadu kasih dengan kaum sejenis ataupun lelaki.

Menurutnya, dia mula terbabit dengan kegiatan songsang itu ketika masih menuntut di bangku sekolah.

Ini kerana, katanya, bercinta dengan gadis lebih menyeronokkan berbanding lelaki.

"Kebanyakan kenalan yang saya temui bermula daripada laman web berkenaan. Sejak menyertainya tiga tahun lalu, saya mempunyai ramai kenalan lesbian dan pengkid.

"Bagaimanapun, saya lebih gemarkan wanita yang berperwatakan ayu dan manja. Saya tidak berapa meminati pengkid kerana mereka lebih cenderung meniru gaya kaum lelaki.

"Bagi saya, seorang wanita lebih mengambil berat, penyayang dan memahami hati serta perasaan saya. Sebab itu, saya rasa bahagia setiap kali bersama dengan wanita yang saya sukai," katanya.

Menurut Shima, dia pernah mempunyai teman lelaki dan pada masa sama mempunyai kawan rapat yang juga seorang gadis.

Ketika sedang hangat bercinta, katanya, dia sering kecewa dengan layanan teman lelaki namun si gadis pula lebih banyak membantu ketika dalam kesusahan.

"Diam-diam, kami mula menjadi akrab dan kemudian menaruh perasaan terhadap satu sama lain. Sejak itu, saya mula gemar menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis. Tidak ada lelaki yang dapat memahami perasaan wanita. Kami mahukan belaian yang lembut dan romantik tetapi kebanyakan lelaki lebih kasar dan sentiasa mengambil ringan mengenai sesuatu perkara.

"Lagipun, jika saya menjadi lesbian, saya boleh merasa 'nikmat' bersama gadis lesbian atau pengkid. Malah, saya juga boleh mempunyai teman lelaki.

"Terus terang, laman web seperti ini memberi peluang kepada golongan seperti kami berjumpa antara satu sama lain dan berkenalan. Malah, sepanjang tiga tahun mengikuti laman web berkenaan, saya sudah menemui ramai kenalan lesbian dan ada antaranya pernah menjadi kekasih," katanya.

Bagi Shima, tidak salah menjadi pengkid dan lesbian kerana ia membabitkan perasaan dan hati seseorang itu.

"Lagipun, jangan pandang golongan seperti kami ini sebelah mata. Rata-ratanya, lesbian dan pengkid mempunyai pendidikan tinggi dan kerjaya yang hebat.

"Mungkin juga disebabkan perkara ini, saya lebih cenderung memilih wanita sebagai teman kerana tidak mahu menerima pelbagai tekanan lain. Buat buat masa ini saya lebih gemar bersama 'teman wanita' berbanding lelaki. Tengoklah nanti jika saya bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami hati dan perasaan saya, baru saya akan berubah kembali," katanya.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact