Miera Liyana Yang Semakin Sopan

mieraliyanabaru

Sopan kan Miera Liyana sekarang? Sapa setuju angkat tangan. Kalau tak setuju hentak kepala kat dinding. Hidup Miera Liyana!!!

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Sofa rekaan artis

MEMBELI sambil menderma. Lebih menarik sekiranya barang yang dibeli berupa hasil kreativiti artis kesayangan anda. Bagi mereka yang berminat menghiasi ruang tamu dengan perabot menarik, kini boleh mendapatkan sofa yang direka khas beberapa selebriti tempatan.

Pengeluar barangan hiasan rumah dan perabot Macy menganjurkan jualan sofa istimewa kepada pelanggannya, di mana ia berupa hasil rekaan selebriti tempatan seperti Vanidah Imran dan suaminya Rashidi Ishak, Dynas Mokhtar, Harith Iskandar, Amber Chia, Jojo Struys, Daphne Iking, Ash Nair, Dennis Lau, Joey G, Patricia Sue Lin Knudsen dan Hannah Lo.

Selain memperoleh barangan yang dihasilkan artis pujaan, keuntungan diperoleh akan disalurkan kepada Rumah Nursalam dan Yayasan Chow Kit yang memberi tumpuan kepada kebajikan anak-anak terbiar di Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur.

Idea ditampilkan Macy dengan kerjasama selebriti terbabit ternyata menarik dan ketika majlis pelancaran mengenainya diadakan baru-baru ini, wakil media hadir turut dibawa melihat sendiri sofa yang dipamer hasil rekaan artis popular ini. Malah mereka nampak begitu bersungguh sewaktu menerangkan mengenai identiti atau pilihan corak juga warna sofa dihasilkan.


Begitupun paling menarik perhatian adalah sofa yang dihasilkan Dynaz Mokhtar

untuk ibu mengandung dan warnanya dan hiasan ditampilkan pasti mampu menarik perhatian sesiapa saja yang melihatnya.

Jelas Dynaz, idea diperoleh selepas melahirkan anak sulung dan katanya apabila peluang diberikan Macy dia terus terfikir untuk menghasilkan sofa khas untuk para ibu yang mahu menyusukan anak. Memilih latar warna ungu, ia turut dihiasi dengan fabrik corak bunga dirasakan mampu memberikan keselesaan.

"Keselesaan adalah kata kunci utama kepada saya untuk menghasilkan sofa ini. Pada peringkat awalnya saya memikirkan untuk menghasilkan kerusi empuk, tetapi ia terlalu kecil. Sofa yang dihasilkan ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sesuai untuk ibu yang mahu menghabiskan masa bersama anak baru dilahirkan. Mereka boleh bersandar mahupun berbaring diatasnya.

"Selain itu kerusi ini turut disediakan bantal kecil (nursing pillow) di mana bagi ibu yang menyusu boleh meletakkan tangan di atas bantal ini yang diletakkan di paha. Ia menjadikan proses menyusu lebih selesa. Apa yang saya idamkan dapat dizahirkan oleh Macy dengan baik. Corak dan bentuknya lebih kontemporari dan cantik," katanya.

Sementara itu pasangan suami isteri, Vanidah dan Rashidi menghasilkan sofa sesuai untuk keluarga yang tinggal dalam kediaman mempunyai ruang sederhana.
"Sewaktu diberikan peluang untuk mereka sofa, saya dan Rashidi puas memikirkan bentuk dan corak bagaimana sesuai agar ia mampu menawan hati bakal pembeli. Apatah lagi ia dilakukan dengan tujuan kerja amal. Kalau boleh biarlah dibeli peminat atau peminat sofa dan hasilkan dengan banyaknya.

"Kami cuba menghasilkan sofa yang begitu praktikal. Ia tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil. Sesuai untuk seisi keluarga yang sederhana. Untuk menghasilkan sesuatu yang besar masalahnya bimbang nanti tidak muat untuk pembeli mahu meletakkan di dalam rumah atau ia terlalu banyak makan ruang," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai usaha dilakukan Pengarah Eksekutif Macy, Choong Kar Weng menjelaskan kempen untuk mengutip derma bagi mengisi tabung Yayasan Chow Kit menerusi hasil jualan sofa terbabit sudah pun bermula 25 Mei lalu. Mereka berminat boleh melihat sendiri kreativiti selebriti tempatan menghasilkan bentuk sofa yang dipamerkan di Ikano Power Centre dan juga Wisma Minlon.

"Hasil jualan sofa yang dibeli seratus peratus akan diserah kepada Yayasan Chow Kit, ia juga diadakan bersempena dengan Festival Sofa dan Langsir Macy bermula 20 Mei hingga 12 Jun ini," katanya.






Fesyen Dan Kecantikan Dynas Mokhtar

BUKAN mudah untuk seseorang itu melaksanakan impian seperti yang diinginkan jika tiada usaha yang gigih.

Lain pula buat pelakon dan pengacara Wan Edrinas Wan Mokhtar, 28. Dalam kamus hidupnya belum pernah ada perkataan 'tidak boleh' atau 'susah' ketika berusaha mengejar cita-citanya itu.

Bak kata temannya, Daphne Iking, Dynas merupakan wanita yang paling matang dan berfikiran jauh mengenai perancangan masa depan walaupun dia rakan termuda di kalangan teman mereka yang lain seperti Yasmin Hani, Atilia, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair.

Mengakui tentang hal tersebut, ibu beranak satu ini begitu teliti dengan setiap perancangan yang dilakukannya.

Kerana semangat dan kecekalannya juga, perancangan memiliki sebuah butik khas buat ibu-ibu moden terlaksana jua. Pada Rabu lalu, butik Dynas Nursing Attire atau DNA telah dilancarkan di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.

"Rasanya, ini adalah permulaan saya dalam menjalani perniagaan DNA dan bersyukur kerana gelaran selebriti yang dimiliki sedikit sebanyak membantu menaikkan nama butik ini.

"Sebenarnya, jika kita lihat zaman sekarang, semakin kurang para ibu yang memberikan susu mereka kepada anak-anak dan salah satu faktornya adalah tiada pakaian yang sesuai buat mereka lebih-lebih lagi buat ibu yang berkerjaya.

"Dengan rekaan pakaian untuk ibu ini, saya berharap tiada lagi ibu-ibu mengandung mahupun yang menyusukan anak malu dengan gelaran 'ibu' kerana pemakaian yang kurang moden," tuturnya sambil menunjukkan perincian pakaian DNA yang dikenakan.

Tambah ibu kepada Khyra Khalisa yang berusia satu tahun ini, walaupun bergelar ibu, tidak semestinya seseorang itu tidak boleh bergaya sebaliknya perlu bijak memilih fesyen yang sesuai.

Dalam pada itu, bekas pengacara Beat TV ini bersyukur, sehingga kini tawaran kerjaya seni untuknya masih lagi berjalan seperti biasa. Malah, Dynas juga mula menerima tawaran berlakon watak komedi.

"Mungkin ada yang menganggap janggal bila saya menyatakan tentang keselesaan saya menggalas watak-watak komedi.

"Bahkan sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran You Saka pergi Jauh-Jauh untuk slot seram TV3. Ia sangat menyeronokkan," selorohnya.

Sementara itu, Dynas agak kecewa kerana sehingga kini dia tidak pernah tahu siapakah peminat yang sentiasa menyokongnya dalam kerjaya seni.

"Sejak berkahwin dan menerima beberapa anugerah, saya tidak pernah terfikir dan tidak tahu pun siapa peminat-peminat saya. Bukan tak nak ambil tahu, cuma takut jika diri saya berubah menjadi riak sekiranya saya mendapati saya ni ramai peminat.

"Bagaimanapun, Alhamdulillah, saya gembira sangat kerana masih ada lagi yang ingin melihat saya berada dalam industri seni tempatan lagi," tuturnya.

Memandangkan Dynas kini turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan, dia sedang merancang mengajak orang ramai menyertai aktiviti kebajikan bersama.

Kecantikan

Selain berfesyen, penjagaan kecantikan diri secara luaran dan dalaman juga amat penting buat pelakon ini.

Kata Dynas, bergelar ibu juga bukanlah satu alasan untuk dirinya semakin malas dengan penjagaan diri.

Walaupun bergaya moden, Dynas juga tetap menjaga kecantikannya dengan amalan tradisional Melayu.

"Sejak kelahiran Khyra, penjagaan diri perlu diutamakan lebih-lebih lagi bergelar seorang selebriti.

"Saya masih muda dan kalau boleh saya tak mahu menggalas watak-watak wanita berusia. Bagaimanapun kalau bukan seorang selebriti sekalipun, saya tetap akan menjaga kecantikan diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

"Lebih-lebih lagi selepas kelahiran anak, kita wajib berpantang dengan betul dan ia sangatlah mustahak kerana tanpa penjagaan rapi, kesan-kesan penuaan akan berlaku apabila lanjut usia," tegasnya.

Ujar graduan Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini, pada tahun lalu, dia turut mengamalkan berpantang cara Cina dan India.

Selain itu, Dynas juga tidak lokek mengeluarkan sejumlah wang untuk pergi ke pusat pelangsingan badan, Kunzense.

"Alhamdulillah, melalui Kunzense, berat badan saya telah turun dari 71 kilogram (kg) kepada 59kg. Dan kerana itu saya ditawarkan menjadi duta kepada pusat pelangsingan badan tersebut.

"Bagi saya, kita tidak boleh menyerah kalah jika ingin mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal dan pada masa yang sama kita perlu berfikiran positif. Saya percaya, semua wanita mahu kelihatan cantik," tuturnya.

Dalam pada itu Dynas turut mempraktikkan cara pemakanan yang sihat agar penghasilan susu badan turut mempunyai zat yang secukupnya buat anaknya itu.





Top 10 Wanita Bibir Terseksi

Wanita memang mempunyai daya tarik yang luar biasa. Mulai dari rambut, mata, bibir, dll dapat dijadikan pesona untuk menarik perhatian lelaki. . Dibawah ini yang kita sorot adalah wanita- wanita yang mempunyai bibir paling sexy. Siapa-siapa saja mereka ? .Mari kita lihat dari urutan ke 10.

10. Keeley Hazel
10.keeley+hazel
9. Sophie Marceau
9.sophie+marceau
8.Laetitia Casta
8.laetitia+casta
7. Ali Landry
7. Ali Landry
6. Angelina Jolie
6. Angelina Jolie
5. Jessica Alba
5. Jessica Alba
4. Monica Bellucci
4. Monica Bellucci
3. Irina
3. Irina
2. Keira Knightley
2. Keira Knightley
1. Adriana Lima

maaf la..pic agak seksi sket..admin dah x tau nk letak pic mane..kebanyakkan mereka memang seksi….hahahha..layan kan je

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Kenangan yang memang mengusik jiwa

Kenangan yang memang mengusik jiwa

Oleh HARYATI KARIMharyati.karim@kosmo.com.my

hi 02.1

TEATER Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa…60-an meriah dengan elemen tarian dan nyanyian.



RAMAI yang tertanya-tanya apakah kehebatan teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa…60-an yang membariskan ramai penyanyi popular era 60-an dan mempertaruhkan bakat dua penyanyi muda Dafi dan Ana Raffali.

Ternyata pertaruhan yang dilakukan penerbit Afandy Alias dan pengarah persembahan Lokman Ghani menjadi. Penonton dihiburkan dengan latar dua zaman yang berbeza iaitu tahun 2011 dan tahun 1960-an yang begitu meriah dengan pelbagai tarian dan nyanyian.

Tidak ketinggalan elemen percintaan pada zaman 60-an antara Rey (Dafi) dan Rose (Ana Raffali) yang merupakan penggerak cerita dan kekuatan utama teater muzikal ini.

Bagaimanapun disebabkan durasi persembahan yang agak panjang iaitu hampir tiga jam meresahkan penonton yang hadir ketika sesi tayangan untuk media baru-baru ini.

Malah, faktor yang sama menyebabkan ada bahagian persembahan seperti konsert di tapak pesta menimbulkan kebosanan.

Menurut Lokman yang ditemui pada sesi sidang akhbar sejurus persembahan berakhir, persembahan yang dipertonton kepada umum bermula 27 Mei lalu sehingga 5 Jun depan sedikit berbeza.

"Kami buat tayangan untuk media lebih awal, jadi kami boleh lihat kelemahan yang ada. Saya akui durasinya terlalu panjang, sebab itu, untuk tontonan penonton kami akan pendekkan kepada dua jam sahaja.

"Ada bahagian yang saya lihat tidak perlu dipersembahkan dan ada bahagian yang perlu dipendekkan persembahannya. Tetapi persembahan semua penyanyi 60-an yang diundang tetap ada kerana tanpa mereka tidak akan ada aura 60-an dalam teater ini," jelas Lokman.

Ujar Lokman, sebagai pengarah, dia amat berpuas hati dengan segala komitmen serta persembahan yang diberikan oleh kesemua pelakon dan penyanyi.

"Saya berpuas hati meskipun ada bahagian yang perlu diperbaiki lagi, saya sifatkan teater ini bukan hanya untuk peminat lagu 60-an sahaja tetapi juga anak muda kerana teater ini dua dalam satu, ada dramanya dan juga persembahan muzikal," katanya lagi.

Dafi dan Ana yang pertama kali berlakon di pentas teater menyifatkan mereka antara penyanyi yang bertuah kerana berpeluang merasai pengalaman penyanyi-penyanyi era 60-an.

hi 02.2

NOSTALGIA era 1960-an diadun dengan era terkini menjadikan persembahan teater ini menarik untuk ditonton.



Meskipun itu pengalaman pertama mereka, lakonan Dafi dan Ana wajar dipuji kerana lontaran jiwa mereka begitu terkesan kepada penonton.

"Pada mulanya agak susah kerana saya harus belajar menari dan berlakon tetapi lama-kelamaan saya jadi seronok kerana kami semua ibarat sebuah keluarga yang sentiasa saling bantu-membantu.

"Sebagai penyanyi baru, pengalaman ini sangat berharga untuk saya kerana dapat bertemu dan bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi terkenal zaman 60-an. Banyak yang saya pelajari daripada mereka," kata Ana.

Dafi yang mengakui keletihan kerana terpaksa 'berkampung' di Istana Budaya selama dua bulan untuk menjalani latihan memberitahu, dia telah melepasi kemampuan dirinya sendiri sebagai penyanyi dan pelakon.

"Saya sendiri tidak sangka yang saya mampu menjayakan watak Rey kerana saya sendiri ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri pada mulanya.

"Atas bantuan pengarah dan semua pelakon, mereka menjadi kekuatan saya. Bagi saya, sebagai pelakon yang pertama kali berlakon teater saya amat berpuas hati dengan persembahan," luah Dafi.

Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa…60-an yang dipentaskan bermula 27 Mei sehingga 5 Jun depan mengisahkan Rey kembali ke kampung halamannya setelah sekian lama menghilangkan diri.

Selepas hampir 30 tahun tidak pulang, Rey telah bertemu dengan rakan baiknya Azizan dan Ah Khow. Pertemuan mereka telah mengimbau banyak kenangan terutamanya ketika menuntut di kolej.

Sementara itu Rey dan Ana 2011 pula dibawakan oleh Latif Ibrahim dan Saida AF6 (Siti Norsaida Tarudin). Pelakon lain yang turut terlibat terdiri daripada Halil Chik, Liza Abdullah, Radhi Khalid, Iqbal Mazlan, Arja Lee dan Baby Erin.

Penyanyi-penyanyi yang diundang memeriahkan lagi teater ini ialah Datuk Ahmad Jais, A. Halim, L.Ramli, A.Rahman Onn, Fatimah M. Amin, J. Sham, Hussein Ismail dan A. Rozainie.

Buat penonton yang ingin menyaksikan persembahan mereka di Istana Budaya, jangan lupa mendapatkan tiket yang berharga bermula RM60 sehingga RM360 di Box Office, Istana Budaya (03-40265558) atau layari laman sesawang www.ticket2u.biz (03-4147 8600).






Salma dedah status diri

[unable to retrieve full-text content]KEMENANGAN yang dilakar Salmah A Asis (Salma), 21, menerusi final Mentor 5 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, kelmarin, mengingatkan kita kepada Jaclyn Victor sewaktu namanya diumumkan juara Malaysian Idol pertama, kira-kira tujuh tahun lalu.






Serina Hamil Anak Kedua

Serina sedang bahagia dengan suami dan anaknya. – Foto ihsan SERINA

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Serina Redzuawan mengandung anak kedua yang baru sahaja berusia sebulan.

Serina mengesahkan perkara itu menerusi laman sosial Facebook miliknya yang ditulis pada Ahad.

"Syukur, alhamdulillah kerana saya telah hamil anak kedua dan ingin berkongsi berita gembira ini.

"Doakan saya mendapat anak perempuan pula kali ini. Setakat ini saya tidak mendapat alahan seperti mengandungkan Tristan Tareef dulu," katanya dalam laman sosial itu.

Pelakon itu turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Tristan Tareef O’luanaigh yang kini berusia lapan bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar.

Catatan menerusi laman Facebook Serina.

Dalam perkembangan lain, Serina sedang sibuk berlakon drama Roda Roda Kuala Lumpur dan menerbitkan drama Mampus Masuk Kampung di bawah syarikatnya, YKS Film Maker Sdn Bhd yang ditubuhkan dua tahun lalu.

Selain itu, dia masih aktif menjadi pengacara majlis dan menjalankan perniagaan minuman kesihatan Mavellous.

Katanya, minuman yang dijual pada harga RM500 itu disasarkan kepada golongan berumur 20 tahun ke atas. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan awet muda, merawat penyakit kencing manis dan mati pucuk.

Bapanya, Datuk Chef Wan turut ditampilkan sebagai duta produk tersebut.



Tidak pandang belakang

Tomok selesa teruskan kerjaya seni secara solo

SEJARAH Mungkin Berulang, antara lagu yang melonjakkan nama kumpulan remaja popular sekitar 1999, New Boyz apabila mencipta kegemilangan sendiri dalam kalangan kumpulan band remaja.

Mereka digilai remaja seusia bukan saja di negara sendiri, malah turut mendapat tempias peminat dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

Judul lagu itu juga menjadi taruhan kepada vokalisnya, Shah Indrawan Ismail atau Tomok yang kini bergerak solo untuk mengulangi fenomena kebangkitan mereka di dalam muzik arus perdana.

Biarpun sudah berjaya mencipta nama lebih sembilan tahun sehingga 2008, Tomok memberanikan diri untuk menyertai program realiti One In A Million (OIAM) pada 2009 bagi menguji tahap kualiti bakatnya.

Ternyata usahanya tidak sia-sia apabila dinobat sebagai juara OIAM.
Sejak itu, Tomok berjaya mengisi namanya di dalam senarai penyanyi popular tanah air, sekali gus berada di tahap selesa sebagai penyanyi yang boleh dibanggakan di dalam industri hiburan.

Mahu bertaraf legenda
JEJAKA berusia 27 tahun itu semakin matang menyusun segala perancangan kariernya. Impiannya mahu memastikan namanya dalam persada seni ini sentiasa diingati, malahan kalau boleh hendak meletakkan dirinya setaraf legenda.
"Atas sasaran itu saya harus memastikan segala produk seni yang saya keluaran harus menepati piawaian yang saya sendiri tetapkan," katanya.

Tidak hairanlah album solo pertamanya berjudul Tomok OIAM3 yang dihasilkan pada 2009, memuatkan 12 lagu dan diterbitkan Oktober tahun lalu itu berjaya melahirkan sehingga enam single popular.

"Menerusi album itu saya sudah ada lima single dan dua sudah daripadanya dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-24 dan 25.

"Secara peribadi, memang agak susah mendapatkan dua single dalam satu album, tetapi saya sudah buktikan single ke enam bakal direalisasikan dalam masa terdekat ini. Saya kini sedang giat mempromosikan single keenam berjudul Merentas Masa," katanya yang sangat gembira apabila pembikinan album terbarunya mendapat bekerjasama daripada tenaga profesional dan berpengalaman seperti Audi Mok, Aubrey Suwito, Edry KRU dan Aidit Alfian.

Tomok juga mengakui sukar menangani penyakit yang sering dihadapi bagi setiap artis ketika mengadakan persembahan biarpun pengalamannya di dalam bidang nyanyian sudah mencapai 11 tahun.

"Perasaan gugup ketika berada di pentas tetap ada. Kebanyakan penyanyi baru mahupun yang lama akan mengalami masalah ini. Ia normal. Ia juga baik untuk mengingatkan kita bahawa jangan terlalu selesa dan yakin.

Saya pernah merasai pengalaman berhadapan dengan peminat yang fanatik sehingga pentas yang kami mengadakan persembahan roboh, peminat pengsan sudah saya lalui, ia adalah kenangan paling manis saya bersama peminat yang akan saya kenang sampai bila-bila," katanya yang mengakui masih bersama New Boyz selaku vokalis.

8 tahun simpan rahsia

Sementara itu, perkenalan yang sudah berlanjutan lebih lapan tahun bersama Siti Rahayu Abas, 31 cukup kemas terjaga sehingga tiada satu media pun dapat menghidu perhubungan mereka.

Mereka bakal menamatkan perhubungan itu dengan satu ikatan yang lebih utuh sebagai pasangan suami isteri pada 1 Julai depan.

"Saya mengenali bakal isteri sudah lapan tahun dan Alhamdulillah perhubungan itu terjalin dengan baik, memang ramai yang tidak tahu perhubungan kami kerana sebelum ini saya lebih suka media menumpukan kepada karier nyanyian.

"Memang saya saya tidak pernah membawa bakal isteri saya menghadiri mana-mana majlis. Insya-Allah saya cukup bersedia memikul tanggungjawab saya sebagai suami dan menantu.

"Sebelum ini saya bujang, tanggungjawab itu masih kecil dan kini selepas berkahwin, tanggungjawab saya semakin besar, saya harus memikirkan bagaimana hendak mengambil hati isteri, ibu dan bapa mentua serta sanak-saudara belah isteri," katanya.

Kesibukan kariernya kini terpaksa diketepikan demi menguruskan majlis yang paling bermakna di dalam hidupnya.

"Saya kini di dalam peringkat akhir mengadakan persediaan perkahwinan. Perkara wajib yang membabitkan urusan pernikahan dan pendaftaran perkahwinan sudah diselesaikan sejak awal termasuklah kursus perkahwinan yang sudah diikuti pada Januari lalu.

"Kad undangan juga akan diedarkan kepada semua tetamu termasuk media di dalam masa terdekat ini," katanya yang akui tetap menerima maklum balas daripada peminat mengenai pengumuman menamatkan zaman bujangnya.

Katanya, dirinya bertuah kerana keputusan berkahwin bersama pilihan hatinya turut mendapat restu daripada peminat.

"Alhamdulillah saya menerima maklum balas yang cukup positif daripada mereka. Apa yang penting peminat pun memahami keputusan yang saya buat kerana setiap manusia juga mempunyai perancangan masa depan dan mereka menghormatinya.

"Bagi saya, walaupun seseorang penyanyi itu sudah berkahwin, namun jika ia kekal mengeluarkan produk yang berkualiti, insya-Allah mereka tetap memberikan sokongan yang tidak putus," katanya.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Salma, Juara Mentor 5 Raih 3.25 juta Undian SMS Penonton

SHAH ALAM: Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.

Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).

"Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.

"Apa yang membangkitkan semangat saya untuk berjaya adalah teguran daripada Kak Erra dengan melakukan latihan bersungguh-sungguh setelah melihat prestasi saya agak teruk pada peringkat separuh akhir," kata Salma dalam satu sidang media.

Selepas memenangi program yang turut disiarkan secara langsung di TV3 itu, secara automatik Salma akan bergelar artis di bawah stesen televisyen itu sebelum bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

"Saya akan meneruskan minat dalam bidang nyanyian dan teringin untuk memiliki album sendiri. Dengan wang tunai yang saya dapat ini, mungkin saya akan merealisasikan impian saya.

"Saya juga merancang untuk membawa keluarga makan angin," ujarnya lagi yang turut mengaku statusnya sebagai janda beranak satu.

Salma pernah berkahwin pada usia 17 tahun dan bercerai setahun selepas itu. Hasil perkahwinannya, dia dikurniakan seorang anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda berusia lebih tiga tahun.

Dengan kemenangan itu, Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

ementara Shiha membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 serta mentornya, penyanyi Datuk Sharifah Aini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah yang sama.

Tempat ketiga, Iqa dan mentornya, komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim juga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Ziana Zain.

Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Nursyila Mohd Khir yang menyanyikan lagu Oh Dimana dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.





Muzik besi Sweet Charity-Blues Gang



Muzik besi Sweet Charity-Blues Gang

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


hi 01.1

RAMLI SARIP namanya terus harum di hati peminat.



SEBUT sahaja Sweet Charity dan Blues Gang pasti ramai di kalangan kita yang mengenali dua kumpulan otai yang pernah mencetuskan fenomena dalam industri muzik tanah air.

Biarpun membawa aliran muzik berlainan genre (Sweet Charity dengan irama rock manakala Blues Gang dengan lagu-lagu blues), mereka berkongsi matlamat.

Tanyalah kepada Ramli Sarip atau Ito, matlamat mereka ialah memberi hiburan berisi, bukan kosong kerana cara itu sahaja mereka dapat mendekatkan diri dengan peminat.

Sebenarnya, kedua-dua kumpulan itu pernah bernaung di bawah satu syarikat rakaman, Brothers.

Hari ini, masing-masing membawa haluan sendiri tetapi yang sinonim antara mereka ialah Ramli dan Ito masih mampu menggamit peminat menerusi lagu-lagu malar hijau dendangan mereka.

Sweet Charity dan Blues Gang, masing-masing pernah menghasilkan lapan album. Kekuatan dan pengaruh mereka juga masih tebal dalam kotak memori peminat setia dua kumpulan itu.

Jika Sweet Charity kekal popular menerusi lagu Jangan Tunggu Lama-Lama, Teratai dan Kamelia, Blues Gang pula terkenal dan tetap segar menerusi lagu Apo Nak Di Kato dan Oh Mama Saya Mahu Kahwin.

Sebagai dua kumpulan yang berbeza, Sweet Charity dan Blues Gang yang merupakan artis seangkatan tetapi berlainan genre muzik itu sebenarnya bertapak selama 40 tahun dalam industri muzik Malaysia.

Puluhan lagu Sweet Charity dan Blues Gang selama empat dekad yang telah dihasilkan, tetap menjadi siulan peminat mereka dari dahulu sehingga sekarang.

Bahkan kehebatan dua kumpulan ini mampu menambah bilangan peminat yang terdiri dari generasi muda hari ini, dikagumi dan dihormati oleh rakan artis lain.

Bukan mudah bagi anak seni ini merentas zaman mereka dan seterusnya muncul menjadi ikutan generasi baru.

Keutuhan Sweet Charity dan Blues Gang selama berpuluh tahun membuktikan bahawa aura mereka tidak pernah hilang ditelan zaman.

Bait-bait lirik lagu-lagu lontaran Ramli dan Ito tetap menusuk kalbu kerana di sebalik kekuatan vokal dua insan seni terbilang ini, terselit mesej dalam lagu-lagu nyanyian mereka.

Tidak kiralah mesej yang terselit itu berkaitan dengan putus cinta, pujaan dan pujian terhadap makhluk ciptaan Tuhan (wanita) atau pun berunsurkan ketuhanan (memuji pencipta hambaNYA).

Ketika dilontarkan kepada Ramli dan Ito, apakah rasa hati mereka hari ini kerana masih ada ramai peminat?

Begini bunyi jawapan yang diberikan untuk dikongsi bersama pembaca setia Mega minggu ini:

"Alhamdulilah, ini semua adalah berkat doa para peminat yang sentiasa menyokong kami dari dahulu sampai sekarang.

"Andai mereka tiada (peminat), tidak mungkin Sweet Charity masih diingati sampai ke hari ini. Biarpun saya telah bergerak solo, namun peminat masih tetap mengingati Sweet Charity yang ditubuhkan 40 tahun lalu," jelas Ramli Sarip kepada Mega ketika ditemui, baru-baru ini.

Kata-kata luhur yang diluahkan oleh penyanyi yang mendapat jolokan Papa Rock itu disambut oleh Ito Blues Gang yang sependapat dengannya.

Tambah Ito, bukan mudah bagi seseorang penyanyi itu untuk bertahan jika tidak disokong oleh para peminat.

Baginya, kehadiran peminat banyak membantu dalam melalui liku-liku kehidupan sebagai anak seni.

"Jika tidak ada peminat, tiadalah kami di sini. Apa yang kami sampaikan adalah untuk peminat yang tidak jemu-jemu dengan kehadiran dan nyanyian kami.

"Insya-Allah, selagi ada sokongan peminat, selagi itulah kami akan terus berada di landasan seni tanah air," ujar Ito.






Nasi ayam RM6? cekik darah!

Peniaga pada himpunan belia tak letak tanda harga, guna bahan polisterin

PUTRAJAYA: Char koteow RM5, nasi ayam RM6, air bancuh RM2 dan jagung bakar RM3!

Itulah harga sesetengah makanan yang dijual di medan selera sempena Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 berakhir semalam yang mengejutkan kebanyakan pengunjung kerana dianggap tidak masuk akal.

Kebanyakan pengunjung yang ditemui kecewa dengan tindakan peniaga itu tetapi pada masa sama meletakkan tanggungjawab terhadap penganjur kerana mungkin mengenakan sewa terlalu mahal kepada peniaga terbabit yang akhirnya memindahkan kos itu kepada pengguna.Tinjauan Berita Harian mendapati selain menjual makanan terlalu mahal, peniaga juga didapati tidak meletakkan tanda harga selain sebahagian besar menggunakan pinggan polisterin yang diharamkan di sesetengah tempat kerana tidak mesra alam sekitar dan kesihatan.

Seorang suri rumah dari Desa Pinggiran Putra berkata, beliau terkejut apabila terpaksa membayar RM20 bagi empat pinggan char koteow, RM8 bagiair bancuh dan RM9 bagi tiga jantung jagung bakar ketika menjamu selera bersama tiga ahli keluarga pada Jumaat lalu.

Akibat tiada tanda harga, kebanyakan pelanggan hanya "melopong"apabila hendak membayar kerana menyangka harga makanan adalah pada kadar biasa.
Bagaimanapun, harga makanan syarikat francais tidak dinaikkan.
Peniaga kerepek dari Kluang Johor, Ramli Kamal, 43, berkata sewa untuk tapak berkhemah berkeluasan 120 meter persegi ialah RM3,000 untuk tiga hari.

"Kebanyakan peniaga di sini ialah kecil-kecilan dan memang mereka terpaksa naikkan harga jualan untuk menampung kos.

"Kami sedar yang datang kebanyakannya remaja tetapi apa boleh buat kerana peniaga terpaksa menjaga kosnya," katanya yang meminta sewa khemah jualan dikurangkan pada tahun depan.

Nor Akmaliyah Mohd Zainal, 17, dari Johor yang menyertai himpunan itu berkata beliau membayar RM5 bagi sepinggan char koteow dan RM2 untuk segelas air bancuh dalam balang yang biasanya dijual RM1.

"Saya terkejut kerana makanan terlalu mahal dan mereka tidaksepatutnya buat begitu, kami yang masih belajar bukan bawa duit banyak.

"Kalau saya tahu, tentu saya makan di tempat lain," katanya.
Pekerja swasta, Shahrul Sahab, 26, berkata peniaga bertindak demikian mungkin kerana sewa tapak yang mahal.

Beliau berkata, tidak masuk akal harga minuman bancuh dalam balang yang biasanya dijual RM1 di pasar malam dinaikkan hingga RM2.

Cuaca panas membuatkan minuman seperti itu laris dan memberi pulangan lumayan kepada peniaga.

"Sepatutnya penganjur dan pihak berwajib mewujudkan harga makanan seragam dan peraturan meletakkan tanda harga perlu diwajibkan seperti biasa," katanya.

Himpunan itu bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Salma juara Mentor 5



Salma juara Mentor 5


hi 04.1

Salma (tiga dari kanan) dan mentornya, Erra Fazira bersama pemenang tempat kedua dan ketiga setelah diumum juara Mentor 5 di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.



SHAH ALAM 29 Mei – Seperti yang diramal, Salma A. Asis atau lebih dikenali sebagai Salma menjuarai program realiti Mentor musim kelima (Mentor 5) yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam ini.

Dengan jumlah sebanyak 85 markah, Salma, 21, yang merupakan protege kepada aktres dan penyanyi jelita, Erra Fazira itu membawa pulang hadiah sebuah kereta Chevrolet Cruze di samping wang tunai RM100,000 dan trofi.

Sebagai mentor, Erra tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi wang tunai RM100,000 dan trofi dalam program terbitan TV3 itu.

Pada malam kemuncak itu, Salma memberikan persembahan bertenaga menerusi lagu Listen serta sebuah lagu baru ciptaan Taja berjudul Aku Permata.

Malah, penyanyi bersuara lantang itu juga turut berpadu suara dengan Jaclyn Victor menerusi dua buah lagu iaitu Cinta dan Rindu.

Gelaran naib juara pula menjadi milik Nurshiha Mohd. Zikir, 24, atau Shiha apabila mendapat 63 markah yang melayakkannya memenangi wang tunai RM30,000, sebuah Vespa LX150 dan trofi.

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang menjadi mentor kepada penyanyi berasal dari Kuala Lumpur itu turut memenangi wang tunai RM30,000 dan trofi.

Shiha memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu Kisah Hati serta sebuah lagu baru ciptaan Ajai berjudul Bila Bertemu Mu.

Peserta dari Ampang, Selangor, Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor, 25, atau Iqa yang merupakan protege kepada komposer terkenal, Edry Abdul Halim pula hanya berpuas hati di tempat ketiga.

Sebagai ganjaran, Iqa dan Edry masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Kesemua persembahan diadili juri profesional iaitu Datuk Ramli M.S. selaku juri tetap, Azmeer dan Ziana Zain yang merangkumi 50 peratus markah diikuti undian khidmat pesanan ringkas (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).






Selebriti jayakan Rentap Futsal Kosmo!

Selebriti jayakan Rentap Futsal Kosmo!

hi 01.1


BIASANYA penampilan selebriti tempatan terutamanya penyanyi dan pelakon hanya dapat disaksikan sama ada ketika membuat persembahan pentas atau menerusi lakonan mereka yang disiarkan di kaca televisyen.

Bagaimanapun, sempena dengan Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 sempena Hari Belia Negara 2011 yang diadakan di Putrajaya dan bermula pada Khamis hingga Ahad lalu, terdapat aktiviti menarik yang disedikan kepada pemain dan pengunjung.

Selain kejohanan yang membabitkan 1,601 pasukan futsal di seluruh negara, mereka yang berada di kawasan kejohanan pula berpeluang menyaksikan selebriti popular beraksi dalam acara futsal pada Sabtu lepas.

Lebih menarik lagi, pihak Kosmo! telah berjaya mengumpulkan sehingga 14 orang selebriti popular tanah air yang terdiri daripada penyanyi dan pelakon.

Antara selebriti yang sanggup meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan acara perlawanan futsal membabitkan selebriti adalah Sheera Iskandar, Yatt Hamzah, Fida Ibrahim, Roslan Shah dan Syed Ali.

Selain itu, acara berkenaan turut membabitkan selebriti seperti Zain Saidin, Tengku Norhanis, Rina AF6, Ekin AF3, Tom Mystarz LG, Syawal AF5, Shafiq Isam serta dua bekas peserta program realiti Anak Wayang, Afzan A. Rahman dan Amar Baharin.

Diadakan pada hari ketiga kejohanan tersebut, ternyata kehadiran 14 orang selebriti ketika itu dilihat telah menarik minat ramai pemain dan pengunjung yang mahu menyaksikan selebriti kegemaran mereka beraksi.

Berlangsung sebanyak empat sesi perlawanan, sesi pertama dan kedua membabitkan pasukan selebriti yang menentang pasukan pilihan Kosmo!. Sementara, sesi ketiga dan keempat pula adalah perlawanan sesama selebriti.

Ternyata perlawanan yang membabitkan kedua-dua pasukan berlangsung dalam keadaan sengit, meskipun pasukan selebriti akhirnya tumpas dengan keputusan 4-3.

Menariknya, selain Syawal AF5 dan Zain Saidin berjaya membolosi gawang Kosmo!, salah seorang pemain wanita iaitu Yatt Hamzah telah berjaya menjaringkan satu gol.

Biarpun tewas, namun matlamat utama kejohanan yang membabitkan pasukan selebriti itu bukanlah semata-mata mahu mencari kemenangan, sebaliknya ia sebagai satu cara untuk merapatkan hubungan selebriti dengan orang ramai.

Salah seorang wakil selebriti, Yatt Hamzah berkata, langkah pihak Kosmo! untuk mengundang para selebriti bermain futsal sememangnya satu langkah yang wajar dipuji.

hi 01.2

INILAH barisan pasukan selebriti dan pasukan pilihan Kosmo! yang memeriahkan lagi Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 .


Ujarnya, memandangkan jadual harian sebagai seorang artis sememangnya tidak menentu, hanya dengan cara sebegini mereka dapat meluangkan masa untuk melakukan aktiviti yang sihat.

"Pertama sekali saya mahu ucapkan terima kasih kepada pihak Kosmo! kerana mengundang kami menyertai perlawanan futsal ini. Lagipun melalui acara sebegini juga adalah peluang terbaik untuk berkumpul sesama rakan selebriti lain.

"Apa yang lebih penting saya dan rakan-rakan sangat gembira melihat kepada sambutan yang diterima terutama sokongan daripada pengunjung ketika kami beraksi," ujar Yatt yang mewakili rakan selebriti yang lain.

Tambah Yatt, dia sendiri sebenarnya adalah penggemar sukan futsal dan memberitahu dia tidak keberatan jika diundang untuk menjayakan aktiviti sebegitu pada masa akan datang.

Sementara itu, seorang lagi pelakon baru iaitu Syed Ali yang popular menerusi drama Kamelia Katrina menjelaskan bahawa dia sangat menghargai undangan daripada Kosmo! untuk beraksi dalam acara futsal.

"Dengan kerjaya sebagai seorang pelakon, tidak dinafikan jadual harian sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk melakukan sebarang aktiviti riadah.

"Maka, saya sangat menghargai undangan untuk bermain futsal ini dan ia juga dilihat sebagai satu bentuk sokongan yang dapat diberikan memandangkan artis dan media perlu saling membantu," ujarnya.

Konsert

Selain perlawanan futsal membabitkan pasukan selebriti, pengunjung di kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 turut dimeriahkan lagi konsert oleh beberapa penyanyi popular tanah air.

Selepas berakhirnya acara perlawanan futsal pada hari berkenaan, para pengunjung kemudiannya telah dihiburkan dengan konsert yang menampilkan penyanyi Farahwahida dan Azlan and The Typewriter.

Pada petang itu, Farahwahida menyampaikan dua buah lagu berjudul Hey Ladies yang dipopularkan oleh Rossa serta single terbaharunya iaitu Jangan Tanya Aku Lagi.

hi 01.3

KUMPULAN Forteen tampil dengan persembahan yang rancak dan segar.


"Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak Kosmo! kerana telah berjaya menganjurkan sebuah kejohanan futsal yang begitu besar.

"Bagi saya, ia adalah satu aktiviti sihat yang sesuai untuk golongan belia dan saya turut berbangga kerana berpeluang untuk mengadakan persembahan di kejohanan ini," ujarnya.

Konsert berkenaan semakin hangat apabila Azlan muncul di pentas dengan membawakan dua buah lagu iaitu Jeritan Batinku dan Lagu Untukmu.

Sementara itu, memandangkan kejohanan futsal berkenaan berlangsung selama 24 jam, pengunjung juga telah dihiburkan menerusi konsert yang berlangsung pada pukul 12 tengah malam.

Konsert itu menampilkan persembahan Yazer AF3 serta dua kumpulan yang bernaung di bawah KRU Studios iaitu kumpulan Forteen dan Tiga.

Konsert dihangatkan lagi dengan persembahan tarian oleh dua kumpulan daripada program Showdown 2011, Bounce Stepperz and HMC Phlow.

Pada hari yang terakhir Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 pula, para pengunjung pula telah didendangkan dengan persembahan kelahiran Akademi Fantasia iaitu Mila Jirin dan Nubhan.






Dengarnya: Darling dapat anak pertama

TAHNIAH Cik Normah ucapkan kepada pelakon Nasreen Ngasri atau Darling kerana selamat melahirkan anak pertama pada 21 Mei lalu. Beruntung Darling dan suaminya, Nur Azlin kerana dikurniakan bayi lelaki yang diberi nama cukup indah iaitu Nur Nashrullah.

Bayi itu dilahirkan di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur dan ketika dilahirkan, beratnya ialah 3.4 kilogram.

Bagaimanapun, Cik Normah belum lagi dapat menatap wajah buah hati pengarang jantung Darling kerana perkhabaran itu diterima oleh teman sepejabat menerusi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).Cik Normah yakin Nashrullah pastinya menjadi hadiah ulang tahun perkahwinan yang paling berharga buat Darling dan suaminya kerana beberapa hari selepas bayi mereka dilahirkan, Darling dan Nur Azlin meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua, yang jatuh pada 30 Mei.

Cik Normah doakan dengan kehadiran cahaya mata pertama ini Darling dan Nur Azlin akan terus saling sayang- menyayangi.

Beruntungnya Darling, muda-muda sudah bergelar ibu. Nampaknya makin bertambahlah bilangan cucu Ngasri Sain. Cik Normah ni, bertahun-tahun berkahwin, tapi sampai ke hari ni masih belum lagi berpeluang menimang cahaya mata.

Tengok orang mengendong anak ke sana-sini, sayu pula rasanya hati. Tapi Cik Normah tak mahu menyalahkan takdir, mungkin Yang Maha Berkuasa mempunyai perancangan lebih baik untuk Cik Normah serta suami.
Apa pun, sekali lagi Cik Normah ingin mengucapkan tahniah kepada Darling. Bila agaknya Darling nak mendedahkan cahaya matanya untuk tatapan peminat? Adakah Darling mahu menjadi seperti artis lain yang hanya bersedia untuk mendedahkan wajah anak selepas pantang?

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






TDC bersatu dalam muzik



TDC bersatu dalam muzik

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN

BERMULA sebagai pemuzik jalanan yang sentiasa menghiburkan hujung minggu pengunjung Tugu Negara, Tugu Drum Circle (TDC) yang dianggotai oleh sekumpulan pemain drum dan perkusi mengangkat kepakaran mereka bermain alatan berkenaan demi memupuk perpaduan melalui semangat komuniti yang kuat.

Bagi kumpulan yang ditubuhkan sekitar Mac 2002 itu, muzik dilihat sebagai satu suntikan dalam mengukuhkan semangat bersatu tanpa mengira latar belakang mahupun kebudayaan.

Berlandaskan kepada sebuah ensembel yang berkhidmat untuk komuniti, TDC membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mempelajari dan mendalami teknik asas dan skill bermain drum di samping mencipta irama baru melalui sebuah kumpulan muzik.

Melalui TDC, semua ahli bersatu hati dalam berkongsi pengalaman muzik, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki melalui kerjasama serta kolaborasi dalam kumpulan.

“Itu adalah matlamat kami. Berkongsi dan mengajak orang ramai untuk bersama bermain drum dan perkusi selain mengetengahkan bakat yang ada.

“Namun, kami bukan sebuah kumpulan dan keahlian kami terbuka kepada mereka yang sudi bersama kami mengalunkan muzik setiap hujung minggu di Plaza Tugu, berhampiran Tugu Negara.

“Bagaimana pun sebelum diambil menjadi ahli seseorang itu perlulah bermain muzik bersama kami sekurang-kurangnya tiga kali,” kata pengasas TDC, Paul Lau ketika ditemui pada sidang akhbar Gegaran TDC di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), baru-baru ini.

Tambah Paul, matlamat TDC adalah untuk mengajak orang ramai bersama bermain alat muzik selain mewujudkan keserasian di kalangan semua ahli dan peminat.

Hari ini 30 Mei, TDC bersama 57 ahlinya buat pertama kali diberi peluang untuk beraksi di DFP membuat persembahan selama sejam dalam usaha memperkenalkan diri mereka kepada masyarakat.

“Biarpun sebelum ini kami ada membuat persembahan di tempat lain seperti di Kuala Lumpur Infrastructure Universiti Cologe (KLIUC), Bukit Jelutung, Shah Alam dan di Johor, DFP adalah pentas yang terbesar bagi kami,” jelas Paul.

Bagi Paul, kesudian DFP membuka ruang pentas kepada TDC adalah satu penghormatan.

Katanya, sepanjang sembilan tahun penubuhan TDC tidak pernah terfikir akan diberi peluang beraksi di pentas ternama itu.

Menyentuh mengenai persembahan mereka itu nanti, Paul berkata, antara lagu yang bakal mereka persembahkan adalah seperti Bomba, Calypso, Bhangra, Masquenada, Samba dan lagu-lagu tradisional.

Selain itu persembahan TDC malam itu juga diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan seperti Steve Thornton, White Percussion Unit, Drum Sifoni dan Wadaika Syo.






Pencarian rumah Rachel, Hayden


Pencarian rumah Rachel, Hayden



RACHEL BILSON



HUBUNGAN Rachel Bilson dan Hayden Christensen kembali bertaut dan pasangan ini sedang sibuk mencari rumah kediaman mereka di kawasan Los Angeles.

Pelakon The O.C dan Jumper itu dilihat sedang meneliti beberapa rumah sebelum berhenti menikmati makanan tengah hari.

Menurut sumber, selain sibuk mencari kediaman, Christensen juga sedang berdepan dengan rayuan samannya yang ditolak untuk mendakwa seorang penerbit TV siri komedi yang dipercayai mencuri ideanya.

"Christensen terpaksa membuat rayuan baru selepas rayuannya sebelum ini ditolak untuk melawan kes tersebut," kata sumber itu.

Pelakon dari Kanada itu bersama abangnya, Tove, telah mengambil tindakan guaman menentang eksekutif-eksekutif di USA Network yang menghasilkan siri komedi melalui idea mereka.

Adik-beradik Christensen mengatakan bahawa cadangan mereka untuk sebuah rancangan bertajuk Housecall, yang menceritakan tentang seorang doktor yang membuat lawatan ke rumah-rumah orang kaya dan terkenal telah ditiru dan ditukar menjadi Royal Pains lakonan Mark Feuerstein.



TOMOK BERNIKAH JULAI DEPAN-GAMBAR BAKAL ISTERI TOMOK

gambar bakal isteri tomok

Tomok dan kekasih hati

Tomok (nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail), 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan Siti Rahayu Abas, 32, pramugari Penerbangan Malaysia (MAS).

KISAH CINTA TOMOK – SITI RAHAYU

Tomok mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu secara tidak sengaja sebelum bertukar-tukar nombor telefon. Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa dan bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis.

Tomok juga tidak menyangka hubungan persahabatan yang terjalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin. biggrin

Mereka sebenarnya merancang untuk mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu lagi namun kerana sibuk dengan kerjaya, urusan perkahwinan terpaksa diuruskan sedikit demi sedikit sehingga tarikh sebenar, 1 Julai depan dipersetujui.

TARIKH MAJLIS BERLANGSUNG

Kad jemputan perkahwinannya sudah siap ditempah dan akan diedarkan dalam masa terdekat. 1 Julai, selepas majlis akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat, kenduri sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama keesokan harinya.

Majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media akan diadakan pada 6 Julai. Kenduri pihak keluarga Tomok pula akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapanya di Alam Damai, Cheras.

p/s: Cantik dan cute kan, bakal isteri Tomok ni. Ada lesung pipit lagi tu.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






TV AlHijrah ke seluruh negara

BARU enam bulan beroperasi, hasrat TV AlHijrah (TVAH) untuk ditonton penduduk negara ini secara menyeluruh akhirnya menjadi kenyataan apabila program stesen itu akan disiarkan di saluran 114 (Astro) bermula 1 Jun nanti. Kini, ia nyata bukan sekadar impian.

Diumumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Pusat Penyiaran Digital TVAH, baru-baru ini, memaklumkan dengan kerjasama dijalin, TVAH akan dapat diikuti lebih 13 juta penonton yang melanggan Astro.

"Oleh itu, TVAH juga secara tidak langsung menambah waktu siarannya dari 72 jam kepada 100 jam seminggu untuk memenuhi kehendak penonton. Malah, siaran hujung minggu juga bermula lebih awal iaitu jam 7 pagi, manakala Isnin hingga Khamis, jam 12 tengah hari.

"Apapun, bagi operasi permulaan ini TVAH akan bersiaran sehingga jam 12 tengah malam. Namun, yang pasti saya sangat gembira kerana penonton yang selama ini tertunggu-tunggu mahu menyaksikan siaran TVAH di Astro kini menjadi kenyataan.


"Seiring dengan tagline Segalanya Bermula Di Sini, TVAH menjanjikan program yang menarik untuk penonton termasuk pengisian mantap sepanjang Ramadan nanti. Malah, TVAH juga akan memperkenalkan program realiti TV baru pencarian pendakwah wanita, Solehah.


"Sesi uji bakat peserta yang berminat menonjolkan bakat mereka akan dilakukan sekitar Jun ini, manakala penyiarannya pula pada September depan. Sehubungan itu, ini adalah masa yang sesuai untuk TVAH menyediakan kandungan program Islam lebih kreatif," katanya.

Menurut Jamil Khir peluang TVAH disiarkan di Astro takkan dipersiakan dan stesen itu pastinya berusaha menyediakan rangkaian program terbaik yang merangkumi aspek keagamaan dan pembangunan rohani di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Mengulas mengenai program Solehah, beliau berkata pemilihan peserta berdasarkan kepada pengetahuan dalam bidang agama, pengetahuan am, kepetahan bercakap, ketajaman fikiran dan tinggi budi bahasa. Katanya penyertaan turut dibuat kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berminat.

Hadir sama di majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif TVAH, Bukhari Che Muda. Apapun, sebagai salah satu stesen TV percuma, dengan keluasan liputan siaran TVAH tidak lagi hanya dapat ditonton di Terengganu, Pahang, Lembah Klang, Utara Johor, Sabah dan Sarawak, tetapi bermula Jun ini tentunya ke seluruh negara tanpa sebarang halangan.

Sehubungan itu, antara program menarik disediakan TVAH bermula Jun ini ialah Madrasah ALHijrah yang akan menemui penonton pada 3 Jun, jam 7 pagi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad yang memperjelaskan aspek akidah, akhlak, syariah, al-Quran dan sunnah.

Tidak terkecuali, program Khidmat Syariah yang menyingkap soal hukum hakam agama yang mungkin kurang difahami masyarakat Islam sebelum ini akan disiarkan mulai 2 Jun, jam 9.30 malam. Bukan itu saja, program untuk kanak-kanak turut tidak dilupakan.

Mulai 3 Jun, program animasi kanak-kanak Miniscule akan disiarkan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, pada jam 5.20 petang. Namun, program Baby Khalifah lebih dulu disiarkan iaitu jam 5.15 petang. Tidak ketinggalan, program kanak-kanak My Three Daughters.

Drama bersiri menarik tempatan pula ialah Kitab Cinta yang disiarkan mulai 1 Jun, jam 8.30 malam setiap Rabu Khamis dan Jumaat. Diikuti drama Alauddin bermula 4 Jun ini, jam 8.30 malam serta Keluarga Adab pada 26 Jun, jam 8.30 malam.

Manakala, filem pula ialah Children Of Heaven pada 7 Jun, jam 9 malam. Selain itu, filem menarik lain seperti Ketika Cinta Bertasbih 1 disiarkan pada 14 Jun, jam 9 malam, Ketika Cinta Bertasbih 2 (21 Jun, 9 malam) dan Marathon (28 Jun, 9 malam).

Bagi program hiburan dan majalah ialah Studio Muallaf mulai 11 Jun, jam 10.30 malam. Diikuti, KL Bersalawat pada 12 Jun, jam 9.30 malam. Dokumentari menarik, Treasure Of The World – Heritage Of Mankind disiarkan setiap Jumaat, jam 10.30 malam dan program Reflection menemui penonton mulai 9 September, jam 1.30 petang.






Sweet Charity hargai peminat


Sweet Charity hargai peminat

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


MASIH berbisa. Sweet Charity masih diminati peminat kerana lagu-lagu malar segar mereka.



TEMPOH 40 tahun jika dihitung bukanlah satu jangka masa yang singkat. Pelbagai kenangan suka duka sebagai sebuah kumpulan rock dilalui sepanjang berada di dalam industri muzik tanah air. Sweet Charity, sebuah kumpulan rock legenda yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat genre rock sejak tahun 1970-an.

Justeru, bagi menghargai peminat yang telah sama-sama menempuh zaman kegemilangan Sweet Charity, kumpulan lagenda ini telah menghasilkan sebuah kenangan yang amat berharga buat peminat yang tidak jemu menyokong mereka selama ini.

Sebuah buku keluaran terhad yang diberi judul 40 Tahun Bagaikan Mimpi Sweet Charity telah diterbitkan dengan hasil kerjasama Rasamusic setebal 64 muka surat berserta cakera padat digital (DVD) dan audio cakera padat (CD)yang mengandungi perjalanan konsert Sweet Charity.

Apa yang menariknya ialah, kebanyakan foto-foto yang dilampirkan di dalam naskhah tersebut adalah hasil daripada koleksi peribadi kumpulan Sweet Charity dan vokalisnya, Ramli Sarip sendiri. Apa yang pasti, semestinya ia sangat istimewa kerana ia tidak dapat diperoleh daripada mana-mana pihak lain.

Dalam naskhah itu juga, dimasukkan kisah perjalanan dan kegemilangan kumpulan Sweet Charity sepanjang berada di dalam industri muzik Malaysia.

"Audio CD Konsert 40 Tahun Bagaikan Bermimpi Sweet Charity yang turut disertakan dengan buku ini adalah merupakan konsert yang telah dirakamkan ketika di Dewan Esplanade, Singapura pada 31 Mei 2009 lalu.

"Pejam celik, pejam celik tanpa saya sedari, Sweet Charity telah pun masuk tahun ke-40 dalam industri muzik tanah air. Saya bersyukur dan gembira kerana sehingga kini masih ramai yang menyokong dan bernafas dengan muzik-muzik kami," ceritanya ketika majlis pelancaran buku tersebut yang berlangsung di Hard Rock Café baru-baru ini.

Ingin menjadikan naskhah ini lebih berharga dan bermakna, buku edisi terhad ini hanya akan dicetak dan dijual sebanyak 2,500 salinan seluruh Malaysia dan jelas Ramli lagi, dia berharap buku ini akan menjadi satu peninggalan sejarah daripada Sweet Charity buat peminat yang sentiasa menyokong dan mengikuti perjalanan seni kumpulan mereka.

"Buku ini adalah sebagai membalas jasa peminat setia kami yang selama ini sentiasa menyokong sehingga berada ke tahap begini dan foto-foto tersebut merupakan hadiah kepada mereka untuk mengabdikannya sampai bila-bila secara eksklusif," tambah Ramli yang dikenali dengan gelaran Papa Rock Malaya.

Tambah Ramli, 40 tahun baginya merupakan satu angka yang cukup matang dan hanya menunggu masa yang sesuai bagi penghasilan buku tersebut.

"Sebelum ini memang kami tidak pernah terlintas di fikiran untuk menghasilkan buku ini sehinggalah pihak Rasamusic Sdn. Bhd. memberikan kami idea untuk meneruskan penerbitan buku 40 Tahun Bagaikan Mimpi Sweet Charity ini," jelas Ramli ketika diaju persoalan mengapa kini baru tercetus idea untuk menghasilkan buku tersebut.

Tambahnya, kesungguhan dan cetusan idea pengarah Rasamusic Sdn Bhd, Juriah Banding memikat hati mereka untuk bersetuju dengan perkara ini.

Buku serta DVD dan Audio CD Konsert 40 Tahun Bagaikan Bermimpi Sweet Charity yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. dan Element Design Studio Pte. Ltd. (Singapura) ini telah berada di pasaran dengan harga RM99.90 setiap naskhah.



Pelajar maahad tahfiz dakwa diliwat

Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah maahad tahfiz berusia 13 tahun, mendakwa diliwat oleh senior dalam satu kejadian di asrama sekolah persendirian itu di sini, baru-baru ini.

Selain menjadi mangsa liwat, pelajar terbabit turut mendakwa dibuli dan diugut dengan senjata tajam oleh beberapa orang seniornya sehingga dia nekad melarikan diri dari asrama sekolah itu.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa pelajar terlibat membuat laporan di Balai Polis Lakloh dekat sini, Selasa lalu.

Ibu pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Yah, 48, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam 10 Mei lalu, ketika anaknya tidur di asrama sekolah berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Krai.

Semasa memberitahu pemberita di sini, hari ini, Yah menyatakan, anaknya diliwat ketika tidur meniarap dan tidak dapat bertindak kerana badannya ditindih dari belakang.

Salma Raih 3.25 juta Undian SMS Penonton, Juara Mentor 5

Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.


Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.

“Apa yang membangkitkan semangat saya untuk berjaya adalah teguran daripada Kak Erra dengan melakukan latihan bersungguh-sungguh setelah melihat prestasi saya agak teruk pada peringkat separuh akhir,” kata Salma dalam satu sidang media.

Selepas memenangi program yang turut disiarkan secara langsung di TV3 itu, secara automatik Salma akan bergelar artis di bawah stesen televisyen itu sebelum bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

“Saya akan meneruskan minat dalam bidang nyanyian dan teringin untuk memiliki album sendiri. Dengan wang tunai yang saya dapat ini, mungkin saya akan merealisasikan impian saya.

“Saya juga merancang untuk membawa keluarga makan angin,” ujarnya lagi yang turut mengaku statusnya sebagai janda beranak satu.

Salma pernah berkahwin pada usia 17 tahun dan bercerai setahun selepas itu. Hasil perkahwinannya, dia dikurniakan seorang anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda berusia lebih tiga tahun.

Dengan kemenangan itu, Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
Datuk Sharifah Aini, Shiha mendapat tempat kedua manakala Edry dan Iqa di tempat ketiga.

Sementara Shiha membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 serta mentornya, penyanyi Datuk Sharifah Aini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah yang sama.

Tempat ketiga, Iqa dan mentornya, komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim juga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Ziana Zain.

Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Nursyila Mohd Khir yang menyanyikan lagu Oh Dimana dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

~ Mstar

Masih menanti sinar

Walaupun memiliki pakej lengkap, Shila belum dapat kecapi populariti seumpama bintang

PEMBABITAN gadis berbakat besar dalam dunia seni suara ini sudah mencecah hampir 12 tahun tetapi bintangnya hanya mula menampakkan sinar bergemerlapan dan semakin menjadi sebutan ramai tiga tahun lalu apabila mengambil langkah berani bersaing dalam rancangan realiti TV popular, One In A Million (OIAM).

Bagaimanapun sinar yang diharap berpanjangan seolah-olah hanya seketika sahaja. Diikutkan gadis ini juga memilik gaya, penampilan dan suara yang bagus. Beberapa lagu nyanyiannya juga popular.

Pemilik nama sebenar Nur Shahila Amir Amzah, 21 atau Shila Amzah mengakui entah kenapa dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mendapat tempat dan diterima peminat industri hiburan tanah air.

Meskipun sedar sesetengah bakat baru sama ada dalam nyanyian atau lakonan seakan-akan mudah mengecap populariti berbanding dirinya dahulu, Shila tidak pernah putus semangat dan menyifatkannya ketentuan rezeki masing-masing.

"Sejak dulu lagi Shila memang sentiasa berusaha keras untuk sampai ke tahap sekarang. Walaupun mengambil masa agak panjang untuk dikenali berbanding beberapa bakat baru dalam industri, namun dari segi lain Shila kaya pengalaman.

"Pengalaman dalam dunia seni tidak mampu di jual beli dan jarang penyanyi yang bermula seawal Shila bertapak lama dalam bidang ini," katanya dengan nada penuh bersemangat semasa ditemubual selepas sesi fotografi di Balai Berita.

Kini Shila mempelbagaikan kebolehannya dalam dunia seni apabila mula secara serius mengembangkan bakat dalam mencipta lagu. Mungkin tidak mencipta lagu untuk orang lain tetapi sekurang-kurangnya pada diri sendiri.
Terbaharu, Shila bakal muncul dengan single berjudul Patah Seribu. Lagu itu adalah ciptaan dan lirik yang ditulisnya sendiri. Single yang bakal dilancarkan bersama muzik video ini sudah lama disimpan lama iaitu lebih tiga tahun lalu.
"Patah Seribu mengisahkan perpisahan pasangan kekasih yang terpaksa melepaskan insan disayangi namun reda dengan ketentuan Tuhan.

"Shila sebenarnya peminat filem cinta, daripada filem berbentuk sebegitu Shila mendapat ilham menulis lirik lagu yang puitis dan mengadaptasikan kesedihan itu dalam lagu," jelasnya.

Gadis ini juga tidak segan silu untuk menimba ilmu penciptaan lagu dan lirik daripada mereka yang berjaya dan berpengalaman.

"Shila memang sudah lama berminat menulis dan mencipta lagu tetapi rasa takut dan kurang keyakinan sering menghantui Shila. Yang paling dirisaukan sama ada lagu Shila diterima peminat dan menepati kehendak dan cita rasa mereka.

"Aubrey Suwito dan rakan artis yang mahir mencipta lagu antaranya Ana Raffali, Aizat dan Awi Rafael banyak memberi galakan dan menjadi sumber inspirasi kepada Shila tampil berani mengetengahkan lagu karya sendiri." tambahnya.

Tumpuan kepada single terbaru

SELEPAS muncul dengan album Sha-Hila pada 2005 diikuti Bebaskanlah (2009), Shila memendamkan hasrat untuk menghasilkan album terbaharu. Sebaliknya, dia mahu memberi tumpuan terhadap single yang baru dihasilkannya iaitu Patah Seribu.

Walaupun tidak dinyatakan secara terus daripada mulutnya, tetapi memang ada raut kekecewaan ke atas sambutan albumnya itu biarpun dilindungi dengan senyuman manis.

Namun, Shila rasa syukur kerana hasil kerjasama bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor untuk projek khas menerusi album Tiga Suara mendapat maklum balas dan sambutan yang menggalakkan daripada peminat industri hiburan tanah air.

"Kebanyakan peminat menyukai gabungan vokal kami dan menggemari lagu-lagu yang terdapat dalam album ini. Malah cetakan pertama album ini habis dijual dan sehingga kini masih mendapat permintaan menggalakkan sehingga syarikat rakaman mengambil keputusan mengeluarkan cetakan kedua." ujarnya dengan nada gembira.

Selain sibuk dengan undangan nyanyian yang padat ketika, Shila meminati dunia fesyen dan kini berjinak-jinak mereka koleksi pakaiannya.

"Shila lebih selesa mengenakan pakaian rekaan sendiri kerana menepati cita rasa dan tampil yakin apabila menggayakannya.

"Buat masa ini Shila ada lebih 10 koleksi pakaian rekaan sendiri," katanya yang anggun menggayakan pakaian rekaan sendiri semasa sesi fotografi ini.

Abah banyak bagi sokongan

KE MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah ungkapan yang sesuai dikaitkan dengan dua beranak berdarah seni yang bakat mereka sememangnya tidak disangkal lagi.

Shila seperti menyambung legasi bapanya, N.D Lala atau Amir Amzah yang juga penyanyi, pengacara dan pelakon popular sekitar tahun 80-an hingga 90-an yang popular dengan lagu Diari YB dalam bidang seni hiburan.

Menyentuh mengenai sambutan Hari Bapa pada 19 Jun depan, Shila mengakui jarang melakukan kejutan untuk bapa tersayang kerana baginya setiap detik yang dilalui bersama sangat berharga dan dihargainya.

"Abah memang kuat bekerja dan sangat sibuk dengan perniagaannya hinggakan kami sekeluarga perlu membuat janji temu untuk mengajaknya keluar makan atau bercuti bersama.

"Pada usia 50 tahun abah bekerja semakin kuat. Kegigihannya membesarkan kami adik beradik memberi inspirasi kepada Shila untuk terus bekerja keras dalam bidang seni ini," kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Bagi Shila sukar untuk membalas jasa bapanya yang disifatkan sebagai seorang yang sangat mementingkan keluarga.

"Abah sangat memahami minat Shila dan banyak memberi dorongan. Sejak umur enam tahun abah hantar Shila ke kelas muzik dan belajar bermain piano dan gitar. Abah juga hantar Shila ke kelas tarian tradisional dan kontemporari kerana mahu Shila jadi penghibur serba boleh.

"Abah pun banyak membantu dalam penulisan lirik lagu kerana Shila agak lemah dalam penggunaan bahasa yang puitis. Jadi daripada abah Shila banyak belajar" katanya lagi.

Ditanya mengenai keinginan mengikut jejak langkah bapanya dalam dunia lakonan, dia masih belum bersedia dan tidak yakin mampu memberikan mutu lakonan yang baik walaupun ada menerima beberapa tawaran berlakon baru-baru ini.

"Kalau boleh Shila mahu memberikan sesuatu yang berkualiti supaya hasilnya memuaskan hati," katanya.

Baginya, perjalanan seni yang semakin berkembang mekar ini juga berkat sokongan padu bapanya yang tidak putus-putus memberikan nasihat, tunjuk ajar dan sokongan.

"Abah berpesan pada Shila, satu-satunya perkara yang mampu menggembirakannya apabila melihat kejayaan dan apa yang Shila hajati tercapai," katanya yang mencipta sejarah dalam dunia hiburan tanah air menjadi penyanyi pertama terpilih membuat persembahan di Konsert Asia Star Session di Festival Voice of Astana sempena acara penutup Sukan Musim Sejuk Asia 2011 di Kazakhstan Januari lalu.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






KMJ menguji 'cinta' Dafi dan Ana



KMJ menguji ‘cinta’ Dafi dan Ana

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR & SYADILA AMARI (Pelatih Politeknik Johor Bahru)


hi 02.1

Rey memujuk Rose yang sedang merajuk.



SELAMA ini Dafi dan Ana Raffali sering beraksi di pentas untuk menghiburkan para peminat dengan lagu-lagu mereka.

Bagaimanapun kali ini kedua-dua penyanyi muda itu, menampilkan sisi seni mereka yang berbeza iaitu beraksi di pentas sebagai pelakon menerusi teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa…60an (KMJ).

Ternyata Dafi dan Ana mempunyai bakat yang boleh diperkembangkan untuk dijadikan barisan pelakon pelapis walaupun tumpuan utama mereka adalah nyanyian.

Dafi yang pernah muncul dalam drama Hotel Mania dan Kau Dan Aku, berjaya menjiwai watak sebagai Rahman atau Rey, tahun 60-an yang menjalin hubungan dengan Rosnani atau Rose, lakonan Ana Raffali.

Menurut Dafi, beliau berpuas hati dengan persembahannya (malam prebiu) dan berharap mampu memberi komitmen yang sama sehingga selesai persembahan.

“Secara peribadi saya gembira kerana dapat memberikan persembahan yang terbaik untuk tontonan semua. KMJ merupakan teater pertama lakonan saya dan berharap mendapat sokongan daripada orang ramai,” katanya pada sidang akhbar malam prebiu untuk wartawan, Rabu lalu.

Sementara itu, Ana yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku dilihat begitu menjiwai watak Rose untuk era 60-an.

Sifat gedik yang ditonjolkan Ana menerusi watak Rose begitu menyerlah dan ia amat menghiburkan tatkala Rose berinteraksi dengan kumpulan pelajar nakal yang diketuai oleh Munir lakonan Arja Lee.

“Saya tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan ketika ini. Bagi saya ini adalah satu pengalaman indah kerana berpeluang melakukan sesuatu yang baru.

“Sepanjang bersama produksi teater ini saya banyak belajar daripada pengarah dan barisan pelakon lain. Teater ini juga mengajar saya dunia lakonan dan tarian,” katanya.

Selain itu, pujian juga perlu diberi kepada Arja yang membawa watak Munir setelah Gambit Saifullah digugurkan daripada produksi yang diterbitkan oleh Belbis Sdn. Bhd.

Gelagat Munir bersama rakan-rakannya,Sham( Zulfahmi Marzuki), Joe (Azrul Raja Lawak), Bob (Jamal Mohamad Equash ) dan Tahir (Ahmad Rafiandi Awang ) yang berlagak sebagai samseng kolej amat melucukan.

Munir yang suka mengusik Rose itu hanya berani dengan wanita tapi bila bersemuka dengan pelajar lelaki, dia akan mengarahkan Joe untuk ke depan.

Kumpulan Munir sering bertelagah dengan kumpulan Murni yang diketuai oleh Nani, lakonan Baby Erin. Lain-lain anggota kumpulan Murni adalah June (Norhana Othman), Rogayah (Siti Nor Khatijah ), Ita (Nur Arina) dan Induk (Molly).

Teater KMJ, arahan dan skrip oleh Lokman Ghani itu yang dipentaskan bermula 27 Mei hingga 5 Jun ini, bukan sekadar menonjolkan jalan cerita cinta terhalang antara Rey dan Rose, tapi turut mengetengahkan barisan lagu popular 60-an.

Lagu-lagu itu disampaikan oleh penyanyi asal iaitu Datuk Ahmad Jais (Bunga Ku Puja Dipetik Orang), A.Halim (Kisah Dan Tauladan), A. Rahman Onn (Cincin Emas), L.Ramli (Dara Pujaan), Fatimah M.Amin (Oh Teruna), J.Sham (Surat Untuk Mu), Hussein Ismail (Poniah) dan A.Rozainie (Kenangan Mengusik Jiwa).

Kata Lokman, lagu-lagu tersebut merupakan kesinambungan jalan cerita bagi menggambarkan senario pemegang watak ketika itu.

“KMJ digarap berdasarkan jalan cerita dan lagu-lagu yang diperdengar merupakan elemen untuk melengkapkan penceritaan. Tidak seperti teater Suzanna@60 yang saya arah pada 2006, di mana lagu-lagu merupakan tunjang cerita.

“Melihat pada komitmen pelakon, saya berpuas hati kerana setiap daripada mereka menghayati watak yang diberi. Kami akan pastikan sepanjang persembahan, penonton tidak akan merasa bosan sebaliknya terhibur dengan setiap gerak tari dan lagu yang dipersembah,” katanya.

Kombinasi pelakon baru dan lama yang dibuat oleh Lokman amat menarik kerana setiap daripada mereka mempunyai pengikut tersendiri dan sekali gus mampu mengumpul penonton daripada golongan muda dan tua.

Selain itu, kemunculan Latif Ibrahim yang melakonkan watak Rey masa kini yang mendendangkan lagu Kalau Berpacaran sebagai pembuka tirai pementasan sungguh menarik.

Tanpa penyanyi asal, Sohaimi Mior Hassan, Latif berjaya mendendangkan lagu tersebut dengan gaya tersendiri dan tidak mengecewakan para penonton.

Lain-lain pelakon yang menjayakan KMJ adalah Saida AF (Rose), Halil Chik (Azizan-2011), Liza Abdullah (Cik Puan Latifah), Radhi Khalid (Prof. Samad), Iqbal Mazlan (Azizan-60-an), Kenji Sawahi (Ah Kow), Jeganathan (Sammy), Saiful Azmi Jamsari (Rudy) dan A. Efendy Zasdar (Pak Mat).






Awal ada menegur

KEBELAKANGAN ini ada pelbagai cerita kurang senang timbul membabitkan pelakon jelita Scha Al-Yahya. Dia digosipkan hangat bercinta dengan pengacara Awal Shaari termasuk membabitkan kenyataannya dalam laman sosial Facebook (fb) mahupun Twitter.

Ekoran kenyataan yang ditulis itu, ia menyebabkan timbul salah faham antara dirinya dengan peminat dan rakan media sehinggakan ada pihak mula terasa hati dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya.

Bagaimanapun peluang bertemu dengannya sewaktu sidang media drama bersiri terbaru Dunia Kita yang diadakan di Restoran Alexis, Mid Valley, baru-baru ini, membolehkan pelakon yang sibuk menjalani penggambaran filem Papadom 2 itu menerangkan kedudukan sebenar.

Penjelasan itu juga diharapkan Scha dapat menghapuskan segala cerita kurang menyenangkan yang digembar-gemburkan sebelum ini sehingga ada pihak salah faham dan berkecil hati. Tegasnya, luahan dan kenyataan disiarkan menerusi laman sosial itu sebenarnya lebih kepada menerangkan keadaan sekiranya ada isu ditimbulkan mengenai dirinya.


"Apabila kenyataan dibuat secara bertulis, ada pihak membacanya dengan pelbagai andaian dan tafsiran sehingga boleh menimbulkan salah faham. Sebenarnya apa yang saya nyatakan itu lebih kepada memberitahu mengenai kedudukan sebenar," katanya.


Begitupun jelas Scha, ada juga kenyataan yang ditulis mendapat teguran daripada kekasih hatinya, Awal. Perkara sama juga turut dilakukan sekiranya Awal turut membuat perkara sama.

"Selalunya kalau saya tulis dan perkara itu dirasakan boleh menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak, Awal akan tegur dengan berkata saya tidak seharusnya berbuat demikian. Tapi biasanya ia sudah berlaku dan tiada apa yang boleh saya buat.

"Niat saya hanya satu untuk menerangkan perkara sebenar. Sebelum ia menjadi isu yang akan memberikan kesan buruk kepada diri saya lebih baik saya jelaskan kedudukan sebenar kepada umum mahupun peminat," jelasnya.

Jelas Scha lagi, dia bukan sengaja mahu menimbulkan isu atau kontroversi apatah lagi menyakiti hati mana-mana pihak. Sekiranya ada yang terasa hati dia dengan tangan terbuka memohon maaf.

Apabila membuat kenyataan secara terbuka di laman sosial ada pihak membuat andaian bahawa Scha yang semakin popular kini tidak boleh dikritik atau ditegur. Bagaimanapun perkara itu dinafikan juara Dewi Remaja 2006 ini.

"Siapalah saya sehingga tidak boleh dikritik atau ditegur. Hendak diikutkan pembabitan saya dalam dunia seni masih baru dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Jadi apa yang berlaku sebelum ini saya jadikan ia sebagai pengajaran.

"Waktu sama, saya tahu ada antara artis yang tidak boleh disentuh, ada yang selalu menjadi bahan kritik dan ada yang cuba menjauhkan diri. Saya tidak meletakkan diri saya dalam mana-mana kategori dan selagi saya mampu saya akan cuba memberikan kerjasama kepada semua pihak," katanya lagi.

Beralih topik kepada drama Dunia Kita bakal disiarkan setiap Jumaat di Astro Ria, bermula 27 Mei jam 9 malam, jelas Scha dia gembira apabila selepas tiga tahun bergelar pelakon kerana inilah kali pertama dia diberikan watak jauh berbeza berbanding apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Lebih istimewa dia turut bergandingan dengan Awal.

"Sebelum ini saya selalu diberikan watak gadis yang kasar atau tomboi, tetapi tidak dalam Dunia Kita apabila saya melakonkan watak Rania, seorang pelajar kolej yang manja dan gedik. Saya seronok apabila dapat melakonkan watak berbeza. Ia benar-benar mencabar. Begitupun saya puas, kerana Dunia Kita memberikan satu dimensi baru dalam kerjaya seni saya," katanya.

Bercerita pengalamannya berlakon di samping kekasih, Awal kata Scha, dia tidak menghadapi masalah kerana pernah bekerja bersama sewaktu membintangi drama Prebet Jamilah.

"Tidak dinafikan apabila bercinta ia sedikit sebanyak memudahkan saya untuk berlakon di samping Awal. Cuma dalam drama Dunia Kita, saya bukanlah memegang watak sebagai kekasih Awal, sebaliknya kami berkawan namun dalam waktu sama saya mempunyai perasaan terhadapnya.

"Menzahirkan rasa suka yang terpendam dalam hati juga sesuatu yang mencabar namun ia dapat dilaksanakan dengan baik atas bimbingan pengarah Michael Ang. Sebelum ini pun saya sudah biasa bekerja dengannya, dan saya faham apa yang dimahukan Michael. Apabila ada keserasian jadi permainan watak menjadi lebih mudah," katanya.

Satu perkara menarik yang diluahkan Scha, apabila secara jujur menjelaskan apabila berada di lokasi dia tidak menganggap Awal sebagai kekasih tetapi lebih kepada rakan sekerja.

"Harian Metro dalam ruangan RAP pernah menyiarkan artikel membabitkan kenyataan Awal yang menjelaskan sekiranya boleh dia tidak mahu berlakon bersama saya. Memetik kenyataan itu kembali seperti apa yang ditulis, dia berasa takut apabila melihat betapa seriusnya saya apabila berada di lokasi. Malah secara jujur Awal mengakui tidak mengenali saya apabila bekerjasama.

"Tapi itulah realitinya, saya memang serius apabila bekerja dan kalau boleh tidak mahu tumpuan saya terhadap penghayatan watak terganggu atau diganggu. Kalau berada di lokasi pun saya akan duduk jauh-jauh daripada Awal. Kelakar mendengar kenyataannya sebaik penggambaran selesai, kekasihnya sudah kembali ke perangai asal. Perkara itu membuatkan saya kadang-kadang tersenyum sendiri," katanya.

Bercerita lanjut mengenai Dunia Kita, kata Scha ia bukanlah kesinambungan kepada drama K.I.T.A, walaupun ia menampilkan watak sama. Cuma temanya masih berkisar mengenai persahabatan dan hubungan kekeluargaan. Scha juga seronok apabila berpeluang bergandingan dengan Datuk Jalaluddin Hassan. Menarik cerita ini, menampilkan corak persembahan berbeza apabila ia menampilkan elemen ala siri Korea yang kini semakin mendapat tempat.

Turut bergandingan bersama Scha dalam Dunia Kita, pemenang pertandingan Carefree Girl Bebaskan Bakatmu, Nur Amalina dan Marsha Londoh.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya
NAMA KOMERSIAL: Scha Al-Yahya
USIA: 25 tahun
TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983
TEMPAT LAHIR: Sungai Petani, Kedah
TINGGI: 5 kaki 7 inci
BERAT: 50 kg
KERJA: Pelakon, pengacara dan model.
FILEM: Antoofighter, Histeria, Papadom, Amukan Drakulat, Histeria (Alissa), Papadom, Evolusi KL Drift 2, Dimensi Cinta, Libas, Adik Manja Returns, * Aku Bukan Tomboy, Awan Dania the Movie, Lemas Dalam Cinta.
RANCANGAN TV: Sehati Sejiwa, Astro On Demand, Sehati Berdansa Musim 3 dan Kata Kau?
DRAMA: Impian Illyana, Sadiq & Co., Honeyz, Bella, Awan Dania, Prebet Jamilan, Kita, Dunia Kita, Bella, Honeyz, K.I.T.A, Luna Fantasiku
MINUMAN KEGEMARAN: Jus Tembikai
WARNA PILIHAN: Putih
ARTIS KEGEMARAN: Vanidah Imran, Afdlin Shauki, Johnny Depp, Julia Roberts
TEMPAT KEGEMARAN: Club Med, Cherating
IDOLA: Tun Dr Mahathir
GELARAN: Juara Dewi Remaja 2006.






Anggun Tak Malu Pamer Indentiti Indonesia

PENYANYI Indonesia, Anggun C Sasmi memberitahu bahawa dia tinggal di London berikutan mengikut suaminya yang bekerja di sana.

“Saya tinggal di sana bersama suami dan anak saya, saya keluar dari Indonesia bukan beerti saya melupakan negara ini dan derhaka.

“Malah setiap konsert atau persembahan saya di sana saya tetap akan membawa identiti Indonesia dan alat muzik gesek khas dari indonesia,” tuturnya kepada KapanLagi.com.

Tambah Anggun, dari segi penampilan yang ditonjolkan selama ini di negara luar adalah identiti Indonesia dan dia sangat berbangga dengan itu.





Helen Mirren Wanita Terseksi Diusia 65 Tahun

helen Helen Mirren

USIA lanjut tidak bererti sudah tidak sesuai untuk kelihatan seksi. Aktres Helen Mirren yang kini sudah berusia 65 tahun baru sahaja dinobatkan sebagai Wanita Terseksi.

Dalam undian yang dibuat oleh isme.com, wanita cantik ini menduduki tangga tertinggi dalam kategori ‘Wanita Terseksi di Atas 50 Tahun’.

Mirren bersaing snegit dengan model Twinggy, 61, yang berada di kedudukan kedua. Kedua-dua bintang ini diikuti Joanna Lumley di tempat ketiga dan Kim Cattrall, 54.

Beberapa bintang lain yang juga berada di urutan 20 wanita terseksi ‘istimewa’ ini adalah Michelle Pfeiffer, Emma Thompson, dan Lorraine Kelly.

“Berusia 50 tahun tak berarti kita tak lagi fashionable dan menjadi seksi,” ujar Pengarah isme.com, Sara Prowse.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact