Loloq harta terbaik industri seni

hi 03.1

DARI kiri: Ramli Sarip, Datuk M.Nasir, Ella dan Tam Spider memberi penghormatan dengan menyanyikan lagu-lagu karya Allahyarham Loloq.



BIARPUN sudah lebih tiga tahun dia pergi mengadap Ilahi, namun sumbangan penulis lirik terkenal iaitu Rosli Khamis atau lebih sinonim dengan nama Loloq dalam industri nyanyian ternyata tidak terkira.

Sepanjang hayatnya, arwah yang telah meninggal dunia pada 30 Januari 2008 telah menulis kira-kira 2,000 lirik lagu dan sudah tentu ia merupakan satu pencapaian yang agak sukar untuk ditandingi.

Bagi mengenang jasanya sebagai seorang penulis lirik yang cukup berprolifik tinggi, maka satu inisiatif telah diambil dengan menganjurkan satu konsert khas iaitu Konsert Untukmu Loloq.

Diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 22 hingga 24 April yang lalu, ia telah dijayakan secara bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Badan Kesenian Mindef dan Global Network Entertainment Sdn. Bhd.

Lebih menarik lagi, ia turut dijayakan oleh empat orang penyanyi popular tanah air yang selama ini diketahui banyak menyanyikan lagu yang dihasilkan oleh Loloq iaitu M.Nasir, Ramli Sarip, Ella dan kumpulan Spider.

Berlangsung selama hampir dua jam, peminat yang hadir menyaksikan konsert berkenaan telah dihiburkan dengan lagu-lagu seperti Nuri, Bagaikan Puteri (Ella), Andalusia, Apokalips (M.Nasir), Syair Laila, Majnun (Ramli Sarip), Aladin dan Cinta Dewa Dewi (Spider).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut meluangkan masa untuk hadir menyaksikan konsert berkenaan berkata, konsert yang dianjurkan itu adalah satu bentuk pengiktirafan buat Loloq yang banyak memberikan sumbangan kepada industri nyanyian di negara ini.

"Sebelum ini tiada mana-mana pihak yang mengambil inisiatif untuk memberi pengiktirafan kepada allahyarham. Jadi, pihak KPKK dan Badan Kesenian Kementerian Pertahanan mengambil keputusan untuk menganjurkan konsert ini untuk memberi penghargaan kepadanya.

"Sebahagian daripada penjualan tiket konsert yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut ini akan disumbangkan kepada keluarga allahyarham terutamanya untuk perbelanjaan pembelajaran anak-anaknya," jelasnya selepas konsert berakhir.

Ujar Zahid lagi, beliau juga turut mengenali penulis lirik berkenaan melalui M. Nasir dan Ramli Sarip ketika sama-sama menyertai konvoi kembara Merdeka sempena Tahun Melawat Malaysia pada Julai 2007.

Sebak

Beliau turut menyifatkan pemergian Loloq sebagai satu kehilangan yang sangat berharga dan menganggap Loloq sebagai sebutir permata yang berkilauan di pentas seni tanah air menerusi hasil karyanya yang cukup indah, puitis, bernas dan bermutu.

Biarpun hanya berlangsung selama tiga hari sahaja, namun konsert yang menampilkan nama-nama besar itu tetap berlangsung dengan jayanya melalui satu persembahan yang cukup memukau dan tidak mengecewakan.

Malah, penyanyi utama kumpulan Spider iaitu Tam tidak dapat menyanyikan salah sebuah lagu dengan baik pada malam persembahan untuk tetamu jemputan dan pihak media kerana berasa sangat sebak.

"Mungkin ramai yang menyangka saya terlupa lirik, tetapi yang sebenarnya saya memang sebak dan perkara itu memang tidak disengajakan. Lagipun sewaktu latihan tidak pula terjadi seperti malam ini.

"Memang selama ini kumpulan Spider selalu bekerjasama dengan allahyarham dan begitu banyak kenangan yang sukar untuk dilupakan. Malah, saya sangat berterima kasih kerana kami diberi peluang untuk menjayakan konsert ini," ujar Tam.

Sementara Ella yang turut menjayakan konsert berkenaan pula menyatakan sehingga kini masih belum ada lagi individu yang mampu menggantikan tempat Loloq sebagai seorang penulis lirik yang hebat dan istimewa.

Biarpun secara peribadi menganggap Loloq sebagai seorang individu yang kelakar, namun dia merasakan penulis lirik itu adalah seorang insan yang cukup unik kerana setiap hasil karyanya sangat bernilai dan mempunyai maksud yang tersendiri.

"Banyak perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang bekerjasama dengannya. Pada masa yang sama saya rasa sangat beruntung kerana mendapat bimbingan daripadanya dan bertuah kerana segala ilmu yang dicurahkan memang sangat bermakna," ujarnya.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Burger kukus bakal dikomersialkan

9026130

Iftitah Food Services, syarikat memasarkan produk burger kukus Jalan Rejang (BKJR) berhasrat membina restoran menyediakan perkhidmatan pandu laju selaras menaik taraf tempat jualan agar setanding jenama terkemuka dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Pengarah Urusannya, Rosmizan Ramli berkata, perancangan ini adalah langkah pengembangan bagi mengukuhkan lagi jenama agar tidak menjadikan kawasan tepi jalan sebagai destinasi utama bagi menjual produk itu dijangka menggunakan pelaburan mencecah RM2 juta.

"Burger kukus kami adalah berlainan daripada produk yang ada dan setakat ini berjaya menghasilkan purata jualan serendah RM350 sehari, "katanya.

Menurutnya, Burger BKJR kini beroperasi menerusi lapan rakan niaga yang menjual di kawasan kampus Cyberjaya, Taman Melati, Taman Melewar Gombak, Samudera Gombak, dan perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Rosmizan berkata, syarikat itu ditubuhkan menerusi kerjasama bersama seorang rakan dengan modal permulaan serendah RM28,000 menggunakan wang simpanan peribadi selepas 10 tahun menimba pengalaman kerja dalam bidang itu di syarikat jualan makanan segera terkemuka sebelum ini.

Beliau berkata, lokasi mendapat paling mendapat sambutan setakat ini adalah jualan menerusi rakan niaga sekitar kampus di Cyberjaya dan UPSI selain Taman Melawati, Gombak.

"Orang ramai yang berminat ingin menjadi rakan niaga adalah dialu-alukan tetapi bergantung kepada syarat dan syarikat berhak menolak jika tidak menepati peraturan yang ditetapkan," katanya yang sedang melihat Cheras, Shah Alam dan Puchong sebagai lokasi pilihan akan datang.

Modal permulaan diperlukan adalah RM10,000 dan mereka perlu mengambil stok daripada syarikat.

Katanya, antara rahsia burger kukus menjanjikan kelainan adalah kerana cara penyediaannya berbeza.

"Kami mempunyai resipi tersendiri menggunakan kaedah mengukus bagi mengekalkan kualiti rasa dan daging seperti ayam dipanggang bagi membangkitkan lebih aroma," katanya yang juga menjual oblong dan sosej sebagai pelengkap hidangan.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Insurans Kaki Mariah Carey $1 Billion!

mariah carrey leg insurance gillete campaign

Pelik tapi benar, Mariah Carey, penyanyi popular Amerika, mempunyai insurans untuk kakinya dengan nilai insurans yang paling mahal iaitu USD 1 Billion. Mariah Carey memiliki insurans kaki ketika dia menyertai Gillette's "Legs Of A Goddess" campaign, dalam tahun 2006, jika tidak silap. Insurans kaki Mariah Carey adalah yang paling mahal buat setakat ini, berbanding David Beckham, pemain bola sepak ( $70 million ).

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Anugerah Penuntut Terbaik Milik Hadi

tltb Hadi yang dididik oleh Mas Idayu berjaya menjuari program Tiada Lama Tiada Baru

KUALA LUMPUR: Peserta dari Sabah, Hadi Jaidi berjaya merangkul anugerah Penuntut Terbaik pada kemuncak program terbitan RTM, Tiada Lama Tiada Baharu Satu Satunya (TLTB SS) yang diadakan secara langsung pada pukul 9 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Jumaat.

Hadi yang dididik oleh Mas Idayu (yang menjadi ikon Hadi) mengalahkan saingan terdekatnya Ashraf yang mendapat Persembahan Terbaik dan Hamim (Penuntut Contoh) dengan menerima hadiah sebuah kereta Proton Persona.

Ashraf dan Hamim masing masing mempunyai ikon mereka sendiri iaitu Datuk M. Daud Kilau dan Datuk David Arumugam.

Menurut Hadi, dia bersyukur mempunyai ikon Mas Idayu yang banyak mengajar selok belok nyanyian untuk mendapat persembahan nyanyian yang terbaik.

“Mas Idayu seorang pengajar yang baik dan kerana dia saya berjaya. Dia mengajar saya menjadi seorang yang berdisiplin.

“Malah ketika peserta lain diberi cuti rehat, Mas Idayu mengambil saya dari tempat tinggal peserta pada pukul 10 malam sehingga dan sanggup mengajar saya sehingga pukul lima pagi. Saya percaya, itu satu pengorbanan yang besar,” katanya.

Selain itu bagi kategori Muka Iras Artis pula, Masri berjaya mendapat tempat pertama diikuti pula dengan Epul dan Nurul (tempat kedua) serta Faz (tempat ketiga).

Masri yang memiliki wajah seperti penyanyi Mus May itu berharap agar satu hari nanti dia berpeluang untuk berduet bersama dalam mana-mana persembahan nyanyian.

“Saya masuk pertandingan ini pun sebab rakan-rakan memberitahu yang saya memiliki wajah iras Mus dan tak sangka pula saya dinobatkan sebagai juara Muka Iras.

“Walaupun memiliki wajah iras Mus, saya tetap mempunyai personaliti yang berbeza dengan penyanyi rock itu kerana tidak mahu nanti orang mengata saya sebagai Mus Tiruan,” selorohnya yang merupakan seorang juruteknik audio di sebuah syarikat swasta.

Dalam pada itu, penyanyi Uji Rashid mendapat undian melalui Sistem pesanan Ringkas (SMS) dengan mendapat anugerah Ikon paling Popular.

Pemenang telah menerima sebuah trofi serta barangan yang ditaja oleh Ancasa Hotel & Spa, Habib Jewel, Proton, Walit Gold, Micheal & guys, Jatimas, Mac dan Poto Travel & Tours.

Menerusi saluran TV1, program TLTB SS yang merupakan sebuah program realiti berbentuk hiburan yang berkonsepkan pencarian bintang realiti yang mencungkil bakat-bakat baru dibawah bimbingan ikon masing-masing dan pada masa yang sama mencari wajah seperti selebriti hiburan tempatan yang sedia ada.

Para peserta diberi pendedahan dengan mengaplikasikan ilmu pembelajaran khususnya dengan memberi fokus terhadap muzik, nyanyian dan tarian.

Para penuntut akan diberi pendekatan kursus ala 'Luar Kampus' selama 11 minggu oleh ikon terpilih seperti Datuk Jeffrydin, Noraniza Idris, Mas Idayu, Datuk David Arumugam, Datuj DJ dave, Hail Amir, Uji Rashid, Datuk M.Daud Kilau, Ramlah Ram, Aishah






Al Rajhi Gold-i diperkenalkan

9023367

Al Rajhi Bank, perbankan Islam terbesar di dunia memperkenalkan produk pelaburan terbarunya, Al Rajhi Gold-i yang membenarkan pelanggannya melabur dalam bentuk emas fizikal.

Pengarah Perbankan Runcitnya, Sabry Ghouse berkata, emas diimport khas dari Switzerland dengan 999.9 fizikal tulen ini menawarkan beberapa keistimewaan termasuk pelaburan logam dengan harga sebenar, mudah dibeli dan dijual serta kepelbagaian aset untuk meminimumkan risiko dan pemilikan pelaburan persendirian.

"Keunikan logam jenis ini telah terbukti dapat melindungi nilai wang sejak beribu tahun dahulu. Dengan Al Rajhi, pelanggan kini boleh melabur serta-merta dalam bentuk emas fizikal yang dapat memberi nilai kepada sesebuah pelaburan terutamanya semasa keadaan ekonomi tidak menentu.

"Selain itu, Al Rajhi turut melindungi kepentingan pelanggan melalui prinsip perdagangan Musawamah yang diiktiraf secara global oleh syariah," katanya selepas Majlis Pelancaran Al Rajhi Gold-i, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, Al Rajhi menjadikan individu mempunyai minat mendalam terhadap pelaburan aset merangkumi jongkong fizikal emas dan wafer sebagai alternatif lain pelaburan sebagai kumpulan sasaran produk terbarunya ini.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Perbankan Mewah, Yasmin Junus berkata, lebih 70 peratus permintaan pasaran emas dunia datang daripada pembeli yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan kemas.

"Manakala, kurang daripada 20 peratus pelabur emas adalah pelabur individu. Dengan memperkenalkan Gold-i, ia diharap dapat memberi kesedaran kepada pelabur bahawa pelaburan emas dapat memberi lebih nilai pada masa akan datang," katanya.

Melalui statistik Pertubuhan Emas Dunia tahun lalu, permintaan pasaran emas utama adalah untuk penghasilan barang kemas, malah, pasaran Asia sendiri melihatkan pertumbuhan di mana jumlah pelanggan tahunan meningkat 66 peratus berbanding tahun lalu.

Dengan harga emas serendah RM800 untuk lima gram hingga lebih RM160,000 untuk satu kilogram, Al Rajhi turut menyediakan kelebihan untuk pelanggan awal seperti perlindungan insurans bersama Takaful dan pengasingan stor simpanan.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Shera Berdebar Mahu Jadi Tunang Zahiril

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Shera Aiyob, 25, berdebar menghitung hari untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya pelakon Zahiril Adzim, 27, pada 1 Mei ini, di kediamannya di Ipoh, Perak.

Tambah Shera, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal setelah mengambil keputusan untuk melangkah ke satu fasa baru dalam hidupnya.

"Sebelum buat keputusan ini saya sudah fikir banyak kali dan saya pasti keputusan ini betul.

"Jika bercakap tentang rezeki, memandangkan saya juga baru bertapak dalam dunia lakonan. Saya yakin ia tidak akan terjejas kerana semua itu kuasa Allah," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi filem Karak, di sini, Khamis.

Kata Shera, biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan namun menurutnya, mereka ingin mendirikan rumah tangga akhir tahun ini.

"Pada awalnya saya tidak mahu bertunang kerana lebih suka terus bernikah tetapi disebabkan saya anak pertama dalam keluarga sudah tentu mereka mahu ia dilakukan mengikut adat.

"Segala urusan pertunangan sudah siap diuruskan oleh saya dan keluarga di kampung," katanya.

Menurut Shera, dia bakal mengayakan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna merah jambu manakala pelamin ditaja oleh Zaid ID.

"Alhamdullilah, ramai yang sudi untuk menaja pertunangan kami seperti Hatta Dolmat yang akan membuat baju pertunangan saya, pelamin daripada Zaid ID dan solekan dari Ezan Omar," katanya.

Bercerita tentang bakal tunangannya, dia memberitahu Zahiril seorang lelaki yang sangat bertanggung jawab, matang dan serasi bersamanya.

"Saya melihat dia seorang yang serius ketika berkawan dengan saya berbanding kawan lelaki sebelum ini.

"Bila dia melamar saya, saya tahu dia bersungguh-sungguh dan sudah tentu saya menerimanya, kebanyakkan lelaki hanya bercakap soal kahwin di mulut sahaja sedangkan mereka tidak bersungguh-sungguh ke arah itu.





Maharaja Lawak: Giliran Jihan Tersingkir

jihan Jihan ketika melakukan persembahannya buat kali terakhir

KUALA LUMPUR: Peserta tunggal wanita, Jihan Musa terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu kelima program tersebut, Jumaat.

Jihan yang mendapat undian terendah iaitu 23 markah pada persembahan malam tersebut mengakui sudah menjangkakan penyingkirannya berikutan persembahan yang tidak konsisten pada setiap minggu.

“Saya bersyukur kerana tersingkir pada minggu yang kelima kerana tidak menyangka akan sampai ketahap ini. Saya dapat rasakan akan terkeluar pada malam ini kerana persaingan minggu ini semakin sengit.

“Saya juga setuju dengan pendapat juri bahawa persembahan saya tidak begitu konsisten pada setiap minggu,” katanya ketika ditemui selesai pertandingan Maharaja Lawak minggu kelima ini.

balas Kumpulan Balas

Tambah Jihan, dia juga mengakui kekurangan masa untuk membuat persediaan berikutan terpaksa memberi komitmen kepada kerja sehariannya.

“Saya akui faktor sekeliling dan kekurangan masa juga sebagai salah satu punca saya tidak memberi yang terbaik.

“Saya masih lagi bekerja di pejabat berbanding peserta lain yang sememangnya sepenuh masa sebagai pelakon, faktor sekeliling mereka banyak menyumbang kepada idea-idea yang lebih kreatif,” katanya yang masih bertugas di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

jambu Jambu antara peserta kegemaran dalam Maharaja Lawak.

Pada malam pertandingan tersebut, seperti biasa, Jozan, Jambu, Sepah dan Nabil menjadi peserta kegemaran berjaya membuatkan para penonton serta juri bergelak ketawa tanpa henti.

Menurut Pengurus Astro Prima, Nizam Sani, persembahan yang diberikan oleh peserta setiap minggu semakin sengit.

“Apa yang saya lihat persembahan mereka semakin sengit, peserta kegemaran seperti Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu juga tidak menghampakan.

“Peserta kegemaran ini perlu membuat yang terbaik kerana jangkaan kepada mereka sangat tinggi. Jika tidak menepati jangkaan juri mereka akan menerima kritikan teruk seperti persembahan Jozan pada minggu pertama.






Hattan lepas geram di padang



Hattan lepas geram di padang

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


hi 01.1

GAYA hayunan Hattan seperti seorang pemain golf profesional.



GOLF merupakan salah satu sukan yang dikategorikan berkelas atasan. Tidak semua orang mampu atau mempunyai peluang bermain golf.

Biasanya mereka yang bermain golf terdiri daripada golongan elit. Ia termasuklah kalangan artis yang inginkan sesuatu di sebaliknya.

Bagi mereka, sukan itu bukan setakat kerana status, tetapi ia mampu memberi manfaat termasuklah peluang melepaskan tekanan di padang golf.

Hattan, misalnya merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon tempatan yang mempunyai hobi bermain golf sejak 10 tahun lalu. Hobinya itu kekal sehingga kini.

Bagi pemilik nama Mohd. Shukri Shahabudin itu, dia dapat merasai kepuasan apabila berada di padang golf biarpun terpaksa menghadapi cuaca panas terik.

"Bermain golf dapat menghilangkan rasa marah atau tertekan. Saya seolah-olah mencabar diri saya sendiri apabila bermain golf.

"Selain melepaskan geram sama ada daripada segi pukulan, saya juga dapat menenangkan fikiran yang sedang bercelaru.

"Pada masa sama, ia dapat merehatkan minda dengan pemandangan sekeliling yang menghijau dan mendamaikan jiwa," katanya kepada S3.

Pada pertemuan di Kelab Golf Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini, artis berusia 46 tahun itu sekali lagi menunjukkan bakatnya dalam bidang itu.

Persekitaran yang menghijau dengan bukit-bukit kecil dan kawasan kampung yang mengelilingi padang golf itu memang cukup mendamaikan.

Sebab itu, tidak hairanlah penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Memburu Rindu ini tidak pernah jemu bermain golf.

Malah, padang golf yang terletak di belakang rumah ibunya, Hindon Mat Sani, 71, itu antara tempat kegemarannya sejak dulu.

"Saya pernah bermain golf sehingga ke Perth, Australia dan Jakarta, Indonesia tetapi ini adalah antara padang golf kegemaran saya.

"Bagaimanapun, bak kata orang lain padang lain cabarannya daripada segi landskap, cuaca dan kemudahan yang disediakan.

"Saya suka padang golf di sini kerana saya sukakan suasana kampung. Secara tidak langsung saya dapat pulang bercuti dan bersenam di kampung.

"Sebabnya, padang golf yang ada 18 lubang biasanya memerlukan saya berjalan sehingga sembilan kilometer dalam masa lima jam," ujarnya.

Jelas Hattan, bermain golf dapat memenuhi masa lapangnya dengan aktiviti yang menyihatkan badan, selain mengeratkan hubungan silaturrahim.

Dia yang berasal dari Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan sering menggunakan peluang bermain golf itu bersama anaknya, Adam Eiman.

Sambil tidak menafikan hobi bermain golf turut menjadi pilihan anak tunggalnya itu, ia juga ruang untuknya mengisi masa bersama-sama.

"Saya dapati Adam juga meminati sukan golf. Saya selalu bermain dengannya. Saya suka dia main golf dan beri galakan kerana usianya masih muda.

"Pada kesempatan itu, saya bukan sahaja boleh mengajar dia bermain golf, malah pada masa sama dapat mendengar masalahnya.

"Adam kini belajar di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban dan tinggal di asrama. Saya jarang berjumpa dengannya.

"Jadi, apabila ada kesempatan seperti ini secara tidak langsung ia akan mengeratkan lagi hubungan saya sebagai bapa dengan anaknya," tuturnya.

Berhandikap 14 dalam sukan golf, Hattan berkata, dia bermain golf bukan sekadar ikut-ikutan sahaja.

Sebaliknya, bermain golf pernah menimbulkan kegilaan terhadapnya sewaktu di awal pembabitannya dalam sukan tersebut.

"Sewaktu mula bermain golf saya memang rasa teruja sangat sehinggakan saya pernah bermain dengan kawan-kawan setiap hari.

"Saya dapati golf sesuai untuk saya walaupun pada usia yang semakin meningkat. Ini kerana, sukan itu agak relaks. Cuma minda sahaja yang perlu aktif.

"Contohnya, dalam membuat perkiraan dan strategi bagi memastikan bola golf masuk ke lubang. Semua itu mencabar diri saya.

"Dulu saya suka main bola sepak tetapi apabila semakin berusia, hendak berlari laju sedikit pun sudah terasa semput," ujarnya sambil ketawa.

Petang itu, bekas penyanyi kumpulan rock FRU itu sekali lagi membawa anaknya yang bercuti hujung minggu sambil bermain golf bersama-samanya.

Adam Eiman sudah tidak kekok menghayun batang golf yang mempunyai pelbagai jenis saiz dan kegunaan hasil tunjuk ajar bapanya itu.

Dia yang bercita-cita menceburi sukan golf tidak menafikan minat itu banyak didorong oleh bapanya yang melihat prospek cerah sukan tersebut.

"Untuk peringkat permulaan saya akan cuba menyertai mana-mana pertandingan golf remaja yang akan diadakan.

"Kalau ada peluang saya mahu menyertai atau mewakili sekolah ataupun pertandingan golf remaja peringkat Negeri Sembilan," katanya.

Selepas bermain golf, dua beranak itu menaiki kereta pacuan empat roda menuju ke kediaman mereka yang terletak tidak jauh dari situ.

Rumah agam empat bilik di atas tanah pusaka keluarganya dengan kos pembinaan mencecah RM300,000 itu merupakan aset baru Hattan.

Ia bolehlah dianggap sebagai rumah persinggahan penyanyi yang dilahirkan pada 21 Disember 1964 setiap kali pulang ke kampungnya itu.






Jodoh Imam Muda Asyraf usaha rakan sebilik

Kredibilitinya sebagai seorang pemimpin nyata terserlah dan tidak salah percaturan apabila namanya dijulang sebagai juara program realiti dakwah Imam Muda, yang pertama.


Bukan sahaja seorang anak muda yang murah dengan senyuman, tetapi Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 27, juga merupakan individu yang mudah didekati.

Tidak dinafikan, anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini punya aura selaku seorang pendakwah.

Berpeluang menemuinya baru-baru ini bersama isteri tersayang, Nur Husna Yusoff, 24, ternyata Asyraf seorang yang santai dan penuh humor ketika berbicara.

Setelah hampir sembilan bulan menyandang gelaran Imam Muda, ramai sudah sedia maklum akan personaliti graduan Sarjana Muda Usuluddin dan Fiqh dari Universiti Malaya (UM) ini.

Untuk itu, apa kata kita singkap pula kisah rumahtangganya yang didirikan pada 14 Februari 2010.

Mengikut cerita pasangan muda ini, baik Asyraf mahupun Husna, kedua-duanya tidak pernah mengenali antara satu sama lain walaupun belajar dalam universiti yang sama.

Malah menurut Asyraf, mereka telah dipertemukan oleh rakan baik mereka yang ingin menyatukan mereka.

"Kiranya kami merupakan pasangan match make yang mana adik kepada kawan saya, berkawan baik dengan isteri saya ketika itu.

"Memandangkan sebelum ini saya pernah bergurau mengatakan tidak berkawan dengan sesiapa dan tidak menyangka pula kawan serumah saya menganggap ia satu perkara yang serius.

"Dalam hal ini, kawan serumah sebenarnya yang beria-ria hendak mempertemukan kami sedangkan kami ketika itu memang tidak mengenali antara satu sama lain,'' ujarnya sambil tersenyum.

Tambahnya lagi, selepas pertama kali dipertemukan, masing-masing tidak bertegur sapa. Ia berakhir setakat itu sahaja tanpa sebarang pesanan apatah lagi hendak bertukar-tukar nombor telefon.

Selepas beberapa bulan masing-masing mendiamkan diri, akhirnya Asyraf mengambil keputusan untuk memulakan salam perkenalan.

Bagaimanapun Asyraf memberitahu bahawa sistem pesanan ringkas (SMS) yang pertama dihantar kepada Husna tanpa disengajakan tetapi ia tidak mendapat respons.

Apabila ditanya bila SMSnya berbalas, dengan jujur Asyraf memberitahu dia tidak mengingatinya tetapi selepas SMSnya yang pertama tidak berjawab dia mencuba pula mengirim e-mel.

Tanpa disedari bila bermulanya detik perkenalan, akhirnya sedar tak sedar sudah setahun persahabatan mereka terjalin.

"Jujur saya katakan, kami tidak menyedari bila persahabatan antara kami bermula dan dalam sedar tak sedar sudah setahun.

"Sepanjang persahabatan, kami tidak pernah keluar berdua melainkan ditemani rakan-rakan. Husna sememangnya seorang yang amat pemalu,'' ujarnya lagi.

Berbicara lanjut mengenai perkenalannya, Asyraf terus terang memberitahu bahawa sebelum berkawan dengan Husna, dia pernah berkawan dengan perempuan lain tetapi tidak lebih daripada seorang sahabat.

Berbalik kepada ceritanya bersama Husna, segala-galanya berlaku tanpa dirancang. akhirnya tanpa sebarang persediaan dan persiapan akhirnya mereka telah disatukan atas persetujuan bersama.

Walaupun perancangan awal mereka memilih penghujung Jun 2010 untuk disatukan, tetapi apa yang berlaku ada hikmahnya.

''Jika ikut perancangan, kami cadang antara Jun hingga Disember untuk tarikh perkahwinan kami, tetapi segala-galanya telah ditentukan-Nya.

''Alhamdulillah, kami disatukan pada Februari dan saya rasa sekiranya belum, mungkin sehingga hari ini kami masih lagi belum bergelar suami isteri,'' katanya lagi.

Sementara itu, Husna yang ditemui memang merupakan seorang yang pemalu.

Selain tutur katanya yang lemah lembut, Husna juga dilihat seorang isteri yang begitu manja malah mereka sememangnya pasangan yang serasi.

Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, pasangan ini begitu bahagia melayari bahtera perkahwinan yang sudah pasti disulam dengan cinta sejati.

Suami Kelam Kabut, Zila (AF4) Mengidam Rojak 1 Pagi

Along Cham

PETALING JAYA: Pelakon komedi Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, tidak dapat melupakan peristiwa pelik apabila isterinya, penyanyi Zila (AF4) yang mengandung dua bulan tiba-tiba mengidam rojak buah pada pukul 1 pagi.

Kata Along, permintaan Zila itu membuatkan dia menjadi kelam kabut demi menunaikan hasrat isterinya itu yang mengandung anak pertama hasil perkahwinan mereka.

“Sejak dua bulan hamil, saya tidak berdepan sebarang masalah besar dengan Zila. Cuma ada satu insiden yang saya tidak boleh lupa tentang permintaannya baru-baru ini.

“Ketika kami sedang berehat di rumah, secara tiba-tiba dia mengidam hendak makan rojak buah pada pukul 1 pagi.

“Apa lagi, kelam-kabut saya dibuatnya untuk mencari rojak di waktu itu. Saya terpaksa tanya pada kawan-kawan di merata tempat. Mujurlah, saya dapat juga rojak itu di kawasan Setapak, (Kuala Lumpur)” katanya.

Mengulas tentang keadaan isterinya sejak disahkan hamil, Along berkata: “Zila berada dalam keadaan yang baik. Cuma, apa yang saya nampak selera makannya bertambah. Saya cukup menitikberatkan aspek pemakanannya.

“Selain itu, dia juga semakin manja sejak mengandung. Apabila saya keluar bekerja, dia akan berhubung dengan saya sekerap mungkin, tapi saya senang dengan keadaan itu.”

Along dan Zila Seeron pada hari perkahwinan mereka 23 Januari tahun lalu.

Sempat bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Along mengakui rezekinya semakin murah selepas berkahwin.

Selain sibuk dengan penggambaran drama, filem dan program televisyen, hujung minggunya juga dipenuhi pelbagai pertunjukan pentas dan majlis makan malam.

“Sebelum ini, ada orang cakap, nama dan rezeki artis akan merudum selepas berkahwin tetapi lain pula ceritanya dengan kes saya.

“Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah dan kerjaya kian berkembang sejak berumah tangga.

“Selain memenuhi persembahan pentas pada hujung minggu, saya juga sedang bersiap sedia untuk memulakan penggambaran filem Adnan Semp-it 2 pada awal Mei nanti,” katanya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan di Masjid Jamek Al-Amin, Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan pada 23 Januari 2010.



Siti Sarah disahkan hamil

Siti Sarah disahkan hamil

hi 01.1


SUDAH lumrah bagi setiap pasangan yang berumah tangga, pastinya yang paling dinantikan adalah untuk memiliki cahaya mata. Malah, ada yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.

Bagaimanapun, Shahmira Mohamed atau Shuib dan Siti Sarah Raisuddin pastinya antara pasangan suami isteri yang sangat beruntung. Biarpun usia perkahwinan mereka baru dua bulan, tetapi dikhabarkan Siti Sarah sudah pun disahkan mengandung.

"Alhamdulillah, memang kini saya telah mengandung dan usia kandungan saya pula hampir mencecah usia dua bulan. Tentunya ini adalah saat yang sangat dinantikan.

"Lagipun saya dan Shuib tidak pernah merancang sama ada mahu ada anak cepat atau lambat. Kami sendiri tidak kisah kalau dikurniakan anak terlalu awal," ujarnya ketika ditemui pada sidang media filem Man Sewel Datang KL yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim di Hulu Klang, Selangor Selasa lepas.

Menurut Siti Sarah, dia sendiri tidak sedar dirinya sudah berbadan dua sehinggalah dia mengalami keletihan dan muntah-muntah ketika menjalani penggambaran filem tersebut baru-baru ini.

Ujarnya lagi, pada hari terakhir penggambaran filem berkenaan, dia telah meminta Shuib membawanya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.

"Pada mulanya saya ingatkan perut saya masuk angin, tetapi setelah menjalani pemeriksaan, kami berdua mendapat berita yang sangat gembira apabila saya telah disahkan mengandung," ungkapnya.

Ketika ditanya apakah makanan yang paling dia mengidam setelah mengandung, Siti Sarah memberitahu ketika ini dia sangat gemar memakan buah oren.

Jelasnya, sebelum ini dia bukanlah penggemar utama buah tersebut, namun semenjak mengandung dia perlu memakan buah oren atau minum jus oren pada setiap pagi.

"Saya sangat bersyukur kerana layanan suami terhadap saya juga bertambah baik. Bukannya sebelum ini tidak baik, tetapi kini dia memang benar-benar menjaga dan mengambil berat terhadap diri saya.

"Malah, sekarang ini pun kalau tak ada sebarang undangan nyanyian, saya akan ikut dia pergi jalani penggambaran atau pun latihan Maharaja Lawak kerana dia risau untuk tinggalkan saya keseorangan di rumah," jelasnya.

Menurutnya lagi, tentang tarikh kelahiran pula, doktor menjangkakan dia akan melahirkan anak pada bulan Disember ini.

Sementara itu, Shuib yang setia berada di sisi isterinya sepanjang sesi temu bual berlangsung memberitahu, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya setelah isteri yang tercinta disahkan telah mengandung ketika ini.

"Semasa dalam perjalanan menghantar isteri saya ke klinik, sebenarnya saya dapat rasa yang isteri saya ini sudah berbadan dua. Cuma saya tidak mahu beritahu dia kerana tidak mahu terlampau berharap sangat.

"Kemudian, setelah telah doktor mengesahkan yang isteri saya memang mengandung, sayalah orang yang paling gembira sekali. Depan doktor juga saya menangis dan peluk isteri saya," ujarnya.

hi 01.2


Tentang jumlah anak yang mereka inginkan pula, Shuib menjelaskan dia berharap sekurang-kurangnya dianugerahkan dengan empat orang anak.

Menyanyi dan berlakon

Meskipun sudah berumah tangga dan kini disahkan sudah berbadan dua, namun ia langsung tidak menghalang Siti Sarah untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni.

Ujarnya, ketika ini dia kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan makan malam dan baru sahaja selesai membuat persembahan untuk Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur.

"Tidak dinafikan selepas berumah tangga ni memang rezeki semakin bertambah dan baru-baru ini kami digandingkan pula bersama dalam sebuah filem. Tentang pembikinan album baru, memang sudah ada perancangan ke arah itu, namun buat masa ini saya akan keluarkan single terlebih dahulu," jelasnya.

Mengenai pembabitannya dalam bidang lakonan pula, setakat ini saya tidak berdepan dengan sebarang masalah besar. Biarpun berlakon, karier dalam bidang nyanyian akan tetap diteruskan.

"Ramai yang sudah tahu ayah saya adalah seorang pelakon, malah boleh dikatakan saya membesar dalam dunia lakonan kerana sering ikut ayah kalau dia ada penggambaran.

"Jadi, minat untuk berlakon memang sudah ada sejak dari dulu lagi. Kemudian apabila sudah mula menceburinya, saya rasa jadi makin seronok pula," ujarnya.

Stephen Chow

Umum mengetahui, ketika ini Shuib bersama kumpulannya iaitu Sepah sedang bersaing sengit dalam program Maharaja Lawak yang sudah pun masuk minggu kelima.

Selain itu, kumpulan berkenaan juga turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Bujang Sepah Lalalitamplom yang ke udara di saluran Astro Prima sebelum ini.

Biarpun kini namanya dikenali ramai sebagai seorang pelawak, tetapi anak kelahiran Johor itu juga sebenarnya mempunyai impian yang tersendiri.

"Sebenarnya saya sangat berminat untuk menjadi seorang pengarah dan sudah tentu pilihan filem atau drama arahan saya nanti adalah yang bergenre komedi.

"Salah seorang pengarah yang paling saya minati adalah Stephen Chow yang juga seorang pelakon. Dia memang jadi idola saya kerana filem lakonan dan arahannya sangat mengagumkan saya," ujarnya.

Bagaimanapun, Shuib menjelaskan impian tersebut mungkin akan dapat dilaksanakan apabila dia benar-benar sudah lama berada dalam bidang lakonan.

"Buat masa ini saya dikira masih lagi baru dan banyak lagi benda yang saya harus pelajari terutamanya tentang selok-belok dunia perfileman sebelum menceburi bidang pengarahan pula," ujarnya.






2 AM di Kuala Lumpur

INDUSTRI muzik Korea atau lebih dikenali sebagai K-pop sememangnya menjadi perhatian penggemar muzik di seluruh dunia ketika ini.

Namun, berbanding penyanyi solo, artis berkumpulan di sana dikatakan lebih sukses dan popular sebagaimana populariti diraih Beast dan Super Junior.

Seperkara yang menarik mengenai kebanyakan kumpulan K-pop, mereka bagaikan produk kecantikan yang tampil dengan pakej mempesona.

Tidak hanya rupawan, mereka didatangkan dengan penghasilan muzik yang hebat serta koreografi mendebarkan. Begitu juga fesyen unik dan berani sehingga menjadi ikutan ramai.


Pun begitu, hanya segelintir kumpulan K-pop yang mampu menyanyi secara langsung dengan baik dan salah satu�nya adalah kumpulan empat pemuda yang menamakan diri mereka 2AM.


Akhbar South Korean melalui kajian yang dilakukan baru-baru ini mengumumkan 2AM yang dianggotai Jung Jinwoon, 20, Jo Kwon, 22, Im Seulong, 24, dan Changmin, 25, sebagai kumpulan vokal terbaik.

Mengulas kejayaan itu, Seulong berkata, pengumuman itu satu penghargaan besar buat mereka kerana berpendapat industri muzik K-pop begitu kompetitif dengan terdapatnya pelbagai kumpulan yang hebat.

Justeru, sesiapapun boleh dianggap yang terbaik.

"Nasib mungkin menyebelahi 2AM kerana kami adalah kumpulan harmoni di mana kami lebih memberi penekanan dari segi nyanyian vokal berbanding tarian," katanya.

Jinwoon yang meminati kumpulan Hoobastank mencelah untuk terus kekal dan diingati, menuntut pengorbanan yang sangat tinggi daripada mereka.

Tambahan pula industri K-pop sentiasa berganti wajah.

"Nampak seperti kami menempa populariti dengan mudah akan tetapi proses
di sebaliknya amat memenat�kan. Kami mengambil masa selama beberapa tahun untuk berlatih sebelum bersedia merakamkan album.

"Tetapi kerana persaingan yang begitu sengit membuatkan kami perlu menjadi orang yang kreatif bukan saja dari segi penghasilan lagu, tetapi secara keseluruhannya," katanya.

Memetik kenyataan dalam satu temubual eksklusif antara 2AM dan majalah tempatan, kumpulan berasal dari Korea Selatan ini sempat bercerita mengenai album Saint o'Clock yang membawa perubahan besar dari segi muzik, sekali gus berbeza dengan konsep album sebelum ini.

"Kami suka album ini jika mengambil kira dari segi lagunya. Pun begitu, menyentuh soal imej kami lebih sukakan imej sekarang kerana ia mempamerkan kematangan kami," katanya.

Dalam temu bual itu turut disingkap rahsia siapa yang mempunyai keperibadian yang paling berbeza di depan dan belakang kamera. Ternyata mereka sepakat memilih Seulong.

Kata Jinwoon, kalau peminat lihat Seulong di televisyen, dia kelihatan sangat tenang dan tampan.

Bagaimanapun, kenyataan sebenar di luar, dia seorang yang sangat lucu, kata Jinwoon.

Ditubuhkan hampir empat tahun lalu, semua pemuda ini bertuah kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga.

Sinonim dengan genre balada, 2AM yang juga duta Samsung, Pepsi dan BHC Chicken, bakal membuktikan kehebatan mereka kepada peminat dan penggemar muzik tempatan pada 21 Mei sempena DiGi Live K-pop 2AM Showcase.

Konsert anjuran DiGi Telecommunications Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu akan berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, jam 6 petang.

Popular dengan lagu Can't Let You Go Even If I Die dan This Song, 2AM yang sememangnya terkenal dengan kemantapan vokal mereka, khabarnya sibuk mengadakan konsert jelajah seluruh Asia.

Konsert bertujuan menghargai pelanggan setia DiGi Telecommunications dan Universal Music turut dimanfaatkan 2AM untuk mempromosikan album studio mereka, Saint o'Clock.

Sementara itu, Ketua Segmen Pemasaran DiGi, Moharmustaqeem Mohamad mengakui terkejut dengan sambutan peminat K-pop di Malaysia.

"Kami memberikan cabaran kepada peminat DiGi Youths sekiranya mereka membantu kami mencapai sasaran 147,000 peminat untuk akaun Facebook kami, kami akan membawa 2AM datang ke Malaysia. Tidak sangka dalam masa empat hari, kami sudah mencapai sasaran itu.

"Tiket untuk menyaksikan 2AM dibuka untuk pratempahan pada 17 April lalu di 1Utama. Sebanyak 434 tiket ditempah dalam masa empat jam. Malah, kepada siapa yang sudah membuat tempahan tiket, boleh menebusnya bermula 21 April hingga
1 Mei di kedai DiGi di Berjaya Times Square dan Sunway Pyramid.

"Bagi peminat yang belum membuat tempahan, anda juga boleh membeli terus dari kedai DiGi di dua premis itu bermula 21 April hingga 20 Mei," katanya.

Bagi yang ingin berinteraksi secara peribadi dengan 2AM, pelanggan prabayar dan pasca bayar perlu menambah nilai sebanyak RM50 melalui flexi e-load dan mengaktifkan DiGiMusic Pluz hanya RM5 untuk mendapatkan satu tiket menyaksikan showcase itu.

Sementara untuk sesi autograf pada 20 Mei, peminat hanya perlu menambah nilai RM30 serta memenangi dua tiket bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan 2AM pada 21 Mei.

Bagi yang menambah nilai RM50, mereka berpeluang bertemu dan berinteraksi secara peribadi dengan 2AM. Untuk mengetahui secara lanjut mengenai DiGi Live K-pop 2AM Showcase, layari www.facebook.com/DiGiYouths dan www.universalmusic.com.my.






Video maharaja lawak minggu ke 5















# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Astro First beri untung

KEWUJUDAN Astro First pada pertengahan Januari lalu disambut baik oleh produser tempatan kerana menambah pendapatan mereka. Sudah banyak filem terbaru ditayangkan selepas dua minggu menemui peminat.

Namun dalam laporan Rap kelmarin, produser M Jamil menolak filem terbarunya, Momok Jangan Panggil Aku ditayangkan Astro First (Saluran 480) selepas masuk panggung 5 Mei nanti.

Menurutnya, dia membuat keputusan itu kerana melihat sudah tiada lagi hak eksklusif untuk filem Melayu dan berasakan ia budaya kurang sihat.

Sebagai produser, M Jamil berkata, dia bebas membuat keputusan sendiri.


Bagaimanapun, dua produser yang dihubungi tidak bersetuju dengan kenyataan beliau.


Kata mereka, Astro First tidak perlu dianggap sebagai 'pengacau' sebaliknya satu alternatif menarik dan menguntungkan buat produser yang mahu mencari pulangan tambahan selain dari pawagam.

Produser pengedaran JAS Sdn Bhd yang menerbitkan filem …Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman, berkata kewujudan Astro First banyak membantu menjana keuntungan tambahan buat produser kerana tidak ramai orang suka menonton di pawagam.

"Untuk golongan yang tidak suka ke pawagam, mereka lebih suka menunggu tayangan di Astro First selepas dua minggu sesebuah filem ditayangkan.

"Mereka tak perlu lagi tunggu pada hari raya yang biasanya akan diisi dengan tayangan filem di pawagam. Dakwaan Astro First punca kutipan di pawagam terjejas juga tak benar kerana produser akan dapat hasilnya apabila filem mereka ditayangkan di saluran itu.

"Penonton yang melanggan Astro First perlu membayar RM15 dan sebahagian kutipan akan diserahkan kepada produser.

"Sistemnya sama seperti pawagam dan di sini ia tidak menjejaskan apa-apa pun. Bahkan, ia lebih membantu produser menjana keuntungan lebih.

"Astro First menggunakan mekanisme terbaru dalam gaya hidup di negara kita.

"Sebenarnya yang rugi adalah pengusaha panggung kerana mereka lebih utamakan orang luar dari produk sendiri. Cuba mereka bagi ruang untuk filem kita. Seharusnya peng�usaha pawagam bagi ruang filem tempatan tapi semuanya nak buat bisnes semata-mata.

"Jadi, apa yang Astro First buat ini juga adalah bisnes yang membantu keuntungan produser tempatan," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut filemnya …Dalam Botol sudah ditayangkan menerusi Astro First dan Raja Azmi sudah mengecapi keuntungan tambahan.

Dia tidak berasakan keputusan menayangkan di Astro First menjejaskan minat orang ke pawagam.

"Bagi saya mereka yang tengok wayang dan tengok TV adalah sasaran berbeza.

"Apapun terpulanglah kerana setiap produser yang ada hak masing-masing. Asto First tidak pernah memaksa tapi yang penting kita ada cara alternatif untuk mendapatkan untung," katanya.

Sama seperti Raja Azmi, produser MIG Productions Sdn Bhd, David Teo bersetuju setiap produser punyai hak sendiri memilih atau menolak tawaran Astro First.

Namun sebagai individu yang sudah lama menghitung kerugian dan keuntungan dalam pembuatan filem, David �berpendapat Astro First lebih menolong mengembalikan semula keuntungan kepada produser.

"Bagi filem yang kutip bawah RM4 juta, produser mesti masuk Astro First untuk tambah pendapatan. Ia tak jejaskan kutipan di pawagam.

"Tapi terpulanglah pada produser buat keputusan kerana ada orang tak mahu untung lebih. Memang ada produser yang lebih utamakan panggung.

"Sebagai pengedar untuk filem ini juga, Momok Jangan Panggil Aku, saya sudah bagi penerangan kepada M Jamil supaya dia faham keburukan dan kebaikannya tapi ahli lembaga pengarah syarikat ini buat keputusan tak nak masuk. Saya hormati keputusan mereka.

"Produser lama pun sokong Astro First sepatutnya orang baru lebih lagi. Saya tak masuk pun masih boleh hidup tapi mereka yang tak masuk, akan rugi. Orang nak tolong kita buat untung, mengapa nak tolak?" katanya.

Norman Abdul Halim dari KRU Studios pula berkata, mereka mendapat keuntungan berlipat ganda apabila memilih menayangkan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) menerusi Astro First.

"Terpulanglah kepada setiap produser untuk buat keputusan. Ini satu terma perniagaan yang perlu diterima atau tidak oleh kita. Bagi kami ia tak beri kesan buruk pada tayangan HMM di pawagam walaupun penonton tahu kami akan tayangkan di Astro First. Tayangan di pawagam dan Astro First sama hangat. Malah sambutan untuk DVD juga hebat apabila dijual lebih 50 ribu unit.

"Ini menunjukkan Astro First buka pasaran baru kerana orang yang pergi tengok wayang pun masih menonton di rumah.

"Saya rasa memang ada kesan psikologi kerana menonton di pawagam dan rumah berbeza. Tapi semuanya bergantung kepada penonton sendiri. Namun, jangan anggap Astro First negatif," katanya.






Bayi Kembar Sazzy Falak Lahir Secara Pembedahan

sazzy

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Sazzy Falak selamat melahirkan bayi kembar perempuan iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 8 pagi Khamis.

Suami Sazzy, Nazril Idrus yang dihubungi berkata, kedua-dua bayi tersebut dilahirkan secara pembedahan dengan berat yang sama iaitu dua kilogram.

Katanya, dia bersyukur setelah proses kelahiran dua bayi kembar sulungnya itu berjalan lancar walaupun impiannya untuk melihat Sazzy bersalin secara normal tidak kesampaian.

“Syukur alhamdulillah, saya gembira isteri dan dua anak kembar saya selamat.

“Ketika di dalam bilik bedah, saya rasa proses untuk kelahiran berlaku dengan begitu pantas. Mungkin kerana saya teruja dengan keadaan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, apa yang lebih membahagiakan Nazril ialah kelahiran dua anak kembarnya itu jatuh pada hari lahirnya dan menganggap ia satu hadiah yang paling bermakna buat dirinya.

Sementara itu, ditanya pula mengenai keadaan Sazzy, kata Nazril isterinya begitu gembira dan sedikit letih selepas melalui proses pembedahan.

Sazzy dan dua anak kembanya akan keluar wad pada Ahad ini dan bakal mengadakan kenduri doa selamat tidak lama lagi.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada November 2006.






Wings Bersatu Dalam Konsert Opera Hidup


Published: Jumaat April 29, 2011 MYT 1:51:00 PM
Updated: Jumaat April 29, 2011 MYT 2:17:16 PM

Aksi memukau Wings dalam Konsert Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya yang akan bermula malam ini hingga 2 Mei. – Foto M. AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wings yang kali terakhir muncul dengan album Naga Kramat (2002), hampir sembilan tahun berjanji untuk mengeluarkan album penuh mereka tidak lama lagi.

Menurut Awie, dia dan tiga lagi anggota Wings iaitu Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) memang sudah merancang untuk tampil dengan album baru tetapi perkara itu terpaksa ditangguhkan selama ini ekoran kesibukan masing-masing.

“Kami akan mengeluarkan album penuh terbaru tidak lama lagi. Kali terakhir kami muncul dengan album pun kira-kira sembilan tahun lalu.

“Kalau diikutkan Joe sudah ada beberapa lagu yang hanya menunggu saya untuk memasukkan vokal saja. Berkemungkinan, kami akan keluarkan single dulu,” katanya.

Awie bersama Joe (kiri) dan Eddie dalam lagu pembukaan, Opera Hidup.

Sementara itu, kumpulan rock yang berusia 25 tahun itu terus membuktikan keunggulan mereka menerusi persembahan memukau dalam Konsert Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya, malam Khamis.

Dalam konsert selama lebih dua jam itu, Wings mempersembahkan 19 buah lagu popular mereka antaranya Sejati, Taman Rashidah Utama, Hukum Karma, Biru Mata Hitamku, Bernafas Dalam Almari, Ranggi Metropolis, Biarkan Berlalu dan Lena Diulit Intan.

Tidak hanya tampil berempat, persembahan mereka turut diserikan dengan kemunculan istimewa bekas anggota kumpulan itu termasuk Mel (vokalis 1995-1996), Mus (vokalis 1996-2001), Sham (gitar 1985-1987) dan Jojet (1990-1993).

Vokal Awie memukau sepanjang konsert selama lebih dua jam.

Antara selebriti yang turut kelihatan pada konsert tersebut adalah penyanyi Hattan, pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid, pemuzik Edrie Hashim dan bekas bintang bola sepak kebangsaan Zainal Abidin Hassan.

Persembahan Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan itu dipimpin oleh konduktor Mustafa Fuzer Nawi.

Konsert Wings Opera Hidup Rockestra akan bermula pada malam ini sehingga 2 Mei di Istana Budaya.

Memandangkan tiket-tiket untuk empat malam itu telah habis dijual, peminat yang tidak berpeluang untuk menonton di Istana Budaya masih boleh melanggan ‘Live Streaming’ konsert ini menerusi Asyik.TV.

Awie bersama dua bekas vokalis Wings iaitu Mus (tengah) dan Mel.

Untuk melanggan pakej ini, sila layari laman web rasmi Wings iaitu www.sayap2wings.com, Asyik.TV atau hubungi 019-2537575.

Konsert Opera Hidup Rockestra dianjurkan oleh Bombay Worldwide, Anggerik Event dan Red On Black.



Sarimah masih sendiri

  • Sarimah Ibrahim

  • SARIMAH dan Misha Omar semakin semangat ceburi teater.

Menaruh harapan ditemukan lelaki sejati, simpan impian menjadi ibu

DI SEBALIK wajahnya yang senyum ceria, terselit hati duka lara. Lincah pergerakannya, petah bicaranya itulah cara Sarimah Ibrahim menyorokkan jiwanya yang bergolak.

Bergolak mengenai kehidupan peribadinya. Baru-baru ini, dia muncul dengan wajah manis mengenakan kebaya hitam bersesuaian dengan karakter yang bakal dibawa dalam pementasan Nyonya nanti dan wanita berdarah Melayu – Irish berusia 33 tahun, Sarimah Ibrahim yang mengaku sudah dua tahun hidup bersendirian.

Mencari teman pengubat duka

JAUH di sanubarinya, dia teringin sekali untuk bergelar ibu. Andai dipertemukan jodohnya sekali lagi, Sarimah mengimpikan lelaki yang mampu menjadi seorang bapa yang baik. Dia tidak mahu lelaki yang mendekatinya sekadar untuk suka-suka.

Kenyataan itu seakan-akan membayangkan kesunyian hati wanita yang tinggal di kota ini sendirian kerana keluarganya jauh di Ireland. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia cukup teruja melihat kanak-kanak. Lalu dia mahu lelaki yang mendekatinya memiliki perasaan sama.

"Memang saya mengaku ada yang cuba mendekati tetapi kebanyakan mereka memiliki sikap yang pelik. Apabila mengenali saya, mereka inginkan Sarimah yang mereka lihat di kaca televisyen. Mereka seakan tidak boleh menerima apabila karakter saya bertukar. Saya cuma manusia biasa, ada waktunya saya juga bersedih dan ada ketikanya saya juga boleh marah dan kadang-kadang saya juga sakit.
"Tapi mereka seakan tidak boleh terima. Mereka hanya mahukan Sarimah yang sempurna seperti dalam televisyen. Ibaratnya jika hingus saya meleleh, mereka akan tinggalkan saya. Selalunya hubungan saya dengan lelaki hanya baik untuk tempoh sebulan dua, selepas memasuki bulan kedua atau ketiga, ia akan berakhir.

"Saya memang berharap dipertemukan dengan lelaki yang boleh terima diri saya yang sebenar. Bagaimanapun yang penting sekarang, saya mahukan lelaki yang ikhlas sukakan kanak-kanak supaya dia boleh melayan anak kami dengan baik nanti.

"Saya mengaku sedang berkawan dengan beberapa lelaki, tetapi saya masih perlu mengenali hati mereka," katanya yang berkata luka hatinya sudah terubat.

Saat rumah tangganya dilanda badai, Sarimah akui dirinya bagaikan orang sasau. Pernah terlintas untuk melakukan tindakan bodoh. Hidupnya seakan kosong, tetapi setelah dua tahun, luka itu sudah sembuh sepenuhnya.

Baru-baru ini, ketika terserempak dengan bekas suaminya, Sarimah tidak mempunyai masalah untuk bertegur sapa. Fikirannya bagai sudah diprogram bahawa lelaki yang berada di depannya itu hanyalah rakan lama, sedangkan sebelum ini mereka pernah berkongsi hidup.

Berikutan pengalaman gagal dalam rumah tangga, Sarimah menjadi tempat peminatnya meluahkan perasaan di laman twitter artis itu. Perkara itu membuahkan idea kepadanya menerbitkan sebuah kapsul berkaitan perhubungan cinta dan rumah tangga yang masih lagi dalam perbincangan.

Semangat bermain teater

BUAT sekian kali, dua wanita ini bakal bergandingan dalam sebuah pementasan yang ditangani penerbit sama CTRA Production. Jika sebelum ini mereka hanya memegang peranan kecil dalam muzikal Tun Mahathir. Kali ini, watak yang diberikan kepada mereka untuk Mak Dara Nyonya lebih besar.

Sekalipun tidak dijanjikan bayaran lumayan oleh penerbitnya Siti Rohayah Attan, namun Sarimah Ibrahim dan Misha Omar tetap berbesar hati menerima tawaran daripada penggiat teater itu kerana mengambil kira pengalaman tidak ternilai yang dapat ditimba mereka.

Bertemu dengan mereka baru-baru ini di majlis pelancaran teater yang bakal mengangkat kisah pengasas jamu terkemuka, Ibu Halimah yang terkenal dengan produk jamu jenama Mak Dara, Sarimah rancak bercerita mengenai cita dan keinginan. Manakala, Misha pula lebih banyak berkongsi kisah kerjayanya.

Kedua-duanya mengaku, semangat untuk bermain teater meluap-luap sejak muncul dalam Muzikal Tun Mahathir.

Sarimah berpendapat kerajaan seharusnya mewujudkan lebih banyak sekolah teater supaya masyarakat dapat mengenali dan mempelajari teater dengan lebih mendalam.

"Selepas muzikal Tun Mahathir, saya seperti diserang penyakit ingin naik pentas teater. Saya beritahu kepada penerbit iaitu Kak Roy (Siti Rohayah Attan), saya mahu berlakon jika ada watak yang bersesuaian dengan saya.

"Kebetulan dua bulan lalu, saya diberikan skrip untuk Mak Dara Nyonya, selepas membaca skripnya, saya amat tertarik kerana akan membawakan watak anak saudara yang gilakan harta.

"Saya tak kisah sekalipun Kak Roy kata tidak mampu memberi kami bayaran yang lumayan. Wang memang penting tetapi ada masanya wang bukan segala-galanya nya kerana pengalaman yang dikutip itu lebih penting buat saya," katanya.

Mak Dara Nyonya diarahkan oleh Rosminah Tahir akan dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang pada 6-12 Julai. Ia menampilkan dua cerita iaitu mengenai pahit getir hidup Mak Dara serta kisah Nyonya yang pernah dipentaskan sebanyak tiga kali sebelum ini.

Selain Sarimah dan Misha, pementasan itu juga akan dibarisi oleh beberapa wajah lain iaitu Tania Zainal pemegang watak Nyona, Zaifri Husin sebagai Tuan, Khatijah Ibrahim dan Sherry Abdullah. Manakala watak Mak Dara masih lagi dalam proses pencarian.

Bukan anak emas

SELEPAS muzikal Gamat, nama Misha dan CTRA Production bagaikan cukup sinonim. Satu demi satu tawaran diterimanya dari syarikat produksi yang sama, namun Misha menafikan dia anak emas Siti Rohayah.

Biarpun tidak dijanjikan bayaran yang lumayan, seperti Sarimah, Misha juga tidak mengharapkan semua itu.

Kata Misha, jika hati tidak ikhlas, jangan melangkah ke dunia teater kerana pentas teater bukan medan untuk membuat duit, sebaliknya ia menjadi tempat untuk menggali ilmu dalam bidang lakonan.

"Saya akan terus berlakon dan berlakon, saya tidak kisah mengenai soal bayaran. Bagi saya, pelakon teater lebih jujur kerana apabila terjun dalam bidang ini, kami perlu korbankan segala-galanya. Ini disebabkan kebanyakan waktu dihabiskan untuk sesi latihan menyebabkan kami tidak boleh menerima tawaran lain dalam satu masa.

"Walaupun pernah melalui pengalaman yang kurang menggembirakan tetapi saya tidak akan sesekali serik. Saya anggap apa saja pengalaman pahit yang pernah saya lalui sebagai satu proses pembelajaran," kata Misha yang juga akan memegang watak anak saudara untuk naskah Nyonya nukilan Wisran Hadi.

Gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini turut memberitahu, jadualnya hingga hujung tahun ini sudah pun padat terisi. Mei ini, dia akan kembali sibuk di studio untuk merakamkan lagu bagi album keempatnya. Manakala latihan untuk pementasan ini pula akan menyusul pada Jun sebelum pementasannya pada Julai nanti. Single pertamanya pula dijangka akan mula dapat didengari selepas Aidilfitri nanti

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Naik pelamin tahun depan

SEPERTI yang pernah dijanjikan tatkala lemas diulit persoalan peribadi, jika benar ketentuan dirinya bertemu jodoh, ia tidak sekali disembunyikan.

Lantas, tanggal 29 Mei depan Kelab Ekuestrian Bukit Kiara bakal menyaksikan majlis pertunangan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein dengan kekasihnya, pengarah Azmi Mohd Hata.

Enggan lupa janji dan sentiasa menghargai teman media serta peminat yang tidak henti menyokong kerjayanya, Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi bercerita mengenai perancangan pertunangannya tidak lama lagi.

Katanya, pengumuman �berkenaan sesuatu yang istimewa.


Bukan setakat ingin berkongsi detik indah bersama peminat, malah begitu bahagia apabila bebas menceritakan perihal lelaki yang amat disayangi.


"Jika sebelum ini saya hanya mendengar dan membaca kisah bahagia teman artis lain, namun kini saya sendiri berpeluang berkongsi kisah cinta saya.

"Alhamdulillah, saya masih berpegang dengan janji dan lihat saja hari ini, saya berkongsi episod bahagia dalam jiwa saya. Saya akan melangsung�kan majlis pertunangan dengan kekasih yang benar-benar menepati pilihan saya sendiri. Doakan semuanya berjalan lancar," katanya tersenyum.

Majlis pertunangannya bakal diadakan sebelum Zuhur, akan dihadiri keluarga terdekat dan teman media. Majlis itu juga turut mendapat tajaan Reka Teemor yang menyusun segala konsep dan perjalanan majlis agar ia menjadi kenangan manis buat pasangan ini.

Busana pula, si manis berusia 30 tahun ini memilih untuk memperagakan rekaan Busana Cinta dengan mengangkat �warna kegemarannya, merah jambu untuk melilit tubuhnya nanti.

"Majlis ini adalah simbolik kepada cerita cinta kami berdua yang mana ia akan diselaputi rasa sayang dan meriah namun semuanya masih sama, berpaksi pada kesederhanaan dan ringkas.

"Kami inginkan sesuatu yang indah dan menghargai semua keluarga dan teman media yang selama ini tidak henti menyokong. Insya-Allah, apa yang pernah kami impikan akan direalisasikan nanti," katanya.

Mengenali Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-Pari dan beberapa drama tempatan sejak tiga tahun lalu sebelum serius pertengahan 2009, anak bongsu daripada tiga beradik ini menyifatkan hubungannya dengan pengarah berusia 36 tahun itu sebagai sesuatu yang istimewa dan memberikannya sejuta kebahagiaan.

Elly yang sebelum ini popular menerusi deretan drama siri termasuk Na-O-Mei turut mengakui bakal tunangannya seorang duda dan mempunyai dua orang anak.

Bicaranya tersusun kemas, sesekali terlihat senyumannya meleret menzahirkan rasa bahagia penuh cinta yang bersarang jauh dalam jiwanya.

Hadir sama untuk sesi fotografi dan temu bual eksklusif petang Rabu lalu ialah ibunya.

Anak kelahiran Slim River, Perak ini tidak henti berkongsi cerita mengenai majlis pertunangannya dan sifat lelaki yang bakal memimpinnya ke gerbang perkahwinan nanti.

"Saya yakin Azmi adalah lelaki yang boleh memimpin saya ke gerbang kebahagiaan dan membina keluarga sejahtera.

"Saya percaya dia seorang yang bertanggungjawab, bijak, menghormati orang tua dan seorang yang penyayang hingga membuatkan saya mengambil keputusan untuk menerima lamarannya.

"Bayangkan, sepanjang kami bercinta dalam dua tahun ini, setiap hari kami tidak lekang berhubung antara satu sama lain. Berpuluh-puluh mesej dan panggilan yang kami lakukan untuk bersembang.

"Ada saja yang boleh kami bincangkan tanpa ada sekelumit rasa bosan dan kosong. Saya lihat, keserasian dan berkongsi minat dan rasa yang sama membuatkan hubungan ini terus kuat dan utuh.

"Saya percaya dengan keikhlasan dan kejujuran Azmi. Dia begitu penyayang dan bijak mengambil hati saya serta keluarga. Kelakarnya, Azmi sentiasa membuatkan saya ketawa dan seronok setiap kali bersama.

"Jujurnya, sejak dulu saya tidak pernah merahsiakan persahabatan kami. Kami selalu keluar bersama cuma kami sepakat untuk tidak mengumumkan apa-apa kerana bimbang ia hanya satu omong kosong. Justeru, apabila ia sudah sah seperti ini, kami tidak fikir dua kali untuk berkongsi kepada semua," katanya.

Elly yang pernah terkenal menerusi filem GK3 The Movie, Tangkai Jering dan Janji Diana turut mengesahkan bakal melangkah ke jenjang pelamin selewat-lewatnya Februari depan.

"Masalah utama kami adalah faktor masa dan jadual kerja yang sangat padat. Azmi mempunyai pelbagai rencana dalam pengarahan dan projek yang tidak pernah henti. Begitu juga saya yang masih tidak berehat daripada berkejar-kejar ke lokasi penggambaran. Mungkin ini adalah rezeki buat kami berdua.

"Namun kami sepakat untuk tidak mengikat pertunangan terlalu lama. Sebenarnya, kami merancang ingin melangsungkan perkahwinan pada November depan.

"Namun melihat pada jadual kerja yang begitu padat, kami terpaksa menangguhkannya hingga ke Januari atau Februari depan. Tapi itu juga bergantung kepada keadaan. Cuma apa yang penting ketika ini, kami cuba untuk meletak fokus utama kepada soal masa depan ini dulu," katanya yang mengakui belum sempat berbincang soal anak dan kerjaya selepas berkahwin kelak.

Terbaru, pasangan pelakon popular dan pengarah �berkaliber ini akan disatukan menerusi drama istimewa, Hantu Gigi yang bakal disiarkan di Astro Prima, jam 9 malam ini.

Elly yang menggalas watak sebagai Ain akan bergandingan dengan barisan pelakon lain termasuk Fauzi Nawawi, Mak Engku, Bad Kerdil, Hamdan �Senario dan Illya Buang �Shaharum menyifatkan �pengarahan Azmi dalam telefilem ini begitu berbeza dan tersendiri.

"Hantu Gigi adalah sebuah naskhah sentuhan Azmi yang saya lihat menarik dan tersendiri.

"Setiap pengarah punya dimensi, perspektif dan kreativiti yang berbeza dan begitu juga Azmi, dia punya visi dan hala tuju yang jelas dan �membuatkan pelakon selesa untuk memberikan yang terbaik.

"Drama ini mengisahkan gelagat masyarakat di sebuah perkampungan yang huru-hara apabila cerita mengenai hantu gigi yang mula menyerang kawasan kediaman mereka. Menariknya, ia tidak hanya seram dan takut sebaliknya terdapat banyak plot dalam drama ini yang turut menyuntik rasa sedih, emosi dan mencuit hati.

"Jujurnya saya sendiri tidak sabar untuk menonton drama ini kerana plot ceritanya, pembangunan watak dan gaya pengarahan begitu menarik dan berbeza. Ia mengisahkan kehadiran makhluk halus di Kampung Batu Melintang di Sungai Petani.

"Saya yakin penonton akan terhibur dengan jalur ceritanya yang bersulam drama emosi, komedi dan rasa seram dalam satu masa yang sama," katanya yang mengakui profesional meskipun kekasihnya pengarah drama yang dilakonkannya.

PROFIL

NAMA PENUH: </</b>b>Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi
TARIKH LAHIR: 17 Disember 1980
TEMPAT LAHIR: Slim River, Perak
ZODIAK: Sagittarius
PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Ahmad Bustaman, Taman Maluri
ADIK BERADIK: Anak bongsu dari tiga beradik
FILEM: Gerak Khas 2, Tangkai Jering, Janji Diana
ALBUM: Sutera Kasih (1997), Satu Persatu (1999), Elly (2001), MTV Karaoke Elly Mazlein (2001), Best of Elly Mazlein (2002), Atas Nama Cinta (2003)






Bakal Isteri Putera William Mimpi Bogel

TINGGAL sehari lagi menjelang pernikahannya dengan Putera William, Kate Middleton mula merasai kegusaran di hatinya.

Malah pada saat-saat yang dianggap penuh ketegangan, Kate mula mengalami mimpi buruk sejak beberapa hari lalu.

Peliknya, Kate mengalami tekanan menjelang hari bahagianya apabila dia bermimpi sedang bertelanjang di depan altar sebelum dikahwinkan dengan anak mendiang Puteri Diana itu.

“Ternyata Kate kini sangat tertekan menjelang hari perkahwinannya. Ini kerana seluruh rakyat Britain akan menyaksikan perkahwinannya dengan Putera kesayangan ramai.

“Cuma apa yang dimimpikannya itu agak pelik lebih-lebih lagi dia sudah lama dia tidak mengalami mimpi buruk yang memalukannya. Mungkin dia terlalu berdebar dengan keadaan di sekelilingnya ,” kata sumber terdekat Kate kepada laman portal Splashnews.com.

Tambah sumber tersebut, Kate sambil bergurau kepadanya mengatakan dalam mimpi tersebut, ketika dia bertelanjang di hadapan umum, dia tidak tahu bahagian tubuh manakah yang harus ditutupnya dahulu.





Krisdayanti mohon maaf

974877 04480127042011 Krisdayanti Raul Lemos1
KRISDAYANTI-RAUL LEMOS

JAKARTA: Menyedari dia hamil anak luar nikah, Krisdayanti (KD) dikatakan memohon maaf kepada peminat dan rakyat Indonesia.

Melalui kakaknya, Yuni Shara, KD menyatakan alasan kenapa dia memberitahu kehamilannya itu kepada umum.

Penyanyi terkenal Indonesia itu yang melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan asal Timor Leste, Raul Lemos kira-kira dua bulan lalu, mengaku dia hamil empat bulan, minggu lalu.

Menurut Yuni, adiknya itu enggan dicap negatif.

"Dia juga tidak mahu tertekan dengan menyembunyikan kehamilannya daripada masyarakat, lebih-lebih lagi katanya, dia dikenali ramai dan sudah pasti akan menjadi tumpuan setiap masa. "Dia tidak mahu sembunyi dan dikecam. Orang ramai akan tahu juga akhirnya. "Dia harap masalah yang ditanggungnya dapat difahami semua pihak," kata Yuni kepada wartawan di Jakarta, semalam.

Menurutnya, KD tidak mahu meniru selebriti lain yang menyembunyikan kehamilan luar nikah mereka.

"Begitu ramai pasangan selebiriti baru menikah tetapi melahirkan anak selepas beberapa bulan saja," ujar Yuni.

Dia juga mengaku menyangka KD semakin gemuk kerana banyak makan sebelum ini. "Saya melihat gambarnya bercuti selepas berkahwin. Saya menyangka dia semakin gemuk kerana makan. Tak sangka dia hamil," katanya. – Agensi

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Pattinson digantung sekolah

Pattinson digantung sekolah

hi 03.1

ROBERT PATTINSON pernah membela siput sewaktu kecil.


AKTOR Robert Pattinson ketika ini memang sedang popular. Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui tentang dirinya yang pernah digantung sekolah hanya kerana seekor siput.

“Pada masa itu saya berusia enam tahun dan di sekolah ramai yang suka membaling siput. Kemudian saya berusaha untuk menyelamatkannya, namun saya berdepan pula dengan masalah digantung sekolah.

“Lagipun pada masa itu saya memang obses dengan siput dan turut membelanya di belakang sekolah yang saya namakannya Snail Land. Kalau tidak silap, ada sekitar lebih kurang 400 ekor yang saya bela,” ujarnya ketika muncul sebagai tetamu dalam program bual bicara The Ellen DeGeneres Show kelolaan Ellen DeGeneres.

Selain digantung, koleksi kad Top Trumps miliknya yang cukup berharga dirampas oleh gurunya, manakala siput yang dibelanya pula telah dibuang di tong sampah.

Tambahnya: “Sudah tentu sama sekali saya tidak akan memaafkan guru tersebut.”






Karl di KL Metal Camp



Karl di KL Metal Camp

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AMIRA AZMAN


hi 02.1

KARL bakal mengubat rindu peminat Cromok pada Konsert KL Metal Camp 2011 di One Cafe, Kuala Lumpur 1 Mei ini.



TAHUN ini Konsert KL Metal Camp masuk tahun kelima anjuran syarikat rakaman Nebiula Productions di mana ia dijayakan oleh kumpulan-kumpulan metal terkenal tempatan.

Pemilik syarikat itu, Ramze Hamid berkata, tahun ini konsert yang mengenakan tiket RM30 itu menampilkan dua kumpulan terkemuka, Sofea dan Karl Cromok sebagai tarikan utamanya.

Menurutnya, Konsert KL Metal Camp 2011 buat julung-julung kalinya menampilkan dua kumpulan itu selepas hampir 20 tahun mereka tidak muncul di atas pentas persembahan.

“Tidak dinafikan setiap tahun KL Metal Camp yang merupakan aktiviti tahunan kami menampilkan pelbagai kelainan. Tahun ini kelainan dan tarikan utama konsert ini ialah Sofea dan Karl Cromok.

“Ini kerana, dua kumpulan itu bukan sahaja sudah lama tidak mengadakan konsert tetapi mereka masih mempunyai peminat yang ramai,” katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Karl atau Khairul Anuar Shariff, 45, yang merupakan gitaris kumpulan thrash metal, Cromok akan muncul biarpun tidak bersama anggota-anggota asal kumpulan tersebut.

Sebaliknya, dia akan muncul bersama tiga pemuzik undangan iaitu Shah Sidious selaku gitaris, Zali Dethstroke (dram) dan Hafiz Fedora (bassis) pada konsert yang dinanti-nantikan ramai itu.

“Kali terakhir saya muncul bersama Cromok ialah pada tahun 1996 menerusi album Yours Truly. Saya juga akan mempromosikan album solo saya berjudul Shred It Back pada konsert itu nanti.

“Persembahan saya itu nanti sedikit sebanyak mampu mengubat rindu para peminat saya dan Cromok. Saya juga mungkin akan menyampaikan lagu Cromok secara instrumental,” ujarnya penuh optimis.

Sementara itu, vokalis kumpulan Sofea, Amiruddin Zulkefli atau Ami juga teruja untuk muncul pada Konsert KL Metal Camp 2011 selepas hampir 20 tahun tidak mengadakan persembahan pentas.

Jelas bapa kepada tujuh anak dan berasal dari Manjoi, Ipoh, Perak ini, dia akan menyanyikan lagu-lagu lama Sofea dan bekas kumpulannya, SYJ pada persembahannya dengan durasi sekitar 40 minit itu kelak.

“Antara lagu yang akan saya sampaikan bersama Sofea pada konsert itu bertajuk Hati Syaitan, Orang Timur dan juga lagu Red Hot yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Motley Crue.

“Kami muncul semula di atas pentas persembahan selepas pihak penganjur begitu beriya-iya mahukan kemunculan Sofea pada konsert ini menyebabkan kami agak terkejut.

“Saya terpaksa mengumpulkan anggota-anggota Sofea dan kami pula hanya sempat berlatih tidak sampai sebulan untuk konsert ini,” katanya yang seperti tidak sabar muncul pada Ahad ini.

Selain Amir, anggota-anggota Sofea yang akan muncul di One Cafe, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pukul 3 petang itu ialah Man Rani (bassis), Nuar SYJ08 (gitaris) dan Nahar (dram).

Selain Karl Cromok dan Sofea, kumpulan-kumpulan metal lain yang menjayakan KL Metal Camp 2011 ialah As Sahar, Fastkill, Scum, Damokis, Kazana dan Voltan.






Barack Obama Dedah Sijil Lahir

sijil lahir obama
SIJIL kelahiran Barack Obama yang didedahkan semalam.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendedahkan sijil kelahirannya bagi menamatkan isu bahawa beliau bukan warga AS.

"Kami tidak mempunyai masa untuk kebodohan ini," kata Obama menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari White House di sini.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa beliau tidak dilahirkan di AS sehingga menyebabkan bilionair terkenal, Donald Trump menghantar para penyiasat ke Hawaii untuk mengesahkan kedudukan sebenar Obama.

Desas-desus itu juga menyebabkan ahli-ahli perwakilan di negeri Arizona mengundi rang undang-undang yang mahukan calon presiden menunjukkan bukti mereka lahir di AS.

Dalam sijil kelahiran yang didedahkan semalam, Obama dinyatakan dilahirkan oleh bapa keturunan Kenya dan ibu warga AS di Hawaii.

Tempat lahir Obama di Hawaii itu sekali gus menyebabkan beliau layak untuk memegang jawatan presiden AS berdasarkan perlembagaan negara ini.

Dokumen kelahiran Obama itu ditandatangani oleh seorang doktor yang menyambut kelahirannya di Hanolulu, Hawaii pada 4 Ogos 1961.

"Saya yakin, bahawa rakyat Amerika dan pemimpin politik Amerika boleh bersatu dalam apa jua cara dan menyelesaikan masalah ini," kata Obama.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






'Permainan' Maharaja Lawak

‘Permainan’ Maharaja Lawak

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

hi 02.1

AMIR membawa watak seorang superhero.


GELANGGANG Maharaja Lawak bakal berdepan dengan kejutan pada minggu keenam nanti. Kejutan itu bagaimanapun tidak akan dapat dijangka oleh penonton.

"Format dan rancangan sudah ada. Semuanya telah dirancang sejak awal lagi. Kejutan itu bakal disaksikan penonton pada minggu keenam atau ketujuh gelanggang Maharaja Lawak nanti," kata Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani ketika ditemui selepas pertandingan minggu keempat program tersebut di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor.

Katanya lagi, juri juga mempunyai satu imuniti yang bakal diberikan kepada peserta yang terkeluar.

"Imuniti ini hanya boleh digunakan sekali sahaja oleh juri. Malah, ketiga-tiga juri harus sebulat suara memilih peserta yang terkeluar untuk dimasukkan semula ke gelanggang Maharaja Lawak," katanya mengenai strategi program tersebut.

Pada minggu keempat program tersebut menyaksikan Alex disingkirkan kerana persembahannya gagal memikat hati juri dan penonton.

Alex atau nama sebenarnya Alexander Ahat, 30, merupakan peserta yang menerima jumlah undian paling rendah daripada juri dan penonton di gelanggang Maharaja Lawak yang berlangsung di Finas, Jumaat lalu.

Ternyata Alex yang juga finalis Raja Lawak musim keempat itu akur dan menerima keputusan penyingkiran tersebut.

Saat diajukan soalan mengenai penyingkiran tersebut, Alex yang berasal dari Papar, Sabah itu mengaku yang dia bukan seorang pelawak tetapi teringin menjadi pelawak. Malah, dia turut memberitahu lebih selesa membuat lawak di sebalik tabir.

"Terus-terang saya sudah lama sedar saya bukannya pelawak sebenar dan tidak pandai melawak tetapi disebabkan sokongan kuat oleh penonton dan peminat, akhirnya saya berjaya sampai ke tahap ini.

"Saya lebih suka membuat lawak di sebalik tabir. Saya juga sedar bakat dan minat saya lebih kepada penulisan skrip untuk persembahan atau cerita lawak. Jadi mungkin jika diberi peluang selepas ini saya mahu menjadi orang di sebalik tabir," katanya jujur.

Katanya, peluang menyertai Maharaja Lawak memberi satu penghormatan kepadanya.

"Pihak Astro mengubah keyakinan diri saya. Mereka telah berjaya mengubah budak gemuk macam saya jadi orang yang terkenal.

"Selain mahu berterima kasih kepada pihak Astro yang telah memberi peluang kepada saya untuk dikenali, saya juga ingin berterima kasih kepada pengundi dan peminat yang selama ini tak henti menyokong dan mengundi saya," katanya lagi.

Selepas Alex tersingkir, barisan Maharaja Lawak kini hanya tinggal Jozan, Nabil, Jambu, Balas , Amir, Man dan Jihan.

Pada minggu keempat ini, kesemua peserta telah melakukan persembahan dengan baik dan menarik.

Paling tidak disangka-sangka adalah Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23. Mendapat banyak kritikan juri dan penonton melalui persembahan-persembahannya yang terdahulu, ramai yang menjangkakan Amir terkeluar pada malam itu.

Ternyata, persembahannya pada malam itu berjaya mendapat tepukan penonton malah pujian daripada juri, Mamat Khalid.

"Terus terang pada mulanya saya berpendapat Amir yang akan terkeluar malam ini (Jumaat lalu). Daripada semangat sifar (kosong) dia berjaya mengubah perasaan penonton dan juri melalui persembahannya," kata Mamat Khalid.

Ulasnya, persembahan Amir memang tidak boleh dibandingkan dengan persembahan peserta-peserta berpengalaman dalam Maharaja Lawak, tetapi dia mampu melakukan persembahan di luar jangkaan.

"Dia berani mempermainkan juri dengan topik yang dibawanya dan itu menyebabkan saya kata dia bagus,' katanya.

Amir membawa watak seorang superhero yang mencari pekerja. Berpandukan karikatur ketiga-tiga juri Maharaja Lawak, Amir berjaya mempermainkan juri-juri tersebut melalui persembahannya.

Selain Mamat, barisan juri pengkritik Maharaja Lawak turut dibarisi oleh pengarah, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek.






Shahir (AF8) Harap Zain Saidin Tidak Cemburu

shahir

KUALA LUMPUR:Penyanyi Shahir berharap pelakon kacak Zain Saidin tidak menyimpan perasaan cemburu apabila aktres Rozita Che Wan dikaitkan dengan orang lain termasuk dirinya.

Jelasnya, Zain juga seorang artis yang mana sepatutnya lebih memahami perjalanan industri hiburan apabila seseorang itu berhadapan dengan gosip percintaan.

"Kalau mereka (Rozita dan Zain) benar-benar mempunyai hubungan istimewa, Zain tidak perlu cemburu tentang berita-berita yang mengaitkan saya dan Rozita.

"Sebab saya percaya bahawa dia faham dengan lumrah sebagai artis sebab dia juga seorang artis. Tidak semestinya semua yang digosipkan adalah benar," katanya ketika sesi fotografi filem Karak, di Red Box PLUS Pavillion di sini, Khamis.

Shahir diminta mengulas apabila timbul gosip dia dikaitkan dengan aktres jelita tersebut.

Dalam masa yang sama dalam mStar Online baru-baru ini Zain turut membuat kenyataan seolah-olah dia dan Rozita mempunyai hubungan istimewa apabila tidak mengiya atau menafikan hubungan tersebut.

Sementara itu, ketika mengulas kenyataan pelakon jelita Rozita Cik Wan terhadap hubungan istimewa mereka, Shahir menganggap ia hanyalah gurauan semata-mata.

Jelas Shahir, dia percaya kenyataan tersebut disalah tafsirkan dan tidak seperti yang dimaksudkan oleh wanita itu.

"Saya rasa dia hanya bergurau sahaja, kami memang rapat sebagai rakan sekerja kerana kami sudah beberapa kali bekerjasama.

"Memang selepas keluar AF8 saya agak rapat dengan dia kerana kami digandingan dalam beberapa projek oleh pihak Astro," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sejauh mana dia mengenali pelakon tersebut, Shahir memberitahu dia senang bekerjasama dengan Rozita dan menganggap wanita tersebut sebagai seorang pelakon yang berbakat besar.

"Saya mengagumi bakatnya malah ketika menjayakan klip video untuk lagu saya berjudul Pendam. Dia mampu menjiwai watak dalam lagu tersebut.

"Bagiamanapun, Shahir berkali-kali memberitahu tiada sebarang perasaan cinta antara dia dan wanita itu," jelasnya.






Deejay Lin Tidak Bangga Diri Jadi Ibu Tunggal

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Deejay Lin mahu berkongsi pengalaman hidupnya sebagai ibu tunggal bukan kerana dia mahu berbangga diri dengan statusnya itu.

Sebaliknya deejay yang popular menerusi slot Suria Cinta itu nekad untuk memberikan semangat kepada para ibu tunggal yang tidak bernasib baik sepertinya.

"Sebelum ini, mungkin ada yang menganggap ibu tunggal seperti golongan yang lemah dan gagal membentuk keluarga yang bahagia. Mungkin ada di kalangan mereka merupakan wanita yang tidak berkerjaya dan tidak mempunyai punca pendapatan.

"Jadi, saya akan cuba menceritakan tentang bagaimana cara saya melalui hidup sebagai ibu tunggal bermula daripada tidak mempunyai aset tetap sehingga sekarang," katanya yang telah melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selama lima tahun.

Lin yang dilantik sebagai duta kempen Proton Persona – Sememangnya Lebih Sempurna akan berkongsi pengalamannya dengan ibu tunggal di kalangan orang Melayu dalam program ‘Hari Memperkasakan Diri’ pada 18 Jun depan.

Selain itu, dia akan menjadi mentor kepada tiga orang ibu tunggal yang akan dipilih kemudian. Untuk penyertaan, mereka yang berminat boleh melayari www.protonpersona.com.my.

Sementara itu, Lin juga masih belum membuat keputusan untuk rujuk semula dengan bekas suaminya yang tinggal selang tiga buah rumah dari rumahnya.

"Anak sulung saya ada bercakap tentang perkara ini dan meminta saya rujuk semula dengan bekas suami. Bagaimanapun saya perlu memikirkan perkara ini dengan semasak-masaknya.

"Jika saya terima pun, terus-terang sebab saya fikirkan tentang anak kerana mereka sangat mengharap," jelasnya yang mempunyai dua orang anak berusia 10 tahun dan 8 tahun.





Serangan ganas 4 gadis mafia

GEORGETOWN: Seorang pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami pendarahan dalam perut angkara serangan ganas sekumpulan empat pelajar perempuan yang membelasah dan memijak perutnya sebelum mencuri telefon bimbit mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu di Komtar, di sini, ketika mangsa, Nur Atiqah Abdullah, 15, bersama adik dan empat rakannya berada di sebuah pusat beli-belah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.

Menurutnya, kumpulan empat pelajar perempuan berusia 16 hingga 17 tahun terbabit menghampirinya dan bertanya beberapa soalan dengan kasar.

"Mereka bukan pelajar sekolah saya. Saya mengenali seorang daripada mereka yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya, tetapi jarang bertegur sapa.

"Ketika terserempak dengannya pada hari itu, dia bertanyakan nama saya. Selepas memberitahu nama saya tidak semena-mena dia dan rakan-rakannya menampar serta memijak perut saya," katanya yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP).

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






Anggap Shiha seperti anak sendiri



Anggap Shiha seperti anak sendiri

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL dan NUR SYADILA AMRI (Politeknik Johor Bahru)


hi 01.1

AKSI-AKSI Sharifah Aini dan Shiha sewaktu menjalani latihan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.



SEBAIK sahaja melangkah masuk ke mahligai indah milik Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, telinga ini terus menangkap alunan indah suara yang cukup merdu sambil diiringi oleh petikan piano.

Kelihatan Sharifah Aini dan Shiha begitu khusyuk dan fokus kepada sesi latihan yang berlangsung ketika itu sehinggakan kehadiran kami tidak disedari mereka berdua.

Usai memberi salam, Sharifah Aini bingkas bangkit dari kerusi piano lalu menyambut kedatangan penulis dan jurufoto dengan penuh mesra sambil diekori Shiha di belakangnya yang pantas menghulurkan tangannya dan bersalam dengan kami.

“Inilah rutin yang kami jalankan setiap minggu dan saya mahu memastikan Shiha berada dalam tahap terbaik agar dia mampu memberikan persembahan yang membanggakan pada konsert mingguan.

“Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi Shiha. Sebagai mentor, saya rasa bertuah kerana dapat memiliki Shiha sebagai protege. Alhamdulillah, sepanjang bersama dengan Shiha, saya tidak mempunyai sebarang masalah.

“Dia memiliki bakat yang pada hemat saya cukup luar biasa dan segala apa yang saya ajar kepadanya, dia cepat tangkap dan aplikasi untuk setiap persembahannya,” ucap Sharifah Aini dalam nada syukur sambil dipersetujui Shiha yang duduk di sebelahnya.

Mengulas tentang penglibatannya dalam Mentor 5, Sharifah Aini menyifatkan ia merupakan keputusan terbaik yang dilakukannya.

Apatah lagi, sepanjang lebih empat dekad menjadi seorang anak seni, inilah kali pertama dia melibatkan diri dalam program realiti seperti Mentor 5.

“Alhamdulillah, saya gembira apabila pihak TV3 sentiasa memberi ruang kepada saya untuk berkongsi idea bagi memantapkan lagi persembahan Shiha,” kata Sharifah Aini atau nama penuhnya, Sharifah Aini Syed Jaafar ini bersungguh.

Sebagai seorang yang memiliki pengalaman luas dalam bidang seni, sudah pasti Sharifah Aini mahu berkongsi ilmu yang ada dalam dirinya kepada generasi muda agar mereka mampu menjadi seorang penyanyi unggul kelak.

“Acap kali saya tegaskan kepada Shiha, untuk menjadi seorang penyanyi yang baik bukan mudah. Semuanya memerlukan pengorbanan, usaha dan kerja keras dalam membentuk diri menjadi seorang penyanyi yang versatil.

“Atas alasan itu, saya amat menitik beratkan semua aspek termasuk kedudukan tubuh badan ketika menyanyi, sebutan, penghayatan dan lontaran suara.

“Sering kali, masyarakat menganggap seorang penyanyi itu perlu menjaga sebutan dalam nyanyiannya hanya untuk lagu-lagu Inggeris.

“Sedangkan mereka tidak tahu bahawa sebutan itu juga amat penting dalam lagu bahasa Melayu. Daripada pengamatan saya, bukan semua penyanyi hari ini khususnya penyanyi muda yang menitik beratkan soal itu.

“Mungkin ia kedengaran agak remeh tetapi sebenarnya ia adalah elemen penting dalam memastikan persembahan kita mampu memberikan kepuasan kepada audiens,” cerita pelantun lagu Kau Tinggi Di Awan Biru dan Rahsia Hati ini penuh bersungguh.

Berbekalkan tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada Shiha, tidak hairanlah apabila Shiha sering mendapat pujian dan berada di carta teratas dalam Kumpulan A Mentor 5 lalu meninggalkan dua pencabarnya, Ayish dan Ratnah di belakangnya.

Namun, Sharifah Aini juga sering menasihatkan Shiha agar tidak berasa selesa dengan kedudukannya kerana dalam program realiti, sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Dalam hal ini, protege kepada Edry Abdul Halim iaitu Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor atau Iqa dilihat Sharifah Aini sebagai bom jangka yang mampu mengejutkan ramai pihak sepanjang Mentor 5 berlangsung.

Begitu juga dengan Salma yang merupakan protege kepada Erra Fazira yang menjadi perhatian dan sebutan ramai ketika ini.

“Kedua-dua protege ini saya anggap sebagai pencabar terdekat Shiha dalam Mentor 5 kerana mereka memiliki keistimewaan tersendiri,” ujarnya.

Untuk itu, selain kelas vokal yang turut dibantu oleh rakannya, Eja, Sharifah Aini juga memastikan Shiha mendapat bimbingan yang sewajarnya menerusi kelas tarian.

“Saya membimbing Shiha dengan cara yang cukup matang dan profesional di mana dia boleh meluahkan apa sahaja masalah kepada saya,” jelas Sharifah Aini yang pernah membintangi filem Hapuslah Airmatamu dan Bintang Pujaan ini lagi.

Ketika ditanya mengapa Shiha tidak diberi peluang menyanyikan lagu-lagu popularnya:

“Saya mahu Shiha menjadi penyanyi yang memiliki identiti sendiri. Saya bimbang kalau saya beri lagu-lagu saya, nanti dia akan mengikut lenggok nyanyian saya.

“Walaupun apa yang terjadi, saya akan terus menyokong Shiha walaupun Mentor sudah tamat kelak kerana yakin dengan pakej lengkap yang dimilikinya. Saya mahu melihat bakat-bakat baru yang segar terus mewarnai industri hiburan kita.”






Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Home | Disclaimer | Contact