Kumpulan Pi Mai (Pimai) tersingkir minggu 8 Maharaja Lawak Mega (MLM)

Peringkat separuh akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung pada malam Jumaat di Stadium Tertutup Majlis Bandaran Johor Bahru menyaksikan penyingkiran kumpulan Pi Mai pada persembahan minggu kelapan itu.

Program Maharaja Lawak Mega (MLM) disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Kumpulan Pimai Maharaja Lawak

Penyingkiran Pi Mai yang dianggotai oleh Imuda, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Sathiya itu dibuat selepas mendapat markah terendah sebanyak 15.8 peratus.

Selain Pi Mai, kumpulan Syok turut berada dalam kedudukan dua peserta mendapat markah terendah iaitu sebanyak 18.6 peratus.

Bagaimanapun hanya satu penyingkiran dilakukan.

Dalam pada itu, persembahan pada minggu kelapan itu diungguli oleh kumpulan Osbon (23.2 peratus), Boboi (23.2 peratus) dan kumpulan tunggal daripada Indonesia, Saehu (19.2 peratus).

Pada peringkat separuh akhir itu, para peserta diberi dua tugasan iaitu tema adaptasi daripada filem klasik dan konsep bebas.

Keempat-empat peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir bakal bertanding pada persembahan terakhir yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada Jumaat depan.

Sementara itu, kumpulan Pi Mai beterima kasih kepada semua pengundi dan peminat yang sentiasa menyokong mereka di pentas MLM sehingga minggu kelapan.

0 ulasan:

Sila komen Kumpulan Pi Mai (Pimai) tersingkir minggu 8 Maharaja Lawak Mega (MLM)

Home


Keterangan lanjut, sila klik sini.

 
Kumpulan Pi Mai (Pimai) tersingkir minggu 8 Maharaja Lawak Mega (MLM)

Home | Disclaimer | Contact