Kisah Najwa Latif

Siapa yang tidak kenal jika disebut nama, Yuna mahupun Ana Raffali yang kini merupakan dua nama besar yang sedang meniti arus popular dunia seni hiburan tanah air. Jika diimbas semula, dua wanita ini hanyalah gadis biasa yang meminati bidang muzik dan nyanyian serta memuat naik video persembahan yang dirakam ke dalam laman sosial YouTube untuk menerima komentar rakan-rakan.

Namun, kini mengikut peredaran zaman moden yang berteknologi, melalui laman web sosial sahaja, kita sudah boleh melihat pelbagai bakat terpendam terutamanya bidang nyanyian.

Najwa Latif

Seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun ketika itu juga tidak ketinggalan mencuba perkara yang sama dengan memuat naik video pertama yang menampilkan dirinya menyampaikan lagu sang idola, Justin Bieber yang berjudul Baby.

Najwa Latif, 16, atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif tidak sangka video yang dimuat naik untuk tatapan ayah dan kakaknya melihat perkembangan diri dalam bermain gitar turut sama ditonton oleh orang lain.

"Saya muat naik video dalam YouTube adalah untuk ayah yang telah berpindah ke Kota Tinggi, Johor dan kakak saya yang berada di Shah Alam, Selangor untuk melihat perkembangan prestasi saya bermain gitar dan dalam masa yang sama dapat menilai saya.

"Oleh kerana mungkin saya kerap muat naik video ke dalam YouTube, pihak NAR Records nampak persembahan saya dan menghantar e-mel kepada kakak saya untuk memanggil saya menghadiri uji bakat.

"Selepas berbincang selama dua minggu bersama keluarga, saya setuju menerima tawaran NAR untuk menjadi artis di bawah naungan mereka," tutur Najwa yang menandatangani kontrak selama dua tahun dengan syarikat rakaman yang pernah dinaungi penyanyi hebat seperti Siti Sarah dan grup Exist.

Bagi pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor ini, perasaan seronok kerana dapat menimba pengalaman baharu melalui persembahan promosi yang diadakan membuatkan dirinya teruja ingin 'menjelajah' kehidupan sebagai anak seni.

Katanya, mungkin dahulu semasa tidak dikenali, apabila bersiar-siar tiada siapa yang menegur, namun kini, setelah terjebak di dalam dunia hiburan, ke mana sahaja yang dituju pasti ada yang menegur termasuk ada yang ingin bergambar sama.

Selain itu, menangkis persoalan khabar liar tentang dirinya tidak pernah mengaku bahawa hasil penulisan lirik dicipta oleh kakaknya, jawab anak ketiga dari empat beradik ini, dia tidak pernah menafikan sumbangan besar kakaknya dalam penghasilan lagu yang didendangkan. Dia mengaku bahawa kakaknya iaitu Iqhwatul Syafika adalah penyumbang bersama dalam karya dendangannya.

"Saya memang sering bekerjasama dengan kakak saya Syafika untuk menghasilkan lagu. Ini kerana, apabila saya mendengar lagu, justeru saya akan mendapat kord-kord mudah melodi lagu. Oleh kerana kakak masih belajar di UiTM, Shah Alam dan saya di Johor, kami sering berkomunikasi melalui telefon.

"Saya akan memperdengarkan melodi tersebut kepadanya dan mungkin selepas beberapa minit kakak akan menelefon kembali untuk memperdengarkan pula kepada saya lirik kasar yang dihasilkannya," jelasnya tentang lagu-lagu hasil ciptaan mereka itu hasil dari pemerhatian orang dan keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

Sebaik bergelar artis atau selebriti serta punyai peminat, maka kehidupan peribadi akan dikorek dan digembar-gemburkan. Itulah harga yang perlu diterima jika seseorang yang ingin 'hidup' dalam dunia seni.

Bagi peminat fanatik Justin Bieber ini, setelah lima bulan bergelar artis, kehidupannya masih tidak punya banyak perbezaan. Mungkin bagi gadis yang gemar mengukir senyuman ini, bilangan rakan bertambah dan kerana masih bersekolah, guru juga banyak menasihati empunya diri supaya tidak mengabaikan pelajaran.

"Alhamdulillah, bukan sahaja keluarga, malah guru dan rakan juga menyokong dan tidak lupa memberikan nasihat. Dalam penyusunan jadual pula, pihak NAR Records membantu saya di mana mereka memberi kebebasan kepada aktiviti seni saya hanya pada hujung minggu mahupun cuti sekolah.

"Waktu sekolah memang tidak diganggu namun jika ada perkara yang tidak dapat dielakkan, maka NAR akan keluarkan surat kepada pihak sekolah meminta pelepasan. Tapi, saya ada masuk kelas tuisyen. Jadi jika ada pelajaran yang tertinggal, saya akan ulang semula semasa kelas tuisyen," cerita Najwa tentang pembahagian masa dirinya antara karier dan pelajaran.

Sementara itu, wujud juga cerita tidak menarik tentang hubungan kekeluargaan gadis manis ini bersama ayahnya. Najwa didakwa telah membuang bapanya disebabkan pertengkaran yang mungkin berpunca dari dirinya sendiri.

Tidak menunjukkan kegugupan mahupun rasa tidak selesa, Najwa memberikan alasan sopan dengan berkata hal yang melibatkan keluarga adalah terlalu peribadi untuk dikongsi dengan masyarakat.

"Jadi saya tidak mahu beri komen mengenai perkara ini dan saya lebih suka memilih untuk mendiamkan diri," jawabnya ringkas ketika ditanya.

~ Kosmo

Post Comment

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamuakaikum kak najwa...sye ska smua lagu akak...heheh...:)

Tanpa Nama berkata...

akak comel sngt2....akak bleh x akak bg nombor telefon???xbleh xpe...heheh..:) please blas akak erk..

Tanpa Nama berkata...

as'salamualaikum.. kitew minat sgt kt kak najwa.. klu ar di izin kn tuhan kitew dpt jumpe kak najwa depan mata.. 2 adew ar perkara yg paling berharga wt kitew.. n kite doa kn supaya kak najwa akn sihat n dpt kuar kn bnk lg lgu yg best2.. love najwa!!

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum... kak najwa latif agak comel lah dan cantik. kak najwa latif nama saya sarah adlina .kak najwa latif datang lah ke rumah saya ,saya duduk di selangor,bandar klang . saya jalan hassan.saya rindu kak najwa latif.terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..kak najwa latif nama saya sarah adlina saya nak buat dua lagi.kak najwa latif reka lagu tu agak best lah buat lah lagi saya suka kerana saya suka .saya sayang najwa latif dan keluarga ingat tau.terima kasih.daripada sarah adlina dan di atas.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ... kak najwa latif nama saya sarah adlina saya lah yang buat tiga tu .jangan lah marah ye.saya nak berkenalan je.terima kasih .daripada sarah adlina.umur saya 9 tahun .sayang kak najwa latif dan keluarga.

Tanpa Nama berkata...

nk nomguio

Tanpa Nama berkata...

akak najwa bestx jadi artis sebenarnya saya pun jadi macam akak najwa juga

Tanpa Nama berkata...

asalammualaikum akak najwa nak nombor telefon boleh tak saya minat gila dg akak najwa

Tanpa Nama berkata...

akak saya nak diri saya dulu nama saya adyani tau akak macammana rasa jadi artis bestx

Tanpa Nama berkata...

akak saya doa kan supaya akak berjaya. akak nak tahu tak saya setiap hari buka yuotube tengok akak menyanyi saya suka suara akak macam suara comel2 je hehehe.....

Tanpa Nama berkata...

akak saya tak tahu macamana nak cakap sebab saya rasa nak jadi macam akak itu kalau ada orang bantu

Tanpa Nama berkata...

akak memang tak boleh balas ke atau akak sibuk

Tanpa Nama berkata...

akk nk no. telefon akak leh please...

Tanpa Nama berkata...

najwa latif
ook..korang smua nk no .tel akk kan??ok akk bagi..no.akk:0102473910...

Tanpa Nama berkata...

T.ksh adik,krana meminati kakak.biasalah suara kakak sdp.7kturunan kau pun xkn dpt suara mcm aku nie.kalu aku nyayi ko dngr eh.kalu ko nyayi?mampos aku xmau dngr.ape pun?t.ksh dik.LOL

Tanpa Nama berkata...

Ada.085855814254319973313468127588676139787857334369725888725554231667977676436480000887557333466913755788443343134373434616612258874412557717228228867346646673587558458333999916925 simpn tau.muah

Tanpa Nama berkata...

Woi.budak hingus! Pakai pempers lg!

Tanpa Nama berkata...

Maaflah.sbuk ke x?ape hal pulak ko?bkn ko beli album aku pun! Duet pn xde! LOL

Tanpa Nama berkata...

Mana ada artis bg numb tpn bodoh! Xcukup tngan le dia nk msj! Ankat tpn! Asik nak melayan korg yg benggog ni je.stu keja pn xley wat! Belo kowg

Tanpa Nama berkata...

najwa latif...
hei dik klau nk mengarut jgan tlis kt blog akk...okai...
bialah akk nk bagi no. telefon akk...mmang ramai pon call akk ...x penat pon
habis dia orang nk no akk.akk bagilah...bia diorang dpat brbork ngan akk...
nie blog sape?blog akk...suka aty akk lah...

Leeyana Enna berkata...

Ni najwa latiff yg betul ke ni? Tadi tepon Suara macam dia

Tanpa Nama berkata...

mekom kak najwa saya juhairi berasal dari sandakan sabah saya berumur 13 tahun, saya suke lagu kak najwa, bess....

Tanpa Nama berkata...

mcm bongok ko rply mcm ko Najwa Latif!!!
haprak LOL....
wakakaakakaka

Tanpa Nama berkata...

eh siall rah puiihh yg ko jwb supa ko neh najea pehal? adik2 sekalian oit sah2 entri neh sal Najwa jep bkn blog neh najwa pnya memey r xrply...

Tanpa Nama berkata...

latif

Tanpa Nama berkata...

aku pun nk num kak najwa latif hehehe...

Sila komen Kisah Najwa Latif

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Kisah Najwa Latif

Home | Disclaimer | Contact