WOWLOUD - www.wowloud.com : perkhidmatan muzik awan

Irama dan lagu bagaikan sudah sinonim menjadi teman setia apabila kita mengembara di dalam ataupun luar negara. Tatkala berada dalam mood bosan apabila melaksanakan tugasan, beriadah ataupun bersantai, muzik dapat membantu menghilangkan perasaan tersebut sekali gus menceriakan semula keadaan.

Bagaimanapun, keterbatasan pengstoran dalam peranti pemain muzik ataupun komputer peribadi, sedikit sebanyak akan membuatkan pilihan lagu tidak dapat dilakukan mengikut mood.

Wowloud"/

Ia bakal berubah apabila MNC Wireless Berhad membangunkan alternatif terbaharu dalam mendengar muzik melalui perkhidmatan muzik awan yang dikenali sebagai WOWLOUD.

Perkhidmatan WOWLOUD menawarkan pelbagai genre muzik melalui dalam talian, ia dapat memenuhi keperluan pengguna terutamanya penggemar muzik.

Selain itu, evolusi muzik terbaharu tersebut turut dapat membantu menjimatkan ruang penstoran malah, mampu menyelamatkan peranti elektronik terdedah kepada virus apabila memuat turun lagu kegemaran.

Pengurus Korporat MNC Wireless Berhad., Gan Eng Eng berkata, penggunaan perkhidmatan muzik awan WOWLOUD dapat memberi banyak kelebihan kepada pengguna terutamanya kepada penggemar muzik tanah air.

“Melalui perkhidmatan muzik awan WOWLOUD, penggemar muzik akan dimanjakan dengan lebih satu juta pelbagai pilihan lagu yang digemari di hujung jari mereka.

“Ia dapat dilakukan kerana kita telah menjalin kolabarasi bersama syarikat-syarikat rakaman terkemuka untuk menampilkan artis mereka dalam WOWLOUD,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Eng Eng, menambah, konsep awan yang digunakan dalam WOWLOUD dilihat bakal menjadi trend terbaharu penggemar muzik hari ini.

Katanya, dengan mengaplikasikan penstriman, ia dijangka dapat memberi kepuasan kepada penggemar muzik malah, mereka tidak perlu lagi memuat turun lagu untuk menikmati muzik kegemaran.

“Selain daripada itu, penstoran juga amat minimum berbanding memuat turun lagu sekali gus dapat menjimatkan ruang pada terutamanya mereka yang menggunakan komputer.

“Buat masa ini, perkhidmatan WOWLOUD masih dalam peringkat percubaan untuk mendapat maklum balas daripada pengguna. Ia hanya akan dilancarkan sepenuhnya pada pertengahan bulan Oktober 2011,” katanya.

Jelasnya lagi, terdapat tiga kategori yang boleh digunapakai pengguna untuk menikmati perkhidmatan ditawarkan WOWLOUD iaitu WOWLOUD FREE, WOWLOUD Premium dan WOWLOUD Premium+.

Katanya, melalui kategori percuma, pengguna terlebih dahulu perlu menghantar permohonan melalui e-mel untuk mendapat undangan eksklusif di laman web www.wowloud.com.

“Dua lagi kategori perlu dilanggan oleh pengguna dengan dikenakan bayaran tetapi, hanya boleh dinikmati selepas pelancaran dilakukan kelak.

“Perbezaan kategori adalah iklan suara latar akan diputarkan secara selang seli apabila memohon undangan, manakala melanggan tidak mempunyai sebarang iklan apabila memutarkan lagu,” ujarnya lagi.

Teknologi WOWLOUD

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Teknologinya, Hooi Hing Chuan memberitahu, penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan WOWLOUD itu mengambil masa kira-kira satu tahun.

“Dalam tempoh tersebut, banyak yang dilakukan termasuk kaedah cuba-cuba untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan sempurna.

“Apa yang menarik menggunakan perkhidmatan muzik awan ini ialah ia menggunakan kaedah penstriman bermakna pengguna tidak perlu memuat turun lagu apabila ingin menikmati muzik kegemaran mereka,” katanya.

Selain daripada itu, dia menambah, penstoran muzik juga dilakukan pada pelayan bagi memudahkan pengguna menikmati perkhidmatan ini di mana-mana sahaja mereka berada di dalam atau luar negara.

Katanya, paparan skrin pemain WOWLOUD juga mudah dikendalikan pengguna. Mereka hanya perlu memasukkan tajuk lagu, nama artis ataupun album penyanyi kegemaran mereka sebelum senarai lagu dipaparkan pada skrin.

“Pengguna juga boleh membuat senarai lagu pilihan mereka sendiri apabila menggunakan perkhidmatan ini. Mereka hanya perlu tarik dan letak lagu yang diminati ke dalam senarai lagu.

“Bagi memudahkan lagi mereka, pemain WOWLOUD turut menawarkan perpustakaan muzik agar pengguna dapat mengurus lagu pilihan dengan lebih teratur mengikut kesesuaian mood mereka,” katanya lagi.

Pelbagai genre muzik

Sementara itu, Perancang Interaktif, Pembangunan Produk dan Pengurusan Projek, Leonardo Ho, pula berkata, penggemar muzik dapat membuat pelbagai pilihan genre muzik kegemaran mereka apabila menggunakan perkhidmatan muzik awan itu.

“Pengguna boleh memilih genre muzik rock, pop, R&B, K-pop, J-pop dan banyak lagi mengikut cita rasa masing-masing apabila menggunakan WOWLOUD.

“Kita juga mempunyai kira-kira satu juta tajuk lagu yang boleh dipilih oleh pengguna apabila menggunakan perkhidmatan ini. Ia akan ditambah dari semasa ke semasa di perpustakaan lagu kami selepas pelancaran kelak. Dijangka ia akan mempunyai empat hingga 12 juta lagu,” ujarnya lagi.

Leonardo menambah, melalui teknologi awan itu pengguna boleh mendengar muzik kegemaran mereka di mana-mana sahaja asalkan mempunyai sambungan internet.

Bagaimanapun dia memberitahu, buat permulaan ia hanya dapat digunakan pada komputer sahaja.

“Dalam masa beberapa bulan lagi, kita menjangkakan ia dapat digunakan pada platform telefon pintar.

“Selain daripada itu, tablet, permainan konsol, televisyen dan peranti lain juga akan dapat menikmati perkhidmatan ini dalam masa terdekat untuk memudahkan lagi pengguna,” ujarnya.

Selain daripada memberi perkhidmatan kepada pengguna, Leonardo memberitahu, pemuzik bebas juga boleh memasukkan muzik mereka dalam WOWLOUD.

Katanya, ia diharap dapat membantu mengembangkan lagi bakat-bakat pemuzik tempatan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai evolusi perkhidmatan muzik awan WOWLOUD boleh melayari laman web www.wowloud.com.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen WOWLOUD - www.wowloud.com : perkhidmatan muzik awan

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
WOWLOUD - www.wowloud.com : perkhidmatan muzik awan

Home | Disclaimer | Contact