Babak tikam drama Soffiya dipotong LPFM

Joeza Rasidi, pengarah drama Soffiya terpaksa akur dengan keputusan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) yang telah memotong adegan tikam dalam drama Soffiya.

Biarpun begitu, pihak LPF hanya membenarkan untuk menggantikan adegan tikam 13 kali itu kepada tikam tiga kali dalam drama yang akan disiarkan di TV3 pada 21 September ini.

Drama Soffiya

Ia akan keudara setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

"Pihak LPFM hanya memotong babak Soffiya menikam bapanya 13 kali dan membenarkan kami menyiarkan babak tikaman itu sebanyak tiga kali sahaja.

“Saya faham dengan kehendak mereka yang perlu menepati piawai kandungan program televisyen agar ia sesuai dengan penonton yang turut melibatkan kanak-kanak,” katanya kepada mStar Online.

Babak tersebut melibatkan Soffiya yang terpaksa membunuh dengan menikam bapanya yang merogol dan membuatkan hidupnya menderita.

Sinopsis drama Soffiya

Drama Soffiya mengisahkan tentang Soffiya lakonan Tiz Zaqyah, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman (Hilal Azman) yang bekerja sebagai doktor dan ibunya, Aishah (Aisyah Atan), yang sering menghadapi masalah kesihatan.

Sulaiman kecewa apabila sering ditolak oleh Aishah untuk melakukan hubungan suami isteri. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Sulaiman sanggup menodai anak sendiri. Sejak hari itu, Soffiya tidak dibenarkan bersekolah dan dikurung dalam rumah.

Drama Soffiya ini turut dilakonkan oleh Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli dan Halimatussadiah (Mak Wan).

Drama 28 episod ini masih menjalani penggambaran bermula bulan Ramadan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Babak tikam drama Soffiya dipotong LPFM

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Babak tikam drama Soffiya dipotong LPFM

Home | Disclaimer | Contact