Obsesi album terbaru Black Mentor

Album Obsesi terbaru Black Mentor

Melihat kepada barisan judul lagu yang digunakan, hampir seluruhnya menggunakan nama wanita, Black lantas menepis tanggapan mereka mempunyai kaitan dengan dirinya.

Nama wanita yang digunakan tiada kena-mengena dengan hidupnya, melainkan menjadi sumber inspirasi bagi dirinya yang cukup mengagumi wanita.


"Barisan nama wanita yang digunakan tiada kena-mengena dengan hidup saya, yang mana idea datang secara rawak, hasil perbincangan dan kata sepakat bersama pihak pengurusan, Monkey Bone. Seperti lagu Sofea Jane, tajuk asalnya adalah Kubur, namun dianggap tidak bersesuaian kami terpaksa menukarnya dengan nama yang lebih komersial.

"Apabila mereka bertanyakan mengenai siapa artis wanita yang minati, saya menjawab Sofea Jane, dan dari situlah terbitnya idea untuk menggunakan nama wanita.

"Ada di antara nama yang digunakan adalah idea daripada pihak Monkey Bone, dan saya hanya memilih daripada pilihan yang diberikan. Dari segi pemilihan lagu, album ini hanya terdapat enam lagu. Lagu yang dimuatkan tidak banyak kerana saya tidak mahu menghasilkan album yang mana peminat tidak mendengar keseluruhannya, jadi dengan jumlah yang sikit, pendengar akan lebih familiar," jelas Black.

Menurutnya lagi, empat lagu yang dimuatkan juga sudah dimainkan di stesen radio tempatan, dan apabila pendengar sudah mendengar, secara tidak langsung mereka akan membeli.

"Album yang diberi nama Obsesi ini adalah satu signifikasi minat saya terhadap dunia nyanyian dan ia sudah berada di pasaran sejak bulan april yang lalu," katanya.

Album Obsesi ini turut menampilkan gabungan komposer baru dan lama seperti iswandy, Sham Kamikaze, Audi Mok, Shazee Ishak dan Anjang Jinbara. Gabungan barisan komposer ini sememangnya memberikan sesuatu kelainan dalam industri hiburan tempatan masa kini.

Lihat saja kepada kejayaan barisan singlenya, bukan setakat hangat diputarkan di stesen radio tempatan, malah lagu Sofea Jane dijadikan lagu tema bagi drama bersiri Samson dan Delilah, serta lagu Aku Rindu Sayang Kamu menjadi lagu tema bagi drama bersiri Dewa Cinta.

Kini suaranya semakin teruji menerusi album sulung ini di mana Pop Balada menjadi konsep bagi keseluruhan albumnya ini. Dalam masa terdekat ini juga, Black akan bekerjasama dengan juara Akademi Fantasia 9 (AF9), Hazama dan vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Lan, berpadu suara menghasilkan sebuah single.

Sementara itu, rezeki Black semakin mencurah-curah dengan tawaran persembahan serta lakonan membuatkan dirinya begitu sibuk dengan jadual harian. Mengembangkan lagi bakat yang sedia ada, Black baru saja menceburkan diri sebagai pelakon dengan membintangi drama pertamanya yang disiarkan di TV3, Dewa Cinta.

Bersyukur dengan tindak balas diterima, kerana tiada yang mengatakan lakonannya kaku, sekali gus menimbulkan perasaan seronok untuk berlakon lagi. Namun ketika ini, Black hanya mahu menumpukan kepada aktiviti promosi albumnya.

Tambah lagi dengan tibanya Ramadan, Black akan memperlahankan aktiviti seninya dengan menolong keluarganya berniaga buah tembikai di bazar Ramadan Kerinchi, seperti tahun-tahun sebelum ini, berniaga pada bulan puasa sudah menjadi rutin buat pemuda ini.

Selain itu, pemuda ini turut sibuk dengan aktiviti rakaman sempena hari Raya aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, antaranya ialah Kamilah Juara, Sedetik Muzik, Melodi Raya dan Mentor Raya.

Siapa yang tidak tahu penyanyi yang gemar membuka bajunya dan melontar apa saja barangan yang dipakai tatkala menghiburkan peminat.

Bukan saja baju, malah pernah melontarkan cincin, jam tangan dan pelbagai lagi barangan peribadinya kepada peminat. Kini, tindakan seperti itu boleh dikatakan trademark dan sudah menjadi amalannya, setiap persembahan akan berakhir dengan dirinya hanya memakai singlet.

Lebih mengharukan, tindakannya itu mendapat sambutan menggalakkan, bahkan ada yang sanggup berebut dan melakukan apa yang disuruh seperti menyanyi dan menari, semata-mata mahu mendapat ganjaran daripada juara Mentor musim ketiga ini.

Tidak keterlaluan mengatakan Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 24, adalah penghibur yang semakin mendapat perhatian. Dia berjaya memeriahkan suasana dengan cara komunikasi dan gelagatnya yang ceria serta spontan. Mana tidaknya, pada malam ketika orang ramai sibuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014, antara Malaysia dengan Singapura, Black masih mampu menarik khalayak untuk hadir menyaksikan persembahannya.

Paling tidak dapat dilupakan, keletah mencuit hati peminat cilik Black yang turut galak menari dan menyanyi bersamanya di atas pentas, secara tidak langsung menunjukkan dia sememangnya diminati ramai sehinggakan kanak-kanak turut gemar mendekatinya.

Bekas anak didik Mas idayu yang tampil membuat persembahan khas bagi mempromosikan album sulungnya itu di amphitheatre, Wangsa Walk Mall, baru-baru ini cukup rasa terharu dengan kehadiran peminat walaupun ruang penonton kelihatan agak lengang.

Pemenang Vokal terbaik anugerah Juara lagu ke-24 (AJL24) ini sempat menyampaikan lima lagu yang turut dimuatkan dalam album barunya, iaitu Leia, Aku Rindu Sayang Kamu, Natalia, Dewi Aleeya dan Sofea Jane serta sebuah lagu nyanyian semula, Kopi Dangdut.

Menurut Black yang ditemui sejurus persembahan ini tamat, dia berkata, kehadiran album pertamanya ini cukup bermakna baginya sebagai artis yang baru menceburi dalam dunia nyanyian ini sejak 2009 lalu, dan berpuas hati walaupun mengambil masa lebih setahun disiapkan.

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Obsesi album terbaru Black Mentor

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Obsesi album terbaru Black Mentor

Home | Disclaimer | Contact