Sime Darby Plantation naik gaji pekerja ladang

Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. (SDP) telah mengambil langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini, iaitu menaikkan gaji 37,000 pekerja ladang dan kilangnya di seluruh negara, dengan setiap daripada mereka dijangka memperoleh tambahan RM200 dalam gaji pokok berkuat kuasa 1 Julai.

SDP memperuntukkan antara RM120 juta dan RM130 juta setahun bagi tujuan ini termasuk menaikkan caruman KWSP dan SOCSO, kata Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Mohd. Bakke Salleh pada sidang akhbar di sini, hari ini untuk mengumumkan inisiatif tersebut.

Dengan pelaksanaan skim gaji baharu itu, penoreh getah hinggalah kepada kerani, termasuk kakitangan polis bantuan, yang bekerja di ladang dan kilang akan menikmati gaji pokok antara RM1,050 dan RM1,100 sebulan.

Beliau berkata, Sime Darby memutuskan untuk menambah baik kualiti hidup pekerja ladang bagi menghargai sumbangan mereka, terutamanya dalam suasana harga minyak sawit mentah yang tinggi. - Bernama

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen Sime Darby Plantation naik gaji pekerja ladang

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
Sime Darby Plantation naik gaji pekerja ladang

Home | Disclaimer | Contact