GRO ditangkap di Kelab "Ala Istana" ,Pulau Pinang

Polis menyerbu sebuah kelab "ala istana" di Pulau Tikus di sini malam tadi dan menahan 30 wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) menyediakan khidmat seks.

Ketua Unit Maksiat D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrulizam Jaafar, berkata pusat hiburan itu, yang sering diserbu polis tahun lepas, mengguna taktik baru menjadi sebuah kelab esklusif dengan memberi layanan seperti "maharaja" kepada pelanggannya.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa wanita yang diberkas dalam serbuan pada jam 8 malam tadi itu terdiri 29 warga China dan seorang rakyat Vietnam berusia antara 20 dan 30 tahun.

Shahrulizam berkata, siasatan awal mendapati kesemua wanita terbabit menyalahguna pas lawatan serta tidak mempunyai permit.

"Ketika serbuan, tiga daripada mereka cuba memasuki sebuah kedai pakaian untuk menutup pakaian seksi mereka," katanya.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen kerana menyalahguna pas lawatan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya. - BERNAMA

Post Comment

0 ulasan:

Sila komen GRO ditangkap di Kelab "Ala Istana" ,Pulau Pinang

Home


Kurus dengan cepat, sila klik sini.


Belajar gitar, sila klik sini.

 
GRO ditangkap di Kelab "Ala Istana" ,Pulau Pinang

Home | Disclaimer | Contact